kandungan - indah water

60

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kandungan - Indah Water
Page 2: Kandungan - Indah Water

01 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Kandungan

03

04

05

07

09

11

Nota Editor

Muka Surat

Perutusan DaripadaPengerusi

Isu Pencemaran Air : IWK Menangkis Segala Tuduhan Tidak Berasas

Sesi Dialog BersamaKakitangan Sepanjang Tahun 2020

Sesi Penerangan Bil BersepaduAntara IWK dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)

24

25

27

29

30

23 Persembahan Mock Trial oleh Jabatan Perundangan IWK Berdasarkan Kes Sebenar – Hotel Regional

Emergency Response Plan Drill Across Operation Office

20 Pemenang BertuahMemenangi Peraduan Bayar dan Menang IWK Pusingan Pertama

Sekitar Bulan Kemerdekaan IWK

IWK Menyertai Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco AntarabangsaMalaysia (IGEM) 2020 Secara Maya

Sesi Turun Padang - Inisiatif Pejabat Operasi Kluang IWK Meningkatkan Pembayaran Bil Tunggakan

Penyerahan Perkhidmatan Sistem Pembetungan Awam di Kelantan oleh Syarikat Majaari Services Sdn Bhdkepada Indah WaterKonsortium Sdn Bhd

14

15

17

19

21

SPAN Melancarkan OpsIntegrasi Penguatkuasaan Raya 2020

YB Menteri KASA Kagumdengan Kecanggihan P2RSTP

IWK MenawarkanPerkhidmatan Pengosongan Sistem Perangkap Lemak,Minyak dan Gris (FOG)

Lawatan Ringkas Menteri dan Timbalan Menteri KASA ke Ibu Pejabat Indah WaterKonsortium Sdn Bhd

Indah Water Jalin Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

13 Lawatan Kerja oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Page 3: Kandungan - Indah Water

02Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

34

35

36

37

Pejabat Operasi Alor Setar, Kedah – Pemenang Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2019

Pejabat Operasi Kuala LumpurDianugerahkan Sebagai Tempat Kerja Cemerlang oleh JKKP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Tahniah Pejabat Operasi Klang Memenangi Tempat Kedua Anugerah Bandar RendahKarbon 2020

Indah Water Konsortium Bags ASEAN Renewable Energy Project Awards

41

43

45

47

Kemeriahan Ramadhan dan Syawal Bersama Golongan Yang Memerlukan & PetugasBarisan Hadapan “Frontliners”

Aktiviti Program Friends of Rivers, IWK sepanjang tahun 2020

Sekitar Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2020 AnjuranLembaga Urus Air Selangor(LUAS) Bersama IWK

Majlis Pelancaran Kempen “Saya Sayang STP”

38 Semangat IWK Cares Terus Membara

31 Salam Persaraan kepada Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

55

58

IWK Di Paparan Media

Kalendar 2021

52 Pertandingan Fotografi & Video Pendek IWK 2019

49 Indah Water KonsortiumSupports the Government’s Call for Blood Donation

Page 4: Kandungan - Indah Water

A Short Note to All Indahans,

A s we close this thick chapter known as 2020, we recount experiences and journeys that would have shaped the way we view and do things. The main themes of kesiapsiagaan, ketahanan and penyesuaian aptly summarise our approach to this unprecedented year.

The many disruptions in 2020 caused us to shift the way we do things and adapt to new changes. Once, we needn’t wear masks or space out in the elevators, but now seeing someone without a mask in a public space unless they are eating or drinking, seems peculiar.

A Greek philosopher once said, “Change is the only constant”. And since that observation was first made, the many turn of events have echoed that. 2020 may not be the year we haveexpected to unfold for us, but we have adapted in ourown ways.

This is a measure of our intelligence and capability,not just individually, but as an organisational unit.Theoretical physicist, AlbertEinstein said that “The measure of intelligence is the ability to change” – this is what IWK is exercising!

In our landscape, we have thrived in the midst of illegaldischarge into our seweragesystem, expansion ofbusiness plans andinitiatives, to saving a catfrom the inspectionchamber, and caring forour communities throughdonations and socialresponsibilities in thesetrying times. These aretestimonies of our strength and resilience and will be our bedrock of confidencemoving forward.

Looking ahead, let’s stay safe, take care and hold ourheads up high to face thecoming year!

Joseph Cheong

03 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

NotaEditor

Edit

or’s

Note

Page 5: Kandungan - Indah Water

MASA UNTUK BERUBAH DAN TERUS BERKHIDMATDEMI PENJAGAAN ALAM SEKITAR

Sesungguhnya Tahun 2020 ditempuhi dengan penuh cabaran dan ujian oleh semua masyarakat dunia. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada ujian ini dengan wabak pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada ekonomi dan kehidupan seharian kita. Semua rakyat terpaksa menerimahakikat bahawa kita perlu patuhi kepada garis panduan baharu atau norma baharu di segenap lapisanumur dan masyarakat. Kini penjarakan fizikal, pelitup muka dan cecair sanitasi sudah menjadibarangan wajib yang perlu ada pada semua orang tanpa mengira apa juga aktiviti kita sama ada sewaktu bekerja, beribadah, membeli belah, belajar di sekolah atau universiti dan sebagainya.

Namun, kita semua haruslah mempunyai sikap positif di dalam diri masing-masing di samping berdoaagar kita dijauhi daripada jangkitan wabak COVID-19 ini dan mengharapkan suatu penyelesaianbersama khususnya apabila Kerajaan telahpun mengumumkan mengenai pembelian vaksin yangakan disalurkan kepada seluruh rakyat negara ini.

Apa yang paling penting adalah, saya amat bangga dengan semangat dan komitmen yang telahditunjukkan oleh semua warga kerja Indahan. Tanpa mengira apa juga pekerjaan dan pangkat, kita telah bersama-sama bersatu untuk terus menyediakan sebuah perkhidmatan utiliti yang terpenting iaituperkhidmatan pembetungan tanpa henti sepanjang masa kepada 26 juta rakyat Malaysia walaupunketika arahan perintah kawalan pergerakan diperkenalkan. Keikhlasan anda juga terserlah melaluiprogram-program kemasyarakatan atau Corporate Social Responsibilty (CSR) yang telah dijalankanbersama-sama untuk berkongsi rezeki dan mengurangkan beban pada golongan barisan hadapan danmereka yang terkesan.

Namun pada Tahun 2020, IWK terpaksa menempuh cabaran reputasi dan imej apabila terpalit denganisu-isu gangguan bekalan air bersih di Negeri Selangor. Secara amnya, pihak-pihak pemegang taruhseperti operator air, agensi pengurusan air Kerajaan Negeri Selangor termasuklah ahli-ahli politikbegitu mudah menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada IWK sebagai punca pencemaran.Dalam hal ini, saya amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam, yang begitu bijak, penuh kesabaran dan pada masa yang sama, bangkit tegas untuk mempertahankantugas-tugas operasi dan kakitangan IWK daripada salah erti dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhanmelulu. Tahniah saya ucapkan kepada Narendran dan barisan kepimpinan IWK. Teruskan usaha dan kerja-kerja kita mengikut SOP dan peraturan, Insha Allah kita akan berada di landasan yang tepat.

Akhir sekali, saya mohon semua kakitangan IWK untuk terus ikhlas berjuang dalam tugasan kita demi untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang terbaik kepada rakyat Malaysia danmemelihara alam persekitaran kita. Sempena kedatangan tahun baru 2021, saya doakan agar syarikatIWK yang kita sayangi akan terus utuh dan berkembang maju sejajar dengan Pelan Perniagaanyang telah kita aturkan.

Selamat Tahun Baru 2021!

Ikhlas,

YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi

04Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Perutusan Daripada Pengerusi

Page 6: Kandungan - Indah Water

Terdapat pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilontarkan kepada IWK berkaitan dengansumber pencemaran air. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab terus menuding jariterhadap IWK, sebagai sasaran mudah tanpa mengesahkan fakta yang sebenarnya.

Pihak syarikat bagaimanapun telah menangkis danmengesahkan segala tuduhan berkenaan tidak berasasdan tidak benar sama sekali.

Malah, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri TuanIbrahim Tuan Man bersama Ketua Setiausaha (KSU),YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah memanggil semuapihak yang terlibat iaitu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),Air Selangor (AiS) dan IWK untuk menjelaskan kejadianterbabit pada 28 September 2020.

05 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Isu Pencemaran AirIWK Menangkis Segala Tuduhan Tidak Berasas

Page 7: Kandungan - Indah Water

Di mesyuarat ini, semua pihak akui akan kerjasamayang lebih baik antara agensi perlu dipertingkatkankerana isu pembuangan sisa haram adalah satu jenayahyang perlu diperangi bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniamdalam makluman khas kepada semua kakitangan juga telah menjelaskan kronologi kejadian berkaitan danmenyatakan komitmen beliau bersama pihakpengurusan untuk sentiasa menegakkan nama baiksyarikat tidak kira dalam apa keadaan yang berlaku.

Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semuasebagai warga Indahan untuk bekerjasama secara satupasukan agar kita dapat terus menjaga reputasi dannama baik syarikat.

06Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Pihak syarikat bagaimanapun telahmenangkis dan mengesahkan segalatuduhan berkenaan tidak berasasdan tidak benar sama sekali.

Page 8: Kandungan - Indah Water

Pada 6 Februari 2020, sesi Dialog (Townhall) yang pertama untuk tahun 2020 telah diadakandi Dewan Serbaguna, Aras 4, Ibu Pejabat IWK, Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam ucapannya berkongsi dengan warga Indahan pencapaianIWK sepanjang tahun 2019 dan pelan perniagaan untuk lima tahun akan datang untuk IWK berdikari tanpa bergantung kepada subsidi dari Kementerian Kewangan Malaysia. Pada masa yang sama, Narendran turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Bayar & Menang, kategori pejabat operasi IWK dan Pertandingan ProgramKreativiti & Inovasi (CIP) 2019. Tempat pertama untuk pertandingan Bayar dan Menang, kategori pejabat operasi telah dimenangi oleh Pejabat Operasi Pahang diikuti oleh PejabatOperasi Seberang Perai dan tempat ketiga jatuh kepada Pejabat Operasi Skudai.

Dalam majlis yang lain, Jabatan Operasi & Penyelenggaraan juga mengadakan sesi dialogkhas bersama kakitangan jabatan mereka pada 23 Januari 2020 bertempat di Loji RawatanKumbahan Serantau Pantai 2. Mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa AbdulHamid telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk Sewerage - An Essential Utilityfor All pada sesi tersebut.

07 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sesi Dialog BersamaKakitangan Sepanjang Tahun 2020

Page 9: Kandungan - Indah Water

08Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sesi Dialog (Townhall) yang kedua untukIbu Pejabat IWK telah diadakan pada pertengahan tahun iaitu pada 2 Julai 2020. Namun, pada sesi ini bilangan peserta didalam dewan dihadkan mengikut normabaharu di mana kakitangan yang lainmengikuti sesi ini dalam talian yang disiarkansecara langsung melalui platform Facebook.

Dalam sesi ini, Narendran Maniammemperkenalkan Pengerusi baru IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi danMenteri baru di Kementerian Alam Sekitardan Air (KASA), iaitu YB Dato’ Sri TuanIbrahim Tuan Man. Seterusnya, beliaumembentangkan hala tuju pihakKementerian KASA untuk jangka masapanjang dan pendek serta langkah-langkahyang perlu diambil untuk mengembangkanperkhidmatan IWK.

Sebelum mengakhiri sesi tersebut, beliaumengambil kesempatan mengucapkanterima kasih kepada warga Indahanterutama yang berada di barisan hadapan semasa menghadapi wabak COVID-19 ini. Beliaujuga mengingatkan warga Indahan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian KesihatanMalaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa.

Page 10: Kandungan - Indah Water

Pada 27 Februari 2020, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan Syarikat Air TerengganuSdn Bhd (SATU) telah mengadakan sesi penerangan pengebilan bersepadu bersama rakyatTerengganu bertempat di Tabung Haji Hotel and Convention, Kuala Terengganu.

Sesi tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah dihadiri olehkira-kira 200 orang dari pelbagai agensi kerajaan termasuk wakil-wakil penduduk.

09 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sesi Penerangan Bil Bersepadu Antara IWK dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)

Page 11: Kandungan - Indah Water

10Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sesi ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam.Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir. Hj Atemin Sulong bersama beberapa ketuajabatan IWK dan kakitangan Pejabat Operasi Terengganu turut hadir dalam sesiini. Terima kasih kepada Pejabat Operasi Terengganu atas kerjasama menjayakansesi penerangan ini.

Page 12: Kandungan - Indah Water

11 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

PenyerahanPerkhidmatanSistem Pembetungan Awam di Kelantan oleh Syarikat MajaariServices Sdn Bhdkepada Indah WaterKonsortium Sdn Bhd

Tanggal 19 Disember 2020, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, telah melakar satusejarah baru apabila dengan rasminya memeterai satu perjanjian bagi penyerahanperkhidmatan sistem pembetungan awam di Negeri Kelantan daripada Majaari ServicesSdn Bhd (Majaari) kepada IWK.

Majlis telah dijalankan di Hotel Perdana Kota Bahru, Kelantan, yang turut disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob, MenteriAlam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Setiausaha KASA, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Pengerusi IWK, YB Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi.

Majaari, syarikat milik Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan operasinya kepada IWKpada 1 Januari 2021. Kontrak penyerahan ini telah ditandatangani oleh Pengarah EksekutifMajaari YBhg. Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK,Encik Narendran Maniam.

Penyerahan sistem pembetungan awam Negeri Kelantan ini adalah bertujuan untukmenyeragamkan operasi perkhidmatan pembetungan di seluruh negara. Di samping itujuga, ia bagi memastikan air sisa kumbahan yang dirawat mencapai tahap piawaian tinggikhususnya dalam usaha pemuliharaan sumber air serta alam sekitar.

Page 13: Kandungan - Indah Water

12Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Melalui penyerahan ini, sebanyak 33 buah loji rawatan kumbahan awam serta 13 stesen pam akan diselenggara oleh IWK dan pada masa yang sama IWK akan menyediakanperkhidmatan menyahenap cemar kepada kira-kira 81,275 buah tangki septik individu serta 259,343 tangki tradisional di seluruh Negeri Kelantan. IWK juga akan mengambilalih aset-asetMajaari termasuk kakitangannya serta aset lain seperti lori tangki nyahenap cemar.IWK akan menggunakan kepakaran dalaman untuk melaksanakan kajian tadahan sistempembetungan serantau untuk keseluruhan Negeri Kelantan dengan unjuran selama 30 tahun.

Penyerahan perkhidmatan pembetungan kepada Kerajaan Persekutuan melalui IWK akanmembuka ruang kepada penglibatan yang lebih signifikan Kerajaan Persekutuan dalammemodenkan sistem pembetungan di Kelantan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air juga telah mengenalpasti pembangunan sebuah loji rawatan kumbahan berpusat di Tunjong yang bernilai lebih setengah bilion ringgit dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Dalam pada itu, dana akan turut disalurkan bagi kerja-kerja membaikpulih loji-loji dan rangkaian paip pembetungan yang telah uzur bagimemastikan rakyat Negeri Kelantan terus menikmati perkhidmatan pembetungan yangberkualiti.

Di majlis itu, IWK juga turut menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU)bersama Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) Holdings Sdn Bhd, bagi tujuan perancangankolaborasi yang antara lain dalam menyediakan perkhidmatan teknikal, menjalankan aktivititanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pelaksanaan pengebilan bersepadu antara IWKdan Air Kelantan Sdn Bhd.

Page 14: Kandungan - Indah Water

Seramai 20 pegawai kanan MOF yang diketuai oleh Timbalan Ketua SetiausahaPerbendaharaan TKSP (1) Zakiah Jaafar telah mengadakan lawatan kerja ke Loji RawatanKumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP) pada 22 Januari 2020. Mereka telah dibawamelawat pameran IWRC, demo IGIS, fasiliti bawah tanah dan diikuti dengan sesi penerangankhas oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. Lawatan ini sedikit sebanyaktelah membantu pegawai-pegawai MOF memahami dan melihat dengan lebih dekat peranandan operasi yang dijalankan oleh pihak IWK untuk merawat air sisa kumbahan.

13 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Lawatan Kerja oleh Pegawai-Pegawai KananKementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Page 15: Kandungan - Indah Water

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melancarkan Ops IntegrasiPenguatkuasaan Raya yang bertujuan memperkenalkan agensi-agensi penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu berkaitan sumber air kepada Menteri Alam Sekitar dan Air,YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Dr. AhmadMasrizal Muhammad. Majlis ringkas ini telah diadakan di Kompleks F, Presint 1 Putrajayapada 13 Mei 2020.

Ops Integrasi Penguatkuasaan Raya ini berjalan selama 16 hari bermula 14-29 Mei 2020 dengan kerjasama Jabatan AlamSekitar, SPAN, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor serta beberapa Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat negeri. Ia bertujuan untuk memastikan sumber air utama bebasdaripada pencemaran bahan buanganindustri dan domestik. Agensi penguatkuasaakan meronda di lokasi strategik dan mengambil tindakan jika terdapat kesalahan di bawah akta dan peraturan di bawahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, NarendranManiam, mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan, Ir. Mohd Zainal Zakaria, Ketua Operasi Pejabat Operasi Langat, Manirajah Subramaniam dan responsive team IWK dari PejabatOperasi Langat turut hadir di majlis tersebut.

14Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

SPAN Melancarkan Ops IntegrasiPenguatkuasaan Raya 2020

Page 16: Kandungan - Indah Water

15 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

YB Menteri KASA Kagum dengan Kecanggihan P2RSTPOleh Nur Haziqah Nasuha

Pada 19 Mei 2020, satu sesi lawatan kerja rasmi daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air(KASA) telah diadakan di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP), KualaLumpur. Sesi lawatan kerja ini dihadiri oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad MasrizalMuhammad; Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan KetuaSetiausaha (Pengurusan Air dan Pembetungan), Azizah Ariffin; Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan Alam Sekitar), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pegawai EksekutifSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman;Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Norlin Jaafar serta beberapa pegawai kanandari KASA, SPAN dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi;Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam; mantan Ketua Pegawai Operasi, Ir. MohamedHaniffa Abdul Hamid, barisan pengurusan dan kakitangan IWK.

Rombongan YB Menteri telah diberi taklimat ringkas mengenai perkhidmatan danpelaksanaan strategi IWK serta kaedah operasi dan penyelenggaraan P2RSTP. Lawatan mereka diteruskan dengan melawat ke ruang pameran perkhidmatan IWK, bilik operasiSCADA dan diakhiri dengan lawatan di kawasan bumbung Loji Serantau Pantai 2.

Mantan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa AbdulHamid memberi penerangan mengenai operasi di P2RSTP

Page 17: Kandungan - Indah Water

16Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Seluruh warga IWK mengucapkan ribuanterima kasih di atas kesudian YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB SenatorDato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammadbersama delegasi kementerian meluangkanmasa untuk melawat Loji SerantauPantai 2.

Sesi bergambar bersama delegasiKementerian Alam Sekitar dan Air

Lawatan di kawasan bumbung LojiSerantau Pantai 2

Pengerusi IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi menyampaikan cenderamata kepadaMenteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Page 18: Kandungan - Indah Water

17 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

IWK Menawarkan PerkhidmatanPengosongan Sistem Perangkap Lemak, Minyak dan Gris (FOG)

Sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan kemampanan kewangan IWK, IndahWater Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah mengembangkan perkhidmatan pengosongan tangki septik kepada pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris (FOG) kepadapemilik perniagaan khususnya kepada operator dan industri penyediaan berasaskanmakanan. Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telahmelancarkan majlis perkhidmatan pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris oleh IWK pada 8 Julai 2020 bertempat di Kementerian Alam Sekitar dan Air, Putrajaya.

Page 19: Kandungan - Indah Water

18Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Antara tetamu kehormat lain yang hadir dimajlis pelancaran tersebut termasukTimbalan Menteri Kementerian Alam Sekitardan Air (KASA), YB Senator Dato’ Dr. AhmadMasrizal Muhammad, Ketua Setiausaha KASA, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif SuruhanjayaPerkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman,Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), YBhg. Datuk Jawahar Ali Taib Khan, wakil-wakil daripadapersatuan industri makanan dan parapegawai dari Kementerian, SPAN dan IWK.

Tujuan pelancaran ini adalah untukmemberikan kesedaran kepada masyarakatbahawa IWK sedia dan mampu untukmenguruskan FOG untuk menanganimasalah sekatan yang seringkali berlaku di paip-paip pembetungan. Satu demonstrasiringkas kerja-kerja penyedutan lemak,minyak dan gris telah dijalankan di luarbangunan KASA. Sebelum itu, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim telah menyempurnakanpengenalan akronim baharu KementerianAlam Sekitar dan Air iaitu KASA denganmemotong riben.

Pada majlis yang lain, Nusa Baidura Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawabmenyelenggara bangunan komersil Republik, Damansara Heights, Kuala Lumpurmerupakan antara pemain industri awal yang menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pada 5 Ogos 2020, IWK yang diwakili oleh KetuaPegawai Eksekutif, Narendran Maniam dan Nusa Baiduri Sdn Bhd diwakili oleh PengarahUrusan Nusa Baiduri Sdn Bhd, Shamsul Fahmi Padzli telah menandatanganiperjanjian perkhidmatan pengosongan FOG tersebut untuk tempoh tiga tahun danmajlis ini telah disaksikan oleh Timbalan Menteri KASA, YB Senator Dato’ Dr.Ahmad Masrizal, bertempat di Republik, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Page 20: Kandungan - Indah Water

19 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Lawatan Ringkas Menteridan Timbalan Menteri KASAke Ibu Pejabat Indah WaterKonsortium Sdn Bhd

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan IbrahimTuan Man dan Timbalan Menteri KASA, YB Senator Dato’ Dr.Ahmad Masrizal Muhammad telah mengadakan satu lawatanringkas bertempat di Ibu Pejabat Indah Water Konsortium Sdn Bhdpada bulan Julai yang lepas.

Kunjungan Menteri dan Timbalan Menteri disambut oleh KetuaPegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dan mantan KetuaPegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid. Merekatelah dibawa melawat ruang kerja di beberapa jabatan di Ibupejabat IWK dan beramah mesra dengan kakitangan. Semasalawatan tersebut, YB Menteri sempat bersembahyang jemaah danmemberi ceramah agama di surau IWK.

Page 21: Kandungan - Indah Water

20Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 22: Kandungan - Indah Water

21 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Indah Water Jalin Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd hari ini telah memeterai MemorandumPersefahaman (MoU) dengan sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Pencinta AlamMalaysia (MNS) dalam usaha untuk menjalin kerjasama dalam bidang pembangunansosial, bidang pembetungan dan penggunaan semula hasil rawatan kumbahan di projekhutan bandar yang dikenali sebagai ‘Khazanah Rimba’ di Taman Rekreasi Pantai Eco Park,Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam sementaraMNS diwakili oleh Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Ismail. Majlis menandatangani ini turutdisaksikan oleh mantan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamiddan Pengarah Eksekutif MNS, I.S. Shanmugaraj.

Majlis ringkas ini berlangsung di Auditorium Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah IWK, Prof. Dr. Mohd Suffian Yusoff, ketua-ketuajabatan IWK dan beberapa wakil MNS.

Melalui persefahaman ini, IWK akan menyediakan fasiliti, bahan, kemahiran teknikalpengurusan dan industri untuk menyokong usaha membangunkan pertumbuhan hutanbandar. Pada masa yang sama, biopepejal akan digunakan sebagai perapi tanah bagipenanaman pokok hutan di kawasan berkenaan.

IWK dan MNS turut melancarkan kempen menanam pokok hutan yang dikenali sebagaiAdopt a Tree, di mana individu, kumpulan atau syarikat swasta boleh menderma danMNS akan menanam serta menjaga pokok tersebut di Pantai Eco Park. Sebanyak 500pokok dijangka akan ditanam sehingga akhir tahun 2020.

Warga Indahan digalakkan menderma dan anda boleh mengimbas kod QR di muka surat22 atau melayari pautan di https://bit.ly/2Fps4ep untuk maklumat lanjut.

Page 23: Kandungan - Indah Water

22Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Indah Water Jalin Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

Page 24: Kandungan - Indah Water

23 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Buat julung kali, Jabatan PerundanganIndah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd mempersembahkan mock trial pada 3 Julai2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras4, Ibu Pejabat IWK. Apa sebenarnya mock trial? Mock trial merupakan simulasi atau lakonan semula untuk sesuatu perbicaraandalam mahkamah. Mock trial ini memberigambaran sebenar dan pengetahuanberkenaan sistem perundangan yang sediaada, proses perundangan dan prosedurmahkamah di Malaysia.

Pelakon-pelakon dalam mock trial iniadalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Perundangan yang mempunyai pengalaman

dalam mengendalikan perbicaraan mahkamah.Kesemua pelakon berjaya menghayati watakmasing-masing sehingga ia menimbulkanrasa seperti berada di mahkamah yang sebenar. Lakonan yang mengambil masa satu jam memperlihatkan kes tuntutandaripada Hotel Regional yang engganmenjelaskan hutang kepada IWK danbagaimana peguambela dan pendakwamembentangkan kes mereka serta melakukanpemeriksaan balas terhadap saksi.

Syabas dan tahniah kepada kakitanganJabatan Perundangan yang berjaya memberipendidikan dan kesedaran mengenai sistemperundangan negara.

Persembahan Mock Trial oleh JabatanPerundangan IWKBerdasarkan Kes Sebenar - Hotel Regional

Page 25: Kandungan - Indah Water

24Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Elmina East. On 18 October 2020, Alor SetarOperation Office (UOAS) carried out their ERP drill named as OPS SENA KSR245 at KSR245, Bandar Puncak Sena, Pokok Sena.

This mock drill was held for the ERP team which consists of staff from Treatment,Network, Desludging, Mechanical & Electricaland Support sections to practise in real-life scenarios. The entire drill took approximatelya few hours to complete starting with the mock-up scene of IWK receiving calls about illegal dumping and setting up specialoperation centre to monitor the situationuntil the treated wastewater was safe for release into waterways. At the end, adebriefing was held to discuss what went well and what needs to be improved.

Congratulations to all the organisingcommittee for organising the ERP drill. A big appreciation also goes to the management,Health and Safety Unit for supporting thisprogramme and all staff involved eitherdirectly or indirectly in making thisprogramme a success.

Emergency ResponsePlan Drill AcrossOperation OfficeEven as the COVID-19 pandemic gripped the world, the brake on local issues is not pulled when the number of illegal dumping intosewerage manhole has been increasinglately. This has caused a major concern forour company. Such incidents caused majorwater supply disruptions, harm to our healthand well-being apart from tarnishing IWK’sname.

All these incidents call for a quick remedyaction from our part and the EmergencyResponse Plan (ERP) drill exercise wasconducted to ensure our staff are familiar with the procedure/protocol that requireadherence when facing this type of crisis.

The first illegal discharge ERP drill for IWK was carried out by Negeri Sembilan OperationOffice (UONS) on 21 July 2020, at Taman Iringan Bayu Sewage Treatment PlantMambau, Negeri Sembilan. This was followedby Kluang Operation Office (UOKU) which was carried out on 7 October 2020 at KGA 243, Taman Mengkibol. Shah Alam OperationOffice (UOSA) also conducted the drill on the same day as UOKU at STP SAM243

Page 26: Kandungan - Indah Water

25 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

20 Pemenang Bertuah MemenangiPeraduan Bayar dan Menang IWKPusingan Pertama

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menyampaikan hadiah berupa pembersihhampagas Dyson V11 Fluffy dan Baucer AEON bernilai RM3,000 kepada 20 pemenangbertuah yang terpilih dalam Peraduan Bayar dan Menang Pusingan Pertama 2020 diIbu Pejabat IWK.

Peraduan pusingan pertama ini berlangsung dari bulan Januari 2020 sehingga Jun 2020. Peraduan ini merupakan salah satu promosi dan penghargaan para pelanggandi samping menggalakkan pelanggan membayar bil perkhidmatan pembetungan. Cara penyertaan peraduan ini amat mudah iaitu para pelanggan hanya perlu menjelaskankesemua bil perkhidmatan pembetungan, mendaftar e-bil dan melengkapkan borangperaduan. Penentuan pemenang peraduan ini dilakukan secara rawak oleh komputer.

Hadiah pemenang telah disampaikan kepada pemenang oleh Ketua Jabatan KomunikasiKorporat, Wan Esuriyanti Wan Ahmad. Kebanyakan pemenang melahirkan rasa terkejut danbertuah kerana tidak menyangka mereka akan memenangi peraduan ini.

Page 27: Kandungan - Indah Water

26Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 28: Kandungan - Indah Water

27 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sempena bulan Kemerdekaan kali ke-63 bertemakan “Malaysia Prihatin”, beberapaPejabat Operasi IWK di seluruh negara telah mengambil inisiatif untuk menyambut danmengibarkan bendera Malaysia dengan gaya masing-masing. Mari kitamelihat kreativiti mereka!

Sekitar Bulan Kemerdekaan IWK

Page 29: Kandungan - Indah Water

28Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 30: Kandungan - Indah Water

29 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

IWK Menyertai Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco AntarabangsaMalaysia (IGEM) 2020 Secara Maya

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) telah menganjurkan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2020 yang disempurnakan oleh Perdana MenteriMalaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Memasuki tahun ke-11 penganjurannya, IGEM 2020 berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober 2020 dengan tema Energising Sustainabilitybertujuan mengumpulkan pemain utama dalam teknologi hijau dari seluruh dunia.

Setiap tahun IGEM telah dianjurkan secara fizikal dan disebabkan pandemik koronavirus (COVID-19), maka pameran dan persidangan ini diadakan secara maya buat julung kalinya.Walaupun diadakan secara maya, namun sambutan yang diterima tetap menggalakkan.Sebanyak 161 daripada beberapa kementerian, jabatan kerajaan, agensi kerajaan, kedutaanluar negara dan syarikat swasta telah menyertai pameran ini. Para pengunjung boleh menyertai 44 persidangan/webinar yang telah dianjurkan di dalam dan luar negara.

Pihak IWK telah dijemput oleh KASA untuk menyertai pameran ini. Pada masa yang sama,IWK juga telah membuat rakaman Pocket Talk bersama Wani Mastura Mohamad dariJabatan Perancangan dan Kejuruteraan dan See Boon Piow dari Jabatan Operasi danPenyelenggaraan yang bertajuk Greentech Applications in Wastewater Management yangtelah dipancarkan secara maya pada 19 Oktober 2020. Kepada sesiapa yang tidak sempatmengikuti rakaman Pocket talk ini, anda boleh menontonnya di laman Youtube - https://drive.google.com/file/d/1jv5vN9BFbnwq-p1arMWMN7bzNWYyp3Pw/view?usp=sharing.

Oleh Saoud Abdul Latib

Page 31: Kandungan - Indah Water

30Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sesi Turun Padang

Inisiatif Pejabat OperasiKluang IWK MeningkatkanPembayaran Bil Tunggakan

Caj pembetungan yang dikenakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd kepadapengguna adalah antara yang terendah di dunia. Namun, masih lagi ada yang liat membayarbil pembetungan mereka termasuk pemilik premis perniagaan.

Rentetan itu, Pejabat Operasi Kluang IWK telah mengambil inisiatif untuk turun ke padangdan melawat premis-premis tersebut. Pihak khidmat pelanggan (CSE UOKU) telah mengadakan satu program kunjungan mesra ke premis-premis yang mempunyaitunggakan bayaran bil yang tinggi sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2020.

Semasa kunjungan tersebut, kakitangan IWK akan menerangkan peranan IWK dalammerawat sisa air kumbahan, kaedah pengebilan dan status bil tertunggak sertamembincangkan kaedah pembayaran secara terus atau melalui e-billing.

Antara premis yang dikunjungi adalah Jofive Oil Retailing Sdn Bhd (Stesen Minyak Petron),Extreme Management Consultant Sdn Bhd (Extreme Boutique Hotel) dan Universiti Tun HusseinOnn Malaysia (UTHM) - loji rawatan berpusat di Kampus Pagoh & Kampus Bandar.

Hasil penerangan yang diberikan sewaktu beberapa kunjungan, pihak khidmat pelanggan(CSR) telah berjaya memungut bayaran tertunggak sejumlah RM120,336.20. Syabaskepada kakitangan CSR UOKU.

Semoga program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melunaskantunggakan bil IWK mereka bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara dan terjamin.

Oleh Ching Mei Lan

Page 32: Kandungan - Indah Water

31 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Seperti yang telah diumumkan, tanggal 23 Oktober 2020 merupakan tarikh persaraan Ir. MohamedHaniffa Abdul Hamid, Ketua Pegawai Operasi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Mengimbas kembali perjalanan karier beliau, Ir. Haniffa atau lebih mesra dengan panggilanProf. merupakan pengurusan kanan IWK yang telah berkhidmat selama 26 tahun. Sebelumini, beliau pernah berkhidmat sebagai jurutera dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) selama 13 tahun. Beliau mula menjejak kaki di IWK pada 2 April 1994 dan telahmenjawat pelbagai jawatan selama 26 tahun berkhidmat di sini. Bermula sebagai PengurusPerancangan, Prof. kemudiannya menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus KananKejuruteraan, Penolong Pengurus Besar, Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Operasi IWK.Malah, beliau turut diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan pemangku Ketua PegawaiEksekutif sekitar tahun 2017 - 2018.

Menurut beliau, memikul tanggungjawab yang diberi merupakan satu amanah yang besardalam hidup. Ianya banyak memberi beliau ruang dan peluang untuk mencari jalan dalammembangunkan dan mengekalkan reputasi serta imej IWK. Beliau banyak bekerjasamadengan agensi tempatan untuk mengubah dan membangun landskap pembetungan negara.Beliau juga aktif dalam Persatuan Air Malaysia (MWA) dan menjadi ahli majlisnya sejak 1998serta pernah dilantik sebagai Ahli Majlis dan Naib Presiden MWA.

Pengetahuan dan kepakaran beliau dalam industri pengurusan air sisa adalah sumbanganyang sangat berharga bukan sahaja kepada syarikat, malah kepada pembangunan industripembetungan di peringkat negara dan antarabangsa. Pasti ramai yang bersetuju apabilaKetua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam dalam pengumuman persaraan Prof.menyatakan bahawa beliau merupakan aset yang amat berharga bagi IWK. Semestinya jasayang beliau curahkan selama ini akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Menyelami kehidupan Prof. Haniffa, kehidupan anak jati Klang ini bertambah seri apabila beliau mendirikan rumahtangga bersama ratu kesayangannya, Puan Sharifa Salwa yangberasal dari Pulau Pinang dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Beliau merupakan peminatfilem Bollywood dan salah satu pelakon Bollywood terkenal yang diminati adalah Ajay Devgan.

Salam Persaraan kepadaKetua Pegawai Operasi,Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

Oleh Aqiel Azmi Khair

Page 33: Kandungan - Indah Water

32Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Selain itu, beliau juga gemar mendengar lagu-lagu Hindustan dan irama klasik Inggerisdan Melayu. Antara lagu kegemaran Prof. Haniffa ialah Hotel California oleh Eagles dan Take Me Home, Country Roads nyanyian John Denver. Sebagai peminat tegar Liverpool FC, jelas tampak kegembiraan beliau di laman Facebook Indahan apabila pasukan ini berjayamerangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas 30 tahun. Beliau juga ternyata hebatdalam bidang sukan. Buktinya, Prof. Haniffa banyak menyertai perlawanan bola sepak diperingkat DBKL, Liga Selangor dan Wilayah Persekutuan pada zaman mudanya.

Hasil daripada dedikasi dan sumbangan beliau dalam industri air negara, Prof. Haniffa telahdianugerahkan tokoh alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta dilantik sebagaiProf. Anjung untuk memberi sumbangan dalam bidang kejuruteraan di UTM. Apa yanglebih membanggakan, Prof. Haniffa merupakan warga Malaysia pertama yang mendapatbiasiswa British High Commissioner untuk mengikuti program pengurusan lanjutan diUniversiti Oxford, UK pada tahun 1997 dan beliau terpilih dari kalangan 600 orang pemegangbiasiswa Chevening UK dari pelbagai profesion.

Menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai idolanya, Prof. Haniffa ternyata mempunyai motonyasendiri sebagai prinsip beliau untuk menunaikan kewajipan sebagai pekerja. Kerja keras, ikhlas dan sabar - itulah elemen-elemen yang sentiasa diterapkan oleh insan serba boleh dan rendah diri ini dalam menjalankan tanggungjawab di tempat kerja. Tiada perkataanputus asa dalam kamus hidup beliau kerana beliau berpendapat bahawa setiap peluangyang ada akan memberi jalan kepadanya untuk terus maju ke hadapan.

Beliau menasihati para pekerja IWK supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh keranaIWK mempunyai harapan yang cerah untuk menjadi model ikutan syarikat pembetungankepada banyak negara di serata dunia. Tambah beliau lagi, setiap individu di IWK mempunyaipotensi yang tinggi untuk maju di masa hadapan. Oleh yang demikian, jadikan pekerjaandi IWK ini sebagai ‘Ibadah yang Menyeronokkan’ agar di samping mencari rezeki yanghalal bagi diri dan keluarga, ianya akan memberikan kepuasan hidup di sepanjang perjuanganmembersihkan alam demi keselesaan rakyat Malaysia.

You’ll Never Walk Alone!

Page 34: Kandungan - Indah Water

33 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Mohd Zainal Zakaria(Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan) Ir. Mohd Taufik Salleh

(Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan)

Dear Tuan Haji Haniffa, it is with mixed feelings we will bidding farewell to you, I’ve known you for about 20 years now and you’ve always been a good tutor and mentor, your platform and guidance have given me a strong base to explore and perform…

Memang sukar untuk kita temui seorang yangberpengetahuan seperti beliau, dan sayamengharapkan beliau akan terus menyumbang dalam industri pembetungan.

Eswari(Setiausaha Jabatan)

I enjoyed working with him because he encourages you, even little improvementsin work and all that he will encourage and tell you can do it!

Truly an inspiring person to work with, he has shown his courage and leadership, I would like to thank himpersonally for his advice and criticism...

Raimy Mohd Noor(rakan sekerja sejak DBKL)

Terasa kehilangan bila Prof. bersara, jadi saya mampumengucapkan Selamat Bersara dan jangan lupakan kamidi sini dan Insha Allah kita akan tetap bersahabat sampaibila-bila.

Ir. Mohd Zuki Muda(Jabatan Kerja Kapital)

Persaraan beliau adalah satu kehilangan untuk industri dan IWK, adalah menjadi harapan saya beliaumenyumbang sebagai ambassador to IWK.

Narendran Maniam,Ketua Pegawai Eksekutif

Beliau sangat komited, sangat hardworking, he is very caring dan seorang bos yang sangat baik.

Che Zah Idris(Mantan Setiausaha Jabatan)

A really pleasure to work with him because the guidance that he has given to us.

Cindy De Costa(Jabatan Pelanggan, Pengebilan dan Pemungutan)

Cukup terror main bola, saya seronok tengok skill dia, saya ucapkan SelamatBersara dan semoga sukses.

Bahrin Saari(rakan sekerja sejak 1994)

Seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap kesihatan keluarga saya.

Mohd Kamil Din(Pemandu Peribadi)

Apa katamereka mengenaiIr. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

Page 35: Kandungan - Indah Water

Tahniah kepada Pejabat Operasi Alor Setar, Kedah kerana telah memenangi AnugerahKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2019 Peringkat Kebangsaan bagi kategoriKemudahan Kebersihan. Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada 28 Februari2019 bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Phillip Rajoo mewakiliPejabat Operasi Alor Setar menerima anugerah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ AmirOmar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia merangkap Timbalan PengerusiMajlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kemudian, pada awal bulan Mac 2020, semasa perhimpunan bulanan yang telah diadakan diCSTF Kota Setar, Phillip Rajoo mengambilkesempatan ini mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua kakitangan danpengurusan kerana telah bekerjasama untukmencapai kejayaan ini. Sebagai tandakesyukuran dan terima kasih, AhliJawatankuasa Keselamatan dan KesihatanPekerjaan Tahun 2019 telah diberikan sijilpenghargaan dan semua kakitangandijamukan dengan jamuan ringkas.

34Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Pejabat Operasi Alor Setar, Kedah -Pemenang Anugerah Keselamatan danKesihatan Pekerjaan Negara 2019

Oleh Ching Mei Lan

Page 36: Kandungan - Indah Water

35 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Pejabat Operasi Kuala Lumpur Dianugerahkan Sebagai Tempat Kerja Cemerlang oleh JKKPKuala Lumpur dan PutrajayaIndah Water Konsortium Pejabat Operasi Kuala Lumpur telah dipilih oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur & Putrajaya untuk menyertai program SOHELP (Systematic Occupational Health Enhancement Level Program) Fasa 3 2018/2019. 14 syarikatlain yang turut menyertai program SOHELP adalah Tenaga Nasional Berhad, Maybank, LembagaTabung Haji, Telekom, Royal Selangor International Sdn Bhd, Institut Kanser Negara dan KPJ Group of Hospitality. Pejabat Operasi Kuala Lumpur telah menerima anugerah TempatKerja Cemerlang untuk program ini. Majlis penutup program SOHELP Fasa 3 2018/2019 telahdiadakan pada 13 November 2019, bertempat di Pejabat JKKP Kuala Lumpur.

Page 37: Kandungan - Indah Water

36Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Tahniah Pejabat Operasi Klang Memenangi Tempat Kedua Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020

Pejabat Operasi Klang IWK telah diumumkan sebagai pemenang kedua untuk Anugerah BandarRendah Karbon (LCC) 2020 dalam kategori Building Electrical Energy pada 29 September2020. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Ng Sze Han yang mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Hotel Premiere,Bandar Bukit Tinggi Klang. Anugerah ini merupakan program yang dianjurkan oleh MajlisPerbandaran Klang (MPK) dalam projek “Bandar Rendah Karbon Peringkat Institusi Kerajaandan Sekolah-Sekolah Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang 2019”.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pemilihan dilakukan berdasarkan pengiraan dan penilaian data yang dikumpul setiap tahun. Bagi mencapai pengurangan pelepasan karbon, usaha perlu dilakukan dengan tumpuan kepada empat elemen iaitu penjimatan elektrik, air, amalan kitar semula, penanaman pokok dan penghijauan kawasan.

Berhubung dengan perkara tersebut, Pejabat Operasi Klang (UOKA) telah mengemukakan data-data elektrik dan penggunaan air untuk premis UOKA bermula dari tahun 2017 sehingga2019. Tahun 2017 adalah penanda aras (bench mark) dalam pengukuran prestasi/pencapaianpengurangan karbon yang melayakkan UOKA mendapat sijil Provisional Certification.

Sehingga tahun 2019, mengikut pengiraan pihak penganjur, UOKA telah berjaya menurunkanpelepasan karbon sebanyak 12.11% dan dengan ini layak untuk mendapat sijil DiamondRecognition - 2 diamond. Susulan itu, UOKA telah berjaya mendapat tempat ke-2 untukkategori Building Electrical Energy.

Tahniah dan syabas kepada Pejabat Operasi Klang kerana melakukan usaha yang sangat baikdalam meneruskan agenda negara ke arah masa hadapan yang lebih mampan. Semoga merekaakan berkongsi amalan ini dan dapat memberikan inspirasi serta galakan kepada pejabatoperasi yang lain dalam mengurangkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengurangkanpelepasan karbon.

Page 38: Kandungan - Indah Water

37 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Indah Water Konsortium Bags ASEANRenewable Energy Project Awards

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd has been awarded the ASEAN RenewableEnergy Project Awards by ASEAN Energy Awards 2020, which was held virtuallyin Hanoi, Vietnam on 19November 2020. IWK was represented by Head ofOperation, Kuala Lumpur Office, Suriya Narhayhanento receive this award.

IWK project titled “Reuse of biogas from sewage sludge to generate renewable energy at Pantai 2 Regional Sewage Treatment Plant (P2RSTP)” won the ASEAN RenewableEnergy Project Awards(Special Submissions)category. IWK’s submissionshowcased Malaysia’s commitment and creativitytowards renewable energy,green technology and eco-sustainability in convertingsewage sludge into arenewable energy resourceat P2RSTP that had greatly

enhanced the well-being ofcommunities living nearbyP2RSTP.

According to Manager,Planning and EngineeringDepartment, Lim Pek Boon, this project described the environmental benefitsaccorded in utilisingAnaerobic Digester at P2RSTP to treat sewage sludge and generate biogas as renewable energy. These have brought about positive impacts such as avoidance of direct release of biogas to the atmosphere, reductionin usage of electricity,promote a better communityenvironment in the surroundingarea by reducing odour from sewage sludge at the wastewater treatment plant and lessen sewage sludgedisposed at landfills.

When Suriya was asked about his experience receiving this award, he explained that the

virtual ceremony award was something new and different from the normal. It is similarto online meeting such as Webex or Zoom. Awardpresenters will come onlineafter introduced by theMaster of Ceremony and they will announce the winnerfrom their origin country.Award presenter fromMalaysia was representedby our former GeneralSecretary of Ministry of Water, Land and NaturalResources (KATS), YBhg.Datuk Zurinah Pawanteh.

The Asean Energy Awards is the highest award in theenergy industry in South East Asia organised by the AseanCentre for Energy (ACE).Winning this award has put IWK to the next level as the acknowledgement by ASE-AN fraternity proves ourcontribution to the bestpractices for renewableenergy.

Page 39: Kandungan - Indah Water

38Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini dijangka akan memberi kesanbesar bukan sahaja kepada corak kehidupan manusia malah merencatkan pertumbuhanekonomi dengan drastik. Sehubungan itu, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd terusberusaha menyalurkan sumbangan kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukanuntuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.

Sejak awal pandemik lagi, IWK telah melaksanakan beberapa bentuk bantuan tanggungjawabsosial korporat (CSR) kepada orang ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah KawalanPergerakan (PKP) dan juga sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan sertakomuniti yang memerlukan bersesuaian dengan konsep #KitaJagaKita.

Sumbangan tersebut merupakan beberapa peralatan hospital dan sut perlindungan diri (PPE)kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, khidmat pengosongan percuma untuk tandasbergerak di Pusat Saringan COVID-19, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganudan penyewaan empat biji penyejuk (cooler) untuk Klinik Kesihatan Anika Klang. IWK turutmenyumbang bekalan makanan kepada petugas di Hospital Canselor Tuanku Mukriz PusatPerubatan UKM, Hospital Taiping, Hospital Shah Alam, Hospital Kuantan, Hospital Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Cheras.

Selain itu, sumbangan berbentuk pek-pek makanan juga diagihkan kepada petugas-petugasmedia di Astro Awani, Kumpulan Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sinar Harian,Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, New Straits Times, Berita Harian & Harian Metro dan The Stardi dalam kesibukan menjalankan tugas.

Semangat IWK Cares Terus Membara

Oleh Ching Mei Lan

Page 40: Kandungan - Indah Water

39 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

IWK tidak juga lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan menderma beraskepada beberapa rumah kebajikan dan pelarian yang berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Badan Kebajikan Persaudaraan Islam NegeriMelaka (BAKPIS) telah menerima sumbangan 50 bungkus beras daripada IWK. Menurut BAKPIS, sumbangan beras tersebut akan dihantar dari rumah ke rumah bagi meringankanbeban tanggungan golongan mualaf dan fakir miskin yang terkesan dengan situasi ini.

Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda Selangor dan BukuJalanan Chow Kit turut menerima sumbangan berbentuk bekalanberas dan cecair pembasmi kuman. IWK melalui kerjasama denganMalaysian Relief Agency (MRA) telah menyumbang berasuntuk dimasak dan diagihkan kepada golongan yang tinggal dikawasan-kawasan program perumahan rakyat (PPR) melaluiProgram Hotmeal atau pek makanan panas.

IWK berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban dan kesulitanyang ditanggung oleh sesetengah golongan semasa tempohPKP ini.

Page 41: Kandungan - Indah Water

40Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

#KitaJagaKita

Page 42: Kandungan - Indah Water

Kemeriahan Ramadhan dan Syawal Bersama GolonganYang Memerlukan &Petugas Barisan Hadapan “Frontliners”

41 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Tidak terjangkau di kotak pemikiran kita yang tahun 2020 membawa satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua rakyat Malaysia bahkan dunia. Pandemik wabakCOVID-19 telah menukar cara kehidupan dalam sekelip mata dan kini kita perlu menjalanikehidupan norma baharu. Walaupun berhadapan dengan pandemik ini, keistimewaanRamadhan dan Syawal tidak hilang serinya kerana tahun ini menyaksikan Ramadhandan Syawal disambut dengan sederhana tetapi penuh bermakna dengan keluarga tercinta.

Wabak COVID-19 tidak menghalang Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd untuk terusmenjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti tahun-tahun sebelum ini untuk meraikan golonganyang kurang bernasib baik di bawah program khidmat tanggungjawab sosial yang dikenalisebagai IWK Prihatin atau IWK Cares dan juga meraikan petugas barisan hadapan yangbertungkus-lumus bekerja sepanjang tempoh PKP.

Oleh Nur Haziqah Nasuha

Page 43: Kandungan - Indah Water

42Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Semasa bulan Ramadhan, IWK telah memberi sumbangan sebanyak 100 paket beras (10kg) kepada penduduk PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai. IWK turut menyumbang juadahberbuka puasa kepada rakan media termasuk TV3, NTV7 danTV9.

Bagi meraikan para petugas barisan hadapan yang bekerja di hospital semasa hari raya pertama dan kedua, IWK telahmemberi sumbangan juadah Aidilfitri dan biskut raya kepadakakitangan Hospital Serdang dan Hospital UniversitiKebangsaan Malaysia.

Pihak IWK telah menyampaikan bantuan asas kepada duabuah rumah kebajikan. IWK menyampaikan sumbangankepada Rumah Bakti Dato’ Harun di Hulu Klang yang berupaenam kipas dinding, empat kipas siling, beg sekolah danmencantikkan landskap taman menggunakan biopepejalIWK. Rumah kebajikan ini merupakan asrama yangmenempatkan anak-anak yatim yang berumur daripada 7 hingga 17 tahun. Manakalasumbangan wang tunai sebanyak RM1,000, dua buah penyaman udara dan mencantikkanlandskap taman telah disumbangkan kepada Rumah Insaniah, sebuah persatuan orangkelainan upaya di Petaling Jaya. Pihak Unit Perniagaan Nyahenapcemar (DBU) IWK turutmemberi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu secara percuma kepadakedua- dua buah rumah kebajikan tersebut.

Majlis penyampaian sumbangan kepada Rumah Insaniah telah diserikan lagi dengankehadiran Pengerusi IWK, YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi, Ketua Pegawai EksekutifIWK, Narendran Maniam dan Presiden Rumah Insaniah, Dato’ Dr. Mahmood Merican.

Page 44: Kandungan - Indah Water

43 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Indahan yangsanggup meluangkan masa dan tenaga pada masa hujung minggu untuk turun padangbagi menjayakan program-program FoR Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di seluruhnegara.

Program ini adalah susulan daripada program FoR IWK yang telah dilancarkan pada2018 bertujuan untuk menjaga kebersihan dan pemuliharaan sungai agar alam sekitarterpelihara.

Aktiviti Program FriendsOf Rivers, IWK Sepanjang Tahun 2020

1 2 3

7 8 9

4 5 6

Page 45: Kandungan - Indah Water

44Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

NO. GAMBAR TARIKH PEJABAT OPERASI NAMA SUNGAI1 11.7.20 Kluang Sungai Sayong Renggam2 25.7.20 Sungai Tambul3 14.8.20 Sungai Ulu Bendul4 15.8.20 Sungai Sayong Renggam5 5.9.20 Tasik Tadahan6 5.9.20 Sungai Templer7 12.9.20 Sungai Templer8 19.9.20 Sungai Templer9 24.9.20 Sungai Tarrom

10 26.9.20 Sungai Templer11 2.10.20 Sungai Sayong Renggam12 6.10.20 Sungai Lumut Kanan13 9.10.20 Sungai Sayong Renggam14 16.10.20 Sungai Kulim15 28.10.20 Sungai Karangan16 20.11.20 Sungai Galing17 26.11.20 Sungai Tarrom18 29.11.20 Terengganu

Shah AlamNegeri Sembilan

KluangShah Alam

GombakGombakGombak

LangkawiGombakKluang

ManjungKluang

Seberang PeraiSungai Petani

PahangLangkawi

Taman Permint Perdana Fasa 1, Kuala Nerus

16

1110 12

13 14 15

1817

Page 46: Kandungan - Indah Water

45 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sekitar Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2020 Anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bersama IWK

Page 47: Kandungan - Indah Water

46Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020, Kerajaan NegeriSelangor telah melancarkan inisiatif Friends Of River (FOR) Negeri Selangoryang menumpukan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai oleh komunitisetempat. Sambutan ini berlaku secara serentak di 30 lokasi sungai pada 26 September 2020. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telahdijemput oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengadakanprogram gotong-royong membersihkan beberapa batang sungai.

Program di Sungai Air Hitam, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, melibatkankerjasama di antara LUAS, Pejabat Operasi Langat, Majlis PerbandaranKajang (MPKJ) dan penduduk Pangsapuri Sri Tanjung. Majlis ini telahdirasmikan oleh Exco Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Tuan Hee Loy Sian.

Pejabat operasi IWK Gombak pula telah mengadakan FoR sesi 4/2020sempena perasmian Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020Peringkat Negeri Selangor dan Pelancaran Inisiatif Friends Of River (FOR)yang dihadiri oleh ADUN Taman Temple, YB Sanny Hamzah, wakil LUASdan kakitangan IWK.

Pejabat Operasi Shah Alam meneruskan program FoR di Sungai Tambul,Kota Damansara. Antara program yang dijalankan ialah gotong-royongmembersih dan mencantikkan persekitaran Sungai Tambul denganmenanam pokok buah-buahan bersama wakil LUAS dan wakil JabatanPengairan dan Saliran Petaling (JPS).

Hari Sungai Sedunia telah ditetapkan pada hari Ahad terakhir dalam bulanSeptember pada setiap tahun sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sempenasambutan Hari Sungai Sedunia ini, diharap semua pihak sedar bahawapemeliharaan sungai menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakatdi Malaysia. Sungai yang bersih adalah aset berharga kepada masyarakatdan negara.

Oleh Ching Mei Lan

Page 48: Kandungan - Indah Water

47 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Pada 12 September 2020, lebih daripada100 kakitangan Ibu Pejabat Indah WaterKonsortium (IWK) Sdn Bhd dan PejabatOperasi Kuala Lumpur, telah menyertaikempen “Saya Sayang STP” bertempatdi Loji Rawatan Kumbahan SerantauPantai 1 (RSTP1). Program ini dilancarkanoleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK,Narendran Maniam. Turut hadir di majlis ini adalah mantan Ketua Pegawai Operasi,Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Operasi PejabatOperasi Klang, Langat dan Gombak.

Biarpun gerimis hujan membasahi pagi Sabtu itu, acara telah dimulakan denganaktiviti zumba dan diikuti dengan aktivitimelepaskan ikan ke kolam. Kakitangan yang hadir dibawa mengenali kawasansekeliling loji berkenaan, sebelum dibaha-gi kepada tiga kumpulan untuk mewarnamural, menanam pokok dan mencantikkanlandskap.

“SayaSayang

STP”

Majlis PelancaranKempen

Page 49: Kandungan - Indah Water

48Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Menurut Narendran ketika memberi ucapan, kempen ini dilancarkan agar ia dapat menanamkan rasa tanggungjawabdan menaikkan rasa bangga di kalangan kakitangan IWKdalam usaha untuk menjaga dan menyelenggarakan lojirawatan pembetungan masing-masing dengan baik. Padamasa yang sama, kempen ini diharap dapat mendalamkanrasa sayang warga Indahan khususnya kepada STP danaset IWK secara keseluruhannya.

Untuk makluman, inisiatif ini akan diteruskan di seluruhnegara di mana setiap pejabat operasi akan melaksanakankempen ini di loji yang terpilih. Bagi program “Saya Sayang STP” akan datang, boleh melibatkan kerjasamaantara IWK dengan masyarakat setempat atau denganpihak berkepentingan dalam usaha untuk memberikesedaran betapa pentingnya melindungi alam sekitar.

Terima kasih kepada kakitangan Pejabat Operasi Kuala Lumpur ataskerjasama yang telah diberikan!

Page 50: Kandungan - Indah Water

49 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Donating Blood Saves Lives – that is the phrase that we always hear but do you know that by donating a bag of blood can save the lives of three people and allow these precious lives to continue. Blood is perishable and cannot be artificially manufactured, so it has to be collectedcontinuously and blood donations are the only way we can give blood to those who need it.

Hospitals need the most blood bag for surgery operation, pregnant women who are giving birth, and in emergency wards to name a few. In the lab, blood can be separated into red bloodcells, plasma and platelets. When plasma or platelets are collected, they are separated from blood cells. Each element of that donation is used for a different purpose. Platelets can helptreat diseases that are caused by too few or deteriorated platelets, such as cancer, organtransplantation, and dengue fever that is familiar to Malaysians; plasma can help patientswith burns and liver diseases; red blood cells can help patients with kidney disease andsevere thalassemia.

Indah WaterKonsortiumSupports theGovernment’s Callfor Blood Donation

By Tian Khai Lieng

Page 51: Kandungan - Indah Water

50Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

The Blood Donation Day held at IWK headquarters saw a turnout of more than 40 donors.Every year, the Blood Donation Day has been well-received and supported by thegeneral public from nearby university and corporate company. According to NBC, in past few years IWK campaign blood has an average of more than 60 donors who areeligible to donate blood. However, the number of donors for this year reduced as it islimited to IWK staff only and some of the staff are working from home.

Apart from IWK HQ, Alor Setar Operation Office (UOAS) also took part in organising ablood donation drive in collaboration with Sultanah Bahiyah Hospital on 15 October 2020.UOAS hopes that similar blood donation campaigns and awareness programmes will beorganised by other companies and associations as carried out IWK.

We do not need to possess incredible skills, talents or super power to be a hero to save people, but we can help those people by giving a pack of blood. As our Prime Minister, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Muhyiddin Yassin said “Blood donors are National Heroes because they voluntarily give blood to meet the needs of others and save lives”.

According to the World Health Organization (WHO), acountry’s blood donation of 5% is enough to be self-sufficient,but our country’s current blood donation volume is only2.5%, which has not yet reached the standard. In otherwords, for every 100 Malaysian citizens, only two arewilling to donate blood.

To make matters worse, COVID-19 outbreak has caused a reduction in the number of donors. National BloodCentre director Dr. Noryati Abu Amin said that themovement control order (MCO) had understandably led to blood donation activities being affected, with scheduleddonation campaigns cancelled. Public also avoided comingto blood banks to donate blood for fear of contracting thevirus.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, in continuous support of the government’s call to Malaysians to donateblood regularly, organised a Blood Donation Day on 19 October 2020. Held annually in collaboration with theNational Blood Centre (NBC) under the Ministry of Health (MOH), the blood donation drive was opened to all IWK staff. NBC have implemented additional precautionsduring blood donation to prevent the spread of COVID-19and to ensure safety of donors and medical staff.

Page 52: Kandungan - Indah Water

51 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Those who wish to do blood donation, you may proceed to venue stated below or contact NBC for more information.

National Blood Centre, Jalan Tun Razak (03-26132688)Operation Hours

Monday- Friday: 7.30am- 8.00pm

Sat-Sun/Public Holiday: 8.00am- 4.00pm

Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall (03-22800349)Operations Hours:

Every day: 10.00am-9.00pm

Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10 Putrajaya (03- 88810084)Operation Hours:

Every day: 10.00am- 6.00pm

Page 53: Kandungan - Indah Water

52Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menganjurkan Pertandingan Fotografi & VideoPendek 2019 daripada 15 Oktober - 30 November 2019. Terdapat dua kategori yang telahdipertandingkan iaitu kategori fotografi & video pendek untuk kakitangan IWK dan kategorifotografi untuk pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dalam pertandingan fotografi kategori kakitangan IWK adalah Safety at Work Place dan tema untuk pertandingan video pendekialah Health & Safety Briefing of Office/Treatment Plant/ Project Site. Tema bagi kategoripelajar UiTM adalah “Sumbangan IWK Dalam Melestarikan Sumber Air Negara”.

PertandinganFotografi & VideoPendek IWK 2019

Oleh Ching Mei Lan

Page 54: Kandungan - Indah Water

53 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Penyertaan kali ini amat menggalakkan di mana pihak penganjur telah menerima lebih 200keping gambar di bawah kategori kakitangan IWK dan 1,502 keping gambar bagi kategoripelajar UiTM dan lapan video pendek bagi kategori kakitangan IWK. Pertandingan ini telahdiadili oleh pihak juri profesional, iaitu pensyarah pereka grafik UiTM, Norfadzillah Ibaruslandan tiga lagi juri daripada pihak IWK iaitu mantan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz,Ketua Wilayah Operasi Wilayah Selatan, Mohd Lutpee Salleh dan Pengurus Kesihatan danKeselamatan Korporat IWK, Ayu Suriawaty@Siti Aisyah Bahkia.

Page 55: Kandungan - Indah Water

54Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang

Para pemenang telah diraikan di majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan pada 7 Januari 2020 di Dewan Serbaguna, Aras 4, Ibu Pejabat IWK, Kuala Lumpur. Hadiah telah disampaikan oleh mantan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz dan Ketua PegawaiEksekutif IWK, Narendran Maniam.

Page 56: Kandungan - Indah Water

55 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

IWK Di Paparan Media

Page 57: Kandungan - Indah Water

56Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 58: Kandungan - Indah Water

56 Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 59: Kandungan - Indah Water

Januari MacFebruari

April JunMei

Julai SeptemberOgos

Oktober November Disember

58Buletin Indahan Edisi 2020

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Page 60: Kandungan - Indah Water