presentation1

52
06/07/22 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA 1 Home Previous Next Slide Last Slide SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Pelajar Kad Pengenalan Matriks Kamarudin bin Jaffar 711221-01-6139 SX031830PIJ23 Jamhari bin Musa 730801-10-5553 SX031171PIJ23 Suhaimi bin Mohd Samuri 730424-10-5741 SX031198PIJ23

Upload: utm

Post on 20-Dec-2014

2.304 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA1

Home Previous Next Slide Last Slide

SLQ

4042 U

LUM

AL-

QU

RA

N

Pelajar Kad Pengenalan Matriks

Kamarudin bin Jaffar 711221-01-6139 SX031830PIJ23

Jamhari bin Musa 730801-10-5553 SX031171PIJ23

Suhaimi bin Mohd Samuri 730424-10-5741 SX031198PIJ23

Page 2: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA2

Asbabun nuzul Penurunan al-Quran tanpa sebab atau tidak semua

nas ada sebab Penurunan al-Quran bersebab Pembahagian penurunan bersebab Pegangan ialah lafaz umum

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 3: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA3

1.Penurunan al-Quran tanpa sebab

Memperkatakan soal penghidupan harian atau perkara yang sering berlaku.

Atau juga perkara yang telah diketahui maklumatnya seperti berakhlak mulia.

Untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan yang kurang dan membetulkan kekeliruan.

Wahyu ini banyak berlaku dan jumlahnya melebihi jumlah ayat yang diturunkan bersebab.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 4: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA4

Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang benar,tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan

Firman Allah surah al-Rum ayat 30:

Maksudnya: (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlahdirimu(engkau dan pengikut-pengikutmu wahai Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;(turutlah terus “Agama Allah”- iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; iaitulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Contoh pertama.Home Previous Next Slide Last Slide

Page 5: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA5

Contoh kedua Penurunannya untuk menceritakan tentang umat

terdahulu, menenangkan serta menghiburkan nabi dan sahabat.

Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 6: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA6

Terjemahan Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamad) seindah-indah

kisah dengan jalan wahikan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”-Surah Yusuf ayat 3-5.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 7: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA7

2.PENURUNAN AL-QURAN BERSEBAB

Pertama –

Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan . Firman Allah :

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 8: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA8

Terjemahan : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.- (Surah al-Nisa’ ayat 43) .

Ayat tersebut diturunkan dengan sebab ada di kalangan sahabat yang mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau silap ketika membaca surah al-Kafirun. Ayat dan wahyu tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan bersembahyang dalam keadaan mabuk

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 9: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA9

Kedua

Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 10: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA10

Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad), tentang Zul Qarnain. Katakanlah . “ Aku akan bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.” Surah al-Kahfi ayat 83.

Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang bertanya kepada nabi kisah Zul Qarnain.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 11: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA11

Ketiga

Penurunan wahyu apabila nabi ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang menerangkan hukumnya.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 12: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA12

Contohnya ialah kisah Khaulah binti Tha’labah yang telah diziharkan oleh suaminya Aus ibn Sabit.Khaulah kemudian mengadu kepada Rasulullah. Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Abi Hatim. Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah yang mana pendengaranNya meliputi segalanya.Aku mendengar aduan Khaulah bin Tha’labah itu, meskipun tidak semuanya. Ia mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah , dengan katanya: “ Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung kerananya, tetapi sekarang setelah aku tua,dan tidak beranak lagi, dia telah menziharkan aku. Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu”. Aisyah berkata: “Tiba-tiba malaikat Jibril turun membawa ayat….

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 13: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA13

Terjemahannya:Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) tentang suaminya, sambil ia berdoa dan merayu kepada Allah (tentang perkara yang menyusahkannya) sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. (Surah al-Mujadalah ayat 1).

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 14: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA14

Keempat

Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 15: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA15

Hal ini sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214 surah al-Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian!” Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan nabi. Baginda berseru lagi: “Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalik bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah kamu terhadap kata-kataku ini ? Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu mendusta.” lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkan kepada kamu tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab bangun lantas berkata: “Celakalah engkau : Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini?. Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 16: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA16

Maksudnya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, ia tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.

(surah al-Masad ayat 1-5)

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 17: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA17

3.Pembahagian-pembahagian penurunan bersebab

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 18: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA18

Satu ayat satu sebab nuzul Berlaku pada sesetengah ayat yang telah

diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan asbab nuzul lain.

Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al Syu’ara’:-

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 19: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA19

Oleh Bukhari dan Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214 surah al-Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan nabi. Baginda berseru lagi: “ Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalik bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah kamu terhadap kata-kataku ini ? Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu mendusta.” lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkan kepada kamu tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab bangun lantas berkata: “Celakalah engkau : Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini?. Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 20: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA20

Binasalah kedua-dua tangan abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. ( Surah al-Masad ayat 1-5)

Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 21: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA21

Maksudnya terdapat beberapa riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.

Huraiannya ada 6.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 22: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA22

Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 23: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA23

Riwayat 1 Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari

dan Muslim daripada Jundub al-Bajali. Terjemahannya : Nabi mengalami sakit,

menyebabkan dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata : wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu, sepannjang dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi. Maka Allah menurunkan ayat,

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 24: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA24

Maksudnya Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi ) Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .Surah Dhuha ayat 1-3.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 25: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA25

Riwayat kedua

Hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu rumah nabi yang meriwayatkan :

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 26: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA26

Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai khaulah apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya aku mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah menurunkan ayat:

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 27: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA27

Maksudnya Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi ) Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .Surah Duha ayat 1-3

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 28: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA28

Menurut Ibn hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang lewatnya datang wahyu kerana ada bangkai anak anjing di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah itu untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak sesuai dengan martabat nabi.

Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui namanya (rawi majhul).

Riwayat pertama diterima kerana ia diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 29: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA29

Kedua Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih,

namun di antara keduanya masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripada keduanya disebabkan salah satunya lebih sahih di antara yang lain. Ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini tidak syak lagi dan seharusnya ia diterima sebagai sebab nuzul.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 30: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA30

Ketiga Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan

tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul. Dalam konteks ini kita hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 31: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA31

Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada

Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu bagida bersabda kepada Hilal :Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal berkata : Wahai rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda :

Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.(Surah al-Nur ayat 6)

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 32: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA32

Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz hadis ini

diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad: Terjemahan :Bahawa ‘Umaymir telah datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan sambil berkata : Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ? Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu, ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (‘Asim bertanya tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki itu , tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Alllah telah menurunkan ayat tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri untuk bermula ‘anah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia melauka li’an dengan isterinya iaitu firman Allah :

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 33: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA33

Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri…

(surah al-Nur ayat 6)

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 34: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA34

Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil kedua-dua riwayat itu sebagai sebab nuzul ayat berkenaan.

Kedua-dua peristiwa itu berlaku dalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita boleh menetapkan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah , kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh ‘Uwaymir sebelum jawapan diberikan.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 35: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA35

Keempat.Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan

sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antara keduanya adalah jarak masa yang jauh.

Kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih daripada satu.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 36: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA36

Riwayat pertama : Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-

Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yang gugur syahid di Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalu baginda bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau.

Maka di saat itu, Jibril menurunkan ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat jenazah Hamzah.

Page 37: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA37

Firman Allah :

Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka)

maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu…

(surah al-Nahl ayat 126)

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 38: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA38

Riwayat kedua : Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay

ibn ka’ab yan berkata : Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka Allah menurunkan ayat:

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 39: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA39

Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka)

maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu…

(surah al-Nahl ayat 126)

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 40: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA40

Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut.

Jarak waktu yang terlalu jauh. Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah Pembukaan Kota mekah pada tahun-ke 8

Hijrah. Rumusannya ayat tersebut diturunkan dua

kali.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 41: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA41

Kelima Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas. Perawi berkata, “Ayat ini diturunkan tentang hal

ini.” Atau, “Aku mengira ayat ini diturunkan tentang

hal ini.” Dalam hal ini tiada percanggahan di antara

riwayat-riwayat itu . Ia bukan menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 42: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA42

Keenam Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas. Yang menjadi pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab

nuzul dengan tegas. Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-

Baqarah

Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 43: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA43

Riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 : Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….Maka Ibn Umar berkata kepadaku Tahukah engaku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi isteri dari arah belakang.

Riwayat kedua : Hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn majah, Jabir berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling. Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah a-Baqarah.

Riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas. Riwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 44: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA44

Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat. Menurut Ibn Hajar, tiada masalah. Apabila semuanya tidak tegas,dinilai sebagai tafsir dan

kandungan ayat. Apabila sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang

dipegang yang tegas. Apabila semuanya tegas,pilih yang lebih sahih. Apabila semuanya sahih dilakukan tarjih.jika tidak boleh

ditarjih, dikompromikan. Jika tidak boleh dikompromikan,ayat itu turun secara

berulang.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 45: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA45

Satu sebab nuzul untuk banyak ayat

Ini menunjukkan permasalahan itu penting.Contohnya :

Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-Hakim Katanya: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 195.Yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan FirmanNya): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oran-orang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki atau perempuan…

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 46: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA46

Pegangan ialah lafaz umum bukan sebab khusus

Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab secara umum atau sesuai dengan sebab secara khusus

Maka yang umum itu diterapkan kepada keumumannya dan yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya.

Contohnya firman Allah :

Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah haidh itu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu, dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan

diri. Surah al-Baqarah

ayat 222

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 47: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA47

Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberi makan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan itu Rasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan ayat tersebut.

Kemudian nabi bersabda : Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan

perbuatlah apa sahaja, kecuali menyetubuhinya.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 48: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA48

Yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu sebab itu khusus sedangkan ayat yang diturunkan berbentuk umum.

Dalam hal ini pendapat ulama terbahagi kepada dua.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 49: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA49

Pendapat pertama

Pendapat pertama

Jumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umum bukannya sebab yang khusus.

Pendapat kedua Segelintir ulama mengatakan yang menjadi

pegangan dan hukum yang dipegang ialah sebab yang khusus.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 50: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA50

Pendapat pertama Contohnya berkenaan ayat li’an. Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-

Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud: Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi bersabda “Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah! Apabila seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama (melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat”. Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan ayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 51: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA51

Lafaz( أزواجهم يرمون dan orang-orang ( والذينyang menuduh isterinya berzina adalah dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya terhenti kepada peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada peristiwa Hilal yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialah dengan meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami) tanpa perlu kepada dalil atau ayat lain.

Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian dengan hukum-hukum syarak yang bersifat umum.

Home Previous Next Slide Last Slide

Page 52: Presentation1

04/10/23 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA52

Home Previous Next Slide Last Slide

Sesi Soal Jawab

Terima Kasih