pengklonan (presentation )

41
ISU – ISU MORAL LHE 3308 AHLI KUMPULAN SITI FAIROZ BEGUM BT RYAZMIRZA ES00036 NURUL KHASANAH BT MARIKAN 146130 MOK HOCK PING 148920

Upload: princess-nur-al-hasanah

Post on 25-Jun-2015

2.503 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengklonan (Presentation )

ISU – ISU MORALLHE 3308

AHLI KUMPULAN•SITI FAIROZ BEGUM BT RYAZMIRZA ES00036•NURUL KHASANAH BT MARIKAN 146130•MOK HOCK PING 148920

Page 2: Pengklonan (Presentation )

PENGENALAN• Klon yang dihasilkan ini menyamai atau hampir

menyamai organisme asal. Paling tidak, klon yang terhasil ini mewarisi 90 peratus ciri organisme asal (penderma) manakala turut membawa sedikit ciri-ciri (DNA) ibu tumpang.

• Manusia klon adalah seperti pasangan kembar kepada penderma, cuma ia dilahirkan lewat berbanding kembarnya. Seperti pasangan kembar seiras normal, manusia klon ini dan pendermanya mempunyai cap jari yang berbeza.

Page 3: Pengklonan (Presentation )

Kontroversi pengklonan manusia…

Berita Harian, 6 Januari 2003Oleh Salina Abdullah

“PRESIDEN Pengklonan Manusia (Clonaid), Dr Brigitte Boisselier, yang bertanggungjawab ‘melahirkan’ Eve, 26 Disember lalu menyifatkan kelahiran bayi itu sebagai suatu rahmat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul….”

Page 4: Pengklonan (Presentation )

MARI FIKIR SEJENAK…• keadaan ini menimbulkan satu pertanyaan baharu

kepada masyarakat SAMA ADA pengklonan manusia merupakan salah satu hasil daripada kemajuan sains dan teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada manusia sejagat atau memudaratkan?

Page 5: Pengklonan (Presentation )
Page 6: Pengklonan (Presentation )

PERSOALANNYA…• Adakah Tindakan Pengklonan

Manusia itu wajar , bermoral, patut atau sebaliknya ???

Page 7: Pengklonan (Presentation )

Mari Kita Lihat Pandangan Teori-teori berikut…

Page 8: Pengklonan (Presentation )
Page 9: Pengklonan (Presentation )

TEORI TELEOLOGI• Teori ini tidak melihat kepada tindakan

atau proses dalam melakukan sesuatu perkara tetapi melihat kepada kesan atau akibat.

• Kemoralan sesuatu tindakan bergantung kepada akibat/ kesan tindakan tersebut.

• Dikatakan bermoral sekiranya tindakan tersebut membawa akibat/kesan yang baik kepada pelaku atau orang yang terlibat.

Page 10: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI

PANDANGAN

TEORI TELEOLOGI

EGOISME

PERKARA YANG

MENDATANGKAN

KEUNTUNGAN ATAU

MEMBERI MANFAAT

KEPADA DIRI

SENDIRI DAN

MENOLAK

KEMUDARATAN

ATAU

PENGORBANAN

DIRI.

BERMORAL…( saintis – Dr. Brigitte )

Kerana beliau mendapat keuntungan yang lumayan daripada hasil penemuan dan penciptaan bayi klon tersebut.

( Ibu bapa Eve )

Perbuatan ibu bapa Eve yang bersetuju dengan pengklonan ini adalah bermoral kerana menggembirakan mereka dengan memperoleh cahaya mata.

Page 11: Pengklonan (Presentation )

Tidak Bermoral Sekiranya…

• Sainstis – ( Dr. Brigitte )

Pengklonan manusia yang dilakukan itu tidak berjaya dan mendapat kutukan daripada masyarakat.

• ( Ibu Bapa Eve )

Bayi yang dilahirkan itu tidak mampu hidup lama, cacat atau tidak sempurna sebagai manusia. Perkara ini akan mendatangkan malu, kecewa, dan sedih kepada ibu bapa Eve ini.

Page 12: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI PANDANGAN

UTILITARIANISME

PERKARA YANG

MEMBAWA

KEBAHAGIAAN

ATAU

KESERONOKAN

YANG MAKSIMUM

KEPADA JUMLAH

MANUSIA YANG

PALING RAMAI.

BERMORAL…( Ibu bapa Eve - keluarganya – Pasangan Suami Isteri yang lain)

Dengan penemuan teknik pengklonan manusia ini, perkara tersebut mengembirakan ibu bapa Eve yang tidak sabar-sabar ingin menimang cahaya mata.

Berita ini juga turut membahagiakan keluarga dan saudara mara mereka.

Perkara ini memberikan harapan kepada pasangan suami isteri yang lain yang menghadapi masalah yang sama untuk mendapatkan cahaya mata

Page 13: Pengklonan (Presentation )

Tidak Bermoral Sekiranya…

Kelahiran bayi klon tersebut (Eve) mendatangkan KEMUDARATAN atau PENDERITAAN kepada orang ramai.

Contoh : membawa penyakit / virus

: DNA yang sama menyukarkan sesuatu penyiasatan dilakukan

Page 14: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI

PANDANGAN

ETIKAKEPERIBADIAN

MULIA

( VIRTUES )

SETIAP

KEPERIBADIAN

ITU

MERUPAKAN

JALAN TENGAH

IAITU TIDAK

LEBIH DAN

TIDAK PULA

KURANG.

TIDAK BERMORAL…

Tindakan Dr.Brigitte adalah

tidak bermoral kerana

pengklonan manusia

merupakan sesuatu perkara

yang melampaui batas

kewajipan sebagai manusia

biasa.

Page 15: Pengklonan (Presentation )

Teori Deontologikal • Bertentangan dengan Teori Teleleogi. • Melihat kepada tindakan itu sendiri. • Kemoralan sesuatu tindakan bergantung

kepada baik buruk tindakan itu dan bukannya kesan tindakan tersebut.

• Terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Prinsip Kewajipan dan Eksistensialisme.

Page 16: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI PANDANGAN

Prinsip Kewajipan

sesuatu tindakan itu

dianggap baik

sekiranya pelaku itu

mempunyai tekad

yang baik semasa

menjalankan

tindakan itu.

dikatakan bermoral

sekirannya pelakuan

atau tindakan itu

adalah berdasarkan

kewajipan atau

kerana menghormati

undang-undang.

Bermoral …

( saintis – Dr. Briggite )

Perbuatan pengklonan yang dilakukan oleh beliau dikatakan bermoral kerana beliau ingin membantu pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak. – ( tekad baik )

Perbuatan beliau juga dikatakan bermoral kerana Dr. Briggite melakukan pengklonan tersebut atas sebab beliau berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapa Eve untuk mendapatkan anak.

Page 17: Pengklonan (Presentation )

Tidak bermoral sekiranya…• Dr. Briggite memperalatkan klon-klon

yang dilakukan untuk mendapatkan keuntungan / menaikkan popularitinya.

• Menjalankan perniagaan penjualan organ.

Page 18: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI PANDANGANEksistentialisme pilihan yang

dilakukan adalah

berdasarkan

keputusan sendiri

yang tulen dan

tanpa dipaksa.

Manusia

bertanggungjawap

sepenuhnya

terhadap keputusan

yang diambil

tentang apa yang

hendak

dilakukannya

Bermoral …

(Saintis – Dr. Briggite )

Dikatakan bermoral kerana beliau melakukan pengklonan atas

kerelaannya dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Beliau merasakan bahawa tindakan pengklonan itu wajar

dan patut dilakukan maka beliau melakukannya.

Dr. Briggite menanggung kutukan dan kritikan masyarakat dunia

daripada tindakan pengklonannya.

Page 19: Pengklonan (Presentation )

Tidak bermoral sekiranya…• Doktor itu diugut atau dipaksa untuk melakukan

pengklonan berkenaan. Misalnya, doktor itu diugut oleh ibu bapa Eve supaya menjalankan pengklonan untuk mendapatkan anak mereka.

ATAU• Pasangan suami isteri itu mengugut doktor itu dengan

cara mengacukan pistol ke kepalanya atau menculik ahli keluarganya. Jika doktor itu melakukan pengklonan dalam situasi ini, tindakan doktor itu adalah tidak bermoral kerana tidak mempunyai kewujudan yang tulen dan sah.

Page 20: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI PANDANGAN

Kemoralan Sosial

Berlandaskan

Teori Kemoralan

Sosial, kemoralan

sesuatu tindakan

melihat kepada

sama ada sesuatu

tindakan itu

mematuhi atau

menentang

undang-undang

dan norma

masyarakat.

Bermoral…

Kerajaan membenarkan dan tiada undang-

undang yang menghalang pengklonan

manusia.

Page 21: Pengklonan (Presentation )

• Sekiranya masyarakat tersebut berpegang kepada manusia hanya dicipta Tuhan adalah peraturan masyarakat dan peraturan atau norma itu tidak boleh dilanggari maka doktor itu dikatakan tidak bermoral sekiranya melakukan pengklonan.

• Keadaan di atas menunjukkan pengklonan adalah sesuatu tindakan yang melanggar tradisi norma masyarakat yang diwarisi turun-temurun ini. Maka tindakan melakukan pengklonan adalah tidak bermoral.

Tidak bermoral sekiranya…

Page 22: Pengklonan (Presentation )

TEORI KATA KUNCI PANDANGAN

Keperibadian Mulia

sesuatu tindakan

itu dikatakan

bermoral asalkan

tindakan itu

mengutamakan

kesederhanaan

dan tidak

melampaui batas.

Pengklonan itu wajar dilakukan

asalkan tindakan ini tidak bersifat keterlaluan.

Page 23: Pengklonan (Presentation )

Tidak bermoral sekiranya…• Walubagaimanapun pengklonan manusia adalah satu

tindakan yang melampaui batasan dan bersifat keterlaluan.

• Meskipun pengklonan dikatakan banyak menggembirakan pasangan suami isteri yang tidak mampu melahirkan anak. Akan tetapi, pada masa yang sama, pengklonan membabitkan masuk campurnya kuasa Tuhan. Tuhan sahajalah yang boleh mencipta seorang insan. Manusia sekarang dikatakan memiliki kuasa Tuhan untuk mencipta manusia. Perbuatan ini dikatakan perbuatan yang melampaui batas hukum semula jadi. Maka, teori ini tidak menyokong pengklonan manusia.

Page 24: Pengklonan (Presentation )

PANDANGAN AGAMA

ISLAM

BUDDHA

KRISTIAN

HINDUISME

Page 25: Pengklonan (Presentation )

ISLAMMelahirkan manusia yang akan menafikan

kekuasaan Tuhan. Kesesatan akidah kerana beranggapan bahawa

manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.

Page 26: Pengklonan (Presentation )

“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat 54)”

Page 27: Pengklonan (Presentation )

Masalah penentuan nasab.

Bayi klon tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya.

“Adakah hubungan di antara klon dengan induknya sama seperti hubungan anak

dengan bapa?”

Page 28: Pengklonan (Presentation )

Teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam.

Peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak.

Page 29: Pengklonan (Presentation )

• Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud:

“ Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut- nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1). “

Page 30: Pengklonan (Presentation )

• Lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan.

• Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002 telah membuat keputusan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah diharamkan kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.

(Dipetik daripada artikel – Isu Pengklonan Dari Sudut Syiarah, Pengarah Bahagian Perkhidmatan ICT,

Pro Jakim).

Page 31: Pengklonan (Presentation )

Kristian• Mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklon

serta menyebabkan bayi yang dilahirkan mati.• Bertentangan dengan ajaran Kristian yang

berkonsep menghargai nyawa seseorang.

Page 32: Pengklonan (Presentation )

• Melahirkan satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam.

• Kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada sperma.

• Perhubungan seksual dan homoseksual akan dijadikan ‘bahan permainan’ hanya untuk memenuhi nafsu manusia.

Page 33: Pengklonan (Presentation )

Bertentangan dengan ajaran asas Jesus Christ yang berkaitan rapat dengan kehidupan beretika ialah Rukun 10 (Ten Commandments) yang dicatatkan dalam buku “Exodus” dalam Perjanjian Lama Kitab Injil (Old Testament) iaitu salah satu rukun adalah jangan membunuh dan jangan berzina.

Page 34: Pengklonan (Presentation )

• Hanya Tuhan yang mencipta manusia, bukan manusia mencipta manusia.

• Tuhan telah mencipta setiap manusia dengan keistimewaan masing-masing.

• Keistimewaan ini tidak sama antara setiap individu dengan individu lain.

• Sedangkan dalam pengklonan, orang yang diklonkan itu mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus itu.

Page 35: Pengklonan (Presentation )

Buddha• Ajaran agama ini dipenuhi dengan kasih sayang.• Mengharam penganutnya membunuh segala benda

yang bernyawa termasuk manusia, binatang dan tumbuhan.

• Menyebarkan ajaran tentang karma, semua perbuatan sama ada salah atau baik akan diambil kira oleh kuasa alam.

• Menasihat penganutnya memelihara dan menjaga nyawa sehingga mencapai Nirwana.

Page 36: Pengklonan (Presentation )

• Mengancam kesihatan dan nyawa ibu dan anak yang diklonkan.

• Lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan.

• Bertentangan dengan ajaran karma.

Page 37: Pengklonan (Presentation )

Hindu• Agama Hindu melarang

penganutnya melakukan sesuatu yang tidak menghormati nyawa orang lain.

• Menekankan Ahimsa kasih sayang yang menyatakan bahawa tidak boleh melakukan kekejaman terhadap sebarang makhluk hidup, tidak mengira manusia atau binatang.

Page 38: Pengklonan (Presentation )

• Menghadapi risiko kegagalan lebih tinggi dari kejayaan mungkin akan menyebabkan lebih banyak orang atau haiwan menjadi korban semasa menjalankan teknologi klon.

• Hal ini adalah bertentangan dengan ajaran Hinduisme.

Page 39: Pengklonan (Presentation )

Hujah membangkang & menyokong

Page 40: Pengklonan (Presentation )

Hujah menyokong…• Dapat membantu meningkatkan pengetahuan

manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti penyakit 'Parkinson' dan ‘Cystic fibrosis', yang membahagi pada kadar yang serupa dengan pembiakan sel-sel janin:

I. Bagi memperolehi 'stem cell' yang akan membantu pertumbuhan sel baru 

II. Bagi mencipta organ-organ penting III. Membantu mengubati pesakit-pesakit yang

memerlukan pemindahan air tulang sum-sum

• Memberi kepuasan yang amat besar kepada pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan cahaya mata.

Page 41: Pengklonan (Presentation )

Hujah membangkang..

• Tidak mengikut hukum fitrah kerana tidak menerusi percampuran lelaki dan perempuan, persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana sel badan manusia untuk menghasilkan penduaan.

• Dilihat sebagai usaha manusia untuk bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu manusia mencipta manusia.