bab1-final projek v1

16
 BAB І PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Secara fizikalnya air merupakan sebatian tanpa warna, baud an rasa. Struktur air tersendiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen dengan formula kimia . Air adalah sumber semulajadi anugerah Tuhan yang meliputi hampir 70 daripada muka bumi ini. !ari keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini, hanya " sahaja merupakan air tawar manakala selebihnya #7 adalah air masin. !ari jumlah air tawar ini, lebih

Upload: shahrolhazrien

Post on 04-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b1

TRANSCRIPT

BABPENGENALAN

1.1 PendahuluanAir merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Secara fizikalnya air merupakan sebatian tanpa warna, baud an rasa. Struktur air tersendiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen dengan formula kimia . Air adalah sumber semulajadi anugerah Tuhan yang meliputi hampir 70% daripada muka bumi ini. Dari keseluruhan air yang didapati di muka bumi ini, hanya 3% sahaja merupakan air tawar manakala selebihnya 97% adalah air masin. Dari jumlah air tawar ini, lebih kurang 2.997% membentuk ais dan glasier di kutub ataupun terletak di bawah bumi yang sukar atau tidak ekonomi untuk dikeluarkan (Miller, 1995).

Pencemaran air pula bermaksud kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam persekitaran akuatik sehingga merosakkkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem air. Empat aktiviti utama di Malaysia, iaitu industri pembuatan, industri berasaskan pertanian, ternakan haiwan dan kumbahan dikenalpasti sebagai punca pencemaran air yang ketara. Pencemaran bertindakbalas dengan berbagai-bagai cara apabila dicampurkan ke dalam kandungan air. Pencemaran air air meninggikan kos mengolah air, menamatkan sumber pencarian nelayan dan menjadikan sungai tidak sesuai untuk kegunaan rekreasi (N.Fuaad, 1990).1.2 Kepentingan KajianKajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kepentingan tertentu terutamanya untuk mengetahui status kualiti air di Sungai Jarak, Pulau Pinang berdasarkan kepekatan parameter yang dianalisis. Selain itu, kajian ini juga dapat member kepentingan dari segi perolehan input baru mengenai kesesuaian air sungai tersebut untuk tujuan penggunaan tertentu. Dari nialai kepekatan parameter yang dikaji, kepekatan bahan pencemaran yang wujud dapat dikenalpasti dengan jelas dan maklumat ini dapat membantu untuk mengetahui kualiti air Sungai Jarak yang digunakan ini samada selamat atau tidak.1.3 Penyataan MasalahSungai merupakan salah satu daripada sumber air yang terdapat di atas muka bumi ini. Kawasan sungai sesuai dijadikan tempat untuk berekreasi, beriadah atau beristirahat pada waktu-waktu tertentu. Keindahan dan ketenangan di kawasan sungai dapat memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Selain itu, sungai juga menjadi tarikan pengunjung untuk memancing ikan. Sepertimana sedia maklum, sungai sememangnya adalah habitat untuk hidupan laut terutamanya ikan. Akan tetapi, keindahan dan ketenangan serta habitat di sungai ini tidak akan kekal sekiranya sungai ini tercemar. Sekiranya sungai ini tercemar, kawasan ini tidak lagi sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi mahupun kawasan untuk aktiviti memancing. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengkaji tahap kualiti air di Sungai Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia.

1.4Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:i. Menentukan kepekatan beberapa parameter seperti nilai pH, Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Oksigen Terlarut (DO) bagi Sungai Jarak.

ii. Mengkelaskan kualiti air bagi Sungai Jarak berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) mengikut standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).1.5Skop KajianKajian ini hanya tertumpu pada kawasan Sungai Jarak. Kami telah memilih tiga stesen di kawasan sungai tersebut bagi tujuan pengambilan sampel. Stesen ini dipilih mengikut kesesuaian selepas kami melaksanakan lawatan tapak di lokasi sungai berkenaan. Rajah 1.1 menunjukkan tiga stesen yang telah dipilih.

Rajah 1.1: Stesen Pengambilan Sampel

Sumber: Here MapsAntara parameter yang akan dianalisis bagi menentukan kualiti air Sungai Jarak ialah nilai pH, Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Oksigen Terlarut (DO). Parameter yang dipilih adalah berdasarkan parameter yang terdapat dalam Indeks Kualiti Air (IKA) standard Jabatan Alam Sekitar (JAS).BAB

KAJIAN LITERATUR

2.1PendahuluanProses pembangunan yang pesat mengakibatkan gangguan terhadap alam sekitar termasuklah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai yang berlaku memberikan kesan negatif terhadap persekitaran akuatik seperti gangguan rantai makanan organism akuatik, kemerosotan kualiti air serta kesan jangka panjang dalam kehidupan manusia. Kualiti air yang bersih merupakan aset penting dalam seluruh kehidupan manusia. Apabila bahan-bahan pencemar telah memasuki sungai, maka kualiti air sungai turut merosot. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai warganegara Malaysia menjaga dan mengekalkan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan (Fatimah Mohd Yusof, 1996).Umumnya, ekosistem sungai terdiri daripada dua komponen utama iaitu elemen bukan biologi dan elemen biologi. Elemen bukan biologi adalah seperti air, udara, tanah, batu, batu kerikil, pasir dan lumpur. Selain itu, ia terdiri daripada bahan-bahan yang digunakan untuk metabolism sel seperti cahaya matahari, mineral dan bahan-bahan organik lain. Manakala elemen biologi pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, organism akuatik seperti ikan, alga serta mikroorganisma yang bertindak menguraikan organism-organisma yang telah mati (Nemerow, 1991).Walaubagaimanapun, ekosistem daripada aspek biologi terdiri daripada hidupan akuatik di dalam sungai serta interaksi antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan lain di sepanjang koridor sungai turut mempengaruhi ekosistem sungai. Kesemua komponen ini membentuk suatu sistem ekologi, biologi kimia serta sifat fizikal sungai yang saling berhubung kait dan saling bergantung antara satu sama lain. Namun, kemasukan bahan-bahan pencemaran yang berlebihan pada komposisi yang tinggi akan merosakkan kebolehan semulajadi sungai tersebut (Manuel, 2002).2.2Pencemaran SungaiPencemaran ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif pada mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah serta menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, ikan serta hidup-hidupan dalam air atau kepada tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lessen yang dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Fatimah Mohd Yusof, 1996).Pencemaran ertinya sesuatu benda samada cecair, pepejal atau gas yang secara langsung atau secara tidak langsung:

i. Mengubah kualiti sesuatu segmen atau unsur alam sekeliling yang menerimanya hingga menjejas sesuatu kegunaan berfaedah.

ii. Merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan.

iii. Air dikatakan tercemar apabila ia tidak sesuai untuk hidupan akuatik dan kegunaan.

Punca utama pencemaran di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dan sisa-sisa ternakan ke dalam sungai. Contohnya, pada tahun 1984 Sungai Semenyih dicemari dengan sisa khinzir dari ladang berdekatan (Haliza Abd. Rahman, 1998).Pencemaran sungai merupakan satu isu yang amat memerlukan perhatian dari pelbagai pihak. Oleh itu, sungai dikategorikan kepada lima kelas. Ini ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis Kelas Air Sungai

JENIS KELASHURAIAN

Kelas 1Airnya boleh terus diminum tanpa rawatan.

Kelas 2Airnya memerlukan rawatan biasa.

Kelas 3Airnya nampak bersih dan tidak berbau tetapi tercemar.

Kelas 4Airnya tercemar.

Kelas 5Airnya sangat tercemar dan hampir mati.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar, 2012

2.3Parameter-parameter Kualiti AirParameter-parameter kimia kualiti air bagi kajian penilaian tahap pencemaran di Sungai Jarak, Pulau Pinang melibatkan pengukuran kandungan Oksigen Terlarut (DO), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Ammonia Nitrogen (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Nilai pH.

2.3.1Oksigen TerlarutOksigen merupakan unsur terpenting dalam kehidupan dan pengawalan kualiti air. Walaupun oksigen mempunyai kadar keterlarutan air yang rendah, namun ia tetap menjadi aset yang amat penting bagi hidupan dan tumbuhan akuatik. Bagi hidupan akuatik, DO diperlukan dalam proses metabolisme sel untuk meneruskan kehidupan di dalam air. Oleh itu, kandungan DO perlulah tinggi agar sistem ekologi air tidak terganggu. Kadar kandungan DO adalah berbeza-beza di sepanjang sungai. Bahagian hulu sungai yang mempunyai aliran arus air deras secara umumnya mempunyai kandungan DO yang tinggi. Manakala aliran arus air yang agak tenang di bahagian tengah dan hilir sungai mempunyai kandungan DO yang rendah. Selain itu, kandungan DO adalah berkadar sonsang dengan kandungan BOD. Fenomena ini menunjukkan bahawa kawasan sungai yang mempunyai nilai DO yang rendah dengan nilai BOD yang tinggi dikategorikan sebagai mengalami pencemaran (Corbitt, 1999).2.3.2Permintaan Oksigen Biokimia

Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen terlarut yang digunakan oleh intergrasi populasi mikroorganisma untuk menguraikan sebatian organik yang terdapat dalam sampel air secara aerobik dalam jangkamasa dan suhu yang tertentu. Nilai BOD yang tinggi menunjukkan bahawa kandungan DO di dalam air adalah rendah dan kehadiran bahan tak organik yang banyak di dalam air adalah rendah serta kehadiran bahan tak organik yang banyak di dalam air sungai tersebut. Sekiranya fenomena ini berlaku, sungai berkenaan dikategorikan sebagai sungai yang mengalami pencemaran. Penyelidik mendapati parameter BOD merupakan petunjuk paling penting dalam mengenalpasti tahap pencemaran bahan tak organik yang disebabkan oleh bahan sisa buangan industri, domestik dan pertanian. Peningkatan bahan tak organik di dalam aliran air sungai akan meningkatkan lagi kandungan BOD dalam sungai. Didapati bahawa kadar pencemaran meningkat sekiranya kandungan BOD di dalam sungai tersebut tinggi. Tahap kepekatan BOD piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 20 mg/L dan 50 mg/L (JAS, 2000).

2.3.3Permintaan Oksigen KimiaParameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) merupakan parameter bagi mengukur tahap pencemaran air sungai berdasarkan ciri-ciri kimia. Secara teorinya, COD ditakrifkan sebagai kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan bagi pengoksidaan sempurna sebatian organik secara kimia di dalam sampel air kepada karbon dioksida dan air. Kajian terdahulu mendapati kandungan kepekatan COD yang rendah dikesan di persekitaran sungai yang tidak tercemar, manakala kepekatan COD yang tinggi dikesan di persekitaran sungai yang menerima bahan pencemar dan pelepasan efluen yang tinggi. Tahap kepekatan COD piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50 mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).2.3.4Ammonia NitrogenAmmonia Nitrogen (AN) terdiri daripada nitrogen organik, gas nitrogen, ammonia, nitrit dan nitrat. Kebiasaannya, nitrogen organik wujud dalam organisma hidup, manakala nitrogen tak organic pula wujud dalam bentuk ammonia. Sebatian nitrat pula dihasilkan oleh tumbuhan akuatik yang menjalankan proses fotosintesis. Kandungan AN yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakkan, pertanian dan kumbahan domestic (Gregory, 1998).2.3.5Pepejal TerampaiPepejal Terampai (SS) berpunca daripada bahan organik dan bahan tak organik yang memasuki sungai. Penyelidik terdahulu mendapati pepejal terampai organik boleh menghasilkan bau yang busuk, beracun dan merbahaya serta tidak mudah mendap disebabkan oleh saiz zarah yang terlalu halus. Kajian literatur mendapati semakin tinggi kandungan SS di dalam sungai, maka semakin tinggi tahap pencemaran sungai berkenaan. Tahap kepekatan SS piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B masing-masing adalah 50 mg/L dan 100 mg/L (JAS, 2000).

2.3.6Nilai pH

pH sesuatu cecair merupakan kepekatan ion hidrogen yang wujud di dalam cecair tersebut. Oleh itu, sifat keasidan dan kealkalian suatu sampel air sungai adalah berdasarkan kepada kandungan kepekatan ion hidrogen di dalam sungai berkenaan. Para penyelidik mendapati keasidan dan kealkalian air sungai adalah dipengaruhi oleh kehadiran garam mineral seperti klorida, sulfat, nitrat dan fosfat. Ujian pH dijalankan untuk menentukan sama ada sungai berada dalam keadaan berasid atau beralkali. Nilai pH bagi keadaan berasid adalah kurang daripada nilai 7, manakala nilai pH bagi keadaan beralkali pula adalah melebihi daripada nilai 7. Nilai pH 7 menunjukkan keadaan air sungai adalah neutral iaitu tidak berasid dan tidak beralkali. Nilai pH di antara 6.5 hingga 8.4 adalah habitat atau keadaan yang paling sesuai bagi pelbagai jenis ikan dan organisma akuatik. Nilai pH piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut Standard A dan Standard B adalah di antara pH 6.0 hingga 9.0 (JAS, 2000).BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1PengenalanBab ini menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang akan digunakan sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan. Bagi mencapai kajian yang dijalankan, beberapa kaedah akan digunakan iaitu kaedah pengumpulan data atau kaedah literatur, lawatan tapak dan melaksanakan ujikaji serta membuat analisa terhadap data yang diperolehi selama kajian dibuat. Dengan kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih sempurna dan tersusun supaya ianya selaras dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat.

Olehe itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini akan digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Untuk menyiapkan objektif kajian segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat disiapkan dengan lancer.