kandungan - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan minggu mesra...

23
1

Upload: doduong

Post on 08-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

1

Page 2: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

2

KANDUNGAN

Kata Aluan 03

Program Minggu Mesra Mahasiswa 2014/2015 05

Pengisian Program 06

Panduan Umum 7-10

Panduan Pendaftaran Mahasiswa Baharu Kampus UTM Johor Bahru 11-16

Panduan Pendaftaran Mahasiswa Baharu Kampus UTM Kuala Lumpur 17-23

Page 3: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

3

KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini.

Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan saudara/saudari kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di UTM.

Kehidupan kampus merupakan cabaran baharu kepada saudara/saudari dalam proses menimba ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan dan bimbingan kepada saudara/saudari dalam membentuk graduan berkualiti yang mampu mendukung wawasan negara.

Universiti telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara, pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan juga para mahasiswa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan objektif tersebut.

Matlamat utama Universiti adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. Universiti sangat menggalakkan apa jua program mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-saudari seharusnya memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Universiti berharap Program Minggu Mesra Mahasiswa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. Universiti penuh yakin dengan dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih saudara/saudari akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Selamat Maju Jaya!

PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR

Naib Canselor

Page 4: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

4

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI) Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Universiti Teknologi Malaysia. Pihak Universiti yakin pemilihan UTM sebagai pusat pengajian tinggi akan membawa kejayaan, baik kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian.

WE CARE merupakan moto Pejabat HEMA sentiasa terbuka untuk membantu saudara sekiranya saudara menghadapi sebarang masalah atau memerlukan apa-apa maklumat setelah saudara menjejak kaki ke kampus yang indah ini.

Sempena dengan kemasukan mahasiswa baharu, Universiti mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu dengan suasana mesra, agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dengan lebih kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa berkenalan dengan rakan baharu dari berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat memperluaskan lagi konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya.

Perlaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa akan dapat memantapkan dan memberi satu motivasi serta pengalaman baharu untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus.

Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat.

Selamat Maju Jaya.

PROF. DR. MOHD. ISMAIL BIN ABD. AZIZ

Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni)

Page 5: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

5

PROGRAM MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM) Kedatangan mahasiswa baharu setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh Universiti. Minggu

Mesra Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baharu sebagai persediaan menjadi

sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti

digarap melalui perlaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya

Universiti agar bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program

pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya.

Mahasiswa baharu yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama mereka

kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah

merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk

perasaan saling memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan

sumber kekuatan untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara

satu sama lain.

Minggu Mesra Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baharu

dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti

yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik

serta kehidupan yang harmoni.

OBJEKTIF Objektif Minggu Mesra Mahasiswa adalah seperti berikut:

i) Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan hala tuju

universiti.

ii) Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum

semasa di universiti.

iii) Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan sistem

pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus.

iv) Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni serta mengeratkan perhubungan kaum menerusi

pelbagai program pembangunan mahasiswa.

Page 6: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

6

PENGISIAN MINGGU MESRA MAHASISWA MAJLIS CERAMAH Bagi membuka minda, fikiran dan menghidupkan budaya keintelektualan mahasiswa, majlis-majlis ucap utama seperti ucapan pemimpin negara, Naib Canselor UTM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM dan Pengarah Kampus. Pendedahan kepada majlis sebegini rupa diharapkan memberi pengetahuan dan pengalaman yang baharu kepada mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari perjalanan sesuatu majlis formal. LAWATAN SEKITAR KAMPUS Minggu Mesra Mahasiswa telah disusun untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada mahasiswa mengenai kehidupan kampus serta budaya yang ada di dalamnya. Mahasiswa akan mengenali kehidupan serta mendapat pengalaman baharu di kampus serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk berfikir dalam usaha untuk menyesuaikan diri di dalam suasana baharu. PROGRAM INTERAKSI DENGAN PEGAWAI KANAN UNIVERSITI Program tertentu yang memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan Pegawai Kanan Universiti seperti upacara perasmian Minggu Mesra Mahasiswa yang melibatkan seluruh pegawai kanan Universiti. Di samping itu, program berinteraksi di peringkat fakulti dan jabatan seperti bersuaikenal dengan Dekan Fakulti, Profesor dan Ketua-ketua jabatan akan diaturkan untuk menambah keyakinan di dalam diri mahasiswa baharu bagi memulakan kehidupan di kampus. PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI Bagi menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan, program ceramah agama, ceramah motivasi dan solat berjemaah (bagi mahasiswa beragama Islam) akan diadakan di masjid atau surau kolej kediaman. PROGRAM PENINGKATAN KETATANEGARAAN Bagi mahasiswa yang bukan beragama Islam, program berbentuk tatasusila dan kesedaran sivik serta ceramah akan diadakan bermatlamat untuk memantapkan lagi nilai sosial, perhubungan dan budaya ilmu di kalangan mereka. PROGRAM SUKAN DAN RIADAH SERTA KEBUDAYAAN Bagi memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada, program sukan dan riadah serta kebudayaan akan diadakan. Mahasiswa akan diberikan ruang yang luas melibatkan diri secara menyeluruh di dalam sukan dan kebudayaan bagi merebut pengalaman yang berguna dan manfaat yang berterusan. Selain itu, program Gotong Royong Perdana dan Pameran Inovasi diadakan bagi mengeratkan semangat 1Malaysia antara mahasiswa baharu dan memperkenalkan unit/ bahagian/ fakulti yang ada di UTM. KREW MINGGU MESRA MAHASISWA Krew Minggu Mesra Mahasiswa telah dilantik daripada mahasiswa kanan yang berpengalaman di dalam pengendalian kumpulan mahasiswa. Fungsi utama krew adalah untuk membantu mahasiswa baharu mengharungi proses pengajian/kehidupan sebagai mahasiswa Universiti. Diharapkan agar mahasiswa baharu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada krew ini.

Page 7: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

7

PANDUAN UMUM KELENGKAPAN PAKAIAN YANG PERLU DIBAWA: 1) Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata.

Mahasiswa wanita diminta membawa seluar panjang sukan (track bottom) dan t-shirt berlengan panjang.

Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin. 2) Pakaian Upacara rasmi Universiti:

a) Siswa:

Kemeja berlengan panjang (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap.

Keperluan untuk solat termasuk pakaian baju Melayu kebangsaan lengkap bersamping dan songkok berwarna hitam atau biru tua (mahasiswa lelaki Islam sahaja)

Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi.

b) Siswi:

Berpakaian baju kurung(warna bebas), kain labuh berwarna gelap dan bertudung (beragama Islam)

Berpakaian baju lengan panjang berkolar dan memakai kain labuh berwarna gelap. (bukan beragama Islam)

Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi. PERINGATAN

Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan Hari Berpakaian Kemas (Smart Day) pada hari Isnin. Anda dikehendaki mematuhi peraturan berikut: 1. Semua mahasiswa lelaki hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai kemeja lengan

panjang, berwarna atau lain-lain dan berseluar gelap (seluar jeans tidak dibenarkan), berstokin gelap, berkasut kulit dan bertali leher.

2. Semua mahasiswa perempuan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai baju

kurung, bertudung dan berkasut. Seluar panjang/ seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin. 3. Semua mahasiswa perempuan bukan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan

memakai baju lengan panjang, berkolar, kain labuh berwarna gelap dan berkasut. Seluar panjang/seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin.

4. Pada hari-hari kuliah yang lain mahasiswa adalah tertakluk kepada Tatacara Pemakaian

Mahasiswa.

Page 8: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

8

KENDERAAN BERMOTOR Mahasiswa Tahun Satu TIDAK DIBENARKAN membawa/menyimpan atau memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus.

SIMPANAN WANG Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK membawa tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran dan Minggu Mesra Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta peribadi dan wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa.

BANTUAN KEWANGAN Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu mahasiswa adalah dinasihatkan memohon biasiswa atau bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan swasta melalui iklan yang dikeluarkan di akhbar tempatan. Bagi tujuan ini, mahasiswa diminta menyediakan dokumen-dokumen seperti di bawah:

1. Salinan surat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi; bukan cetakan komputer. 2. Salinan sijil-sijil yang telah disahkan benar dari salinan asal; 3. Salinan kad pengenalan dan surat beranak yang telah disahkan benar dari salinan asal; 4. Gambar berwarna berukuran pasport; 5. Salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini atau Borang ’J’ atau kad pesaraan 6. Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga (bagi yang bekerja sendiri) yang telah

disahkan benar dari salinan asal; 7. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) ; dan 8. Salinan maklumat nombor akaun Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur) dan

salinan maklumat nombor akaun CIMB Bank (bagi mahasiswa UTM Johor Bahru).

* Semua salinan dokumen perlu dibuat pada kertas bersaiz A4. PINJAMAN PTPTN Untuk permohonan pinjaman PTPTN, saudara diwajibkan untuk membuka akaun SSPN dengan bayaran minima RM 20.00 di cawangan Bank Islam atau Maybank berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk kepada laman sesawang PTPTN di alamat www.ptptn.gov.my.

PERINGATAN Mahasiswa diminta untuk membawa dokumen di atas semasa taklimat biasiswa diadakan. Mahasiswa dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen di atas bagi mengelakkan

ketiadaan penaja sepanjang tempoh pengajian. Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah,

(Sekolah Kerajaan sahaja), Penghulu Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A), Jaksa Pendamai atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli Exco).

Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni akan mengeluarkan iklan tawaran

bantuan kewangan daripada penaja-penaja untuk makluman mahasiswa dari semasa ke semasa. Sila rujuk papan kenyataan di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni atau hubungi Unit

Page 9: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

9

Bantuan Kewangan di talian 07-5530185 (bagi kampus Johor Bahru) dan 03-26154282/4762 (bagi kampus Kuala Lumpur).

RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN Universiti hanya akan menanggung kemudahan rawatan mahasiswa di mana-mana Hospital Kerajaan. Surat jaminan tanggungan bayaran hospital oleh Universiti boleh diperolehi dari Pusat Kesihatan Universiti. Bayaran yang ditanggung oleh Universiti ialah meliputi semua bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital ke atas mahasiswa. Pembayaran hospital yang telah didahulukan oleh mahasiswa boleh dituntut dari Universiti dengan mengemukakan resit pembayaran rasmi hospital kepada Pusat Kesihatan Universiti. Universiti hanya menanggung perbelanjaan Wad Kelas 2 sahaja.

KOLEJ KEDIAMAN

KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN

(Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang Ditawarkan)

Jenis Kadar Sewa (Hari)

Berdua RM3.50-RM4.00

PERATURAN KOLEJ

Semua mahasiswa baharu yang telah selesai proses pendaftaran dan telah menandatangani Surat

Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah

Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain

peraturan serta pindaan yang berkaitan dan diterima pakai di UTM.

Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia

dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis

yang digunapakai oleh Universiti.

Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan tindakan yang setimpal

dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Mahasiswa. Kesalahan yang

telah disabitkan ke atasnya bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa

yang boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian kelak.

Page 10: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

10

Senarai peralatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bawa ke kolej

Bil. Nama Peralatan Yang Dibenarkan Bawa

Bil. Nama Peralatan Yang Tidak Dibenarkan Bawa

1. Seterika 1. Peti Sejuk

2. Cerek Elektrik 2. Periuk Nasi/ Serbaguna Elektrik

3. Pembakar Roti 3. Ketuhar mikro

4. Pengering Rambut 4. Boiler

5. Radio 5. Dapur Pemanas/ Dapur

6. Pengecas Telefon 6. Pengisar

7. Komputer/ Laptop 7. Pemanas Elektrik

PERATURAN AM HARI PENDAFTARAN 1. PERATURAN PAKAIAN

a. Setiap mahasiswa dikehendaki memakai pakaian yang bersih serta kemas dan bagi mahasiswa lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang (warna bebas) serta bertali leher, berseluar gelap dan berkasut gelap.

b. Mahasiswa perempuan Muslim hendaklah bertudung (warna bebas), memakai baju

kurung (warna Bebas), berkain gelap dan berkasut gelap.

c. Bagi mahasiswa perempuan bukan beragama Islam, berpakaian baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap dan berkasut. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.

d. Mahasiswa tidak dibenarkan memakai kemeja "T" tidak berkolar, seluar jeans atau

selipar.

e. Mahasiswa tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah).

2. PERATURAN RAMBUT

a. Rambut mahasiswa lelaki mestilah tidak melebihi atau mencecah kolar baju kemeja biasa, tidak menutup telinga dan tidak sampai menutup kening

b. Rambut mahasiswa perempuan mestilah sentiasa berada di dalam keadaan kemas

dan tidak diwarnakan; dan c. Mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai rambut berekor, mewarnakan rambut dan

fesyen rambut yang tidak keterlaluan, memakai subang, anting-anting serta rantai leher.

3. Peraturan Am ini berkuatkuasa selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971

Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 1999. 4. Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak menuruti Tatacara Pakaian

Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.

Page 11: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

11

PANDUAN PENDAFTARAN

MAHASISWA BAHARU KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

Page 12: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

12

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU KAMPUS UTM JOHOR BAHRU

PENDAFTARAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA PADA 31 OGOS 2014 (SESI PAGI)

(Sila rujuk masa pendaftaran seperti dalam surat tawaran)

Mahasiswa dikehendaki mendaftar seperti dalam surat tawaran. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan semasa pendaftaran masuk kolej; 1. Bawa surat tawaran pengajian untuk rujukan pendaftaran. 2. Mengambil nombor bilik dan kunci bilik kolej kediaman. 3. Mengambil cenderamata yang disediakan untuk mahasiswa baharu. Keperluan yang perlu dibawa ke kolej kediaman:

2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 1.8 meter, tinggi: 1.9 meter, warna gelap, berpencangkuk dan boleh dilaraskan)

2 helai cadar berukuran katil bujang,

2 helai sarung bantal, bantal dan selimut. Selepas pendaftaran, mengambil kunci bilik dan cenderamata, mahasiswa dikehendaki merujuk kepada Atur cara Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 (dibekalkan semasa pendaftaran) untuk mengikuti program berikutnya.

Lebar: 1.8 meter

Tinggi: 1.9 meter

Page 13: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

13

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

A. Teksi Ke Kampus UTM i) Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM – RM30.00 (tertakluk kepada perubahan) ii) Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai – RM44.00 (tertakluk kepada perubahan) B. Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang Mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan dari lapangan terbang mestilah memberitahu masa dan tarikh ketibaan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa seminggu sebelum tarikh penerbangan di talian 07-5530567/5530263. (Saudara diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang tidak berpermit (teksi haram) demi keselamatan saudara. C. Kenderaan Sendiri Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Saudara diminta mematuhi arahan Pegawal Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama pemandu amat dihargai. Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

2) KEMUDAHAN KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa. Rawatan Kecemasan UTM menyediakan talian telefon untuk rawatan kecemasan untuk mahasiswa. Sila dail sambungan 30999 melalui telefon di dalam kampus atau 07-5530999 jika anda berada di luar kampus. Mahasiswa juga boleh menghubungi Pengetua/ Felo Kolej masing-masing untuk bantuan kecemasan.

3) LAIN-LAIN PERKHIDMATAN 1. Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS CIMB boleh didapati di tingkat bawah

Bangunan Persatuan Mahasiswa, Arked Cengal, Arked Kolej 11 dan Arked Kolej Datin Seri Endon.

2. Mesin kad auto-teller ATM-MEPS, Bank Islam Malaysia boleh didapati di Bangunan

Persatuan Mahasiswa dan Arked Cengal dan mesin kad auto-teller ATM-MEPS, Maybank di Kolej Perdana.

Page 14: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

14

3.Kemudahan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa.

4. Mesin basuh berbayar disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa. 5. Kemudahan kedai dan kafetaria ada di semua kolej kediaman mahasiswa. 6. Surau disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa dan Masjid Sultan Ismail

berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar. Rumah-rumah ibadah lain terletak di sekitar Taman Universiti dan Taman Sri Skudai.

Untuk makluman bank yang beroperasi di dalam Kampus UTM Johor Bahru adalah CIMB sahaja.

4) KEMUDAHAN PENGINAPAN Kemudahan penginapan terdapat di sekitar Taman Universiti, Skudai, dan Taman Tun Aminah yang boleh disewa untuk kemudahan ibu bapa yang datang awal. Berikut adalah nama hotel, nombor telefon dan anggaran jarak rumah tamu, hotel dan rumah tumpangan berkenaan bagi memudahkan proses penempahan anda:

Bil Nama Hotel No. Telefon Jarak dari UTM Lokasi

1 Scholar’s Inn 07-5535197 -dalam kampus- -dalam kampus-

2 Tun Ghafar Baba Residence 07-5537711 -dalam kampus- -dalam kampus-

3 Hotel Seri Malaysia 07-2211002 20 km Larkin

4 Hotel Mutiara 07-3300300 22 km Johor Bahru

5 Hotel Rasa Sayang 07-2248600 22 km Johor Bahru

6 Hotel Good Hope 07-5572828 6 km Taman Skudai Baru

7 Hotel Puteri Pacific 07-2199999 22 km Johor Bahru

8 Le Grandeur Palm Resort Johor 07-5996000 12 km Senai

9 Pulai Spring Resort 07-5212121 4 km Jalan Pontian

10 Thistle Hotel JB 07-2229234 22 km Johor Bahru

11 Rose Cottage 07-5211366 2 km Taman Universiti

Page 15: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

15

AKTIVITI PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU SESI 2014/ 2015 PADA 31 OGOS 2014 (SESI PETANG)

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI

Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan.

KAUNTER 1 (SERANTA) 1. Pertanyaan dan semakan Dokumen

KAUNTER 2 (AKUJANJI DAN OKU)

1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan)

2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU)

(Kepada mahasiswa-mahasiswa yang berkaitan)

KAUNTER 3 (KLINIK)

1. Pemeriksaan Rabun Warna

(Mahasiswa Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Petroleum & Kej. Tenaga Diperbaharui, Fakulti

Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Biosains & Kej. Perubatan (SMBE) dan Fakulti Alam Bina (SBEA/

SBEL/ SBEP).

KAUNTER 4 (KAD MATRIK MAHASISWA)

1. Tunjuk Surat Tawaran Pengajian untuk mengambil kad mahasiswa

Page 16: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

16

UNIT PERUMAHAN DAN KOLEJ KEDIAMAN

Encik Seidi bin Mohamad Unit Perumahan & Kolej Kediaman

Tel: 07-5532554 Faks: 07-5532553

Emel: [email protected]

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

* Sebarang pertanyaan mengenai Minggu Mesra Mahasiswa(MMM), anda boleh berhubung terus ke Hotline MMM: 07-5530261/07-5538848 Lawati laman web kami di alamat

www.utm.my/studentaffairs

1. Encik Zulkepli bin Jemain Kolej Rahman Putra (KRP) Tel: 07-5537246/5537242 Faks: 07-5532701 Emel: [email protected]

2. Puan Salmiah binti Salleh Kolej Tun Fatimah (KTF) Tel: 07-5537259/5537255/37256 Faks: 07-5532702 Emel: [email protected]

3. Encik Nazam bin Isa Kolej Tun Razak (KTR) Tel : 07-5537277/ 5530542 Faks: 07-5532703 Emel: [email protected]

4. Encik Mohairin bin Mohamed Mohtar

Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Tel : 07-5532624/ 5532593 Faks: 07-5532704 Emel: [email protected]

5. Puan Norsidah binti Othman Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Tel: 07-5531952/5531951 Faks: 07-5532705 Emel: [email protected]

6. Puan Ema Razrina Ambayah Kolej Tuanku Canselor (KTC) Faks: 07-55335984 Emel: [email protected] Tel : 07-5535657/5535658/35680

7. Puan Noraishah binti Abdullah Kolej Perdana (KP) Tel : 07-5536610/5536609/36614 Faks: 07-5535000 Emel: [email protected]

8. Encik Hamdan Abd Ghani Kolej 9 & 10 (K9&10) Tel : 07-5535016/5535008 Faks: 07-5535018 Emel: [email protected]

Page 17: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

17

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU

KAMPUS UTM KUALA LUMPUR

Page 18: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

18

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU KAMPUS UTM KUALA LUMPUR

PENGESAHAN PENDAFTARAN Semua mahasiswa Tahun Satu ditawarkan penginapan di Kediaman Siswa Jaya dan dikehendaki mendaftar pada: Tarikh : 31 Ogos 2014 (Ahad) Tempat : Blok A, Kediaman Siswa Jaya UNTUK MAKLUMAN: Masa pendaftaran adalah mengikut program pengajian seperti jadual di bawah: JADUAL PENDAFTARAN MINGGU MESRA MAHASISWA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SESI AKADEMIK 2014/2015

MASA KURSUS

8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan (SMJM)

Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik (SMJE)

Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri) (SRSI)

Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia (SMJC)

Sila patuhi tatacara pendaftaran Minggu Mesra Mahasiswa. Selepas pendaftaran, mahasiswa dikehendaki merujuk kepada Aturcara Minggu Mesra Mahasiswa Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2014/2015.

Page 19: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

19

Keperluan tambahan yang perlu dibawa ke kolej kediaman:

2 helai cadar berukuran katil bujang,

2 helai sarung bantal, bantal dan selimut. URUSAN KEWANGAN Semua mahasiswa baharu diwajibkan membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebelum hari pendaftaran atau di Kaunter 1 pada hari pendaftaran MMM (sesi petang) yang disediakan oleh pihak pengurusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). KEMUDAHAN KESIHATAN Pusat Kesihatan Universiti memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa secara percuma.

Jadual perkhidmatan semasa Minggu Mesra Mahasiswa adalah seperti berikut: Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN A. KEPERLUAN KENDERAAN DARI LAPANGAN TERBANG

Mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan dari lapangan terbang mestilah memaklumkan masa dan tarikh ketibaan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (No. Tel: 03-26154475/4282) seminggu sebelum tarikh penerbangan. Mahasiswa diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang tiada permit (teksi haram) demi keselamatan.

B. KENDERAAN SENDIRI

Sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Mahasiswa diminta mematuhi arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama pemandu amat dihargai.

C. KENDERAAN BERMOTOR Perkhidmatan bas transit dari Kediaman Siswa Jaya ke Kampus atau sebaliknya disediakan seawal jam 6.45 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara digalakkan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

LAIN-LAIN KEMUDAHAN A. Perkhidmatan Mesin Kad Auto-Teller (ATM) – MEPS

i) Kampus : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Maybank

Page 20: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

20

ii) Kediaman Siswa Jaya (KSJ) : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

B. Kemudahan fotokopi, kedai runcit dan mesin basuh berbayar disediakan di kediaman siswa.

C. Masjid UTM terletak di kampus dan surau disediakan di Kediaman Siswa Jaya (KSJ).

Page 21: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

21

ATURAN KAUNTER PENGESAHAN PENDAFTARAN

31 OGOS 2014 (AHAD) – SESI PAGI

Anda digalakkan menanda ( √ ) di dalam kotak untuk semakan

KAUNTER 1 & 2 (SERANTA/SEMAKAN)

- Pertanyaan/ Semakan

KAUNTER 4 (KEDIAMAN SISWA) - Serahan borang OKU (Jika berkaitan)

- Serahan borang UTM P5

- Beli baju T-Berkolar Kediaman Siswa dan lain-lain berharga RM 50.00

- Mengambil kunci bilik kediaman

KAUNTER 3 (HAL EHWAL MAHASISWA & ALUMNI)

- Mengambil cenderamata MMM

- Serahan Borang Aku Janji

Page 22: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

22

ATURAN KAUNTER PENDAFTARAN MMM

31 OGOS 2014 (AHAD) – SESI PETANG

Anda digalakkan menanda ( √ ) di dalam kotak untuk semakan

KAUNTER 3 (KAD MATRIK)

- Tunjuk Surat Tawaran Pengajian untuk mengambil kad mahasiswa

KAUNTER 1 (BANK ISLAM)

- Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bagi mahasiswa yang belum membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad)

KAUNTER 2 (KLINIK)

- Pemeriksaan rabun warna bagi Mahasiswa Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri)

- Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan

Universiti UTM mengikut tarikh temujanji dalam slip e-daftar.

Page 23: KANDUNGAN - utm.my · kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2014/2015 ini. ... (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap

23

TALIAN URUS SETIA MINGGU MESRA MAHASISWA UNIT PEMBANGUNAN DAN AKTIVITI MAHASISWA Encik Zurik Azaham bin Aris Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) Tel : 03-26154475/4282 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected] UNIT BIASISWA DAN KEBAJIKAN MAHASISWA Cik Munira bte Mohamed Roznan Penolong Pendaftar (Biasiswa Dan Kebajikan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) Tel : 03-26154762 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected] KEDIAMAN SISWA JAYA 1. Prof. Madya Ahmad bin Khalid Pengetua Telefon : 03-40217603

E-mel : [email protected] 2. Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-40216149

E-mel : [email protected] 3. Puan Naimah binti Mohamed Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-40213207

E-mel : [email protected] 4. Cik Norhayati binti Abdul Wahab Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-40216164

E-mel : [email protected] Faks : 03-40212789

Encik Noor Azam bin Samsudin Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) Tel : 03-26154763 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected]

UNIT PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN MAHASISWA Puan Suhana bte Bahatin Penolong Pengurus Asrama (Kanan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) Tel : 03-26154822 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected]