profil komuniti pembelajaran profesional

7
1 PROFIL KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL 2008 © Hak Cipta Terpelihara Zuraidah Abdullah Segala pertanyaan mengenai kajian dan penggunaan instrumen ini boleh ditujukan kepada Pn. Zuraidah Abdullah Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya, Kampus Kota, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur. Tel: 03-26173022 Faks: 03-26173020 Tel: 03-26173061 Email: [email protected]

Upload: cikgudeepa

Post on 21-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES

TRANSCRIPT

  • 1

    PROFIL

    KOMUNITI PEMBELAJARAN

    PROFESIONAL 2008 Hak Cipta Terpelihara

    Zuraidah Abdullah

    Segala pertanyaan mengenai kajian dan penggunaan instrumen ini boleh ditujukan kepada Pn. Zuraidah Abdullah Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya, Kampus Kota, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-26173022 Faks: 03-26173020

    Tel: 03-26173061 Email: [email protected]

  • 2

    Kepada semua guru:

    Kami amat berharap agar tuan/puan memberikan kerjasama dan menjawab semua soalan

    dengan teliti dan seikhlas mungkin. Melalui maklumat yang tepatr, dapatan kajian ini nanti

    mampu memberikan gambaran yang sebenar tentang Komuiti Pembelajaran Profesional di

    sekolah tuan/puan. Instrumen ini merupakan persepsi tuan/puan terhadap pengetua, guru-guru

    dan stakeholders dengan berdasarkan lima dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)

    yang berkaitan dengan atribut-atributnya. Instrumen ini mengandungi beberapa penyataan

    tentang amalan-amalan yang wujud dalam sesebuah sekolah. Sila baca setiap penyataan dan

    tuan/puan hendaklah memilih skala di bawah yang menunjukkan tuan/puan bersetuju dengan

    penyataan tersebut. Tuan/puan juga diminta agar tidak membincangkan sebarang jawapan

    dengan orang lain. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. Semua jawapan dirahsiakan dan

    akan digunakan sebagai data kajian sahaja. Sekian terima kasih.

    Kata Kunci:

    # Pengetua - Pengetua bukan Pemangku Pengetua @ Penolong Kanan

    # Guru - PPP Siswazah

    # Stakeholders - Kementerian Pelajaran Malaysia, Ibubapa dan Masyarakat

    Sekitar

    BAHAGIAN A Maklumat Latar Belakang Sekolah dan Responden

    ARAHAN: Sila lengkapkan ruangan yang kosong dan memilih (bulatkan) nombor-nombor yang

    berkenaan.

    1. Nama Sekolah: ______________________________________________________

    2. Kategori : 1. Sekolah Kerajaan 2. Sekolah Bantuan Kerajaan

    3. Saiz sekolah: ________________________________________________________

    4. Bilangan Pelajar: _____________________________________________________

    5. Pencapaian akademik sekolah dalam PMR dan SPM sepanjang TIGA (3) tahun yang lalu.

    TAHUN KELULUSAN PMR (%) KELULUSAN SPM (%)

    2006 _____________________ _____________________

    2005 _____________________ _____________________

    2004 _____________________ _____________________

  • 3

    6. Penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima oleh sekolah anda daripada

    KemenerianPelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran

    Daerah atau agensi-agensi lain.

    i. _______________________________________________________________________

    ii. _______________________________________________________________________

    iii. _______________________________________________________________________

    iv. _______________________________________________________________________

    BAHAGIAN B - Maklumat guru

    ARAHAN: Sila lengkapkan ruangan yang kosong atau memilih (bulatkan) nombor-nombor yang

    berkenaan.

    7. Jantina: 1. Lelaki 2. Perempuan

    8. Keturunan : 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain dan nyatakan:_______

    9. Umur:_________Tahun

    10. Kelayakan Ikhtisas: Kelayakan Akademik:

    Maktab Perguruan 1 SPM/STPM 1

    Diploma Pendidikan 2 Diploma 2

    Sarjana Muda Pendidikan 3 Sarjana Muda 3

    Tiada Latihan 4 Sarjana Pendidikan 4

    Lain Kelayakan ........ 5 Doktor Falsafah 5

    11. Pengalaman mengajar :

    Kurang daripada 1 tahun 1 11-15 tahun 4

    2-5 tahun 2 16-20 tahun 5

    6-10 tahun 3 Melebihi 6

    12. Jawatan anda di sekolah ini: ________________________

    13. Pengalaman mengajar di sekolah ini: ____________tahun.

    14. Adakah anda seronok mengajar di sekolah ini? 1. Ya 2. Tidak

    15. Mengapa?

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________

  • 4

    BAHAGIAN C: Komunti Pembelajaran Profesional

    Setiap penyataan yang terdapat dalam bahagian ini menggambarkan situasi/aktiviti yang

    berlaku di sekolah anda mengikut dimensi yang telah dikenal pasti oleh pengkaji. Tuan/puan

    diminta untuk membaca dengan teliti dan memilih dengan menanda [ / ] pada nombor-nombor

    yang mewakili persepsi tuan/puan berhubung penyataan-penyataan yang berkaitan dengan

    Komuniti Pembelajaran Profesional. Nombor-nombor tersebut mewakili tahap persetujuan

    tuan/puan berdasarkan skala 4 poin seperti di bawah:

    1. Tidak ada langsung 2. Jarang-jarang 3. Tidak pasti 4. Selalu 5. Sangat selalu

    PENYATAAN

    SKALA

    A

    PERKONGSIAN KEPEMIMPINAN DAN KEPEMIMPINAN MENYOKONG

    1

    2

    3

    4

    1

    Guru-guru terlibat sama secara konsisten dalam perbincangan dan membuat keputusan

    terhadap kebanyakan isu yang timbul di sekolah.

    2

    Pengetua mengumpulkan semua pendapat guru untuk membuat keputusan.

    3

    Guru-guru mempunyai kemudahan untuk memperoleh maklumat penting.

    4

    Pengetua sentiasa proaktif dan memberikan sokongan apabila diperlukan.

    5

    Guru-guru sentiasa diberi peluang untuk melakukan perubahan.

    6

    Pengetua berkongsi tanggungjawab dan memberi ganjaran kepada inovasi yang

    dilakukan.

    7

    Pengetua bertindak secara demokrasi bersama guru-guru melalui perkongsian kuasa dan

    autoriti.

    8

    Kepemimpinan digalakkan dan dibimbing dalam kalangan guru.

    9

    Setiap keputusan mesti melalui mesyuarat dan dibincangkan mengikut tingkatan dan

    bidang mata pelajaran tertentu.

    10

    Stakeholders mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti bersama terhadap pembelajaran

    murid tanpa menunjukkan kuasa dan autoriti.

    B

    PERKONGSIAN NILAI, MATLAMAT DAN VISI

    1

    2

    3

    4

    11

    Proses kolaborasi wujud ketika membina perkongsian nilai dalam kalangan guru.

    12

    Nilai perkongsian yang diamalkan oleh warga sekolah telah menyokong norma-norma

    dan tingkah laku guru dalam membuat keputusan mengenai pengajaran dan pembelajaran.

  • 5

    13

    Guru-guru berkongsi visi dalam membangunkan sekolah yang berfokus kepada

    pembelajaran murid.

    14

    Keputusan dibuat selari dengan nilai dan visi sekolah.

    15

    Proses kolaborasi wujud dalam membangunkan perkongsian visi antara guru.

    16

    Matlamat sekolah lebih berfokus kepada pembelajaran murid daripada mementingkan

    pencapaian ujian mereka.

    17

    Guru-guru telah terlibat sama dalam membangunkan penyataan visi sekolah.

    18

    Matlamat dan strategi jangka panjang organisasi sekolah diambil kira dalam perancangan

    dan perlaksanaan tugas guru.

    19

    Polisi dan program sekolah adalah selari dengan visi sekolah.

    20

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara aktif terlibat sama dalam menetapkan

    harapan yang tinggi terhadap peningkatan pencapaian murid.

    C

    PEMBELAJARAN KOLEKTIF DAN PENGAPLIKASIAN

    1

    2

    3

    4

    21

    Guru-guru bekerjasama meneroka pelbagai kemahiran dan strategi pengajaran untuk

    diaplikasikan dalam tugasan mereka (P&P).

    22

    Wujudnya hubungan kejelekitan dalam kalangan guru yang mencerminkan komitmen

    mereka dalam melakukan penambahbaikan sekolah.

    23

    Guru-guru merancang dan bekerjasama menyelesaikan masalah bagi memenuhi keperluan

    murid.

    24

    Wujudnya peluang dan ruang ke arah pembelajaran kolektif melalui Perbincangan Terbuka.

    25

    Pelibatan guru dalam perbincangan sesama mereka mencetuskan pelbagai idea dan

    menggalakkan penerokaan selanjutnya.

    26

    Perkembangan staf adalah lebih berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran guru.

    27

    Guru-guru mempunyai maklumat dalam proses membuat keputusan yang diaplikasikan di

    sekolah.

    28

    Guru-guru komited terhadap program yang menyuburkan pembelajaran mereka.

    29

    Perbincangan yang bertujuan untuk berkongsi idea dan memahami bidang tugas guru lain

    dilaksanakan di sekolah ini mengikut pelbagai peringkat tingkatan dan bidang tugas guru

    (mata pelajaran).

    30

    Guru dan PIBG belajar bersama-sama dan mengaplikasikan pengetahuan baharu yang

    diperoleh untuk menyelesaikan masalah.

  • 6

    D

    PERKONGSIAN AMALAN PERSONAL

    1

    2

    3

    4

    31

    Guru saling mencerap rakan sekerja dan sentiasa menberikan galakan antara satu sama

    lain.

    32

    Guru-guru sentiasa memberi maklum balas kepada rakan sekerja mereka berkaitan

    dengan amalan-amalan mengajar.

    33

    Secara tidak formal guru berkongsi idea dan pendapat bagi menambahbaik pembelajaran

    murid.

    34

    Guru secara bersama menganalisis tugasan murid untuk berkongsi dan meningkatkan

    amalan pengajaran guru.

    35

    Biasanya terdapat jadual giliran guru yang akan mempengerusikan mesyuarat pada

    peringkat panitia mata pelajaran dan tingkatan.

    36

    Guru-guru mempunyai peluang untuk mengenal pasti fokus aktiviti-aktiviti

    perkembangan staf mereka.

    37

    Guru-guru telah mencuba idea-idea yang telah mereka kongsi bersama di dalam kelas.

    38

    Individu guru sentiasa mendapatkan maklum balas terhadap prestasi masing-maing agar

    dapat menambahbaik tugas-tugasnya secara berterusan.

    39

    Wujudnya peluang menjadi mentor dan juru latih.

    40

    Guru-guru digalakkan mengkaji semula kelemahan dan kesalahan diri masing-masing

    supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi.

    E

    KEADAAN YANG MENYOKONG PERHUBUNGAN

    1

    2

    3

    4

    41

    Budaya penyayang yang dibina atas dasar kepercayaan dan hormat-menghormati wujud

    dalam kalangan guru dan murid.

    42

    Budaya saling mempercayai dan saling menghormati wujud ketika mengambil risiko.

    43

    Pencapaian yang cemerlang sentiasa diberikan pengiktirafan dan diraikan di sekolah.

    44

    Guru-guru tidak dihukum atau didenda sekiranya melakukan kesilapan yang tidak sengaja

    (setelah cuba melakukannya dengan baik tetapi gagal).

    45

    Guru-guru dan pentadbir melihat kesilapan yang dilakukan oleh individu guru sebgai

    pengalaman pembelajaran yang konstruktif

    46

    Pengetua dan barisan pentadbir sekolah menggalakkan guru-gurunya bersifat berani

    mencuba dan mengambil peluang bagi melakukan perubahan dalam bidang pengajaran

    dan pembelajaran mereka.

    47

    Pengetua diberi ganjaran kerana memberi sokongan terhadap kemajuan guru-guru dan

    murid-muridnya.

  • 7

    48

    Semua pihak (warga sekolah dan stakeholders) bersama-sama berusaha untuk menyemai

    budaya sekolah yang suka akan perubahan.

    49

    Kejayaan yang diterima akan dikongsi bersama secara langsung melalui sistem ganjaran

    berorientasikan keuntungan.

    50

    Pihak sekolah memberi ganjaran secara konsisten bagi setiap aktiviti penyelesaian

    masalah berkaitan dengan tugasan guru.

    E

    ii. KEADAAN YANG MENYOKONG STRUKTUR

    1

    2

    3

    4

    51

    Masa diperuntukkan kepada guru-guru untuk memudahkan kerja secara kolaboratif.

    52

    Reka bentuk jadual sekolah menggalakkan pembelajaran kolektif dan amalan perkongsian

    berlaku di sekolah.

    53

    Adanya sumber kewangan untuk pembangunan iktisas individu guru.

    54

    Guru-guru mempunyai akses terhadap teknologi dan bahan-bahan pengajaran.

    55

    Pihak pengurusan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan

    Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sumber kepakaran dan sokongan ke arah

    pembelajaran berterusan guru-guru di sekolah.

    56

    Keadaan sekeliling sekolah adalah bersih, menarik dan inviting.

    57

    Jurang perbezaan dari segi kedudukan perjawatan (DG) yang tidak ketara antara guru

    memungkinkan wujudnya kolaborasi antara rakan sekerja.

    58

    Sistem komunikasi yang berkesan dalam kalangan guru di sekolah.

    59

    Sekolah ini mempunyai jadual kerja yang dapat mengurangkan keadaan pengasingan guru

    berlaku di sekolah.

    60

    Sistem komunikasi yang berkesan di sekolah memudahkan maklumat tersebar luas dalam

    kalangan komuniti sekolah termasuk : Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, ibubapa dan ahli komuniti setempat.