presentation ekonomi

Upload: florence-wong

Post on 09-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ekonomi malaysia

TRANSCRIPT

  • Dasar-dasar Kerajaan yang Membangunkan Ekonomi Negara

  • Dasar merujuk kepada prinsip, haluan, sikap, pandangan serta pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah.

    Dasar kerajaan bersifat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan masyarakat.

    Terdapat banyak dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Perindustrian Berat, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia dan Dasar Sains dan Teknologi.

  • DASAR EKONOMI BARU

    Merupakan program 20 tahun, iaitu untuk tempoh 1970-1990.

    Bermatlamat untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, wilayah,dan kawasan di Malaysia.

    Rasional

    Kadar kemiskinan rakyat Malaysia tinggi, wujud jarang perbezaan pendapatan yang luas antara kaum di bandar dan luar Bandar

    Wujudnya pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi dan tercetusnya tragedi13 Mei 1969.

    Objektif

    Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menambah penglibatan rakyat tempatan, terutamanya bumiputera dan badan korporat

    Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis aktiviti ekonomi.

  • STRATEGI

    Untuk memajukan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KEJORA, dan JENGKA.

    Untuk meninggikan daya pengeluaran, menambah peluang pekerjaan, memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu melalui pendidikan, latihan dan kesihatan.

    Kelas peniaga, pedagang dan pengusaha Melayu juga diwujudkan dan ini menambah pemilikan modal mereka sebanyak 30% dalam sektor syarikat.

    Beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Permodalan Nasional Berhad(PNB), Majlis Amanah Rakyat(MARA) ,Bank Rakyat, dan Bank Agro telah ditubuhkan

  • 2) Dasar Perindustrian Berat

    Objektif

    Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih untuk memajukan teknologinya sendiri

    Mengelakkan pergantungan pada barang-barang dan teknologi asing secara berterusan.

    Dengan ini, negara dapat menjimatkan tukaran mata wang, mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport barang-barang Malaysia untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barang-barang yang dihasilkan oleh negara-negara membangun.

    Tambahan pula, keupayaan industri kecil dan industi sokongan dapat ditingkatkan di samping mewujudkan industri pertengahan yang baru dan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran yang berkaitan.

  • Strategi

    Bagi menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia(HICOM) untuk mengenal pasti,memulakan ,melaksanakan dan mengurus projek-projek dalam bidang industri berat

    Mengadakan usaha sama ada dengan pelabur asing dengan syarat rakan perkongsian asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja.

    Pengendalikan projek dan pengurusan projek juga dilaksanakan.

    Insentif berbentuk kredit, tariff atau subsidi kepada projek-projek industri berat telah diberi bagi membolehkan industri-industri itu dapat berdiri buat permulaannya dan menjalankan pemasaran yang agresif.

    Usaha telah dibuat dalam penyelidikan dan pembangunan (P&P) demi mengurangkan kos pengeluaran agar barang-barang menjadi lebih kompetitif di dunia. Pencapaian bagi dasar ini ialah dua buah kilang simen yang baru telah diwujudkan iaitu Kedah Simen dan Perak-Manjong Cement.

  • 3) Dasar Penswastaan

    Dilancarkan pada tahun 1983.

    Melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta.

    Pihak swasta dapat menguruskan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan dengan lebih eknomik ,cekap dan berkesan serta mengelakkan kerugian yang berterusan dalam perkhidmatan dan perusahaan kerajaan.

    Objektif

    Bertujuan mengurangkan peranan kerajaan dalam aktiviti sosioekonomi negara demi mengurangkan beban kewangan kerajaan Menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan sumber-sumber kekayaan negara secara optimum oleh syarikat swasta. Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.

  • Rasional

    Mengelakkan kerugian yang berterusan dalam perkhidmatan

    Pihak swasta dapat menguruskan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan dengan lebih ekonomi, cekap , dan berkesan

    Mengagihkan sumber secara cekap dengan menggalakkan persaingan yang hebat antara syarikat demi meningkatkan produktiviti dan mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    Langkah yang dijalankan oleh kerajaan termasuklah Jawantankuasa Penswastaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah EPU iaitu telah ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi(EPU).

    Ia melibatkan juga unit Penyelarasan dan Pelaksanaan(ICU), kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA).

  • 4) Dasar Pensyarikatan Malaysia

    Golongan pekerja kedua-dua sektor tersebut berperanan untuk menyumbang ke arah peningkatan keluaran bagi meningkatan produktiviti sesebuah syarikat yang dimiliki bersama.

    Objektif

    Mewujudkan kerjasama yang erat , bermakna dan berkesan antara sektor awam dengan sektor swasta dalam menjayakan pembangunan negara sebagai entiti perniagaan yang dimiliki bersama Membolehkan sektor awam serta sektor swasta menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya menggalakkan perkongsian maklumat dan saling memahami polisi, objektif serta prosedur masing-masing.

    Rasional

    Sektor swasta dan sektor awam akan menentukan maju atau mundurnya negara Malaysia. Mereka seharusnya dapat bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan serta imej negara ke tahap yang lebih baik.

  • Strategi

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah mengadakan forum, seminar dan perbincangan dalam usaha mendapatkan pandangan dan pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri.

    Panel perundingan pula ditubuhkan di semua kementerian ,jabatan, badan berkanun dan pejabat daerah untuk mengadakan perundingan antara sektor awam dengan sektor swasta.

    Program menempatkan pegawai-pegawai kerajaan di syarikat swasta juga diadakan dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok-belok pengurusan sektor swasta dalam bidang perniagaan, perdagangan dan industri.

  • 5) Dasar Sains dan Teknologi

    Rasional

    Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berasaskan sains dan tenologi yang progresif.

    Negara kita telah meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berdasarkan hasrat untuk membentuk suatu ekonomi yang cekap teknologinya, mampu melakukan penyesuaian, pembaharuan serta pelaburan yang berteknologi insentif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.

  • Objektif

    Menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi, untuk membaiki kedudukan fizikal serta kesejahteraan rakyat dan melindungi kedaulatan negara.

    Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik

    Kerajaan telah menginterasikan rancangan pembangunan ekonomi yang bertujuan mengorientasikan sumber-sumber sains dan teknologi kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis.

    Sektor perindustrian juga dibangunkan supaya mereka berupaya untuk memilih, memperoleh, menyerap,menginovasi,dan mengubahsuaikan pengetahuan sains dan teknologi

  • Kesimpulan

    Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan telah berjaya membaiki dan meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

    Hal ini dapat dibuktikan melalui pencapaian-pencapaian pihak kerajaan Malaysia yang telah menaikkan status Malaysia di persada antarabangsa.

    Kejayaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan memerlukan komitmen dan iltizam yang amat tinggi daripada semua pihak yang terlibat.

    Diyakini bahwa dasar-dasar yang dilancarkan akan membimbing kita ke arah kemajuan negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain.