program peningkatan prestasi sekolah 2015

23
Program Bimbingan Peningkatan Prestasi Band Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak KERTAS KONSEP “PROGRAM BIMBINGAN PENINGKATAN PRESTASI BAND SEKOLAH- SEKOLAH NEGERI SARAWAKTAHUN 2015” 1. LATAR BELAKANG Seruan kerajaan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ mengajak SELURUH WARGA PENDIDIKAN terutama para pemimpin sekolah untuk melihat kembali peranan dan fungsi tugas masing-masing sebagai agen perubahan yang akan memperjuangkan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pelaksanaan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA DALAM BIDANG PENDIDIKAN (NKRA PENDIDIKAN) yang menekankan 4 PROGRAM UTAMA mengajak kita untuk mengubah paradigma kepada lebih mementingkan pencapaian hasil kerja (KPI) yang telah ditetapkan. Dalam hal ini sekolah-sekolah telah mula diperhatikan dan instrumen PKS SKPM dan Pencapaian GPS peperiksaan awam sekolah telah digunakan sebagai eviden untuk menyenarai panjang kedudukan dan pencapaian sesebuah sekolah. SKOR KOMPOSIT yang mengambilkira 70% pencapaian GPS peperiksaan awam dan 30% Skor e-penarafan SKPM telah diperkenalkan. Beberapa insentif kepada pemimpin sekolah yang berjaya menerajui organisasinya mencapai tahap cemerlang melepasi standard yang ditentukan atau yang berjaya membuat lonjakan kecemerlangan telah diberikan ganjaran tawaran baharu. Sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan boleh menjadi benchmark di peringkat kebangsaan atau antarabangsa diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyaknya jumlah sekolah yang menerima insentif atau pengiktirafan ini dalam sebuah daerah atau negeri akan menjadi KAYU UKUR KECEMERLANGAN dan bahan bualan yang sekaligus mencerminkan kualiti pengurusan pendidikan di daerah atau negeri tersebut. Analisis data Skor Komposit yang diperkenalkan oleh Lembaga NKRA KPM dan kegagalan beberapa sekolah yang dicalonkan untuk insentif 1 Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Fly Kenyalang Fly, Fly High

Upload: harry-panggai

Post on 05-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

prestasi

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAND

Program Bimbingan Peningkatan Prestasi Band Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak

KERTAS KONSEP

PROGRAM BIMBINGAN PENINGKATAN PRESTASI BAND SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAKTAHUN 2015 LATAR BELAKANG

Seruan kerajaan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan mengajak SELURUH WARGA PENDIDIKAN terutama para pemimpin sekolah untuk melihat kembali peranan dan fungsi tugas masing-masing sebagai agen perubahan yang akan memperjuangkan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.

Pelaksanaan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA DALAM BIDANG PENDIDIKAN (NKRA PENDIDIKAN) yang menekankan 4 PROGRAM UTAMA mengajak kita untuk mengubah paradigma kepada lebih mementingkan pencapaian hasil kerja (KPI) yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini sekolah-sekolah telah mula diperhatikan dan instrumen PKS SKPM dan Pencapaian GPS peperiksaan awam sekolah telah digunakan sebagai eviden untuk menyenarai panjang kedudukan dan pencapaian sesebuah sekolah. SKOR KOMPOSIT yang mengambilkira 70% pencapaian GPS peperiksaan awam dan 30% Skor e-penarafan SKPM telah diperkenalkan.

Beberapa insentif kepada pemimpin sekolah yang berjaya menerajui organisasinya mencapai tahap cemerlang melepasi standard yang ditentukan atau yang berjaya membuat lonjakan kecemerlangan telah diberikan ganjaran tawaran baharu. Sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan boleh menjadi benchmark di peringkat kebangsaan atau antarabangsa diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Banyaknya jumlah sekolah yang menerima insentif atau pengiktirafan ini dalam sebuah daerah atau negeri akan menjadi KAYU UKUR KECEMERLANGAN dan bahan bualan yang sekaligus mencerminkan kualiti pengurusan pendidikan di daerah atau negeri tersebut.

Analisis data Skor Komposit yang diperkenalkan oleh Lembaga NKRA KPM dan kegagalan beberapa sekolah yang dicalonkan untuk insentif Tawaran Baharu atau Anugerah SKK atau SBT serta dapatan dari Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah (PPKKPS) menunjukkan adanya keperluan untuk mendekati para pemimpin sekolah secara lebih dekat dan berhemah. Semakan semula sistem penyampaian dan proses tindakikut serta menterjemahkan dasar atau sistem yang diperkenalkan oleh KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri kepada bentuk tindakan atau proses kerja kalau dapat dilaksanakan dengan berkesan sudah pasti akan dapat meningkatkan kualiti pencapaian sekolah di samping mengurangkan near miss tahap pencapaian sekolah yang dicalonkan.

Atas sebab itu dan demi memartabatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan pendidikan negeri Sarawak, Program Bimbingan Peningkatan Band Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak diperkenalkan. Program ini merupakan usaha pelengkap bagi Program TQM yang telah dilaksanakan. Melalui program ini, apliksi Model GROW dimantapkan dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program-program yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah dan seterusnya berkongsi pengalaman dan maklumat untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang dihadapi dalam usaha penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan serta pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang. Pendekatan Rancangan Pemajuan Sekolah yang mengaplikasikan kaedah perancangan strategik yang berkesan juga ditekankan melalui bengkel yang dilaksanakan. Melalui program ini juga diharapkan kita dapat mengumpul amalan terbaik ( best practices) yang dilaksanakan oleh warga pendidik untuk didokumentasikan dan seterusnya disebarluaskan untuk menjadi panduan kepada yang lain.

MATLAMAT

Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah untuk merealisasikan hasrat JPN Sarawak dengan Tema Kerja " Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak" dan Battle Cry "Fly Kenyalang Fly, Fly High" dalam bidang pendidikan yang akhirnya dapat mencapai KPI yang ditetapkan .

3. OBJEKTIF

3.1. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 2 ke band 1 pada setiap tahun.

3.2. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 3 dan 4 ke band 2 pada setiap tahun.

3.3. Meningkatkan 3% daripada sekolah band 5,6 dan 7 ke band 4 pada setiap tahun.

3.4. Meningkatkan keyakinan pemimpin sekolah untuk menetapkan sasaran atau

hala tuju yang jelas seperti yang dinyatakan dalam Penarafan Kendiri Sekolah (PKS).3.5 Meningkatkan kemahiran menilai dan membuat keputusan

3.6 Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam penambahbaikan sekolah3.7 Mengamalkan perkongsian amalan terbaik3.8 Meningkatkan hubungan baik antara rakan sejawat/pegawai PPD dan JPN.KAEDAH PELAKSANAAN :

Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan tahap pencapaian sekolah menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS), data skor komposit serta data daripada Standard 1 dan Standard 4 dalam PKS SKPM dan data band sekolah.

Melaksanakan bengkel kerja peningkatan prestasi sekolah menggunakan Model GROW dan bahan alat pemajuan sekolah yang bersesuaian untuk merancang program peningkatan prestasi sekolah band 3 dan Band 4 ke band 2 atau band 1.

Melaksanakan lawatan susulan dalam sesi Bimbingan/ Coaching atau Mentoring ke sekolah yang ditentukan dalam 4 fasa iaitu :

Fasa 1 : Membina rapport atau hubungan baik untuk mendapatkan kepercayaan dan persetujuan bersama dalam program penambahbaikan antara mentor dengan mantee dan berkongsi maklumat asas sekolah dan isu-isu yang di hadapi. Lawatan ini akan diketuai oleh Ketua Sektor atau Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) dengan disertai oleh pegawai daripada Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), dan diiringi oleh pegawai daripada unit berkaitan di PPD berkenaan. Pegawai SIPartner+ dan SISC+ turut hadir sebagai mentor.

Fasa 2 : Mendapatkan maklum balas status aktiviti-aktiviti atau program peningkatan atau penambahbaikan yang telah dipersetujui hendak dilaksanakan setelah mantee mengadakan perbincangan dengan pasukan kerjanya. Mencadangkan penambahbaikan jika perlu. Program lawatan susulan ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai SIPartner+ dan SISC+ yang dipertanggungjawabkan sebagai mentor sekolah berkenaan.

Fasa 3 : Melihat status pelaksanaan dan tahap pencapaian program yang dilaksanakan dan mencadangkan penambahbaikan jika perlu. Pegawai Pendidikan Daerah bersama SIPartner+ dan SISC+ dimohon merancang bersama pegawai lain di PPD bagi tujuan tersebut.

Fasa 4 : Pelaporan.

JANGKAMASA PROGRAM

Mei 2015 hingga Disember 2015

KUMPULAN SASARAN :

Pengetua dan Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan 1 atau Ketua Bidang/Panitia sekolah menengah dan sekolah rendah terpilih di negeri Sarawak

JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI I: Pengarah Pendidikan Sarawak

PENGERUSI II : Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak

PENYELARAS: Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti

AHLI JAWATAN KUASA :

1. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

2. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

3. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

4. Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

5. Ketua Sektor Pendidikan Islam

Semua PPD negeri Sarawak

URUS SETIA : Peringkat JPN Sarawak :

1. Unit Dokumentasi

2. Unit Jaminan Kualiti dan Kepimpinan Sektor Jaminan Kualiti.

Model GROW :Sejarah Model GROW:

Antara model coaching terbaik yang diperkenalkan oleh John Whitmore seawal 1980an.

Boleh diguna untuk penyelesaian pelbagai bentuk masalah.

Hanya memerlukan kemahiran interpersonal yang baik untuk kesan yang efektif

Goal : Sasaran

Klien menetapkan apa yang hendak dicapai

Mestilah spesifik, boleh diukur, dicapai, relevan dan bertentu masa

Sasaran mestilah sesuatu yang klien benar-benar hendak capai bukan sepatutnya capai Sasaran yang mempunyai perkataan better, less atau improved adalah sasaran yang tidak jelas.

Reality : Realiti

Status semasa apa yang telah disasarkan

Pernyataan realiti sepatutnya sejelas mungkin. Contohnya sasaran GPS 2015 ialah 1.00, realitinya apakah GPS pada tahun 2014?

Boleh melibatkan kemahiran, pengetahuan dan sumber yang klien ada untuk mencapai sasaran. Contohnya, tahap kemahiran guru/murid yang ada untuk mencapai sasaran GPS 1.00

Obstacles : Halangan

Senaraikan faktor yang menghalang klien untuk mencapai sasaran

Coach dan klien hendaklah mengenal pasti halangan tertentu yang menganggu klien untuk bergerak mencapai sasaran

Halangan boleh disebabkan oleh orang lain, faktor dalaman klien atau mungkin kekurangan sumber masa, kewangan, kemahiran dan sokongan

Option : Pilihan Senaraikan pilihan yang ada untuk mengatasi setiap halangan

Jika halangan telah dikenal pasti dan jelas, maka tentulah mudah mencari jalan melepasinya

Halangan perlu diatasi satu persatu

Contohnya, jika kemahiran guru menjadi satu halangan untuk mencapai GPS 1.00, apakah option yang ada untuk mengatasinya.

Will or Wrap Up Or What Next

Coach dan klien bersetuju untuk menyenaraikan tindakan seterusnya

Setiap option/pilihan dibuat tindakan seterusnya satu persatu

Klien hendaklah menyelesaikan tindakan tersebut dalam tempoh tertentu

Coach hendaklah sentiasa membantu dan menyokong klien melaksanakan tindakan seterusnya Rumusan :

Pengguna boleh mendapatkan Aplikasi Model GROW melalui Pegawai Meja di daerah masing-masing atau menghubungi Unit Dokumentasi , Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

CARTA ALIR PENGGUNAAN MODEL GROW

MANUAL PENGGUNAAN MODEL GROW VERSI 4.0

Untuk menggunakan Model GROW sekolah perlu menyediakan data

GPS (Gred purata Sekolah) dan GPMP(Gred purata Matapelajaran) peperiksaan percubaan sekolah 5 tahun terakhir

GPS dan GPMP pepriksaan awam (UPSR/PT3/SPM DAN STPM) 5 tahun terakhir

Keputusan peperiksaan tahun 5/tingkatan 2 dan tingkatan 4 tahun sebelum.

Panduan Penggunaan Model GROW:

1. Buka paparan Buku Kerja Model GROW seperti ditunjukkan.

Masukkan Kod Sekolah, Tahun Penilaian dan nama Sekolah.

Pilih Sekolah rendah atau menengah untuk ke paparan seterusnya.

Selepas memilih sekolah rendah atau menengah paparan seterusnya seperti ditunjukkan.Bagi tujuan latihan kita akan menggunakan data sekolah rendah .

Mulakan dengan memilih data asas dan suatu paparan baru akan ditunjukkan yang mengandungi TOV, ETR, AR1, AR2, AR3 serta rumusan.

Klik pada petak kecil TOV dan isikan maklumat yang diperlukan untuk menentukan TOV iaitu dengan mengisi bilangan calon yang menduduki peperiksaan akhir tahun lepas. Bagi tujuan ini data calon perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan memastikan bilangan calon tahun lalu sama dengan bilangan calon yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Hanya isikan maklumat di petak kuning sahaja. Selepas mengisi maklumat TOV klik pada ETR dan isikan maklumat ETR seperti dipaparan.

Bagi data AR1, AR2 dan AR3 data hanya perlu disi selepas keputusan peperiksaan Percubaan 1, Percubaan 2 dan Percubaan 3 diperolehi.

Selepas mengisi data TOV dan ETR pilih dan klik pada ikon G. Paparan baru mengenai Goal Setting akan ditunjukkan. Isikan maklumat pada petak kuning mengenai keputusan peperiksaan sebenar UPSR dan sasaran UPSR beberapa tahun kehadapan. ( Tahun akan ditunjukkan bila mana pihak sekolah membuat setting awal di muka hadapan). Pihak sekolah juga diminta mengisi Skor PKS SKPM mengikut tahun penilaian untuk membolehkan sistem memberikan skor komposit dan band sekolah.

Selepas G pilih ikon R iaitu Reality Checking. Pada bahagian ini terdapat dua komponen utama iaitu TREND dan POTENSI. Pilih dan klik ikon TREND. Pihak sekolah diminta mengisi maklumat GPS peperiksaan percubaan dan GPS UPSR sebenar 5 tahun terakhir untuk dipenuhkan termasuk GPMP bagi setiap mata pelajaran. Sistem akan menjana nilai purata pencapaian peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar yang kemudian akan digunakan untuk memberi gambaran potensi calun berasaskan analisis trend.

Untuk menentukan potensi calon mengikut mata pelajaran, data percubaan dan peperiksaan sebenar UPSR selama 5 tahun mesti diperolehi. Melalui data ini suatu nilai purata boleh dicari seperti ditunjukkan dalam Jadual di bawah.

Menggunakan konsep perkadaran nisbah suatu anggaran potensi calon mengikut mata pelajaran boleh ditentukan seperti mana formula yang ditunjukkan dalam Jadual Analisis Trend Potensi Calon. Perbezaan nilai GPS yang diingini dengan nilai GPS potensi memberikan nilai Jurang Potensi yang menggambarkan usaha-usaha yang perlu ditambah oleh panitia untuk memastikan keputusan sebenar dan keputuasn seterusnya ( AR1, AR2, AR3) dapat di capai.

11. Selepas mengisi data di paparan TREND klik pada ikon POTENSI. Suatu paparan akan ditunjukan di mana sistem telah generate maklumat yang menunjukkan potensi sebenar calon pada tahun penilaian. Pihak sekolah boleh membuat penjajaran semula sekiranya potensi calon lebih tinggi dari sasaran GPS yang di tetapkan sebelumnya. Proses yang sama boleh diulang selepas sekolah mendapat keputusan peperiksaan percubaan AR1, AR2 dan AR3.

Jika Purata GPS Percubaan UPSR = X

Dan Purata GPS Peperiksaan sebenar UPSR = Y

Jika TOV UPSR 2015 = A

Dan GPS Potensi Calon 2015 = B

Maka : B = ( A x Y ) / X

12. Selepas membuat analisis dan penjajaran semula sasaran pihak sekolah boleh menyemak kedudukan program sekolah yang disediakan atau mencari pendekatan baru untuk memperbaiki prestasi pencapaian sekolah termasuk mata pelajaran yang menjadi faktor kritikal.

Pilih ikon O dan skrin akan memaparkan maklumat GPS mata pelajaran dengan nilai TOV, ETR dan AR. Juga kolum Obstacle dan Option ditunjukkan. Isikan maklumat yang difikirkan sesuai berdasarkan perbincangan antara panitia mengenai isu utama yang di hadapi dan cadangan penyelesaiannya.

Analisis Jurang / Masalah

BilJurang / Masalah / IsuPrestasi / Realiti SemasaSasaran hasil dalam tempoh 100 hari

Pelan Tindakan

Sasaran tahun _____

ProgramPihak bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh Tamat Kos/Sumber (RM)

JPNPPDSekOS21000OS29000Jumlah

Pelan Operasi

BilSasaran dalam tempoh ________

ProgramPihak bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh

TamatKos/Sumber (RM)

JPNPPDSek

BilKaedah / Langkah-langkah pelaksanaanPihak bertanggungjawabTarikh Mula Tarikh Tamat Hasil/Impak

JPNPPDSek

Klik sheet DATA ASAS

Masukkan Nama Sekolah di cell E4.

Buka fail GROW - Buku Kerja.xlsx

DATA ASAS: Pilih kolum Peperiksaan Awam yang ditawarkan di sekolah anda (UPSR/PT3/SPM) dan masukkan data:

TOV (Peperiksaan Akhir Tahun 2015)

ETR 2015

AR1 (Ujian 1 2015)

AR2 (Peperiksaan Pertengahan tahun 2015)

AR3 (Peperiksaan Perubaan 2015)

Sila tambah mata pelajaran di Jadual TOV.

GOAL SETTING: Klik sheet GOAL. Pilih SATU jadual sahaja mengikut gabungan Peperiksaan Awam yang ditawarkan dan masukkan data di ruang kuning. Sila pastikan GPS 2015 sama dengan GPS bagi ETR 2015 (DATA ASAS).

REALITY CHECKING: Pilih dan klik sheet TREND UPSR/TREND PT3/TREND SPM mengikut peperiksaan yang ditawarkan.

Masukkan purata tiga tahun GPMP setiap mata pelajaran bagi Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan UPSR/PT3/SPM di ruang kuning.

REALITY CHECKING: Klik sheet TREND CALON. Masukkan purata tiga tahun GPS bagi Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM di ruang kuning.

OPTION - PENJAJARAN SEMULA MENUJU SASARAN UPSR: Sediakan senarai calon mengikut ranking bagi setiap mata pelajaran berasaskan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 (AR2).

Pilih dan klik sheet OPTION UPSR/OPTION PT3/OPTION SPM mengikut peperiksaan di sekolah anda.

Masukkan bilangan mengikut gred bagi mencapai sasaran GPMP setiap mata pelajaran dan GPS dalam Peperiksaan Percubaan (AR3).

Tamat

Jurang Potensi : Ditukar kepada nilai peratus yang membawa maksud usaha yang perlu dilakukan/ ditingkatkan untuk mencapai sasaran yang diinginkan.

Contoh : 0.25 x100% = 25%.

Jika sebelumnya ada 100 soalan latihan seminggu, maka tahun ini perlu ditambah menjadi 125 soalan seminggu.

21Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak

Fly Kenyalang Fly, Fly High