presentation perennialisme

12
PERENNIALISME OLEH : NOOR HIDAYA BT MOHD JAMIL GB 110290

Upload: hidayatunnur-mj

Post on 25-Jul-2015

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation perennialisme

PERENNIALISME

OLEH :

NOOR HIDAYA BT MOHD JAMIL

GB 110290

Page 2: Presentation perennialisme

PERENNIALISME-Falsafah pendidikan barat tradisional yang lahir pada abad ke 20.

-Perennialisme berasal dari kata Perennial yang bermaksud abadi, kekal atau selalu.

-Pelopor : R.M. Hutchins, Mortimer J. Alder , Richard Livingston.

-Menegaskan prinsip-prinsip dasar pendidikan adalah kekal dan tidak berubah.

-Fahaman ini berasaskan pada idealisme klasik

Page 3: Presentation perennialisme

Tradisional Moden

Perennialisme

Essensialisme

Progressivisme

Rekonstruksionisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Eksistensialisme

Page 4: Presentation perennialisme

PRINSIP-PRINSIP DASAR FAHAMAN PERENNIALISME

PRINSIP 1:Manusia pada amnya adalah sama dan pendidikan haruslah sama untuk setiap manusia.

-Fungsi rakyat berbeza,tetapi fungsi manusia sebagai seorang manusia adalah sama pada setiap zaman.-Tujuan sesuatu sistem pendidikan adalah sama pada setiap zaman dan dalam setiap masyarakat -Kanak-kanak bukanlah sebagai plastik dan logam yang boleh dibuat sebarang rupa bentuk.

Page 5: Presentation perennialisme

`-Mereka mempunyai ciri-ciri umum yang khusus dan yang PENTING ialah Rasionalitinya.-Pengetahuan adalah sama di mana-mana pun.- Mendapatkan pengetahuan adalah penting dalam pendidikan.-Fahaman ini berpendapat, ianya membuang masa sahaja bagi menggalakkan murid untuk menyelidik sesuatu pengetahuan jika pengetahuan itu boleh di sampaikan dalam beberapa minit sahaja.-Jika ingatan murid lemah, guru mestilah menguatkan ingatan mereka melalui latih tubi dan ulangan.-Sesetengah murid mengambil masa lebih lama untuk mempelajari sesuatu, guru perlu membantu murid yang lambat dan lemah supaya pencapaian pengetahuan nya sama dengan rakan-rakannya yang lain.

Page 6: Presentation perennialisme

PRINSIP 2:Rasionaliti (kewarasan/kebijaksanaan) adalah ciri utama manusia.

-Oleh itu pendidikan hendaklah ditumpukan kearah pembentukan rasionaliti-Manusia bebas dan merdeka, dan mestilah bertanggungjawab keatas perbuatannya.- Masalah peribadi atau persekitaran tidak boleh disalahkan kerana kelakuannya yang tidak baik. Ini kerana manusia dianugerahkan akal yang boleh digunakan untuk berfikir secara rasional- Begitu juga kanak-kanak tidak dibenarkan membuat sesuatu mengikut kehendaknya. Mereka mestilah diberi bimbingan supaya terbentuk sikap yang baik.

Page 7: Presentation perennialisme

PRINSIP 3:Tugas pendidikan ialah menyelaraskan manusia pada kebenaran.

-Robert Maynard Hutchins (1936 m.66) menegaskan :-Pendidikan mengandungi pengajaran. -Pengajaran mengandungi pengetahuan.-Pengetahuan adalah kebenaran.-Kebenaran adalah sama di mana-mana jua pun.-Oleh itu pendidikan sepatutnyalah sama di mana-mana jua pun.-Perennialisme bukanlah bertujuan mendidik manusia supaya ketinggalan zaman, tetapi sesuatu kurikulum itu janganlah dibentuk mengikut zaman semata-mata.

Page 8: Presentation perennialisme

-Fahaman ini percaya kepada konsep demokrasi, tetapi tidak setuju sekolah dijadikan gelanggang mengembangkan fahaman politik.

Page 9: Presentation perennialisme

PRINSIP 4:Pendidikan bukanlah sebagai satu tiruan penghidupan tetapi hendaklah dianggap suatu persediaan.

-Maksudnya, murid harus dibiasakan dengan sesuatu yang terbaik dalam warisan kebudayaannya.-Dengan memahami nilai-nilai warisan itu, diharapkan mereka dapat menambah sendiri nilai kehidupan yang lebih baik.

Page 10: Presentation perennialisme

PRINSIP 5:Kanak-kanak hendaklah diajarkan subjek asas yang khusus yang dapat digunakan dalam kehidupannya di dunia ini.

- Pelajaran asas dalam kurikulum seperti bahasa, matematik, sejarah, sains am, seni lukis dan falsafah hendaklah diutamakan.- Pelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang sentiasa menunjukkan disiplin formal sangat penting dalam pendidikan liberal ataupun pendidikan umum. -Tugas sekolah adalah melatih murid supaya menjadi manusia yang serba boleh.

Page 11: Presentation perennialisme

PRINSIP 6 :Pendidikan hendaklah memperkenalkan kepada murid hal keadaan manusia yang universal melalui kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains yang dilahirkan oleh penulis-penulis terkenal.

- Mengikut Adler (1951,m.63), buku-buku yang dituliskan oleh penulis terkenal itu mengandungi kearifan falsafah dan juga pengetahuan saintifik yang dapat memberikan pendidikan yang lengkap kepada pembaca-pembaca.- Lebih mudah mengajar murid-murid mengikut kebolehan dan kemampuannya. Apabila guru mengajar

Page 12: Presentation perennialisme

Sesuatu yang tidak sesuai dengan kemahuan dan kemampuan murid-murid, maka perkembangan kebolehan murid-murid yang sebenar akan terganggu dan tersekat.

-Tujuan sejagat pendidikan menurut fahaman perennialisme ialah untuk mencari dan menyebarkan kebenaran. - Bagi mereka kebenaran adalah sama di mana-mana. Oleh itu pendidikan mestilah sama di seluruh dunia.-Maka kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema kehidupan manusia yang tetap.-Subjek-subjek ialah kognitif, moral, estetika dan prinsip-prinsip agama.

KESIMPULAN