program jejak seni en zul

12
PROGRAM JEJAK SENI WARISAN PANTAI TIMUR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SMK CHERAS JAYA 2014 1.0 PENGENALAN Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Cheras Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan ke Terengganu sebagai satu langah mnjejaki seni warisan negeri Pantai Tmur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama program lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali keunikan budaya negeri Terengganu. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik yang penuh dengan pengetahuan dan sejarah nenek moyang terdahulu sehingga menjadi warisan generasi kini. 3.0 OBJEKTIF Di akhir progam ini pelajar diharapkan dapat: 3.1 Membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian. 1

Upload: fauzi-kasmiran

Post on 17-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jejak seni

TRANSCRIPT

Page 1: Program Jejak Seni en Zul

PROGRAM JEJAK SENI WARISAN PANTAI TIMUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN

SMK CHERAS JAYA 2014

1.0 PENGENALAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Cheras Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan ke Terengganu sebagai satu langah mnjejaki seni warisan negeri Pantai Tmur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali keunikan budaya negeri Terengganu. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik yang penuh dengan pengetahuan dan sejarah nenek moyang terdahulu sehingga menjadi warisan generasi kini.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir progam ini pelajar diharapkan dapat:

3.1 Membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian. 3.2 Membuka minda pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru. 3.3 Menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat dan dunia luar. 3.4 Menjadi inspirasi kepada pelajar untuk sentiasa menambah ilmu pengetahuan.

4.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, Maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, program seperti ini merupakan satu

1

Page 2: Program Jejak Seni en Zul

aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

5.0 SASARAN

Program ni disasarkan kepada

1. 32 orang pelajar pendidikan khas2. 7 orang guru3. 3 orang pembantu pengurusan murid

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Ogos 2014 -28 Ogos 2014Hari : Selasa - KhamisTempat : Kuala Terengganu, Terengganu.

7.0 AHLI JAWATANKUASA(Rujuk Lampiran 1)

8.0 TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB

( Rujuk Lampiran 2)

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran 3)

10.0 TENTATIF PROGRAM

( Rujuk Lampiran 4)

2

Page 3: Program Jejak Seni en Zul

11.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Cheras Jaya. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikutinya.

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

……………………………. ………………………….

(NURULHUDA BT. MOHD TASRIF) (AZAHARI B. MOHD. YUSOP)Setiausaha Program Penolong Kanan SMK Cheras Jaya Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Cheras Jaya

DILULUSKAN OLEH:

……………………………

(HASHIMAH BT. HASHIM) Pengetua SMK Cheras Jaya

3

Page 4: Program Jejak Seni en Zul

AHLI JAWATAKUASA Lampiran 1

Pengerusi : Pn. Hashimah bt. HashimPengetua SMKCJ

Timbalan pengerusi : En. Azahari b. Mohd Yusop Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKCJNaib Pengerusi : En. Mohamad Zulkifli b. Ahmad Kharman Shah

Penolong Kanan SMKCJEn. Othman b. OmarPenolong Kanan HEM SMKCJPn. Anita Mazlina bt. Azman ArashPenolong Kanan Kokurikulum SMKCJEn. Termizi b. Mohd TahirPenolong Kanan Petang SMKCJ

Setiausaha : Pn. Nurulhuda Binti Mohd Tasrif

Bendahari : Pn. Jama’iah Binti Tukiman

AJK Penginapan : Pn Nasihah Binti Nadzri (K)Pn Sakirah Binti Che Ismail

AJK Penajaan : Pn Ling Kiem Fong (K)Pn Syamsuzana Bt Samsudin

AJK Aktiviti : Pn Norazura Binti Ahmad Salikin (K)Pn Mastura Binti Md Yassin

AJK Makanan : Pn Syamsuzana Binti Samsudin (K)Pn Jama’iah Bt Tukiman

AJK Perhubungan & : Pn Sakirah Binti Che Ismail (K)Pengangkutan Pn Ling Kiem Fong

Keselamatan Pelajar : En. Zaki Bin Burahim (K)& Disiplin Pn Nasihah Bt Nadzri

Pn Rosita Bt Ismail

AJK Fotografi : Pn Siti Farah Binti Hussin

AJK Kebersihan : Pn Suzilawati Bt Sukri (PPM) KPn Mastura Bt Md Yassin (PPM)Pn Siti Farah Bt Hussin (PPM)

4

Page 5: Program Jejak Seni en Zul

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB Lampiran 2

BIL. AJK PELAKSANA BIDANG TUGAS TINDAKAN

1. Setiausaha Program Menyediakan kertas kerja dan surat menyurat

Memastikan kelancaran program

Pn. Nurulhuda

2. Bendahari Mengutip yuran lawatan setiap murid yang terlibat.

Mengurus kewangan dengan berhemah.

Pn. Jama’iah

3. AJK Penginapan Mencari tempat penginapan yang bersesuaian.

Berhubung dan menguruskan proses penginapan para peserta.

Memastikan tempat penginapan mencukupi dan mempunyai kemudahan yang lengkap.

Pn. Nasihah (K)

Pn. Sakirah

4. AJK Penajaan Mencari penaja dan sumbangan berupa kewangan dan makanan.

Mengumpul dan mengambil segala sumbangan yang diterima.

Mengagihkan sumbangan secara sama rata.

Pn Ling Kiem Fong (K)

Pn Syamsuzana

5

Page 6: Program Jejak Seni en Zul

5. AJK Aktiviti Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tempat dan masa.

Melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Pn Norazura Binti Ahmad Salikin ((K)

6. AJK Makanan Mengagih makanan kepada semua pelajar.

Memastikan setiap pelajar memperolehi makanan yang mencukupi.

Pn Syamsuzana Binti Samsudin (K)

7. AJK Keselamatan & Disiplin Pelajar

Mengurus dan menyusun atur kedudukan atau pergerakan pelajar di dalam bas atau ketika dalam lawatan.

Memastikan disiplin pelajar sentiasa dalam keadaan terkawal sepanjang program.

Memastikan semua pelajar telah dijemput oleh penjaga setelah tiba di sekolah.

En Zaki Bin Burahim (K)

8. AJK Perhubungan & Pengangkutan

Sentiasa perlu bersedia untuk menghubungi ibu bapa.

Menyimpan semua maklumat pelajar yang terlibat.

Menguruskan tempahan bas dan memastikan jadual bas tepat pada waktunya.

Pn Sakirah Binti Che Ismail (K)

9. AJK Fotografi Mengambil gambar-gambar penting sepanjang program berlangsung.

Pn Siti Farah

10. AJK Kebersihan Memastikan pelajar menjaga kebersihan diri dan tempat penginapan.

Memantau kebersihan tempat makan.

En.Azly

6

Page 7: Program Jejak Seni en Zul

SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN Lampiran 3

a) Sumber Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH AGIHAN

1. Penginapan pelajar(3 hari 2 malam)RM160.00 x 14 Unit x 2 malam

RM 4480.00

RM160.00 x 5 Unit(2 malam) = RM 1600.00

Sumbangan PIBG

RM 1000.00Sumbangan Yayasan Taqwa WP

RM 1000.00Sumbangan Datuk Che Ab. Ghani

RM 880.00 Sumbangan

2.Pengangkutan(RM 3900.00 x 1buah bas)

RM 4600.00 LPBT

3. Makan minum pelajar26/08/2014 & 28/08/2014RM 17.00 x 32 orang x 2 hari

RM 1088.00 Kokurikulum

4. Makan minum pelajar27/08/2014RM 25.00 x 32 orang

RM 800.00 Sumbangan

5. Bayaran Tiket LawatanRM 10.00 x 32 orang

RM 320.00 Sumbangan Pelajar

6. Aktiviti LDKRM 20 x 15 Kumpulan

RM 300.00 Sumbangan

7. Dokumentasi RM 50.00 LPBT

Jumlah KeseluruhanRM 11638.00

7

Page 8: Program Jejak Seni en Zul

b) Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH AGIHAN

1Penginapan(3 hari 2 malam)RM 160 x 14 Unit x 2 malam

RM 4 480 Sumbangan

2PengangkutanRM 3900 x 1 buah

RM 3900LPBT

3Makan minum pelajar26/08/2014 & 28/08/2014RM 17 X 32 orang x 2 hari

RM 1088 Kokurikulum

4Makan minum pelajar27/08/2014RM 25 x 32 orang

RM 800 Sumbangan BKPK

5 Dokumentasi RM 50.00 LPBT

6Aktiviti LDKRM 15 x 15 kumpulan RM 225 Sumbangan

Jumlah Keseluruhan RM 10 543.00

TENTATIF PROGRAM Lampiran 4

Selasa ( 26/08/2014 )

08:00 pagi : Bertolak ke Terengganu

12:00 tengah hari : Singgah makan tengah hari

02:00 petang : Tiba di Kuala Terengganu- Check In di Sri Indah Beach Resort, Batu Burok.- Rehat dan solat jama’.

04:00 petang : Lawatan ke Pusat Pembuatan Kapal

06:00 petang : Meditasi diri di Kuala Terengganu

07:00 petang : Lawatan ke Masjid Kristal- Solat Maghrib bagi elajar Muslim- Aktiviti kerohanian bagi pelajar bukan muslim

8

Page 9: Program Jejak Seni en Zul

08:30 malam : Makan malam di Kuala Terengganu

10:00 malam : Pulang ke Resort dan Tidur.

Rabu ( 27/08/2014)

07:30 pagi : LDK 1 (Terapi Minda dan Kesihatan)

08:30 pagi : Sarapan pagi

09:30 pagi : Berkumpul

10:00 pagi : Lawatan ke Taman Tamadun Islam

12:00 tengah hari : Makan Tengah Hari

03:00 petang : Lawatan ke Istana Muziah

05:00 petang : Bertolak balik ke resort

06:00 petang : Rehat dan Solat

08:30 malam : Makan Malam Perdana

11:00 malam : Bersurai dan tidur

Khamis ( 28/08/2014 )

08:00 pagi : Sarapan pagi

09:30 pagi : Check out

10:00 pagi : Lawatan Muzium Losong

12:00 tengah hari : Makan tengah hari

02:00 petang : Lawatan ke Pusat Batik

04:00 petang : Bertolak balik ke SMK Cheras Jaya

9

Page 10: Program Jejak Seni en Zul

08:00 malam : Tiba dan pelajar dijemput ibu bapa

10