cara-cara meningkatkan kualiti udara

22
CARA-CARA MENINGKATKAN KUALITI UDARA QHAIRUNNUHA MOHD RIZAL TINGKATAN 3KM1 SMK DATO’ HAJI AHMAD BADAWI

Upload: zahisma89

Post on 27-Dec-2015

381 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cara-cara meningkatkan kualiti udara

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

CARA-CARA MENINGKATKAN KUALITI UDARA

QHAIRUNNUHA MOHD RIZALTINGKATAN 3KM1SMK DATO’ HAJI AHMAD BADAWI

Page 2: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENGENALAN

Pencemaran udara adalah satu keadaan di mana terdapatnya gas, cecair atau zarah di dalam udara sehingga menyebabkan berlakunya perubahan dan memeri kesan negatif kepada hidupan bumi.

Page 3: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENGENALAN

BAHAN-BAHAN PENYEBAB PENCEMARAN UDARA:

SULFUR DIOKSIDA (SO2)

KARBON MONOKSIDA (CO)

KARBON DIOKSIDA (CO2)

NITROGEN DIOKSIDA (NO2)

OZON (O3)

ALERGAN

PLUMBUM (Pb)

LOGAM-LOGAM LAIN

Page 4: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENGENALAN

LAPORAN ALAM SEKITAR 2001

Jumlah pengeluaran bahan pencemaran udara di Malaysia dianggarkan 933,000 tan setahun.

Penyumbang utama:

Kenderaan 58.1%

Stesyen jana kuasa 23.9%

Pembakaran bahan api industri 9.4%

Pemprosesan industri 3.9%

Pembakaran terbuka 4.9%

Page 5: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

FAKTOR SEMULAJADI

Letupan/luahan lahar gunung berapi

Tiupan angin laut yang mengandungi garam

Habuk tanah akibat dari musim kemarau

Page 6: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

AKIBAT PERBUATAN MANUSIA

Pelepasan karbon monoksida dari asap kenderaan bermotor yang semakin meningkat

Pelepasan klorofluorokarbon (CFC) dari aktiviti isi rumah seperti penggunaan peti sejuk, penyaman udara dan penyembur aerosol yang mengandungi CFC

Pelepasan bendasing dan bahan tercemar/sisa toksik dari kilang-kilang perindustrian

Pelepasan asap dari stesyen jana kuasa

Pembakaran terbuka

Penebangan dan pembakaran hutan

Penerokaan tanah untuk pembangunan dan pertanian

Page 7: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESAN KEPADA MANUSIA

Meningkatkan risiko penyakit berkaitan pernafasan terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan orang-orang tua

Meningkatkan risiko barah kulit akibat pendedahan secara langsung kepada pancaran matahari kesan dari penipisan lapisan ozon

Meningkatkan risiko kejadian alahan terumanya kepada mereka yang mengalami masalah alahan

Page 8: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESAN KEPADA HIDUPAN LAIN

Pembentukan hujan asid akibat tindaka balas antara gas sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx) dengan wap air (H20) yang menghasilkan asid sulfurik (H2SO4) dan asid nitrik (HNO3) menyebabkan berlakunya kematian pada binatang, pokok-pokok dan mengurangkan kesuburan tanah.

Kerosakan pada tumbuh-tumbuhan seperti kejadian nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna) dan gangguan pertumbuhan terutamanya pada tumbuhan seperti barli, kapas, gandum, epal, tomato, kekacang, bayam dan kentang.

Page 9: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESAN KEPADA BUMI

Penipisan lapisan ozon dan peningkatan pancaran cahaya matahari ke bumi akibat dari pembebasan gas CFC

Pemanasan global kesan dari pembentukan rumah hijau yang berpunca dari pembebasan gas karbon dioksida yang terperangkap di udara

Berlakunya jerubu yang boleh mengurangkan jarak penglihatan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Page 10: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

CARA-CARA MEMBAIKI KUALITI UDARA

Mengurangkan pembebasan asap kenderaan:

Mewajibkan pemasangan penapis asap pada ekzos kenderaan bagi mengurangkan pembebasan asap hitam dari kenderaan bermotor terutamanya lori, bas, teksi dan kenderaan lain yang menggunakan minyak diesel.

Menggalakkan perkongsian kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengurangkan pembebasan asap kenderaan.

Menggalakkan penggunaan kereta yang menggunakan petrol tanpa plumbum.

Memasang alat catalytic convertor pada enjin kenderaan bagi mengurangkan pengeluaran asap.

Memberi insentif khas bagi pembelian kereta elektrik.

Page 11: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

CARA-CARA MEMBAIKI KUALITI UDARA

Menggalakkan penggunaan beg kertas dan beg guna semula bagi menggurangkan penggunaan beg plastik yang hanya boleh dilupuskan melalui proses pembakaran.

Menggunakan teknologi moden yang boleh mengurangkan dan mengawal pencemaran misalnya penggunaan alat pembakar elektrik secara tertutup bagi pelupusan sampah.

Melakukan pembenihan awan bagi mengurangkan jerubu.

Mempertingkatkan lagi kaedah penanaman sayuran secara hidroponik bagi mengurangkan penerokaan kawasan penanaman yang baru.

Melakukan penanaman semula pokok-pokok yang ditebang dan penanaman semula hutan.

Menggalakkan amalan kitar semula dan membeli barangan yang diperbuat dari bahan kitar semula.

Page 12: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Orang awam

Menghentikan pembakaran sisa domestik secara terbuka

Menngunakan pembalut yang urai air dan mudah untuk dilupuskan.

Mengamalkan perkongsian kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam.

Melakukan pemeriksaan kenderaan bermotor secara berkala bagi mempastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan bagi mengelakkan pengeluaran asap yang berlebihan dan asap hitam.

Menggunakan gas asli untuk kenderaan bermotor bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.

Page 13: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Menggunakan kenderaan tidak bermotor atau berjalan kaki untuk ke tempat-tempat yang berdekatan, misalnya sekolah, masjid/surau, taman permainan, kedai runcit dan sebagainya.

Menyiram tanah di sekitar rumah pada musim kemarau bagi mengurangkan pelepasan habuk tanah dan debu ke udara.

Menanam tanaman tutup bumi seperti rumput di kawasan tanah kosong bagi mengurangkan pelepasan habuk dan debu.

Melakukan amalan kitar semula dan mengasingkan bahan buangan bagi mengurangkan sisa buangan domestik dan memudahkan proses pelupusan mengikut jenis sampah.

Menanam pokok kekal di persekoitaran rumah.

Page 14: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Pihak industri

Menggunakan teknologi hijau yang lebih mesra alam seperti penggunaan tenaga kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.

Menggunakan serombong asap yang tinggi (minimum 30 meter) dan meletakkan penapis asap.

Mengurangkan kuantiti buangan sisa kilang.

Menyelenggara alatan dan sistem kawalan pencematan udara dari masa ke semasa.

Melembabkan kawasan yang terdedah ataupun menanam tanaman tutup bumi.

Melakukan penyelidikan yang berterusan bagi mengurangkan kuantiti buangan dan mewujudkan perindustrian yang mesra alam sekitar.

Page 15: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Peneroka tanah pertanian dan pembangunan

Mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi sektor pertanian misalnya bagi penanaman padi, jerami dijadikan sumber tenaga biomas, manakala bagi kelapa sawit hampas kelapa sawit dijadikan baja kompos dan makanan ternakan, lidi dan daun dijadikan penyapu.

Mengurangkan tempoh masa di antara kerja pembersihan tumbuhan dan pemotongan tanah.

Mengurangkan pemotongan tanah yang berlebihan dan melakukan pembangunan mengikut kontur yang sedia ada.

Melembabkan jalan keluar masuk yang tidak berturap.

Penanaman semula pokok perlu dilakukan secara berterusan, teratur dan terancang.

Page 16: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang

Melakukan kempen penjagaan kualiti udara secara besar-besaran bagi memberi informasi dan kesedaran kepada masyarakat.

Mewajibkan pengilang menggunakan penapis pada serombong asap dan mengenakan denda yang tinggi kepada yang ingkar.

Melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih ketat dan konsisten.

Mengenakan kompaun yang tinggi bagi pesalah pencemaran udara.

Melakukan pemeriksaan dan sekatan jalan raya secara berkala bagi mengenalpasti pemilik kenderaan yang tidak mematuhi piawaian pelepasan asap kenderaan.

Page 17: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

AMALAN PENCEGAHAN PENCEMARAN UDARA

Menyediakan lebih banyak pengangkutan awam yang mesra alam seperti LRT, ERL, komuter dan monorel seperti yang terdapat di Lembah Klang ke seluruh negara.

Memberi pendidikan awal kepada pelajar mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar amnya dan kualiti udara khususnya bagi membentuk generasi yang tahu menghargai dan menjaga alam sekitar.

Page 18: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENUTUP

Klualiti udara yang baik bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang nyaman dan selesa, tetapi ia juga membantu meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat manusia, binatang dan tumbuhan.

Ia juga dapat menarik pelancong luar negara datang ke negara kita dan dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Membantu mengurangkan perbelanjaan perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat dari kualiti udara yang teruk yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan

Page 19: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENUTUP

PILIHAN DI TANGAN ANDA, SAMADA INI……

Page 20: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

PENUTUP

ATAU INI……..

Page 22: Cara-cara Meningkatkan Kualiti Udara

TERIMA KASIH