program galakan membaca ppm sempena klwbc 2020 …

14
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 Semasa Pandemik COVID-19 Hjh Hasnita Hj Ibrahim 1 dan Hjh Siti Sumaizan Ramli 2 1 Bahagian Pengurusan Pengetahuan dan Perpustakaan Tingkat 11, Wisma BERNAMA, No.28 Jalan BERNAMA, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Emel: [email protected] 2 Persatuan Pustakawan Malaysia d/a Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50572 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Emel: [email protected] ABSTRAK Sempena Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20 (KLWBC) 2020, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) turut serta menjalankan program pembacaan sejajar dengan slogan ‘KL Baca : Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan’ yang diraikan pada 23 April 2020 hingga 22 April 2021. PPM melibatkan perpustakaan awam, akademik, khusus, dan penulis buku yang terpilih untuk menjayakan program ini. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah kebanyakan program kepada bentuk dalam talian. Perancangan asal adalah untuk mengadakan program ini di Heritage Trail 2 iaitu di Jalan Melaka dan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Walaupun begitu penutup program diadakan di hadapan Bank Muamalat, Jalan Melaka pada 31 Disember 2020 yang dihadiri oleh hanya 25 orang mengikut SOP yang ditetapkan dan turut bersiaran melalui Live FB PPM dengan 7,300 penonton serta disusuli dengan Kuiz Perdana. Aktiviti sumbangan buku yang mempunyai elemen biblioterapi (terapi buku) ke kiosk buku, rumusan host dan perkongsian mengenai budaya membaca telah diadakan. Sebelum itu sebanyak 13 Siri Program secara dalam talian di FB PPM, FB Host, FB KLWBC 2020 dan pelbagai platform telah diadakan bermula 2 hingga 30 Disember 2020. Pelbagai tajuk berkaitan pembacaan telah dikenalpasti oleh Hos. Apa yang menarik sepanjang bersiaran sebanyak 13 slot seramai 20,833 penonton, 2,302 tanda suka dan 5,869 komen telah diperolehi. Program seterusnya diadakan secara fizikal di Kebun Bandar Sungai Bunus pada 26 Disember 2020 yang dihadiri oleh 20 orang sahaja dan turut diadakan di Live FB PPM yang telah ditonton oleh 1,500 penonton. Wakil Sekretariat KLWBC 2020 telah melancarkan Kebun Bandar PPM serta Little Free Library (LFL) di mana aktiviti membaca, menanam pokok herba, sayur-sayuran dan pokok bunga serta demonstrasi memasak telah diadakan. Program yang sama akan dilaksanakan secara berterusan di Kebun Bandar untuk mempromosi dan membudayakan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata Kunci: Baca, Buku, KLWBC, Heritage Trail, Kebun ABSTRACT Kuala Lumpur has been selected as the 20 th World Book Capital 2020 with the slogan ‘KL Baca : Caring Through Reading’, celebrated from 23 April 2020 till 22 April 2021. During this period, the Librarians Association of Malaysia or PPM organized reading programs involving public, academic and special libraries and also book authors. Due to COVID 19 pandemic, most programs are held online. The initial planning was to have the reading programs held along Heritage Trail 2 at Jalan Melaka and Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. PPM only managed to hold the closing ceremony at Jalan Melaka , which is in

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 Semasa Pandemik COVID-19

Hjh Hasnita Hj Ibrahim1 dan Hjh Siti Sumaizan Ramli2

1Bahagian Pengurusan Pengetahuan dan Perpustakaan Tingkat 11, Wisma BERNAMA, No.28 Jalan BERNAMA,

Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: [email protected] 2Persatuan Pustakawan Malaysia

d/a Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50572 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Emel: [email protected]

ABSTRAK Sempena Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20 (KLWBC) 2020, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) turut serta menjalankan program pembacaan sejajar dengan slogan ‘KL Baca : Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan’ yang diraikan pada 23 April 2020 hingga 22 April 2021. PPM melibatkan perpustakaan awam, akademik, khusus, dan penulis buku yang terpilih untuk menjayakan program ini. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah kebanyakan program kepada bentuk dalam talian. Perancangan asal adalah untuk mengadakan program ini di Heritage Trail 2 iaitu di Jalan Melaka dan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Walaupun begitu penutup program diadakan di hadapan Bank Muamalat, Jalan Melaka pada 31 Disember 2020 yang dihadiri oleh hanya 25 orang mengikut SOP yang ditetapkan dan turut bersiaran melalui Live FB PPM dengan 7,300 penonton serta disusuli dengan Kuiz Perdana. Aktiviti sumbangan buku yang mempunyai elemen biblioterapi (terapi buku) ke kiosk buku, rumusan host dan perkongsian mengenai budaya membaca telah diadakan. Sebelum itu sebanyak 13 Siri Program secara dalam talian di FB PPM, FB Host, FB KLWBC 2020 dan pelbagai platform telah diadakan bermula 2 hingga 30 Disember 2020. Pelbagai tajuk berkaitan pembacaan telah dikenalpasti oleh Hos. Apa yang menarik sepanjang bersiaran sebanyak 13 slot seramai 20,833 penonton, 2,302 tanda suka dan 5,869 komen telah diperolehi. Program seterusnya diadakan secara fizikal di Kebun Bandar Sungai Bunus pada 26 Disember 2020 yang dihadiri oleh 20 orang sahaja dan turut diadakan di Live FB PPM yang telah ditonton oleh 1,500 penonton. Wakil Sekretariat KLWBC 2020 telah melancarkan Kebun Bandar PPM serta Little Free Library (LFL) di mana aktiviti membaca, menanam pokok herba, sayur-sayuran dan pokok bunga serta demonstrasi memasak telah diadakan. Program yang sama akan dilaksanakan secara berterusan di Kebun Bandar untuk mempromosi dan membudayakan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata Kunci: Baca, Buku, KLWBC, Heritage Trail, Kebun ABSTRACT Kuala Lumpur has been selected as the 20th World Book Capital 2020 with the slogan ‘KL Baca : Caring Through Reading’, celebrated from 23 April 2020 till 22 April 2021. During this period, the Librarians Association of Malaysia or PPM organized reading programs involving public, academic and special libraries and also book authors. Due to COVID 19 pandemic, most programs are held online. The initial planning was to have the reading programs held along Heritage Trail 2 at Jalan Melaka and Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. PPM only managed to hold the closing ceremony at Jalan Melaka , which is in

Page 2: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

front of Bank Muamalat on 31 December 2020. The event which ended with ‘Kuiz Perdana’ was attended by 25 participants with strict SOP, while 7,300 viewers joining online via PPM FB Live. Knowledge sharing on reading culture, recap by hosts on activities and book donations with the elements of bibliotherapy were organized in conjunction with the closing ceremony. Prior to that, 13 series of reading programs had been organized online from 2 to 30 December 2020 by different hosts via various platforms namely, PPM FB, Host FB and KLWBC 2020 FB. These programs attracted 20,833 viewers with 2,303 likes and 5,869 comments. In addition to that, a function was held at Kebun Bandar Sungai Bunus on 26 December 2020, attended by 20 people on site and 1,500 viewers via PPM FB Live. A representative from KLWBC 2020 had kindly officiated ‘Kebun Bandar PPM’ and Little Free Library within the compound. Activities including reading, planting of herbs, vegetables and flower plants, and cooking demonstration were also held. PPM will continue to organize similar programs at Kebun Bandar to promote and sustain reading culture among the community in Malaysia. Keywords: Read, Book, KLWBC, Heritage Trail, Garden PENDAHULUAN Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20 (KLWBC) 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Melalui #klwbc2020 #KLBaca #ProgramPembacaanPPM #programgalakanmembacaPPM ianya sejajar dengan slogan KL Baca, iaitu: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan yang diraikan pada 23 April 2020 hingga 22 April 2021. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengetuai sambutan KLWBC 2020 dengan agensi tuan rumah Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Majlis Tindakan Buku Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Kota Buku dan bergabung dengan badan kerajaan dan swasta untuk menjayakan sambutan ini. Pengiktirafan KLWBC 2020 menunjukkan komitmen tinggi oleh Malaysia terhadap penganjuran aktiviti, promosi buku dan pembacaan. Objektif penganjuran program KLWBC 2020 oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) adalah untuk mempromosi budaya membaca disamping memperkenalkan PPM dan peranannya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebanyak lima (5) program anjuran PPM telah berjaya dijalankan secara dua (2) siri iaitu KLWBC 2020 dan KLWBC 2.0 (2021) yang telah mendapat pembiayaan dana dan sokongan daripada Sekreteriat KLWBC 2020. Bagi siri pertama KLWBC 2020 PPM telah menganjurkan program Galakan Membaca Heritage Trail 2 dan ‘Bookwalk & Bookhunt @ Bunus River’ yang dipengerusikan oleh Presiden PPM, YBhg. Dato’ Nafisah Ahmad dan telah diselaraskan oleh Puan Hasnita Ibrahim manakala Read in the Park (RITP), diselaraskan oleh Dr. Ghazali Mohamed Fadhil. Dua (2) program lain telah berjalan sepanjang KLWBC 2.0 (2021). Satu daripadanya ialah Webinar KLWBC 2.0: The Finale yang berjaya dijalankan sepenuhnya secara maya, dipengerusikan oleh Dr. Mohd Faizal Hamzah. Projek Penerbitan buku ‘Baca’ dijangka diterbitkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2021 yang dipengerusikan oleh Puan Siti Sumaizan Ramli dan diselaraskan oleh Puan Hasnita Ibrahim AKTIVITI ANJURAN PPM PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Program ini telah dijayakan dengan penglibatan perpustakaan akademik, awam, khusus, pusat sumber sekolah dan penulis-penulis buku di Malaysia. Perancangan asal adalah untuk mengadakan program ini di Jalan Melaka dan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur secara bulanan tetapi setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia ditukar kepada format dalam talian. Oleh kerana kekangan

Page 3: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

masa, hos telah diberi peluang untuk memilih tajuk serta panel bagi program masing-masing dan cabaran ini disambut dengan baik. Ada hos yang pertama kali menganjurkan secara dalam talian, walaupun begitu berkat kerja berpasukan semua berjaya diadakan walaupun terdapat ruang untuk penambahbaikan. Sejumlah 13 siri program galakan membaca telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan saluran Facebook rasmi PPM, Facebook rasmi KLWBC 2020 dan beberapa Facebook rasmi dari penganjur. Program galakan membaca ini telah dijalankan sepanjang bulan Disember 2020 (2 – 30 Disember) pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Sambutan yang hebat diperoleh dari ke semua program yang telah dijalankan secara dalam talian. Program dalam talian ini telah berjaya mendapat sebanyak 20,833 jumlah tontonan di Facebook rasmi PPM, sebanyak 2,302 tanda suka dan 5,869 maklum balas telah diperolehi.

Jadual 1: Perincian Program Galakan Membaca Heritage Trail 2

No.

Tarikh

Penganjur

Tajuk Program

Saluran

Jumlah

Tontonan Tanda

suka

Komen

1 2 Dis

2020

Perpustakaan

Tuanku Bainun,

Universiti

Pendidikan Sultan

Idris (UPSI)

Aplikasi Tik-Tok:

Positif atau Negatif

Pada Perkembangan

Psikologi Golongan

Muda

FB PPM

FB UPSI

1,580

77 32

2 4 Dis

2020

Perpustakaan

Universiti Sains

Islam Malaysia

(USIM)

LET’S TALK - Anda

Membaca? USIM TV

FB PPM

1,100

166 197

3 7 Dis

2020

Serambi Ilmu

Rakyat, Yayasan

Bank Rakyat

Penceritaan Digital

dan Aktiviti Interaktif FB SIR

FB PPM 1,400 111 2,300

4 9 Dis

2020

Pusat Sumber

Kementerian

Komunikasi dan

Multimedia

Malaysia (KKMM)

Perkembangan

Pendigitalan Buku di

Malaysia FB PPM 1,700 132 168

5 11 Dis

2020

Jawatankuasa

Pusat Sumber

Sekolah (PSS), PPM

Norma Baharu

Dalam ‘E-Reading’ FB PPM 2,600 88 5

6 14 Dis

2020

Dr. Zahrah Yunos

(Penulis Buku)

Santai Bersama

Projek Bibliofil FB PPM 1,400 111 2,300

7 16 Dis

2020

Perbadanan

Perpustakaan

Awam Selangor

(PPAS)

Menyingkap Identiti

Selangor

Zoom

& FB

PPAS

FB

PPM

2,132 333 212

Page 4: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

8 18 Dis

2020

Perpustakaan

Universiti Malaya

(UM)

Bicara Ilmu:

Pendidikan dan

Pembacaan

FB UM

FB

PPM

615 85 113

9 19 Dis

2020

Persatuan

Biblioterapi

Malaysia

(PERBIMA)

Biblioterapi Buat

Saya Bahagia FB

PERBIMA

FB PPM

1,847 135 121

10 21 Dis

2020

Perpustakaan

Kementerian

Perdagangan

Antarabangsa dan

Industri (MITI)

Usahawan dan Buku

FB PPM 776 83 39

11 23 Dis

2020

Majlis Buku Kanak-

Kanak dan Remaja

(MBBY)

Dari Buku ke Alam

Realiti FB PPM 3,100 301 184

12. 28 Dis

2020

Mimi Salleh

(Penulis Buku)

Masyarakat Berjiwa

Besar Melalui

Penulisan

FB PPM 1,400 205 83

13 30 Dis

2020

Perpustakaan

BERNAMA

Travelog Seorang

Bibliomania

FB BLIS

FB BER-

NAMA

FB PPM

1,183 475 115

JUMLAH 20,833 2,302 5,869

Promosi acara penutup Program Galakan Membaca ‘Heritage Trail 2’ diadakan dengan peluang bersiaran di Radio BERNAMA pada 30 Disember 2020. Acara penutup ini telah berjaya dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan di hadapan Bank Muamalat, Jalan Melaka, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2020 pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program secara langsung ini disiarkan di laman Rasmi Facebook PPM dan telah mendapat sejumlah 7,300 perhatian. Sebanyak 2,400 yang menonton, 212 komen dari penonton dan lebih 60 tanda kongsi. Program di meriahkan lagi dengan penampilan khas oleh Encik Amin Idris iaitu motivator bebas, penulis serta pengacara televisyen dan Dr. Soo Wincci, seorang artis rakaman, pelakon dan selebriti. Juruacara program penutup ini adalah Dr. Mohd Faizal Hamzah dan Puan Nurul Diana Jasni. Acara kemuncak Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 adalah sesi rumusan dari kesemua 13 penganjur yang telah menjayakan program dan pengumuman Kuiz Perdana. Sebanyak 84 penyertaan telah menyertai Kuiz Perdana tersebut dan 10 pemenang bertuah mendapat hadiah yang menarik dari pihak PPM.

Page 5: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Poster 1: Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Poster 2: Kuiz Perdana Dalam acara penutup ini PPM turut membuat penyerahan buku kepada Puan Rosidah Ismail wakil Sekretariat KLWBC 2020 untuk diletakkan di kiosk buku di Heritage Trail. Sebanyak 72 buah buku telah disumbangkan oleh pihak PPM manakala 50 buah buku disumbangkan oleh pihak BERNAMA. Buku-buku itu telah ditempatkan di kiosk buku di hadapan Bank Muamalat, Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Pemilihan judul-judul buku adalah menyeluruh termasuk bahan bacaan yang mempunyai elemen biblioterapi.

Foto 1: Acara penyerahan buku untuk diletakkan di kiosk buku (kiri). Foto 2: Ahli Jawatankuasa

Program KLWBC 2020 bergambar selepas program siaran langsung (kanan) Susulan kepada program ini, pada 5 Januari 2021, PPM dengan kerjasama Perpustakaan Universiti

Page 6: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Malaya dan BERNAMA telah menyumbang sebanyak 115 buah buku di dua (2) lagi kiosk buku iaitu di depan Taman Eko Rimba dan di stesen bas Jalan Raja Chulan, Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang turut dihadiri oleh Naib Presiden 1 PPM, Puan Siti Sumaizan Ramli. PPM dengan kerjasama pelbagai perpustakaan telah merancang untuk membuat sumbangan bahan bacaan secara mingguan ke kiosk terpilih yang mana terdapat lebih 60 kiosk yang telah dibina oleh DBKL di sekitar Kuala Lumpur untuk menyemarakkan lagi aktiviti pembacaan ini. Walaupun begitu hasrat ini terpaksa ditunda disebabkan situasi Pandemik Covid-19. AKTIVITI ANJURAN PPM PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) Bookwalk & Bookhunt @ Bunus River Program ‘Bookwalk’ tidak dapat diteruskan secara fizikal. Walau bagaimanpun pihak penganjur telah berjaya menjalankan ‘BookHunt @ Bunus River’ secara dalam talian. Program ‘BookHunt’ yang julung-julung kalinya diadakan secara dalam talian ini mendapat sambutan memberangsangkan apabila menerima sebanyak 208 penyertaan. Seramai 120 peserta telah berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Poster 3: E-BookHunt

Program Kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus yang dijalankan pada 26 Disember 2020 pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan hanya seramai 20 penyertaan fizikal bagi mematuhi SOP. Program ini turut dipancarkan secara langsung melalui laman rasmi Facebook PPM yang berjaya menarik minat sebanyak 1,700 ‘viewers’, 1,063 tanda suka dan 149 komen. Pelancaran Kebun Bandar PPM dan ‘Little Free Library’ (LFL) telah disempurnakan oleh Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor yang merupakan wakil Sekretariat KLWBC 2020. Aktiviti bercucuk tanam dan Infokuiz telah dijalankan sewaktu program siaran langsung. Program ini turut menjemput Encik Khairuddin daripada Microgreen Duriopark Agro untuk berkongsi tip-tip menanam dan memperkenalkan tanaman Microgreen. Tidak hanya setakat itu sahaja, malah penganjur turut menjemput selebriti terkenal Chef Liza untuk membuat demo memasak di kebun tersebut. Juruacara program ini adalah Encik Ali Rashid dan Puan Shamsiah Abu Bakar yang memeriahkan suasana malah program ini menjadi lebih bermakna kerana mendapat liputan berita,

Page 7: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

foto dan visual dari pihak BERNAMA. Kebun Bandar PPM dilengkapi dengan Gazebo, meja batu dan tanaman herba dan sayuran seperti terung, cili, misai kucing, rosella, kantan, limau nipis, bayam brazil, bendi, daun kesum lengkuas, serai serta pokok bunga serta dedaun yang menghiasi kebun. Jiran Kebun Bandar PPM ialah Expressionz Professional Suits, BERNAMA dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan Persatuan Patriot. Dengan usaha ini, maka jelaslah objektif dan tujuan projek Kebun Kejiranan Lokal Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) dalam mendapatkan kerjasama penduduk setempat di tepi-tepi sungai di Kuala Lumpur dengan membantu membangunkan kawasan itu sebagai tapak pertanian dan rekreasi.

Poster 4: Program Kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus

Page 8: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Foto 3: Perasmian Little Free Library (LFL) Foto 4: Perasmian Kebun Bandar PPM

Foto 5 & 6: Aktiviti menanam di Kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus

Selepas pelancaran Kebun Bandar Bandar PPM @ Sungai Bunus aktiviti masih diteruskan dengan kerjasama jiran dan individu perseorangan dengan sukarela. Aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kebun terurus adalah seperti menyelenggara kebun (menyiram dan menebas) serta bergotong- royong dan meneruskan aktiviti seperti bertanam, beriadah, memasak, aktiviti membaca, rakaman ulasan buku dan program mengikut tema tertentu. Lot tanah ini telah diberikan kepada PPM kerana menunjukkan minat untuk membangunkannya. Kebun sebelah PPM yang telah diserahkan kepada Chef Liza & keluarga telah menambahkan lagi kemeriahan Kebun PPM. Tuan Haji Ahmad Shamsul Bahrin yang merupakan pemilik Expressionz Professional Suits; Datin Che Normadiah Che Abas dan suami Dato’ Yeop; pihak BERNAMA; orang perseorangan juga telah menyumbang wang serta tenaga dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyelenggara kebun PPM. Kemudahan seperti bekalan air, sinki, tambahan meja, pagar di bahagian depan, ruangan beratap untuk aktiviti pelbagai, ‘generator’ untuk bekalan elektrik, mesin rumput dan pelbagai peralatan ditambah dari masa ke semasa setelah tamat program. Malah LFL juga perlu diselenggara kerana keadaan cuaca dengan panas serta hujan, tanah yang ada anai-anai dan

Page 9: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

faktor angin di Kebun Bandar tersebut. Pihak PPM juga telah mendaftar Kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus di MySejahtera untuk kegunaan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang pertama diadakan ialah perbincangan mengenai projek penerbitan buku ‘Baca’ pada 1 Januari 2021. Semasa kerja-kerja menyelenggara kebun dijalankan, aktiviti memasak juga diadakan. Ahli kebun mengemaskini maklumat, membuat hebahan dan meneruskan silaturahim melalui Kumpulan “Whatspp” Bookhunt@Sungai Bunus.

Foto 7 & 8:Aktiviti beriadah dan memasak

Perasmian pendaftaran Little Free Library (LFL) telah diadakan pada 1 Mac 2021 yang disempurnakan oleh Naib Presiden 1 PPM iaitu Puan Siti Sumaizan Ramli. LFL adalah program “perpustakaan bersaiz rumah anak patung” yang dimulakan pada tahun 2009 atas inisiatif oleh Todd Bol dari Hudson, Wisconsin, US dan Rick Brooks, jurulatih dari University of Wisconsin-Madison (UW- Madison Division of Continuing Studies) bagi menyemarakkan minat membaca. Di seluruh dunia terdapat lebih 100,000 LFL. PPM juga telah berada di peta dunia dan mendaftar di Laman Sesawang littlefreelibrary.org. dengan Charter no. #M107533.

Foto 9: Perasmian Pendaftaran ‘Little Free Library’ PPM

Page 10: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

PPM mempelawa mana-mana perpustakaan menjadi hos untuk mengadakan aktiviti di Kebun Bandar secara bulanan. Oleh kerana situasi Covid-19, maka banyak hos yang membuat penangguhan dan program yang dapat diadakan ialah Program Bersama Guru Pusat Sumber pada 13 Mac 2021 anjuran JK Tetap Pusat Sumber Sekolah (PSS) PPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hjh Che Normadiah Hj Che Abbas, yang juga selaku Penaung Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia (PGPMM). Seramai 25 ahli PPM dan PGPMM serta keluarga telah hadir pada program ini. Demonstrasi masakan tradisional Melayu telah diadakan oleh Chef Liza iaitu masakan rendang ayam, masak lemak tujuh jenis dedaun dan nasi minyak menggunakan produk Chef Liza “7 Rencah 7 Rasa”. Peserta yang hadir telah bermurah hati menghadiahkan sebuah buku, sepohon pokok bunga dan sepiring kuih. Buku yang diterima telah diletakkan di dalam LFL dan gazebo. Semua yang hadir telah bergotong-royong membersihkan kawasan kebun dan menanam pokok-pokok bunga yang telah dibawa.

Foto 10 & 11: Program Bersama Guru Pusat Sumber

Program seterusnya ialah Webinar “Conversation on Pets Role During Pandemic” pada 11 April 2021, dengan hampir 200 tontonan melalui Live FB PPM dan kehadiran 25 peserta di Kebun Bandar. Aktivis dan pustakawan telah berkongsi pandangan dan pengalaman tentang peranan haiwan pemeliharaan sebagai terapi terutama semasa pandemik Covid-19 melanda dan berkongsi bahan bacaan berkaitan. Haiwan boleh berfungsi sebagai terapi diri, mengurangkan risiko tekanan perasaan selain memberi kecergasan kepada tubuh badan. Panel jemputan adalah Ustaz Mustaffa Kamal Abu Bakar yang merupakan Therapeutic Healer for Mankind antaranya menyatakan individu yang berbakti kepada haiwan diberi ganjaran dan rezeki berlipat ganda. Panel kedua ialah Datin Suraya Othman, aktivis haiwan yang menengahkan isu haiwan terbiar. Panel ketiga ialah Puan Hasnita Ibrahim dengan tajuk Supporting and Disseminating Information on Pets. Moderator program adalah Dr Khasiah Zakaria dari Perpustakaan Universiti Malaya. Perkongsian pengalaman dengan haiwan pemeliharaan bersama tiga (3) orang pencinta haiwan merupakan anjuran bersama Perpustakaan Universiti Malaya, BERNAMA, Persatuan Halfway Home for Furly Strays (HHfFS) dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). Program ini memberi manfaat kepada masyarakat dan telah mendapat liputan BERNAMA TV.

Page 11: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Foto 12 & 13: Webinar “Conversation on Pets Role During Pandemic”

Pogram Agihan Bubur Lambuk serta acara berbuka puasa di Kebun Bandar diadakan pada 24 April 2021 sempena bulan Ramadhan. Sebanyak 200 bungkus bubur di masak oleh Chef Liza telah diedarkan ke Expressionz Professional Suits, BERNAMA, Perpustakaan Negara Malayia dan Pusrawi. Berbuka puasa dan bersembahyang Maghrib pertama kali diadakan yang menjadi aktiviti pada waktu malam. Bagi mewujudkan suasana raya sedang semua tidak boleh merentas negeri, PPM bercadang untuk mengadakan aktiviti mengacau dodol dan membakar lemang pada 27 Ramadan tetapi terpaksa dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan.

Foto 14 & 15: Penyediaan Bubur Lambuk

Page 12: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Foto 16 & 17: Agihan bubur lambuk kepada jiran

Aktiviti berkebun bukan hanya dapat meningkatkan kesedaran manfaat berkebun, meningkatkan ilmu bercucuk tanam, dapat menyihatkan fizikal serta mental, terapi berkebun, menghargai alam sekitar, menyayangi sungai, meningkat budaya membaca malah dapat meningkatkan silaturahim sesama jiran.

RUMUSAN Program KLWBC 2020 anjuran PPM berjaya dijalankan dengan jayanya dengan pembiayaan dana dari Sekreteriat KLWBC 2020 melalui kerjasama yang mantap. Pihak media juga memberi sokongan dari segi liputan dan baik untuk mempromosi aktiviti dalam usaha meningkatkan budaya membaca. Semua program yang telah dijalankan masih lagi boleh ditonton di laman rasmi Facebook PPM dan artikel program boleh diakses melalui Blog Berita PPM - https://beritappm.wordpress.com/. Di sebalik kejayaan PPM mengadakan pelbagai program sempena KLWBC 2020, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi seperti capaian Internet yang kadang kala tergendala atau lambat, fasiliti rangkaian yang kurang memuaskan di lokasi hos, kekangan kehadiran panel dan peserta secara fizikal dalam situasi pandemik Covid 19 yang menghadkan perbincangan dan perkongsian ilmu secara bersemuka, kunjungan ke kiosk buku yang terhad dan penglibatan lebih ramai peserta dan masyarakat. Namun PPM beriltizam melaksanakan pelbagai program pembacaan untuk menyemarakkan lagi aktiviti menyeluruh KLWBC 2020 dan peluang dalam meningkatkan peranan PPM di persada negara. Setelah keadaan mengizinkan, pihak PPM mempelawa perpustakaan dan pihak yang berminat untuk menyumbang buku ke kiosk buku di sekitar Kuala Lumpur dan mengadakan aktiviti di Kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus. Sewajarnya program perlu diadakan kerana telah mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang sesuai. Program-program seperti ini diteruskan untuk meningkatkan lagi peranan dan keterlihatan perpustakaan sebagai usaha untuk memastikan rakyat Malaysia adalah rakyat yang minat membaca, berpengetahuan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama. Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia memang telah banyak mengganggu perancangan asal dan program susulan. Jika dilaksanakan juga, program diadakan dalam skala kecil dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan. Hikmah yang dilihat dengan menggunakan medium norma baharu ini ialah perpustakaan akan menjadi lebih kompetan dalam kemudahan ICT, lebih kreatif,

Page 13: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

mempertingkatkan kerjasama PPM dengan pelbagai pihak dan program-program ini telah berjaya menarik minat tontonan yang besar serta dapat dicapai di seluruh Malaysia. Semoga dengan penganjuran KLWBC 2020 dan usahasama semua pihak dapat mempertingkat daya dan minat membaca serta memberi impak yang tinggi dalam aspek pembacaan dalam kalangan masyarakat Malaysia agar melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan. PENGHARGAAN Merakamkan ribuan terima kasih kepada Sekretariat KLWBC 2020 kerana memberi dana dan sokongan; kepada Jawatankuasa Kerja Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 yang melibatkan hampir 150 orang termasuk pasukan 13 host yang terdiri daripada pengerusi setiap host, panel, moderator, pembantu, pembantu teknikal; Jawatankuasa Bookwalk & Bookhunt @ Bunus River yang melibatkan hampir 50 orang; ketua-ketua Pustakawan; penulis; dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada jiran dan orang perseorangan yang membantu menyelenggarakan kebun Bandar PPM @ Sungai Bunus. RUJUKAN (2021, Januari 8). Reading is for all. The Star (Starlifestyle) (2020). BERNAMA TV. Bookwalk, Bookhunt tingkat kesedaran berkebun membaca. Retrieved from

https://www.facebook.com/watch/?v=5476817075676971 (2020). KLWBC: Sebanyak mana memberi impak? New Straits Times Press (M) Bhd. Retrieved from

https://www.msn.com/en-my/news/berita/klwbc-sebanyak-mana-memberi-impak/ar-BB1gipLe?li=BBr8Mk9

(2020). Pelancaran Kebun PPM 2020. Retrieved from https://youtu.be/77Fb999YkiU (2020). Penutup Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Retrieve from

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=439363567243287&id=305136243791 (2020). Pustakawan Malaysia pergiat ‘WAQAF’ buku. Retrieved from

https://www.youtube.com/watch?v=4LnyC0nlaAM (2020). Riadah sambil membaca secara percuma di Kebun Bandar PPM @ Bunus River. Berita

BERNAMA. Retrieved from https://selangorkini.my/2020/12/riadah-sambil-membaca-percuma-di-kebun-bandar-ppm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

(2021). BERNAMA TV. Masyarakat disaran jaga keabajikan haiwan terbiar. Retrieved from https://youtu.be/rmcqYW4umN8

Durratul Ain, Ahmad Fuad. (2020) Relax while reading at Kebun Bandar PPM @ Bunus River. Retrieved from file:///C:/Users/Hasnita/Downloads/RELAX-WHILE-READING-AT-KEBUN-BANDAR-PPM--BUNUS-RIVER.pdf

Muhammad Basir, Roslan. (2020) Bagaimana untuk menjadi seorang bibliofil? Berita BERNAMA. Retrieved from file:///C:/Users/Hasnita/Downloads/KLWBC2020-BAGAIMANA-UNTUK-MENJADI-SEORANG-BIBLIOFIL.pdf

Muhammad Basir, Roslan. (2020). Boosting the reading habit among Malaysians. BERNAMA News. Retrieved from file:///C:/Users/Hasnita/Downloads/BOOSTING-THE-READING-HABIT-AMONG-MALAYSIANS.pdf

Nur Asikin, Md Adif (2020). Libraries work towards reading material contributions to existing book kiosks. BERNAMA News. Retrieved from file:///C:/Users/Hasnita/Downloads/LIBRARIES-WORK-TOWARDS-READING-MATERIAL-CONTRIBUTIONS-TO-EXISTING-BOOK-KIOSKS.pdf

Nur Asikin, Md Adif (2020). Pustakawan Malaysia pergiat sumbangan buku di kiosk buku sedia ada. Berita BERNAMA. Retrieved from file:///C:/Users/Hasnita/Downloads/PUSTAKAWAN-MALAYSIA-PERGIAT-SUMBANGAN-BUKU-DI-KIOSK-BUKU-SEDIA-ADA.pdf

Soon, Li Wei. (2020). KLWBC2020: Bina budaya membaca dalam normal baharu. Berita BERNAMA.

Page 14: Program Galakan Membaca PPM Sempena KLWBC 2020 …

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Retrieved from https://www.wilayahku.com.my/klwbc2020-bina-budaya-membaca-dalam-normal-baharu/

Soon, Li Wei. (2020). Turning Kuala Lumpur into a book-friendly city. BERNAMA News. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/617658/turning-kl-book-friendly-city