bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

25
BAB 2 NUTRISI

Upload: miz-mia

Post on 16-Apr-2017

272 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

BAB 2NUTRISI

Page 2: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

2.1 Kelas-kelas makanan

Page 3: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Karbohidrat

1. Karbohidrat ialah makanan yang mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.

2. Contoh karbohidrat termasuk kanji, selulosa, dan gula. 3. Makanan yang kaya dengan karbohidrat termasuk nasi,

roti, coklat, dan ubi. 4. Karbohidrat ialah sumber tenaga utama kita. 5. Karbohidrat membekalkan tenaga yang kita perlukan

untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti bernafas, berjalan dan berlari.

Page 4: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Protein

1. Protein mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, dan kadangkala sulfur serta fosforus.

2. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ikan, putih telur, susu, dan kacang soya.

3. Protein diperlukan untuk membina sel baharu bagi pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak.

4. Protein yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan tetapi disingkirkan sebagai urea dalam air kencing dan peluh.

Page 5: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Lemak

1. Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon, hidrogen, dan oksigen tetapi dalam nisbah yang berlainan.

2. Makanan yang kaya dengan lemak termasuk mentega, kuning telur, minyak ikan, dan lemak daging.

3. Selain karbohidrat, lemak juga membekalkan tenaga, terutamanya untuk memanaskan badan dan mengekalkan suhu badan.

4. Lemak melindungi organ-organ dalaman seperti ginjal dan jantung daripada gegaran.

Page 6: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Vitamin

1. Vitamin ialah sebatian organik yang penting untuk kesihatan badan.

2. Terdapat dua kumpulan vitamin iaitu vitamin yang larut dalam lemak dan vitamin yang larut dalam air.

3. Vitamin yang larut dalam lemak ialah vitamin A, D, E, dan K manakala vitamin yang larut dalam air ialah vitamin B dan C.

Page 7: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Vitamin Fungsi Kesan Kekurangan

A

• Pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihat

• Untuk penglihatan yang baik pada waktu malam

Rabun malam

B • Memelihara fungsi sistem saraf• Membantu pembentukan sel darah merah Beri-beri

C• Menguatkan pertahanan badan terhadap

penyakit• Memelihara kesihatan kulit dan gusi

PelagraAnemia Skurvi

D• Membantu penyerapan kalsium dan

fosforus untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat

Riket Kerosakan gigi

E • Mengekalkan fungsi sistem pembiakan Kemandulan

K • Diperlukan dalam proses pembekuan darah

Darah lambat beku

Page 8: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Garam mineral

1. Seperti vitamin, hampir semua makanan mengandungi garam mineral yang diperlukan untuk memelihara kesihatan badan.

2. Garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

3. Air minuman harian yang dibekalkan oleh loji air juga mengandungi garam mineral.

Page 9: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Garam mineral Fungsi Kesan

Kekurangan

Kalsium • Membina tulang dan gigi yang kuat• Membantu proses pembekuan darah Riket

Natrium • Diperlukan untuk pembentukan bendalir badan seperti plasma darah

Kekejangan ototKelesuanKurang selera makan

Besi • Membina hemoglobin dalam sel darah merah Anemia

Iodin • Diperlukan oleh kelenjar tiroid untuk penghasilan hormon Goiter

Fosforus • Membina tulang dan gigi yang kuat Riket

Kalium

• Diperlukan untuk pengecutan otot badan

• Mengekalkan kepekatan darah dan bendalir tisu badan

Kelesuan ototKekejangan otot

Page 10: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Pelawas

1. Pelawas ialah bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.

2. Selulosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur- sayuran, dan selaput luar bijirin ialah sumber pelawas.

3. Pelawas merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan untuk membantu pergerakan makanan.

4. Oleh itu, pelawas dapat mencegah sembelit.

Page 11: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Air

1. Kira-kira 67% daripada badan manusia terdiri daripada air. 2. Air diperlukan dalam badan untuk mengangkut bahan-

bahan terlarut seperti makanan tercerna ke seluruh badan dan mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan daripada badan.

3. Air juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan dan kepekatan darah.

4. Kehilangan sebanyak 20% daripada jumlah air dalam badan boleh membawa maut.

Page 12: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Kwasyiorkor

Page 13: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Rabun malam

Page 14: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Beri-beri

Page 15: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Skurvi

Page 16: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Page 17: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01
Page 18: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

A Ujian iodin untuk kanji

1. Masukkan 2 ml larutan kanji ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik larutan iodin.

Page 19: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

B Ujian Benedict untuk glukosa

1. Masukkan 2 ml larutan glukosa ke dalam tabung uji.2. Tambahkan 2 ml larutan Benedict ke dalam tabung uji.3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam

kukus air.

Page 20: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

C Ujian Millon untuk protein

1. Masukkan 2 ml larutan albumen ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik reagen Millon.3. Panaskan tabung uji dengan kandungannya di dalam

kukus air

Page 21: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

D Ujian alkohol-emulsi untuk lemak

1. Masukkan 2 ml etanol ke dalam tabung uji.2. Titiskan beberapa titik minyak ke dalam etanol dan

goncang campuran itu.3. Tambahkan 2 ml air dan goncang campuran itu.

Page 22: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

Keputusan:

Makanan Ujian Makanan Pemerhatian

Kanji Ujian iodin

Glukosa Ujian Benedict

Protein Ujian Millon

Lemak Ujian alkohol-emulsi

Page 23: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

1. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(a) ___________ membekalkan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian kita.

(b) ___________ dan ___________ melindungi badan kita daripada penyakit dan mengekalkan kesihatan badan kita.

(c) Melarutkan dan mengangkut makanan tercema ke sel-sel badan.

(d) Kekurangan pelawas dalam gizi boleh menyebabkan masalah ___________. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah ___________ dan___________.

(e) ___________ melindungi organ-organ badan seperti jantung daripada tercedera.

(f) ___________ diperlukan untuk membina sel-sel baharu untuk pertumbuhan dan untuk menggantikan sel-sel yang rosak.

Page 24: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01

2. Kelaskan makanan yang berikut kepada kelas makanan yang betul.

Mi Susu Putih telur Ubi kayu

Marjerin Madu Mentega Kuning telur

Kacang tanah Ikan

Page 25: Bab2nutrisi 150323233013-conversion-gate01