projek pembangunan dewan seri indah kg. wakaf lanas daerah pasir puteh kelantan

15
UNIVERSITI SAINSMALAYSIA SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION SPA508 : PENGANALISAAN DAN PEMBENTUKAN POLISI AWAM PROF. AHMAD ATORY HUSSAIN By : MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09) TAJUK : PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI INDAH KG. WAKAF LANAS, PASIR PUTEH KELANTAN 1

Upload: izzwandy

Post on 27-Jun-2015

3.320 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

UNIVERSITI SAINSMALAYSIASCHOOL OF SOCIAL SCIENCES

MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION

SPA508 : PENGANALISAAN DAN PEMBENTUKAN POLISI AWAM

PROF. AHMAD ATORY HUSSAIN

By :MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09)

TAJUK :

PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI INDAH KG. WAKAF LANAS,

PASIR PUTEH KELANTAN

1

Page 2: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

AHLI JAWANTAN KUASA PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI INDAH

KG. WAKAF LANAS PASIR PUTEH KELANTAN 

Pengerusi : Ketua Jajahan Pasir Puteh

Setiausaha : Pen. Ketua Jajahan (Pembangunan 1)

Ahli : YB. Parlimen Pasir Puteh

YB. ADUN Limbongan

YABrs. Pengarah Jab.Perancang Bandar dan Desa Kelantan             

YBrs.Penolong Kanan Ketua Jajahan Pasir Puteh    

YBrs.Jurutera JKR Jajahan  Pasir Puteh    

YBrs.Penggawa Daerah Pasir Puteh

YBrs.Pegawai Pembangunan Negeri Kelantan         

YBrs.Ketua Pegawai Pembangunan MAIK  

Penyelia Pembagunan Mukim Padang Pak Amat

Penghulu kampung Wakaf Lanas    

Rukuntetangga kampung Wakaf Lanas  

Kontraktor yang terlibat :

Izziqah Jaya Ent.

PT 373,Kg. Seri Kulim,

16400,Kota Bharu.

2

Page 3: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROJEK

Dewan Seri Indah kampung ini telah menjadi dewan serbaguna kepada semua

penduduk kampung. Dewan ini telah dibina sekitar tahun 1997 . Kapasiti dewan ini pada

satu masa adalah untuk 500 orang sahaja. Dewan ini digunakan oleh penduduk kampung

untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat ,perhimpunan, keramaian ,majlis

perayaan dan majlis perkahwinan.

Pada waktu tertentu dewan ini juga digunakan oleh golongan muda untuk

bermain sepak takraw dan badminton dan aktiviti lain pada waktu petang. Boleh

dikatakan juga setiap aktiviti atau apa sahaja majlis dijalankan disini oleh penduduk

kampung dan sekitarnya.

Namun begitu semakin hari dewan ini semakin daif dan mungkin tidak selamat

digunakan kerana telah lama dibina dan tidak diselenggara. Hal ini telah menimbulkan

masalah kepada banyak pihak yang menggunakan dewan tersebut. Keadaan dewan yang

semakin teruk dan sempit serta kemudahan yang kurang tidak dapat lagi menampung

keperluan penduduk kawasan ini.

OBJEKTIF PROJEK

Setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam kampung ini memerlukan kemudahan

dewan yang besar dan kelengkapan yang mencukupi.

Dewan yang besar dapat menampung pertambahan jumlah penduduk kampung

dan sekitarnya dari masa ke semasa.

3

Page 4: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

Keperluan yang begitu mendadak memerlukan satu dewan yang besar diwujudkan

untuk aktiviti-aktiviti penduduk.

Disamping itu juga ia boleh menjadi ruang yang sesuai untuk permainan

badminton dan sepak takraw golongan belia kampung ini.

Mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan terkini untuk keselesaan

penduduk.

RASIONAL

Ketiadaan dewan lain di dalam kampung ini dan juga kampung berdekatan serta

kemudahan dewan yang lain amat jauh di kawasan Bandar.

Memiliki beberapa tapak yang amat sesuai untuk dibangunkan sebuah dewan

yang besar.

Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan dewan serbaguna yang

sesuai, baik dan selesa.

Pertambahan jumlah penduduk kampung dan sekitarnya dari masa ke semasa.

Setiap program dan aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih

teratur.

Kedudukan dewan berdekatan iaitu Dewan Besar Majlis Daerah Pasir Puteh ialah

3 kilometer daripada kampung ini dan dipisahkan dengan jalan besar.

Faktor-faktor keselamatan diambil kira serta kesukaran dan kebimbangan

terhadap kanak-kanak dan golongan tua serta yang tiada kenderaan ke sana untuk

menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.

Dewan yang lama terlalu daif kerana usianya yang terlalu lama dan jarang

digunakan atas faktor keselamatan penduduk.

4

Page 5: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

Kemudahan asas yang baru di perlukan untuk mengantikan kemudahan yang

lama. Ini kerana kemudahan yang lama telah rosak dan tidak dapat digunakan

lagi.

KOMPONEN PROJEK

Beberapa komponen asas diperlukan untuk merealisasikan objektif di atas.

Komponen tersebut seperti dalam senarai yang dilampirkan adalah dianggarkan dapat

menampung jumlah penduduk dan kemudahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang

dijalankan.

(a) Keperluan sebuah ruang dewan yang besar yang merangkumi bilik mesyuarat dan

pejabat pengurusan.

(b) Keperluan satu gelanggang badminton dan sepak takraw di dalam ruang dewan

tersebut serta kemudahan yang berkaitan.

(c) Keperluan sebuah stor simpanan untuk penyimpanan peralatan permainan dan

aktiviti tertentu yang dijalankan sepaya ia lebih selamat.

(d) Keperluan fasiliti tambahan seperti sistem audio yang lengkap, sistem hawa

dingin, perabut serta kemudahan lain yang berkaitan mengikut perkembangan

semasa.

5

Page 6: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

FASA PEMBINAAN

Terdapat empat fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Dewan Sri

Indah :

FASA 1

Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa

seperti:

Pengurusan gazet tanah dan tapak dewan dari Majlis Daerah Pasir Puteh dan

kelulusan.

Pengurusan permohonan kebenaran membina dewan

dan kelulusan

Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Dewan Sri Indah

Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

Pengurusan Peruntukan bajet yang di berikan oleh Kerajaan Persekutuan

Pengurusan memohon derma dari penduduk Kg.Wakaf Lanas

Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat

Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan

Pengurusan Resit dan senarai derma

Pengurusan rekod dan pengauditan

6

Page 7: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

FASA 3

Pembinaan Dewan Sri Indah

Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4

Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Dewan Sri Indah

Pengurusan perasmian Dewan Sri indah

CADANGAN MENAIKTARAF DAN SPESIFIKASI

DEWAN SRI INDAH

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN1 Kapasiti 1000 orang penduduk

2 Jenis bangunan Bangunan satu tingkat

3 Keluasan bangunan 5000 kaki persegi

4 Keluasan dewan 3600 kaki persegi

5 Struktur Konkrit tetulang

6 Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )

7 Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )

8 Bumbung Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )

9 Siling 2 X 4 asbestos

10 Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih

11 Pintu Pintu gelungsur aluminium

12 Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih

7

Page 8: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

13 Kemasan lantai a.dewan -lepaan simenb. teres koridor - lepaan simenc. bilik 1- lepaan simend. bilik 2- lepaan simene. bilik 3- lepaan simen f. stor barangan lepaan simeng. teres keliling - lepaan simen

14 Bilik air/Wudhu a. tangki simpanan airb. tandas lelaki – 2 unitc. tandas perempuan – 2 unit

15 Pendawaian letrik Single phase – 60 Amphere ( punca utama )a. punca lampu – double fluorescent with reflectorb. punca kipas – kipas siling dan dindingc. punca kuasa 13A – domestikd. punca kuasa 15A – penyaman udara

16 Lain-lainkelengkapan

a. longkang i. 6 inci dalam ii.8 inci lebar iii.bentuk Ub. salur air i. UPVC gutterc. pagar i. keliling kawasan pelan tapakd. pintu pagar i. pintu utama ii.2 pintu kecile. memindah dan membina semula gelanggang sepak takrawf. memindah dan memasang semula peralatan permainan taman kanak-kanakg. menurap semua kawasan halaman dewan dengan batu tar

8

Page 9: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos keseluruhan menaiktaraf Dewan Sri Indah ialah :

Bangunan = RM 100,000.00

Infrastruktur = RM 50,000.00

Perabut = RM 50,000.00

Perunding = RM 50,000.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 250,000.00

Analisis kos untung (Benefit Cost Analysis )

Kos Pembinaan pembinaan Dewan Sri Indah terdahulu : RM 50,000.00

Jangka masa : 12 Tahun

Kos keseluruhan menaiktaraf Dewan Sri Indah ialah : RM 250,000.00

Kadar potongan : 6 %

( P1 ialah kos pertama@ terdahulu ) dan P2 ialah PV bagi kos menaiktaraf )

PT= P1 + P2

(Nilai perbelanjaan menaiktaraf selepas 12 tahun)

P1 RM 50,000.00 R = RM 250,000.00 jangka masa 12 tahun.

P1 = RM 50,000.00

P2 = RM 250,000.00 ( 8.384 )

= RM 250,000.00 ( 8.384 ) = RM 2,096000.00 + RM 50,000.00 PT = RM 2,146000.00

9

Page 10: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

( Andai kata 12 tahun tanpa perbelanjaan tahunan dan nilai kerosakan )

RM 50,000.00 x 12x 6 = RM 3,600000.00

DANA DAN SPONSOR KEWANGAN PROJEK MENAIKTARAF DEWAN SERI

INDAH

Peruntukan bajet yang di berikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Derma dari penduduk Kg.Wakaf Lanas.

Sumbangan ikhlas YB. Parlimen Pasir Puteh dan YB. ADUN Limbongan .

Sponsor dari pihak Syarikat Maxis Sdn Bhd.

Sumbangan alatan sukan dari pihak Syarikat Al- Ehsan Sdn Bhd.

KESIMPULAN DAN OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA

PROJEK

Pengwujudan ruang dan kemudahan yang amat sesuai di dewan ini akan memberi

faedah yang amat besar kepada penduduk dan sekitarnya kerana setiap aktiviti yang

dijalankan akan berjalan lancar dengan adanya kemudahan yang disediakan.

Dengan pembangunan dewan ini, perancangan aktiviti dan program yang

dijalankan dalam kampung ini dapat dijalankan dengan teratur dan menarik minat

golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. Di

samping itu, setiap aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan lagi hubungan

silaturrahim antara penduduk kampung. Selain itu juga diharapkan dengan kewujudan

dewan ini, berkurangnya aktiviti yang tidak sihat dikalangan belia seperti melepak,

merempit dan banyak lagi.

10

Page 11: Projek Pembangunan Dewan Seri Indah Kg. Wakaf Lanas Daerah Pasir Puteh Kelantan

Rujukan

Ahmad Atory Hussain, Politik dan Dasar Awam Malaysia, Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2002.

Ahmad Atory Hussain, Analisis Dasar Awam, Utusan Publication & Distributors

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2000.

Ahmad Atory Hussain, Dasar Awam Di Malaysia, Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2000.

11