projek-steam (1) final

Upload: harold-milton

Post on 09-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

steam project

TRANSCRIPT

PROJEK BOT POP POP

MSP3073 PENGURUSAN SENI[PROJEK BOT POP POP]

Pengurusan Seni (MSP 3073)

PROJEK BOT POP POP

NAMANO. MATRIK

HAROLD MILTON ANAK RAGAI

D20131064180

TIONG CHUNG FOO

D20131064117

PENSYARAH: Prof. Madya Dr. Md. Nasir IbrahimKUMPULAN : A

PROJEK:BOT POP POP

OBJEKTIF:1. Meningkatkan minat kanak-kanak menggunakan bahan kitar semula dalam menghasilkan reka cipta. 2. Menyedari kesan daya pergerakan yang dijana oleh tenaga kinetik.3. Membuat analisis terhadap pelbagai bahan di sekeliling untuk menghasilkan kereta berasaskan kuasa tanpa motor.4. Belajar sambil bermain secara menyeronokkan.5. Menghargai kepentingan alam semula jadi.

FASA 1: INKUIRI1. Guru menunjukkan kepada kanak-kanak gambar dan video tentang pencemaran alam sekitar.

2. Guru bertanyakan soalan berkaitan pencemaran alama. Kenapa banyak sampah?b. Bagaimana hendak menangani masalah sampah?c. Mengapa orang membuang sampah merata-rata tempat?d. Apakah kesan pencemaran alam kepada kesihatan kita?e. Apakah hukuman yang sesuai bagi orang yang membuang sampah secara tidak bertanggung jawab?f. Apakah ganjaran yang sesuai untuk mereka yang menjaga kebersihatan?

3. Kanak-kanak mengaitkan gambar bot mainan buatan sendiri dengan gambar dan video yang ditonton.

4. Kanak-kanak menerangkan faedah menggunakan semula bahan-bahan terbuang.a. Memperbanyak penggunaan bahan kitar semulab. Menghasilkan produk inovatif dan kreatifc. Menjimatkan wangd. Meningkatkan kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar

FASA 2: PENEROKAAN1. Guru-guru menerangkan cara-cara untuk mendapatkan idea untuk menghasilkan pop-pop boat menggunakan kuasa haba.

a. Memikirkan bahan yang sesuai dan mudah diperoleh oleh murid-murid untuk menghasilkan bot daripada bahan buangan.b. Membuat carian di internet contoh-contoh bot yang terhasil daripada bahan-bahan terbuangc. Bertanya kepada ibu-bapa ataupun ahli keluarga bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bot tersebut.

2. Kanak-kanak mencari idea untuk menghasilkan bot berkuasa haba.a. Menggunakan deria dan akal untuk memahami bentuk bot, komponen kompenen dan pergerakan bot di atas air.b. Mengumpulkan maklumat dan mengalami sendiri permainan bot.c. Membangunkan kemahiran baru termasuk kemahiran berfikir.d. Membentuk idea dan teori tentang bot serta menghasilkan bot mainan daripada bahan terbuang.e. Menguji dan memperhalusi idea mereka melalui penerokaan terhadap persekitaran mereka secara aktif dan dengan berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain.f. Menguasai pembelajaran dan kemahiran secara bermain yang membolehkan kanak-kanak menjadi kreatif, berani mengambil risiko dan membuat penemuan.g. Melahirkan sikap dan tingkah laku yang positif terhadap pembelajaran.h. Memperkembang pengetahuan, memperkukuh kemahiran dan nilai mereka di samping bekerjama menyelesaikan masalah.

FASA 3: REKA CIPTA1. Guru dan murid murid berbincang tentang projek reka cipta menggunakan bahan terbuang dan terpakai.2. Setiap murid diminta menyediakan alat yang berasal daripada bahan-bahan terbuang.3. Murid-murid menghasilkan rekacipta dari pelbagai bahan yang dikumpulkan.4. Murid-murid menghasilkan langkah-langkah untuk reka cipta bot

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN BOT POP POP1. PENYEDIAN ALAT DAN BAHAN Kotak minuman Tin minuman Straw 2 batang Hot glue gum Spray warna Spray clear Gunting pembaris

2. FIKIRKAN TENTANG CABARAN Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada bot yang sebenar? badan, sumber kuasa, pergerakan) Bahagian bot yang manakah sama dengan kuasa haba yang akan digunakan? Bagaimanakah bot tersebut bergerak?

3. FIKIRKAN TENTANG BEBERAPA IDEA. Nyatakan beberapa bahagian bot yang akan dimasukkan dalam projek pembuatan bot air. Senaraikan beberapa cara untuk menggerakkan bot tersebut. Bagaimanakah cara untuk menggerakkan bot air itu secara lancar.

4. TELITI BAHAN-BAHAN Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk badan bot? Bagaimanakah cara untuk mengalirkan arus haba yang terhasil daripada tempat pemanas atau dandang? Apakah bahan yang boleh digunakan untuk mencantumkan badan bot antara satu sama lain? Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk mengalirkan arus haba dengan baik? Apakah bahan yang boleh digunakan untuk melekatkan lilin dan badan bot? Apakah bahan yang boleh digunakan untuk melekatkan hos dengan bot?

5. MEREKA BENTUK DAN MEMBINA BADAN. Potong kotak minuman kepada beberapa ukuran yang telah ditetapkan. Cantumkan kotak minuman tersebut untuk dijadikan tapak dan menjadi badan bot Cantumkan badan bot tersebut dengan melipat kotak supaya serupa dengan bentuk bot sebenar

a)

b)

6. MEMBUAT TEMPAT MELETAK LILIN. Lekatkan tin yang sudah dipotong secara bulat di bahagian badan bot. pastikan susunan sudu plastic tersebut sekata dan tersusun.

7. MEMBUAT LIPATAN ALMUNIUM. Lipat almunium pada separuh kira-kira 103mm panjang (4 ") dan bukannya 207mm (8") panjang. Sisi cetak tin yang perlu berada di luar. teruskan dengan memegang hujung bahagian bersama, pastikan lipatan sama dengan bahagian hujung supaya tekanan dapat dihasilkan pada hujung almunium ketatkan almunium tersebut menggunakan playar pada hujung almunium yang dilipat, tampalkan dengan gam di hujung almunium supaya terkunci dan tidak teralih

8. MEMASANG STRAW PADA ALUMINIUM Masukkan hujung pencil pada hujung almunium untuk membuka sedikit ruang supaya mudah untuk memasukkan straw. Potong straw supaya tidak terlalu panjang melebihi badan bot Tutup keseluruhan bahagian aluminium menggunakan hot glue gum Setelah selesai masukkan aluminium tersebut ke dalam bekas air untuk memastikan bahawa terdapat kebocoran ataupun tidak

9. SIAP SEDIA Hidupkan api pada lilin Apabila api pada lilin telah dinyalakan dan aluminium mengeluarkan haba dan menggerakkan bot tersebut.

a)

FASA 4 : REFLEKSI1. Murid-murid dan pendidik berbincang tentang hasil projek .2. Pendidik memberi galakan kepada kanak-kanak tentang hasil projek.3. Murid-murid memberi cadangan untuk mempamerkan hasil projek mereka kepada ibu bapa. 4. Pendidik mengaitkan projek mereka dengan STEAM semasa membincangkan proses projek yang dijalankan.5. Semua soalan semasa fasa 1 dibincangkan bersama murid-murid.

PROJEK STEAM |MSP3073 PENGURUSAN SENI1