profil usahawan wus 101

8

Click here to load reader

Upload: fatin-nadia

Post on 12-Jul-2016

1.937 views

Category:

Documents


100 download

DESCRIPTION

kajian yang dijalankan oleh pelajar USM

TRANSCRIPT

Page 1: Profil Usahawan wus 101

SEMESTER I - 2015/2016

WUS101-TERAS KEUSAHAWANAN

PROFAIL USAHAWAN

Cik Khairun Bariyah Binti Yahaya

(Perniagaan Runcit)

Disediakan oleh:

Fatin Nadia Binti Shahidi

Kumpulan 64

Disediakan untuk:

En. Mohd Shafie Ariffin

Pensyarah WUS 101

Tarikh Penghantaran:

26 November 2015

Page 2: Profil Usahawan wus 101

Fatin Nadia Binti Shahidi

F 26, 209 A

Desasiswa Fajar Harapan

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

En. Mohd Shafie Ariffin 26 November 2015

Pensyarah WUS101

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Penghantaran WUS 101-Teras Keusahawanan Tugasan Profil Usahawan

Saya menghantar projek seperti yang tertera di atas untuk semakan pihak tuan. Projek yang

dijalankan merupakan hasil kajian terhadap seorang usahawan yang baru setahun jagung

mengembangkan perniagaannya. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh

menghubungi saya di talian 0134430169

Sekian, terima kasih.

Yang benar

fatinnadiaFatin Nadia Binti Shahidi

Page 3: Profil Usahawan wus 101

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Beliau Tehadap Perniagaan

1

3.0 Cabaran Di Awal Perniagaan 2

4.0 Cabaran Ketika Perniagaan Berkembang 2

5.0 Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Dalam Perniagaan

2

6.0 Nasihat Usahawan Dalam Perniagaan 3

7.0 Rujukan 3

8.0 Lampiran 4

Page 4: Profil Usahawan wus 101

CIK KHAIRUN BARIYAH BINTI YAHAYA

(PENGURUS KHAIRUN ENTERPRISE)

1.0 Latar Belakang

Khairun Bariyah merupakan seorang usahawan yang mempunyai nilai kendiri yang tinggi untuk berjaya dalam hidupnya. Usahawan cekal yang berusia 26 tahun ini mempunyai karisma yang tinggi dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan. Anak kelahiran negeri Kedah yang berasal dari Sungai Ular, Kulim ini merupakan seorang graduan Open University Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan lebih cenderung memilih bidang perniagaan sebagai salah satu langkah untuk mengaplikasikan ilmu dan memajukan ekonomi negara. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah menempuh alam pekerjaan sebagai juruwang di sebuah kedai runcit iaitu Tabarani Enterprise di Taman Bestari, Kulim selama setahun. Namun setelah setahun bekerja di kedai runcit tersebut, kini beliau telah beralih ke arah operasi pembukaan perniagaan beliau sendiri setelah mempelajari cara untuk menarik pelanggan.

Pertemuan dengan beliau sedikit sebanyak dapat menarik minat saya untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam dalam bidang perniagaan. Cik Bariyah merupakan pengurus yang berdaya saing serta berani mengambil risiko dalam bidang keusahawanan dengan menjalankan perniagaan runcit yang telah ditubuhkan 2 tahun lepas. Perniagaan Khairun Enterprise terletak di No. 10 Kampung Sera Sungai Ular, 09000 Kulim, Kedah. Perniagaan yang ditubuhkan atas usaha sendiri dan dorongan keluarga yang kini menjadi tumuan utama para suri rumah. Lokasi yang startegik amat menarik perhatian pelanggan untuk mendapatkan barangan runcit. Lokasi kedai beliau terletak berhampiran prasekolah dan masjid, pelanggan yang terdiri daripada ibu akan singgah ke kedai runcit beliau untuk mendapatkan barangan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

Tambah beliau, permulaan untuk membuka perniagaan ini memakan modal sebanyak RM 10 000 hasil daripada simpanannya semasa bekerja dahulu serta pinjaman daripada ibu paba beliau. Perniagaan ini beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 7 petang. Antara barangan yang dijual ialah barangan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran, serta barangan runcit lain. Selain itu, perniagaan yang dijalankan secara perseorangan ini juga perlu mendapatkan kebenaran dan pengesahan daripada pihak berkuasa misalnya beliau perlu mengemukakan permohonan lesen perniagaan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2.0 Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Beliau Tehadap Perniagaan

Antara faktor yang menarik minat beliau untuk menceburi bidang keusahawanan ini ialah kerana pengalaman yang telah diperoleh semasa beliau bekerja sebagai juruwang di Tabarani Enterprise. Semasa bekerja di kedai tersebut beliau dapat melihat dengan jelas keperluan dan keinginan pelanggan yang datang setiap hari untuk mendapatkan barangan keperluan harian kerana rata-rata penduduk terutama kaum ibu tidak memiliki lesen untuk pergi ke pasar pagi untuk mendapatkan keperluan harian untuk memasak. Oleh itu, beliau telah membuat “survey” di kawasan Kampung Sera dimana rata-rata kaum ibu kerap mengeluh kerana

1

Page 5: Profil Usahawan wus 101

mereka terpaksa menaiki teksi untuk ke pasar kerana tiada kedai runcit di kampung tersebut. Hal ini telah dijadikan inspirasi oleh beliau untuk menubuhkan satu kedai runcit di kampung tersebut. Selain itu, beliau berpendapat bahawa keusahawanan merupakan langkah yang paling baik bagi membantu meningkatkan ekonomi beliau sendiri serta negara.

3.0 Cabaran Di Awal Perniagaan

Mengulas detik awal memulakan perniagaan itu, Cik Bariyah tidak menafikan bahawa terdapat juga cabaran yang terpaksa diatasi diawal pembukaan perniagaan. Cabaran yang besar bagi beliau adalah apabila beliau terpaksa mengumpul dan meminjam wang untuk dijadikan modal bagi memulakan perniagaan beliau. Beliau juga terpaksa mengambil kira pelbagai faktor dalam perniagaan misalnya ragam pelanggan yang pelbagai dari segi umur, citarasa, demografi serta gender agar kehendak dan kepuasan pelanggan dapat dicapai. Dalam mengatasi cabaran permulaan perniagaan, beliau banyak berdoa dan berikhtiar dalam mencari setiap penyelesaian agar perniagaan dapat berkembang maju.

4.0 Cabaran Ketika Perniagaan Berkembang

Cik Bariyah turut mengakui bahawa cabaran semasa menjalankan perniagaan amat mencabar baginya. Hal ini kerana berlaku peningkatan harga bagi sesetengah barang akibat daripada pelaksanaan cukai GST. Selain itu, cabaran sekarang yang terpaksa dilalui beliau ialah faktor ekonomi Malaysia yang saban tahun meningkat. Kadar GST yang dikenakan juga akan turut mempengaruhi perniagaan beliau yang baru berkembang maju. Keadaan ini akan menyebabkan kuasa pembeli semakin berkurangan.

5.0 Kemahiran Yang Perlu Dimiliki Dalam Perniagaan

Usahawan muda ini banyak menerapkan unsur pengaplikasian melalui pengalaman beliau. Menurutnya, kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri setiap usahawan ialah sikap untuk terus menimba ilmu kerana tanpa ilmu sebarang kegiatan tidak dapat dilaksanakan dengan betul. Selain itu, setiap usahawan perlu mengikuti trend terkini usahawan agar segala pembaharuan dapat dianalisis dan diaplikasikan sebelum mengambil langkah seterusnya untuk membuka perniagaan. Beliau turut mencadangkan kepada setiap usahawan agar mengikuti setiap kursus usahawan agar tidak ketinggalan dalam arus perniagaan tersebut malah dapat menjana idea untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.

2

Page 6: Profil Usahawan wus 101

6.0 Nasihat Usahawan Dalam Perniagaan

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa perniagaan yang dijalankan perlulah bersifat adil, jujur dan telus. Beliau turut menasihatkan agar usahawan perlu menanam niat di dalam diri sendiri agar perniagaan yang dijalankan dapat diusahakan dengan penuh keikhlasan dan mampu mencapai kecekapan yang diinginkan. Menurutnya usahawan perlulah bersikap positif agar segala kegiatan dapat dilakukan dengan lancar. Usahawan juga perlu berani dalam mengambil risiko agar kegiatan perniagaan dapat diteruskan walaupun mencapai tahap kemerosotan kerana keadaan tersebut adalah kebiasaan dalam bidang perniagaan. Oleh itu, apabila mengalami kerugian jangan lah kita cepat melenting dan mengalah. Kita harus mengenalpasti mengapa berlaku kerugian dan berusaha meminimumkan kerugian tersebut.

7.0 Rujukan

Khairun Bariyah Binti Yahaya pemilik kedai runcit Khairun Enterprise http://documents.tips/documents/profail-keusahawaan.html

3

Page 7: Profil Usahawan wus 101

8.0 LAMPIRAN

4

KAD PERNIAGAAN CIK BARIYAH