program imam remaja negeri johor

27
PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR 1 EJARAH DAN LATAR BELAKANG Program Imam Remaja Sekolah-Sekolah Menengah mula diperkenalkan di daerah Batu Pahat pada tahun 2011. Satu kertas kerja cadangan yang bertajuk “Program Imam Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat “ telah dibentangkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah bersama pengetua-pengetua sekolah menengah dan pegawai- pegawai pelajaran daerah . Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Batu Pahat telah diberi mandat untuk menjalankan program tersebut mulai tahun 2011 melalui Panitia Pendidikan Islam semua sekolah menengah di daerah ini, dengan mewajibkan setiap guru Pendidikan Islam di daerah ini membimbing, melatih, mendidik dan seterusnya melahirkan sekurang-kurang seorang Imam Remaja dalam jangka masa satu tahun. Melalui program ini, pada akhir tahun 2011 seramai 247 pelajar telah berjaya di anugerahkan sebagai Imam Remaja, dengan 4 peserta mendapat pencapaian Mumtaz ( Amat Cemerlang ) 21 peserta mendapat Jayid Jidan (Cemerlang ) 99 peserta Jayid ( Kepujian ) dan 123 makbul ( Lulus ). S

Upload: wan-nj

Post on 22-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

program Imam Remaja Negeri Johor

TRANSCRIPT

Page 1: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

1

EJARAH DAN LATAR BELAKANG

Program Imam Remaja Sekolah-Sekolah Menengah mula

diperkenalkan di daerah Batu Pahat pada tahun 2011. Satu

kertas kerja cadangan yang bertajuk “Program Imam

Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat “ telah

dibentangkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah

Batu Pahat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah

bersama pengetua-pengetua sekolah menengah dan pegawai-

pegawai pelajaran daerah .

Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Batu Pahat telah diberi

mandat untuk menjalankan program tersebut mulai tahun 2011

melalui Panitia Pendidikan Islam semua sekolah menengah di daerah

ini, dengan mewajibkan setiap guru Pendidikan Islam di daerah ini

membimbing, melatih, mendidik dan seterusnya melahirkan

sekurang-kurang seorang Imam Remaja dalam jangka masa satu

tahun.

Melalui program ini, pada akhir tahun 2011 seramai 247 pelajar

telah berjaya di anugerahkan sebagai Imam Remaja, dengan 4

peserta mendapat pencapaian Mumtaz ( Amat Cemerlang ) 21

peserta mendapat Jayid Jidan (Cemerlang ) 99 peserta Jayid (

Kepujian ) dan 123 makbul ( Lulus ).

S

Page 2: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

2

Pada Tahun 2012 seramai 157 pelajar telah anugerahkan

sebagai Imam remaja iaitu 7 peserta pencapaian mumtaz, 61 peserta

pencapaian jayid jidan dan 89 peserta pencapaian jayid. Peserta yang

mencapai makbul tidak dianugerahkan diperingkat daerah tetapi

mereka dianugerahkan diperingkat sekolah.

Pada tahun 2013 seramai 224 pelajar telah Berjaya

dianugerahkan sebagai Imam Remaja dengan 15 peserta pencapaian

mumtaz, 75 pencapaian jayyid jiddan dan 152 pencapaian jayyid.

Melihat kepada laporan kejayaan program ini, Jabatan

Pendidikan Johor melalui Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam,

Sektor Pendidikan Islam telah mengambil uswah hasanah dengan

mengembangkan program ini ke daerah-daerah lain di negeri Johor

sebagai program Imam Remaja peringkat negeri.

Page 3: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

3

Bermula pertengahan bulan Jun 2013 Sektor Pendidikan Islam,

Jabatan Pendidikan Johor mula menjalankan program rintis Imam

Remaja negeri dengan penyertaan pertamanya seramai 80 peserta

Imam remaja telah dipilih daripada 20 buah sekolah di negeri Johor

dimana setiap daerah disertai 8 peserta dari 2 buah sekolah. Pada

akhir Oktober 2013 dari jumlah 80 peserta ini, 53 peserta telah

dianugerahkan sebagai Imam Remaja Sekolah-Sekolah Negeri Johor,

di mana 5 pelajar pencapaian mumtaz, 9 jayid jiddan , 31 jayid dan 8

makbul.

Page 4: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

4

Pertama kali Majlis Anugerah Imam Remaja Peringkat Negeri

diadakan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Seri Gading

bersama Anugerah Imam Remaja Daerah Batu Pahat untuk kali ke

tiga, yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Safa’at

Bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seramai 53 Imam Remaja Peringkat Negeri Johor dan 224 Imam

Remaja Daerah Batu Pahat telah menerima Anugerah dalam majlis

tersebut

Page 5: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

5

ENGENALAN PROGRAM IMAM REMAJA

Program Imam Remaja adalah satu usaha ke arah

pembentukan satu kumpulan generasi pelajar yang berketerampilan

dari segi watak, sahsiah, kemahiran membaca Al-Quran, kepimpinan,

keunggulan budi pekerti dan keteguhan iman dalam melahirkan

pelajar yang bertaqwa menjadi contoh kepada rakan sebaya dan

dapat memimpin rakan sebaya ke jalan yang sebaik-baiknya.

Setiap Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah diwajibkan

memilih sekurang-kurangnya seorang pelajar yang diajar

disekolahnya untuk dibimbing, diasuh, dididik dan dilatih dalam masa

setahun sehingga ia menjadi seorang pelajar yang berwatakkan

imam sebagaimana yang diharapkan. Pelajar ini dikenal sebagai

peserta Imam Remaja, menakala guru dikenal sebagai guru

pembimbing imam remaja.

P

Page 6: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

6

Setiap peserta Imam Remaja akan dibekalkan dengan satu buku

modul panduan Imam remaja dan sebuah buku laporan yang akan

diisi oleh guru pembimbing masing-masing mengikut pencapaian

peserta Imam Remaja.

Page 7: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

7

ASIONAL PROGRAM IMAM REMAJA

Sebagai Guru Pendidikan Islam adalah menjadi satu

tanggungjawab membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang

soleh dan solehah, berpegang teguh dengan ajaran agama Islam di

samping menghayati amalan-amalan agama dalam kehidupan

seharian sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa, masyarakat

dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Pendidikan Islam

seharusnya bi’ah Islamiah dan suasana keagamaan telah wujud di

sekolah-sekolah dan produk Pendidikan Islam mampu melahirkan

generasi yang berakhlak mulia dan bersyahsiah tinggi. Namun terlalu

kecil bilangannya yang keluar dari sekolah menengah dapat

menunjukkan sikap dan keterampilan sebagaimana diharapkan.

R

Page 8: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

8

Usaha ini adalah satu jalan terbaik yang dapat dibuktikan

dengan bilangan ribuan guru Pendidikan Islam di Negeri Johor setiap

tahun sekurang-kurangnya akan dapat melahirkan ribuan pelajar

yang boleh ditengahkan sebagai imam melalui program Imam

Remaja. Inilah yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013-2025 sebagai keberhasilan murid.

Page 9: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

9

ATLAMAT PROGRAM IMAM REMAJA

Melahirkan pelajar - pelajar sekolah menengah Negeri Johor

yang serba berketerampilan dalam amalan dan penghayatan agama

serta bersahsiah tinggi, berwatakan imam, menjadi contoh kepada

rakan-rakan sebaya yang lain disamping melahirkan pelajar-pelajar

Islam yang cemerlang seterusnya melahirkan warga negara Malaysia

yang bertaqwa.

M

Page 10: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

10

BJEKTIF PROGRAM IMAM REMAJA

1. Melahirkan kelompok pelajar yang yang berbudi pekerti tinggi

dan bersahsiah mulia.

2. Membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan agama dalam

masyarakat.

3. Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang boleh dijadikan

contoh dan teladan kepada pelajar lain.

4. Melahirkan ramai tokoh pelajar islam yang cemerlang.

5. Membentuk iklim dini di setiap sekolah.

6. Melahirkan warga negara Malaysia yang bertaqwa.

O

Page 11: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

11

Imam Remaja Menepati Aspirasi Murid Dan Anjakan Dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Aspirasi Murid ke 3 dalam PPPM ( Kemahiran Memimpin )

Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri

sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam kumpulan dan

memegang peranan kepimpinan secaara formal dan informal.

Aspirasi Murid ke 5 dalam PPPM ( Etika dan Kerohanian )

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap

murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan,

menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang

wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan

apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang

kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;

Page 12: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

12

Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama

yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta

mempunyai asas moral yang tinggi.

Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai

keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara

yang betul.

Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang

positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat

terhadap orang lain dan alam sekitar.

Anjakan ke 3 Dalam PPPM ( Melahirkan rakyat yang menghayati nilai)

Mengukuhkan pendidikan agama Islam dan pendidikan moral

dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk

persefahaman erat antara murid.

Anjakan ke 10 Dalam PPPM ( Memaksimukan keberhasilan murid bagi setiap ringgit)

Mengaitkan setiap program yang dijalankan kepada

keberhasilan murid.

Page 13: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

13

JAWATANKUASA PROGRAM IMAM REMAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR

:

Page 14: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

14

JAWATANKUASA PROGRAM IMAM REMAJA PERINGKAT DAERAH

Page 15: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

15

JAWATANKUASA PROGRAM IMAM REMAJA PERINGKAT SEKOLAH

Page 16: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

16

Page 17: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

17

AKTIVITI IMAM REMAJA DI PERINGKAT SEKOLAH

Masa Aktiviti

Sepanjang Tahun Bimbingan dan penilaian Imam Remaja oleh Guru Pembimbing masing-masing

Seminggu sekali

Pertemuan semua imam remaja bersama guru pembimbing

- Usrah - Baca ma’thurat - Tasmik

Sebulan sekali Ziarah ke rumah guru pembimbing

Setiap hari persekolahan

- Mengendalikan solat berjemaah di sekolah sebagai imam / bilal

Berkala - Pembaca doa dalam perhimpunan dan majlis

- Pengerusi aktiviti agama - Pengurus majlis-majls hari kebesaran

Islam

Sekali dalam setahun

- Kem Imam Remaja - Penilaian 10 imam terbaik untuk ke

peringkat daerah - Penilaian kelayakan anugerah Imam

Remaja

Akhir Tahun - Majlis Anugerah Imam Remaja peringkat sekolah

Page 18: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

18

AKTIVITI IMAM REMAJA DI PERINGKAT DAERAH

Masa Aktiviti

Sekali dalam setahun

Multaqa Imam Remaja Peringkat daerah - Penilaian 10 imam terbaik ke peringkat

negeri - Penentuan gred Imam Remaja

Akhir Tahun

Majlis Anugerah Imam Remaja peringkat Daerah

AKTIVITI IMAM REMAJA DI PERINGKAT NEGERI

Masa Aktiviti

Sekali dalam setahun

Multaqa Imam Remaja peringkat negeri - Penilaian 10 imam terbaik peringkat

negeri - Penentuan gred Imam Remaja negeri

Akhir Tahun

Majlis Anugerah Imam Remaja peringkat Negeri

Page 19: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

19

PLAN PELAKSANAAN IMAM REMAJA

Page 20: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

20

Page 21: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

21

KURIKULUM IMAM REMAJA Kurikulum Imam Remaja disusun berdasarkan Falsafah Pendidikan

Islam selari dan selaras dengan kurikulum Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia yang di dalamnya merangkumi

sukatan pelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu

menguasai kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran

dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan

pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi

di akhirat. Namun, penekanan sukatan Imam Remaja adalah kepada

aspek amalan dan penghayatan serta kebolehan mengurus dan

memimpin aktiviti-aktiviti keagamaan.

MATLAMAT KURIKULUM IMAM REMAJA Matlamat kurikulum Imam Remaja adalah untuk menghasilkan insan

yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan

menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam

kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di

dunia dan di akhirat. Di samping melahirkan pelajar yang

berketerampilan dalam bidang agama dan kepimpinan.

Page 22: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

22

OBJEKTIF KURIKULUM IMAM REMAJA

i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta

mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk

bacaan dalam solat dan ibadat harian;

iii. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain

dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;

vi. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-

nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan

FOKUS KURIKULUM IMAM REMAJA

Kurikulum Imam Remaja memberi penekanan kepada kemahiran

membaca, menghafaz al-Quran, Solawat, doa-doa, amalan-amalan

harian, pemantapan kepada penghayatan akhlak dan sunah

Rasulullah s.a.w. serta kemahiran memimpin mengamal dan

menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan

harian.

Page 23: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

23

MODUL SUKATAN IMAM REMAJA

HAFAZAN

a. Menghafaz surah-surah lazim bermula surah Duha higga

surah An-Nas

b. Menghafaz Ayat-ayat penting dalam al-Quran

i. Ayat 1-5 surah al-Baqarah

ii. Ayat 255-256 surah al-Baqarah

iii. Ayat 284-286 surah al-Baqarah

iv. Ayat 18 Surah Ali ‘Imran

v. Ayat 26-27 Surah Ali ‘Imran

c. Menghafaz ayat-ayat doa dalam al-Quran

i. Ayat 201 surah al-Baqarah

ii. Ayat 8 Surah Ali ‘Imran

iii. Ayat 2 surah al-A,raf

iv. Ayat 10 Surah Al-Hasri

v. Ayat 40-41 Surah Ibrahim

d. Menghafaz bacaan doa

i. Doa Iftitah

ii. Doa Qunut

iii. Dola Lepas wuduk

iv. Doa Lepas Azan

v. Doa seebelum dan selepas makan

vi. Doa masuk dan keluar tandas

vii. Doa masuk dan keluar masjid

viii. Doa ketika memakai paaian

Page 24: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

24

ix. Doa memulakan perjalanan

x. Doa bercermin mka

xi. Doa sebelum dan bangu tidur

xii. Doa memulakan pelajaran

e. Hafaz dan menguasai Pengurusan Solat Jenazah

i. Menguasai dan hafaz lafaz dan niat semua solat

jenazah

ii. Menguasai dan hafaz bacaan doa solat jenazah

iii. Menguasai dan hafaz doa selepas solat jenazah

f. Hafaz doa-doa ma’thurat

i. Doa penghulu istigfar

ii. Doa selamat

iii. Doa ingat dan mensyukuri nikam Allah

iv. Doa mohon hidayat dan ketakwaan

v. Doa mohon perlindungan dari sifat tercela

vi. Doa keredaan dan jauh kemurkaan Allah

vii. Doa menuruti jejak nabi

viii. Doa mendapat rahmat Allah

ix. Doa kempunan dan jauh sifat dengki

x. Doa agar sentiasa mendirikan solat

xi. Doa untuk keampunan dari kezaliman

xii. Doa kebaikan dunia akhirat

Page 25: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

25

SAHSIAH DAN PERIBADI

1 Berpakaian menutup aurat

2 Patuh dan taat kedua ibu bapa

3 Menghormati guru-guru

4 Membantu guru-guru

5 Membantu rakan-rakan

6 Bercakap benar

7 Bersopan bila berinteraksi

8 Membantu jiran tetangga

9 Melakukan kerja sukarela

10 Menyayangi binatang

11 Solat Sunat Rawatib setiap hari

12 Solat Sunat Dhuha setiap hari

13 Berzikir setiap kali selepas solat

14 Berdoa setiap kali selepas solat

15 Berselawat setiap hari

16 Membaca Al-Quran setiap hari

17 Berpuasa Sunat setiap hari Isnin dan Khamis

18 Membaca Al-Ma’thurat sekurang-kurangnya seminggu sekali

19 Membaca Surah Yaasin setiap malam Jumaat

20 Solat Sunat Hajat sekurang-kurangnya seminggu sekali

21 Solat Sunat Tahajjud sekurang-kurangnya seminggu sekali

22 Menginfakkan harta / bersedekah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

23 Bacaan doa selepas Solat Jenazah Lelaki / Perempuan

Page 26: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

26

PENCAPAIAN TAHAP IMAM REMAJA DAERAH BATU PAHAT

2011 – 2013

PENCAPAIAN PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR 2013

Page 27: program Imam Remaja Negeri Johor

PROGRAM IMAM REMAJA NEGERI JOHOR

27

PENGANUGERAHAN IMAM REMAJA

BIL

KATEGORI

BENTUK ANUGERAH

1

Anugerah Imam Remaja Terbaik Penyertaan Amali Haji Perdana Daerah

- Pakej Umrah - Sijil - Al-Quran

2

10 Anugerah Imam RemajaTerbaik

- Sijil - Plak - RM 200.00 - Al-Quran

3

10 Anugerah Pembimbing Imam Remaja Terbaik

- Sijil - Plak

4

Anugerah Imam Remaja

- Sijil

5

Anugerah Pembimbing Imam Remaja

- Sijil

6

Anugerah Pembimbing Imam Remaja Terbanyak

- Sijil

7

Anugerah Sekolah Terbaik Imam Remaja

- Sijil