projek izzah

5
KEPENTINGAN DARIPADA MENGAMBIL BAHAN YANG MEMUDARATKAN FETUS

Upload: nurul-izzah

Post on 27-Jul-2015

49 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek izzah

KEPENTINGAN DARIPADA MENGAMBIL BAHAN YANG MEMUDARATKAN FETUS

Page 2: Projek izzah

Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan fetus.

Page 3: Projek izzah

BAHAN YANG MEMUDARATKAN

FETUS

Page 4: Projek izzah

1. Rokok  Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.2. Alkohol  Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal. 3. Ubat/ Dadah  Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.

Page 5: Projek izzah

KEPENTINGAN MENGELAK BAHAN YANG MEMUDARATKAN FETUS01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada

bayiKandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.02. Merosakkan otak bayi

Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

03. Boleh membunuh bayi dalam kandunganKandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.