penguasaankemahiranmembacadanmenulisjawidkalanganmuridtahun2 141021224909 conversion gate02

25
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SEMPORNA Oleh MIMIJUANA BINTI AHMAD Guru Pendidikan Islam (GPI) SK Pekan Semporna 1.0 PENDAHULUAN Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah- sekolah pada zaman dahulu. Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi 1

Upload: aj-ze

Post on 02-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran

TRANSCRIPT

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SEMPORNA

OlehMIMIJUANA BINTI AHMADGuru Pendidikan Islam (GPI)SK Pekan Semporna

1.0PENDAHULUAN

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu.Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam matapelajaran ini. Semua murid tahun lima iaitu kumpulan sasaran telah didedahkan dengan tulisan jawi iaitu semasa mereka berada di tahun satu hingga tahun empat. Mata pelajaran jawi merupakan satu aspek yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas jawi membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf jawi serta membaca sukukata dan perkataan mudah. Melalui tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tulisan jawi harus dipertahankan dan dituntut kerana ia merupakan warisan bangsa yang perlu dikuasai dan mesti dikekalkan hingga ke akhir zamanNamun kebelakangan ini, apa yang agak merisaukan kita bahawa apa yang kita lihat penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab tidak ingin melihat tulisan jawi ini hanya tinggal nama menyebabkan tulisan jawi telah diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah-sekolah rendah bertujuan bagi memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Dalam program j-QAF ini murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini.

2.0LATAR BELAKANG KAJIAN

Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur dan ditelan zaman, maka suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh semua guru bagi pendidikan Islam bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid dalam jawi, serta memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi.Oleh itu, saya sebagai guru yang diamanahkan untuk mengajar pendidikan Islam rasa terpanggil untuk menjalankan kajian kes di sekolah khususnya kepada murid tahun dua. Ini kerana apa yang saya lihat terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam mendalami pengetahuan tentang jawi. Apabila saya menjalankan proses pengajaran jawi, saya dapati masih ramai lagi murid-murid yang belum menguasai huruf-huruf hijaiyah, padahal huruf-huruf hijaiyah adalah satu topic yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid untuk memudahkan mereka dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi di dalam kelas. Manakala, dari segi pembacaan jawi, ada segeilintir murid lansung tidak boleh membaca dan ada juga yang oleh membaca walaupun merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Oleh itu, Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2015. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan serta faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid Tahun 2 yang melibatkan seramai 80 orang murid-murid. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan murid SK Pekan Semporna dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini.

3.0PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Sepertimana, Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga ( ) diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf Kaf ( ) dan Jim ( ) serta Cha ( ) berasaskan bunyi huruf Ta ( ) dan Jim ( ) (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.Menurut pendapat Mohammad Amin Dan, 2009 beiau menyatakan bahawa kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah dalam menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam minat murid menulis jawi.Manakala, menurut Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian Shazana Muhamed Saad (2009) menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental.Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemerosotan penguasaan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja amat ketara sekali. Masalah ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik berminat untuk mengkaji penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dan faktor yang mempengaruhinya.Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan dalam kajian ini iaitu di SK Pekan Semporna dalam mengalami masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Murid-murid Tahun 2 menunjukkan mereka berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawi sewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid saya ini ada yang hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada juga yang boleh menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya terima daripada para pelajar diantaranya ialah ustazah, huruf alif boleh disambungkan tak dengan huruf dal? Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya?.Selain itu, Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid setelah memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang murid tidak dapat menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua huruf-huruf sama ada huruf yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim (2009) juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahamikaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1Objektif UmumKajian ini dilaksanakn bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid tahun 2 dalam kemahiran membaca dan menulis jawi serta faktor yang mempengaruhi penguasaan jawi di kalangan murid-murid.

4.2Objektif Khususi. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid.

ii. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi.iii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar Sk Pekan Semporna. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan murid di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. Antara persoalan dalan kajian tersebut seperti berikut :i. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan latar belakang murid mempengaruhi penguasaan mereka di dalam jawi.ii. Sejauh manakah penguasaan kemahiran Jawi dalam di kalangan murid tahun 3 iii. Apakah faktor lain yang mempengaruhi penguasaan kemahiran jawi di kalangan murid tahun 3.

6.0 HIPOTESIS KAJIAN

Menurut pada pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas yang sangat penting dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga disajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat dan pelbagai faktor lagi. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.selain itu, Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid. Selain itu, Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi guru-guru GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

7. 0METODOLOGI KAJIAN.

Di dalam metolodogi kajian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan sasaran, instrumen kajian dan prosedur kajian seperti di bawah :

7.1 Kumpulan SasaranKajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna Seramai 80 orang murid tahun 2 dipilih daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 47 murid perempuan dan 33 murid lelaki.

7.2 Prosuder KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan penguasaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang di antara guru dan murid dalam aspek pembacaan dan penulisan Jawi. Pengkaji memperuntukkan 3 minggu untuk melaksanakan kajian tindakan ini.Pada minggu pertama, temubual awal dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dan minat murid terhadap pembacaan dan penulisan Jawi. Dalam temubual, responden adalah dikalangan kumpulan sasaran iaitu murid dan guru matapelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya minggu kedua, pengkaji mengedarkan boring soal selidik untuk mengetahui minat dan motivasi murid dalam tulisan jawi dan boring kaji selidik kepada ibu bapa murid. Hasil daripada soal selidik tersebut berupaya untuk membantu pengkaji menilai tahap penguasaan penulisan jawi. Minggu ketiga, ujian kemahiran pembacaan dan tulisan jawi dibuat untuk menilai tahap pencapaian dalam pembacaan dan penulisan jawi bagi setiap 80 orang responden.

7.2 Rekabentuk KajianRekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25).Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan penggunaan pemerhatian dan temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi setiap responden.

7.3 Instrumen Kajian7.3.1 Soal Selidik

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran jawi. Selain itu borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran Jawi.Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik adalah selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid terhadap pelajaran Jawi. Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 80 unit borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, dan 80 unit borang soal selidik kepada ibu bapa responden. Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji memberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Responden diberi masa 30 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pengkaji telah mentadbir sendiri setiap responden yang dipilih untuk memberi pemahaman tentang soalan yang diberikan.Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah menggunakan Skala Likert. Sila rujuk Lampiran 1. Dalam skala Likert, responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada sangat setuju kepada sangat tidak setuju.

7.3.2 TemubualSelain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah kaedah bila mana responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi maklumat. Maklumat penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada responden. Temubual digunakan bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru matapelajaran Pendidikan Islam dan murid untuk mengetahui sejauhmana penguasaan murid terhadapa pembacaan dan penulisan jawi di dalam kelas.

7.3.3UjianPada peringkat awal praujian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kelemahan murid dan sejahumana penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan jawi. Soalan ujian dibuat menilai tahap kelemahan dan pencapaian murid di dalam penulisan jawi

8.0DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan penguasaan pelajar tahun 2 dalam ujian yang telah di laksanakan kemahiran Jawi masih berada pada tahap lemah. Purata 41.82 peratus murid gagal menyambung huruf-huruf Jawi mudah yang diberikan (Jadual 1). Ini bermakna penguasaan pelajar dalam penyambungan huruf-huruf Jawi masih kurang mantap. Kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi ini sepatutnya dikuasai pada peringkat tahun 1 lagi.

Jadual 1 Peratus pelajar yang boleh menyambung huruf-huruf Jawi Bil Item Betul (%)1. 68.75 (55)*2. 43.75 (35)3. 60.00 (48)4. 35.00 (35) 5. 48.75 (39) JUMLAH 400* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajar.

Manakala, hasil dapatan yang didapati melalui soal selidik yang telah dijalankan kepada semua reseponden yang berkaitan dengan motivasi, minat dan sikap atau tanggapan responden terhadap pembelajaran jawi berkaitan kemahiran membaca dan menulis dalam jawi seperti dalam jadual 2 di bawah :

Jadual 2 Peratus soal selidik tentang faktor penguasaan murid terhadap pembelajaran jawi Bil Item Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju1. Minat 6.25% (50) 12.5% (100)50.00% (400) 31.25(250)

2. Sikap 10.00% (80) 10.00% (80)56.25 %(450) 23.75%(190)3. Motivasi 12.5% (100) 15% (120)60.00 %(480) 12.5%(100)Jumah Keseuruhan 800Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kaji selidik yang telah di jalankan menunjukkan bahawa faktor minat yang menyebabkan penguasaan terhadap kemahiran jawi yang sangat lemah di mana terdapat 50% yang menyatakan kurang setuju dan 31.25% yang tidak setuju berbanding 6.25% mengatakan sangat setuju dan 12.5% yang bersetuju dengan persoalan yang menunjukkan minat kepada pembelajaran jawi. Oleh itu, guru-guru perlu mamainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran jawi dengan menggunakan pelbagai straegik dan kaedah yang berkesan.Manakala hasil dapatan yang melihat persoalan tentang sikap murid terhadap jawi pada masa kini. Jika kita lihat hasil dapatan murid dalam jadual 2 atas menunjukkan hasil yang agak mengecewakan dan merungsikan kita sebagai murid kerana kebanykan murid-murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran jawi di mana hasil menunjukkan sebanyak 56.25 %(450) yang setuju dengan perosalan yang diutarakan dan sebanyak 23.75%(190) berbanding sikap pelajar yang positif mereka terhadap jawi di mana hanya 10.00% (80) yang sangat bersetuju dan 10.00% (80) bersetuju.Begitu juga, faktor motivasi yang mempengaruhi penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan jawi. Di mana hanya 12.5% (100) yang menjawab sangat setuju dan 15% (120) yang setuju. Berbanding dengan jurang yang agak jauh yang mana sebanyak 60.00 %(480) yang tidak setuju dan 12.5%(100) setuju dengan pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan motivasi mereka untuk mendalami jawi.Seterusnya hasi dapatan kaji selidik berkaitan latarbelakang pelajar dari segi ekonomi dan sosial pelajar. Di mana pengkaji telah mengedarkan boring kaji selidik untuk dijawab oleh ibu bapa atau penjaga responden berikut adalah hasil dapatan daripada soal selidik tersebut :

Jadual 3 Peratus soal selidik tentang latar belakang murid-murid dari segi sosial dan ekonomi Bil Item bilangan peratus 1. Kakitangan Awam 10 13%2. Swasta 5 6.3%3. Bekerja sendiri 8 10.% 4. Nelayan 22 28 %5. Buruh kasar 15 19 %6. Pemandu bas 10 13%7. Tidak bekerja 10 13%Jumah Keseuruhan 80 orang 100%

Hasil dapatan di atas menunjukkan latar belakang ibu bapa atau penjaga responden yang menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan ibu bapa atau responden terdiri daripada taraf kelas pertengahan dan bawahan kerana di dapati hanya 10 orang 13% yang terdiri daripada kakitangan awam dan 5 orang 6.3% merupakan pekerja swasta selebihnya bekerja sendiri, buruh kasr, nelayan, pemandu bas dan tidak bekerja. Jika dilihat kebanyakan ibu bapa atau penjaga responden bekerja sebagai nelayan sebanyak 22 orang 28%. Seperti mana kita sedia maklum bahawa pendapatan nelayan adalah tidak menentu ini menujukkan secara tidak lansung ia akan melibatkan faktor ekonomi yang menjejaskan untuk memberi pendidikan yang amat baik untuk anak-anak mereka seperti memberi kelas tuisyen kepada anak-anak mereka.

9.0RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN. Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar. Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan kajian tersebut untuk membantu guru-guru untuk melihat sejauhmana penguasaan jawi di kalangan murid tahun 2 dan secara tidak lansung kita mengetahui faktor yang menyebakan kelemahan penguasaan jawi dikalangan murid-murid di sekolah ini. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhiratBerdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua muriddapat memahami bahan Pendidikan Islam yang diajar oleh guru. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana pada peringkat myang lebih tinggi, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran tersebut semasa berada di sekolah rendah.Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih besar merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar. Aspek-aspek kemahiran Jawi yang diuji juga perlu diperluaskan meliputi aspek kemahiran menukar ayat Rumi kepada Jawi. J-Qaf yang dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah yang baik untuk memperbaiki penguasaan jawi di kalangan murid. Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain adalah suatu usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani murid. Selain itu, satu kajian juga perlu dilaksanakan untuk melihat sejauhmana keberkesanan program j-QAF dalam aspek penguasaan jawi dan al-Quran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini kerana cadangan kajian seperti ini mampu untuk menmbah baik dan memperkasakan program j-QAF yang sedia ada supaya apabila murid berada pada peringkat sekolah menengah, masalah penguasaan jawi bukan lagi satu yang menjadi halangan dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.

RUJUKAN

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937941. Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill. Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

LAMPIRAN 1BORANG SOAL SELIDIK MENULIS JAWI

Nama Pelajar:___________________________Jantina: ___________

1234

Sangat SetujuSetujuKurang SetujuTidak Setuju

A. MINATSaya :1. Suka matapelajaran Pendidikan Islam.2. Minat menulis jawi.3. Minat tulisan jawi.4. Mahir menulis jawi.5. Suka baca bahan dalam tulisan jawi.6. Melibatkan diri dalam sebarang pertandingan berkaitaan penulisan jawi.7. Suka apabila guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.8. Berminat untuk menulis jawi kerana ia unik dan mencabar.9. Sering belajar untuk menulis jawi.10. Mempunyai keazaman untuk pandai menulis jawi.

B. SIKAP1. Penulisan Jawi adalah tidak penting pada zaman sekarang.2. Sewaktu guru mengajar Jawi, saya selalu bersikap endah tidak endah.3. Didalam peperiksaan terdapat dwibahasa, oleh itu saya akan menjawab dalamtulisan Rumi.4. Tiada siapa berhak memaksa saya belajar Jawi.5. Tulisan Jawi adalah susah dan merumitkan.6. Tidak perlu lagi belajar Jawi kerana semula bahan ilmiah dalam bahasa Rumi.7. Jawi hanya digunakan pada zaman dahulu sahaja.8. Sebagai seorang beragama Islam saya patut menguasai tulisan jawi.9. Rasa senang hati apabila guru tidak menyoal untuk menulis Jawi.10. Tiada beza sama ada tahu atau tidak menulis Jawi.C. MOTIVASI1. Guru selalu menggunakan penulisan Jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.2. Mempunyai bahan bacaan Jawi di rumah.3. Mempunyai alat/media/perisian berkaitan tulisan Jawi.4. Perasaan bersalah/malu apabila tidak mahir menulis Jawi.5. Ibubapa selalu mendorong supaya mempelajari Jawi dengan sebaik mungkin.6. Terdapat pertandingan Jawi yang diadakan setiap bulan di sekolah dan inimemberi semangat kepada saya untuk memenangi pertandingan tersebut.7. Guru memberi galakan untuk menulis Jawi8. Ibubapa menjadi role-model.9. Rakan-rakan pandai menulis Jawi.Oleh itu, saya juga belajar menulisnya.10. Guru mengajar pembelajaran Jawi dengan menggunakan alat bantu mengajar.18