program pendedahan teknik menjawab soalan pmr khb2011
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
(PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL)TAHUN 2010
DI SEDIAKAN OLEH:
PUAN ROHANA BINTI JANTANGURU CEMERLANG
GURU MATA PELAJARAN KHBSMK DATO’ HAJI TALIB KARIM78000 ALOR GAJAH, MELAKA
18hb. OGOS SEHINGGA 30hb. SEPTEMBER, 2011
- 1 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011
KERTAS KERJA PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL TAHUN 2011
1.0 PENGENALAN
Semua pelajar-pelajar disekolah ini adalah wajib mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam Peperiksaan PMR. Oleh itu, dalam dalam usaha pihak sekolah untuk melihat peningkatan prestasi pelajar-pelajar PMR khasnya bagi mata pelajaran KHB-KT bagi tahun 2011 maka program ini telah pun di rancang dengan teratur dan akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh GC Panitia KHB SMK Dato Haji Talib Karim agar semua pelajar mendapat manfaatnya.
Sesungguhnya kejayaan setiap pelajar adalah perkara yang paling menggembirakan bagi semua guru. Oleh itu, pelajar dan guru mestilah bersama-sama bekerjasama dalam setiap usaha yang dilakukan. Insyaalah setiap pengorbanan pasti menjanjikan kejayaan.
2.0 MATLAMAT
Memberi peluang kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 pada tahun ini mengikuti program yang telah dirancang ini dalam usaha menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada, mengetahui teknik menjawab soalan dengan cara yang betul, mengadakan sessi perbincangan antara guru dan pelajar serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
Untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR 2011 bagi mata pelajaran KHB untuk pilihan Kemahiran Teknikal.
Untuk memberi latih tubi terancang dan sessi perbincangan dalam usaha untuk membantu pelajar menjawab 4 Set soalan-soalan KHB mengikut kelas masing-masing (3RK1, 3 RK2, 3A).
Untuk memastikan semua pelajar telah pun menguasai topik-topik pelajaran di tingkatan 1, 2 dan 3 dengan melakukan aktiviti ulangkaji berfokus.
4.0 SASARAN
- 2 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011
Sasaran bagi program ini ialah:
Semua pelajar-pelajar dari tingkatan 3RK 1, 3RK2 dan 3A yang akan mengambil PMR 2011 bagi mata pelajaran KHB pada tahun ini.
Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar yang memilih pilihan Kemahiran Teknikal.
Senarai nama pelajar mengikut kelas sila rujuk lampiran A.
5.0 PENGANJUR PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh oleh:
Guru CemerlangPanitia Kemahiran Hidup BersepaduSMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.
6.0 JAWATAN KUASA PROGRAM
Penasihat : Pn. Hjh Saminah binti JantanPengerusi : Tn. Hj. Abd. Gafar bin SubohNaib Pengerusi : Encik Mazlan bin Hashim Setiausaha : Pn. Rohana binti Jantan
AJK:
Fasilitator :
Pilihan Kemahiran Teknikal: Puan Rohana Jantan
Penyediaan Set Soalan : Puan Rohana Jantan
7.0 HARI / TARIKH / TEMPAT
Hari : Khamis (3RK1&2), Jumaat (3A)Tarikh : 18hb. Ogos – 30hb. September2011.Masa : 2.00 – 3.00 petang (3RK1&2) 7.40 – 9.00 pagi (3A)Tempat : Kelas 3RK1 dan 3A
8.0 TAKWIM PERLAKSANAAN PROGRAM
- 3 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011
Aktiviti : Ulangkaji 4 set soalan spot KHB-KT PMR 2011
Jadual perlaksanaan program adalah seperti di dalam jadual dibawah.
Jadual perlaksanaan program bagi bulan Ogos dan September 2011:
Tarikh/Hari/Masa Tingkatan Soalan Guru Bertugas18.08.2011Khamis2.00-3.00 pm
3RK13RK2
Set 1 Puan Rohana binti Jantan
19.08.2011Jumaat7.40-9.00 am
3A Set 1 Puan Rohana binti Jantan
25.08.2011Khamis2.00-3.00 pm
3RK13RK2
Set 2 Puan Rohana binti Jantan
26.08.2011Jumaat7.40-9.00 am
3A Set 2 Puan Rohana binti Jantan
08.09.2011Khamis2.00-3.00 pm
3RK13RK2
Set 3 Puan Rohana binti Jantan
09.09.2011Jumaat7.40-9.00 am
3A Set 3 Puan Rohana binti Jantan
15.09.2011Khamis2.00-3.00 pm
3RK13RK2
Set 4 Puan Rohana binti Jantan
23.09.2011Jumaat7.40-9.00 am
3A Set 4 Puan Rohana binti Jantan
** Tarikh tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
9.0 PENUTUP
- 4 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011
Dengan semangat kerjasama yang jitu, komitmen yang positif serta minat dan kesungguhan dari guru dan pelajar-pelajar yang bergabung tenaga untuk menjayakan program ini diharap akan dapat mencapai sasaran serta objektif yang telah gariskan. Dengan penyertaan pelajar-pelajar di dalam program ini juga diharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam membuat persiapan diri sebelum tibanya hari peperiksaan, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar dan menguasai semua topik mata pelajaran KHB-KT, seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar bagi mata pelajaran KHB-KT. Dengan ini sudah pasti akan melonjakkan peratus keputusan peperiksaan bagi matapelajaran KHB-KT, PMR 2011 nanti. Insyaalah.
Di sediakan Oleh: Di Sokong Oleh:
.........................................................Puan Rohana binti JantanGuru CemerlangUnit Panitia KHB 2011 Di sahkan Oleh:SMK Dato Haji Talib Karim
LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PELAJARPROGRAM PPENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
- 5 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP-PILIHAN KEMAHITAN TEKNIKAL TAHUN 2010
SMK DATO’ HAJI TALIB KARIM
KUMPULAN PELAJAR : 3RK1/3RK2/3A
BIL. NAMA PELAJAR TINGKATAN KEHADIRAN1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Di sahkan oleh:
…………………………………………………………………….
(PUAN ROHANA BINTI JANTAN)
S/U PROGRAM KHB TAHUN 2011
- 6 -PROGRAM PENDEDAHAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP –PILIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL Created by:RJ/P.KHB/OGOS/2011