disediakan oleh: pejabat hal ehwal mahasiswa universiti...

19
1 Disediakan Oleh: Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor

Upload: phamanh

Post on 04-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Disediakan Oleh: Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor

2

KANDUNGAN

Kata Aluan 03

Senarai Semakan 05-06

Objektif Program Minggu Transformasi Mahasiswa 2011/2012 07

Pengisian Program 08

Pendaftaran Kolej 09

Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan 11-14

Panduan Pendaftaran 15-18

Direktori Telefon 19

3

KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku panduan Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi 2011/2012 ini. Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan saudara/saudari kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di UTM. Kehidupan kampus merupakan cabaran baru kepada saudara/saudari dalam proses menimba ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan dan bimbingan kepada saudara/saudari dalam membentuk graduan berkualiti yang mampu mendukung wawasan negara. Universiti telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara, pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan juga para mahasiswa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan objektif tersebut. Matlamat utama Universiti adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. Universiti sangat menggalakkan apa jua program mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-saudari seharusnya memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Universiti berharap Program Minggu Transformasi Mahasiswa ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. Universiti penuh yakin dengan dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih saudara/saudari akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Selamat Maju Jaya!

PROF. DATO’ IR. DR. ZAINI BIN UJANG. Naib Canselor

4

KATA-KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI) Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke kampus induk Universiti Teknologi Malaysia. Pihak Universiti yakin pemilihan UTM sebagai pusat pengajian tinggi akan membawa kejayaan, baik kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian. “WE CARE” merupakan moto Pejabat HEMA sentiasa terbuka untuk membantu saudara sekiranya saudara menghadapi sebarang masalah atau memerlukan apa-apa maklumat setelah saudara menjejak kaki ke kampus yang indah ini. Sempena dengan kemasukan mahasiswa baru, Universiti mengadakan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) bermula 3 September hingga 10 September 2011. Program ini dirancang bagi menyambut kedatangan mahasiswa baru dengan suasana mesra, agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dengan lebih kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa berkenalan dengan rakan baru dari berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat memperluaskan lagi konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya. Perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa akan dapat memantapkan dan memberi satu motivasi serta pengalaman baru untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baru di dalam kampus. Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat. Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya. PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDIN BIN HJ. NINGGAL Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni)

5

SENARAI SEMAKAN Senarai Semakan berikut adalah bertujuan untuk membantu anda supaya anda cukup bersedia untuk menghadapi Hari Pendaftaran Mahasiswa Baru di Universiti Teknologi Malaysia kelak. Sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan.

Surat Tawaran Pengajian Ke UTM. Kad Pengenalan

Borang Pemeriksaan Kesihatan, UTM 1a, 1b, 1c dan X-ray. Borang Soal-Selidik PSZ Borang UTM P5, telah diisi secara online di www.jpt.utm.my dan dicetak dua (2) salinan untuk diserahkan kepada:

i) kaunter kolej mahasiswa semasa pendaftaran ii) kaunter fakulti semasa pendaftaran program

Borang Perakuan Pelepasan Tanggungan (UTM 2a) Borang Ikrar Pelajar (UTM 4)

Borang Jaminan Kewangan Bagi Penjamin Pertama (UTM 3a) dan Penjamin Kedua (UTM 3b) Surat Aku Janji Pelajar Pengakuan MengenaI Penyalahgunaan Dadah (UTM 2) Borang Pengakuan Orang Kelainan Upaya (Jika Berkaitan) Slip Pembayaran Yuran Pengajian melalui BIMB/CIMB Click . Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran Melalui Bank Salinan sijil-sijil yang telah disahkan. (rujuk muka surat 12 untuk kelayakan saksi) Gambar warna berukuran pasport (10 keping) untuk kegunaan bantuan kewangan, kolej/klinik dan fakulti.

Salinan Surat Beranak yang telah disahkan. Salinan kad pengenalan (10 keping) dan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan atau Borang 'J' atau kad pesara ibu bapa atau penjaga (10 keping) dan pengesahan bagi setiap salinan tersebut. Salinan muka hadapan buku akaun bank CIMB. Cadar, bantal dan sarung bantal serta selimut. Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (untuk mahasiswa Melayu).

6

Kemeja 'T' berkolar, seluar track-bottom, berkasut sukan dan berstokin. Kemeja, seluar gelap, kasut dan stokin (lelaki). Baju kurung @ lengan panjang, kain labuh berwarna gelap, kasut (perempuan). Baju batik lengan panjang (lelaki). Baju kurung batik (perempuan). Wang sebanyak RM25.00 untuk Kemeja T kolej dan Buku Panduan Akademik Telah menghantar/menempah kemudahan penginapan untuk ibu bapa atau penjaga (jika perlu).

7

PROGRAM MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA (MTM) Kedatangan mahasiswa baru setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh Universiti. Minggu Transformasi Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baru sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti digarap melalui perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya. Mahasiswa baru yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama mereka kepelbagaian latarbelakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu sama lain. Minggu Transformasi Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baru dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik serta kehidupan yang harmoni. OBJEKTIF Objektif Minggu Transformasi Mahasiswa adalah seperti berikut: i) Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan hala tuju

universiti. ii) Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum

semasa di universiti. iii) Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan sistem

pembelajaran dan kehidupan baru di dalam kampus. iv) Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni serta mengeratkan perhubungan kaum menerusi

pelbagai program pembangunan mahasiswa.

8

PENGISIAN MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA MAJLIS CERAMAH Bagi membuka minda, fikiran dan menghidupkan budaya keintelektualan mahasiswa, majlis-majlis ucap utama seperti ucapan pemimpin negara, Yang Berbahagia Naib Canselor UTM dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar. Pendedahan kepada majlis sebegini rupa diharapkan memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari perjalanan sesuatu majlis formal. LAWATAN SEKITAR KAMPUS Minggu Transformasi Mahasiswa telah disusun untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada mahasiswa mengenai kehidupan kampus serta budaya yang ada di dalamnya. Mahasiswa akan mengenali kehidupan serta mendapat pengalaman baru di kampus serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk berfikir dalam usaha untuk menyesuaikan diri di dalam suasana baru. PROGRAM INTERAKSI DENGAN PEGAWAI KANAN UNIVERSITI Program tertentu yang memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan Pegawai Kanan Universiti seperti upacara perasmian Minggu Transformasi Mahasiswa yang melibatkan seluruh pegawai kanan Universiti dan juga program berinteraksi di peringkat fakulti dan Jabatan seperti bersuaikenal dengan Dekan Fakulti, Profesor dan Ketua-ketua jabatan akan diaturkan melalui program Minggu Transformasi Mahasiswa tersebut. Program berinteraksi sebegini diharap dapat menambah keyakinan di dalam diri mahasiswa baru bagi memulakan kehidupan di kampus. PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI Bagi menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan, program usrah, ceramah agama, ceramah motivasi dan solat berjemaah (bagi mahasiswa beragama Islam) akan diadakan di masjid atau surau kolej kediaman. Manakala program-program lain akan dilaksanakan di Dewan Sultan Iskandar. PROGRAM PENINGKATAN KETATANEGARAAN Bagi mahasiswa yang bukan beragama Islam, program berbentuk tatasusila dan kesedaran sivik serta ceramah akan diadakan bermatlamat untuk memantapkan lagi nilai sosial, perhubungan dan budaya ilmu di kalangan mereka. PROGRAM SUKAN DAN RIADAH SERTA KEBUDAYAAN Bagi memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada, program sukan dan riadah serta kebudayaan akan diadakan. Mahasiswa akan diberikan ruang yang luas melibatkan diri secara menyeluruh di dalam sukan dan kebudayaan bagi merebut pengalaman yang berguna dan manfaat yang berterusan. Selain itu, program Gotong Royong Perdana dan Pameran Inovasi diadakan bagi mengeratkan semangat 1Malaysia antara mahasiswa baru dan memperkenalkan unit/bahagian/fakulti yang ada di UTM. KREW MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA Krew Minggu Transformasi Mahasiswa telah dilantik daripada mahasiswa kanan yang berpengalaman di dalam pengendalian kumpulan mahasiswa. Fungsi utama krew adalah untuk membantu mahasiswa baru mengharungi proses pengajian/kehidupan sebagai mahasiswa Universiti. Diharapkan agar mahasiswa baru memberikan kerjasama sepenuhnya kepada krew ini.

9

PENDAFTARAN KOLEJ 8.30 pagi hingga 12.00 Tengah hari

Mahasiswa dikehendaki mendaftar seperti dalam surat tawaran. Sila amati tatacara pendaftaran Minggu Transformasi Mahasiswa seperti di muka surat 16 supaya anda lebih bersedia. Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan semasa pendaftaran di kolej: 1. Tunjuk Surat Tawaran Pengajian 2. Dapatkan nombor bilik kolej kediaman dan kunci bilik 3. Kemukakan Slip Pembayaran Yuran melalui BIMB/CIMB Clicks dan Borang Akaun Bank CIMB Selepas pendaftaran dan juga mengambil kunci bilik, mahasiswa dikehendaki merujuk kepada Atur cara Minggu Transformasi Mahasiswa Sesi 2011/2012 (dibekalkan semasa pendaftaran) untuk mengikuti program berikutnya. APA YANG PERLU ANDA BAWA? 1) Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan tidak menjolok mata. Mahasiswa wanita diminta membawa seluar panjang sukan (track bottom) dan t-shirt berlengan panjang. 2) Keperluan kolej kediaman: 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal, bantal dan

selimut. 3) Keperluan untuk solat termasuk pakaian baju Melayu kebangsaan lengkap bersamping dan

songkok berwarna hitam atau biru tua (mahasiswa lelaki Islam sahaja) 4) Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin. 5) Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi. 6) Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke Pusat

Pendaftaran dan ke bilik kediaman. 7) Upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua mahasiswa lelaki diwajibkan memakai kemeja

berlengan panjang (warna bebas), bertali leher dan berseluar gelap. Manakala mahasiswa wanita beragama Islam berpakaian baju kurung(warna bebas), kain labuh berwarna gelap dan bertudung. Bagi mahasiswa wanita bukan Islam, berpakaian baju lengan panjang berkolar dan memakai kain labuh berwarna gelap. (Sebarang perubahan pemakaian akan dimaklumkan)

8) Upacara pada waktu malam, semua mahasiswa lelaki dikehendaki memakai baju batik lengan

panjang dan berseluar gelap manakala semua mahasiswa perempuan dikehendaki berbaju kurung batik dan bertudung (untuk perempuan Islam sahaja). (Sebarang perubahan pemakaian akan dimaklumkan)

10

PERINGATAN Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan `Hari Berpakaian Kemas' (Smart Day) pada setiap hari Isnin. Anda dikehendaki mematuhi peraturan berikut: 1. Semua mahasiswa lelaki hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai kemeja lengan

panjang, berwarna atau lain-lain dan berseluar gelap (seluar jeans tidak dibenarkan), berstokin gelap, berkasut kulit dan bertali leher.

2. Semua mahasiswa perempuan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan memakai

baju kurung, bertudung dan berkasut. Seluar panjang/ seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin.

3. Semua mahasiswa perempuan bukan Islam hendaklah berpakaian formal ke kuliah dengan

memakai baju lengan panjang, berkolar, kain labuh berwarna gelap dan berkasut. Seluar panjang/seluar jeans tidak dibenarkan pada hari Isnin.

4. Pada hari-hari kuliah yang lain mahasiswa adalah tertakluk kepada Tatacara Pemakaian

Mahasiswa.

KENDERAAN BERMOTOR Mahasiswa Tahun Satu TIDAK DIBENARKAN membawa/menyimpan atau memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus. Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

SIMPANAN WANG Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK membawa tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran dan Minggu Transformasi Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta peribadi dan wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa. Untuk makluman bank yang beroperasi di dalam Kampus UTM Johor Bahru adalah CIMB sahaja. Manakala Bank Islam, BSN, Maybank hanya ATM sahaja.

11

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 1) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN A. Bas Universiti

Pada 3 dan 4 September 2011, bas UTM akan menunggu di Perhentian Bas Larkin dan Stesen Keretapi Kempas pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.

B. Bas Awam Ke Kampus UTM

i) Dari Bandaraya Johor Bahru - Bas Causeway Link (No. 5B), Triton (No. 503) dan Bas Transit Link (No. 331)

ii) Dari Terminal Bas Larkin ke Bandaraya - Kesemua bas bandaraya

C. Teksi Ke Kampus UTM i) Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM - RM20.00 (tertakluk kepada perubahan) ii) Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai - RM35.00 (tertakluk kepada perubahan) D. Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang Mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan dari lapangan terbang mestilah memberitahu masa dan tarikh ketibaan kepada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa seminggu sebelum tarikh penerbangan di talian 07-5530186/5530263/5530771. (Saudara diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan teksi yang tidak berpermit (teksi haram) demi keselamatan saudara. E. Kenderaan Sendiri Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Universiti. Saudara diminta mematuhi arahan Pegawal Keselamatan yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama pemandu amat dihargai. 2) KEMUDAHAN KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa. Pemeriksaan kesihatan (medical check-up) mahasiswa baru boleh dibuat di Pusat Kesihatan Universiti selepas tarikh pendaftaran dengan bayaran RM60.00. Rawatan Kecemasan UTM menyediakan talian telefon untuk rawatan kecemasan untuk mahasiswa. Sila dail sambungan 30999 melalui telefon di dalam kampus atau 07-5530999 jika anda berada di luar kampus. Mahasiswa juga boleh menghubungi Pengetua/ Felo Kolej masing-masing untuk bantuan kecemasan. Rawatan Hospital Kerajaan Universiti akan menanggung kemudahan rawatan mahasiswa di mana-mana Hospital Kerajaan. Surat jaminan tanggungan bayaran hospital oleh Universiti boleh diperolehi dari Pusat Kesihatan

12

Universiti. Bayaran yang ditanggung oleh Universiti ialah meliputi semua bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital ke atas mahasiswa. Pembayaran hospital yang telah didahulukan oleh mahasiswa boleh dituntut dari Universiti dengan mengemukakan resit pembayaran rasmi hospital kepada Pusat Kesihatan Universiti. Universiti hanya menanggung perbelanjaan Wad Kelas 2 sahaja. 3) KOLEJ KEDIAMAN

KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN (Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang Ditawarkan)

Jenis Kadar Sewa (Hari)

Berdua RM3.50-RM6.00

PERATURAN KOLEJ Semua mahasiswa baru yang telah selesai proses pendaftaran dan telah menandatangani Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis yang digunapakai oleh Universiti. Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Mahasiswa. Kesalahan yang telah disabitkan ke atasnya bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa yang boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian kelak.

4) BANTUAN KEWANGAN

Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu saudara adalah dinasihatkan memohon biasiswa atau bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan swasta melalui iklan yang dikeluarkan di akhbar tempatan. Bagi tujuan ini, saudara diminta membawa dokumen-dokumen seperti di bawah: 1. Salinan surat tawaran kemasukan ke UTM 2. Salinan sijil-sijil yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan) 3. Salinan Surat Beranak yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan) 4. Salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini atau Borang 'J' atau kad pesara atau

pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (bagi yang bekerja sendiri dan tidak berkerja); yang telah disahkan benar dari salinan asal (3 salinan)

5. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) 6. Kad Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) - Jika berkenaan. 7. Salinan muka hadapan akaun bank Commerce International Merchant Bankers (CIMB) atau

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 8. Gambar berukuran passport 5 keping (untuk kegunaan permohonan biasiswa pada masa

13

akan datang). LAIN-LAIN PERKHIDMATAN 1. Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS boleh didapati di CIMB yang beroperasi di dalam

kampus terletak di tingkat bawah Bangunan Persatuan Mahasiswa, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah dan Kolej Tuanku Canselor, dan Bank RHB di Dewan Kuliah N24.

2. Manakala mesin kad auto-teller ATM-MEPS, Bank Simpanan Nasional boleh didapati di tingkat

bawah Bangunan Sultan Ibrahim, Canseleri. 3. Manakala mesin kad auto-teller ATM-MEPS, Bank Islam Malaysia boleh didapati di tingkat bawah

Bangunan Persatuan Mahasiswa dan Pejabat Pusat Islam di Masjid Sultan Ismail. 4. Kemudahan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa. 5. Mesin basuh berbayar disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa. 6. Kemudahan kedai dan kafetria ada di semua kolej kediaman mahasiswa. 7. Surau disediakan hampir di semua kolej kediaman mahasiswa dan Masjid Sultan Ismail

berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar. Rumah-rumah ibadah lain terletak di sekitar Taman Universiti dan Taman Sri Skudai.

KEMUDAHAN PENGINAPAN Kemudahan penginapan terdapat di sekitar Taman Universiti, Skudai, Taman Tun Aminah dan Pasir Gudang yang boleh disewa untuk kemudahan ibu bapa yang datang awal. Berikut adalah nama hotel, nombor telefon dan anggaran jarak rumah tamu, hotel dan rumah tumpangan berkenaan bagi

PERINGATAN

Mahasiswa diminta untuk membawa dokumen di atas semasa taklimat biasiswa diadakan. Sekiranya dokumen-dokumen di atas tidak lengkap, ini boleh menjejaskan kelancaran prosedur permohonan bantuan kewangan. Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah(sekolah kerajaan sahaja), Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A), Pegawai undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli Exco). Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa akan mengeluarkan iklan tawaran bantuan kewangan daripada penaja-penaja untuk makluman para mahasiswa dari masa ke semasa. Sila rujuk papan kenyataan sekitar kampus atau hubungi Unit Biasiswa 07-5530185 samb. 30185.

14

memudahkan proses penempahan anda:

Bil Nama Hotel No. Telefon Jarak dari UTM Lokasi

1 Scholar’s Inn(Rumah Tamu) 07-5535197 -dalam kampus-

-dalam kampus-

2 Hotel Seri Malaysia 07-2211002 20 km Larkin

3 Hotel Mutiara 07-3300300 22 km Johor Bahru

4 Hotel Rasa Sayang 07-2248600 22 km Johor Bahru

5 Hotel Kelana 07-5562050 4 km Taman Jaya

6 Hotel Good Hope 07-5572828 6 km Taman Skudai Baru

7 Hotel Puteri Pacific 07-2199999 22 km Johor Bahru

8 Mercure Johor Palm Resort & Golf Hotel

07-5996000 12 km Senai

9 Pulai Spring Resort 07-5212121 4 km Jalan Pontian

10 Thistle Hotel JB 07-2229234 22 km Johor Bahru

11 Rose Cottage 07-5211366 2 km Taman Universiti

12 Hotel Selesa 07-3323999 22 km Johor Bahru

15

PANDUAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU SESI 2011/2012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU, JOHOR

PADA 3 & 4 SEPTEMBER 2011

16

PENDAFTARAN MAHASISWA BARU SESI 2011/2012 3.00 hingga 5.00 petang

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan. KAUNTER 1 (SERANTA) 1. Pertanyaan dan semakan Dokumen KAUNTER 2 (AKUJANJI DAN OKU) 1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan) 2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU) (Kepada mahasiswa-mahasiswa yang berkaitan) KAUNTER 3 (KLINIK) 1. Pemeriksaan Rabun Warna (Mahasiswa Fakulti Kej. Kimia, Fakulti Kej. Petroleum Dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui, Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Mekanikal, Fakulti Alam Bina (SBES/SBEL/SBEP) dan Fakulti Kej. Bioperubatan dan Sains Kesihatan sahaja) 2. Serahkan Borang Pemeriksaan Kesihatan UTM 1a, 1b, 1c dan x-ray 3. Temujanji yang belum membuat pemeriksaan kesihatan (jika perlu)

17

KAUNTER 4 (CENDERAMATA) 1. Tunjuk Slip Pembayaran Yuran Atau Surat Tawaran Pengajian untuk mendapatkan set cenderamata anda. 2. Pastikan Anda Mendapat:

- Beg - Buku Panduan Mahasiswa Pejabat HEMA & Buku Peraturan Mahasiswa - Atur cara Minggu Transformasi Mahasiswa 2011/2012 - Cenderamata

KAUNTER 5 (KAD MATRIK MAHASISWA) 1. Tunjuk Surat Tawaran Pengajian 2. Sesi Fotografi 3. Buat semakan dan pengesahan nama

18

HARI PENDAFTARAN 1. PERATURAN PAKAIAN

1.1. Setiap mahasiswa dikehendaki memakai pakaian yang bersih serta kemas dan bagi mahasiswa lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang (warna bebas) serta bertali leher, berseluar gelap dan berkasut gelap.

1.2 Mahasiswa perempuan Muslim hendaklah bertudung (warna bebas), memakai baju

kurung (warna Bebas), berkain gelap dan berkasut gelap.

1.3 Bagi mahasiswa perempuan bukan beragama Islam, berpakaian baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap dan berkasut. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.

1.4 Mahasiswa tidak dibenarkan memakai kemeja "T" tidak berkolar, seluar jeans atau

selipar. 1.5 Mahasiswa tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah). 2. PERATURAN RAMBUT

2.1 Rambut mahasiswa lelaki mestilah tidak melebihi atau mencecah kolar baju kemeja biasa, tidak menutup telinga dan tidak sampai menutup kening

2.2 Rambut mahasiswa perempuan mestilah sentiasa berada di dalam keadaan kemas

dan tidak diwarnakan; dan 2.3 Mahasiswa tidak dibenarkan mempunyai rambut berekor, mewarnakan rambut dan

fesyen rambut yang tidak keterlaluan, memakai subang, anting-anting serta rantai leher.

3. Peraturan Am ini berkuatkuasa serentak dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971

Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 1999. 4. Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak menuruti Tatacara Pakaian

Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM), anda boleh berhubung terus ke Hotline MTM:

07-5530263/5530771/5530261 (8.00 pagi - 5.00 petang/Isnin - Jumaat)

Lawati laman web kami di alamat http://www.utm.my/hep

19

DIREKTORI TELEFON KOLEJ 1. Encik Mohairin bin Mohtar Kolej Rahman Putra (KRP) Tel : 07-5537246/5537242 Faks: 07-5532701 Emel: [email protected] 2. Puan Nor Aishah binti Abdullah Kolej Tun Fatimah (KTF) Tel: 07-5537259/ 5537255/37256 Faks: 07-5532702 Emel: [email protected] 3. Encik Zulkepli bin Jemain Kolej Tun Razak (KTR) Tel : 07-5537277/ 5530542 Faks: 07-5532703 Emel: [email protected] 4. Puan Salmiah binti Salleh Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Tel : 07-5532624/ 5532593 Faks: 07-5532704 Emel: [email protected] 5. Puan Meery Zailina binti Ismail Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Tel: 07-5531952/5531951 Faks: 07-5532705 Emel: [email protected] 6. Encik Nazam bin Isa Kolej Tuanku Canselor (KTC) Tel : 07-5535657/5535658/35680 Faks: 07-55335984 Emel: [email protected] 7. Puan Norsidah binti Othman Kolej Perdana (KP)

8. Cik Ema Razrina Ambayah Kolej 9 Tel : 07-5535016/5535008 Faks: 07-5535018 Emel: [email protected] 9. Encik Abdul Razak Abd. Wahab Kolej 10 Tel : 07-5535161/5535015 Faks: 07-5535029 Emel: [email protected] 10. Encik Ab. Rahim bin Shafie Kolej 11 Tel : 07-5532548/5532549 Faks: 07-5532550 Emel: [email protected] 11. Puan Rubiah binti Abd. Aziz Kolej Datin Seri Endon Tel : 07-5537701/5537702/37759 Faks: 07-5537700 Emel: [email protected] 12. Encik Hamdan Abd Ghani Kolej Tun Ghafar Baba

Tel : 07-5537726/5537711/37710/ 37705/37724

Faks: 07-5537725 Emel: [email protected] 13. Encik Mohd. Rashdan Jamian@Raduan Kolej Dato’ Onn Jaafar Tel: 07-5537709/ 5537708/37746 Faks: 07-5537706 Emel: [email protected]

Tel : 07-5536610/5536609/36614 Faks: 07-5535000 Emel: [email protected]