program sifar ponteng kpm 2011

10
KERTAS KONSEP PROGRAM SIFAR PONTENG: 'GERAKAN HADIR KE SEKOLAH' BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN'

Upload: fairousismail

Post on 27-Nov-2015

97 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Disiplin

TRANSCRIPT

Page 1: Program Sifar Ponteng KPM 2011

KERTAS KONSEPPROGRAM SIFAR PONTENG:

'GERAKAN HADIR KE SEKOLAH'

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN'

Page 2: Program Sifar Ponteng KPM 2011

1 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius gejala ponteng sekolah. Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah. Berdasarkan analisis data salah laku disiplin murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani gejala tersebut. ‘Ponteng’ dikenalpasti antara penyumbang dan penyebab utama murid terlibat dengan salahlaku negatif yang lain. Justeru itu masalah ini perlu ditangani dengan meneruskan usaha-usaha pencegahan dan pemulihan.‘Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS)’ adalah merupakan salah satu daripada alternatif strategik Program Sifar Ponteng dengan tema “ Genap 190 Hari Saya Di Sekolah”

2 MATLAMAT

Mengurangkan salahlaku ponteng di kalangan murid sekolah di seluruh negara.

3 OBJEKTIF

3.1 Memastikan program ‘Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS)’ dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara.

3.2 Memastikan impak program dapat menambah kesedaran dan tanggungjawab murid terhadap kepentingan hadir ke sekolah. Ini dapat dibuktikan dengan berkurangnya bilangan murid yang ponteng.

3.3 Memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun dengan menurunnya bilangan murid yang ponteng.

3.4 Memastikan sasaran pencapaian NKRA KPM iaitu penurunan bilangan murid ponteng sebanyak 0.01% setahun tercapai.

4 TEMA

“Saya Suka Ke Sekolah”

5 SASARAN PROGRAM

5.1 Semua sekolah seluruh negara5.2 Melibatkan semua murid sekolah

.

6 TEMPOH MASA

Gerakan ini dilaksanakan oleh pihak JPN, PPD dan sekolah dalam tempoh10 bulan, iaitu bermula Januari hingga Oktober tahun 2011.

Page 3: Program Sifar Ponteng KPM 2011

7 PENDEKATANPendekatan gerakan ialah 'MESRA MURID' yang berkonsepkan mendidik dan bukannya menghukum.

8 KAEDAHDijalankan secara bersama oleh JPN, PPD dan sekolah. Penyeliaan dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pegawai JPN dan PPD.

9 AKTIVITI PENGISIAN

BIL AKTIVITI DISKRIPSI TEMPOH MASA

1

Peringatan Pengarah Pelajaran kepada ibu bapa / penjaga pelajar

Dimaklumkan oleh Unit HEM ke sekolah-sekolah untuk tindakan sekolah selanjutnya.

Januari 2011.

2

Pihak sekolah mengenal pasti dan menyenaraikan pelajar terlibat di peringkat sekolah masing-masing.

Satu salinan senarai nama pelajar dihantar ke PPD dan PPD akan membuat rumusan untuk dihantar ke JPN (Unit HEM).

Mulai minggu pertama bulan Januari 2011

3

Kain Rentang Semua sekolah rendah dan menengah diminta menyediakan kain rentang dan kain rentang ini hendaklah direntangkan di pintu masuk utama sekolah.

Minggu pertama bulan Februari2011.BERSAMA MENANGANI PONTENG

SEKOLAH

'PASTIKAN ANAK-ANAK KITA HADIR KE SEKOLAH'

4

Mesej Gerakan Hadir Ke Sekolah oleh Pengetua kepada semua pelajar dalam perhimpunan mingguan secara bersiriSyarahan. mengenai tajuk'Faedah Hadir Ke Sekolah' oleh pelajar dalam. perhimpunan mingguan.

Mesej ini bertujuan mengingatkan pelajar tentang kepentingan hadir ke sekolah.

Mesej ini ditampalkan dalam setiap kelas dan di papan- papan kenyataan sekitar kawasan sekolah.

Februari hinggaJun 2011.

5 Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia bertajuk Gerakan Hadir Ke Sekolah.

Perutusan ini akan dikeluarkan oleh Unit HEM ke sekolah- sekolah dan Pengetua diminta menyampaikannya kepada semua pelajar dalam perhimpunan mingguan. Perutusan ini juga hendaklah ditampalkan dalam semua bilik darjah dan di papan kenyataan sekolah.

Minggu ketiga bulan April 2011.

Page 4: Program Sifar Ponteng KPM 2011

6 Pertandingan menulis esei dan melukis poster mengenai gejala ponteng sekolah dan cara menanganinya. Pamerkan hasil terbaik oleh pelajar dalam semua bilik darjah dan di papan kenyataan sekolah.

7 Semua pelajar terlibat mesti diberikan perkhidmatan kaunseling / bimbingan yang berfokuskan hadir ke sekolah oleh Guru Kaunseling / Pembantu Guru Kaunseling sama ada secara individu / kelompok.

Dalam mata pelajaran BM, BIdan Pendidikan Seni

Guru Kaunseling / Pembantu Guru Kaunseling diminta memastikan semua pelajar terlibat mesti diberi perkhidmatan kaunselihg / bimbingan yang berfokuskan kepada hadir ke sekolah.

Melukis poster pada bulan April dan menulis esei pada bulan Mei2011

April hingga Jun2011.

Minimum perjumpaan dengan setiap seorangpelajar ialah sebanyak dua

kali dalam

tempoh )

gerakan berj al an.

8 Sesi Perjumpaan. Pegawai JPN dan PPD Bersama Pelajar yang terlibat dalam gerakan ini.

9 Semua pelajar terlibat mesti melaporkan diri pada awal pagi dan selepas waktu pulang dengan berekod bagi memastikan memastikan

kepada siapa pelajarmereka hadir ke sekolah sepenuhnya.

10 Operasi semerta menghubungi ibu sapa I penjaga untuk tindakan lanjut sewajarnya.

a. Jika boleh ibu bapa I penjaga mengesan di mana anak mereka ponteng sekolah sekiranya anak mereka tidak berada di rumah

b. Jika boleh ibu bapa I

Sesi ini berbentuk bimbingan dan didikan yang disempurnakan oleh Pegawai JPN dan PPD di semua sekolah menengah dan rendah dengan melibatkan semua murid terlibat dalam gerakanini.

Budi bicara pihak sekolah menentukan kaedah, di mana dan kepada siapa pelajar yang terlibat dalam gerakan ini akan melaporkan diri mereka pada setiap hari sepanjang tempoh gerakan berjalan.

Bagi mana-mana pelajar terlibat dalam gerakan ini, jika mereka didapati tidak hadir ke sekolah, maka pihak sekolah diminta menghubungi terus ibu bapa I penjaga dengan segera sama ada melalui telefon, datang sendiri ke rumah atau sebagainya mengikut kemampuan pihak sekolah.

Sesi perjumpaan kali pertama dijadualkan pada bulan April 2011 dan sesi perjumpaankali kedua ialah pada bulan Jun2011.

April – Jun 2011

April – Jun 2011

Page 5: Program Sifar Ponteng KPM 2011

penjaga diminta membawa pelajar ke sekolah pada hari pelajar tesebut didapati ponteng sekolah, atau

c. Ibu bapa I penjaga sendiri yang akan menghantar anak I jagaan mereka ke sekolah pada hari keeso k annya.

11 Pemantauan ke kawasan I tempat yang menjadi sasaran pelajar ponteng di luar kawasan sekolah.

Aktiviti ini dilakukan oleh Pegawai JPN dan PPD. Bagi sepanjang tempoh gerakan pihak PPD diminta memantau sekurang-kurangnya lima lokasi utama ponteng sekolah .

April – Jun 2011

.

10 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN

Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan Borang Data Pelajar Ponteng Sekolah (Borang A dan Borang B) bermula Januari hingga Oktober tahun 2011 ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 5 haribulan pada setiap bulan bagi tujuan penilaian keberkesanan pelaksanaan gerakan.

Pihak sekolah juga diminta menghantar laporan bulanan ke Unit HEM, SPK, JPN dan satu salinan ke PPD berhubung dengan status semasa kejayaan pelaksanaan gerakan bermula April hingga Jun tahun 2011.

11.0 PENUTUP

Kerjasama semua pihak adalah merupakan asas kepada kejayaan gerakan ini. Hasil gerakan ini akan dianalisis dan didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam merancang dan melaksanakan gerakan seterusnya ke hadapan.

'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDlDIKAN'

TERIMA KASIH

Page 6: Program Sifar Ponteng KPM 2011

BORANGDATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH MENENGAH

DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Borang A

Sekolah Kod Sekolah

PPD Bulan :

Bilangan Hari Sebenar Bersekolah,.

TINGKATAN BILANGAN BILANGAN BILANGANPELAJAR SEBENAR PELAJAR PONTENG HARI PONTENG

SEKOLAH SEKOLAH

Peralihan Tingkatan Satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga Tingkatan Empat Tingkatan Lima Tingkatan Enam Rendah Tingkatan Enam Atas

JUMLAH

LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan :

Nama :

Cop :

Page 7: Program Sifar Ponteng KPM 2011

BORANGDATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH RENDAH

DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Borang B

Sekolah Kod Sekolah

PPD Bulan :

Bilangan Hari Sebenar Bersekolah,.

TINGKATAN BILANGAN BILANGAN BILANGANPELAJAR SEBENAR PELAJAR PONTENG HARI PONTENG

SEKOLAH SEKOLAH

Tahun Satu Tahun Dua Tahun Tiga Tahun Empat Tahun Lima Tahun Enam

JUMLAH

LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan :

Nama :

Cop :