persepsi pelajar 4 sph di universiti teknologi · pdf filesoal selidik yang dibina bagi...

24

Upload: truongcong

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan
Page 2: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan
Page 3: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KESEDARAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

RADIAH BT MD YASIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan
Page 5: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Untuk suami tercinta Segala pengorbanan, pengertian dan kasih sayangmu

Tidak sekali akan ku persiakan Tidak tergambar dengan kata-kata

Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Terima Kasih kerana memahami diri ini.

Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,

Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati

Doamu memberikanku kekuatan dan kesejahteraan

Dalam menempuh ranjau sepanjang jalan ini….

Buat kakak dan sekalian adikku

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan Kejayaan ini adalah kerjayaan bersama

Ya Allah

Syukurku tak terhingga……….atas segala limpah kurniaMu.

Page 6: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…...

Sebagai pembuka bicara, rasa kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, Allah S.W.T.

kerana memberikan kesempatan kepada penulis menyiapkan penulisan ini. Tidak

dilupakan jua kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada pensyarah pembimbing yang dihormati,

En Shahrin bin Hashim kerana memberi kerjasama dan dorongan dalam proses

menyiapkan kajian ini. Segala ilmu dan kemahiran yang dicurahkan akan digunakan

sebaik mungkin. Selaku penyelia kepada kajian projek ini beliau banyak

membimbing, memberi tunjuk ajar serta memberi sokongan padu yang berterusan

kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Buat responden-responden yang terlibat dalam kajian ini ribuan terima kasih yang

tidak terhingga diucapkan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan

kepada penulis untuk menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung. Penulis sekali lagi memohon sepuluh jari

memohon maaf dan ucapan terima kasih yang tidak terkira. Semoga keikhlasan yang

diberikan mendapat keberkatan dariNya.

Wassalam.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar 4 SPH sesi 2007/2008 di

Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesedaran dalam bidang keusahawanan.

Responden kajian ini terdiri daripada 123 orang. Instrumen yang digunakan ialah

soal selidik yang dibina bagi menjawab empat persoalan kajian. 40 item digunakan

dalam kajian ini. Keesahan item dalam soal selidik telah dilakukan oleh seorang pakar

dalam bidang ini. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dalam kajian rintis dan

nilai Alpha Crobach yang diperolehi ialah 0.94. Data di analisis menggunakan

Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai min,

kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai

kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan bidang keusahawanan. Nilai

keusahawanan dan faktor persekitaran juga berada pada tahap yang tinggi, manakala

kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan berada tahap yang sederhana.

Penyelidik mensyorkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk

mempertingkatkan keberkesanan dalam menanam minat terhadap bidang

keusahawanan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the perceptions of 4 SPH students

for 2007/2008 session at Universiti Teknologi Malaysia towards the awareness of

entrepreneurship. There were 123 respondents of this study. The instrument used was

questionnaire which was developed to response to four research questions. Forty

items used in this research. The validity of the items in the questionnaire has been

carried out by an expert in this field. The realibility of the questionnaire has been

piloted and the value of Alpha Crobach obtained was 0.94. Furthermore, the data were

analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 14.0 to find the

value of mean, frequency and percentage. The findings of this study indicates that the

students have high awareness towards the importance of entrepreneurship. The

entrepreneurship value and the surrounding factor were also at the high level

meanwhile the students’ tendency towards entrepreneurship were at the average level.

In addition, the researcher recommended several suggestions which were appropriate

to improve the effectiveness in inculcate student’s interest towards entrepreneurship.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

STATUS PENGESAHAN TESIS -

PENGAKUAN PENYELIA -

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

Page 10: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

viii

1.8 Takrifan 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kepentingan Bidang Bidang Keusahawanan 13

2.3 Kepentingan Budaya Keusahawanan 16

2.4 Faktor Kecenderungan dalam Bidang

Keusahawanan 18

2.5 Faktor Persekitaran 21

2.6 Nilai Keusahawanan 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka bentuk Kajian 27

3.3 Persampelan Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Tempat Kajian 31

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Penganalisisan Data 32

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A 34

4.3 Analisis Bahagian B 38

4.4 Kesimpulan 53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan Bahagian A 55

5.3 Perbincangan Bahagian B 56

5.4 Cadangan 67

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 68

5.6 Rumusan dan Kesimpulan 69

Page 11: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

ix

RUJUKAN 71

Lampiran A – B 78 - 84

Page 12: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

x

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 30

3.2 Jadual penganalisisan responden 33

3.3 Tahap penilaian responden berdasarkan nilai min 38

4.1 Profil responden mengikut jantina 34

4.2 Profil responden mengikut umur 35

4.3 Profil responden mengikut bangsa 35

4.4 Profil responden mengikut latar belakang

keluarga berniaga

36

4.5 Profil responden yang mempunyai pengalaman

berniaga

36

4.6 Profil responden mengikut tempoh pengalaman

perniagaan.

37

4.7 Profil responden dalam menyertai kelab atau

persatuan keusahawanan.

37

4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus

dan min kecenderungan pelajar terhadap bidang

keusahawanan.

39

4.9 Taburan bilangan responden mengikut tahap

kecenderungan Pelajar terhadap bidang

keusahawanan.

41

4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus

dan min faktor persekitaran yang mempengaruhi

pelajar cenderung dalam bidang keusahawanan.

42

Page 13: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

xi

4.11 Taburan bilangan responden mengikut tahap

faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar

cenderung dalam bidang keusahawanan.

45

4.12 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus

dan min kesedaran tentang kepentingan bidang

keusahawanan.

46

4.13 Taburan bilangan responden mengikut tahap

kesedaran pelajar terhadap kepentingan bidang

keusahawanan.

48

4.14 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus

dan min nilai keusahawanan yang dimiliki oleh

pelajar.

49

4.15 Taburan bilangan responden mengikut tahap nilai

keusahawanan yang dimiliki oleh Pelajar.

52

4.16 Taburan keseluruhan persoalan kajian mengikut

min dan peratusan.

53

Page 14: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Pembangunan Usahawan di Malaysia 23

3.1 Rekabentuk Kajian yang digunakan 28

5.1 Taburan min mengikut kecenderungan pelajar

terhadap bidang keusahawanan.

57

5.2 Taburan min mengikut faktor persekitaran. 59

5.3 Taburan min mengikut kesedaran kepentingan

bidang keusahawanan.

62

5.4 Taburan min mengikut nilai keusahawanan. 64

Page 15: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

xiii

SENARAI SINGKATAN

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kerujuteraan

ICT - Teknologi Komunikasi dan Maklumat

IPT - Institut Pengajian Tinggi

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-9

R&D - Penyelidikan dan Pembangunan

SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

SPSS - Statistic Package for Social Science

STP - Kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

xiv

SENARAI SIMBOL

n - Bilangan responden

% - Peratus

f - Frekunsi / Kekerapan

Page 17: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 78

B Surat Pengakuan Universiti 83

C Keputusan Ujian Rintis (Alpha) 84

Page 18: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Keusahawanan dan usahawan memainkan peranan yang kritikal dalam

membangunkan ekonomi sesebuah negara. Ia berhubung dengan kepentingan dan

keperluan hidup terhadap kelebihan memperbaharui dan mempelbagaikan ekonomi

serta mencipta pekerjaan baru. Berdasarkan kandungan yang termaktub dalam Dasar

Ekonomi Baru pada tahun 1970 yang menyatakan tentang penyusunan semula

ekonomi dan membasmi kemiskinan. Penyusunan semula ekonomi ini lebih kepada

untuk menyeimbangkan peratusan penglibatan rakyat negara ini ke dalam bidang

perniagaan mengikut bangsa. Maka di sini, jelaslah menunjukkan bahawa bidang

keusahawanan itu penting dan mempunyai skop yang luas.

Secara umumnya, mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan adalah

terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa. Ini bersesuaian dengan demografi

masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

2

Majoriti masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada golongan belia, iaitu

dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun. Khairudin (1996) menyatakan, selaras

dengan matlamat negara kita yang menuju ke arah negara perindustrian dan

seterusnya negara maju pada tahun 2020. Malaysia memang memerlukan penglibatan

dan sumbangan para usahawan terutama di kalangan generasi muda untuk mendapat

pendidikan formal dalam bidang tersebut.

Mahasiswa adalah merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam

golongan belia. Oleh yang demikian, adalah menjadi perkara yang penting dalam

menerapkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa kerana mereka merupakan

generasi pelapis usahawan yang bakal menerajui dan membangunan ekonomi negara.

Hubungan mahasiswa dan keusahawanan jelas dapat dilihat apabila semua pelajar

universiti awam tempatan akan diwajib mengikuti kursus keusahawanan sebagai

persediaan menceburi bidang perniagaan serta meningkatkan daya saing dalam

pasaran kerjaya.(Mohd Fuad, 2003)

Asas pendidikan keusahawanan telahpun bermula diperingkat sekolah rendah

lagi, dan terus berkembang di peringkat yang lebih tinggi. Malah kurikulum bagi

setiap komponen mata pelajaran kemahiran hidup dan rekacipta di sekolah rendah dan

menengah ada mengandungi unsur perniagaan dan keusahawanan bagi memberi

pendedahan pelajar dalam bidang keusahawanan.

Ini dapat dilihat dari matlamat kurikulum Kemahiran Hidup itu sendiri iaitu

kurikulum mensasarkan pelajar boleh memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan

berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-

buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan

budaya kerja yang baik. (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah,

2002).

Page 20: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

3

Dalam peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT), kurikulum keusahawanan

telah diperluaskan lagi. Kursus keusahawanan ditawarkan kepada pelajar adalah

bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep dan teori-teori asas

keusahawanan. Ini melibatkan pelbagai takrif-takrif keusahawanan, sifat

keusahawanan, serta kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seorang

usahawan. Selain itu juga kurikulum ini mengandungi sumbangan usahawan, ciri-ciri

usahawan dan membincangkan contoh semasa usahawan yang berjaya dalam konteks

Malaysia. Perkara yang penting di sini, pelajar diberi pendedahan kepada garis

panduan untuk memulakan perniagaan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

untuk memajukan perniagaan mereka.

Objektif utama kursus keusahawanan ini adalah untuk memupuk nilai

keusahawanan dalam hidup dan mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar ke arah

keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Di akhir kursus ini juga diharapkan pelajar-

pelajar akan dapat:

i. Menjelaskan sejarah latar belakang, konsep-konsep dan teori-teori

keusahawanan.

ii. Memahami bidang keusahawanan.

iii. Membentuk satu wawasan untuk menjadi seorang usahawan dan menghargai

nilai dan budaya keusahawanan dalam profesion mereka.

iv. Memperolehi kemahiran-kemahiran keusahawanan dan pengetahuan yang

penting.

v. Memperolehi kemahiran-kemahiran pembangunan kreativiti dan inovasi

dalam keusahawanan.

vi. Mengenal pasti peluang perniagaan dan mengubahnya ke dalam rancangan

perniagaan.

(Sukatan Pelajaran SPE 3002: Perdagangan dan Keusahawanan)

Jelaslah di sini, kurikulum terus berkembang selaras dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

Page 21: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

4

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahtaraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharomonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam usaha mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020,

kerajaan mula menyedari bahawa faktor kualiti manusia memainkan peranan utama.

Kualiti yang terbaik ini penting dalam menjayakan satu-satu pembangunan lantas

menjana pertumbuhan ekonomi negara. Tumpuan lebih kepada generasi muda yang

merupakan aset terpenting bagi memastikan negara mencapai sasaran dalam era

globalisasi.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke- 9 ( RMK – 9 ) oleh Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi baru–baru ini yang mensasarkan

pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai

impian Wawasan 2020 adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh

semua pihak . Penumpuan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan

kelas pertama iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan

keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk

masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Dalam konteks pendidikan, pembangunan modal insan bertujuan memastikan

anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi

penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar

akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi

komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis

serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,

mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga

dan masyarakat. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Page 22: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

5

Dalam konteks lebih luas, modal insan bertujuan mencorak halatuju negara ke

arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia yang berkualiti, sesebuah

negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada

inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya. Di sini jelaslah bahawa

pembangunan modal insan adalah satu langkah dalam melahirkan individu yang

mempunyai nilai-nilai keusahawanan dan seterusnya melahirkan seorang usahawan

yang dapat memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara.

Menurut Mohd Fuad (2003) pendidikan keusahawanan diwajibkan kepada

semua pelajar universiti untuk melahirkan graduan yang berani dan berdikari serta

meneroka kerjaya baru, bukan bergantung untuk bekerja dengan kerajaan semata-

mata.Oleh yang demikian, kerajaan berusaha merangka pelbagai program untuk

membantu kumpulan usahawan yang berpotensi. (Muhamad Ismail, 2004).

Bidang keusahawanan diterapkan dalam pendidikan sama ada di sekolah

rendah, sekolah menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ia selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang seimbang

dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pelajar-pelajar merupakan

generasi yang akan membangunkan negara dalam mencapai wawasan 2020. Negara

berhasrat untuk mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama

pembangunan negara dalam mencapai wawasan 2020.

Menurut Mustafa (2007), tumpuan yang lebih besar akan diberikan kepada

usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan

kemahiran serta mempunyai nilai modal dan etika yang utuh. Bagi tujuan itu,

penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan

pembelajaran sepanjang hayat akan terus dilaksanakan disamping penekanan terhadap

pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan

untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

6

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada menyatakan bahawa bagi teras

membangunkan modal insan, tumpuan diberikan bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya

memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan keupayaan.

(Utusan Malaysia 17 Januari 2007).

Teras ini menunjukkan nilai-nilai keusahawanan yang perlu di pupuk dan

dibudayakan kepada setiap individu di peringkat sekolah rendah lagi dan seterusnya

di peringkat pengajian tinggi.

Teras membangunkan modal insan ini, menunjukkan bahawa nilai-nilai

keusahawanan itu perlu dipupuk dan dibudayakan kepada seorang individu di

peringkat sekolah rendah lagi dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi. Ini selaras

dengan objektif Pelan Penambahbaikan Pengajian Tinggi iaitu bertujuan

mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasakan pengajian

tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada

nasional dan antarabangsa menjelang 2020 dan selepas itu Malaysia dijadualkan

mencapai status negara maju.(Abdul Rahman, 2007).

Oleh itu bidang keusahawanan memainkan peranan penting dalam

membangunkan modal insan. Beberapa strategi telah dirangka untuk menjadikan

pendidikan sebagai landasan dalam membangunkan modal insan. Ini kerana nilai

keusahawanan amat diperlukan untuk menjadi insan yang berjaya selaras dengan

pelan induk pembangunan pendidikan yang berkehendak melahirkan tenaga kerja

yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR 4 SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI · PDF filesoal selidik yang dibina bagi menjawab ... pelajar diberi pendedahan kepada garis panduan untuk ... masyarakat berbudaya dan

7

1.3 Penyataan masalah

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap kesedaran dalam

bidang keusahawanan. Penyelidik ingin mengenal pasti sejauh manakah

kecenderungan pelajar kepada bidang keusahawanan di samping faktor persekitaran

yang mempengaruhi kecenderungan pelajar dalam bidang keusahawanan. Kajian juga

bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran pelajar mengenai kepentingan bidang

keusahawanan dan mengenalpasti nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar

tersebut.

1.4 Objektif

Tujuan kajian ini dibuat untuk meninjau dan mengenal pasti :

(i) mengenalpasti kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan.

(ii) mengenalpasti faktor persekitaran mempengaruhi pelajar cenderung dalam

bidang keusahawanan.

(iii) mengenal pasti kesedaran pelajar tentang kepentingan bidang

keusahawanan.

(iv) mengenal pasti nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan berikut :

(i) Apakah kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan?

(ii) Apakah faktor persekitaran mempengaruhi pelajar cenderung dalam

bidang keusahawanan?

(iii) Apakah kesedaran tentang pelajar kepentingan bidang keusahawanan?

(iv) Apakah nilai keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar?