prinsip tamadun islam

18
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang istimewa dan mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Prinsip-prinsip tersebut berdiri teguh berlandaskan kepada Ai-Quran dan Al- Sunnah. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah : 1. Memelihara jiwa dan nyawa 2. Memelihara akal fikiran 3. Memelihara maruah 4. Memelihara harta benda 5. Memelihara hak dan kebebasan

Upload: aminipg

Post on 20-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang istimewa dan mempunyai prinsip-prinsip yang tertentu. Prinsip-prinsip tersebut berdiri teguh berlandaskan kepada Ai-Quran dan Al-Sunnah. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah :

1.Memelihara jiwa dan nyawa2.Memelihara akal fikiran3.Memelihara maruah4.Memelihara harta benda5.Memelihara hak dan kebebasan

MEMELIHARA JIWA DAN NYAWA

Jiwa dan nyawa merupakan anugerah Allah swt yang paling berharga kepada manusia di dunia. Tanpa nyawa, jasad manusia tidak berharga dan tidak berguna. Sehubungan itu, tamadun Islam telah mengutamakan pemeliharaan jiwa dan nyawa sebagai dasarnya.

Allah swt telah menetapkan supaya setiap orang memelihara jiwa dan nyawa diri sendiri serta orang lain, di dalam segala bentuk tingkah-laku yang boleh menyebabkan tercedera dan terancam jiwa dan nyawa diri sendiri atau orang lain.

Antara tingkah-laku tersebut seperti mengambil dadah, membunuh diri, pembunuhan, mencederakan orang atau diri sendiri. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menegah manusia bertingkah-laku demikian, antaranya yang bermaksud :

..........dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(Al- Baqarah :ayat 195 )

……dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Allah itu Penyayang kepadamu.

(An-Nisaa : ayat 29)

……bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka beerti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.

(Al-Maidah : ayat 32)

Membunuh orang lain kerana pelbagai alasan seperti takut miskin dan sebagainya adalah ditegah dan tidak dibenarkan oleh Islam.

Contohnya :

Sesetengah bangsa mempercayai bahawa membunuh anak kecil supaya keluarga tidak berkembang dapat menyelamatkan keluarga daripada ditimpa kemiskinan.

Keadaan ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :

Dan janganlah kamu bunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kami yang memberi rezeki mereka dan kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu kesalahan besar.

(Al-Isra : ayat 31)

Dalam Islam pembunuhan boleh dilakukan tetapi dengan syarat dan keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak dan syariat Islam demi untuk mendapat keadilan.

Keadaan ini telah ditegaskan oleh Allah swt seperti firman-Nya yang bermaksud :

Dan janganlah kamu bunuh manusia yang dilarang Tuhan membunuhnya, melainkan untuk keadilan. Dan siapa yang terbunuh dengan tidak menurut keadilan, maka sesungguhnya Kami berikan kepada warisnya kekuasaan. Maka janganlah dia membunuh melanggar batas; sesungguhnya dia beroleh bantuan.

(Al-Isra : ayat 33)

Perbuatan membunuh diri sendiri juga dilarang di dalam Islam dan perbuatan ini merupakan perbuatan yang paling keji dan tidak dilakukan oleh makhluk lain di muka bumi, selain daripada manusia.

Allah swt telah melarang manusia membunuh dirinya sendiri seperti firman-Nya yang bermaksud :

Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah swt maha belas kasihan kepadamu. (Al-Nisa : ayat 29)

Dengan ini jelaslah bahawa Allah swt melarang manusia bertingkah laku ke arah mencederakan diri sendiri atau orang lain. Begitu juga Allah swt melarang, menegah dan mengutuk orang yang membunuh diri sendiri dan membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Semua tegahan tersebut melambangkan Islam dan Tamadun yang wujud daripada Islam memelihara keselamatan jiwa dan nyawa keseluruhan manusia.

MEMELIHARA AKAL FIKIRAN

• Akal merupakan anugerah yang tertinggi dan berharga yang diberikan oleh Allah swt kepada manusia.

• Akal yang dianugerahkan kepada manusia merupakan faktor yang paling utama membezakan di antara manusia dengan makhluk-makhluk lain kejadian Allah swt.

• Melalui kekuatan akal manusia dapat menyempurnakan amanatnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Akallah yang menaikkan taraf manusia semulia-mulia makhluk dan akal juga menjadikan manusia sehina-hina makhluk di atas muka bumi.

• Manusia dapat menggunakan akal untuk memikirkan betapa besarnya nikmat yang diterima daripada Allah dan kebesaran Allah, sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Jabir pada sisi Al-Baihaqi. Antaranya yang bermaksud :

Agama manusia ialah menurut akalnya dan siapa yang tiada berakal, tiadalah agama baginya.

Tiada sempurna agama manusia selama-lamanya sebelum sempurna akalnya.

Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan akal, memberi kemerdekaan akal sepenuh-penuhnya sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

Yang mengangkatkan manusia kepada darjah dekat kepada Tuhan ialah menurut qadar akal mereka jua.

(Hadis riwayat Bukhari)

Agama Islam telah menggariskan beberapa panduan agar fikiran manusia terkawal dan berfikiran baik. Antara panduan tersebut ialah :

1. Islam mewajibkan dan mengkehendaki agar setiap umatnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa had masa, tempat, umur, jantina, bangsa dan puak yang tertentu. Dengan ilmu pengetahuan manusia menggunakannya untuk mencapai ke arah kebaikan akal dan keseluruhan hidup. Saranan untuk menuntut ilmu, ini jelas seperti yang dinyatakan oleh sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad

(Hadis riwayat Muslim)

Kenapakah Ilmu pengetahuan sangat penting bagi manusia. Mengikut H.Zainuddin dan Fachruddin (1987), yang membuat ulasan ayat 9, surah Adz Dzariyat. Beliau menjelaskan bahawa orang yang tidak berilmu dan tiada berpendirian dengan mudah dapat diputar oleh ssesiapa yang pandai memutar. Tetapi yang beriman teguh dan berpendirian tetap, tiadalah mereka berkisar dari kebenaran yang diyakininya.

2. Penekanan kepada pemeliharaan akal fikiran dapat dilihat dengan jelas pada sabda Rasullullah saw yang hanya membahagikan manusia kepada dua golongan sahaja iaitu golongan cerdik pandai dan para pelajar, selain daripada kedua-dua itu tidak ada kebaikan. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

Manusia itu dua golongan, orang yang berilmu dan orang yang belajar dan tidak ada tidak ada kebaikan dari keduannya.

(Hadis riwayat Muslim)

3. Allah swt telah mengharamkan semua tingkah-laku yang dapat merosakkan kesempurnaan akal fikiran. Contohnya sekarang telah diakui oleh pakar-pakar perubatan bahawa arak merupakan salah satu bahan yang dapat merosakkan akal manusia.

Namun begitu agama Islam telah mengharamkan arak 1400 tahun lalu, seperti yang dijelaskan oleh Allah swt dalam firmannya yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman! Minuman keras, main judi, berhala dan mengundi nasib dengan panah itu, sesungguhnya perbuatan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kamu tinggalkan supaya kamu menjadi beruntung. (Al-Maidah:ayat 90)

4. Islam bukan sahaja melarang melakukan perbuatan yang boleh mencatatkan kesempurnaan akal tetapi sebaliknya menyediakan tapak dan asas supaya umatnya sentiasa berfikir, merenungi, memerhati, membuat kajian dan penyelidikkan ke atas kejadian di muka bumi. Manusia dikehendaki mengkaji dirinya sendiri, binatang-binatang, bumi, langit, laut, gunung ganang dan sebagainya supaya akal sentiasa cergas dan intelek dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Banyak ayat-ayat A-Quran yang membuat gesaan tersebut, antaranya ialah seperti yang bermaksud :

Tidakkah mereka memerhatikan burung di atas mereka terbang mengembangkan sayapnya dan mengepitkannya?. Tiada siapapun yang menahannya selain dari Tuhan yang Pemurah Sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu.

(Al-Mulk : ayat 19)

Dan juga pada dirimu sendiri mengapa kamu tidak perhatikan? (Adz Dzariyat : ayat 21)

Dan mereka berkata : kalau kiranya kami mendengarkan dan mempergunakan fikiran kami, tiadalah kami akan menjadi penghuni api neraka menyala.

(Al-Mulk : ayat 10)

Demi (perhatikan) langit yang penuh dengan jalan-jalan.

(Al-Ankabut : ayat 43)

Mereka yang menggunakan akal fikiran sahaja dapat menerokai dan menggunakan petunjuk yang disarankan oleh Allah swt melalui kitabnya. Apa yang digambarkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran tidak mungkin diterokai kecuali oleh golongan intelek dan cendekiawan. Ini telah dijelaskan oleh Allah swt yang bermaksud :

Dan perumpamaan yang demikian Kami buatkan untuk manusia, dan hanyalah orang-orang yang berilmu dapat mengerti.

(Al-Ankabut : ayat 43)

MEMELIHARA HAK DAN KEBEBASAN

Kemahuan manusia memerlukan kebebasan memilih, sebaik-baik pilihan ialah keimanan dan batasan tidak wujud. Kebebasan ini merangkumi :

1. Kebebasan Jiwa dan jati diri2. Kebebasan bekerja3. Kebebasan Berfikir4. Kebebasan Beragama

(Abdul Munir Yaacub, 1986)

MEMELIHARA MARUAH

Bangsa yang maju didunia sedang mempersoalkan siapakah yang akan memiliki kurun ke 21 ? Pendek kata usaha yang akan dijalankan adalah merupakan satu usaha menebus dan memelihara maruah. Satu perkara yang cukup besar dan cukup kompleks untuk difikirkan. Apa perlunya kita memikirkan hal yang demikian ? Ini adalah bagi memelihara suatu masyarakat yang bergerak dalam ketamadunan. (Sulaiman Daud, 1994)

1. Maruah darah

2. Maruah wanita dan lelaki

3. Maruah menentang kezaliman dan membela keadilan

4. Maruah melaksanakan amanat secara amanah

(Jarishah Ali, 1990)

MEMELIHARA HARTA BENDA1. Ekonomi Islam yang menekankan hubungan

sosial dan pengeluaran

2. Kekayan adalah milik Allah

3. Sedekah melindungi kemiskinan dan penderitaan

4. Undang-undang ekonomi Islam

5. Penghapusan Riba

(Mannan M.Abdul, 1986)

BIBLIOGRAFI

• Abdul Munir Yaacob, 1986, Hak Asasi Manusia Menurut Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Jarashah Ali, 1990, Kehormatan (hak-hak manusia menurut Islam), DBP Kuala Lumpur.

• Mannan M.Abdul, 1986, Islamic Ekonomic, KENT Hodder and Stoughton United Kingdom.

• Sulaiman Daud, 1994, Menebus Maruah Kumpulan Rusa Kuala Lumpur.