proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 conversion gate01

25
http://www.slideshare.net/AdamKamaludin/proposal-kajian- tindakan-sem-7-adam (2014) : education INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN ADAM SHAH BIN KAMALUDIN 841118-06-5755 TAJUK : TEKNIK TEPUKAN DAN NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KV MURID TAHUN 2 PKP 3113 1

Upload: aimi-dayana-jaafar

Post on 31-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian along

TRANSCRIPT

Page 1: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

http://www.slideshare.net/AdamKamaludin/proposal-kajian-tindakan-sem-7-

adam (2014) : education

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS, PAHANG

PROPOSAL

KAJIAN TINDAKAN

ADAM SHAH BIN KAMALUDIN

841118-06-5755

TAJUK :

TEKNIK TEPUKAN DAN NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KV MURID

TAHUN 2

PKP 3113 1

Page 2: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

HalamanPengakuan

“Sayaakuikaryainiadalahhasilkerjasayasendirikecualinukilandanringkasan yang tiap-tiapsatunyatelahsayajelaskansumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………….

NamaPenulis : ADAM SHAH BIN KAMALUDIN

Tarikh :

PKP 3113 2

Page 3: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat

masa dan tenaga untuk menyempurnakan kajian ini. Dengan penuh keikhlasan, jutaan

terima kasih saya berikan kepada pensyarah penyelia, Encik Fazli yang tidak pernah letih

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pelaksanaan proposal kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan

Taman Tun Dr. Ismail 2 kerana telah memberikan kerjasama dalam menjalankan

penyelidikan ini. Buat sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku

AmpaunAfzan terutamanya Kelas Pemulihan PPG ambilan Januari 2011, terima kasih

kerana sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat.

Akhir madah, saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu

bapa , Isteri dan anak anak saya serta adik-beradik yang tidak pernah lupa untuk

memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Juga kepada semua

yang secara langsung atau tidak langsung membantu dan mendoakan kejayaan saya.

Terima kasih diucapkan.

Sekian Terima Kasih.

PKP 3113 3

Page 4: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

 A.    PENGENALAN

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), kemahiran membaca merupakan salah satu

daripada empat kemahiran bahasa yang paling penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Keupayaan membaca merupakan jambatan ke arah pemerolehan

dan penerokaan ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca ini mencerminkan perkembangan

kognitif kanak-kanak dan seterusnya berkait rapat dengan pembentukan personaliti

seseorang kanak-kanak. Tiga kemahiran penting yang perlu diajar oleh guru dan harus

dikuasai oleh murid ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Oleh itu, kegagalan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada

peringkat awal terutamanya di tahap satu telah mengakibatkan berlakunya ‘AcademicDeficit’

dalam kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga di sekolah menengah.

Menurut Zamri (2008) dan Yahya (2008), keberkesanan dalam membaca juga

merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca. Guru

sewajarnya menyediakan satu teknik yang betul dan berkesan bagi pengajaran kemahiran

membaca. Murid-murid pada era globalisasi masa kini tidak boleh hanya dididik dengan

teknik pengajaran ‘chalkandtalk’ sahaja. Mereka perlu dididik dengan teknik pengajaran

yang menjurus kepada penglibatan secara langsung semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran

ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap

pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian

dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru.

Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Oleh

itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu sesuai mencapai

matlamat yang hendak dicapai.

PKP 3113 4

Page 5: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

 B.    FOKUS KAJIAN

Kajianinimemfokuskankepadamuridpemulihantahundua

yangmempunyaimasalahdalammembacaperkataansuku kata Kv+Kvhurufabjad.

Berdasarkanpemerhatiansaya,

muridinimempunyaimasalahyangamatkritikal.Muridkelirudalammembacaperkataansuku kata

KV + KV.Bagisaya,

masalahinimerupakanfaktorpenyebabutamamuridtidakdapatmenguasaikemahiranmembaca

perkataandanayatwalaupuntelahmencecahumur 8

tahundanseharusnyamampumembacadenganbaikdanbetul

C.    TINJAUAN LITERATUR

Akhiar Pardi&ShamsinaShamsuddin. (2011) dalam Modul Pengantar Penyelidikan

Dalam Penyelidikan Pendidikan berkaitan dengan Didik Hibur dalam pengajaran dan

pembelajaran menyatakan bahawa Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,

manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik

hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat

santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera

iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhan

dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan

bersistematik.

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang

melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat

menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi

perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan

nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala

KamarudinHusin (1998), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku

dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang

menarik.

PKP 3113 5

Page 6: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Hasil kajian yang dijalankan oleh Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010) iaitu

Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid

Tahun 2 mendapati bahawa tujuh orang muridnya masih tidak dapat membaca dengan

lancar. Mereka bermasalah apabila membaca perkataan yang melibatkan suku kata

tertutup. Mereka akan membunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang

paling hampir. Sebagai contoh, perkataan ‘sambung’ dibunyikan sebagai ‘lombong’. Oleh itu,

beliau menggunakan kaedah ‘Nyanyian Suku Kata’, ‘Cantumkan Saya’ dan ‘Latih Tubi

Penyebutan Suku Kata’. Kaedah “Nyanyian Suku Kata’ merupakan satu kaedah yang

menarik kerana murid akan menyanyikan bunyi suku kata pertama dengan menggunakan

melodi lagu yang telah dipilih. Setelah itu, murid akan menyambung nyanyian dengan bunyi

suku kata yang kedua.

Kaedah ini akan menyebabkan murid-murid mengingat cara mencantumkan

perkataan. Kaedah ‘Cantumkan Saya’ pula berkisar kepada aktiviti membentuk dan

menyebut perkataan. Kaedah ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’ pula merupakan latihan

pengukuhan untuk kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pengkaji telah

mengarahkan murid membaca dan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad suku kata.

Melalui ketiga-tiga kaedah yang telah dilaksanakan, kesemua tujuh orang murid telah

menunjukkan perubahan yang amat ketara dalam membaca perkataan dua suku kata. Nur

Nadiyah bt Andra Gunawan dapat melihat peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Pos

berbanding dengan Ujian Pra. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji telah dapat

meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan dua suku kata.

Menurut Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010), teknik nyanyian ini akan dapat

meningkatkan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini

telah memberi idea kepada pengkaji untuk menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran

kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV.

Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah

Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’ telah

membuat perbandingan antara penggunaan kaedah nyanyian dan kaedah konvensional

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Seramai 10 orang murid dipilih

sebagi responden dalam kajian penggunaan kaedah nyanyian dan 10 orang responden

untuk kaedah konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengubahsuai lagu ‘Tanya

Sama Pokok’ dan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang

difokuskan di dalam kajian ini iaitu ‘Kitaran Air’.

PKP 3113 6

Page 7: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Untuk melaksanakan kajian tersebut, pengkaji memperdengarkan lagu ‘Kitaran Air’

kepada responden, kemudian responden akan menyanyikan lagu ‘Kitaran Air’ bersama-

sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. Nyanyian diulangi beberapa kali dan

seterusnya responden akan menyalin lirik lagu di dalam buku tulis. Pengkaji juga

mengadakan sesi soal jawab di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan, Nur Farhanah Bt Mohd

Amin (2011) mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam gred murid.

Semasa Ujian Pra dilaksanakan iaitu sebelum penggunaan kaedah nyanyian, tiada

responden yang memperoleh gred A. Sembilan daripada sepuluh responden memperoleh

gred D. Namun setelah kaedah tersebut diperkenalkan, tiada murid yang memperoleh gred

D dalam Ujian Pos. Empat orang responden memperoleh gred A, empat orang responden

memperoleh gred B dan dua orang responden memperoleh gred C.

Hasil keputusan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P

Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk ‘Kitaran Air’. Selain itu,

keputusan kajian juga menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Penggunaan

kaedah nyanyian ini juga dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan

penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di

kalangan murid. Kesimpulannya, kajian ini memberi input berguna dalam cara pengajaran

dengan menggunakan teknik nyanyian.

PKP 3113 7

Page 8: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

D.    OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan

menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.

Objektif Khusus

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :

1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV bagi

murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.

2 Meningkatkan minat murid mempelajari kemahiran membaca perkataan suku kata

KV+KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.

     

SOALAN KAJIAN

Berdasarkanobjektifkajian, makapersoalankajiandibinasepertiberikut :

1. Adakah penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV murid Tahun 2?

2 . Adakah teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan minat murid Tahun 2

mempelajari kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV?

PKP 3113 8

Page 9: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

 E.     KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid LINUS Literasi Tahun Dua Intelek di

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. Seorang murid lelaki dan seorang murid

perempuan tahap 1 kelas 2 Intelek telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dua

orang murid tersebut ialah Responden 1 dan Responden 2.

Responden 1 merupakan murid yang telah dikenal pasti mempunyai kelemahan

dalam kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Responden ini merupakan

anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Murid ini merupakan seorang murid yang aktif,

ceria dan sentiasa berpakaian kemas. Responden tergolong dalam keluarga yang

berpendapatan sederhana. Saya mendapati bahawa responden mempunyai kelengkapan

yang sempurna untuk belajar seperti kelengkapan alat tulis, buku-buku bacaan dan

komputer. Namun, responden tidak mendapat sebarang bimbingan untuk belajar ketika

berada di rumah. Perkara ini berlaku kerana ibu dan bapa responden sibuk menguruskan

perniagaan. Walaupun kemudahan untuk belajar mencukupi, responden tidak mempunyai

inisiatif untuk belajar sendirian ketika berada di rumah. Oleh itu, responden hanya akan

belajar ketika berada di sekolah sahaja. Faktor kurang latih tubi dan bimbingan ini

berkemungkinan merupakan faktor penyebab responden tidak dapat menguasai kemahiran

membaca.

Selain itu, responden akan bertindak tidak mengendahkan arahan yang diberi guru

jika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak menarik minatnya.

Murid juga akan mengganggu rakan dan menjerit di dalam kelas tanpa menghiraukan

kehadiran guru.

Seorang lagi responden saya, Responden 2 yang juga merupakan murid yang ceria.

Responden 2 tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Responden 2

tidak mempunyai kemudahan yang cukup terutamanya kemudahan untuk pembelajaran

terutamanya bahan-bahan bacaan. Oleh itu, responden tidak mendapat pendedahan

kepada bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan hanya bergantung pada bahan bacaan

yang terdapat di sekolah. Hal ini pastinya menjadi punca kepada masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh Responden 2. Selain itu, kakaknya juga mempunyai sejarah belajar di

kelas pemulihan.

Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung, responden gemar berbual-bual dengan rakan semasa guru

sedang mengajar. Responden juga sering melakukan kerja lain seperti melukis apabila guru

mengarahkannya untuk membuat latihan di dalam kelas.

PKP 3113 9

Page 10: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Kedua-dua responden merupakan murid Linus Tegar. Responden-responden ini

berada dalam Kemahiran 4 dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Pemulihan iaitu Kemahiran

KV. Murid telah menguasai Kemahiran KV dengan baik, namun belum boleh menguasai

kemahiran suku kata KV+KV dengan baik.

Selain itu, kedua-duanya responden ini sering mengalami masalah kesihatan seperti

selesema. Perkara ini menyebabkan mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini juga

kadangkala mengganggu keselesaan mereka semasa mengikuti proses pembelajaran.

Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa kedua-dua responden mempunyai

masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka. Tahap pencapaian responden

ini adalah lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada

23 Ogos 2014 . Oleh itu kajian dilakukan terhadap dua orang responden ini.

PKP 3113 10

Page 11: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian penggunaan ‘Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan Kemahiran

Membaca Perkataan Suku Kata KV+KV Murid Tahun 2 ” ini adalah berasaskan gelung

Gelung Kajian Tindakan Kemmis&McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah

kajian bagi setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Gelung Kajian Tindakan Kemmis&McTaggart (1988) menjadi pilihan pengkaji bagi

melaksanakan kajian ini kerana model ini mudah dilaksanakan. Di samping itu, asas

pemeringkatan 4 fasa yang dicadangkan dalam model sesuai dengan konteks amalan

reflektif yang sering diamalkan oleh guru pemulihan

Rajah 1:

Gelung Kajian Tindakan Kemmis&McTaggart (1988)

Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis&McTaggart (1988) menyatakan bahawa

selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan

permasalahan. Pengkaji perlu merancang kaedah yang bersesuaian untuk menjalankan

inkuiri. Perancangan yang dibina haruslah bersifat fleksibel. Hal ini bertujuan untuk

membolehkan kajian disesuaikan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat ketika

kajian dijalankan.

PKP 3113 11

Merancang

BertindakMemerhati

Mereflek

Merancang Semula

Page 12: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

 F.     CADANGAN TINDAKAN

i. PELAN TINDAKAN 

Sayaakanmembuatpenilaianterlebihdahuluterhadapmuridsebelumsayamenggunakan

telniktepukandalamsesipengajarandanpembelajaran. Hal

inipentingbagimelihatkeberkesananpenggunaantekniktepukan yang akandigunakan. Saya

akan menjalankan empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik

tepukan dan nyanyian dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran

membaca perkataan suku kata KV+KV. Oleh itu, saya akan menjalankan beberapa langkah

dalam memperkenalkan teknik ini. Langkah-langkah yang akan saya jalankan adalah seperti

berikut:

Langkah 1:

Saya akan mengajar murid membaca perkataan suku kata terbuka KV + KV dengan

teknik latih tubi menggunakan kad perkataan ‘AngryBird’ seperti Rajah 2 melalui aktiviti

tepukan.

Rajah 2:

Kad AngryBird perkataan KV+KV

Sebagai contohnya, responden akan menepuk paha dua kali untuk mengeja b dan o

seterusnya memetik jari kanan dan kiri secara berasingan untuk mengeja huruf l dan a.

Seterusnya responden akan menepuk paha sekali sambil menyebut suku kata bo dan

memetik jari kiri dan kanan secara serentak untuk menyebut suku kata la. Pengkaji boleh

mempelbagaikan gerakan dan tepukan dengan menggunakan meja atau secara

berpasangan seperti tepuk kera. Responden digalakkan membuat gerakan dan tepukan

yang digemari.

PKP 3113 12

Page 13: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Langkah 2:

Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan

betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan

aktiviti nyanyian sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Saya memilih lagu

‘ChickenDance’. Saya telah memilih melodi lagu tersebut kerana lagu tersebut diketahui

umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak.

Pada peringkat awal, saya akan menyanyikan lagu ejaan perkataan suku kata

KV+KV kepada responden. Contoh lirik lagu bagi nyanyian perkataan bagi suku kata KV+KV

adalah seperti di bawah\

Jadual 1:

Lirik Lagu Bacaan Perkataan KV+KV

Responden akan menyanyikan lagu ‘Perkataan KV+KV’. Nyanyian diulangi

beberapa kali dengan menggunakan melodi yang sama, tetapi menggunakan

perkataan yang berbeza.

Langkah 3:

Setelah menjalankan kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

kedua-dua orang murid dilaksanakan, saya menjalankan Ujian Pos. Ujian Pos adalah setara

dengan Ujian Pra. Ia bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat cara

membaca perkataan KV+KV.

PKP 3113 13

‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’

bola bola

Page 14: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

ii. KAEDAHPENGUTIPAN DATA.

Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan empat

jenis instrumen iaitu:

i. Analisis Dokumen

a. Rekod diri responden

b. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)

ii. Pemerhatian dan Borang nota lapangan

iii. Temu bual

Analisis Dokumen

Rekod diri responden

Sebelum melaksanakan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran

membaca perkataan suku kata KV+KV, saya akan menjalankan analisis dokumen. Pengkaji

menganalisis rekod diri kedua-dua orang responden yang diperoleh daripada Sistem

Maklumat Murid SK Taman Tun dr. Ismail 2. Maklumat ini berguna untuk bagi mengetahui

latar belakang responden.

Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)

Saya menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos yang berfokus kepada kemahiran

membaca bagi perkataan KV+KV. Ujian Pra dijalankan ke atas responden sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dimulakan.

Ujian Pra dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia

ada responden berkaitan dengan kemahiran yang ingin dikaji. Ujian Pos pula dijalankan

bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata

KV + KV. Ujian Pos dilaksanakan setelah keempat-empat sesi pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan.

PKP 3113 14

Page 15: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Bagi Ujian Pra, saya akan mengarahkan responden untuk membaca perkataan yang

terdapat dalam Ujian Pra tersebut. Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua orang responden

setelah kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik

tepukan dan nyanyian diajar. Soalan yang digunakan dalam ujian Pra dan Ujian Pos adalah

setara untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik tepukan dan nyanyian yang telah

diajar. Kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos dibina dengan merujuk kepada Buku Panduan

Program Pemulihan Khas Tahap Satu.

Ujian Pra ditadbir secara lisan ke atas kedua-dua orang responden menggunakan

perkataan bagi suku kata KV+KV. Enam perkataan terdapat dalam Ujian Pra. Ketika Ujian

Pra ditadbir, pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan

dengan pelaksanaan Ujian Pra ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi

suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pra. Semasa responden membaca

perkataan, pengkaji akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku

kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak.

Sepuluh perkataan terdapat dalam Ujian Pos. Seperti Ujian Pra, Ujian Pos juga

ditadbir secara lisan. Pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas

berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pos ini. Responden diarahkan untuk membaca

perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pos. Semasa responden

membaca perkataan, saya akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan

bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Saya perlu

membuat perbandingan peningkatan markah di antara Ujian Pos dan Ujian Pra kedua-dua

orang responden.

Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan ke atas kedua-dua orang responden bertujuan untuk melihat

gambaran jelas mengenai minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan oleh guru. Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji ke atas kedua-dua orang

responden sebanyak dua kali iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum

penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dan pada sesi keempat pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran menggunakan teknik yang sama.

PKP 3113 15

Page 16: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Pemerhatian direkodkan di borang nota lapangan. Bentuk pemerhatian yang

dijalankan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Saya akan merekodkan pemerhatian

berdasarkan tiga fokus yang telah ditetapkan iaitu minat semasa mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran, tingkah laku pasif dan penglibatan responden.

Pemerhatian dijalankan mengikut fokus minat, tingkah laku pasif dan penglibatan

murid. Fokus dan aspek yang diperhatikan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt

Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan

Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur

Farhanah bt Mohd Amin (2011), kesemua fokus yang diperhatikan berkait rapat dengan

minat responden terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.

Fokus minat dibahagikan kepada 2 aspek iaitu memberikan sepenuh tumpuan

semasa proses P&P berlangsung dan seronok belajar menggunakan teknik tepukan dan

nyanyian.

Fokus tingkah laku pasif pula diperhatikan melalui 3 aspek iaitu membuat kerja lain

yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar, mengganggu rakan lain, bercakap atau

bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Fokus terakhir yang akan diperhatikan ialah penglibatan murid. Saya akan

memerhati penglibatan murid di dalam kelas melalui dua aspek iaitu menjawab soalan

secara sukarela dan menggalakkan orang lain untuk belajar.

Temu bual

Sayai akan menggunakan temu bual bagi mendapatkan maklum balas dari murid

berkaitan dengan teknik tepukan dan nyanyian yang dijalankan. Seperti instrumen

pemerhatian, instrumen temu bual ini bertujuan untuk melihat adakah responden berminat

terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran

membaca.

Temu bual akan dilakukan oleh saya ke atas kedua-dua orang responden sebanyak

dua kali iaitu sebelum dan selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian diajarkan.

Soalan yang digunakan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2010)

dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid

Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air yang turut mengkaji aspek minat murid untuk kajiannya.

PKP 3113 16

Page 17: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Aspek yang ingin ditemu bual kepada responden berfokus kepada minat murid

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan

nyanyian. Pengkaji menggunakan temu bual semi berstruktur dan jawapan boleh diberikan

secara terbuka. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan teknik tepukan

dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan untuk suku kata KV+KV. Saya akan

melaksanakan temu bual ini secara individu bagi memudahkan berlakunya hubungan yang

‘rapport’ antara pengkaji dengan responden.

Semasa mengadakan sesi temu bual bersama dengan responden, saya akan

membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan responden. Perkara ini adalah untuk

menjadi bahan sokongan kajian temu bual yang telah dijalankan.

Keputusan daripada temu bual ini akan membantu saya membuat kesimpulan sama

ada penggunaan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca

perkataan KV+KV dapat meningkatkan minat responden atau tidak.

PKP 3113 17

Page 18: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

KaedahPenganalisisan

Data yang di perolehperlulah di analisis.Untukmenganalisis data yang

dikutipsayamenggunakanbeberapakaedah.Kaedahpenganalisisanituadalah

1) Perisian MS Excel

Sayamenggunakanperisianiniuntukmembinajadual, membuatgrafdanperkiraan min

danperatus

Contohgraf

2) Peratus

Responden Ujian Markah Peratus (%)

Responden 1

Ujian Pra 1/6 17

Ujian Pos 10/10 100

Responden 2

Ujian Pra 2/6 33

Ujian Pos 9/10 90

PKP 3113 18

Ujian Pra Ujian Pos0

20

40

60

80

100

17

100

Contoh Graf

UJIAN

PERA

TUSA

N M

ARKA

H ( %

)

Page 19: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

G. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil AktivitiOGOS- SEPT

OKTOBER

NOV- DIS

JAN-FEB

MAC-APRIL

1 Menjalankan ujian bertulis bagi mendapatkan gambaran awal

2 Menjalankan pemerhatian dengan lebih terperinci semasa sesi pdp berlangsung.

3 Menemu bual dan membuat perbincangan bersama guru Pemulihan tahun 2 Intelek.

4 Menentukanfokuskajian.

5 Membuattinjauanawalmasalah

6 Membinainstrumenmengutip data.

7 Merancangtindakan.

8 Menyediakanbahantindakan

9 Mengutip data

10 Menganalisa data

11 Interpretasidankesimpulan

12 Refleksi&menilaitindakan

13 Menulislaporan

14 Menghantarlaporan

PKP 3113 19

Page 20: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

H.      ANGGARAN PERBELANJAAN

ITEM / PERKARA KUANTITI

HARGA

SEUNIT JUMLAH

1. KertasPutih / Berwarna 1 RM 10.00 RM 10.00

2. Dakwat Printer 1 RM 70.00 RM 70.00

3. BukuRujukan 2 RM 20.00 RM 40.00

4. CetakanBahan - RM 20.00 RM 20.00

5. AlatTulis - RM 20.00 RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 120.00

PKP 3113 20

Page 21: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

I.      SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN

Akhiar Pardi&ShamsinaShamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 1 & Asas 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). “Aspek Seni Bahasa”. Halaman 21. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.

Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). (2003). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Choong Lean Keow, PhD (2011). AsasPenyelidikanTindakan Unstuck Program

IjazahSarjanaMudaPerguruanDenganKepujian. Selangor: Kumpulan BudimanSdn.Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur:LongmanMalaysia Sdn. Bhd.

Kemmis&McTaggart.(1988). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.

Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’.Kajian Tindakan tidakditerbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ RazaliIsmail, KualaTerengganu, Terengganu.

Nur Nadiyah Bt Indra Gunawan (2010). Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Bagi Murid Tahun 2. Jurnal Penyelidikan IPGKKB.

Samsiah (2008). Penguasaan bacaan mekanis di kalangan murid darjah 3: Satu kajian kes di Sekolah Umar Ali Saifuddin, Brunei Muara. Jabatan PendidikanJurnal Pendidikan Bahasa Melayu 107MalayLanguageEducationJournal (MyLEJ)Bahasa, Institut Pendidikan Sultan HassanalBolkiah, Universiti BruneiDarussalam.

Yong, L.M.S. &Biramiah, K. (1996).Guru Yang Kreatif: Isu-IsuTeorikitaldanAplikasiPraktikal. Kuala Lumpur: ArenabukuSdn. Bhd.

ZamriMahamod. (2008). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu. Shah Alam: Penerbitan Karisma.

PKP 3113 21

Page 22: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Lampiran

Borang pemerhatian

Fokus AspekPemerhatian

Sebelum Selepas

1. Minat

Memberikan

sepenuh tumpuan

semasa proses P&P

berlangsung

Seronok belajar

2. Tingkah

laku pasif

Membuat kerja lain

yang tiada kaitan

dengan kemahiran

yang di ajar

Mengganggu rakan

lain

Bercakap atau

bermain

3.

Penglibatan

Menjawab soalan

secara sukarela

Menggalakkan orang

lain untuk belajar

PKP 3113 22

Page 23: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Transkrip temu bual sebelum penggunaan teknik tepukan

Soalan temu bual Jawapan responden

Adakah awak minat membaca?

Adakah pengajaran guru membosankan?

Apakah teknik yang digunakan oleh guru

dalam sesi P&P?

Menarik teknik yang guru gunakan?

Awak bersemangat semasa guru

mengajar?

Kalau bosan awak buat apa?

Adakah awak boleh membaca perkataan

KV+KV?

Kalau selalu salah baca, kenapa awak tak

mahu belajar semasa guru mengajar?

             

 

PKP 3113 23

Page 24: Proposalkajiantindakansem7adam 141009200217 Conversion Gate01

Transkrip temu bual selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian.

Soalan temu bual Jawapan responden

Adakah awak minat membaca?

Adakah pengajaran guru membosankan?

Apakah teknik yang digunakan oleh guru

dalam sesi P&P?

Menarik teknik tepukan dan nyanyian yang

guru gunakan?

Awak bersemangat semasa guru

mengajar?

Kenapa semangat?

Adakah awak boleh membaca perkataan

KV+KV?

Bolehkah awak menggunakan teknik

tepukan dan nyanyian yang guru

perkenalkan untuk kemahiran yang lain?

PKP 3113 24