profesion keguruan 2

14
tugasan 1 Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa 1.1 Definisi dan Konsep keguruan Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.Guru atau pendidik ialah علم م. مؤدب, مربىatau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 ) Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 ) Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa

Upload: muhammad

Post on 21-Jul-2015

45 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: profesion keguruan 2

tugasan 1

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

1.1 Definisi dan Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin

syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).Guru adalah merupakan sumber

kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya

egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan

tercapai matlamatnya.Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan

kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi,

adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh

dijadikan contoh yang berkesan.Guru atau pendidik ialah مربى, مؤدب. معلم atau ULAMAK. Islam

juga memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja

untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan,

komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif

Islam:m.s: 4 )

Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan

dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas

apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di

sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang

berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion

pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain.

Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan

membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti

kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan.

Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengah

guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )

Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha

sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu

telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian

akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa

Page 2: profesion keguruan 2

wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar

terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk

rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu

dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.(

Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan

fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu

pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu

diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan

kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,

menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai

tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying,

Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).

1.2 etika keguruan

Rajah 1 : Etika keguruan

Page 3: profesion keguruan 2

1.1 Ringkasan dan kata kunci ucapan YB menteri pelajaran sempene perayaan 2010

TEKS UCAPAN PERUTUSAN HARI GURU 2010

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Para guru, saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

............. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang

patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada

warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai

profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan

pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional

dengan berkesan Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah

berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara

serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap

guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan

kelemahan setiap anak didik mereka

……Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh,

patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah

masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya

saintifik serta bersatu paduBagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah

guru dan institusi pendidikan. Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan

mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan

guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang

tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut

komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik….

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan

rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung

Page 4: profesion keguruan 2

dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai

kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif

‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues”

(keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh

mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan

harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu

kefahaman bersama

1.2 analisis kritis

HURAIAN TEMA HARI GURU 2010

tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam

membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia

sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita

dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan

dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak

seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada

bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut

peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah

menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas

pertama.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Page 5: profesion keguruan 2

rajah 2; inovasi dalam pendidikan

1.2 pandangan sokong/tidak

Guru-guru perlu memandang ke hadapan berbekalkan visi dan misi yang jelas demi

kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul

mampu menghasilkan satu ketamadunan yang memiliki masyarakat yang berdisiplin, berhemah

tinggi, berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Usaha untuk mencapai pembentukan tamadun

yang tinggi peradabannya ini, memerlukan kesegaran dan pembugaran budaya berfikir. Budaya

ini terarah untuk mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta kukuh akidah mereka.

Pentradisian budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah

negara.Kecemerlangan akademik belum bermakna kecemerlangan kehidupan. Semata-mata

berpaksikan kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada

sifat-sifat kejahilan, kebebalan dan kehaiwanan.

Guru bertanggungjawab memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah

llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan

yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan

ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah

manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Guru-guru mempunyai

peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan mentransformasikan ilmu yang baik,

Page 6: profesion keguruan 2

meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk ke arah jalan yang

benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran.

Kunci kepada kejayaan kita mengharungi cabaran ini ialah pengurusan kewangan yang

berhemah berteraskan amalan nilai-nilai moral, etika dan integriti yang luhur. Dalam

memelihara integriti, saya menyeru seluruh warga Kementerian agar menghayati nilai-nilai

murni seperti cekap, jujur dan amanah, serta membuat sesuatu keputusan berasaskan kepada

kriteria-kriteria yang telus, adil dan saksama serta mengelakkan pembaziran. Saya yakin

dengan memelihara integriti, kita akan berupaya mengurus kewangan dengan berhemah dan

menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip rakyat

didahulukan, pencapaian diutamakan.Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan

sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau

faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk

menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya

organisasi pendidikan.

Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu

kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang

disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam

kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.

Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam

pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru

dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.

1.5 kesimpulan

Transformasi sistem pendidikan bukannya satu usaha yang mudah dan kemungkinan besar kita

akan menghadapi beberapa cabaran. Namun, yakinlah bahawa bukan sahaja Kerajaan dan

Kementerian Pendidikan yang komited untuk mencapai matlamat ini, malah saya juga secara

peribadi memegang teguh komitmen ini. Dari ibu bapa kepada masyarakat tempatan dan sektor

swasta, kita semua mempunyai peranan dan kepentingan peribadi dalam memastikan sistem

pendidikan kita diperbaiki

Page 7: profesion keguruan 2

tugasan 2

2.0 berdasar pengalaman

Praktikum memberikan impak bagi setiap individu ia adalah berbeza diantara satu sama lain.

Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya

meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu

bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari

segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang

lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus

memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di

dalam kelas.[wp-like-locker]Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran

dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau

matapelajaran. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan

siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu

meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat

mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap

individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap

sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak

pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar

didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka

di sekolah.Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang

wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga

pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang

keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada

mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang

diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam

membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya

setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu

adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud

didalam sesebuah kelas.

Page 8: profesion keguruan 2

2.1 isu pengurusan bilik darjah

2.1.1 Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah

dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada

timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang

paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru

sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. (laporan

Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke

atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya

pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti “pengorkestraan kehidupan dalam bilik

darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur

persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka

kemungkinan masalah.” (Lemlech, 1988).

2.1.2 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana

bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu

mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah.

Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi

tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati

murid-muridnya.

a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik

darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu

mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka.

Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif.

Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak

akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik

Page 9: profesion keguruan 2

darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun

atu Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya,

seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah

pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-

murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang

cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.

d) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas

apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya

tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid

sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas

sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.

e) Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah

mereka jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya

hasilnya benar- benar menepati objektif yang telah ditetapkar bilik darjah mestilah sesuai

kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru

2.1.3 Amalan Pengurusan Bilik Darjah

2.1.3.1 Merancang

Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu

aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru

akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran

dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan

pembelajaran.

Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang

baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang tenteram.

Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti menggalakkan

aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur

suspens dan mengagumkan.

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran

atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh

seseorang guru.

Page 10: profesion keguruan 2

2.1.3.2 Mengurus

Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan

keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk pembelajaran.

Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan

dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.

Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi

murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain

hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan

memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa

memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya

supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya

berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai

pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di kalangan murid-muridnya.

Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.

2.1.33 Mengelola

Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai

pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:

Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran.

Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid.

Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam

perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dengan lancar.

Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah

serta boleh dipercayai.

Page 11: profesion keguruan 2

Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi

menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.

2.1.3.4 Mengarah

Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan.

Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi

memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar

memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau,

bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang

memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan

kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.

2.1.3.5 Mengawal

Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang

besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang

guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan

yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah

benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

bermakna.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada

berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan

mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif

pembelajaran.

Guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal

perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus

berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.

Page 12: profesion keguruan 2

2..1.3.6 Model Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu

pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan

bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam

kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan

penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang

mesra.

2.4 Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah.

Antaranya yang akan dibincangkan ialah:

2.4.1 Modifikasi Tingkah Laku

Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan)

mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru

mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.Pengurusan

bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku positif.

* Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan

mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut

jadual yang telah ditetapkan.

2.4.2 Model Disiplin Asertif Canter

Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru

menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting

kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan

kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah.

Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik

darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk

pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan

tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif.

Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter:

Page 13: profesion keguruan 2

• Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.

• guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid

mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru

perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di

dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan

peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu

mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.

3.0 rujukan

Page 14: profesion keguruan 2

Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A (2007), Guru sebagai pemimpin, K. Lumpur:

PTS Professional.

Abdullah, S.Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala

Lumpur:

Asarudin bin Hj. Ashari (1995), Pengurusan Strategik Di peringkat Sekolah, Jurnal Pendidikan

Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, 34:22-27.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia

Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.

(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.PTS Profesional

Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam

Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala

Lumpur : Mc Graw Hill

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam

Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &

Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah

Publication.