print buku panduan pendaftaran 3m (25 julai 2016)intake.utm.my/semakan/docs/pdf7/panduan mmm...
TRANSCRIPT
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
KATA-‐KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di
dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu UTM Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2016/2017 ini. Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-‐tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan saudara kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di UTM. Kehidupan kampus merupakan cabaran baharu kepada saudara dalam proses menimba ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan dan bimbingan kepada saudara dalam membentuk graduan berkualiti yang mampu mendukung wawasan negara. UTM telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara, pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan juga para mahasiswa untuk bersama-‐sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan objektif tersebut. Matlamat utama UTM adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. UTM sangat menggalakkan apa jua program mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-‐saudari seharusnya memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. UTM berharap Program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2016/2017 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. UTM penuh yakin dengan dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih, saudara akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Selamat Maju Jaya! YBHG. PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR Naib Canselor UTM
i
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
KATA-‐KATA ALUAN
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI)
Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera, Selamat datang ke kampus induk Universiti Teknologi Malaysia. Tahniah kepada saudara yang telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di sini. Pihak Universiti yakin pemilihan UTM sebagai pusat
pengajian tinggi akan membawa kejayaan dan kecemerlangan baik kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) mengalu-‐alukan kedatangan saudara sekalian. Perihatin; Komited; Mesra merupakan moto Pejabat HEMA di mana kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik dari segi kemudahan dan perkhidmatan mahasiswa bagi menjadikan kembara ilmu saudara di kampus ini merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan serta membantu saudara dalam mengejar impian dan cita-‐cita murni negara. Sempena dengan kemasukan mahasiswa baharu, Universiti mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu dengan suasana mesra, agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dengan lebih kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa berkenalan dengan rakan baharu daripada berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat memperluaskan lagi konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya. Selain itu, ia memberi satu pengalaman baharu untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus. Konsep ”Pengalaman Kampus Secara Menyeluruh” atau Total Campus Experience menekankan pengalaman mahasiswa untuk menggunakan segala peluang dan kemudahan yang disediakan bagi membentuk modal insan yang holistik, berdaya saing, berketrampilan, inovatif, mempunyai ciri-‐ciri keusahawanan serta penghayatan global berdasarkan nilai-‐nilai murni dan etika profesional. Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat. Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya! PROF. DATO’ DR. MOHD. ISMAIL BIN ABD. AZIZ Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
ii
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
Kandungan 1.0 Tawaran Pengajian .......................................................................................................... 1
2.0 Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran ............................................................................ 1
3.0 Panduan Semasa Tiba di Universiti Teknologi Malaysia (Kampus Johor Bahru) ........... 1-‐2
4.0 Semasa Hari Pendaftaran ............................................................................................. 3-‐6
5.0 Kelengkapan Kolej Yang Perlu dan Boleh Dibawa ......................................................... 7-‐8
6.0 Minggu Mesra Mahasiswa ......................................................................................... 9-‐11
7.0 Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar Dan Semasa Program Minggu Mesra Mahasiswa ........................................................................ 12-‐13 8.0 Kemudahan-‐kemudahan Umum (UTM Johor Bahru) ............................................. 14-‐15
9.0 Kemudahan-‐kemudahan Umum (UTM Kuala Lumpur) ........................................... 15-‐16
10.0 Bantuan Kewangan ................................................................................................. 16-‐18
11.0 Pertanyaan & Maklumat Lanjut ............................................................................. 19-‐20
12.0 Lagu Universiti: Keunggulan Terbilang ......................................................................... 21
Welcome to the Universiti Teknologi Malaysian Virtual Tour. This visually stunning resource uses interactive flash which allow you to explore and manipulate 360 degree photographic
panoramas of the university.
iii
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
1.0 TAWARAN PENGAJIAN
1.1 MAKLUMAT TAWARAN PENGAJIAN KE UTM Maklumat yang berkaitan dengan tawaran pengajian ke UTM boleh dimuat turun melalui laman web https://jpt.utm.my.
1.2 PERHATIAN!
Mahasiswa yang mendapat tawaran pengajian di UTM Kuala Lumpur dikehendaki mendaftar di KOLEJ TUN DR ISMAIL (KTDI), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KAMPUS JOHOR BAHRU bagi mengikuti program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2016/2017 mulai 28 Ogos – 1 September 2016. Pelajar UTM Kuala Lumpur akan bertolak balik ke kampus UTM Kuala Lumpur pada 1 September 2016 jam 8.00 pagi dengan menaiki bas yang akan disediakan Universiti.
2.0 PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
2.1 Sekiranya saudara membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini, saudara perlu membuat proses e-‐Daftar melalui laman web https://jpt.utm.my (Rujuk Carta Alir Proses e-‐Daftar yang disediakan dalam web tersebut).
*Maklumat kaedah pembayaran yuran pendaftaran terdapat dalam carta alir proses e-‐Daftar.
2.2 Menyediakan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk
membeli keperluan harian, peralatan kuliah, buku, kelengkapan kolej seperti langsir, cadar, sarung bantal, bantal dan selimut (sila rujuk perincian kelengkapan kolej di mukasurat 7-‐8).
3.0 PANDUAN SEMASA TIBA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(KAMPUS JOHOR BAHRU)
3.1 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN KE UTM JOHOR BAHRU
3.1.1 Teksi Ke Kampus UTM a. Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM -‐ RM35.00 (tertakluk
kepada perubahan)
b. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai – RM50.00 (tertakluk kepada perubahan)
1
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
3.1.2 Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan
Stesen Bas Larkin, Johor Bahru a. Pejabat HEMA hanya menyediakan perkhidmatan pengambilan dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Stesen Bas Larkin, Johor pada 28 Ogos 2016 SAHAJA.
b. Bagi mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan ini, diminta untuk
menghubungi: Nama : En Nazam bin Isa (Unit Perkhidmatan) Talian : 07-‐5530262/ 5530263 Jangkamasa : 1 minggu sebelum hari pendaftaran Hari/Masa : Ahad hingga Rabu,
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 5.00 petang.
Emel : [email protected] (Saudara diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang tidak berpermit dan teksi tidak bermeter demi keselamatan saudara.)
3.1.3 Kenderaan Sendiri
Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Saudara diminta mematuhi arahan Pegawai Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama saudara dalam perkara ini amatlah dihargai.
3.2 KEMUDAHAN PENGINAPAN
Sekiranya saudara sekeluarga memerlukan penginapan, berikut adalah di antara senarai hotel, nombor telefon dan anggaran jarak hotel berikut dari UTM bagi memudahkan proses penempahan anda:
Bil Nama Hotel No. Telefon Jarak dari UTM Lokasi
1 Scholar’s Inn UTM 07-‐5535197 -‐dalam kampus-‐ -‐dalam kampus-‐
2 Hotel Seri Malaysia 07-‐2211002 20 km Larkin
3 Hotel Mutiara 07-‐3300300 22 km Johor Bahru
2
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
4 Hotel Good Hope 07-‐5572828 6 km Taman Skudai Baru
5 Hotel Puteri Pacific 07-‐2199999 22 km Johor Bahru
6 Le Grandeur Palm Resort Johor
07-‐5996000 12 km Senai
7 Pulai Spring Resort 07-‐5212121 4 km Jalan Pontian
8 Thistle Hotel JB 07-‐2229234 22 km Johor Bahru
9 Rose Cottage 07-‐5211366 2 km Taman Universiti
Bagi pelajar yang tiba di kampus secara BERSEORANGAN sebelum hari pendaftaran, saudara bolehlah menghubungi kolej kediaman masing-‐masing (senarai no. telefon kolej kediaman adalah seperti di mukasurat 19-‐20 untuk terus mendaftar masuk SEHARI SEBELUM HARI PENDAFTARAN.
4.0 SEMASA HARI PENDAFTARAN
Sila mendaftar penginapan berdasarkan Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam surat tawaran. Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti dalam senarai semak yang boleh dicapai melalui https://jpt.utm.my. 4.1 TINDAKAN SEMASA DI KAUNTER PENDAFTARAN
Tarikh pendaftaran : 28 Ogos 2016 (Ahad) Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam surat
tawaran
(Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, saudara dikehendaki mendaftar di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), UTM Johor Bahru bagi mengikuti Minggu Mesra Mahasiswa bersama semua pelajar baharu di kampus UTM Johor Bahru).
* Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, urus setia dari UTM Kuala Lumpur akan membuka kaunter di setiap checkpoint. Sila berurusan terus ke kaunter pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja di setiap checkpoint.
3
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI
Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan.
KAUNTER 1 (INFORMASI & SEMAKAN)
1. Pertanyaan dan semakan Dokumen 2. Borang Soal Selidik Perkhidmatan
KAUNTER 2 (KOLEJ KEDIAMAN)
1. Pengesahan dan Semakan Surat Tawaran 2. Semakan nama pelajar baharu di dalam sistem e-‐Daftar
(Petugas mengemaskini rekod pendaftaran bilik pelajar dan cenderamata dalam sistem e-‐Daftar)
3. Pelajar UTM Johor Bahru : Penyerahan kunci setelah mendapat nombor blok
dan bilik pelajar (Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen penyerahan kunci)
4. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja: Penyerahan kunci sementara setelah
mendapat nombor blok dan bilik pelajar (Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen penyerahan kunci sementara) 5. Penyerahan Borang UTMP5 yang dicetak dari sistem e-‐Daftar 6. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja : Pembayaran yuran Kolej Siswa Jaya
berharga RM50.00
4
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
KAUNTER 3 (CENDERAMATA) 1. Pastikan Anda Mendapat:
a) Beg
b) Buku Panduan Mahasiswa Baru & Buku Peraturan Mahasiswa UTM
c) Atur cara Minggu Mesra Mahasiswa 2016/2017
d) Cenderamata
KAUNTER 4 (AKU JANJI DAN BORANG OKU) 1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan)
2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU) (Jika berkaitan)
KAUNTER 5 (KLINIK) 1. Ujian Rabun Warna:
Bagi pelajar fakulti berikut di UTM Johor Bahru:
(Bagi Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Tenaga (SKTP, SKTG, SKTN) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Biosains & Kej. Perubatan (SMBE) dan Fakulti Alam Bina (SBEA, SBEL, SBEP).
2. Bagi pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja: Serahan borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthetic) dan Pembedahan (1C)
PERHATIAN: Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti UTM mengikut tarikh temujanji dalam slip e-‐Daftar.
5
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
PERINGATAN !
a. Semua mahasiswa baharu yang telah selesai proses pendaftaran dan telah menandatangani Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009, Kaedah-‐Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-‐Pelajar) 1999.
b. Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-‐apa perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis yang digunapakai oleh Universiti.
c. Mana-‐mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan
tindakan yang setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Mahasiswa. Kesalahan yang telah disabitkan ke atasnya bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa yang boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian kelak.
d. Kenderaan Bermotor Mahasiswa baharu kemasukan sesi 2016/2017 (termasuk mahasiswa lepasan diploma) TIDAK DIBENARKAN membawa atau menyimpan atau memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus.
e. Simpanan Wang
Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK membawa tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran Minggu Mesra Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas apa-‐apa kehilangan harta peribadi dan wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa.
6
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
5.0 KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DAN BOLEH DIBAWA
5.1 KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN (Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang Ditawarkan)
Jenis Kadar Sewa (Hari)
Berdua RM3.50 -‐ RM5.00
5.2 KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DIBAWA
a. Langsir (Pelajar UTM Johor Bahru )
• 2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 72 inci (1.8meter), tinggi: 76 inci (1.9 meter), warna gelap, berpencangkuk dan boleh dilaraskan)
b. Langsir (Pelajar UTM Kuala Lumpur)
• 2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 56 inci (1.42meter), tinggi: 61 inci (1.55 meter), warna biru cerah, berpencangkuk dan boleh dilaraskan)
c. Cadar & Selimut (Pelajar UTM Johor Bahru & Kuala Lumpur)
• 2 helai cadar berukuran katil bujang, • 2 helai sarung bantal, bantal dan selimut.
7
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
5.3 Peralatan yang DIBENARKAN BAWA DAN PERLU DIDAFTARKAN
Peralatan ini akan dikenakan bayaran penggunaan elektrik seperti berikut:
*Peralatan elektrik selain daripada senarai di atas tidak dibenarkan.
Tasik Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
Bil Nama Peralatan Kadar/Semester Catatan 1 Pengecas Telefon Percuma
2 Komputer/ laptop Percuma 3 Seterika RM10
Pakej RM15 4 Cerek Elektrik RM10 5 Pembakar Roti RM10 6 Pengering Rambut RM5 7 Radio RM5
8
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
6.0 MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM)
Kedatangan mahasiswa baharu setiap tahun memang dinanti-‐nantikan oleh Universiti. Minggu Mesra Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baharu sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti digarap melalui perlaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya. Mahasiswa baharu yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-‐sama mereka kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu sama lain. Minggu Mesra Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baharu dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik serta kehidupan yang harmoni. 6.1 OBJEKTIF
Minggu Mesra Mahasiswa diadakan dengan objektif berikut:
a. Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan hala tuju universiti.
b. Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang
akademik dan kokurikulum semasa di universiti. c. Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan
diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus.
d. Menanam dan menyuburkan nilai-‐nilai murni serta mengeratkan
perhubungan kaum menerusi pelbagai program pembangunan mahasiswa.
9
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
6.2 PENGISIAN MINGGU MESRA MAHASISWA
6.2.1 TAKLIMAT BANTUAN KEWANGAN Mahasiswa baru akan didedahkan mengenai bantuan kewangan yang ditawarkan untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka sepanjang melalui pengajian di UTM.
6.2.2 PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI
Program ini bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan. Program kuliah agama, tazkirah dan solat berjemaah akan diadakan di masjid atau surau Kolej Kediaman Mahasiswa untuk pelajar beragama Islam. Manakala mahasiswa bukan Islam akan diberikan ceramah berunsurkan kerohanian, moral, kenegaraan dan kesedaran sivik di Dewan Sultan Iskandar.
6.2.3 PROGRAM RIADAH
Program ini memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada. Menggalakkan seberapa ramai mahasiswa baru mengamalkan gaya sihat bersesuaian, mengeratkan perpaduan kaum dan menjauhkan mereka dari perkara-‐perkara negatif yang boleh menjejaskan masa depan mereka.
6.2.4 TAKLIMAT DAN CERAMAH
Taklimat mengenai teknik belajar yang berkesan di IPT dan kemudahan-‐kemudahan yang disediakan oleh Universiti bagi memangkin potensi pelajar untuk belajar dengan cemerlang.
6.2.5 LARIAN KEMERDEKAAN DAN KARNIVAL SUKAN MERDEKA
Karnival sukan bersempena sempena sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium UTM. Pelbagai jenis sukan popular akan dilaksanakan yang melibatkan semua mahasiswa baru bertujuan untuk menyatupadukan mahasiswa berbilang bangsa dan agama melalui aktiviti sukan.
6.2.6 MALAM KEBUDAYAAN DAN PATRIOTISME Aktiviti yang diadakan untuk mengukuhkan talian persahabatan dan
mengeratkan silaturahim di kalangan mahasiswa baru melalui persembahan kebudayaan dan kesenian.
6.2.7 SESI BERSAMA TNC HEMA
Tetamu :YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd. Aziz Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Tarikh : 28 Ogos 2016 (Ahad) Masa : 9.00 malam Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
10
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
6.2.8 MAJLIS PERASMIAN DAN BACAAN IKRAR MAHASISWA Tarikh : 29 Ogos 2016 (Isnin) Masa : 9.00 malam Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
6.2.9 SESI BERSAMA IKON MAHASISWA Tarikh : 30 Ogos 2016 (Selasa) Masa : 9.00 malam Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
Dataran Utama Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur
11
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
7.0 SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEMASA PROGRAM MINGGU MESRA MAHASISWA
7.1 KOD ETIKA PAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
7.1.1 Setiap mahasiswa yang datang mendaftar mestilah memakai pakaian
formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan. Pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UTM.
Sahsiah Rupa Diri Mahasiswa
Sahsiah Rupa Diri Mahasiswi
S Berpakaian formal, kemeja berlengan panjang (warna bebas), bertali leher, berseluar ‘slack’ gelap. S Berkasut gelap. Tidak dibenarkan memakai selipar S Rambut mestilah pendek, kemas, tidak diwarnakan, tidak berekor, fesyen rambut yang tidak keterlaluan tidak menutup telinga dan tidak menutup kening. S Tidak memakai subang, anting-‐anting serta rantai leher
S Berpakaian baju kurung (warna bebas) atau baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap S Pakaian mestilah tidak mencolok mata seperti pakaian ketat, jarang, pendek dan berbelah S Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah). S Berkasut gelap dan berstokin gelap. Tidak dibenarkan memakai selipar. S Rambut hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tidak diwarnakan.
7.1.2 Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak
menuruti Tatacara Pakaian Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.
7.1.3 Maklumat lengkap adalah seperti dalam Buku Peraturan Mahasiswa
UTM yang akan diedarkan pada hari pendaftaran.
12
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
7.2 KOD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG MINGGU MESRA MAHASISWA
Bil Mahasiswa Minggu Mesra Mahasiswa
Pakaian Harian Pakaian Upacara Rasmi Universiti 1 Lelaki S T-‐shirt berlengan pendek
seluar panjang sukan (track bottom)
S Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin
S Tidak dibenarkan memakai kemeja "T" tidak berkolar, seluar jeans atau selipar.
S Kemeja berlengan panjang (warna cerah), bertali leher dan berseluar S Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi S Beragama Islam. Keperluan untuk solat termasuk pakaian baju Melayu kebangsaan lengkap, bersamping dan songkok berwarna hitam atau biru tua gelap
2 Perempuan S T-‐shirt berlengan panjang seluar panjang sukan (track bottom)
S Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin
S Berpakaian baju kurung (warna bebas) atau baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap. S Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah).
S Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi.
(Sebarang perubahan pemakaian akan dimaklumkan kemudian)
13
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
MAKLUMAT UMUM
8.0 KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN UMUM (UTM JOHOR BAHRU)
8.1 PUSAT KESIHATAN Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Jumaat dan Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
8.1.1 Rawatan Kecemasan
Sila hubungi 07-‐5530999 bagi mendapatkan rawatan sekiranya berlaku kecemasan. Mahasiswa juga boleh mendapatkan bantuan daripada Pengetua/ Felo Kolej ataupun Krew-‐krew yang bertugas semasa Minggu Mesra Mahasiswa di kolej-‐kolej kediaman saudara untuk bantuan kecemasan.
8.2 BANK
8.2.1 Perkhidmatan bank yang beroperasi di dalam kampus UTM JB adalah CIMB Bank sahaja. Bank beroperasi dari jam 9.15 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Khamis) dan jam 9.15 pagi hingga 4.00 petang (Jumaat sahaja)
8.2.2 Pelajar boleh membuka akaun simpanan CIMB Bank dengan hanya
mengemukakan MyKad di kaunter CIMB Bank Cawangan UTM JB dengan bayaran serendah RM20.00 (bagi pelajar berumur 18tahun ke atas sahaja). Pelajar juga amat digalakkan untuk mengaktifkan kemudahan perbankan internet CIMBClicks untuk kemudahan urusan perbankan dan bayaran sepanjang tempoh pengajian.
8.2.3 Sila hubungi CIMB Bank Cawangan UTM di alamat berikut : CIMB Bank (Cawangan UTM) Bangunan SUB, UTM 81310 Johor Bahru, Johor Tel : 075577103/104
8.3 PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-‐TELLER (ATM)-‐ MEPS
Perkhidmatan mesin kad auto-‐teller ATM-‐MEPS yang boleh didapati di sekitar UTM kampus Johor adalah seperti berikut:
Bil Mesin Kad Auto-‐Teller
ATM-‐MEPS Lokasi
a. CIMB • Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa
• Arked Cengal dan Arked Angkasa KTDI
14
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
b. Maybank • Arked Kolej Perdana
c. Bank Islam Malaysia Berhad • Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa
• Arked Cengal
8.4 PERKHIDMATAN BAS TRANSIT
Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan. Di samping itu Kerajaan Negeri bersam-‐sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diterahui oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan perkhirmatan Bas Muafakat Johor sevara percuma kepada seluruh rakyat Johor. Ia meliputi kawasan sekitar Iskandar Malaysia iaitu Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasair Gudang dan Kulai. Perkhidmatan bas ini juga meliputi kawasan Kampus UTM. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui lama web muafakatjohor.com Pendaftaran boleh dibuat sevara online dan boleh mendapatkan kad bus tersebut di Kaunter PAJ seperti yang dinayatakan di laman web.
8.5 KEMUDAHAN DI KOLEJ KEDIAMAN Berikut adalah kemudahan-‐kemudahan yang terdapat di kolej-‐kolej kediaman Kolej/Kemudahan Wi-‐Fi Kafe ATM Surau Mesin
Basuh Gelanggang Sukan
Bilik Aktiviti
Bas
Kolej Rahman Putra
/ / × / / / / /
Kolej Tun Fatimah / / × / / / / / Kolej Tun Razak / / × / / / / / Kolej Tun Hussein Onn
/ / × / / / / /
Kolej Tun Dr. Ismail
/ / / / / / / /
Kolej Tuanku Canselor
/ / × / / / / /
Kolej Perdana / / / / / / / / Kolej 9 & 10 / / × / / / / /
8.6 Perkhidmatan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa. 8.7 Kemudahan kafetaria lain boleh didapati di Bangunan Persatuan Mahasiswa,
15
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
Arked Cengal, Arked Meranti, Arked Angkasa, Arked Lestari dan Scholar’s Inn, Bangunan UTMAlumni, CICT, Laman Siswa, Arked N24 dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga.
8.8 Masjid Sultan Ismail terletak berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar.
9.0 KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN UMUM (UTM KUALA LUMPUR)
9.1 PUSAT KESIHATAN Pusat Kesihatan Universiti memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
9.2 PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-‐TELLER (ATM)-‐ MEPS
Bil Mesin Kad Auto-‐Teller ATM-‐MEPS Lokasi
1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
• Dalam kampus UTM Kuala Lumpur • Kolej Siswa Jaya (KSJ)
2. Maybank • Dalam kampus UTM Kuala Lumpur
9.3 PERKHIDMATAN BAS TRANSIT UTM Kuala Lumpur
Perkhidmatan bas transit dari Kolej Siswa Jaya ke Kampus atau sebaliknya disediakan seawal jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara digalakkan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.
9.4 Kemudahan fotokopi, kedai runcit dan mesin basuh berbayar disediakan di
Kolej Siswa Jaya (KSJ). 9.5 Kemudahan kafetaria terdapat di dalam kampus. 9.6 Masjid UTM terletak di kampus dan surau disediakan di Kolej Siswa Jaya (KSJ).
10.0 BANTUAN KEWANGAN
Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu mahasiswa adalah dinasihatkan untuk memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-‐lain bentuk bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau syarikat/agensi swasta melalui iklan yang
16
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
dikeluarkan samada di akhbar tempatan atau melalui laman web yang berkaitan. Bagi tujuan ini, mahasiswa diminta untuk membuat persediaan awal dengan membawa bersama dokumen-‐dokumen ASAL dan salinan fotokopi yang telah DISAHKAN* seperti di bawah semasa hari pendaftaran : a. Salinan kad pengenalan; b. Salinan surat tawaran kemasukan ke UTM; c. Salinan sijil-‐sijil persekolahan /Matrikulasi /Asasi /Diploma d. Salinan surat beranak; e. Gambar berwarna berukuran pasport; f. Salinan sllip gaji terkini ibu bapa/penjaga atau Borang ’J’ (bagi ibu bapa yang
bekerja) atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga (bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) ;
g. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) ; dan h. Salinan maklumat nombor akaun Bank CIMB (bagi mahasiswa UTM Johor) atau
Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur). * Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, (Sekolah Kerajaan sahaja), Penghulu/ Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas (dahulunya Kumpulan A), atau Jaksa Pendamai.
Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa juga akan mempamerkan iklan/notis mengenai tawaran biasiswa/pinjaman daripada agensi kerajaan atau swasta untuk makluman mahasiswa dari semasa ke semasa. Sila rujuk papan notis di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa/ fakulti/ kolej kediaman atau boleh menghubungi Unit Penajaan di talian 07-‐5530185 (bagi kampus UTM Johor Bahru) dan 03-‐26154282/4762 (bagi kampus UTM Kuala Lumpur) untuk keterangan lanjut. 10.1 PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Untuk permohonan pembiayaan pinjaman PTPTN, saudara dikehendaki membuka akaun CIMB Bank (bagi mahasiswa UTM Johor Bahru) dan akaun Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur). Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk kepada laman sesawang PTPTN di alamat www.ptptn.gov.my.
10.2 BANTUAN ZAKAT PUSAT ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Mahasiswa yang tergolong dalam golongan fakir miskin dan sedang mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda secara sepenuh masa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Unit Kebajikan dan Zakat, Pusat Islam UTM. Pemohon hendaklah mengisi borang secara atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan atau hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM.
17
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
10.2.1 Jenis-‐jenis bantuan zakat yang terdapat di Pusat Islam UTM ialah: 1. Bantuan zakat yuran pengajian
(Tidak menerima tajaan atau pinjaman & jumlah yang diberikan maksima RM1000/sem).
2. Bantuan zakat sara diri (RM300-‐RM600).
3. Bantuan zakat sementara
(Wang tajaan atau pinjaman lewat masuk & jumlah yang diberikan maksima RM150/bulan).
4. Bantuan zakat bagi projek tahun akhir (RM100).
5. Bantuan zakat bagi menjalani latihan industri (RM100-‐
RM300).
6. Bantuan zakat kecemasan: i. Bantuan zakat tambang bas pulang ke kampung
(Sekali sahaja untuk setiap semester & jumlah yang diberikan RM50-‐RM150 atau mengikut pertimbangan pihak Pusat Islam UTM).
ii. Bantuan zakat bagi kes-‐kes seperti kecurian,
kemalangan, kesihatan, OKU dan lain-‐lain yang difikirkan perlu (RM50-‐RM200 atau mengikut pertimbangan pihak Pusat Islam UTM).
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan kebajikan dan zakat, mahasiswa boleh hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM atau menghubungi talian berikut:
Alamat : Unit Kebajikan & Zakat
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor
No. Tel : 07-‐553 7508 / 07-‐553 7521
Alamat : Unit Kebajikan & Zakat Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia Jalan Sultan Yahya Petra 54100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-‐2203 1603
Kolam Renang Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
18
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
11.0 PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT
Segala pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran, sila hubungi urus setia seperti berikut:
PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM JOHOR BAHRU
Bahagian Kemudahan & Kesejahteraan
Tuan Haji Harun bin Mohd Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-‐5530279/5530265 Faks : 07-‐5530491 E-‐mel : [email protected] Pn Nor Sita binti Zakirai @ Zakaria Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-‐5530513 E-‐mel : [email protected] KOLEJ-‐ KOLEJ KEDIAMAN UTM JOHOR: 1. Tuan Haji Seidi bin Mohamad Pengurus Asrama Kanan Unit Perumahan & Kolej Kediaman
Tel: 07-‐5532554 Faks: 07-‐5532553
Emel: [email protected] 2. Encik Zulkepli bin Jemain Kolej Rahman Putra (KRP) Tel: 07-‐5537246/5537242 Faks: 07-‐5532701 Emel: [email protected] 3. Puan Salmiah binti Salleh Kolej Tun Fatimah (KTF) Tel: 07-‐5537259/5537255/37256 Faks: 07-‐5532702 Emel: [email protected] 4. Encik Mohd Ismahadi bin Mohd Isa Kolej Tun Razak (KTR) Tel : 07-‐5537277/ 5530542 Emel: [email protected]
5. Puan Nor Aishah binti Abdullah
Kolej Perdana (KP) Tel : 07-‐5536673/5536609/36614 Faks: 07-‐5536674 Emel: [email protected]
6. Encik Hamdan bin Abd Ghani
Kolej 9 & 10 Tel : 07-‐5535017/5535008 Faks: 07-‐5535161 Emel: [email protected]
7. Encik Mohd Rasdan bin Jamian @
Raduan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Tel : 07-‐5532624/ 5532593 Faks: 07-‐5532704 Emel: [email protected]
8. Puan Norsidah binti Othman
Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Tel: 07-‐5531952/5531951 Faks: 07-‐5532705 Emel: [email protected]
19
Encik Nazam bin Isa Penolong Pengurus Asrama (Kanan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-‐5530262 E-‐mel : [email protected]
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
9. Puan Ema Razrina binti Ambayah
Kolej Tuanku Canselor (KTC) Tel : 07-‐5535657/5535658/35680 Faks: 07-‐5535984 Emel: [email protected]
10. Encik Khairil Zaidi bin Mohd Zaki Kolej Datin Seri Endon
Tel : 07-‐5537701/5537702/37759 Faks: 07-‐5537700 Emel: [email protected]
PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM KUALA LUMPUR Unit Pentadbiran, Kebajikan & Aktiviti Mahasiswa
Encik Zurik Azaham bin Aris Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-‐26154760 Faks : 03-‐26935488 E-‐mel : [email protected] Kolej Kediaman Di UTM Kuala Lumpur (Kolej Siswa Jaya) 1. Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-‐26154136 E-‐mel : evasriaza.kl@ utm.my
Puan Hafizah binti Ahmad Pua’at Penolong Pendaftar (Biasiswa Dan Kebajikan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-‐26154762 Faks : 03-‐26935488 E-‐mel : [email protected]
2. Puan Suhana bte Bahatin Penolong Pengurus Asrama (Kanan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Telefon : 03-‐26154139 Faks : 03-‐26154139 E-‐mel : [email protected]
11. Encik Mohamad Hairil Abdul Ghani Kolej Dato’ Onn Jaafar Tel: 07-‐5537709-‐5537708-‐37746 Faks: 07-‐5537706 Emel: [email protected]
20
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
12.0 LAGU UNIVERSITI – KEUNGGULAN TERBILANG
Bersama kita menjulang Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha UTM puncak letaknya
Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman Cekal bersama taqwa
Menara cita-‐cita
Kami anak kandung UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu Dikau persada ilmu
Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman
Ke arah kecemerlangan Pengajaran penyelidikan Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan
Di sini kami berdiri Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa UTM sanjungan bangsa UTM sanjungan bangsa
21
| MINGGU MESRA MAHASISWA UTM
21