portal jps@komuniti panduan muatnaik laporan profil …apps.water.gov.my/jpskomuniti/dokumen/manual...
TRANSCRIPT
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 1
1. CARA MENCAPAI PORTAL JPS
Ikuti langkah‐langkah berikut untuk mencapai laman Portal JPS:
i) Pada ruang Alamat URL di Internet Browser taipkan alamat web berikut:
http://it.water.gov.my/intranetx/
ii) Tekan kekunci Enter. Anda akan melihat laman Portal JPS seperti di Rajah 1‐1 berikut:
Rajah 1‐ 1
iii) Masukkan User ID dan Password yang sah (berdasarkan pendaftaran ID pengguna dalam SISWA) dan tekan kekunci Enter atau klik butang Login pada paparan skrin seperti di Rajah 1‐2.
Rajah 1‐ 2
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 2
iv) Anda akan melihat paparan skrin seperti di Rajah 1‐3. Klik pada jps@komuniti dibawah Menu Info Portal di sebelah kiri skrin.
Rajah 1‐ 3
2. CARA MENCAPAI LAMAN PORTAL jps@komuniti
Ikuti langkah‐langkah berikut untuk meneruskan transaksi laman Portal jps@komuniti:
i) Paparan skrin di Rajah 2‐1 memberi pilihan sub‐menu untuk laman Portal jps@komuniti. Untuk melihat dan/atau memuatnaik Laporan Profil, klik pada hyperlink Laporan Profil.
Rajah 2‐ 1
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 3
ii) Senarai Laporan Profil jps@komuniti JPS Malaysia yang terkini akan dipaparkan pada skrin seperti di Rajah 2‐2 berikut.
Rajah 2‐ 2
iii) Sebelum memuatnaik Profil Daerah anda, anda dinasihatkan terlebih dahulu menyediakan dokumen dalam Portable Document Format, PDF dan menamakan file mengikut konvensyen berikut:
<DAERAH>_PROFIL_<BULAN>_<TAHUN>
Contoh: BATU_PAHAT_PROFIL_JANUARI_2011.pdf
Walau bagaimanapun sekiranya anda tidak mempunyai kemudahan menukar format daripada perisian Microsoft Office kepada PDF, ada kemungkinan anda masih boleh memuatnaik dokumen yang disediakan dalam Powerpoint atau Word Document bergantung kepada situasi semasa talian internet anda, mengikut saiz file yang dimuatnaik.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kegagalan melepasi kekangan kelajuan talian internet anda, anda amat digalakkan bersedia dengan perisian format dokumen PDF.
iv) Untuk memulakan penghantaran dokumen yang akan dimuatnaik, sekali lagi anda perlu merujuk paparan skrin di Rajah 2‐2 di atas.
v) Bagi meneruskan proses memuatnaik, klik hyperlink [ Admin ].
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 4
vi) Setelah klik [ Admin ] anda akan memperolehi tetingkap baru, paparan skrin seperti di Rajah 2‐3 berikut.
Rajah 2‐ 3
vii) Masukkan User ID dan Password untuk muatnaik ke dalam Portal jps@komuniti yang telah dibekalkan kepada Daerah anda masing‐masing, seperti contoh Daerah Batu Pahat, Negeri Johor di Rajah 2‐4 di bawah. Tekan kekunci Enter atau klik butang Login.
Rajah 2‐ 4
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 5
viii) Pautan [ Tambah_laporan ] akan dilihat seperti dalam Rajah 2‐5 yang dipaparkan. Sekarang klik pada hyperlink [ Tambah_laporan ].
Rajah 2‐ 5
ix) Tetingkap baru Borang Kemasukan Data Laporan dipaparkan pada skrin seperti di Rajah 2‐6.
Contoh, pada pull‐down menu, pilih Negeri Johor dan pilih pull‐down menu berikutnya Daerah BATU PAHAT. Kemudian pada pull‐down menu berikutnya, pilih Kategori Profil. Seterusnya klik butang Browse untuk mencari Fail Dokumen yang akan dimuatnaik, dalam hal ini fail dalam folder “D:\My Documents\jps@komuniti\” yang dinamakan BATU_PAHAT_PROFIL_JANUARI_2011.pdf
Rajah 2‐ 6
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 6
x) Rajah 2‐7 dipaparkan apabila carian “Choose File to Upload” telah menemui dokumen yang hendak dimuatnaik iaitu BATU_PAHAT_PROFIL_JANUARI_2011 dalam format PDF, klik butang Open .
Rajah 2‐ 7
xi) Seterusnya klik butang Save dalam “Borang Kemasukan Data Laporan” seperti paparan di Rajah 2‐8 di bawah. Tunggu sehingga proses muatnaik ini selesai, sebelum anda boleh menyemak dalam portal jps@komuniti sama ada proses tersebut Berjaya dipaparkan atau sebaliknya.
Rajah 2‐ 8
PORTAL jps@komuniti
PANDUAN MUATNAIK LAPORAN PROFIL DAERAH
Versi 01 Tahun 2011 jps@komuniti Muka Surat 7
3. HUBUNGI TASKFORCE jps@komuniti
Sekiranya anda menghadapi sebarang kemusykilan berhubung proses muatnaik Laporan Profil Daerah ke dalam portal jps@komuniti, sila hubungi Taskforce melalui email [email protected].
Sekian, Selamat Mencuba, Semoga Berjaya !!!
Urusetia
Taskforce jps@komuniti
Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Jalan Sultan Salahuddin
50626 KUALA LUMPUR.
16 Januari 2011.