presentation sahsiah

18
KESAN TINGKAH LAKU GURU DAN TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS Berdasarkan Pendekatan Psikodinamik: Teori Psikoanalitik Oleh : Nurul Atiyah binti Ripin Intan Syafika binti Anuar Wan Nabil Fikri bin Wan Mokhtar Mohd. Hakimi Syazwana binti Ariffin

Upload: intansyafikaanuar

Post on 02-Oct-2015

261 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KESAN TINGKAH LAKU GURUDAN TINGKAH LAKU MURIDDI DALAM KELASBerdasarkan Pendekatan Psikodinamik:Teori Psikoanalitik

Oleh :Nurul Atiyah binti RipinIntan Syafika binti AnuarWan Nabil Fikri bin Wan MokhtarMohd. HakimiSyazwana binti AriffinPengenalan TeoriTeori psikoanalitik diasaskan oleh Sigmund Freud.Teori ini menyatakan bahawa personaliti seseorang pada masa kini dipengaruhi oleh pengalamannya pada zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar.Freud mengaanggap zaman kanak-kanak adalah penting kerana peristiwa pada masa tersebut memberi implikasi pada psikologi individu sepanjang hayat.Perihal JurnalMenekankan pengaruh tingkah laku guru kepada tingkah laku murid-murid di dalam kelas.Setiap murid akan mencontohi tingkah laku guru kerana lebih kurang 8 jam mereka berada di sekolah.Guru perlu sentiasa mempamerkan tingkah laku dan personaliti yang baik kerana mereka sering diperhatikan.Kandungan JurnalMengkaji mengenai bagaimana pengaruh tingkah laku guru memberi kesan kepada tingkah laku murid yang diaplikasikan semasa berinterkasi di dalam kelas , semasa belajar dan dalam menjalani hubungan guru-murid.Turut dinilai melalui sokongan yang guru berikan, pemahaman mengenai tugas sebagai guru dan kaedah pengajaran berkesan yang digunakan.Setiap tingkah laku guru di dalam kelas atau terhadap murid memberi kesan kepada tingkah laku murid.Berdasar kajian jurnal:Hipotesis: modaliti guru tidak memberi kesan kepada kepada modaliti pembelajaran murid.Konklusi: modaliti guru dan guru yang mengajar secara kinestetik mempengaruhi pencapaian akademik murid.Perspektif guru penting kerana turut mempengaruhi tingkah laku guru.Mengajar ibarat prihatin kepada pelajarMengajar ibarat menambah kemahiran akademik dan pertumbuhan sosial pelajar.Aspek seperti pengurusan bilik darjah yang cekap, suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan strategi pengajaran-pembelajaran yang cekap seterusnya mempengaruhi penglibatan, sikap tingkah laku dan pencapaian pelajar.

Kaedah KajianMenggunakan teknik sampel, dua buah sekolah telah dipilihTempat : Irbid City, JordanMelibatkan guru yang mengajar Standard 1-6, setiap sekolah 12 guru, jumlah 24 orang guruMelalui 4 langkahAlat dan TeknikMenggunakan senarai semak yang dirujukkan dahulu kandungannya kepada 10 orang pakarTerdapat 83 kenyataan bagi senarai semak tingkah laku guru dan 84 kenyataan bagi senara semak tingkah laku murid.Keterangan Alatan dan Prosedur PemarkahanMewujudkan skala kedudukan lima mata : Jarang Sekali, Jarang, Kadang-kala, Selalunya dan Kerap.Prosedur Pengumpulan DataMembuat pemerhatian di tempat kajianMenjalankan temubual bersama guru dan pelajar.Prosedur Analisa DataSetiap mata dikira mengikut bahagian.Formula Chi-Square digunakan : menentukan hubungan antara pemboleh ubah N(N-1)2 X2 = ---------------------------------- (A+B) (A+C) (C+D) (B+D)Kandungan JurnalMengkaji mengenai bagaimana pengaruh tingkah laku guru memberi kesan kepada tingkah laku murid yang diaplikasikan semasa berinterkasi di dalam kelas , semasa belajar dan dalam menjalani hubungan guru-murid.Turut dinilai melalui sokongan yang guru berikan, pemahaman mengenai tugas sebagai guru dan kaedah pengajaran berkesan yang digunakan.Hipotesis kajian turut menunjukkan bahawa sokongan emosi guru membantu murid untuk membina keyakinan diri, mengurangkan tekanan dan meningkatkan pencapaian akademik.Setiap tingkah laku guru di dalam kelas atau terhadap murid memberi kesan kepada tingkah laku murid.Berdasar kajian jurnal:Hipotesis: modaliti guru tidak memberi kesan kepada kepada modaliti pembelajaran murid.Konklusi: modaliti guru dan guru yang mengajar secara kinestetik mempengaruhi pencapaian akademik murid.Perspektif guru penting kerana turut mempengaruhi tingkah laku guru.Mengajar ibarat prihatin kepada pelajarMengajar ibarat menambah kemahiran akademik dan pertumbuhan sosial pelajar.Aspek seperti pengurusan bilik darjah yang cekap, suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan strategi pengajaran-pembelajaran yang cekap seterusnya mempengaruhi penglibatan, sikap tingkah laku dan pencapaian pelajar.

Dapatan kajianTingkah laku guru semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas memberi pengaruh kepada tingkah laku murid-muridnya.Guru yang menunjukkan tahap tingkah laku yang tinggi (memeriksa persekitaran kelas, mengekalkan perhatian pelajar, sentiasa ceria dan bertenaga), pelajar juga memberi tindak balas tingkah laku yang tinggi (pelajar mengikut arahan guru, fokus semasa belajar, memberi respon dan bersungguh-sungguh semasa guru mengajar)Guru yang menunjukkan tahap tingkah laku yang rendah (tidak memeriksa persekitaran kelas, tidak mengekalkan perhatian pelajar, tidak bersemangat dan bertenaga), pelajar juga akan menunjukkan tahap tingkah laku yang rendah (belajar dalam persekitaran yang tidak selesa, bising dan malas mahupun tidur).Kesimpulannya, guru perlu memahami tahap psikologi dan pembangunan pelajar serta sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik kepada pelajar.Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan tingkah laku pelajar.Perkaitan Jurnal dan Teori PsikoanalitikCADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIFOKUSKANMasalah sahsiah guru dapat diatasi sekiranya guru mengamalkan nilai Bitara UPSI. Keunggulan dan keunikan nilai-nilai ini dapat membantu guru dalam membentuk sahsiah yang unggul dan cemerlang. Guru yang mengamalkan keenam-enam nilai Bitara Upsi akan menjadi pendidik yang berjaya dan bersahsiah tinggi.CADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIFOKUSKANGuru mengabaikan murid-murid yang tidak belajar atau berkelakuan tidak produktif serta bermasalah - petunjuk empati

Guru tidak menyokong pelajar dari segi emosi - petunjuk penghargaanCADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIFOKUSKANGuru gagal menyediakan kemudahan yang mampu membantu pembelajaran pelajar dan meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti bilik darjah petunjuk iltizam

Guru tidak bersedia untuk berhadapan dengan aktiviti yang berlaku di luar jangkaan - petunjuk proaktif

CADANGAN MENGATASI MASALAH YANG DIFOKUSKANGuru cenderung untuk menggunakan tingkah laku secara langsung (interaksi dua hala tidak dilaksanakan) yang mengehadkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah - petunjuk mesra