produk inovatif rancak ekonomi

Upload: esmahnasyitah

Post on 18-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MALAYSIA kini menghasilkan hampir semua produk pengguna bagi memenuhi pasaran tempatan. Malahan rakyat Malaysia tidak perlu begitu bergantung kepada produk pengguna yang diimport, berjenama atau tidak berjenama.Sejak bertahun lamanya pekilang di Malaysia berusaha kuat untuk memenuhi permintaan pasaran dalam negara dengan meningkatkan kualiti produk di samping menawarkannya dengan harga yang kompetitif. Apabila membeli barang buatan Malaysia ia secara tidak langsung boleh menyelamatkan kadar pertukaran wang asing selain membantu meningkatkan aktiviti perkilangan dalam negara. Dalam ruang lingkup yang lebih luas kita dapati bahawa dengan membeli barang buatan Malaysia boleh membantu meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping menggalakkan penggunaan sumber asli yang banyak terdapat dalam negeri.Oleh itu, dengan mengetengahkan produk buatan tempatan dan inovasi pekilang, Ekspo Beli Barangan Malaysia kembali lagi kali ini dengan tema ‘Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia’.Ekspo kali keempat ini, yang berlangsung mulai 6-10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ekspo ini juga diadakan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).Pengarah Pembangunan Perniagaan KPDNKK, Che Halim Abd Rahman berkata: “Ekspo ini adalah inisiatif KPDNKK di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia yang memang diadakan untuk merancakkan lagi ekonomi negara selain meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat.” Produk inovasi Menurut Che Halim, Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kali ini juga memilih tema atau konsep ekspo perdagangan yang berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu mengetengahkan produk berinovasi tinggi daripada pelbagai sektor sedia ada dalam negara antaranya automotif, teknologi hijau, aplikasi, hiburan hingga kepada makanan dan minuman. “Kementerian percaya antara ciri produk yang berkualiti tinggi ialah mempunyai sifat inovasi dalam penciptaannya. Justeru saya percaya produk seumpama berupaya menjadi satu jenama yang baik, dikenali serta mempunyai kualiti sama taraf atau lebih baik daripada produk luar negara. “Produk berinovasi ini juga mampu menarik minat pembeli dari luar negara dan seterusnya meningkatkan lagi nilai jualan pada tahun ini,” katanya dan menambah bahawa ekspo tahun ini menyaksikan penyertaan kira-kira 370 peserta dari pelbagai sektor. Nilai jualan Che Halim berkata, melihat kepada statistik nilai jualan yang dicatatkan setiap tahun sejak ekspo ini diadakan pada 2009, menunjukkan dengan jelas akan peningkatan nilai dan ini adalah satu daripada aktiviti nilai tambah yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. “Pada 2011 saja, nilai jualan RM50 juta berjaya diraih menerusi enam siri ekspo perdagangan yang dijalankan di seluruh negara. Jumlah ini meningkat mendadak daripada RM26 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2010) dengan bilangan siri ekspo yang sama. “Melihat kepada perbezaan fokus atau strategi, ia juga menyumbang kepada peningkatan jumlah nilai jualan. Misalnya pada peringkat awal (2009) pelaksanaan kempen ini, kementerian hanya memberi fokus kepada kempen jualan dengan cara mengadakan ekspo di seluruh Malaysia. “Tetapi untuk tahun 2010 dan 2011, ekspo perdagangan dan jualan juga disokong oleh kempen kesedaran yang dilakukan secara giat menerusi media massa, walaupun hanya enam siri ekspo diadakan di seluruh Malaysia.“Oleh itu, untuk tahun ini, kami merangka program yang serupa bermula dengan Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC minggu ini,” jelasnya. Kesedaran sivik Apabila diajukan pertanyaan, sejauh manakah kesedaran masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat berbelanja mengutamakan produk tempatan dalam pembelian, Che Halim berkata: “Rata-rata rakyat Malaysia hari ini mulai beralih kepada produk buatan Malaysia namun ba

TRANSCRIPT

SUBJEK :PERBANKAN ANTARABANGSA ( PK 3013 )

TAJUK ARTIKEL :PRODUK INOVATIF RANCAK EKONOMI

NAMA PENSYARAH :PUAN NURUL KHAIR BINTI ISHAK

NAMA PELAJAR :ESMAH NASYITAH BINTI ESMAN ( PPD 10018 )

JABATAN :KEWANGAN DAN PERBANKAN( SEMESTER 5 /2012 )

PRODUK INOVATIF RANCAK EKONOMIMALAYSIA kini menghasilkan hampir semua produk pengguna bagi memenuhi pasaran tempatan. Malahan rakyat Malaysia tidak perlu begitu bergantung kepada produk pengguna yang diimport, berjenama atau tidak berjenama.Sejak bertahun lamanya pekilang di Malaysia berusaha kuat untuk memenuhi permintaan pasaran dalam negara dengan meningkatkan kualiti produk di samping menawarkannya dengan harga yang kompetitif. Apabila membeli barang buatan Malaysia ia secara tidak langsung boleh menyelamatkan kadar pertukaran wang asing selain membantu meningkatkan aktiviti perkilangan dalam negara. Dalam ruang lingkup yang lebih luas kita dapati bahawa dengan membeli barang buatan Malaysia boleh membantu meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping menggalakkan penggunaan sumber asli yang banyak terdapat dalam negeri.Oleh itu, dengan mengetengahkan produk buatan tempatan dan inovasi pekilang, Ekspo Beli Barangan Malaysia kembali lagi kali ini dengan tema Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia.Ekspo kali keempat ini, yang berlangsung mulai 6-10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ekspo ini juga diadakan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).Pengarah Pembangunan Perniagaan KPDNKK, Che Halim Abd Rahman berkata: Ekspo ini adalah inisiatif KPDNKK di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia yang memang diadakan untuk merancakkan lagi ekonomi negara selain meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat. Produk inovasi Menurut Che Halim, Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kali ini juga memilih tema atau konsep ekspo perdagangan yang berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu mengetengahkan produk berinovasi tinggi daripada pelbagai sektor sedia ada dalam negara antaranya automotif, teknologi hijau, aplikasi, hiburan hingga kepada makanan dan minuman. Kementerian percaya antara ciri produk yang berkualiti tinggi ialah mempunyai sifat inovasi dalam penciptaannya. Justeru saya percaya produk seumpama berupaya menjadi satu jenama yang baik, dikenali serta mempunyai kualiti sama taraf atau lebih baik daripada produk luar negara. Produk berinovasi ini juga mampu menarik minat pembeli dari luar negara dan seterusnya meningkatkan lagi nilai jualan pada tahun ini, katanya dan menambah bahawa ekspo tahun ini menyaksikan penyertaan kira-kira 370 peserta dari pelbagai sektor. Nilai jualan Che Halim berkata, melihat kepada statistik nilai jualan yang dicatatkan setiap tahun sejak ekspo ini diadakan pada 2009, menunjukkan dengan jelas akan peningkatan nilai dan ini adalah satu daripada aktiviti nilai tambah yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Pada 2011 saja, nilai jualan RM50 juta berjaya diraih menerusi enam siri ekspo perdagangan yang dijalankan di seluruh negara. Jumlah ini meningkat mendadak daripada RM26 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2010) dengan bilangan siri ekspo yang sama. Melihat kepada perbezaan fokus atau strategi, ia juga menyumbang kepada peningkatan jumlah nilai jualan. Misalnya pada peringkat awal (2009) pelaksanaan kempen ini, kementerian hanya memberi fokus kepada kempen jualan dengan cara mengadakan ekspo di seluruh Malaysia. Tetapi untuk tahun 2010 dan 2011, ekspo perdagangan dan jualan juga disokong oleh kempen kesedaran yang dilakukan secara giat menerusi media massa, walaupun hanya enam siri ekspo diadakan di seluruh Malaysia.Oleh itu, untuk tahun ini, kami merangka program yang serupa bermula dengan Ekspo Beli Barangan Malaysia di PWTC minggu ini, jelasnya. Kesedaran sivik Apabila diajukan pertanyaan, sejauh manakah kesedaran masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat berbelanja mengutamakan produk tempatan dalam pembelian, Che Halim berkata: Rata-rata rakyat Malaysia hari ini mulai beralih kepada produk buatan Malaysia namun banyak lagi perlu dilakukan untuk menyakinkan mereka. Pada hemah saya, rakyat seharusnya lebih peka dan melihat kembali sejarah ekonomi yang pernah melalui episod kegawatan sekitar 2007, pada waktu itu kebergantungan ekonomi negara lebih kepada produk tempatan untuk membantu memulihkan pasaran defisit Malaysia. Dan pada tahun ini, konsep ekspo yang bertemakan Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia adalah sangat diharapkan dapat melahirkan ramai pengguna yang bersemangat patriotik, dan seterusnya mengutamakan barangan buatan Malaysia dalam kehidupan seharian mereka.

Tarikan ekspo Selain produk dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga berpatutan pada sepanjang ekspo berlangsung, pengunjung boleh menjadikan ekspo ini sebagai medan untuk memulakan perniagaan sekiranya mempunyai minat untuk terbabit dalam sektor perniagaan francais, tidak kira sama ada perusahaan makanan dan minuman atau produk bukan makanan. Che Halim menjelaskan bahawa pelbagai pakej perniagaan francais turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi francaisi atau stokis.Khidmat nasihat dalam perniagaan francais turut ditawarkan sepanjang ekspo itu berlangsung. Paling menarik, ekspo ini turut memberi peluang perniagaan kepada pengusaha, peniaga atau individu berkenaan untuk mendapatkan jualan menerusi suaian perniagaan tempatan dan buying mission dari luar negara. Ini adalah suatu peluang yang patut direbut oleh syarikat Malaysia yang berminat, katanya. Pengisian atau aktiviti lain yang dirangka oleh kementerian antaranya taklimat oleh agensi kerajaan, persembahan artis dan hiburan, pengisian dan pertunjukan pentas, aktiviti kanak-kanak dan demonstrasi masakan.Kementerian berharap untuk melihat nilai jualan yang lebih tinggi dicatatkan tahun ini. Bukan itu saja, ingatlah bahawa menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah memantapkan ekonomi negara. Sokongan rakyat terhadap barangan tempatan juga sangat penting dalam menentukan jatuh bangun industri dan pasaran produk tempatan. Paling penting, perubahan dalam cita rasa, kuasa membeli dan keinginan memenuhi keperluan yang tiada dalam negara adalah sesuatu yang boleh anda lakukan bermula hari ini, jelas Che Halim mengakhiri perbualan.Selain Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 ini, kalendar KPDNKK bakal dimeriahkan lagi dengan siri jelajah produk tempatan di zon terpilih seluruh negara, antaranya di Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Johor dan Perak. Sumber artikel diperoleh daripada : myMetro > SetempatArtikel dikarang oleh: BERNAMAArtikel ini disiarkan pada : 09/06/2012

RUMUSAN ARTIKELDi Malaysia hampir semua produk pengguna telah dihasilkan bagi memenuhi pasaran tempatan dan tidak perlu begitu bergantung kepada produk pengguna yang diimport, berjenama atau tidak berjenama. Apabila membeli barang buatan Malaysia ia secara tidak langsung boleh menyelamatkan kadar pertukaran wang asing dan membantu meningkatkan aktiviti perkilangan dalam negara. Selain itu dapat membantu meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping menggalakkan penggunaan sumber asli yang banyak terdapat dalam negeri.Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kembali lagi dengan tema Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia. Ekspo kali keempat ini telah berlangsung pada 6 hingga 10 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).Pengarah Pembangunan Perniagaan KPDNKK, Che Halim Abd Rahman berkata bahawa Ekspo ini adalah inisiatif KPDNKK di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia yang memang diadakan bagi merancakkan lagi ekonomi negara selain meningkatkan perbelanjaan domestik di kalangan masyarakat. Disamping itu, Produk inovasi untuk Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 kali ini juga memilih tema atau konsep ekspo perdagangan yang berlainan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu mengetengahkan produk berinovasi tinggi daripada pelbagai sektor sedia ada dalam negara antaranya automotif, teknologi hijau, aplikasi, hiburan hingga kepada makanan dan minuman. Kementerian juga percaya antara ciri produk yang berkualiti tinggi ialah mempunyai sifat inovasi dalam penciptaannya. Beliau percaya produk berinovasi ini juga mampu menarik minat pembeli dari luar negara dan seterusnya meningkatkan lagi nilai jualan pada tahun ini. Statistik nilai jualan yang dicatatkan setiap tahun sejak ekspo ini diadakan pada 2009, menunjukkan dengan jelas akan peningkatan nilai dan ini adalah satu daripada aktiviti nilai tambah yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Apabila diajukan pertanyaan mengenai kesedaran sivik, sejauh manakah kesedaran masyarakat Malaysia hari ini mengenai kepentingan dan tabiat berbelanja mengutamakan produk tempatan dalam pembelian, Che Halim menjelaskan bahawa rata-rata rakyat Malaysia hari ini mulai beralih kepada produk buatan Malaysia namun banyak lagi perlu dilakukan untuk menyakinkan mereka dan menurut hemah beliau rakyat seharusnya lebih peka dan melihat kembali sejarah ekonomi yang pernah melalui episod kegawatan sekitar 2007, pada waktu itu kebergantungan ekonomi negara lebih kepada produk tempatan untuk membantu memulihkan pasaran defisit Malaysia. Selain itu mengharapkan konsep ekspo yang bertemakan Inovasi Buatan Malaysia 1Malaysia Bertaraf Dunia dapat melahirkan ramai pengguna yang bersemangat patriotik, dan seterusnya mengutamakan barangan buatan Malaysia dalam kehidupan seharian mereka. Tarikan ekspo pada kali ini bukan hanya produk dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga berpatutan pada sepanjang ekspo berlangsung, pengunjung boleh menjadikan ekspo ini sebagai medan untuk memulakan perniagaan sekiranya mempunyai minat untuk terbabit dalam sektor perniagaan francais, tidak kira sama ada perusahaan makanan dan minuman atau produk bukan makanan. Che Halim menjelaskan bahawa pelbagai pakej perniagaan francais turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi francaisi atau stokis.Khidmat nasihat dalam perniagaan francais turut ditawarkan sepanjang ekspo itu berlangsung dan paling menarik, ekspo ini turut memberi peluang perniagaan kepada pengusaha, peniaga atau individu berkenaan untuk mendapatkan jualan menerusi suaian perniagaan tempatan dan buying mission dari luar negara. Pengisian atau aktiviti lain yang dilakukan oleh kementerian antaranya taklimat oleh agensi kerajaan, persembahan artis dan hiburan, pengisian dan pertunjukan pentas, Sokongan rakyat terhadap barangan tempatan juga sangat penting dalam menentukan jatuh bangun industri dan pasaran produk tempatan. Selain Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 ini, kalendar KPDNKK bakal dimeriahkan lagi dengan siri jelajah produk tempatan di zon terpilih seluruh negara, antaranya di Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Johor dan Perak.

BAB 2 : PENGURUSAN PERBANKAN ANTARABANGSAPerbankan antarabangsa adalah merupakan aktiviti perbankan yang melibatkan operasi yang menyeberangi sempadan negara. Perbankan antarabangsa meliputi tiga aktiviti iaitu :i. Transaksi pertukaran asing seperti untuk pelancongan, perdagangan dan aliran modal antarabangsa.ii. Pembiayaan perdagangan jangka pendek seperti surat kredit dan penerimaan jurubank.iii. Perkhidmatan perdagangan antarabangsa termasuk pindahan dana dan pungutan.Terdapatnya akses kepada pasaran Eurodollar atau matawang Eropah dan Eurocurrency untuk mendapatkan dana bagi pinjaman (dibawah praktis pengurusan liabiliti). Bagi pinjaman jangka sederhana bagi syarikat MNC (Multi National Company), syarikat tempatan di negara asing, LDC (Less Developed Countries) dan agensi kerajaan luar negara.KENAPA BANK TERLIBAT DALAM PERBANKAN ANTARABANGSA Perkembangan dan peningkatan dalam perdagangan antarabangsa dan pelancongan. Peningkatan operasi multinasional oleh pelanggan domestik. Keinginan untuk mempelbagaikan risiko portfolio melalui pemilikan aset asing. Sistem komunikasi yang canggih menghubungkan pasaran dan institusi kewangan antarabangsa. ORGANISASI JABATAN PERBANKAN ANTARABANGSA Representative Office (Pejabat Perwakilan) Agency Office (Pejabat Agensi) Branches Offices (Pejabat Cawangan) Subsidiaries International Banking Facilities (IBF) Joint Ventures Edge Act Corporations Agreement Corporation Shell Branches Export Trading Companies (ETC)FUNGSI DAN PERANAN JABATAN PERBANKAN ANTARABANGSA

1) Menyediakan matawang asing bagi kemudahan transaksi pelanggan. Membayar bagi barangan atau bahan mentah yang diimport Membeli sekuriti asing Menyelesai proses penggabungan dan pemilikan Menerima bayaran bagi produk atau sekuriti yang dijual

2) Mengawasi pendedahan kepada risiko matawang asing Risiko yang disebabkan oleh ketidakstabilan harga matawang (kadar pertukaran) Dihadapi oleh pelanggan dan juga bank antarabangsa Wujud apabila bank : Menyediakan pinjaman kepada pelanggan Menyediakan IOU untuk mendapatkan dana Membeli sekuriti terbitan asing Perdagangan dalam matawang asing

3) Membekalkan pelanggan dengan kredit jangka pendek dan jangka panjang atau jaminan kredit Pinjaman diberikan kepada syarikat multinasional dan agens kerajaan dalam dan luar negara. Tujuannya adalah untuk membayar pembelian bahan mentah, membayar gaji pekerja, membina kemudahan dan lain-lain projek yang berkaitan. Note Issuance Facility (NIF) merupakan perjanjian kredit jangka sederhana di antara bank antarabangsa dan pelanggan mereka (korporat atau kerajaan)

4) Menyediakan instrument pembayaran dan deposit bagi pelanggan antarabangsa Pembayaran bagi sight draft atau time draft (arahan kepada bank untuk membayar) Simpanan jangka pendek dan jangka panjang contohnya sijil depositTime Draf : Draf adalah sebuah dokumen bertulis yang disediakan oleh pengeksport dan pembeli asing bersetuju untuk membayar sejumlah wang yang diberikan wang, untuk nilai yang diterima dengan serta-merta atau pada tarikh masa depan yang telah ditetapkanSight Draft : Draf dibayar serta merta apabila barangan telah sampai5) Menguruskan penerbitan bon dan nota janji dalam pasaran Eurobond6) Melindungi pelanggan dari risiko kadar faedah 7) Membantu pelanggan memasarkan produk mereka melalui syarikat-syarikat eksport

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BANK Memberi maklumat perdagangan dan menjawab kemusyikan berkaitan dengan operasi perbankan. Memproses dokumen Menerima pembayaran dan menguruskannya Menyediakan pembiayaan Memberi khidmat nasihat berkaitan jenis risiko yang terlibat Menyediakan mata wang asingPERBANKAN KORESPONDEN Correspondent Banking hubungan yang dimeterai antara bank kecil dan sebuah bank besar yang menyediakan beberapa jenis deposit, pinjaman, dan perkhidmatan lain

Correspondent Account akaun (sering dipanggil nostro atau akaun vostro) yang ditubuhkan oleh institusi perbankan domestik untuk menerima deposit dari, membuat pembayaran bagi pihak, atau mengendalikan urus niaga kewangan lain bagi sebuah institusi kewangan asing. Ini membolehkan bank-bank asing untuk menjalankan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka tanpa perbelanjaan kehadiran fizikal.AKAUN NOSTRO DAN AKAUN VOSTRO Nostro Account Satu akaun bank malaysia didaftarkan di sebuah bank asing yang dikekalkan matawang negara asing tersebut.

Vostro Account Satu akaun bank asing didaftarkan di bank malaysia yang dikekalkan dalam matawang Malaysia iaitu Ringgit.PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH BANK KORESPONDEN Urusniaga pertukaran asing (FOREX) Surat jaminan kredit dan penerimaan jurubank Maklumat kredit Maklumat tentang perkembangan di negara-negara asing Urusniaga matawang Euro Penyertaan pinjaman