34455283 cara cara pelaksanaan ibadat haji

58
Tajuk Folio: Cara-cara pelaksanaan ibadat Haji Ahli kumpulan: 1. Muhammad Fathullah bin Yusuf 2. Muhammad Zakwan bin Md Daud 3. Muhammad Syafiq Imran bin Abdul Aziz Kelas: 4 Az-Zarqali Pemeriksa: Ustaz Amirahman bin Abas

Upload: nazrinayan

Post on 25-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

haji

TRANSCRIPT

Tajuk Folio: Cara-cara pelaksanaan ibadat Haji

Ahli kumpulan:1. Muhammad Fathullah bin Yusuf

2. Muhammad Zakwan bin Md Daud

3. Muhammad Syafiq Imran bin Abdul Aziz

Kelas: 4 Az-Zarqali

Pemeriksa: Ustaz Amirahman bin Abas

Kata-kata Aluan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan inayah-Nya, kami telah dapat menyiapkan satu folio Pendidikan Syariah Islamiah yang bertajuk cara-cara pelaksanaan ibadat Haji setelah hampir dua bulan kami bertungkus-lumus mengumpulkan maklumat mengenainya. Bermula dari tarikh 11 Mac 2010 sehingga 31 April 2010.

Sepanjang tarikh tersebut pelbagai halangan telah kami lalui untuk menyiapkan folio ini. Antaranya, kami terpaksa menghabiskan hampir keseluruhan waktu kami ke luar bandar di pusat komputer semata-mata untuk mencari maklumat mengenai cara-cara pelaksanaan Haji. Kami juga pernah berhadapan dengan masalah kegagalan komputer di pusat komputer tersebut yang tiba-tiba tidak berfungsi. Hal ini menyebabkan proses pencarian maklumat tergendala.

Walaubagaimanapun, kami berasa bersyukur kerana dengan tunjuk ajar dan sokongan daripada rakan-rakan dan guru-guru terutamanya di SMA Persekutuan Labu, akhirnya dapat juga kami menyiapkan folio ini.

Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada rakan-rakan kami yang sering memberikan sokongan kepada kami seperti Muhammad Harith bin Zulkifli, Muhammad Nafi dan Muhammad Rafiuddin bin Md Fauzi. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kami ingin ucapkan kepada Ustaz Amirahman bin Abas yang telah banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Jika tanpa tunjuk ajar daripada beliau, kami yakin dan pasti kami tidak akan dapat menyiapkan folio ini.Selain itu, tidak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pengetua SMA Persekutuan Labu, Puan Hajah Radziah binti Abdul Samad, yang membenarkan kami untuk mencari maklumat mengenai tajuk folio ini di luar kawasan sekolah.

Akhir kata, kami berharap agar folio yang bertajuk cara-cara pelaksanaan ibadat Haji ini, akan dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua pihak tidak kira pada masa sekarang ataupun pada masa hadapan.

PendahuluanIbadat Haji merupakan ibadat yang difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.

Fardu: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.

Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:1. Berihram.

2. Wuquf di Arafah.

3. Tawaf Ifadhah.

4. Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu: 1. Berihram dari Miqat.

2. Wuquf di Arafah.

3. Bermalam di Muzdalifah.

4. Bermalam di Mina.

5. Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.

6. Melontar setiap Jamrah.

7. Tawaf Wida'

Sunat: Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama. Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:

1. Mandi sunat Ihram.2. Bertalbiah.3. Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.4. Bermalam di Mina pada malam Arafah.5. Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.

Jenis Haji

1. Haji Tamattu':Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.Dia hendaklah menyebut: Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.2. Haji Qiran:

Qiran ialah berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah secara serentak) dari miqat-miqat yang ditetapkan kemudian dia mengerjakan ibadat Umrah seterusnya kekal berada di dalam keadaan berihram di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah, waktu Haji lalu dia mengerjakan ibadat Haji kemudian bertahallul dari ihramnya.Qiran dinamakan sedemikian kerana ia bermaksud menyertakan bersama iaitu menghimpunkan di antara Haji dan Umrah pada bulan-bulan Haji di dalam satu perjalanan musafir serta menggunakan satu niat.Dia dikenakan menyembelih Dam.3. Haji Ifrad:

Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."Lantas bertalbiah. Kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.Isi Kandungan

Bil.PerkaraMuka Surat

1.Kata-kata Aluan

2.Pendahuluan

3.Isi Kandungan

4.Haji Tamattu:

1. Berihram Umrah Dari Miqat2. Memasuki Mekah dan Masjidilharam3. Tawaf Umrah

4. Multazam

5. Saie Umrah

6. Bercukur atau Bergunting Rambut

7. Berada Di Mekah

8. Beredar Ke Mina

9. Beredar Ke Arafah

10. Bertolak Ke Muzdhalifah

11. Berjalan Ke Mina

12. Tawaf Ifadhah

13. Saie

14. Melontar Ketiga-tiga Jamrah

15. Tawaf Wida

5.Haji Ifrad:

1. Haji Qudum

6.Haji Qiran

7.Dam

9.Korban

10.Haji Mabrur

11.Penutup

12.Rujukan

13.Bibliografi

Haji Tamattu

Perjalanan Jemaah Haji Tamattu'

Sebelum 8 Zulhijah

Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja dan disusuli dengan talbiah.

Sebelum 8 Zulhijah

Tawaf UmrahSembahyang Sunat Tawaf Dua RakaatMultazam ZamzamSaie UmrahBercukur Atau Bergunting SebagaiTahallul Dari Ihram

Sebelum 8 Zulhijah

Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8 Zulhijah

8 Zulhijah

Berihram Haji dari MasjidilharamBertolak ke Mina selepas sembahyangSubuh di sana dia akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari ke sembilan)

9 Zulhijah

Bertolak ke Arafah selepas sembahyang SubuhSampai di ArafahSembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu ZuhurBanyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahariBeredar dari Arafah ke Muzdalifah selepas MaghribSembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir pada waktu Isyak.

10 Zulhijah

Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahariMelontar jamrah AqabahBercukur atau berguntingTawaf IfadhahBersaie jika masih belum bersaie selepas tawaf QudumKembali ke Mina untuk bermalam

Dari 11 13 Zulhijah

Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta - Kubra)

Kembali ke Mekah untuk Tawaf Wida' Akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' ingin mengerjakan saie Haji sebelum tawaf Ifadhah, dia boleh berbuat demikian dengan menambah tawaf sunat selepas dia berihram pada hari ke 8 Zulhijah dan dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

1.Berihram Umrah Dari Miqat

Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian disusuli dengan talbiah.(a).Berihram Haji Ifrad:Berihram ialah niat dan talbiah.

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang.Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.

Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.

Mandi dan berwuduk.

Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru.

Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

(b).Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:1. Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.

2. Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.

3. Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.

4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).

5. Memotong rambut.

6. Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).

7. Memotong kuku.

8. Menutup kepala bagi lelaki.

9. Berburu.

10. Memotong Pokok.

11. Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.

12. Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.

(c).Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:1. Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.

2. Mencabut gigi.

3. Membelat kawasan yang patah.

4. Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.

5. Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.

6. Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

(d).Miqat Makani Ihram:7. Iaitu tempat yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah Al-Mukarramah melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk terdapat tempat miqat untuk dia berihram darinya.

8. Miqat penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar Ali)Miqat penduduk Syam: Juhfah (Rabigh)Miqat penduduk Iraq: Zaatu IrqinMiqat penduduk Yaman: Yalamlam.

9. Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah, dia hanya perlu keluar ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia berihram dari sana

2.Memasuki Mekah dan Masjidilharam

(a).Memasuki Mekah:Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:

( , ). Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:( , , , , , , ).Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.(b).Memasuki Masjidilharam: Sunat masuk melalui Bab As-Salam.Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

( )( ). Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir ( ) sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab: ( ) ( )( ). Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:( , ).3.Tawaf Umrah: Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:( ).

Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian.

Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya.

Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut kemudian dia memulakan tawaf.

Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali sahaja)

Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.

(Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.

Dipintu Kaabah dia membaca:

Dirukun Iraqi dia membaca:

Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:

Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.

Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betul-betul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.

Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:

( ) Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:

Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:

Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.

Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

(a).Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.

Pada rakaat pertama dia membaca: dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca selepas membaca Al-Fatihah.

Allah s.w.t berfirman: ( ) Maksudnya: Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.Selepas sembahyang dia berdoa:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.4.Multazam:Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana:

( , , , ).Berdoa di Multazam adalah mustajab.(a).Air Zamzam:Kemudian selepas itu dia disunatkan pergi ke telaga zamzam kemudian minum airnya sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya:

( ) : ( )dan sesungguhnya aku meminumnya dan berdoa: ( ).( ( ) ).Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.5.Saie Umrah

(a).Saie Di Antara Safa dan Marwah:Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

( ). Kemudian dia membaca:

Sebanyak tiga kali.Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

( ). Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus.

Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.

6.Bercukur atau Bergunting Rambut

(a).Tahallul Dari Umrah Untuk Tamattu':Iaitu secara bercukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (1 sm) kemudian dia bertahallul dari ihram dan ketika itu dia dihalalkan melakukan semua perkara termasuk bersetubuh dengan isteri kecuali berburu dan dia terus berada di Mekah sehingga hari kelapan Zulhijah.

7.Berada Di Mekah

(a).Tempoh Kekal Berada Di Mekah Sehingga Hari Ke 8 Zulhijah:Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:

Banyak mendirikan sembahyang di Masjidilharam kerana (Sembahyang di dalamnya menyamai seribu sembahyang)

Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi adalah sebaik-baik ibadat di dalam Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w:

(Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu dan mendirikan sembahyang dua rakaat seolah-olah dia memerdekakan hamba).

Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)

Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan melihat kepada Kaabah, bererti dia mendapat 80 rahmat.

Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai tujuh pusingan dia hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

8.Beredar Ke Mina

(a).Hari Pertama: Hari Kelapan Zulhijah.Pada pagi hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah, jemaah Haji Tamattu' berihram semula dan dia mendirikan sembahyang sunat ihram dua rakaat kemudian membaca:

( ).Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata: .Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah supaya tidak membebankan dirinya selepas dia pulang dari Arafah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat, dia ittiba' (sopan) pada setiap pusingan dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

(b).Bertolak Ke Mina:Selepas sembahyang Subuh di Mekah, semua jemaah Haji keluar ke Mina selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia menunggu di sana sehingga terbit matahari hari Arafah iaitu dia mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah). Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca:

.Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca: ( ).Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif.9.Beredar Ke Arafah

(a).Hari Kedua: Hari 9 Zulhijah (Hari Arafah) Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:

( , , ). Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran seperti firman Allah:

dan dia wuquf di Arafah. Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda bertasbih kepada Allah dan bertakbir kepadaNya.

Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah, mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamat bersama-sama imam umum tanpa mendirikan sembahyang sunat di antara kedua-duanya.

Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya tetap khusyuk bersamanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangisi dosa yang dilakukan.

Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada sambil berdiri atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa, turut menyebut kaum keluarganya di dalam doa dan mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta menutup doa dengan tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.

Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.

10.Bertolak Ke Muzdalifah

(a).Ifadhah Dari Arafah Ke Muzdalifah: Apabila tenggelam matahari hari Arafah jemaah Haji menuju ke Muzdalifah sambil bertalbiah, bertakbir, bertahlil dan memuji kepada Allah sambil berkata:

Serta berkata:

Ketika jemaah Haji sampai ke Muzdalifah, dia cuba berhenti berhampiran dengan masjid Masy'arilharam (Jabal Qazah) jika tidak menjadi kesulitan untuk berbuat demikian.

Dia disunatkan banyak berdoa, berzikir, bertalbiah dan membaca mana-mana ayat Al-Quran yang mudah baginya.

( * ) Yang bermaksud:Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Selain daripada itu kamu hendaklah bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun) sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.

Kemudian dia mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak selepas masuk waktu Isyak secara jamak dengan sekali azan dan sekali iqamat serta melewatkan sembahyang sunat Maghrib, Isyak dan witir sehingga selepas selesai mendirikan fardhu Isyak.

Di antara doa-doa yang ma'thur di Muzdalifah ialah:

Dia banyak beristighfar dan bermalam di Muzdalifah sehingga tengah malam.

Kemudian jemaah Haji berbekal dengan batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul batu (saiz lebih besar sedikit dari kacang kuda dan kecil sedikit dari kacang itik) untuk melontar ketiga-tiga jamrah.

Apabila terbit fajar, jemaah Haji disunatkan mendirikan sembahyang Subuh pada awal waktunya, kemudian dia berkata:

Dia juga berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya ke langit. Perlu diperhatikan bahawa Muzdalifah kesemuanya tempat berhenti untuk bermalam melainkan Wadi Muhassir.

11.Berjalan Ke Mina

(a).Hari Ketiga: (Berjalan Ke Mina / Hari Menyembelih) Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari, jemaah Haji beredar menuju ke Mina sambil mengerahkan tenaganya di dalam banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya dia membaca di dalam perjalanannya:

dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji mempercepatkan perjalanannya dan ketika sampai di Mina dia membaca:

( ).

Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari menyembelih ialah: Melontar Jamrah Aqabah - Menyembelih - Bercukur - Tawaf Ifadhah - Bersaie jika masih belum bersaie sebelum itu.

(b). Melontar Jamrah Aqabah: Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia membaca ketika melontar setiap ketulan batu:

( , )

Jemaah Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama.

Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih sehinggalah ke fajar hari yang berikutnya tetapi sunat melontar pada waktu di antara terbit matahari sehingga gelincir matahari dan harus melontar selepas maghrib sehingga fajar tetapi makruh melainkan kerana keuzuran.

Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu kecil pada tiang Jamrah atau jatuh ke dalam kawasan sekitarnya, jemaah Haji hendaklah berada dalam keadaan berdiri menghadap Jamrah di mana dia menjadikan Mina berada di kanannya dan jalan Mekah berada di kirinya manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

(c). Menyembelih Dam: Ia diwajibkan kepada jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' dan Qiran sahaja dan di Mekah terdapat beberapa Yayasan yang boleh diwakilkan oleh jemaah Haji untuk membeli Dam (biri-biri), menyembelih dan mengagihkannya kepada orang-orang fakir di pelbagai pelusuk dunia, sekiranya dia tidak dapat membayar dam dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji sebelum hari Arafah dan tujuh hari apabila dia pulang ke tanah airnya.

(d). Bercukur Atau Bergunting: Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).

Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.

Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.

Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:

( ).

Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

12.Tawaf Ifadhah:Selepas kembali dari Mina Ke Mekah, jemaah Haji melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan, dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya dia pergi ke Multazam dan zamzam, kemudian dia bersaie di antara Safa dan Marwah jika dia masih belum bersaie sebelum itu.

Selepas tawaf Ifadhah jemaah Haji bertahallul dengan tahallul akbar di mana selepas tahallul ini jemaah Haji dibenarkan melakukan semua perkara.

Kemudian jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam di sana untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada ketiga-tiga hari yang berikutnya.

13.Saie

(a).Saie Di Antara Safa dan Marwah:Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:

( ). Kemudian dia membaca:

Sebanyak tiga kali.

Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

( ). Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah tidak perlu bertalbiah).

Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.

Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:

Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah disyaratkan ittiba' (sopan)).

Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.

Dalam keadaan terputus saie disebabkan sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu disempurnakan dari pusingan yang terputus.

Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk bermalam.

14.Melontar Ketiga-tiga Jamrah

(a).Hari Keempat: (Pertama Hari Tasyrik, Kedua Hari Menyembelih). Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ini, sunat dia mulakan dengan Jamrah Sughra, kemudian wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi dilontar dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada setiap lontaran:

( ). Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya menghadap Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan memohon permintaannya sambil membaca: ( ). Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu Zuhur) sehingga terbit matahari hari yang berikutnya tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib. Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah Jamrah dan menjadikan Mina berada di kanannya manakala jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar dari atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.

Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari semua arah.

(b).Hari Kelima: (Kedua Hari Tasyrik, Ketiga Hari Menyembelih).Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah sebagaimana yang dilontar pada hari sebelumnya dengan mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama kemudian jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah.

(c).Hari Keenam: (Ketiga Hari Tasyrik, Keempat Hari Menyembelih). Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa selepas tenggelam matahari hari ketiga iaitu hari menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada hari keempat. Waktu melontar adalah dari terbit matahari sehingga ke waktu tenggelam matahari (Maghrib).

( ).Yang bermaksud:Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 203).

Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah.

15.Tawaf Wida':Apabila jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah tanpa berlari-lari anak dan tidak juga perlu intiba' serta saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia adalah wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya pergi ke telaga Zamzam dan meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia pergi ke Multazam, dia merayu kepada Allah Taala memohon apa sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi s.a.w. begitu juga dengan penutupnya. Di dalam doa dia menyebut:

( , , , , , ).( , , , ).

( , , , ).

Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau mengisyarat kepadanya jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari Al-Haram dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan jangan berjalan secara berpatah kembali ke belakang, dia berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala.Haji IfradPerangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Ifrad

Sebelum 8 Zulhijah

Berihram Haji sahaja dari miqat dan disusuli dengan talbiah.

Sebelum 8 Zulhijah

Tawaf QudumSembahyang Sunat Tawaf Dua RakaatMultazam Zamzam

Sebelum 8 Zulhijah

Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8 Zulhijah

8 Zulhijah

Bertolak ke Mina selepas sembahyang Subuh, di sana dia akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari ke sembilan)

9 Zulhijah

Bertolak ke Arafah selepas sembahyang SubuhSampai di ArafahSembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu ZuhurBanyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahariIfadhah dari Arafah ke Muzdalifah selepas MaghribSembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir pada waktu Isyak.

10 Zulhijah

Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahariMelontar jamrah AqabahBercukur atau berguntingTawaf IfadhahSaie (Jika masih belum bersaie selepas tawaf Qudum)Kembali ke Mina untuk bermalam

Dari 11 13 Zulhijah

Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta Kubra)

Kembali ke Mekah untuk Tawaf Wida' Akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad ingin mengerjakan saie selepas tawaf Ifadhah, dia boleh berbuat demikian dan saie tersebut adalah saie Haji malah ketika itu dia tidak perlu lagi bersaie selepas tawaf Ifadhah.

Perjalanan bagi jemaah Haji yang mengerjakan ibadat Haji Ifrad pula hampir sama dengan perjalan jemaah Haji yang mengerjakan ibadat Haji Tamattu.Perkara yang membezakan antara dua ibadat haji ini adalah ketika mengerjakan ibadat Haji Ifrad terdapat tawaf qudum yang dilakukan selepas memasuki Mekah dan Masjidilharam seperti yang dilakukan dalam ibadat Haji Tamattu.

Selain itu jemaah yang mengerjakan ibadat Haji Ifrad tidak mengerjakan tawaf umrah dan saie umrah.1.Tawaf Qudum: Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:( ).

Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian.

Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium tangannya.

Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut kemudian dia memulakan tawaf.

Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali sahaja)

Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.

(Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.

Dipintu Kaabah dia membaca:

Dirukun Iraqi dia membaca:

Dirukun Syami dan Yamani dia membaca:

Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.

Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah berhenti betul-betul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.

Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:

( ) Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:

Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:

Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.

Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

(a).Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.

Pada rakaat pertama dia membaca: dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca selepas membaca Al-Fatihah.

Allah s.w.t berfirman: ( ) Maksudnya: Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.Selepas sembahyang dia berdoa:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.Haji QiranPerangkaan Tempat Bagi Jemaah Haji Qiran

Sebelum 8 Zulhijah

Berihram Haji dan Umrah secara serentak dari miqat dan disusuli dengan talbiah.

Sebelum 8 Zulhijah

Tawaf UmrahSembahyang Sunat Tawaf Dua RakaatMultazam ZamzamSaie Umrah

Sebelum 8 Zulhijah

Terus berada di Mekah dalam keadaan berihram sehingga 8 Zulhijah

8 Zulhijah

Bertolak ke Mina selepas sembahyang Subuh di sana dia akan mendirikan sembahyang (Zuhur Asar Maghrib Isyak dan Subuh hari ke sembilan)

9 Zulhijah

Bertolak ke Arafah selepas sembahyang SubuhSampai di ArafahSembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu ZuhurBanyak berzikir dan berdoa sehingga tenggelam matahariBeredar dari Arafah ke Muzdalifah selepas MaghribSembahyang Maghrib dan Isyak di Muzdalifah jamak ta'khir pada waktu Isyak.

10 Zulhijah

Berjalan ke Mina selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahariMelontar jamrah AqabahMenyembelih (Menyembelih Dam)Bercukur atau berguntingTawaf IfadhahSaie Kembalike Mina untuk bermalam

Dari 11 13 Zulhijah

Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra Wusta - Kubra)

Kembali ke Mekah untuk tawaf Wida' akhir Haji

Perhatian: Jika jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran ingin mengerjakan saie Haji sebelum tawaf Ifadhah, dia boleh berbuat demikian dengan menambah tawaf sunat sebelum dia pergi ke Mina dan dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.

Perjalanan bagi jemaah Haji yang mengerjakan ibadat Haji Qiran juga hampir sama dengan perjalan jemaah Haji yang mengerjakan ibadat Haji Tamattu.Perkara yang membezakan antara dua ibadat haji ini adalah ketika mengerjakan ibadat Haji Qiran terdapat tawaf qudum yang dilakukan selepas memasuki Mekah dan Masjidilharam sama seperti ibadat Haji Ifrad.

Selain itu jemaah yang mengerjakan ibadat Haji Ifrad tidak akan bercukur ataupun bergunting rambut sebelum berada di Mekah seperti yang dilakukan dalam ibadat haji TamattuDAM1.Definisinya:

Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.2.Jenis-jenis Dam(a).Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:

Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:

Berpuasa tiga hari

Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang.

(b).Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:

Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.

(c).Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:

Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.

(d).Fidyah kerana menggauli isteri:

Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.

(e).Fidyah bersetubuh: Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:

Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.

Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal, fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.3.Dam Tatawwuk(a).Definisinya:

Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

(b).Dalilnya:

"Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. juga pernah mengorbankan kambing."

(c).Hukumnya:

Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan Umrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

(d).Tempat Penyembelihan:Tanah Haram.

(e).Jenis-jenisnya:Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau kambing yang berumur genap enam bulan.

4.Dam Tamattu:(a).Definisinya:

Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

(b).Dalilnya:

Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji. Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah didapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing).

(c).Tempat Penyembelihan:Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.

5.Dam Ihsar:(a).Definisinya:Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

(b).Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."

(c).Hukumnya:Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.

(d).Tempat Penyembelihan:Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.

(e).Jenis-jenisnya:Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.

Korban

1.Definisinya:Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

2.Waktu Penyembelihan Korban:Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

3.Hukumnya:Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah s.w.t. akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah kebumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban tersebut." Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyembelih korban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w. dengan tanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.

4.Jenis-jenisnya:Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.

5.Pembahagiannya:Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.

6.Penyembelihannya:Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku."Haji Mabrur

1.Definisi Haji Mabrur

Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa).

Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk Kelebihan Haji Mabrur, manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan.Ini berdasarkan dua riwayat utama, Abu Hurairah dan Aisyah Radiyallahuanha iaitu:

Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahuanhu:

Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa).

Riwayat Aisyah Radiyallahuanha:

Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur).

2.Cara-cara mencapai Haji MabrurSecara umumnya, sebagai seorang yang taat kepada Allah dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah, hendaklah memenuhi kriteria berikut:

(a).Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith di atas dengan berkata;

Mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan al-mabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak riak pada hajinya.

Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Malah, Rasulullah mengajar kita dengan doa yang telah thabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketika bermusafir:

Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga.

(b).Semua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:

Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat al-Quran.

Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan. Kemudian Rasulullah membacakan lagi:

Wahai orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan (Surah al-Baqarah 172).

Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata Ya Tuhanku sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?.

(c).Melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.Bermula dengan niat sehinggalah haji wada ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah di dalam sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.

Ali Radiyallahuanh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah aku tidak aku mengucupnya. (Muttafaqun Alaih).

Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.

(d).Selepas menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.Ini sesuai dengan hadis:

Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya). (Sahih Bukhari No Hadith 1720, 6771).

Penutup

Menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak adalah pekerjaan yang tidak mudah. Ia memerlukan kemahuan yang kuat dan kemampuan yang memadai. Terdapat banyak pihak yang sudah mampu, tetapi belum mempunyai kemahuan. Dan lebih banyak lagi yang sudah mempunyai kemahuan tetapi belum mempunyai kemampuan yang cukup.Oleh kerana itu, pergi menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak dirasakan sebagai keberuntungan yang besar. Maka rugi rasanya, jika keberuntungan menunaikan ibadah Haji itu tidak dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Maka dalam hal Haji beliau juga memberi perintah: Ambillah cara mengerjakan Haji dan Umrohmu dari aku. (H.R. Muslim dari Jabir).Nabi saw. sendiri tidak memberikan ciri-ciri atas satu-satu amalan beliau dalam Haji. Baginda tidak mengatakan yang ini fardhu, yang ini wajib dan yang ini sunat. Tetapi beliau mengerjakan semuanya lalu memerintahkan orang lain menyontohi cara baginda itu secara keseluruhan, dan memberikan rukhshoh dalam hal-hal tertentu untuk orang-orang tertentu pula. Hanya Ulama madzhab-madzhab fikh yang kemudian mengkelompok-kelompokkan amalan-amalan Haji ke dalam: Kelompok Fardhu iaitu ertinya amalan yang dianggap sebagai wujud daripada haji sehingga jika tidak dikerjakan, maka tidak sahlah ibadat Haji. Kelompok Wajib iaitu amalan yang harus dikerjakan untuk ibadat Haji, tetapi kalau tidak dikerjakan, Hajinya tetap sah, tetapi harus membayar denda berupa Hadyu atau lainnya. Kelompok Sunat pul bertinya amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan, tetapi jika tidak dikerjakan, Hajinya tetap sah dan tidak harus membayar denda.

Walaubagaimanapun Ibadat Haji ini juga perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah kerana jika dalam mengamalkan ibadah yang lain, orang pun sudah berasa susah untuk ikhlas seperti yang diisyaratkan oleh sabda Rasulullah saw: "Maukah kamu aku beri tahu sesuatu yang menurut aku lebih berbahaya atasmu daripada Dajjal Al-MaSih? Mereka menjawab: Ya. Beliau bersabda: Syirik tersembunyi. Seorang laki-laki shalat, lalu diperbaikinya shalatnya karena dia melihat orang memandangnya. (H.R. Ahmad dari Abu Sa'id).Maka dalam Haji, kerana memerlukan kemampuan harta, ikhlas itu lebih sukar, sehingga Allah perlu memberi peringatan tentang keikhlasan dalam menunaikan Haji itu dalam Al-Qur'an. FirmanNya: Dan sempurnakanlah Haji dan Umroh karena Allah. (Al Baqoroh 196).Bagi mereka yang ingin menunaikan Haji dengan cara yang paling diredhai oleh Allah S.W.T.. tentunya seIain menjaga agar niatnya benar-benar kerana AIlah serta tidak bercampur riyaa, 'ujub, sum'ah dan takabbur, mereka perlulah melakukan ibadah Haji tersebut dengan cara-cara yang betul iaitu dengan berlandaskan syariat yang telah ditetapkan.

Bibliografi

Al-Quranul KarimHadithhttp://hajj.al-islam.com/display.asp?lang=ind&fname=hajj/M1http://www.dalil-alhaj.com/my/alihram_mt.htmhttp://tanbihul_ghafilin.tripod.com/panduanlengkaphajidanumrah.htmhttp://www.audiohaji.com/Manasik_Haji/index.htm