projek awam

33
1 GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam 1.0 Pengenalan Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan masyarakat adalah kritikal dan perlu diberi perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah. Sebagai langkah permulaan Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) telah diwujudkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan beliau telah mengumumkan program pembangunan PR1MA di seluruh Malaysia. Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi membantu masyarakat memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti. Harga yang ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi. Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PR1MA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Utara iaitu di kawasan Padang Meha Kulim Kedah. Harga S216033

Upload: acid-pai-chi

Post on 07-Dec-2015

110 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Projek Awam

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Awam

1GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

1.0 Pengenalan

Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan masyarakat adalah kritikal dan perlu diberi

perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif

atau pendekatan untuk membolehkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah

dan sederhana memiliki rumah.  Sebagai langkah permulaan Program Perumahan

Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) telah diwujudkan oleh YAB Perdana Menteri  Dato' Seri

Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan beliau telah mengumumkan program

pembangunan PR1MA di seluruh Malaysia.

Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh

kerajaan bagi membantu masyarakat memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan

berkualiti. Harga yang ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000

hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki

persegi hingga 1,500 kaki persegi. 

Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PR1MA di Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Utara iaitu di kawasan

Padang Meha Kulim Kedah. Harga ditawar bagi skim PR1MA ini adalah diantara

RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1000

kaki persegi hingga 1500 kaki persegi. Pelaksanaan Program PR1MA ini akan terus

dibangunkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

Page 2: Projek Awam

2GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.0 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.1 Definisi Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Kamus Dewan edisi keempat (2007), mentakrifkan pengurusan  sebagai perihal

mengurus sesuatu seperti perihal mengurus syarikat, badan perniagaan, persatuan dan

sebagainya. Manakala, pelaburan pula didefinisikan sebagai sejumlah wang atau modal

yang dilaburkan dalam sesuatu urusniaga dan penanaman modal. Dengan kata lain,

pelaburan merupakan sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan

yang berlipat ganda. Seterusnya, Kamus Dewan edisi keempat (2007), juga

menghuraikan awam adalah sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat, orang

kebanyakan atau orang ramai secara keseluruhannya.

Dari sudut ekonomi pula, pelaburan awam ialah perbelanjaan modal awam yang

diusahakan untuk mendapatkan sesuatu faedah yang diharapkan pada masa hadapan.

Matlamat pelaburan awam ialah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat melalui

pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Ia berbeza dengan pelaburan yang

dilakukan oleh pihak swasta di mana pelaburan yang dilaksanakan hanya bermotifkan

keuntungan material semata-mata. Contohnya, pelaburan dalam bidang pendidikan

membolehkan masyarakat bandar dan desa menikmati kemudahan dan perkhidmatan

pendidikan seperti sekolah, kolej, perpustakaan dan universiti yang lebih sempurna bagi

meningkatkan modal insan dan kualiti hidup.

Page 3: Projek Awam

3GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.2 Taksonomi Pelaburan Awam

Projek pelaburan awam dilaksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat

pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya Rancangan malaysia

Pertama (RMP) adalah bertujuan untuk:

mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi

mengurangkan pengangguran

menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan

Matlamat-matlamat ini telah ditetapkan namum ia berubah mengikut rancangan

Malaysia yang akan ditetapkan. Projek Pelaburan Awam terbahagi kepada 2, iaitu

Pelaburan Awam Langsung

Pelaburan Awam Tak Langsung

2.2.1 Pelaburan Awam Langsung

Pelaburan langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh

kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam.

Projek pelaburan ini adalah untuk memberi kemudan untuk semua rakyat. Selain itu

projek ini dijalankan bagi memenuhi keperluan hidup rakyat di Malaysia. Antara Contoh

projek pelaburan langsung adalah hospital kerajaan dan klinik 1 Malaysia.

Page 4: Projek Awam

4GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.2.2 Pelaburan Awam Tak Langsung

Pelaburan tak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tak langsung

samada melalui pelaburan ekuiti atau fizikal. Penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti

pelaburan adalah melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan

tertentu. Antara contoh projek pelaburan awam tak langsung ialah Khazanah Nasional,

Petrolium Nasional (PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

2.3 Tren Pelaburan Awam

Tren Pelaburan Awam, 1970-2005

0

10000

20000

30000

40000

50000

60000

70000

Tahun

RM

Ju

ta

Page 5: Projek Awam

5GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.4 Ciri-Ciri Pelaburan Awam

Dalam menentukan sesuatu projek itu adalah satu projek pelaburan awan ia boleh di

nilai dari segi saiz pelaburan, pembiayaan dan peruntukan dan pulangan serta faedah.

2.4.1 Saiz Pelaburan

Kebanyakan projek pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berskala

besar kerana skop penggunaan adalah luas. Oleh kerana pelaburan awam berskala

besar, maka kerajaan yang menyediakan projek ini dianggap sebagai monopoli. Skala

pengeluaran yang besar membolehkan kerajaan mengenakan caj yang rendah kepada

pengguna. Skala pengeluaran dalam pelaburan swasta ditentukan oleh mekanisma

pasaran iaitu berasaskan kepada interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap

sesuatu produk. Contohnya projek penyediaan tenaga elektrik dipertanggungjawabkan

kepada Tenaga Nasional. Tenaga Nasional dapat menghasilkan tenaga elektrik dalam

jumlah yang besar.

2.4.2 Pembiayaan dan Peruntukan

Kebanyakan projek-projek awam memerlukan jumlah pelaburan yang besar. Kos ini

tidak mampu dibiayai oleh sebuah firma. Komitmen terhadap pembiayaan tersebut

melibatkan tempoh yang lama. Contohnya pembinaan universiti.

Page 6: Projek Awam

6GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.4.3 Pulangan dan Faedah

Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil masa yang lama untuk

memberi apa-apa hasil. Faedah daripada projek pelaburan awam akan mengalir

beberapa tahun sehinggalah projek tersebut ditamatkan atau diberhentikan.Dua jenis

faedah pelaburan awam:

faedah nampak (tangible benefit)

faedah tak nampak (intangible benefit). .

Faedah nampak ialah sebarang faedah yang terhasil daripada projek pelaburan

dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk

kewangan dan bukan kewangan. Faedah tak nampak pula merupakan semua bentuk

faedah yang tidak dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai

dalam bentuk bukan kewangan

2.5 Jenis-Jenis Pelaburan

Terdapat 4 Jenis Pelaburan di Malaysia,iaitu:

Pelaburan Baru

Pelaburan Penggantian

Pelaburan Pembesaran

Pelaburan Penambahan

Page 7: Projek Awam

7GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.5.1 Pelaburan Baru

Pelaburan awam untuk projek baru ialah perbelanjaan kerajaan bagi membina dan

mewujudkan sesuatu yang baru iaitu belum diwujudkan sebelumnya. Sebagai contoh

projek rel berkembar, projek jambatan Pulau Pinang yang pertama dan kedua

merupakan dua contoh projek baru kerajaan. Projek-projek pelaburan yang

dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga merupakan kategori projek

baru.

2.5.2 Pelaburan Penggantian

Pelaburan awam yang dikelaskan sebagai projek penggantian adalah projek yang

dijalankan oleh kerajaan bagi menggantikan projek yang sedia ada. Antara faktor yang

menyebabkan berlaku projek penggantian adalah keselamatan, ketidakcekapan projek

sedia ada disebabkan saiz dan teknologi yang ketinggalan zaman, kos

penyelenggaraan yang meningkat, lokasi yang tidak strategik dan keperluan masa.

Contohnya pembinaan sekolah baru di tapak sekolah lama merupakan projek

penggantian apabila sekolah lama dirobohkan.

2.5.3 Pelaburan Pembesaran

Projek pelaburan awam bagi jenis pembesaran melibatkan usaha kerajaan untuk

meningkatkan dan memperluaskan keupayaan projek yang sedia ada melalui proses

pengubahsuaian. Contoh projek pelaburan pembesaran adalah memperluas keluasan

sebuah universti dipertingkatkan untuk membolehkan pihak universiti menambahkan

bangunan yang sedia ada disebabkan keperluan dan permintaan terhadap pendidikan

tinggi meningkat dan Jalan raya dua lorong ditambah menjadi empat lorong dan projek

Page 8: Projek Awam

8GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

menaiktaraf Tambak Johor merupakan contoh pelaburan awam dalam kategori

pembesaran

2.5.4 Pelaburan Penambahan

Projek pelaburan awam dalam kategori penambahan ialah sebarang bentuk projek

yang dibangun dan dibina bagi memberi tambahan kepada projek yang sedia ada.

Antara contoh projek pelaburan penambahan ialah:

Bilangan universiti ditambah merupakan projek tambahan universiti.

Pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua merupakan projek penambahan.

Sepertimana projek pembesaran, projek penambahan ini juga akan meningkatkan

kapasiti dan keupayaan sesuatu projek untuk kegunaan masyarakat.

2.6 Perbelanjaan Pelaburan

Perbelanjaan modal atau perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan yang

diperuntukkan untuk tujuan perlaksanaan pelaburan langsung kerajaan dalam aktiviti-

aktiviti ekonomi.

Perbelanjaan semasa atau perbelanjaan bukan pembangunan adalah perbelanjaan

bagi semua kategori perbelanjaan untuk tujuan pentadbiran dan pertahanan. Tujuan

perbelanjaan ini untuk meneruskan aliran barangan dan perkhidmatan yang disediakan

oleh kerajaan.

Page 9: Projek Awam

9GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.0 Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

3.1 Latar Belakang PR1MA

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan

berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan

pemilikan hartanah kediaman. Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan

masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan

lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi

golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada

pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain.  Pada masa ini

terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam

lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar

seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan

pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi

pulangan yang lebih besar.  Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan

perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan

PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi

jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah

RM6,000 sebulan. 

Page 10: Projek Awam

10GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.2 Unit PR1MA, JPM

Unit PR1MA, JPM diwujudkan pada 1 Oktober 2014 dan diletakkan di bawah

tanggungjawab YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Unit ini diwujudkan bagi mempercepat

dan melancarkan lagi proses perancangan dan pelaksanaan program PR1MA supaya

objektif Kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti khusus untuk

penjawat awam dapat dicapai. Agensi pelaksana utama program adalah Unit PR1MA,

JPM. Manakala agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah

Persekutuan Putrajaya. Unit PR1MA, JPM bertindak sebagai agensi pelaksana dan

juga penyelaras pelaksanaan program. Justeru itu, Unit PR1MA , JPM

bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan

program secara keseluruhan.

Unit PR1MA , JPM menjadi single point of contact untuk serahan cadangan PPA1M.

Semua cadangan permohonan pembinaan PR1MA yang diterima oleh mana-mana

Kementerian/Agensi hendaklah disalurkan kepada Unit PR1MA, JPM. Unit PR1MA,

JPM bertanggungjawab membawa kertas cadangan permohonan untuk

dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Khas PR1MA yang dipengerusikan oleh YBhg.

Datuk Abdul Mutalib Alias. Unit PR1MA, JPM juga bertanggungjawab dalam urusan

memilih pembeli dan menawarkan rumah kepada pembeli bagi projek PR1MA yang di

luar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya kekal menjadi agensi

pelaksana dan penyelaras projek PR1MA bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya

termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli, melaksana dan

memantau PR1MA Putrajaya. Walau bagaimanapun, Perbadanan Putrajaya juga perlu

melapor segala perancangan dan pelaksanaan serta isu dan perkara dasar PR1MA

Page 11: Projek Awam

11GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

kepada Unit PR1MA, JPM untuk diselaraskan sebelum diangkat untuk makluman atau

pertimbangan Jawatankuasa Khas PR1MA.

3.3 Struktur Perbadanan PR1MA , JPM

sumber:Portal Rasmi Jabatan Perdana Menteri

Page 12: Projek Awam

12GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.4 Konsep Perlaksanaan PR1MA

Skim PR1MA adalah satu skim rumah mampu milik untuk masyarakat yang

menekankan kepada keselesaan daripada aspek saiz, reka bentuk, kualiti, lokasi dan

harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam. Rumah akan dibina oleh pemaju

sama ada di atas tanah Kerajaan ataupun tanah pemaju sendiri, dan menjualkannya

kepada masyarakat yang layak.

Skim ini bertujuan membantu masyarakat khususnya yang berpendapatan sederhana

yang berada dalam kategori “income trap” untuk memiliki rumah yang berkualiti di lokasi

yang strategik dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah daripada harga

pasaran. Program ini memberi manfaat kepada semua masyarakat kerana kelayakan

untuk memohon di bawah skim ini meliputi semua masyarakat di negara Malaysia ini.

Ciri-ciri utama rumah PR1MA ini selain daripada harganya yang lebih rendah daripada

harga pasaran, keluasan unit-unit rumah juga mengambil kira faktor keselesaan kepada

masyarakat.

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public

Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi

kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat

menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi

kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya.  Pembeli rumah di bawah Program

Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh

institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain

dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

Page 13: Projek Awam

13GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.5 Syarat Kelayakan Pembeli Rumah PPA1M

Untuk membeli rumah PR1MA tidak banyak syarat yang ditetapkan. Ini bagi

memudahkan seluruh masyarakat di Malaysia mampu memiliki rumah. Justeru rakyat

Malaysia hanya perlukan empat kriteria untuk memohon rumah PR1MA ini. Syarat-

syarat memohon ialah seperti lampiran di bawah.

Page 14: Projek Awam

14GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.0 Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia di Padang Meha Kulim Kedah.

Peluang kini terbuka untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah bulanan

antara RM2,000 hingga RM10,000 untuk memohon bagi memiliki rumah impian

menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Perbadanan PR1MA Malaysia

dalam hebahan awam memaklumkan, sebanyak 13 buah projek hasil inisiatif kerajaan

dibuka kepada tawaran di seluruh negara yang menyediakan rumah mampu milik

berkualiti tinggi. Dibangunkan di lokasi yang strategik, PR1MA menawarkan pelbagai

jenis kediaman dengan aneka kemudahan awam seperti surau, tadika, taman rekreasi,

pusat asuhan, dewan komuniti, sekuriti dan akses mudah.

Rakyat Malaysia diseru merebut peluang menjadi sebahagian daripada komuniti

PR1MA dan miliki kediaman impian anda. Pendaftaran dan permohonan adalah

percuma malah PR1MA tidak melantik mana-mana ejen untuk bakal pembeli yang

berminat. Projek PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun

Razak pada 2011 diuruskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi

membantu rakyat dapat membeli rumah pada harga berpatutan.

Justeru satu projek PR1MA kini akan dijalankan di Padang Meha Kulim Kedah bagi

memastikan rakyat di negeri itu dapat memiliki rumah sendiri. Komitmen kerajaan

terhadap isu pemilikan rumah sangat diambil serius. Oleh itu projek PR1MA di Padang

Meha Kulim Kedah ini akan dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat

di negeri itu.

Page 15: Projek Awam

15GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1 Maklumat Projek PR1MA di Padang Meha Kulim Kedah

Projek Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang akan dibina di Padang

Meha Kulim Kedah merupakan sebuah projek pelaburan awam yang dijalankan oleh

kerajaan bagi memastikan masyarakat yang berpendapatan rendah dapat memiliki

rumah sendiri. Projek ini dikatakan sebagai sebuah pelaburan awam kerana saiz

pelaburannya yang besar dan luas. Selain daripada itu ia dikategorikan sebagai

pelaburan awam kerana perbelanjaan yang menelan belanja yang besar dan tidak

mampu di biayai oleh sebuah firma. Dari segi pulangan dan faedah ianya mengambil

jangka masa yang lama untuk mendapat balik faedah dan keuntungan tersebut.

Dari segi jenis pelaburan awam ini , projek PR1MA di Padang Meha Kulim Kedah

merupakan satu bentuk pelaburan penambahan. Ini kerana Unit PR1MA , JPM telah

menjalankan pelbagai projek PR1MA di serata negeri di Malaysia, namun disebabkan

permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat di Malaysia Unit PR1MA telah

menjalankan satu lagi projek PR1MA di kawasan Padang Meha Kulim Kedah. Ia lebih

tepat lagi dikatakan sebagai satu projek penambahan daripada projek yang telah sedia

ada. Projek penambahan projek PR1MA di kawasan Padang Meha Kulim Kedah ini

akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat di Malaysia untuk memiliki rumah

sendiri yang lebih selesa dengan harga yang murah.

Justeru itu dengan permintaan tinggi terhadap PR1MA ini, Unit PR1MA ,JPM telah

mencadangkan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menambah lagi PPA1M di

kawasan-kawasan lain dengan harapan lebih ramai lagi masyarakat mampu memiliki

rumah sendiri.

Page 16: Projek Awam

16GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1.1 Peta Lokasi

Page 17: Projek Awam

17GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Page 18: Projek Awam

18GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

4.1.2 Maklumat Projek

Page 19: Projek Awam

19GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

4.1.3 Pelan Lantai

Page 20: Projek Awam

20GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Page 21: Projek Awam

21GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Page 22: Projek Awam

22GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1.4 Contoh Rumah

Page 23: Projek Awam

23GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Page 24: Projek Awam

24GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1.6 Faedah Dan Kemudahan

PR1MA melambangkan persekitaran yang santai dan selesa, menjadikannya sebagai

salah satu tempat kediaman untuk semua orang. Selain daripada harga yang murah,

lokasi PR1MA ini dikatakan sangat strategik kerana berhampiran dengan Lebuhraya

Butterworth - Kulim dan lebuhraya Utara - Selatan. Selain itu lokasi PR1MA yang

terletak berhampiran dengan klinik Desa Padang Meha juga memberi satu kelebihan

kepada pemilik rumah PR1MA ini.

5.0 Kesimpulan

Projek PR1MA ini jelas menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap masyarakat

yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Justeru Penubuhan Unit

PR1MA , JPM ini adalah sangat penting bagi memastikan matlamat dan keprihatinan

kerajaan dapat dilaksanakan. Dengan harga rumah yang rendah, tempat kediaman

yang strategik serta kemudahan fasiliti yang disediakan masyarakat sangat berminat

dengan projek PR1MA yang dilaksanakan. Justeru diharap Unit PR1MA , JPM dapat

merealisasikan lagi perancangan untuk membina rumah PR1MA dengan lebih banyak

lagi terutama di luar kawasan bandar. Dengan cara ini masyarakat yang berpendapatan

rendah akan dapat memiliki rumah sendiri dan akan meringankan beban masyarakat di

Malaysia.

Page 25: Projek Awam

25GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

6.0 Rujukan

Sallahuddin Hassan (2010). Modul GMGF3013: Pengurusan Dan Analisis Pelaburan

Awam, Unit Pendidikan Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.

http://www.pr1ma.my/

http://www.pmo.gov.my/ksn/home.php?frontpage/speech/detail/2017

http://www.jpm.gov.my/post/modules/pajpm/vbulletin.php?bulletin_id=305&page=1

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ppa1m-peluang-penjawat-awam-

miliki-kediaman-berkualiti

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ppa1m-peluang-penjawat-awam-miliki-

kediaman-1.377712