program peningkatan keselamatan

14
ROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang akan menggabungkan tiga program berasingan. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, program 3K kini dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K. Inisiatif 3K katanya, akan meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini. Setiap program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah. Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah. Dalam surat siaran bertarikh 10 November lalu itu, Abdul Rafie berkata, penyusunan semula program 3K ini dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. "Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua- dua program tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan kedua-dua program disusun semula supaya lebih efektif dari sudut pelaksanaan." "Mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja," katanya. Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula

Upload: ahmadsepiee

Post on 29-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

ROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K)PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang akan menggabungkan tiga program berasingan. 

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, program 3K kini dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K. 

Inisiatif 3K katanya, akan meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. 

Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini. 

Setiap program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah. 

Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah. 

Dalam surat siaran bertarikh 10 November lalu itu, Abdul Rafie berkata, penyusunan semula program 3K ini dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. 

"Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua-dua program tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan kedua-dua program disusun semula supaya lebih efektif dari sudut pelaksanaan." 

"Mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja," katanya. 

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. 

Akhbar Utusan Malaysia menerusi ruangan Pendidikannya adalah akhbar rasmi program ini sejak program ini diperkenalkan, selain penaja lain, Tetra Pak. 

Tambah Abdul Rafie lagi, dengan penyusunan semula program itu, setiap program akan dipantau oleh tiga pasukan yang berasingan, terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga agensi-agensi

Page 2: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

kerajaan lain yang relevan dengan program tersebut. 

Program Inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.

PELAN STRATEGIK AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 3K (2010-2014)

ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGI INDIKATOR PENCAPAIAN

 Tahap pencapaian 3K kurang cemerlang

Tahap Kebersihan sekolah bawah 80%

Meningkatkan tahap kebersihan sekolah melebihi 80%

-mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.-mengadakan gotong-royong

Mencapai tahap kebersihan melebihi 80%.

Tahap Keselamatan sekolah masih di bawah 70 %

Meningkatkan tahap keselamatan sekolah

-Taklimat tentang peraturan yang harus dipatuhi semasa berada di jalan raya.

Tahap keselamatan sekolah meningkat secara berperingkat. Setiap tahun meningkat sebanyak 5%.Tahun 2009-75%Tahun 2010-80%Tahun 2011-85%Tahun 2012-90%Tahun 2013-95%

Tahap Kesedaran murid berkaitan kesihatan kurang memuaskan

Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan

-Ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.-Bebas denggi.

BAGAIMANA MEMASTIKAN SEKOLAH SELAMATOLEH : Hamidon Khalid (Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya)

Apakah Sekolah yang Selamat?    Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain, sekolah

Page 3: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif kepadma proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan.   

Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :   mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu   persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan   tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas     dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil     pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah     tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah     prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif     warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah     rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap     penyenggaraan sekolah menepati masa     aspek kebersihan menjadi amalan     rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik 

Iklim Sekolah Selamat   Kesemua ciri-ciri sekolah selamat yang dinyatakan itu akan mewujudkan iklim sekolah selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya. Persekitaran budaya sekolah dianggap sebagai kayu pengukur yang paling tepat bagi menunjukkan keseluruhan iklim sesebuah sekolah. Ia termasuklah andaian-andaian yang tersirat, harapan dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah mengenai bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan bagaimana individu-individu di sekolah sepatutnya bertindak. Iklim sekolah terrmasuk juga peraturan-peraturan, norma-norma, kepercayaan dan nilai-nilai formal dan bukan formal yang mengawal tingkah laku seharian pelajar, kakitangan dan pentadbir sekolah. Persekitaran budaya yang positif termasuk tingkat rasa hormat, rasa terikat dan kejelikItan di kalangan pelajar dan kakitangan  sekolah. Pengharapan terhadap akademik dan tingkah laku adalah sangat kukuh dan diterima. Peraturan-peraturan sekolah difahami, diterima dan dikuatkuasakan secara konsisten. Tingkah laku yang dikehendaki kerap mendapat pujian dan diberi sokongan oleh pihak sekolah. Salah satu ciri iklim sekolah selamat adalah persekitaran fizikalnya yang kelihatan kemas, mempunyai lanskap yang menarik dan diselenggarakan dengan cermat dan menepati masa dan jadual penyelenggaraan. Penyelenggaraan kawasan sekolah yang berkualiti dan keselamatan sekolah yang terjamin boleh memberi gambaran langsung kepada komuniti yang mengadakan lawatan ke kawasan sekolah tentang keadaan pelajar-pelajar, ibu bapa dan individu-individu di sekolah. 

Keadaan fizikal sekolah selamat termasuklah   Mengadakan teg pengenalan diri kepada semua pelawat dan kakitangan sekolah yang dilatih untuk berkomunikasi secara personal dengan pelawat yang tidak memakai teg tersebut dan merujukkannya kepada pejabat sekolah. Hal ini sebenarnya telahpun dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia.    Mengehadkan tempat-tempat di mana pelajar boleh membuang masa dan merayau-rayau,   memeriksa bilik air dan almari-almari kelas supaya tidak menjadi tempat menyimpan rokok atau dadah atau sebarang bahan lucah    Memaksimumkan pemandangan dengan menghapuskan titik buta yang disebabkan oleh pintu-pintu, pagar-pagar, bangunan-bangunan, dan lanskap dengan memasang pintu-pintu, tingkap-tingkap, almari-almari dan kelengkapan-kelengkapan yang sesuai. Memperbaiki komunikasi di antara pengawal keselamatan, guru-guru dan kakitangan pejabat

Page 4: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

di samping memberikan semua kakitangan insentif kerana bertanggungjawab mempastikan sekolah selamat. Misalnya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, boleh memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi idea yang boleh meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada pemberi maklumat yang mana maklumat yang diberikannya membawa kepada penangkapan pengacau di sekolah. Mengadakan latihan keselamatan dan kebakaran oleh jabatan bomba.    Mengecat grafiti dan membaiki kerosakan serta merta dengan menggunakan kumpulan pelajar, kakitangan dan ibu bapa melalui konsep gotong-royong. Sumbangan bahan seperti cat dan berus serta peralatan lain dilakukan oleh syarikat swasta dan masyarakat setempat. Jika diamat-amati sebahagian besar daripada aktiviti yang digariskan itu telah dan sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.  

Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan. Lebih tinggi peratusan pelajar dan kakitangan sekolah yang menyatakan “Ini adalah sekolah kita”, dikatakan lebih selamat sekolah itu sebenarnya. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata lagi.  

Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Sekolah Selamat - Ponteng dan Kenakalan   Ponteng dari segi pendidikan dimengertikan sebagai tuang sekolah atau tidak hadir ke sekolah tanpa izin guru. Masalah ponteng bukanlah satu “bidang” yang baru, malah ia telah wujud sejak zaman awal persekolahan lagi. Cuma ia berbeza cara perlaksanaannya, sebab-akibat dan kuantitinya juga berbeza. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ponteng sekolah dan ponteng kelas iaitu tidak masuk ke kelas sewaktu guru mengajar. Kini ada pula istilah ponteng ko-kurikulum iaitu tidak menyertai aktiviti ko-kurikulum yang diwajibkan di sekolah.Sebab pertama ialah sikap pelajar itu sendiri. Kecenderungan dan kesedaran pelajar terhadap pelajaran dan masa depannya adalah lebih tipis berbanding kecenderungannya kepada hiburan dan untuk bersuka-suka atau berfoya-foya sehingga boleh menimbulkan budaya lepak dan budaya lain yang negatif. Budaya lepak di kalangan pelajar sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga dan usaha mendapatkan publisiti.  

Kedua, sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan peperiksaan. Ramai pelajar merasa bosan dengan sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan peperiksaan . Pengajaran dan kaedah yang digunakan oleh guru adalah kaedah untuk lulus peperiksaan. Guru yang mengajar tidak berani lari dari sukatan pelajaran. Bahkan dia tidak lagi bersifat imaginatif dalam penggunaan sukatan pelajaran. Ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang tinggi. Pergantungan kepada buku teks dapatlah dianggap sebagai kesan tersorok dari penggunaan sukatan pelajaran yang tidak imaginatif oleh

Page 5: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

guru-guru. Ini adalah salah satu sebab pelajar-pelajar ponteng. Sekiranya pelajar telah tahu muka surat yang mana, bab yang mana, isi yang bagaimana dan kaedah yang bagaimana yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut, maka keinginan, rangsangan dan dorongan untuk belajar menjadi berkurang atau merosot. Betapa tidak, semuanya dapat dilakukan di rumah, isi dan latihan soalan semua ada padanya - lebih baik dilakukan di rumah sahaja atau di tempat lain daripada sekolah.  

Ketiga, latar belakang pelajar. Lebih-lebih lagi kedudukan sosio-ekonomi  ibu bapanya yang purata miskin kebendaan dan serba kekurangan pula dalam menanam sikap yang positif terhadap  pelajar, disiplin yang longgar dan rumahtangga yang sentiasa dirundung oleh pelbagai masalah. Ibu bapa tidak mampu menyediakan segala kehendak pembelajaran anaknya, makanan yang berzat, pakaian dan kemampuan menghantar anak-anak menyertai kelas tuisyen. Sebaliknya pihak yang berada pula dapat menyediakan segala kehendak pembelajaran ini. Walaupun demikian anak-anak orang yang berada ada juga yang terjebak dalam kancah ponteng dan melakukan  kenakalan serta melakukan berbagai ragam vandalisme.  Faktor keempat ialah struktur sekolah itu sendiri yang termasuk peranan guru besar atau pengetua, nilai guru, kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran dan menjalankan aktiviti-aktiviti. Hukuman yang berat atau terlalu longgar boleh mengakibatkan pelajar merasa dendam dan benci terhadap guru dan sekolah dan mereka berani pula melakukan ponteng dan kenakalan sekehendak hati mereka. Di bandar pelajar lebih terdedah kepada pengaruh persekitaran yang menarik dan ini memberikan ruang untuk mereka meninggalkan sekolah.  Ramai pula yang ponteng kerana pengaruh rakan-rakan yang memang nakal. Mereka dilihat merayau-rayau di kompleks membeli-belah, di kolam renang, di tempat perjudian dan sebagainya. Di tempat-tempat ini, mereka bukan sahaja terlepas daripada “seksaan belajar”, tetapi mempunyai banyak peluang berseronok termasuk menghisap rokok dan dadah dengan bebas dan enaknya.  

Bagaimana Mewujudkan Sekolah Selamat di Malaysia?  Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam konsep sekolah selamat, banyak di antaranya seperti sekolah penyayang, memperbaiki fizikal sekolah, mengadakan latihan kebakaran dan program-program keceriaan sekolah telah dan sedang dilaksanakan di sekolah. Tetapi apa yang diperlukan adalah satu dasar sekolah selamat yang perlu dirancang, diperhalusi dan digubal serta dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia. Yang paling penting sekali ialah dasar itu mesti dikomunikasikan supaya pihak guru, ibu bapa dan masyarakat awam dapat memahami dan menghayati konsep sekolah selamat yang sebenar.  Antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh dasar yang hendak diwujudkan itu adalah :  1. Apakah dasar sekolah selamat?  2. Apakah tujuan dasar itu?  3. Apakah perlakuan-perlakuan yang boleh dikenakan hukuman gantung persekolahan atau    buang sekolah dalam dasar ini?  4. Apakah yang dilakukan terhadap pelajar yang melanggar dasar ini?  5. Apakah hak-hak pelajar sekiranya mereka melanggar dasar ini?  

Dasar sekolah selamat adalah dasar yang bersandarkan kepada kepercayaan bahawa semua pelajar perlu diberi peluang untuk belajar di dalam suatu persekitaran yang selamat, kondusif kepada proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Sehubungan dengan itu satu undang-undang ataupun set peraturan perlu dikeluarkan yang mengkehendaki setiap sekolah membentuk dasar tata tertib dan disiplin bagi semua pelajar. Dasar ini hendaklah seragam di semua sekolah supaya tidak sukar dilaksanakan serta pemantauan dapat dijalankan

Page 6: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

dengan lancar.  Tujuan dasar sekolah selamat adalah untuk mewujudkan rasa selamat dan persekitaran yang positif untuk pembelajaran melalui pembentukan strategi yang proaktif bagi memperbaiki dan meningkatkan tingkah lalu yang baik. Dasar ini juga menentukan prosedur-prosedur dan standard-standard untuk diperlakukan ke atas pelajar-pelajar yang menimbulkan gangguan di sekolah. Di antara perlakuan-perlakuan yang boleh dikenakan hukuman gantung persekolahan atau buang sekolah adalah memiliki senjata, membakar dan perlakuan-perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar lain, kakitangan sekolah dan kepada sekolah itu sendiri. 

Dasar sekolah selamat melibatkan dua jenis insiden : Insiden yang melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan bahaya kepada orang lain; dan insiden yang tidak melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan bahaya kepada orang lain. Jika insiden itu mendatangkan bahaya kepada orang lain atau kepada harta-benda atau perlakuan pelajar itu menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan dadah dan senjata, pelajar itu boleh digantung persekolahan dan ibu bapanya akan dimaklumkan mengenai tindakan itu. Jika ia tidak melibatkan  dadah dan senjata, insiden itu ditangani oleh pentadbir sekolah yang akan menjalankan siasatan mengenai keadaan-keadaan yang menyebabkannya berlaku dan setelah mengadakan pertemuan dengan pelajar tersebut. Jika pelajar didapati melanggar dasar tersebut, ibu bapa akan dihubungi dan satu pertemuan diaturkan. Tuduhan dan bukti akan dikaji, dinilai dan pelajar itu diberi peluang memberi respon dan maklumat yang berkaitan dengan kesnya. Proses rayuan dibenarkan jika pelajar atau ibu bapa tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan.  Setelah dasar tentang sekolah selamat dibentuk, maka perlulah diadakan perancangan ke arah sekolah selamat.  Perancangan sekolah selamat memberikan komuniti sekolah suatu peluang untuk membentuk strategi tersendiri bagi menangani isu-isu mengenai keselamatan, merekabentuk persekitaran sekolah selamat, memberi latihan dalam perkhidmatan kepada kakitangan sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan penglibatan  ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam aktiviti sekolah. Di antara elemen-elemen yang penting dalam rancangan sekolah selamat termasuklah kesedaran awam mengenai konsep sekolah selamat, kurikulum yang memfokus kepada kemahiran bersosial dan menyelesaikan konflik, penyeliaan kawasan sekolah, pencegahan dadah, pencegahan ponteng dan kenakalan, kawalan keselamatan sekolah, membina hubungan  dengan pihak media, pengangkutan serta penilaian dan pemantauan.  Penutup  Sebagai kesimpulan, konsep sekolah selamat adalah sangat bersesuaian dilaksanakan di Malaysia sesuai dengan hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan atau menyediakan pendidikan bertaraf dunia. Ini adalah kerana sekolah selamat mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran pelajar dan pengajaran oleh guru. Ciri-ciri yang penting dalam konsep sekolah selamat itu telah dan sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Konsep sekolah penyayang, sekolah bersih, sekolah tanpa sampah, ponteng sifar adalah di antaranya. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turut memberi pengiktirafan dengan memberikan pelbagai anugerah seperti Sekolah Harapan, Sekolah Bersih dan sebagainya. 

Sehubungan dengan itu banyak sekolah memberi penekanan kepada unsur keceriaan suasana pembelajaran dan sekolah penyayang dalam program pendidikannya dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dengan sahsiah yang terpuji. Pihak pengurusan sekolah berlumba-lumba berusaha mengindahkan persekitaran sekolah dengan mengawal kebersihan kawasan sekolah bagi membangkitkan suasana riang dan ceria untuk proses pembelajaran. Kebanyakan pengetua dan guru besar berpendapat suasana ceria dan kekuatan dalaman pelajar dapat menjaga tingkah laku mereka dan memelihara imej diri, keluarga dan sekolah. 

Page 7: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

Akhir sekali, untuk melaksanakan dasar sekolah selamat, harus wujud komitmen dan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat dengan institusi sekolah khasnya dan institusi pendidikan lain amnya. Pihak Kementerian Pendidikan terutamanya perlulah bersedia dari segi  menyediakan peruntukan dan prasarana yang diperlukan untuk memenuhi ciri-ciri sekolah selamat yang digariskan sebelumnya. 

Polisi Sekolah Selamat

Sekolah Selamat POLISI & PANDUAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT

PENDAHULUAN

Realitinya kebanyakan sekolah di seluruh negara adalah ‘Selamat’ dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita harus sedar pada hakikatnya bahawa terdapat murid yang datang dari keluarga bermasalah dan juga wujudnya pengaruh luaran yang negatif yang mempengaruhi murid sekolah hari ini.

Perubahan dalam iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenalpasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru-guru. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan komuniti setempat untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.

RASIONAL

Dalam banyak keadaan ianya kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.

Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang berterusan perlu diwujudkan.

Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.

Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat .

OBJEKTIF

Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.

Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.

Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.

Page 8: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka

KONSEP

Sekolah Selamat ditafsirkan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam.

SEKOLAH SELAMAT FIZIKAL Keselamatan Bangunan Keselamatan bengkel, Makmal, bilik khas Kebakaran, runtuhan Keselamatan semasa Aktiviti sukan, ko-ko Dalam dan luar sekolah SOSIAL Disiplin Pelajar Keselamatan pergi Dan balik sekolah Perkauman Diskriminasi Ganguan Seksual Salah guna dadah Isu kesihatan

ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT

Kesedaran awam atau komuniti

Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum

Peraturan sekolah

Pengurusan bencana alam dan kecemasan

Kehadiran warga sekolah

Membasmi ponteng

Pencegahan dadah, rokok dan arak

Perkongsian bijak dengan agensi luar

Kesedaran sosial dan budaya

Kepimpinan pelajar

Penglibatan keluarga dan komuniti

Program khas bersama komuniti

Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat

Aktiviti kokurikulum dan rekreasi

Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan

Mengenalpasti latar belakang warga sekolah

Pembangunan Staf

Kawalan keselamatan sekolah

Khidmat kemasyarakatan

Perkongsian bijak bersama Korporat

Perkongsian bijak dengan Media

Perkhidmatan kesihatan Sekolah

Pengangkutan

Perundangan

Page 9: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

Penilaian dan pemantauan

PERANCANGAN Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat(JKSS)

Cadangan Keahlian Jawatankuasa

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM

Setiausaha : Kaunselor Sekolah

Ahli-ahli : - Wakil ibu bapa

- Wakil guru

- Wakil murid

- Polis

- JKKK/Rukun Tetangga -Jabatan Kebajikan Masyarakat

- Wakil Persatuan Belia

- Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/

Klinik Kesihatan

- Bomba

- Penghulu/Ketua Kampung

- Majlis Perbandaran/Daerah

- NGO (yg releven spt MCPF dll)

- Individu yang boleh menyumbang

Fungsi Jawatankuasa

Menyediakan peraturan dan tanggungjawab semua warga sekolah Menyediakan peraturan dan tanggungjawab pihak lain(komuniti/keluarga) Promosi secara aktif peraturan kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti tentang prosedur keselamatan Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu Sekolah Selamat Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari masa ke semasa JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT (JKSS) MEWUJUDKAN BUDAYA SELAMAT DI SEKOLAH KOMUNITI SELAMAT KELUARGA SELAMAT SEKOLAH SELAMAT PEMUAFAKATAN PEMUAFAKATAN PEMUAFAKATAN

Peranan Sekolah

Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat

Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas

Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan

Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan Mewujudkan pelan pengurusan krisis Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 10: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan

Peranan Komuniti

Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah selamat

Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua

Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah

Memberi sumbangan material idea dan kepakaran dalam perkhidmatan kawalan keselamatan sekolah

Menerapkan nilai-nilai spiritual oleh pemimpin agama

Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan

Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah

Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti

Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah

Peranan Keluarga

Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah

Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti

Memperkukuhkan nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak

Kerap berkomunikasi dengan anak-anak

Mengenali rakan anak-anak

Bekerjasama dengan ibu bapa lain

Menjadi ahli dalam penubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan

Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.

HARAPAN TERHADAP SEKOLAH SELAMAT

Bebas daripada sebarang gangguan samada dalam bentuk tutur atau fizikal

Keselamatan harta benda terjamin

Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas

Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosio-ekonomi dan jantina

Dilayan secara adil dan sama rata

Dihormati dan dihargai

Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit

Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina

Bersikap positif terhadap orang lain

Menghargai perbezaan yang wujud

Bersikap dan bertindak adil

Memberi kerjasama dan bantu membantu

Page 11: PROGRAM Peningkatan Keselamatan

Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan

Jangan biarkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang berlaku tanpa dihalang

Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas

Jangan mendera (fizikal, mental dan emosi)

Melaporkan setiap kes