projek

40
i SEMESTER 3 SESI 2013/2014 SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TUGASAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NGAN JIA ING M20131000406 KUMPULAN : Kumpulan B PENSYARAH : Dr. Faizal Nizam Lee Abdullah PEMARKAHAN 4

Upload: ngan-jiaing

Post on 21-Jun-2015

493 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Persepsi Murid Tahun Empat Terhadap Penggunaan Perisian Geogebra Dalam PdP Matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Projek

i

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

SEMESTER 3 SESI 2013/2014

SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN

MATEMATIK

TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

NGAN JIA ING M20131000406

KUMPULAN : Kumpulan B

PENSYARAH : Dr. Faizal Nizam Lee Abdullah

PEMARKAHAN

4

Page 2: Projek

i

PERSEPSI MURID TAHUN EMPAT TERHADAP PENGGUNAAN

PERISIAN GEOGEBRA DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK

Ngan Jia Ing

Universiti Pendidikan Sultan Idris

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi murid-murid Tahun Empat terhadap penggunaan

perisian Geogebra dalam PdP matematik. Sebanyak 41 orang murid telah terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian ini dikumpulkan

melalui instrumen soal selidik yang telah diubah suai daripada set soal selidik (Mohamed, 2008). Data

yang dikumpul kemudiannya dianalisis dari segi peratusan dan min skor bagi setiap item. Hasil

analisis data menunjukkan murid-murid mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan

Geogebra dalam PdP matematik. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan

Geogebra dalam PdP matematik. Masalah-masalah yang dihadapi dalam pemahaman konsep

matematik juga dikenal pasti melalui item-item soal selidik ini. Hal ini menunjukkan bahawa

penggunaan perisian Geogebra dalam PdP matematik dapat meningkatkan prestasi dan minat murid

dalam penguasaan konsep sudut dalam matematik.

Abstract

This study was conducted to investigate the perceptions of Year Four pupils on the use of Geogebra in

teaching and learning of mathematics. A total of 41 students were involved in the study. This study

was conducted using a survey design. Data were collected through questionnaires that were modified

from the questionnaire (Mohamed, 2008). The data collected is then analyzed in terms of percentage

and mean score for each item. The analysis of data shows pupils have a positive attitude toward the

use of Geogebra in teaching and learning of mathematics. They also have a strong interest in the use

of Geogebra in teaching and learning of mathematics. Problems encountered in understanding

mathematical concepts were also identified through the items of this questionnaire. This result

indicates that the use of Geogebra in teaching and learning of mathematics can improve student

performance and interest in mastering mathematical concepts about angles.

Page 3: Projek

ii

KANDUNGAN

Muka Surat

ABSTRAK i

ABSTRACT i

KANDUNGAN ii

SENARAI JADUAL iv

SENARAI SINGKATAN v

SENARAI LAMPIRAN vi

BAB 1 PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Soalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 6

1.7 Definisi Operasional 7

1.7.1 Persepsi 7

1.7.2 Geogebra 7

1.8 Rumusan 7

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kepentingan Sudut Dalam Kehidupan 8

2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 9

2.4 Kajian Lepas 10

2.5 Rumusan 12

BAB 3 METODOLOGI

13

3.1 Pengenalan 13

3.2 Reka Bentuk Kajian 13

3.3 Persampelan 14

3.4 Instrumen Kajian 14

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 15

3.6 Tatacara Pengumpulan Data 16

3.7 Tatacara Analisis Data 16

3.8 Rumusan 16

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 17

4.1 Pengenalan 17

4.2 Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Perisian Geogebra 17

Page 4: Projek

iii

Dalam PdP

4.3 Persepsi Murid Terhadap Minat Mereka Dalam

Penggunaan Geogebra Semasa Proses PdP

20

4.4 Masalah Pemahaman Murid Tentang Konsep Matematik 23

4.5 Rumusan

26

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

27

5.1 Pengenalan 27

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 29

5.3 Implikasi Dapatan Kajian 29

5.4 Kesimpulan 29

5.5 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 30

5.6 Rumusan 30

RUJUKAN 31

Page 5: Projek

iv

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

3.1 Pembahagian Skor Mengikut Pilihan Jawapan Bagi Item-Item 15

3.2 Bilangan Item Mengikut Kategori 15

3.3 Nilai Cronbach’s Alpha 15

4.1 Hasil Analisis Tentang Persepsi Murid Terhadap Penggunaan

Geogebra Dalam PdP Matematik.

17

4.2 Hasil Analisis Tentang Minat Murid Terhadap Penggunaan Geogebra

Dalam PdP Matematik.

20

4.3 Hasil Analisis Tentang Masalah Murid Dalam PdP Matematik. 23

Page 6: Projek

v

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study

PISA Programme International Student Assessment

DAP Democratic Action Party

ICT Information dan Communication Techonology

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

PKR Parti Keadilan Rakyat

PJJ Pendidikan Jarak Jauh

BBM Bahan Bantu Mengajar

Page 7: Projek

vi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Soal Selidik 33

Page 8: Projek

1

Bab 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pada era globalisasi yang dibanjiri dengan pelbagai kemudahan teknologi ini, transformasi

pendidikan merupakan frasa yang sering didengari, terutamanya dalam kalangan pendidik.

Oleh sebab arus pemodenan yang mengalir dengan begitu deras, sistem pendidikan negara

kita dikehendaki mengalami transformasi dari semasa ke semasa demi memastikan kualiti

keberkesanan sistem pendidikan negara kita sentiasa selaras dengan sistem pendidikan

antarabangsa. Oleh hal yang demikan, pada tahun 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

untuk menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan

oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Tujuan utama pelancaran PPPM adalah untuk melonjakkan sistem pendidikan negara kita

untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.

Punca utama wujudnya pelan ini adalah disebabkan pencapaian Malaysia yang kurang

memuaskan dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan

Programme International Student Assessment (PISA). Kedudukan Malaysia semakin tahun

semakin menurun. Menurut Lim (2013), terdapat juga pihak Democratic Action Party (DAP),

yang mengatakan bahawa keputusan Malaysia dalam TIMSS dan PISA merupakan keputusan

yang menurun dengan paling teruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang turut

menyertai TIMSS dan PISA.

Page 9: Projek

2

Sejajar dengan anjakan PPPM yang ketujuh, iaitu memanfaatkan Information dan

Communication Techonology (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, Kementerian

Pendidikan kini telah menyediakan pelbagai perisian yang menarik untuk membantu para

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masing-masing. Demi memastikan

akses dan ekuiti antara sekolah bandar dengan luar bandar, Kementerian Pendidikan juga

telah meningkatkan akses internet persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan

1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada

penghujung 2013. Dalam masa yang singkat juga, semua murid telah pun mempunyai akses

kepada rangkaian 4G di sekolah yang menyediakan landasan untuk pelaksanaan

pembelajaran secara interaktif.

Kualiti PdP di bilik darjah, khususnya bagi PdP matematik merupakan aspek utama yang

diberikan perhatian di kebanyakan negara (Lampert, 2001). Begitu juga dengan negara kita.

Hal ini menjadi semakin ketara selepas pengumuman keputusan TIMSS dan PISA yang

begitu membimbangkan pada tahun 2013. Menurut Ball dan Bass (2000), kaedah pengajaran

guru merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian matematik dan kegagalan

serta kejayaan banyak berkaitan dengan penyampaian isi kandungan subjek tersebut. Oleh itu,

adalah digalakkan jika para guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.

Sebelum sesuatu kaedah itu diterapkan dalam proses PdP, guru perlu mengetahui sejauh

mana tahap penerimaan murid terhadap kaedah tersebut. Begitu juga dengan perisian

Geogebra yang akan didedahkan kepada murid dalam kajian ini. Selepas proses PdP dengan

menggunakan perisian Geogebra, murid-murid diminta mengisi soal selidik yang telah

disediakan untuk mengetahui persepsi mereka terhadap penggunaan Geogebra dalam PdP

matematik.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi murid-murid Tahun Empat terhadap

penggunaan Geogebra dalam PdP Matematik. Dengan merujuk kepada Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR), murid-murid Tahun Empat dikehendaki mengenal dan menamakan

sudut tegak, sudut tirus, dan sudut cakah pada bentuk segiempat tepat, segiempat sama, dan

segitiga. Ini merupakan standard pembelajaran baharu yang tidak pernah didedahkan kepada

murid-murid yang mengikuti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Begitu juga dengan

Page 10: Projek

3

guru-guru matematik sekolah rendah, mereka tidak pernah mengajar murid-murid Tahun

Empat mengenai standard pembelajaran ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti persepsi murid-murid Tahun Empat selepas didedahkan kepada

penggunaan Geogebra dalam PdP standard pembelajaran ini.

Kajian ini penting bagi mengetahui tahap penerimaan penggunaan Geogebra dalam proses

PdP tentang standard kandungan di mana murid-murid Tahun Empat dikehendaki

menamakan sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah bagi tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu

segiempat tepat, segiempat sama, dan segitiga.

Menurut Laporan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2006, kefahaman murid-murid

dalam subjek matematik telah merosot. Seorang wakil Johor, Senator Dr. Mohd Puad

Zarkashi telah mengemukakan hasil kajiannya yang mengatakan bahawa kefahaman pelajar

terhadap Sains dan Matematik semakin merosot dan keputusan peperiksaan pula semakin hari

semakin menurun (Berita Harian, 2006).

Selain itu, penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan juga

menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan keputusan PISA yang corot. Salah satu

daripadanya adalah para murid kekurangan pemahaman terhadap konsep matematik. Hal ini

menyebabkan mereka gagal untuk menjawab semua soalan yang berkaitan dengan

pemahaman dengan betul. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli juga

mengatakan bahawa oleh sebab peruntukan masa yang terhad, kebanyakan guru hari ini

hanya mementingkan penggunaan rumus dan latih tubi (MalaysiaKini, 2013). Bebanan guru

yang semakin bertambah menyebabkan para guru kekurangan masa untuk menerangkan

konsep dan pemahaman.

Melalui laporan dan hasil kajian di atas, dapat diperhatikan bahawa adalah amat susah untuk

seseorang guru menjelaskan sesuatu konsep matematik yang abstrak kepada murid-muridnya

tanpa menggunakan apa-apa bahan bantuan belajar sehingga akhirnya guru terus mengajar

murid tentang penggunaan rumus serta membuat latih tubi. Namun, pemahaman konsep

matematik merupakan sesuatu yang sangat penting sebelum seseorang murid itu menguasai

kemahiran bagi konsep tersebut. Maka, para guru dikehendaki memikirkan cara yang paling

berkesan untuk membantu murid-murid memahami sesuatu konsep matematik dalam masa

yang singkat.

Page 11: Projek

4

Bagi projek penyelidikan ini, konsep matematik yang ingin diketengahkan ialah konsep sudut,

iaitu sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah. Kebanyakan murid hanya menghafal tiga jenis

sudut ini dengan nama dan julat sudut bagi setiap nama. Sekiranya mereka diminta untuk

mengenal pasti sesuatu sudut melalui gambar yang tanpa dinyatakan sudutnya, mereka akan

gagal untuk menjawabnya.

Menurut Faizah Ibrahim, Norfizin Yussof, dan Mohd Rodhih Othman (2004), guru-guru

kebanyakannya menggunakan kaedah tradisional “chalk and talk” untuk menerangkan

konsep-konsep abstrak kepada murid-murid. Kajian Harison (2008) dan Rajendran (2001)

juga menyatakan bahawa guru-guru masih selesa dengan kaedah konvensional yang menjadi

amalan sejak dahulu lagi. Selain itu, dapatan pemeriksaan Nazir Sekolah (2009) turut

menunjukkan 674 pengajaran guru Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan secara

keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Ternyatalah, penggunaan kaedah konvensional

atau “chalk and talk” kurang berkesan dalam penjelasan konsep-konsep abstrak.

Kelebihan menggunakan Geogebra dalam standard kandungan ini adalah para guru dapat

menggerak-gerakkan bentuk yang dihasilkan supaya murid-murid dapat melihat dan

mengenal pasti pelbagai sudut yang dipaparkan. Bentuk yang dihasilkan dapat ditarik

menjadi besar atau kecil dan di sinilah murid-murid dapat mengesan bahawa penambahan

atau pengurangan saiz sesuatu bentuk dua dimensi tidak akan mempengaruhi darjah sudutnya.

Walau bagaimanapun, para guru haruslah berhati-hati apabila menerangkan tentang segitiga

dua dimensi. Hal ini disebabkan dengan hanya menarik satu daripada tiga bucu sesuatu

segitiga itu, akan mempengaruhi darjah sudut-sudutnya. Bentuknya juga akan menjadi lain

sedikit daripada yang asal.

Dengan menggunakan perisian ini, murid-murid juga diberikan peluang untuk membuat

penerokaan tentang sudut-sudut yang didedahkan. Aktiviti ini adalah selaras dengan aspirasi

murid yang telah dinyatakan dalam PPPM yang menyatakan bahawa murid perlu menguasai

pelbagai kemahiran kognitif supaya mereka berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan

dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

Page 12: Projek

5

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1.3.1 mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan Geogebra dalam proses PdP.

1.3.2 mengenal pasti persepsi murid terhadap minat mereka bagi penggunaan Geogebra

dalam proses PdP.

1.3.3 mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam memahami

konsep dalam subjek matematik.

1.4 Soalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan dapat menjawab persoalan kajian yang dibina yang

merangkumi tiga soalan utama, iaitu:

1.4.1 Apakah persepsi murid terhadap penggunaan Geogebra dalam proses PdP?

1.4.2 Apakah persepsi murid terhadap minat mereka dalam penggunaan Geogebra semasa

proses PdP?

1.4.3 Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam memahami konsep

dalam subjek matematik?

1.5 Kepentingan Kajian

Sudut memainkan peranan minoriti dalam kalangan murid Tahun Empat. Namun, sudut

merupakan kemahiran penting yang wajib dikuasai sejak murid-murid didedahkan kepadanya.

Hal ini disebabkan sudut merupakan pengetahuan dan kemahiran asas bagi kebanyakan topik.

Sebagai contoh, topik Trigonometri dan Geometri. Sudut juga merupakan asas bagi topik-

topik tertentu dalam Fizik, contohnya Daya dan Momentum. Oleh hal yang demikian, adalah

penting bagi memastikan murid-murid menguasai konsep sudut sejak mereka didedahkan

kepadanya.

Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para guru yang terlibat

dalam PdP standard kandungan di mana murid-murid dikehendaki menamakan sudut tirus,

sudut tegak, dan sudut cakah bagi tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu segiempat tepat,

segiempat sama, dan segitiga. Walaupun para guru boleh menggunakan kaedah konvensional

untuk mendedahkan murid-murid kepada perbezaan ketiga-tiga sudut ini, namun dengan

Page 13: Projek

6

adanya perisian Geogebra, murid-murid dapat membuat penerokaan sendiri tentang

perubahan nilai sudut sekiranya sesuatu bentuk itu berubah, terutamanya bagi bentuk segitiga.

Selain itu, kajian ini juga diharap dapat menjadi kaedah alternatif kepada guru-guru yang

mengajar matematik. Menurut Gardner (1983), setiap individu mempunyai campuran unik

semua kecerdasan, seperti muzik, visual dan ruang, logik dan matematik, kinestetik,

interpersonal, intrapersonal, serta naturalistik. Maka, adalah lebih baik sekiranya seseorang

guru matematik sentiasa mengubah-ubah kaedah pengajarannya. Perubahan kaedah

pengajaran yang kerap juga dapat mengelakkan murid-murid menjadi bosan, sebaliknya

mereka akan menanti-nantikan kemasukan guru ke dalam kelas untuk mengikuti proses PdP

yang sentiasa membawa kesegaran dan keseronokan.

Sementelahan, kajian ini turut diharap dapat meningkatkan minat dan motivasi murid

terhadap subjek matematik. Terdapat sesetengah murid yang menghadapi fobia matematik

sejak memasuki umur persekolahan. Maka, diharap menerusi perisian yang menarik ini, dapat

mengurangkan fobia mereka terhadap matematik. Penggunaan perisian ini juga sejajar

dengan matlamat PPPM yang ingin menghasilkan murid yang dapat berfikir secara kreatif,

kritis dan inovatif. Hal ini disebabkan murid-murid berpeluang untuk membuat penerokaan

sendiri tentang standard kandungan yang telah didedahkan. Penerokaan sebegini secara

langsung dapat membantu mereka untuk mempertingkat kemahiran berfikir mereka.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap 120 orang murid sekolah rendah Tahun Empat bagi sebuah

sekolah di Bintulu, Sarawak sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan

kepada murid-murid Tahun Empat di sekolah-sekolah rendah yang lain. Selain itu,

peruntukan masa yang terhad menyebabkan hanya satu standard kandungan dalam topik

Sukatan dan Geometri yang dikaji, iaitu mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus,

dan sudut cakah bagi bentuk segiempat tepat, segiempat sama, dan segitiga.

Seterusnya, kajian ini juga terbatas kepada satu jenis instrumen sahaja, iaitu penggunaan soal

selidik. Soal selidik yang digunakan mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama

merangkumi item-item berkenaan dengan persepsi pelajar tentang penggunaan Geogebra

semasa proses PdP. Bahagian kedua pula berkaitan dengan item-item yang mengkaji tentang

Page 14: Projek

7

minat pelajar untuk menggunakan Geogebra dalam PdP. Bahagian ketiga pula memuatkan

item-item yang mengkaji masalah-masalah murid dalam pemahaman konsep matematik.

1.7 Definisi Operasional

Kajian ini mengkaji tentang persepsi murid Tahun Empat terhadap penggunaan Geogebra

dalam topik Sukatan danGeometri. Standard kandungan yang dikaji dalam kajian ini adalah

mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus, dan sudut cakah bagi bentuk segiempat

tepat, segiempat sama, dan segitiga.

1.7.1 Persepsi

Persepsi membawa maksud gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara dalam hati

seseorang. Dengan merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008), persepsi

ditakrifkan sebagai pandangan dan tanggapan tentang sesuatu. Persepsi murid bagi kajian ini

diukur dengan menggunakan soalan soal selidik yang menggunakan skala Likert.

1.7.2 Geogebra

Geogebra merupakan salah satu perisian komputer yang dapat digunakan untuk mengajar

konsep tentang sudut. Pengguna boleh menghasilkan sesuatu bentuk dua dimensi dan

seterusnya menarik (dragging) bucu bentuk yang telah dihasilkan untuk mengkaji perubahan

nilai sudut yang dipaparkan pada skrin. Perisian Geogebra sesuai untuk murid-murid sekolah

rendah hari ini kerana penggunaannya bukanlah susah sangat. Lagipun, murid-murid pada

zaman moden ini telah pun didedahkan kepada cara penggunaan komputer yang asas.

1.8 Rumusan

Bab ini secara kasarnya telah menyentuh tentang pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif

kajian, kepentingan kajian, dan batasan kajian. Bab yang seterusnya akan membincangkan

tinjauan literatur dan perisian Geogebra yang digunakan dalam kajian ini.

Page 15: Projek

8

Bab 2

Tinjauan Literatur

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji

berkaitan dengan penggunaan ICT dalam proses PdP. Demi melihat keberkesanan peranan

ICT dalam proses PdP, semua hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji masa

lalu telah dirumuskan.

2.2 Kepentingan Sudut Dalam Kehidupan

Walaupun sudut jarang digunakan dalam kehidupan seharian bagi seorang murid yang hanya

berumur sepuluh tahun, namun kepentingannya tidak dapat diabaikan. Sudut merupakan asas

kepada topik Geometri yang akan dipelajari selepas memasuki sekolah menengah. Sekiranya

seseorang murid itu tidak mempunyai asas yang baik, maka berkemungkinan besar dia akan

gagal mengikuti proses PdP yang dijalankan.

Sejak zaman dahulu, sudut telah diterap dalam bidang seni bina. Yunani dan Rom telah

menerapkan sudut dalam seni bina untuk mewujudkan patung yang indah, bangunan, dan

koloseum. Sudut yang tajam telah memberikan bangunan ini lebih menarik dan memberikan

nyawa kepada mereka. Penggunaan sudut yang betul untuk menggambarkan dewa dan dewi

telah memberikan mereka kualiti yang agung.

Hari ini, sudut masih digunakan. Sudut boleh membantu mewujudkan bangunan yang lebih

selamat sementara menjadikan mereka kelihatan menarik. Bagi kawasan yang terdapat gempa

Page 16: Projek

9

bumi atau bencana alam yang lain, sudut boleh digunakan untuk menyokong bangunan dan

menjadikan mereka lebih tahan dan lebih kuat.

Selain daripada bidang seni bina, sudut juga memainkan peranan yang sangat penting dalam

kehidupan seharian. Sebagai contoh, atlet menggunakan sudut untuk meningkatkan prestasi

mereka. Tukang kayu menggunakan sudut untuk membuat kerusi, meja, dan sofa. Arkitek

menggunakan pengetahuan sudut mereka untuk membuat lakaran potret dan lukisan. Dalam

bidang astronomi, sudut digunakan untuk mengenal pasti kedudukan objek-objek di langit

Jurutera pula menggunakan sudut untuk membina reka bentuk, jalan raya, bangunan, dan

kemudahan sukan.

2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan

ICT memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan, bukan sahaja bagi pihak

guru, malah juga bagi pelajar. Dengan adanya ICT, seseorang dapat mencari maklumat

melalui laman web. Para guru bolehlah mencari maklumat untuk membuat persediaan

pengajaran manakala para pelajar dapat melayari internet untuk mendalamkan lagi

pengetahuan mereka tentang sesuatu isi pelajaran. Selain daripada membuat persediaan

pengajaran, internet juga penting bagi seseorang guru untuk menjalani tanggungjawab

sebagai seorang kakitangan kerajaan. Hal ini disebabkan para guru hari ini dikehendaki

melayari laman web yang ditentukan untuk memasukkan maklumat diri dan murid. Slip gaji

bulanan turut hanya dapat diperoleh melalui internet. Terdapat juga kerja-kerja lain yang

memerlukan seseorang guru untuk melayari internet untuk menunaikan tanggungjawabnya,

antaranya termasuklah mengemaskini maklumat peribadi, memasukkan maklumat kursus-

kursus yang telah dihadiri, mengemaskini aktiviti-aktiviti harian atau bulanan supaya dapat

dikongsi bersama para ibu bapa dan sebagainya.

Selain itu, para guru juga boleh menggunakan internet untuk menjana chatroom di mana

murid-murid boleh mengemukakan masalah yang mereka hadapi semasa mereka mengulang

kaji pelajaran di rumah. Selain itu, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan baharu yang

ditemui antara satu sama lain. Secara tidak langsung, Chatroom juga dapat merapatkan lagi

hubungan antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid. Suasana pembelajaran

yang gembira dan seronok dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, pihak guru haruslah

Page 17: Projek

10

sentiasa memastikan Chatroom digunakan secara positif. Sekiranya terdapat mana-mana

pihak yang menyalahgunakannya, maka kesannya akan menjadi negatif.

Seterusnya, ICT juga penting bagi golongan yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh

(PJJ). Hal ini disebabkan mereka dikehendaki melayari internet untuk mengikuti kursus

masing-masing. Dengan adanya internet, para pelajar tidak perlu lagi melalui perjalanan

selama berjam-jam atau berhari-hari semata-mata untuk menghadiri kuliah yang mungkin

hanya mengambil masa satu atau dua hari. Selain itu, mereka juga dapat menghantar hasil

kerja kursus mereka melalui internet dengan hanya memuat naik tugasan mereka. Dalam

aspek ini, internet telah banyak mengurangkan bebanan murid dari segi masa, tenaga, dan

kewangan.

Di samping itu, perisian-perisian komputer yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas

hujan telah pun mengurangkan masa guru dalam membuat persediaan pengajaran setiap hari

kerana pihak guru tidak perlu lagi menggunakan masa berjam-jam lamanya untuk

menghasilkan alat bantu mengajar, tetapi dapat terus menggunakan perisian sekiranya

perisian itu sesuai untuk kandungan pengajaran dan selaras dengan tahap murid yang diajar.

Terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa penggunaan perisian komputer

dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP dalam bilik darjah. Penggunaan perisian

komputer bukan sahaja dapat membantu guru dalam menjelaskan sesuatu konsep yang

abstrak dengan lebih jelas malah dapat menjadikan proses PdP lebih seronok dan efektif.

2.4 Kajian Lepas

Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ICT

dalam proses PdP. Amin & Chiew (2008) telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan

persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia dalam proses PdP Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa penggunaan perisian

dapat membantu guru dalam proses PdP dan melancarkan proses PdP.

Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa penggunaan perisian dapat menjimatkan masa

pengajaran guru dan menjimatkan masa guru untuk membuat persediaan awal. Mereka

bersetuju bahawa penggunaan perisian tidak membebankan malah dapat menjadikan proses

PdP lebih berkesan dan seronok jika dibandingkan dengan kaedah konvensional. Aspek yang

Page 18: Projek

11

paling penting dinyatakan dalam hasil dapatan mereka adalah penggunaan perisian

multimedia berjaya meningkatkan motivasi dan minat murid untuk terus mengikuti proses

PdP.

Muhammed (2008) pula menjalankan kajian tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan

animasi dalam PdP Biologi dan masalah-masalah yang dihadapi dalam memahami konsep

Biologi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif

terhadap penggunaan animasi dalam proses PdP. Para pelajar juga mempunyai persepsi yang

positif terhadap minat mereka semasa guru menggunakan animasi dalam proses PdP. Hal ini

menunjukkan bahawa penggunaan ICT dalam PdP Biologi telah sekali lagi meningkatkan

motivasi dan minat murid dalam mata pelajaran Biologi.

Abdul Rahman dan Abu Samah (2011) telah menjalankan kajian tentang perisian matematik

bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Hasil dapatan kajian menunjukkan

bahawa persepsi semua pelajar telah meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang

telah dibangunkan. Pemerolehan markah penuh dalam ujian menunjukkan bahawa para

pelajar mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajar menggunakan perisian

multimedia yang dibangunkan.

Muhammed Salleh (2007) telah mengkaji tentang keberkesanan kaedah pembelajaran

berbantukan komputer (penggunaan perisian powerpoint interaktif) terhadap peningkatan

penguasaan konsep sains dalam tajuk sek untuk sains Tingkatan Satu. Hasil dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran

berbantukan komputer (penggunaan perisian power point interaktif) adalah positif. Hal ini

bermaksud kaedah ini dapat membantu murid dari aspek peningkatan pemahaman dan

penguasaan konsep sains dengan lebih berkesan. Pengkaji juga mengatakan bahawa kaedah

ini merupakan salah satu kaedah yang kreatif dan menyeronokkan serta dapat menarik pelajar

untuk lebih meminati mata pelajaran sains.

Mohamad Noor et. al. (2012) telah menjalankan kajian untuk meninjau persepsi murid

Tingakatan 1 terhadap perisian PdP berbantukan komputer berasaskan multimedia bagi tajuk

novel Istana Menanti. Dapatan kajian menunjukkan murid bersetuju bahawa aplikasi

multimedia dalam PdP telah mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan dan

menghiburkan. Pengkaji berharap agar penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan

Page 19: Projek

12

multimedia dapat diperluad dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengkaji

mengatakan bahawa penggunaan kaedah ini telah berjaya menunjukkan keberkesanannya

dalam meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran teks sastera. Persepsi

pelajar negatif yang mengatakan bahawa pembelajaran teks sastera sukar untuk difahami juga

berjaya dikurangkan.

Osman (2013) juga telah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan ICT. Beliau

mengkaji tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

berasaskan multimedia interaktif dalam pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa

pelajar dapat menerima secara positif terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia

interaktif untuk kursus yang diadakan. Hal ini disebabkan elemen-elemen yang wujud dalam

multimedia interaktif mampu memberikan perspektif yang berbeza kepada pelajar dan

kepelbagaiandalam kaedah PdP. Dengan adanya BBM berasaskan multimedia interaktif,

minat dan motivasi pelajar terhadap kursus yang diadakan telah meningkat dengan ketara.

2.5 Rumusan

Menerusi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan, jelas kelihatan bahawa ICT telah

memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Kajian-kajian lepas telah

menunjukkan bahawa ICT membawa kesan yang positif terhadap pihak guru dan murid. Bab

yang seterusnya akan menyentuh tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Page 20: Projek

13

Bab 3

Metodologi

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam kajian persepsi murid terhadap

penggunaan perisian Geogebra dalam PdP matematik. Sehubungan dengan itu, bab ini

membincangkan secara terperinci tentang reka bentuk kajian, persampelan, pembinaan

instrumen, tatacara pengumpulan data, dan tatacara analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan Geogebra dalam

PdP matematik. Demi mencapai tujuan yang dinyatakan, kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Satu set borang soal selidik dengan

skala Likert empat mata digunakan untuk mengenal pasti persepsi murid dalam kajian ini.

Soal selidik ini telah diubah suai daripada kajian yang dijalankan oleh Muhammed (2008).

Semasa sesi menjawab instrumen soal selidik, guru akan menjelaskan item-item dalam soal

selidik satu demi satu. Hal ini disebabkan kajian ini dijalankan di sekolah rendah jenis

kebangsaan cina dan berkemungkinan besar para responden kurang faham dengan item-item

yang dikemukakan.

Page 21: Projek

14

3.3 Persampelan

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di Bintulu, Sarawak. Responden bagi kajian ini

telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak, iaitu murid dipilih secara rawak dengan

tidak dihadkan kepada apa-apa kriteria. Perbezaan dari segi pencapaian, jantina, sosio

ekonomi dan latar belakang tidak dikaji dalam kajian ini. Responden kajian yang terlibat

adalah seramai 41 orang murid yang terlibat dalam sesi PdP standard pembelajaran mengenal

dan menamakan sudut tegak, sudut tirus, dan sudut cakah bagi bentuk segiempat tepat,

segiempat sama, dan segitiga dengan menggunakan perisian Geogebra.

Dengan merujuk kepada KSSR, hanya murid-murid Tahun Empat yang belajar tentang sudut,

maka pengkaji akan memilih satu daripada enam kelas Tahun Empat untuk menjalani kajian.

Semua murid yang terlibat dalam PdP menggunakan perisian Geogebra telah menjadi

responden bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen bagi kajian ini ialah borang soal selidik. Menurut Konting (2000), soal selidik

merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan, dan sebagainya.

Soal selidik kajian ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama memuatkan item-item

yang berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan perisian Geogebra semasa proses

PdP tentang standard kandungan di mana murid-murid dikehendaki mengenal dan

menamakan sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah bagi segiempat sama, segiempat tepat,

dan segitiga. Bahagian kedua pula merangkumi item-item yang berkaitan dengan minat murid

dalam menggunakan perisian Geogebra dalam proses PdP. Bahagian terakhir memuatkan

item-item yang mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami

konsep sudut.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk Skala Likert empat mata. Skor yang

diperuntukkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Page 22: Projek

15

Jadual 3.1. Pembahagian Skor Mengikut Pilihan Jawapan Bagi Item-Item

Pilihan Jawapan Maksud Skor

STS Sangat Tidak Setuju 1

TS Tidak Setuju 2

S Setuju 3

SS Sangat Setuju 4

Set soal selidik ini terdiri daripada 25 item. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data

yang berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan perisian Geogebra dalam proses

PdP dari segi penggunaan, minat dan masalah yang dihadapi oleh para murid dalam standard

kandungan ini. Bagi setiap item, murid-murid dikehendaki memilih satu pilihan jawapan

yang sesuai dengan diri murid. Jadual 3.2 berikut telah menunjukkan bilangan item dan

jumlah item yang telah dikategorikan secara terperinci.

Jadual 3.2 Bilangan Item Mengikut Kategori

Kategori Nombor Item Bilangan Item

Penggunaan Geogebra 1,2,3,4,5,6,7,8 8

Minat murid bagi penggunaan Geogebra 9,10,11,12,13,14,15,16,17 9

Masalah-masalah yang dihadapi dalam

pemahaman konsep sudut 18,19,20,21,22,23,24,25 8

3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen

Ujian rintis telah dijalankan ke atas 25 orang murid Tahun Empat lain yang turut mempelajari

standard kandungan ini bagi memastikan instrumen yang telah diubahsuai dari kajian

Mohamed (2008) adalah sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Data yang telah dikumpul

dari ujian rintis diukur dengan nilai Cronbach’s Alpha. Nilai Cronbach’s Alpha yang baik

haruslah melebihi 0.6.

Jadual 3.3 Nilai Cronbach’s Alpha

Cronbach’s Alpha Bilangan Item (N)

0.745 25

Berdasarkan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh, iaitu sebanyak 0.745, dapat dinyatakan

bahawa set soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Maka, dapat

dirumuskan bahawa set soal selidik yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

yang tinggi dan dapat digunakan untuk tujuan kajian.

Page 23: Projek

16

3.6 Tatacara Pengumpulan Data

Seperti yang dirancangkan, penyelidik akan menerangkan cara penggunaan Geogebra kepada

guru pembimbing. Seterusnya, guru pembimbing menggunakan perisian Geogebra semasa

proses PdP tentang standard kandungan yang telah dikenal pasti, iaitu murid-murid

dikehendaki mengenal dan menamakan sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah bagi bentuk

segiempat tepat, segiempat sama, dan segitiga. Penyelidik pula mengedarkan borang soal

selidik kepada murid-murid selepas proses PdP dengan menggunakan perisian Geogebra.

Murid-murid diberikan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ini. Oleh sebab kajian ini

dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina, maka pengkaji akan menjelaskan maksud

setiap item kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami setiap item yang perlu

diberikan maklum balas. Selepas itu, pengkaji mengumpul borang soal selidik yang telah

dijawab untuk dianalisis.

3.7 Tatacara Analisis Data

Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif.

Pengkaji mentafsir data yang diperoleh dalam bentuk peratusan dan min skor bagi setiap item.

Jadual digunakan untuk mempersembahkan data yang telah dikumpul bagi memudahkan

pengkaji untuk membaca data dengan mudah. Selain itu, jadual juga memudahkan para

pembaca lain untuk memahami data kajian yang diperoleh.

Set soal selidik ini terdiri daripada dua bentuk item, iaitu item positif dan item negatif.

Markah peruntukan untuk maklum balas bagi semua item telah ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Purata min skor yang tinggi menunjukkan penerimaan yang positif dan purata min skor pula

menunjukkan perimaan yang negatif.

3.8 Rumusan

Secara ringkasannya, bab ini telah membincangkan reka bentuk kajian, persampelan,

instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, tatacara pengumpulan data, dan tatacara

analisis data. Bab yang seterusnya akan menyentuh tentang dapatan dan perbincangan bagi

kajian ini.

Page 24: Projek

17

Bab 4

Dapatan dan Perbincangan

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan dapatan kajian tentang persepsi murid terhadap penggunaan perisian

Geogebra dalam proses PdP matematik. Soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu

penggunaan, minat, dan masalah telah diedarkan kepada 41 orang murid yang mengikuti

proses PdP menggunakan perisian Geogebra untuk dijawab. Data-data yang dikumpul

dianalisis dari segi peratusan dan min skor bagi setiap item.

4.2 Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Perisian Geogebra Dalam PdP

Demi mengkaji tentang persepsi murid terhadap penggunaan perisian Geogebra dalam PdP,

pengkaji telah memuatkan lapan item dalam set soal selidik, iaitu item 1 hingga item 8.

Kelapan-lapan item ini telah dianalisis dari segi peratusan dan min skor. Jadual 4.1 berikut

merupakan hasil analisis bagi lapan item yang telah dikenal pasti untuk mengkaji aspek ini.

Jadual 4.1 Hasil Analisis Tentang Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Geogebra Dalam

PdP Matematik.

BIL PERKARA/ ITEM STS TS S SS Min

1 Saya dapat memahami pengajaran yang diajar

melalui Geogebra dengan lebih jelas. 0% 12.2% 48.8% 39% 3.268

2 Penggunaan Geogebra dapat meningkatkan

prestasi dan kemajuan pembelajaran saya. 2.4% 17% 31.7% 48.9% 3.271

3 Daya ingatan saya meningkat apabila belajar

dengan menggunakan Geogebra. 0% 9.7% 36.6% 53.7% 3.44

4 Penggunaan Geogebra tidak dapat

meningkatkan pemahaman saya untuk 80.5% 12.2% 4.9% 2.4% 1.292

Page 25: Projek

18

mempelajari konsep sudut dalam Matematik.

5

Paparan sudut yang dapat ditukar-tukarkan

sudutnya dapat merangsang pemikiran kritis

dan kreatif saya.

4.9% 4.9% 36.6% 53.6% 3.39

6

Penerangan konsep sudut dengan

menggunakan Geogebra memudahkan

pemahaman saya.

0% 19.5% 36.6% 43.9% 3.244

7

Saya merasakan bahawa penggunaan

Geogebra membuatkan saya jadi lebih keliru

dengan konsep sudut.

43.9% 34.2% 17% 4.9% 1.829

8

Sata dapati guru dapat menyampaikan isi

pengajaran dengan baik dan berkesan dengan

menggunakan Geogebra.

7.3% 14.6% 56.1% 22% 2.928

Merujuk kepada hasil analisis item 1, boleh didapati bahawa 48.8% murid setuju dan 39%

murid sangat setuju bahawa mereka dapat memahami pengajaran yang diajar melalui

Geogebra dengan lebih jelas. Terdapat juga 12.2% murid yang tidak setuju bahawa mereka

dapat memahami pengajaran yang diajar melalui Geogebra. Namun, jika dianalisis secara

purata, kebanyakan murid dapat memahami pengajaran yang diajar melalui Geogebra dengan

lebih jelas. Hal ini dapat ditunjukkan melalui min skor item 1 yang agak tinggi, iaitu

sebanyak 3.268.

Bagi item 2 pula, hasil analisis menunjukkan bahawa 48.9% murid sangat setuju dan 31.7%

murid setuju bahawa penggunaan Geogebra dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan

pembelajaran mereka.Terdapat juga 2.4% murid yang sangat tidak setuju dan 17% murid

yang tidak setuju bahawa penggunaan Geogebra dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan

pembelajaran mereka. Namun, melalui min skor (3.271) yang telah dijana daripada respons

murid terhadap item ini, dapat diperhatikan kebanyakan murid setuju bahawa penggunaan

Geogebra dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pembelajaran mereka.

Untuk item yang ketiga, hasil analisis menunjukkan bahawa min skor item ini telah mencatat

min skor yang paling tinggi, iaitu sebanyak 3.44 dalam kalangan lapan item yang telah

dimuatkan dalam bahagian ini. Terdapat 53.7% murid yang sangat setuju dan 36.6% murid

yang setuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila belajar dengan menggunakan

Geogebra. Terdapat juga 9.7% murid yang tidak setuju terhadap item ini. Namun, secara

purata, kebanyakan murid berpendapat bahawa daya ingatan mereka berjaya ditingkatkan

apabila belajar dengan menggunakan Geogebra.

Page 26: Projek

19

Item yang seterusnya, item keempat merupakan item negatif. Daripada min skor yang telah

dianalisis (1.292), dapat dirumuskan kebanyakan murid setuju bahawa penggunaan Geogebra

dapat meningkatkan pemahaman mereka untuk mempelajari konsep sudut dalam matematik.

Hal ini adalah selaras dengan item 1 apabila murid berpendapat bahawa mereka dapat

memahami pengajaran yang diajar melalui Geogebra dengan lebih jelas.

Item kelima telah mencatat min skor sebanyak 3.39. Terdapat 53.6% murid yang sangat

setuju dan 36.6% murid yang setuju bahawa paparan sudut yang dapat ditukar-tukarkan

sudutnya dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka. Atas sebab gaya

pembelajaran murid yang berbeza-beza, terdapat juga 4.9% murid yang sangat tidak setuju

dan 4.9% murid yang tidak setuju terhadap item ini.

Bagi item keenam, min skornya telah mencatat sebanyak 3.244. Terdapat 43.9% murid yang

sangat setuju dan 36.6% murid yang setuju bahawa penerangan konsep sudut dengan

menggunakan Geogebra dapat memudahkan kefahaman mereka. Terdapat juga 19.5% murid

yang tidak setuju terhadap item ini. Namun, secara rumusan, dapat diperhatikan daripada min

skor item ini, kebanyakan murid setuju bahawa penerangan konsep sudut dengan

menggunakan Geogebra dapat memudahkan kefahaman mereka.

Item ketujuh juga merupakan salah satu item negatif. Terdapat 43.9% murid yang sangat

tidak setuju dan 34.2% murid yang tidak setuju bahawa penggunaan Geogebra membuatkan

mereka jadi lebih keliru dengan konsep sudut. Pada sebelah tangan yang lain, terdapat juga

17% murid yang setuju dan 4.9% murid yang sangat setuju terhadap item ini. Namun, secara

rumusan, dengan merujuk kepada min skor item ini (1.829), dapat diperhatikan bahawa

kebanyakan murid tidak setuju bahawa penggunaan Geogebra membuatkan mereka jadi lebih

keliru dengan konsep sudut.

Bagi item kelapan, terdapat 56.1% murid yang setuju dan 22% murid yang sangat setuju

bahawa guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan dengan menggunakan

Geogebra. Terdapat juga 7.3% murid yang sangat tidak setuju dan 14.6% murid yang tidak setuju

terhadap item ini. Namun, jika dilihat pada min skornya yang tercatat 2.928, masih dapat

dikonklusikan bahawa lebih banyak murid yang bersetuju bahawa guru dapat menyampaikan isi

pengajaran dengan baik dan berkesan dengan menggunakan Geogebra.

Page 27: Projek

20

Tuntasnya, persepsi murid terhadap penggunaan Geogebra dalam PdP matematik adalah positif. Hal

ini bermakna, kebanyakan murid Tahun Empat mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan

perisian Geogebra. Menurut hasil analisis soal selidik item 1 hingga 8, Geogebra dapat meningkatkan

keberkesanan PdP matematik dalam standard kandungan di mana murid-murid dikehendaki mengenal

dan menamakan sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah bagi bentuk segiempat tepat, segiempat

sama, dan segitiga.

4.3 Persepsi Murid Terhadap Minat Mereka Dalam Penggunaan Geogebra Semasa

Proses PdP

Sebanyak sembilan item, iaitu item 9 hingga item 17 telah dimuatkan dalam bahagian yang

mengkaji tentang persepsi murid terhadap minat mereka dalam penggunaan Geogebra semasa

proses PdP. Kesemua item dalam bahagian ini telah dianalisis dari segi peratusan dan min

skor. Jadual 4.2 berikut merupakan hasil analisis bagi sembilan item yang telah dikenal pasti

untuk mengkaji aspek ini.

Jadual 4.2 Hasil Analisis Tentang Minat Murid Terhadap Penggunaan Geogebra Dalam PdP

Matematik.

BIL PERKARA/ ITEM STS TS S SS Min

9

Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian

terhadap pengajaran guru apabila

menggunakan Geogebra.

0% 4.9% 24.4% 70.7% 3.658

10 Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran

dengan menggunakan Geogebra. 0% 0% 56.1% 43.9% 3.439

11

Saya berasa sangat bosan apabila guru

menggunakan Geogebra untuk menerangkan

konsep sudut.

78% 22% 0% 0% 1.22

12 Elemen multimedia Geogebra dapat

merangsang minat saya untuk belajar. 0% 7.3% 61% 31.7% 3.244

13

Pertukaran sudut dari sudut tirus kepada sudut

cakah dengan hanya menarik salah satu bucu

segitiga dapat menarik minat dan perhatian

saya terhadap pembelajaran.

0% 0% 36.6% 63.4% 3.634

14 Saya suka untuk belajar dengan menggunakan

Geogebra. 0% 4.9% 29.2% 65.9% 3.61

15 Saya berasa seronok untuk belajar apabila

guru menggunakan Geogebra. 2.4% 2.4% 34.2% 61% 3.538

16

Saya tidak dapat menumpukan sepenuh

perhatian saya semasa guru menggunakan

Geogebra untuk menerangkan konsep

matematik.

0% 7.3% 43.9% 48.8% 3.415

17 Elemen multimedia Geogebra tidak dapat

merangsang minat saya untuk belajar. 58.5% 31.8% 7.3% 2.4% 1.536

Page 28: Projek

21

Merujuk kepada hasil analisis item 9, boleh didapati bahawa 70.7% murid sangat setuju dan

24.4% murid setuju bahawa mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap

pengajaran guru apabila menggunakan Geogebra. Terdapat juga 4.9% murid yang tidak

setuju bahawa mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru apabila

menggunakan Geogebra. Namun, jika dianalisis secara purata, kebanyakan murid dapat

menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru apabila menggunakan Geogebra.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui item 9 yang telah mencatat min skor yang paling tinggi

dalam bahagian ini, iaitu sebanyak 3.658.

Bagi item 10 pula, hasil analisis menunjukkan bahawa 56.1% murid setuju dan 43.9% murid

sangat setuju bahawa mereka tertarik dengan cara pembelajaran dengan menggunakan

Geogebra. Tidak terdapat murid yang tidak setuju terhadap pernyataan item ini. Maka,

bolehlah dikatakan bahawa semua murid telah tertarik dengan cara pembelajaran yang

menggunakan Geogebra. Walaupun demikian, min skor bagi item ini, iaitu 3.439 adalah lebih

rendah jika dibandingkan dengan item 9, kerana lebih banyak murid yang menanda pada

kolum setuju, dan bukannya sangat setuju.

Item 11 merupakan item negatif. Hasil analisis menunjukkan bahawa min skor item ini telah

mencatat min skor yang paling rendah, iaitu sebanyak 1.22 dalam kalangan sembilan item

yang telah dimuatkan dalam bahagian ini. Hal ini bermaksud, item ini tidak disetujui oleh

kebanyakan murid. Selepas data dianalisis, terdapat 78% murid yang sangat tidak setuju dan

22% murid yang tidak setuju bahawa mereka berasa bosan apabila guru menggunakan

Geogebra untuk menerangkan konsep sudut.

Bagi item 12, kebanyakan murid setuju bahawa elemen multimedia Geogebra dapat

merangsang minat mereka untuk belajar. Terdapat 61% murid setuju dan 31.7% murid sangat

setuju dengan pernyataan item ini. Namun, terdapat juga 7.3% murid yang tidak setuju

dengan pernyataan ini. Dengan merujuk kepada min skor, 3.244, dapat dinyatakan bahawa

sebahagian besar murid berpendapat bahawa elemen multimedia Geogebra dapat merangsang

minat mereka untuk belajar.

Item yang seterusnya, item 13 pula mengkaji aspek yang diminati oleh para murid dalam

perisian Geogebra. 63.4% murid sangat setuju dan 36.6% murid setuju bahawa pertukaran

sudut dari sudut tirus kepada sudut cakah dengan hanya menarik salah satu bucu segitiga

Page 29: Projek

22

dapat menarik minat dan perhatian mereka terhadap pembelajaran. Tiada murid yang tidak

setuju dengan pernyataan ini. Maka, bolehlah dikatakan bahawa perisian Geogebra telah

berjaya menarik minat murid dalam mempelajari tiga jenis sudut, iaitu sudut tirus, sudut

tegak, dan sudut cakah.

Item 14 telah mencatat min skor sebanyak 3.61. Terdapat 65.9% murid yang sangat setuju

dan 29.2% murid yang setuju bahawa mereka suka untuk belajar menggunakan Geogebra.

Terdapat juga segelintir murid (4.9%) yang tidak setuju tentang pernyataan ini. Hal ini

mungkin disebabkan gaya pembelajaran murid-murid yang berbeza. Namun, Geogebra ini

sesuai untuk gaya pembelajaran murid majoriti.

Bagi item 15, min skornya telah mencatat sebanyak 3.538. Terdapat 61% murid yang sangat

setuju dan 34.2% murid yang setuju bahawa mereka berasa seronok untuk belajar apabila

guru menggunakan Geogebra. Terdapat juga 24.% murid yang tidak setuju dan 2.4% murid

yang sangat tidak setuju terhadap item ini. Namun, secara rumusan, dapat diperhatikan

daripada min skor item ini, kebanyakan murid setuju bahawa mereka berasa seronok untuk

belajar apabila guru menggunakan Geogebra.

Item 16 merupakan item negatif. Terdapat 48.8% murid yang sangat tidak setuju dan 43.9%

murid yang tidak setuju bahawa mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka

semasa guru menggunakan Geogebra untuk menerangkan konsep matematik. Terdapat juga

7.3% murid yang setuju terhadap item ini. Walau bagaimanapun, dengan merujuk kepada

min skor item ini (1.585), dapat diperhatikan bahawa kebanyakan murid tidak setuju bahawa

mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka semasa guru menggunakan

Geogebra untuk menerangkan konsep matematik.

Item 17 juga merupakan salah satu item negatif. Terdapat 58.5% murid yang sangat tidak

setuju dan 31.8% murid yang tidak setuju bahawa elemen multimedia Geogebra tidak dapat

merangsang minat mereka untuk belajar. Item ini adalah sejajar dengan item 12. Dengan

membandingkan hasil analisis kedua-dua item ini, dapat diyakinkan bahawa elemen multimedia dapat

merangsang minat murid-murid untuk belajar. Min skor yang rendah bagi item ini, 1.536 telah

menunjukkan kebanyakan murid tidak setuju bahawa elemen multimedia Geogebra tidak dapat

merangsang minat mereka untuk belajar.

Page 30: Projek

23

Sebagai rumusan kepada bahagian ini, persepsi murid terhadap minat mereka dalam penggunaan

Geogebra dalam PdP matematik adalah positif. Hal ini bermakna, kebanyakan murid Tahun Empat

menunjukkan tahap minat yang tinggi dalam penggunaan perisian Geogebra untuk belajar. Menurut

hasil analisis soal selidik item 9 hingga 17, Geogebra dapat meningkatkan minat murid dalam

mengenal dan menamakan sudut tirus, sudut tegak, dan sudut cakah bagi bentuk segiempat tepat,

segiempat sama, dan segitiga.

4.4 Masalah Pemahaman Murid Tentang Konsep Matematik

Sebanyak lapan item, iaitu item 18 hingga item 25 telah dimuatkan dalam bahagian yang

mengkaji tentang masalah murid dalam konsep subjek matematik. Seperti item-item sebelum

ini, kesemua item dalam bahagian ini juga telah dianalisis dari segi peratusan dan min skor.

Jadual 4.3 berikut merupakan hasil analisis bagi lapan item yang telah dikenal pasti untuk

mengkaji aspek ini.

Jadual 4.3 Hasil Analisis Tentang Masalah Pemahaman Murid Tentang Konsep Matematik.

BIL PERKARA/ ITEM STS TS S SS Min

18 Saya lebih suka menghafal fakta atau rumus

bagi sesuatu konsep matematik. 70.7% 29.3% 0% 0% 1.293

19 Guru sentiasa menggalakkan saya untuk

memahami isi kandungan pelajaran. 2.4% 7.3% 61% 29.3% 3.172

20 Konsep matematik yang abstrak menyukarkan

saya untuk memahaminya. 7.3% 39% 29.3% 24.4% 2.708

21

Saya selalu menghafal fakta tentang konsep

matematik tanpa memahaminya terlebih

dahulu.

12.2% 43.9% 36.6% 7.3% 2.39

22 Guru menyuruh saya menghafal konsep

matematik yang abstrak. 12.2% 17.1% 41.4% 29.3% 2.878

23 Saya lebih suka untuk memahami sesuatu

konsep berbanding menghafalnya. 2.4% 2.4% 56.2% 39% 3.318

24 Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri

untuk memahami sesuatu konsep matematik. 36.6% 48.8% 9.8% 4.8% 1.828

25 Guru sentiasa menggalakkan saya untuk

memahami sesuatu konsep matematik. 7.3% 12.2% 39% 41.5% 3.147

Merujuk kepada hasil analisis item 18, boleh didapati bahawa 70.7% murid sangat tidak

setuju dan 29.3% murid tidak setuju dengan pernyataan yang mengatakan mereka lebih suka

menghafal fakta atau rumus bagi sesuatu konsep matematik. Tidak terdapat murid yang

setuju dengan pernyataan item ini. Min skor yang tercatat bagi item ini juga rendah, iaitu

sebanyak 1.293 sahaja. Maka, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakan murid tidak suka

menghafal fakta atau rumus bagi sesuatu konsep matematik.

Page 31: Projek

24

Bagi item 19 pula, hasil analisis menunjukkan bahawa 61% murid sangat setuju dan 29.3%

murid setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa guru sentiasa menggalakkan

mereka untuk memahami isi kandungan pelajaran. Terdapat juga 2.4% murid yang sangat

tidak setuju dan 7.3% murid yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Namun, melalui min

skor (3.172) yang telah dijana daripada respons murid terhadap item ini, dapat diperhatikan

kebanyakan murid setuju bahawa guru mereka sentiaa menggalakkan mereka untuk

memahami isi kandungan pelajaran.

Item 20 mengkaji pandangan murid terhadap konsep matematik. Terdapat 29.3% murid yang

setuju dan 24.4% murid yang sangat setuju bahawa konsep matematik yang abstrak

menyukarkan mereka untuk memahaminya. Terdapat juga 7.3% murid yang sangat tidak

setuju dan 39% murid yang tidak setuju dengan pernyataan item ini. Min skor yang tercatat

ialah 2.708. Hal ini mungkin disebabkan hampir setengah daripada jumlah murid mempunyai

kecerdasan dari segi logistik. Mereka dapat memahami konsep matematik yang abstrak

dengan baik.

Hasil analisis item 21 menunjukkan bahawa 43.9% murid tidak setuju dan 12.2% murid

sangat tidak setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa mereka selalu menghafal

fakta tentang konsep matematik tanpa memahaminya terlebih dahulu. Terdapat 36.6% murid

yang setuju dan 7.3% murid yang setuju dengan pernyataan ini. Di sini, jelaslah kelihatan

murid yang berbeza menggunakan cara pembelajaran yang berbeza untuk subjek matematik.

Min skor yang tercatat ialah 2.39. Hal ini menunjukkan bahawa lebih kurang setengah

daripada jumlah murid selalu menghafal fakta tentang konsep matematik tanpa

memahaminya terlebih dahulu. Keadaan ini adalah bercanggah dengan PPPM kini yang

menginginkan murid-murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif.

Item 22 telah mencatat min skor sebanyak 2.878. Terdapat 41.4% murid yang setuju dan 29.3%

murid yang sangat setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa guru mereka

menyuruh mereka menghafal konsep matematik yang abstrak. Terdapat juga 12.2% murid

yang sangat tidak setuju dan 17.1% murid yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Min skor

yang tercatat adalah sebanyak 2.878. Hal ini menunjukkan hampir separuh daripada jumlah

murid yang telah menemui guru yang meminta mereka menghafal sesuatu konsep matematik

yang abstrak. Keadaan ini seharusnya dielakkan kerana penghafalan tidak dapat menjana

kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Page 32: Projek

25

Item 23 pula mengkaji tentang pandangan murid terhadap proses penghafalan konsep

matematik. Terdapat 56.2% murid yang setuju dan 39% murid yang sangat setuju dengan

pernyataan bahawa mereka lebih suka untuk memahami sesuatu konsep berbanding

menghafalnya. Terdapat juga 2.4% murid yang sangat tidak setuju dan 2.4% murid yang

tidak setuju terhadap item ini. Min skor yang mencatat 3.318 bagi item ini telah menunjukkan

bahawa terdapat segelintir murid yang lebih menyukai atau telah biasa dengan teknik

penghafalan untuk menjawab soalan matematik.

Bagi item 24, terdapat 48.8% murid yang tidak setuju dan 36.6% murid yang sangat tidak

setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi

sendiri untuk memahami sesuatu konsep matematik. Terdapat juga 9.8% murid yang setuju

dan 4.8% murid yang sangat setuju dengan pernyataan ini. Min skor yang mencatat sebanyak

1.828 bagi item ini telah menunjukkan bahawa hanya segelintir murid yang telah

menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam subjek matematik. Para murid haruslah

digalakkan supaya menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami sesuatu konsep

matematik. Namun, guru haruslah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing dengan

sebaik yang mungkin supaya murid-murid dapat mempunyai imaginasi terhadap sesuatu

konsep dengan betul.

Item yang terakhir, iaitu item 25 telah mengkaji tentang pandangan murid terhadap

pengajaran guru. Terdapat 41.5% murid yang sangat setuju dan 39% murid yang setuju

dengan pernyataan yang mengatakan bahawa guru mereka sentiasa menggalakkan mereka

untuk memahami sesuatu konsep matematik. Terdapat juga 12.2% murid yang tidak setuju

dan 7.3% murid yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Min skor yang tinggi, iaitu

3.147 telah menunjukkan bahawa kebanyakan guru telah cuba sedaya upaya untuk membantu

murid dalam memahami sesuatu konsep matematik.

Tuntasnya, murid yang berbeza mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Terdapat murid yang

lebih cenderung kepada penghafalan dan terdapat juga murid yang lebih cenderung kepada

pemahaman. Kaedah pengajaran guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan

pemahaman murid-murid terhadap sesuatu konsep matematik.

Page 33: Projek

26

4.5 Rumusan

Bab ini telah membincangkan hasil dapatan analisis item-item dalam soal selidik yang telah diubah

suai daripada item-item soal selidik Mohamed (2008). Bab yang seterusnya menyentuh tentang

rumusan daripada item-item yang telah dianalisis dalam bab ini.

Page 34: Projek

27

Bab 5

Rumusan Dan Cadangan

5.1 Pengenalan

Bab ini membentangkan beberapa aspek, iaitu perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi

dapatan kajian, kesimpulan dan cadangan untuk kajian seterusnya. Dari segi hasil dapatan

kajian, pengkaji membenangkan dan membincangkan hasil dapatan analisis kajian dalam Bab

4 secara menyeluruh.

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai persepsi yang

positif terhadap penggunaan Geogebra dalam PdP matematik. Mereka dapat memahami

pengajaran yang diajar dengan lebih jelas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan

kemajuan pembelajaran mereka. Selain itu, dengan adanya Geogebra, daya ingatan murid-

murid terhadap isi pelajaran meningkat. Hal ini disebabkan mereka dikehendaki membuat

penerokaan semasa proses PdP. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menjana kemahiran

berfikir aras tinggi dalam kalangan mereka, malah juga meningkatkan daya ingatan mereka

terhadap sesuatu yang diajar. Tambahan pula, paparan pertukaran sudut dalam Geogebra

dapat merangsang pemikiran kritis dan kreatif mereka kerana mereka dikehendaki

memikirkan sebab pertukaran sesuatu sudut itu akan berlaku.

Hasil dapatan kajian bagi bahagian kedua, iaitu minat murid terhadap penggunaan Geogebra

dalam PdP matematik juga menunjukkan bahawa murid-murid suka untuk belajar dengan

menggunakan Geogebra. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran

Page 35: Projek

28

guru apabila menggunakan Geogebra. Hal ini mungkin disebabkan murid-murid baru

didedahkan kepada pengajaran sebegini. Mereka tidak pernah didedahkan kepada perisian

Geogebra. Lagipun, dalam kajian ini, murid-murid berpeluang untuk meneroka sendiri

tentang perisian Geogebra yang telah disediakan di makmal komputer. Mereka tidak berasa

bosan semasa proses PdP dijalankan kerana mereka telah diberikan peluang untuk

menggunakan perisian Geogebra sementara mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan

oleh guru. Tambahan pula, murid-murid hari ini cenderung untuk menggunakan komputer

dalam pembelajaran mereka. Apabila mereka didedahkan kepada pembelajaran dengan

menggunakan perisian komputer, tentulah mereka berasa seronok dan seterusnya minat

mereka terhadap isi pelajaran akan meningkat secara mendadak. Daripada ekspresi murid,

dapat diperhatikan bahawa mereka berasa kagum akan perisian Geogebra yang telah

didedahkan kepada mereka.

Bagi bahagian ketiga, pengkaji telah mengkaji tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh

murid-murid semasa PdP matematik. Murid yang berbeza mempunyai gaya pembelajaran

yang berbeza. Seperti yang dimaklumkan oleh Gardner (1983), terdapat banyak jenis

kecerdasan dalam kalangan murid. Antaranya termasuklah kecerdasan logistik, ruang,

kinestetik, interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik, dan sebagainya. Maka, guru yang

sentiasa mempelbagaikan kaedah PdP mereka dikatakan lebih berjaya dalam mengadakan

PdP yang berkesan, jurang pencapaian antara murid pula dapat dirapatkan. Hasil analisis

kajian pada bahagian ini menunjukkan bahawa terdapat murid yang cenderung untuk

menggunakan teknik penghafalan dalam menjawab soalan matematik. Terdapat juga murid

yang memerlukan pemahaman sebelum menggunakan sesuatu konsep, fakta atau rumus

tertentu. Daya imaginasi dalam kalangan murid terhadap konsep matematik adalah kurang.

Mereka jarang menggunakan imaginasi masing-masing untuk memahami sesuatu konsep

matematik. Hal ini mungkin disebabkan mereka jarang dibimbing untuk menggunakan daya

imaginasi mereka dalam pemahaman sesuatu konsep matematik. Lagipun daya imaginasi

adalah amat abstrak. Adalah amat susah bagi seseorang guru untuk mengenal pasti sama ada

kandungan yang telah diimaginasikan oleh murid-murid itu betul atau salah. Seseorang guru

hanya dapat memperbetul kesilapan murid sekirany murid-murid membuat kesilapan dalam

lembaran kerja yang disediakan.

Page 36: Projek

29

5.3 Implikasi Dapatan Kajian

Menurut kajian yang telah dijalankan, kaedah PdP guru memainkan peranan yang sangat

penting dalam mengadakan PdP yang berkesan dan efektif. Hasil dapatan kajian yang

mengkaji persepsi murid tentang penggunaan perisian Geogebra dalam PdP matematik

menunjukkan bahawa perisian Geogebra berjaya meningkatkan prestasi, kemajuan, dan minat

mereka terhadap isi kandungan pengajaran yang telah didedahkan. Seperti yang terkandung

dalam PPPM, penggunaan perisian Geogebra dapat membantu melahirkan warga Malaysia

yang celik IT pada masa depan.

5.4 Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi murid Tahun Empat terhadap penggunaan

perisian Geogebra dalam PdP matematik. Dengan merujuk kepada hasil dapatan analisis set

soal selidik yang telah dijawab oleh para murid, persoalan-persoalan yang dikemukakan pada

awal kajian dapat dijawab seperti berikut:

5.4.1 Murid mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan Geogebra dalam

proses PdP.

5.4.2 Murid mempunyai persepsi yang positif terhadap minat mereka dalam penggunaan

Geogebra semasa proses PdP?

5.4.3 Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam memahami konsep dalam

subjek matematik merangkumi masalah penghafalan, masalah imaginasi, dan

masalah pemahaman mereka terhadap konsep yang bersifat abstrak.

Dapat dirumuskan bahawa para murid sebenarnya lebih berminat sekiranya guru-guru

menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza daripada kaedah tradisional, iaitu kaedah

chalk-and-talk. Pembelajaran dengan menggunakan perisian Geogebra bukan sahaja dapat

meningkatkan prestasi dan minat murid-murid terhadap isi pelajaran yang didedahkan, malah

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza dan seterusnya dapat memberikan

variasi kepada para murid. Lagipun, perisian Geogebra telah berjaya dalam menerangkan

konsep sudut yang abstrak kepada murid-murid Tahun Empat melalui paparan dan gambaran

yang jelas.

Page 37: Projek

30

5.5 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Pendidikan Matematik tidak dapat dinafikan kepentingannya, bukan sahaja pada masa

lampau, sekarang, ataupun masa depan yang dibanjiri dengan pelbagai kemudahan ICT.

Salah satu cara dalam melonjakkan sistem pendidikan matematik adalah dengan membantu

murid-murid menguasai kemahiran matematik. Dalam pada itu, pemahaman terhadap konsep

matematik memainkan peranan yang penting. Seperti yang terkandung dalam TIMSS dan

PISA, banyak item yang menguji tentang pemahaman murid terhadap sesuatu konsep

matematik.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa cadangan

yang perlu diambil supaya kajian yang seterusnya dapat dijalankan dengan lebih sempurna.

Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

5.5.1 Menggunakan saiz sampel yang lebih besar supaya hasil dapatan kajian dapat

digeneralisasikan kepada populasi sebenar.

5.5.2 Mempelbagaikan kaedah pengumpulan data, dan bukannya semata-mata set soal

selidik yang terdiri daripada item-item berskala Likert 4 mata.

5.5.3 Mengkaji keberkesanan perisian Geogebra dalam topik matematik lain yang sesuai.

Dengan adanya cadangan-cadangan ini, diharap kajian yang akan datang dapat dijalankan

dengan lebih lancar dan sempurna.

5.6 Rumusan

Kajian tentang persepsi murid Tahun Empat terhadap penggunaan perisian Geogebra dalam

PdP matematik dapat membantu pengkaji dalam memahami gaya pembelajaran murid-murid

dan kaedah pengajaran yang diminati oleh mereka. Kajian sebegini adalah penting bagi pihak

guru menentukan kaedah pengajaran yang ingin digunakan dalam proses PdP sesuatu isi

pengajaran. Dengan adanya kajian-kajian sebegini, pendidikan negara dapat mempunyai hala

tuju yang jelas untuk mengalami transformasi.

Page 38: Projek

31

Rujukan

Abdul Rahman,K.A. & Abu Samah,N. (2011). Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk

pelajar berkeperluan khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47.

Dilayari pada 3 Julai 2014 dari http://www.slideshare.net/hudaliciouss/tajuk-jurnal-

1-perisian-matematik-bagi-tajuk-pecahan-untuk-pelajar-berkeperluan-khas-

13107221#

Amin,N.F. & Chiew,K.W. (2008). Persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup

sekolah jenis kebangsaan cina. Fakulti Pendidikan, Universiti Tekologi Malaysia.

Ball,D.L. & Bass,H. (2000). Bridging practices: interweaving content and pedagogy in

teaching and learning to teach. Journal Of Teacher Education. 51(3), 241-247.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic

Books.

Harison Bakar (2008). Kesedaran guru-guru matematik tentang standard pengajaran

matematik. Tesis Sarjana. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ibrahim,F., Yusoff,N. & Othman,M.R. (2004). Persepsi pelajar terhadap penggunaan

elemen-elemen multimedia yang terdapat dalam perisian persembahan ms

powerpoint: Pengajaran konsep abstrak bagi subtopik ‘satellite motion in a circular

orbit’ dan ‘planetary montion’ di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Dilayari pada 1

Julai 2014, dari http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Prosi

ding

Konting,M.M.(2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. KualaLumpur: Dewan BahasaDan

Pustaka. Lampert,M. (2001). Teaching problems and the problems of teaching. New Haven, CT: Yale

University Press.

Lim,I. (2013). Muhyiddin slammed for ‘silence’ over TIMSS study. Dilayari pada 1 Julai 2014,

dari http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/muhyiddin-slamme d-for-

silence-over-timss-study

MalaysiaKini. (2013). Sistem pendidikan M’sia di tangga 2 tercorot. Dilayari pada 1 Julai

2013, dari http://www.malaysiakini.com/news/248386

Mohamad Noor,N.A., Mahamod,Z., Hamat,A. & Embi, M.A. (2012). Persepsi pelajar

terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas Bahasa Melayu

Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2(1), 1-16.

Muhammed. (2008). Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan

pembelajaran biologi dan masalah-masalah yang dihadapi dalam memahami

konsep biologi. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Muhamed Salleh, A. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer

(penggunaan perisian powerpoint interaktif) terhadap peningkatan penguasaan

konsep sains dalam tajuk sel untuk sains tingkatan satu. Universiti Terbuka

Malaysia: Fakulti Sains Dan Pendidikan Asas

Osman,Z. (2013). Persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan

multimedia interaktif dalam pengajaran. Kedah: Politeknik Sultan Abdul Halim

Muad’zam Shah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dilayari pada 3 Julai 2014, dari http://www.moe.

gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

PISA: Kedudukan malaysia di belakang vietnam dalam pendidikan mengejutkan. Dilayari

pada 3 Julai 2014, dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pisa-

kedudukan-malaysia-di-belakang-vietnam-dalam-pendidikan-mengejutkan

Page 39: Projek

32

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2008). Persepsi. Dilayari pada 1 Julai 2014 dari http://prp

m.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persepsi

Page 40: Projek

33

Lampiran A Sila jawab soal selidik dengan jujur. Terima kasih.

STS – Sangat tidak setuju

TS – Tidak setuju

S – Setuju

SS – Sangat setuju

BIL PERKARA/ ITEM STS TS S SS

1 Saya dapat memahami pengajaran yang diajar melalui Geogebra

dengan lebih jelas.

2 Penggunaan Geogebra dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan

pembelajaran saya.

3 Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan menggunakan

Geogebra ini.

4 Penggunaan Geogebra tidak dapat meningkatkan pemahaman saya

untuk mempelajari konsep sudut dalam Matematik.

5 Paparan sudut Geogebra yang dapat ditukar-tukarkan sudutnya dapat

merangsang pemikiran kritis dan kreatif saya.

6 Penerangan konsep sudut dengan menggunakan Geogebra

memudahkan pemahaman saya.

7 Saya merasakan bahawa penggunaan Geogebra membuatkan saya jadi

lebih keliru dengan konsep sudut.

8 Sata dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan

berkesan dengan menggunakan Geogebra.

9 Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru

apabila menggunakan Geogebra.

10 Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran dengan menggunakan

Geogebra.

11 Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan Geogebra untuk

menerangkan konsep sudut.

12 Elemen multimedia Geogebra dapat merangsang minat saya untuk

belajar.

13 Pertukaran sudut dari sudut tirus kepada sudut cakah dengan hanya

menarik salah satu bucu segitiga dapat menarik minat dan perhatian

saya terhadap pembelajaran.

14 Saya suka untuk belajar dengan menggunakan Geogebra.

15 Saya berasa seronok untuk belajar apabila guru menggunakan

Geogebra.

16 Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru

menggunakan Geogebra untuk menerangkan konsep matematik.

17 Elemen multimedia Geogebra tidak dapat merangsang minat saya

untuk belajar.

18 Saya lebih suka menghafal fakta atau rumus bagi sesuatu konsep

matematik.

19 Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi kandungan

pelajaran.

20 Konsep matematik yang abstrak menyukarkan saya untuk

memahaminya.

21 Saya selalu menghafal fakta tentang konsep matematik tanpa

memahaminya terlebih dahulu.

22 Guru menyuruh saya menghafal konsep matematik yang abstrak.

23 Saya lebih suka untuk memahami sesuatu konsep berbanding

menghafalnya.

24 Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami sesuatu

konsep matematik.

25 Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu konsep

matematik.

Sumber: Diubahsuai dari Muhammed (2008)