program beyond excellence

21
PROGRAM BEYOND EXCELLENCE SRK. ST. JOSEPH, PENAMPANG ,SABAH. PRAKATA Salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya dengan ikhlasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam penyediaan Buku Perancangan Sekolah Berkesan ( Beyond Excellence ). Kami telah menyemak semula pencapaian murid-murid dalam tempoh lima tahun yang lalu ( 1994 - 1998 ) dan kami juga telah dapat menilai sejauh mana prestasi akademik yang telah dicapai. Berdasarkan pencapaian lima tahun yang lalu, kami telah dapat membuat target pencapaian akan datang 2000 – 2005 di mana kita seharusnya telah dapat mencapai keputusan seratus peratus dalam setiap mata pelajaran seperti mana yang dihasratkan. Kami berharap segala yang telah dirancangkan (target) untuk tempoh lima tahun ini akan dapat dicapai. Kami sentiasa menghargai dan mengalu-alukan kritikan yang membina daripada semua pihak. Sekian, terima kasih. ( HELEN C. MOGINDOL ) Guru Besar,

Upload: chlim398

Post on 03-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

program khas maths

TRANSCRIPT

Page 1: Program Beyond Excellence

PROGRAM BEYOND EXCELLENCE 

SRK. ST. JOSEPH, PENAMPANG ,SABAH.

PRAKATA

Salam  sejahtera.

 Terlebih dahulu, saya dengan ikhlasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam penyediaan Buku  Perancangan Sekolah Berkesan ( Beyond Excellence ).

 Kami telah menyemak semula pencapaian murid-murid dalam tempoh lima tahun yang lalu ( 1994 -  1998 ) dan kami juga telah dapat menilai sejauh mana prestasi akademik yang telah dicapai.

 Berdasarkan pencapaian lima tahun yang lalu, kami telah dapat membuat target pencapaian akan datang  2000 – 2005 di mana kita seharusnya telah dapat mencapai keputusan seratus peratus dalam setiap mata pelajaran seperti mana yang dihasratkan.

 Kami berharap segala yang telah dirancangkan (target) untuk tempoh lima tahun ini akan dapat dicapai.  Kami sentiasa menghargai dan mengalu-alukan kritikan yang membina daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

( HELEN  C. MOGINDOL )  Guru Besar,  SRK  St. Joseph,  Penampang.     

Page 2: Program Beyond Excellence

PENDAHULUAN

Kurikulum Baru Sekolah Rendah  ( KBSR )  berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajaran dan pendidikan peringkat Sekolah Rendah adalah bercorak pendidikan asas.  Untuk mencapai matlamat itu, sekolah telah merangka suatu perancangan yang teliti melalui buku yang dikenali sebagai “PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN”  atau   “BEYOND EXCELLENCE  2000 – 2005”.   Dengan adanya buku PSB ini maka sekolah akan mencapai matlamat yang dinginkan.

Fakta-fakta atau data-data yang terkandung dalam buku ini telah diolah melalui satu sessi pengkajian yang teliti dan terancang.  Melalui buku ini juga sekolah akan dapat membuat semakan semula dari semasa ke semasa berkaitan dengan prestasi atau sebarang kekangan yang dihadapi.

Segala isu-isu, strategi dan aktiviti yang dimuatkan dalam buku ini juga adalah  merupakan suatu cabaran  agar guru-guru akan dapat mengubah sikap dan prinsip masing-masing demi untuk mengwujudkan suatu suasana yang cemerlang dan penyayang.  Berdasarkan isu-isu itu juga kita akan dapat membuat suatu  tekad agar mengubah segala sikap negatif kepada positif untuk mencapai  suatu wawasan yang kita inginkan berdasarkan PSB ini.

Semasa dalam proses kita menuju ke arah kecemerlangan ini, kita akan dapati bahawa banyaknya halangan yang perlu di atasi.  Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi semua halangan ini.  Sudah tiba masanya kini kita mengubah dan memastikan diri kita sentiasa menerima perubahan paradigma dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.

Oleh itu, kita patut menyedari bahawa tugas serta perkhidmatan kita mempunyai ekspektasi masyarakat yang tinggi dan kita hendaklah sentiasa bersedia menerima berbagai komen yang  boleh dijadikan ikhtibar dalam memperbaiki kesilapan  kita.

Adalah diharapkan buku PSB ini menjadi panduan dan rujukan yang terbaik kepada semua guru di sekolah ini dalam usaha memperbaiki diri, perkhidmatan dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan matlamat khas sekolah ini yang mengamalkan cogan kata “BERDOA DAN BERUSAHA”.

“ BERUSAHA DAN BERSATU  MENUJU WAWASAN BERKONSEPKAN BUDAYA ILMU”   

Page 3: Program Beyond Excellence

  

FALSAFAH   SEKOLAH

1. BAHAWASANYA murid-murid yang ada di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah ada mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dengan seimbangnya dari segi intelek, rohani dan jasmani.

2. BAHAWASANYA kami pendidik-pendidik di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pengajaran dan pendidikan yang sempurna dan bermutu untuk memajukan pelajaran murid-murid di sekolah kami.     

FALSAFAH  PENDIDIKAN  NEGARA

Pendidikan  di  Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keper-cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi me-lahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,     berke-trampilan, berakhlak mulia, ertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.     

Page 4: Program Beyond Excellence

PERNYATAAN  VISI ‘BEYOND  EXCELLENCE’

“Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berbudaya saling mene-pati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan  2020”.

                “Vision  is the imagination of a future reality…………………”

                                                                (Rowe,et al. 1990)     

MISI  “BE”

Dalam usaha bersungguh-sungguh Jabatan Pendidikan Sabah merealisasikan Visi “BE” untuk tempoh 5 tahun (2000 – 2005), Misi “BE” diisytiharkan seperti berikut:

i. Meneruskan aktiviti Program  ‘3 + 2’ ii. Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran.  iii. Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya   kerja bermatlamat serta berfokus. iv. Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. v. Menghasilkan pelajar berakhlak mulia. vi. Menghasilkan pelajar bestari.     

Page 5: Program Beyond Excellence

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN ( BEYOND  EXCELLENCE )

FOKUS              : Budaya  Cemerlang

 PROGRAM       : Stail Pengurusan Dan Kepimpinan

 PROJEK           : Meningkatkan lagi Stail Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Lemah Kepada Perkhidmatan                               Yang Lebih Berkesan.

 ISU-ISU             : 1. Kelewatan maklumat / informasi dari  Jabatan.

                              2. Kurang kerjasama dari sesetengah ibu bapa untuk menerima  dan memberi tindak balas    kepada pihak sekolah. 3. Bebenan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada guru terlalu padat.

SASARAN : 1. Guru Besar 2. Penolong-penolong Kanan sekolah 3. Kerani sekolah 4. Guru-guru 5. Ibu bapa

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan kualiti pengurusan. 2. Perkongsian kuasa. 3. Dasar pintu terbuka. 4. Inovatif dan kreatif.

STRATEGI : 1. Kepimpinan melalui teladan. 2. Pengurusan secara sistematik. 3. Bersedia untuk menerima perubahan. 4. Menjalankan tugas bila-bila masa diperlukan.

AKTIVITI : 1. Kursus Dalaman untuk semua guru. 2. Kursus Peningkatan Staf. 3. Pemberian sijil melalui aktiviti-aktiviti. 4. Perjumpaan dengan ibu bapa tentang maklumat kemajuan pencapaian murid/anak serta masalah-masalah yang dihadapi oleh murid/anak. JANGKAMASA: Berterusan PETUNJUK : 1. Sedia menerima perubahan dan teguran. 2. Menjadi insan yang bersikap lebih terbuka.

Page 6: Program Beyond Excellence

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN ( BEYOND  EXCELLENCE )

 FOKUS  : Budaya  Cemerlang

 PROGRAM : Hal Ehwal Staf

 PROJEK : Peningkatan Sikap Negatif Kepada Sikap Positif.

 ISU-ISU : 1. Kekurangan guru yang mengajar dalam mata pelajaran       yang penting. 2. Kekurangan tenaga pengajar lelaki.

SASARAN : 1. Guru Besar 2. Guru 3. Jabatan Pendidikan Negeri

OBJEKTIF : 1. Melahirkan guru-guru penyayang. 2. Memberi kesedaran agar semua guru berperanan dalam  segala tugasan.

STRATEGI : 1. Mengemaskinikan dan meluaskan perkhidmatan guru-                                   guru. 2. Memberi penghargaan kepada guru-guru. 3. Memberi kesedaran kepada semua guru peranan dalam segala tugas. 4. Mempertingkatkan kerjasama antara semua guru dan merealisasikan program ‘BE’  kepada  empat budaya utama.

 AKTIVITI : 1. Kursus-kursus motivasi dan kesedaran. 2. Perkhemahan/perkelahan/lawatan secara intergrasi melalui Kelab Pencinta Alam.      3. Memberi semangat serta kesedaran untuk meningkatkan       tahap akademik guru.

 JANGKAMASA : Berterusan

 PETUNJUK : Sentiasa menerima perubahan.         

Page 7: Program Beyond Excellence

   

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN ( BEYOND  EXCELLENCE )  FOKUS  : Budaya Penyayang  PROGRAM : Mencintai Sekolah  PROJEK  : Sekolah Kediamanku  ISU-ISU : 1. Sikap murid-murid tidak mempunyai kesedaran       Terhadap peranan dan fungsi sekolah. 2. Penglibatan sesetengah ibu bapa/masyarkat tidak

 SASARAN : 1. Murid-murid 2. Guru 3. Ibu bapa /masyarakat

 OBJEKTIF : 1. Memupuk kesedaran murid-murid terhadap budaya       Sayang kepada sekolah dan alam sekeliling. 2. Menjadikan sekolah tempat yang tercantik serta indah. 3. Membuat sekolah sebagai “kediaman kedua” iaitu ‘Sekolahku’  ‘Rumahku’. 4. Melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti Sekolah. 5. Melibatkan ibu bapa / masyarakat dalam semua sekolah.

 STRATEGI : 1. Menanam nilai-nilai moral yang murni kepada       Murid-murid. 2. Mendidik murid-murid  agar bersikap penyayang terhadap alam sekitar sekolah dan harta benda sekolah. 3. Beri penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan Sikap penyayang yang tinggi. 4. Beri pujian dan motivasi semasa perhimpunan.

 AKTIVITI : 1. Pelbagaikan aktiviti-aktiviti bersama ibu bapa/       Masyarakat. 2. Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum. 3. Pelajar yang bermasalah diberi kaunseling. 4. Mengadakan pertandingan bersih / cantik dalam setiap kelas termasuk kawasan masing-masing.  JANGKAMASA:  Berterusan 

Page 8: Program Beyond Excellence

 PETUNJUK : 1. Semangat sikap hormat-menghormati seperti       mencintai sekolah. 2. Kerjasama dan sikap bermoral tinggi terhadap sekolah yang tersayang wujud dalam hati setiap pelajar.

  NILAI : SEKOLAH  PENYAYANG   PROGRAM : Hal Ehwal Murid (HEM)

1. Sikap Negatif Murid. 1.1 Kurang Minat Belajar. Murid-murid kuarang minat belajar disebabkan faktor-faktor tertentu. Contohnya bilangan murid di dalam satu-satu kelas terlalu ramai.

1.2 Sikap kurang hormat terhadap guru dan rakan sebaya.      Murid-murid kurang didedahkan dengan nilai-nilai murni dan pengaruh             daripada persekitaran.

1.3 Budaya menconteng peralatan sekolah.

2. Pengaruh Persekitaran dan Masyarakat Sekeliling. Pengaruh persekitaran yang kuat menyebabkan murid-murid mudah terpengaruh dan menjadi ikutan mereka.

3. Sikap Negatif Ibu Bapa Sikap ibu bapa yang sering memandang serong terhadap tindakan disiplin yang dikenakan kepada anak mereka tanpa mengkaji dan membetulkan keadaan bersama-sama.

 SASARAN  Murid-murid, Ibu bapa, Guru-guru, Guru Besar serta agensi=agensi luar seperti Bomba,  Polis, PEMADAM dan sebagainya.

 STRATEGI 1. Mengadakan kursus bina diri. 2. Mempertingkatkan khidmat Bimbingan dan Kaunseling dan mengkaji peranannya di sekolah lebih berkesan. 3. Mewujudkan Budaya Contoh yang merangkumi pelajar, guru dan ibu bapa.

AKTIVITI 1. Kursus atau kempen-kempen  kesedaran sepanjang tahun dengan melibatkan ibu bapa    dan masyarakat dalam aktiviti seperti berikut; 

Page 9: Program Beyond Excellence

a. Khemah kerja/ibadat b. Kursus Motivasi dan kesedaran c. Kegiatan gerak saraf melalui melukis poster, logo, cogankata dan sebagainya. 2. Mengadakan kursus pendedahan dan taklimat kepada guru-guru kaunseling serta memperluaskan  lagi bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan murid. 3. Taklimat, ceramah serta lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dijadikan contoh kepada masyarakat.

JANGKAMASA Berterusan.

PETUNJUK Implikasi daripada strategi dan aktiviti akan dapat meningkatkan tahap disiplin sekolah yang  baik.     FOKUS : Permuafakatan PROGRAM : Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG) PROJEK : Meningkatkan permuafakatan antara guru-guru dan    ibu bapa.

ISU-ISU : 1. Ibu bapa kurang memahami fungsi atau peranan     PIBG. 2. Ibu bapa kurang memberi perhatian dan kerjasama dalam persatuan seperti menghadiri dialog/mesyuarat. 3. Ramai di kalangan ibu bapa lebih mementingkan tugas daripada aktiviti anak / guru di sekolah. 4. Tidak ada permuafakatan yang wujud di kalangan guru-guru dan ibu bapa.

SASARAN : 1. Ibu bapa 2. Guru-guru

OBJEKTIF : 1. Mengwujudkan kesedaran tentang peranan PIBG     kepada ibu bapa. 2. Mengwujudkan permuafakatn PIBG dengan guru- guru. 3. Mengubah sikap negatif ibu bapa dan guru-guru terhadap PIBG.

Page 10: Program Beyond Excellence

STRATEGI : 1. Kaunseling kepada ibubapa. 2. Ceramah / Dialog. 3. Mengwujudkan Budaya Kerja 4. Mengadakan pelbagai kempen. 5. Mesyuarat PIBG.

AKTIVITI : 1. Mengadakan kaunseling kepada ibu bapa tentang     peranan PIBG. 2. Menganjurkan ceramah/dialog untuk mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa. 3. Menganjurkan pelbagai kempen yang berkaitan dengan PIBG. 4. Mengadakan mesyuarat yang lebih kerap dalam persatuan. 5. Mengadakan aktiviti yang menarik minat  ibubapa  untuk mengambil berat tentang persatuan.

JANGKAMASA: Berterusan. PETUNJUK : 1. Mempastikan ibu bapa mengubah sikap dan lebih meng-     ambil berat tentang peranan dan kepentingan PIBG. 2. Mempastikan wujudnya permuafakatan antara ahli-ahli PIBG. 3. Mempastikan wujudnya suasana harmonis di kalangan ibu bapa guru-guru dan murid-murid.    

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu

PROGRAM : Akademik

PROJEK : Meningkatkan Prestasi Kajian  Tempatan

ISU-ISU : 1. Ramai murid tidak mengamalkan akan kepentingan      alam sekitar kepada manusia. 2. Ada juga di kalangan murid tidak tahu akan kedudukan negara Malaysia di muka bumi, contohnya ‘globe’. 3. Kurang alat bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran Kajian Tempatan.

Page 11: Program Beyond Excellence

SASARAN : 1. Pelajar (utama) 2. Ibu bapa 3. Guru

OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid untuk memupuk semangat     patriotik di dalam jiwa mereka. 2. Memupuk perasaan  kasih sayang dan membentuk murid yang setia kepada bangsa dan negara. 3. Menguasai kemahiran sosial melalui interaksi yang Aktif dalam kelas sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menjalankan aktiviti atau kajian setempat.

STRATEGI : 1. Mengadakan Kempen Minggu Kajian Tempatan. 2. Membuat sudut maklumat dan sudut rangsangan di dalam kelas.    3. Mengadakan Kempen kesedaran Kepentingan Alam      Semula Jadi.    

AKTIVITI : 1. Pertandingan kuiz semasa kempen Kajian Tempatan. 2. Membuat alat-alat bantu mengajar seperti peta, carta dan lain-lain. 3. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negari, Empangan Air / Loji Penapisan Air dan lain-lain. 4. Pertandingan melukis poster sempena Minggu Kajian Tempatan. 5. Mengadakan ceramah, bengkel mengenai ‘Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar terhadap manusia’.

JANGKAMASA: 1. Berterusan 2. Mengikut kesesuaian  masa.

PETUNJUK : 1. Melahirkan dan membentuk murid yangberhati mulia     berdasarkan kemahiran, tatasusila dan keinsafan yang di     sanjungi oleh masyarakat.       

 

Page 12: Program Beyond Excellence

PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN ( BEYOND EXCELLENCE )

FOKUS  : Budaya ilmu PROGRAM : Akademik PROJEK : Melahirkan murid yang bermoral. ISU-ISU ; 1. Sesetengah murid gagal mengamalkan sika[ hormat     sesama rakan, guru dan ibu bapa. 2. Tidak mempunyai sikap ‘Kepunyaan’ terhadap benda Sendiri, sekolah dan awam. 3. Sesetengah murid suka mementingkan diri sendiri. 4. Sesetengah pula ibu bapa tidak menanamkan sikap murni di kalangan anak mereka.

SASARAN : 1. Murid 2. Ibu bapa 3. Guru

OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid yang sentiasa bermoral di antara       mereka, persekitaran dan masyarakat. 2. Melahirkan insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

STRATEGI : 1. Mengadakan kempen sekolah penyayang. 2. Kepimpinan melalui teladan. 3. Kempen membina diri, masayarakat sekeliling melalui kehormanian. 4. Kempen kebersihan sekeliling sekolah. 5. Penilaian secara tidak langsung sikap murid di dalam dan di luar bilik darjah / sekolah.

AKTIVITI : 1. Kempen minggu menghormati guru. Ibubapa dan rakan     sebaya . 2. Kempen pakaian kemas dan personaliti. 3. Guru contoh dan murid contoh. 4. Minggu kempen gotong-royong  dan memungut sampah. 5. Ceramah. 6. Pertandingan melukis poster.

JANGKAMASA: 1. Berterusan. 2. Mengikut kesesuaian masa. PETUNJUK : 1. Membentuk murid berperibadi mulia dan boleh membuat      keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan nilai 

Page 13: Program Beyond Excellence

    moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakatnya. PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN (  BEYOND  EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya  Cemerlang

PROGRAM : Akademik

PROJEK : Meningkatkan daya kemahiran dan kreativiti dalam bidang  seni. ISU-ISU : 1. Kurang mahir dalam bidang seni. 2. kekurangan peralatan seni. 3. Buku panduan dan rujukan tidak mencukupi. 4. kemahiran  melukis adalah terhad. 5. Suasana pembelajaran yang membosankan. 6. Bahan-bahan untuk bidang seni tidak mampu  disediakan oleh pelajar. 7. Faktor latar belakang keluarga ; tiada galakan dan sokongan.

SASARAN  :         1. Para pelajar. 2. Pendidik / guru. 3. Ibubapa / penjaga.

OBJEKTIF  :  1. Meningkatkan kemahiran , daya imaginasi yang kreatif di     kalangan pelajar. 2.  Mengetengahkan bakat seni melalui pertandingan dari peringkat ke peringkat. 2. Memberi pendedahan dan kursus dalaman serta menanamkan nilai-nilai murni yang kreatif dan mempunyai daya saing antara para pelajar. 3. Menanamkan sikap harmonis yang mencerminkan keutuhan  bermasyarakat, ke alam nyata mahupun alam benda yang dapat melahirkan melahirkan mutu seni yang dihargai.

STRATEGI : 1.  Mengadakan kempen melukis , mewarna ,      Kraftangan seni bina dikalangan para pelajar. 2.  Mengadakan sudut kreatif di dalam kelas.  

3.  Mengadakan kursus pendedahan , ceramah  Motivasi dan pertandingan-pertandingan yang  dapat mencungkil bakat dan hasil seni yang kreatif  dan bermutu. 4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran  yang menarik yang

Page 14: Program Beyond Excellence

menghargai mencintai alam agar dapat menghasilkan Seni Kraf dari bahan-bahan terpakai atau terbuang.

AKTIVITI : 1. Pertandingan melukis. 2. Pertandingan mewarna. 3. Pertandingan kraftangan. 4. Pertandingan Seni Bina. 5. Perjumpaan dan mesyuarat guru-guru panitia. 6. Pameran sudut seni dalam kelas. 7. Kursus pendedahan Pendidikan Seni. 8. Melengkapkan alat-alat seni. 9. Kempen menghasilkan seni kreatif dari bahan-bahan terpakai.

JANGKAMASA: 1. Berterusan. 2. Mengikut rangcangan  P & P.

PETUNJUK : 1. Memastikan para pelajar dapat menguasai bidang     Seni.    2. Memastikan guru dapat memberikan kemahiran      kepada para pelajar. 3. Mengetengahkan murid yang berbakat .  

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN (  BEYOND  EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu Cemerlang

PROGRAM : Akademik

PROJEK : 1. Melahirkan pelajar  yang dapat menguasai penggunaan      Bahasa Malaysia. 2. Memantapkan kemahiran murid dari segi pertuturan, pemahaman dan penulisan.

ISU-ISU : 1. Budaya kurang minat membaca di kalangan murid     mengakibatkan kurangnya  pengetahuan murid dari segi      penyusunan struktur ayat yang betul. 2. Sesetengah murid lebih terpengaruh  dengan bahasa Ibunda sama ada dalam pertuturan atau penulisan. 3. Sesetengah murid lebih aktif dalam bidang sukan dan permainan tetapi lemah dalam pembelajaran. 4. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas.

Page 15: Program Beyond Excellence

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi murid dalam akademik. 2. Murid mahir dalam penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perhubungan utama berbilang kaum di Malaysia.

SASARAN : 1. Pelajar 2. Ibu bapa 3. Guru

STRATEGI : 1. Menggalakan minat membaca di kalangan guru dan murid. 2. Meningkatkan kemahiran guru di dalam pengajaran. 3. Meningkatkan peratus pencapaian UPSR.

AKTIVITI : 1. Mengadakan sudut bacaan dan Taman Bacaan. 2. Seminar, bengkel dan kursus dalaman. 3. Mengadakan kelas tambahan, kelas bimbingan. 4. Dialog dengan ibu bapa. 5. Kelas pemulihan diteruskan.  

JANGKAMASA: Berterusan mengikut keperluan dan kesesuaian masa.

PETUNJUK : Prestasi pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan.    Oleh itu, tindakan positif dari pihak pentadbir, PIBG dan ibu    bapa amatlah diperlukan.

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN (  BEYOND   EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu

PROGRAM : Akademik

PROJEK : 1. Memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dari segi     pertuturan  dan penulisan. 2. Menanam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis 3. Melahirkan/menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang  akademik dan kokurikulum.    4, Melahirkan/menghasilkan pelajar yang serba boleh; yang     dapat berkomunikasi dengan baik, dapat mengeluarkan     pendapat yang bernas dan berupaya menghadapi cabaran     dalam apa jua situasi. 

Page 16: Program Beyond Excellence

4. Menghasilkan pelajar bestari iaitu seorang insan yang Berketrampilan dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

ISU-ISU : 1. Kelemahan  dalam kefahaman dan penulisan. 2. Pelajar tidak mengamalkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 3. Kelemahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dari segi pertuturan, kefahaman, dan penulisan.

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi akademik. 2. Melahirkan pelajar yang mampu berfikir dan mengeluar- kan pendapat atau pandangan secara kreatif dan kritis. 3. Mempastikan para pelajar diberi pendedahan yang Secukupnya di peringkat tahap 1 dan pengukuhan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan penulisan di tahap 2. 4. Menanam minat dan rasa sayang terhadap Bahasa Inggeris.

SASARAN : 1. Pelajar (utama)  4. Masyarakat 2. Guru 3. Ibu bapa    

AKTIVITI : 1. Mengadakan khemah motivasi. 2. Program Anak Angkat 3. Kelas tambahan yang berterusan. 4. Latih tubi. 5. Ujian bulanan/semester. 6. Perjumpaan guru dan ibu bapa. 7. Kursus Dalaman bagi guru-guru bahasa. 8. Perbincangan dalam mesyuarat panitia. 9. Pertandingan membaca dalam kelas. 10. Program Nilam. 11. Mengadakan kempen Bahasa Inggeris.  

JANGKAMASA: Berterusan  program_be.htm PETUNJUK  : Meneruskan aktiviti program dan memantapkan lagi prestasi    3 + 2 dan  kecemerlangan Bahasa Inggeris sebagai bahasa    kedua untuk dijadikan sebagai sebahagian pengisian ‘Be”. 

Page 17: Program Beyond Excellence