prinsip sistem ekonomi islam

Upload: hafiz-yatin

Post on 01-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sistem Ekonomi Islam

TRANSCRIPT

NOTA RINGKAS PRINSIP SISTEM EKONOMI ISLAM1. Kebebasan individu; Individu mempunyai hak kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan yang dianggap perlu dalam sebuah negara Islam. Kerana tanpa kebebasan tersebut individu muslim tidak dapat melaksanakan kewajiban asas dan penting dalam menikmati kesejahteraan dan menghindari terjadinya kekacauan dalam masyarakat.2. Hak terhadap harta; Islam mengakui hak individu untuk memiliki harta. Walaupun begitu ia memberikan batasan tertentu supaya kebebasan itu tidak merugikan kepentingan masyarakat umum.3. Ketidaksamaan ekonomi dalam batas yang wajar; Islam mengakui adanya ketidaksamaan ekonomi antara orang perseorangan/individu tetapi tidak membiarkannya menjadi bertambah luas. Sistem ekonomi Islam cuba menjadikan perbezaan tersebut dalam batas-batas yang wajar, adil dan tidak terlampau berlebihan.4. Kesamaan sosial; Islam tidak menganjurkan kesamaan ekonomi tetapi ia mendukung dan menggalakkan kesamaan sosial sehingga sampai tahap bahwa kekayaan negara yang dimiliki tidak hanya dinikmati oleh sekelompok tertentu masyarakat saja. Di samping itu amat penting setiap individu dalam sebuah negara mempunyai peluang yang sama untuk berusaha mendapatkan berbagai aktiviti dan peluang ekonomi.5. Jaminan sosial; Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam sebuah negara Islam; dan setiap warga negara dijamin untuk memperoleh keperluan asas masing-masing. Memang menjadi tugas dan tanggung jawab utama bagi sebuah negara Islam untuk menjamin setiap warga negara, sama ada muslim atau non muslim, dalam memenuhi keperluan sesuai dengan prinsip hak untuk hidup. Dan terdapat persamaan sepenuhnya di antara warga negara apabila keperluan asasnya telah dipenuhi.6. Pengagihan kekayaan secara meluas; Islam mencegah pemilikan kekayaan hanya pada kelompok kecil tertentu dan menganjurkan pengagihan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. 7. Larangan mengumpulkan kekayaan secara berlebihan; Sistem ekonomi Islam melarang individu mengumpulkan harta kekayaan secara berlebihan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah perbuatan yang tidak baik tersebut supaya tidak terjadi dalam negara.8. Kesejahteraan individu dan masyarakat; Islam mengakui kesejahteraan individu dan kesejahteraan sosial masyarakat yang saling melengkapi satu dengan yang lain, bukannya saling bersaing dan bertentangan antara mereka. Maka sistem ekonomi Islam mencuba meredakan konflik ini sehingga terwujudnya kemanfaatan bersama.