program latihan asig pj

Upload: sksp-rompin

Post on 05-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    1/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Sekapur Sirih

    Selayang Pandang

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

    Syukur Alhamdulillah, kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan

    yang diberi.

    `Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan saya yang

    telah banyak memberikan bantuan dan dorongan kepada

    saya untuk meneruskan perjuangan mencapai apa yang dicita-cita selama

    ini.

    Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat

    EN. RAMLEE BIN ISMAIL (totur)

    Pihak IPTAA dan OUM

    yang telah membantu saya ,memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk

    tujuan penghasilan satu tugasan yang sempurna. Insyallah.

    Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, meskipun seberat zarah ,

    akan dilihat-Nya kebajikan itu

    - 1 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    2/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    ISI KANDUNGAN

    Program Latihan Bagi Atlit Olahraga (1500m)

    Pengenalan ms 2

    Objektif Latihan ms 3

    Data Program Latihan Atlit

    Fasa-Fasa Latihan ms 5

    Jenis Latihan, Rasional, Objektif Dan Aktiviti yang

    Perlu Bagi Atlit Olahraga 1500m ms 7

    Faktor-faktor Latihan ms 9

    Program Latihan Jarak Sederhana 1500m ms 10

    Biblografi ms 12

    Lampiran

    - 2 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    3/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Program Latihan Bagi Atlit Olahraga ( 1500 meter).

    1.0 Pengenalan

    Olahraga adalah salah satu sukan yang terkenal di Negara kita. Dalam sukan

    olahraga ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara balapan dan padang. Salah satu acara

    balapan ialah acara 1500 meter.

    Acara 1500 meter ini adalah acara larian jarak sederhana. Acara ini memerlukan

    daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, koordinasi, kelenturan, kekuatan dan taktik

    yang baik. Atlit yang menyertai pertandingan ini harus mempunyai persediaan yang rapi

    dari aspek fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan dalam acara ini.

    Jurulatih merupakan pemangkin atau pencetus semangat ke arah peningkatan

    prestasi seseorang atlit. Oleh sebab itu, seorang jurulatih perlu merangka satu program

    yang tersusun serta sistematik dan bersaintifik supaya atlit yang dilatih dirancang untuk

    mencapai kejayaan yang maksimum.

    Program latihan yang disediakan harus merangkumi fasa persediaan, fasa pra

    pertandingan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa mempunyai tujuan dan

    objektif tertentu. Penyusunan program latihan ini perlu merangkumi keseluruhan aspek

    kecergasan fizikal yang berkaitan. Penekanan kaedah latihan akan berubah mengikut fasa-

    fasa yang ditetapkan.

    Di sini disediakan satu Program Latihan dalam tempoh setahun untuk rujukan

    jurulatih sebagai panduan persediaan atlit pada peringkat Persediaan Umum, Persediaan

    Khusus, Pra Pertandingan, Pertandingan dan Transisi. Program ini memberi penekanan

    dalam aspek isipadu, intensiti, psikologi dan pemakanan.

    - 3 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    4/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    2.0 Objektif Latihan

    Objektif Program Latihan

    Fasa ini lebih menumpukan kepada aspek-aspek persediaan atlit dari segi daya

    tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, metal, teknik dan taktik dalam sesuatu

    pertandingan. Kekerapan latihan dan intensiti akan ditambah atau dikurangkan berdasarkan

    kepada fasa latihan yang dibuat oleh jurulatih untuk mendapatkan waktu puncak semasa

    pertandingan. Pada peringkat Fasa Persediaan intensiti latihan semakin meningkat dan

    isipadu latihan juga meningkat. tetapi pada peringkat Fasa Pertandingan, intensity tetap

    meningkat dan isipadu latihan sahaja yang beransur kurang. Perlaksanaan program ini

    bertujuan;

    a. Meningkatkan daya tahan otot dan kekuatan otot

    b. Menyesuaikan atlit dengan pertandingan sebenar.

    c. Memperbaiki kelemahan dan mengenalpasti kekuatan atlit.

    d. Menyusun strategi dan taktik.

    Jenis-Jenis Latihan yang dicadangkan.

    a. Latihan Litar

    b. Latihan Jeda

    c. Latihan LSD

    d. Latihan Bebanan

    e. Latihan Fartlek

    - 4 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    5/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Objektif latihan terbahagi kepada

    2.1 Objektif Umum

    Objektif utama program latihan ini adalah untuk meningkatkan daya tahan

    diri seseorang atlit. Kaedah latihan yang dijalankan lebih untuk membina daya

    tahan otot, daya tahan kardiovaskular, sistem anaerobik, koordinasi, kekuatan dan

    teknik yang betul. Masa yang secukupnya harus diperuntukan untuk membolehkan

    badan mengadaptasikan kepada tuntutan latihan fizikal dan pertandingan yang

    dihadapi

    2.2 Objektif Khusus

    Program latihan ini khusus ditumpukan kepada persiapan atlit untuk

    menyertai pertandingan dengan keadaan yang cukup bersedia. Semua aspek

    kecergasan diberi penekanan khusus melalui fasa-fasa latihan yang dirangka selama

    enam minggu. Program ini juga berobjektifkan bahawa seseorang atlit akan

    bersedia dari segi psikologi disamping dari segi fizikal. Setiap atlit yang dipilih

    perlu mempunyai data program latihan yang terperinci bagi mengenalpasti tahap

    pencapaian maksimum dan kelemahan yang boleh diperbaiki sebelum pertandingan

    sebenar. Contoh seperti di bawah

    - 5 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    6/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    DATA PROGRAM LATIHAN ATLIT

    Nama : Abu Bakar B. Mat Ali

    Jenis Pertandingan : Olahraga (1500 meter)

    Jantina : Lelaki

    Umur : 18 Tahun

    Pasukan : MSSD Kuala Rompin

    Kejohanan : MSSM

    Tarikh Kejohanan : 29 Ogos 2009

    Tahap Kecergasan : Sederhana

    Tahap Kekuatan : Sederhana

    Tempoh Latihan : 1 Tahun

    Tarikh mula berlatih : 2009

    Masa Latihan : 7.00 9.00 pagi

    5.00 7.00 petang

    Fasa Fasa Latihan.

    A. Fasa Persediaan Umum.

    Fasa ini menekankan kecergasan fizikal umum atlet. Dalam fasa ini atlet ini

    bersedia untuk menyesuaikan fizikal terhadap bidang sukan yang telah beliau ceburi ini.

    Dalam fasa ini isi padu latihan meningkat daripada 85 % ke 100 % manakala intensity

    latihan pula sederhana iaitu 40 % hingga 70 %. Jangka masa latihan pula ialah 12 minggu.

    B. Fasa Persediaan Khusus.

    - 6 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    7/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Fasa persediaan khusus menfokuskan komponen yang terpenting dalam semua

    latihan sukan. Fasa ini melatih dan meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam acara ini.

    Fasa ini juga memperlengkapkan atlet ini pada aspek psikologi untuk menghadapi tekanan

    atau stress disamping meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal atlet ini. Dalam fasa ini

    intensiti dan isi padu latihan dipertingkatkan lagi.

    C. Fasa Pra-Pertandingan.

    Dalam fasa ini, atlet didedahkan dalam bentuk pertandingan yang sebenar denagn

    menyertai larian jemputan dan sebagainya. Intensiti dan isi padu latihan lebih kepada

    bentuk latihan bebanan.

    D. Fasa Pertandingan.

    Dalam hal ini, atlet perlu mempamerkan prestasi dan semangat kesukanan yang

    tinggi semasa pertandingan. Atlet ini harus bersedia mengatasii tekanan pertandingan dan

    mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Dalam fasa ini, atlet ini akan berusaha

    mencapai target yang telah ditetapkan dalam program latihan tahunan selari dengan format

    pertandingan yang telah ditetapkan.

    Persediaan

    fasa

    Persediaan

    Fizikal

    Persediaan

    teknik

    Persediaan

    taktik

    Persediaan

    Psikologi

    - 7 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    8/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Persediaan

    Umun70 % 30 % - -

    Persediaan

    Khusus60 % 25 % 10 % 5 %

    Pra

    Pertandingan

    45 % 25 % 20 % 10 %

    Pertandingan 20 % 20 % 40 % 20 %

    Transisi 90 % 10 % - -

    Komponen-Komponen dalam Latihan

    3.0 Jenis Latihan, Rasional, Objektif dan Aktiviti yang perlu bagi atlit Olahraga

    (1500m)

    Bagi acara jarak sederhana seperti 1500 meter, atlit memerlukan kecergasan yang tinggi.

    Komponen kecergasan yang dititikberatkan ialah daya tahan kardiovaskular dan daya tahan

    otot. Pengetahuan tentang sistem-sistem tenaga dan komponen-komponen kecergasan

    fizikal akan membantu menentukan latihan-latihan yang akan dijalankan. Latihan yang

    dijalankan perlu ada prinsip-prinsip yang tertentu mengikut pengkhususan acara.

    Latihan Rasional Objektif Aktiviti

    Litar Tingkatkan semuakomponen kecergasan

    - Tingkatkan dayatahan anaerobic

    - Tingkatkan daya

    tahan otot dankekuatan

    - Tingkatkan

    kordinasi,kelenturan dan

    - Bangkit Tubi- Burpee

    - V-Up

    - Naik turunbangku

    - Lari ulang alik

    - Menjangkau- Lompat gunting.

    - 8 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    9/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    ketangkasan

    Jeda - Senang dijalankan

    - Intensiti dapat dikawal

    - Jeda rehat untuk pemulihan

    - Tingkatkan daya

    tahan

    kardiovaskular- Tingkatkan daya

    tahan otot

    - Tingkatkansystem perjalanan

    kuasa

    - Larian 7 km

    - Larian 5 km

    - Larian 3 km

    LSD - Menyeronokkan - Bina Sistem

    kardiovaskular

    - Tingkatkan dayatahan aerobic

    - Larian 10- 12km

    Latihan

    Bebanan

    - Rintangan bertambah

    berperingkat

    - Tingkat dayatahan

    dan kekuatan otot

    - Leg press

    - Pull down- Leg extension

    - Sit up

    - Runnings arm- Leg curl

    - Steps up

    Fartlek - Kurangkan jemu

    - Sesuai kekalkan

    kecergasan

    - Bina sistem

    aerobik dan

    anaerobik- Tingkatkan

    dayatahan

    kardiovaskular- Tingkatkan daya

    tahan otot

    - Lari perlahan-

    lahan.

    - Lari turun naikanak tangga

    - Striding

    - Pecut- Jalan laju- Kalistenik

    - Skipping

    - Tekan tubi

    Faktor-Faktor Latihan

    a. Persediaan Kecergasan Fizikal

    Dapat meningkatkan kecergasan umun atlet dengan baik

    Menyediakan kemampuan badan atlet ke tahap yang optimum

    - 9 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    10/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    b. Persediaan Teknikal

    Atlet dapat memperbaiki dan menningkatkan lagi keefisienan dan

    kemahiran dalam sesuatu permainan.

    c. Persediaan Taktikal

    Atlet meningkat keupayaan strategi dan taktikal bagi menghadapi sesuatu

    kejohanan. Contohnya masa yang sesuai untuk melakukan pecutan,

    meningkatkan kelajuan larian dan pusingan.

    d. Persediaan Psikologi

    Atlet dapat meningkatkan konsentrasi mental di bawah tekanan dan

    berupaya membuat keputusan di bawah tekanan.

    Atlet dapat meningkatkan keyakinan diri semasa bertanding dan

    memantapkan lagi motivasi instrinsik ( dalaman )

    5.0 PROGRAM LATIHAN JARAK SEDERHANA (1500 meter)

    Jadual Latihan Persediaan Umum (Kitaran Makro Januari - Mac)

    MASA 7.00 9.00 Pagi 5.00 7.00 petang

    - 10 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    11/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    HARI

    Isnin Jeda Larian 5 km- Kederasan sederhana

    Selasa LSD Ujian masa 800 meter dan 1500 meter

    Rabu Litar Rehat Aktif Khamis LSD Larian 3 km- Kederasan sederhana

    Jumaat Jeda Rehat Aktif

    Sabtu Fartlek Merentas desa 7 km

    Ahad Rehat Pasif Rehat Pasif

    Jadual Latihan Persediaan Khusus ( Kitaran Makro April - Jun)

    MASA

    HARI

    7.00 9.00 Pagi 5.00 7.00 petang

    Isnin Jeda Larian 8 km- Kederasan sederhana

    Selasa LSD Ujian masa 800 meter dan 1500 meter

    Rabu Bebanan Rehat aktif

    Khamis Litar Larian 5 km- Kederasan sederhana

    Jumaat Jeda Rehat Aktif

    Sabtu Fartlek Merentas desa 5 km

    Ahad Rehat Pasif Rehat Pasif

    Jadual Latihan Fasa Pra Pertandingan ( Kitaran Makro Julai - Oktober )

    MASA

    HARI

    7.00 9.00 Pagi 5.00 7.00 petang

    Isnin Jeda Larian 5 km- Kederasan sederhana

    Selasa Bebanan Rehat aktif

    Rabu Litar Merentas desa 3 km

    - 11 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    12/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Khamis LSD Larian 3 km- Kederasan sederhana

    Jumaat Taktikal Rehat Aktif

    Sabtu Fartlek Merentas desa 7 km

    Ahad Rehat Pasif Rehat Pasif

    Jadual Latihan Fasa Pertandingan ( kitaran Makro Bulan November)

    MASA

    HARI

    7.00 9.00 Pagi 5.00 7.00 petang

    Isnin Taktikal Larian 3 km- Kederasan sederhana

    Selasa Bebanan Rehat aktif

    Rabu Motivasi Merentas desa 3 km

    Khamis LSD Larian 3 km- Kederasan sederhana

    Jumaat Jeda Rehat Aktif Sabtu Motivasi / taktikal Merentas desa 5 km

    Ahad Rehat Pasif Rehat Pasif

    Jadual Latihan Fasa Transisi (Kitaran Makro Bulan Disember)

    MASA

    HARI

    7.00 9.00 Pagi 5.00 7.00 petang

    Isnin Jeda Rehat Aktif

    Selasa Bebanan Rehat aktif Rabu Motivasi Rehat Aktif

    Khamis Rehat Aktif Larian 3 km- Kederasan sederhana

    Jumaat Jeda Rehat Aktif

    Sabtu Rehat Aktif Merentas desa 3 km

    Ahad Rehat Pasif Rehat Pasif

    Bibliografi

    Baechle, T.R. (1994).Essential of Strenght Training and Conditioning.

    Champaign. 11. Human Kinetics.

    Corbin, C.B. & Lindsey, R. (1994). Concepts of Physical Fittness With Laboratories 8th

    ed. Dubuque, Lowa: Brown & Benchmark

    - 12 -

  • 7/31/2019 Program Latihan ASIG PJ

    13/13

    MOHAMAAD ZAINAL B. MUDA

    700301-11-5555

    Fouzee H.A. (1989).Latihan Fizikal, Pendekatan JasmaniKuala Lumpur, Penerbitan Sri Maju. Sdn. Bhd

    Melvin H. Williams (2002). Nutrition For Health, Fitness & Sport, United States:McGraw-Hill

    Tudor O. Bompa (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training 4th

    edition, United States: Human Kinetics

    Vasudevant T. Arasoo (1993). Olahraga Acara Balapan.Kuala Lumpur, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    - 13 -