presentation islamofobia

8

Upload: fa-iz-hasnan

Post on 24-Dec-2014

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation islamofobia
Page 2: Presentation islamofobia

Definisi:

Islamofobia ialah suatu istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam,“.

Umat Islam diasingkan dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama

Page 3: Presentation islamofobia

Punca berlakunya Islamofobia1. SALAH FAHAM

- Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh laporan media massa . Pelbagai laporan akhbar di mana agama ISLAM dan penganutnya sering  dikaitkan dengan unsur keganasan dan ketidaktamadunan .

2. ORANG ISLAM SENDIRI

-Akhlak buruk dalam kalangan umat Islam. Contohnya, , perbalahan politik dalam kalangan orang ISLAM dan pertelingkahan antara sesama golongan agamawan  yang berlaku sekarang.

3. FATWA DARIPADA BUKAN PAKAR

-Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar , Mesir) mengeluarkan fatwa harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan title anak susuan . Dengan title tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita , hatta jika mereka berdua duaan sekalipun , kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin . Fatwa pelik ini menimbulkan kehebohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama' seluruh mesir.

Page 4: Presentation islamofobia

4. PENGETAHUAN YANG KURANG JELAS DIKALANGAN NON-MUSLIM TENTANG ISLAM.

-Islam Agama Yang Ganas. Hal ini disebabkan  berlakunya kejadian 11/9 iaitu kemusnahan World Trade Center . Sejak dari itu , apa sahaja kejadian ganas yang berlaku akan dikaitkan dengan agama Islam.

-Islam negara yang mundur. Mereka melihat negara-negara Islam semuanya mundur , tiada kemajuan .

- Sikap prejudis segelintir manusia yang sering mempertikaikan perintah ALLAH di dalam Al-Quran dan sekaligus mengatakan ISLAM adalah agama yang menyusahkan , tidak adil , kejam dan sebagainya .

Page 5: Presentation islamofobia

Perkara yang dilakukan oleh gerakan Islamofobia

Penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w

Peristiwa membakar Al-Quran sepanjang 9 bulan dari September 2010 hingga April 2011 di Amerika

Perancangan untuk membakar Quran Protes jalanan dan demonstrasi

Page 6: Presentation islamofobia

Langkah mengatasi Islamofobia

Pengetahuan masyarakat AS mengenai Islam adalah rendah dan usaha mempertingkatkan kefahaman mengenainya perlu dilakukan.

Amerika perlu memainkan peranan menerusi bidang yang ia mempunyai kekuatan termasuk pendidikan; sains dan teknologi; keselamatan; langkah menangani keganasan dan maritim.

Umat Islam perlu mengambil perhatian dan memahami isu-isu yang menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan juga cara untuk menanganinya .

Page 7: Presentation islamofobia

Kesimpulan:

Kesimpulannya , adalah penting bagi umat Islam mengambil cakna dan memahami isu-isu yang menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan juga cara untuk menanganinya . Dalam hal ini , kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang bersalah atau siapa yang benar , kerana hal ini tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan .  Marilah kita sama-sama menyelesaikan masalah ini dengan memberi kenyataan yang benar kepada non-muslim tentang salah faham mereka terhadap agama Islam .

Page 8: Presentation islamofobia