presentation

26
^_^ ~ASSALAMUALAIKUM~

Upload: aniqaimanbear

Post on 30-Jun-2015

1.327 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation

^_^

~ASSALAMUALAIKUM~

Page 2: Presentation

PEMBENTANGAN TENTANG PERNIAGAAN KOPERASI

oleh : -Aniq Aiman B. Imran-Siti Nur Izzaty Bt Jozaiddi-Syafika Bt Haja Mohideen

Page 3: Presentation

DEFINISI KOPERASI :

Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Koperasi atau “co-operative” adalah terjemahan langsung daripada “co-operative” yang berasal daripada perkataan Latin “co-operari”. Co- bersama ; operari – bekerja

BI – co-operative ( bekerjasama, tolong-menolong & bantu- membantu )

Koperasi = sebuah persatuan manusia Ditubuhkan secara sukarela yang dimiliki,dikuasai dan

dilanggani oleh anggota ditadbir secara demokrasi untuk membuat keperluan sosio-ekonomi dan cita-cita bersama.

KOPERASI

Page 4: Presentation

PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA; ANGKASA) Koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara

tolong-menolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama.

C.R FAY Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang dipunyai oleh orang-orang

yang menggunakan perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama olehnya.

AKTA KOPERASII 1993, SEKSYEN 4(1) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu dan koperasi

berdaftar yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan sosio-ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi .

IKATAN KOPERASI ANTARABANGSA (ICA) Sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela

untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, social dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik.

SAMBUNGAN DEFINISI

Page 5: Presentation

• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.• Terdapat 2 jenis koperasi ; - koperasi keahlian terhad, seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung

Malaysia.

- Koperasi ahli yang bebas, seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.

• Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif di semua peringkat koperasi.

CIRI-CIRI KOPERASI

Page 6: Presentation

• Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.• Liabiliti terhad.• Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan,

tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.• Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.• Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan

pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.• Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh

ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.• Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada

satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

CIRI-CIRI KOPERASI

Page 7: Presentation

Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan abad ke-18 apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

Timbul hasil dari kesan langsung kepada pembanjiran pekerja di sektor perkilangan yang telah dieksploitasi pihak pengilang.

Tenaga buruh ini telah ditindas dengan bayaran upah yang rendah, masa kerja yang panjang dan keadaan bekerja yang amat membebankan.

Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang penenun untuk menyumbang modal sebanyak 1 pound seorang dengan menubuhkan sebuah kedai runcit yang menjual barangan kegunaan asas. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1844 dan merupakan titik permulaan kepada sejarah gerakan koperasi.

Mereka dikenali sebagai Pelopor Rochdale telah muncul sebagai kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia, seterusnya berjaya menubuhkan koperasi kilang tepung dan kilang kain.

Konsep yang mereka gunakan adalah faedah tetap atas modal dengan agihan keuntungan berasaskan langganan kepada pembelian di koperasi.

Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna di kawasan bandar akhirnya tersebar sehingga ke kawasan luar bandar di kalangan petani-petani.

Ekoran daripada perkembangan ini, koperasi telah terlibat dalam berbagai aktiviti seperti pertanian, kredit, insurans, khidmat kesihatan, perumahan dan lain-lain.

SEJARAH AWAL KOPERASI

Page 8: Presentation

~KELEBIHAN KOPERASI~

Page 9: Presentation

Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan.

Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.

Cukai yang dikenakan keatas keuntungan lebih rendah jika dibandingkan dengan cukai kepada syarikat berhad.

Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian. Liabiliti terhad. Wujud secara berterusan iaitu entiti berasingan. Kelebihan koperasi juga terbahagi kepada 3 iaitu dari

segi peraturan, keanggotaan & sukarela dan autonomi & kebebasan.

KELEBIHAN KOPERASI

Page 10: Presentation

PERATURAN

Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira pangkat dan darjat.

Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan anggota untuk bekerja bersama-sama dalam setiap aktiviti demi menyelesaikan masalah bersama.

Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai keperluan anggota bukan tujuan mendapat keuntungan semata-mata

KELEBIHAN KOPERASI

Page 11: Presentation

KEANGGOTAAN & SUKARELA

Keanggotaan sukarela dan terbuka tanpa ada sebarang sekatan dari segi taraf sosioekonomi, agama mahupun pegangan politik.

Keanggotaan adalah kepada sesiapa yang boleh mendapat manfaat daripada kegiatan koperasi dan bersedia menerima segala tanggungjawab sebagai anggota.

Bebas untuk menarik diri. Kawalan demokratik anggota. Kuasa muktamad terletak pada anggota kerana kuasa tertinggi di

dalam struktur organisasi koperasi adalah berada ditangan anggota dalam mesyuarat agung.

Prinsip pengundian adalah satu anggota satu undi tanpa mengira jumlah saham yang dimiliki anggota.

KELEBIHAN KOPERASI

Page 12: Presentation

AUTONOMI & KEBEBASAN

Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian.

Koperasi juga berhak menentukan faedah yang boleh diperoleh dan juga bagaimana koperasi digerakkan berlandaskan prinsip-prinsip dan undang-undang koperasi yang sedia ada.

Memberi kebebasan kepada koperasi menentukan hala tuju dan matlamat koperasi, kebebasan untuk menggaris, menambah dan membatalkan Undang-Undang Kecil (UUK), memilih anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk mentadbir koperasi, bebas untuk bergabung dengan mana-mana koperasi yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada anggota-anggota koperasi.

Prihatin terhadap ekonomi, menitik beratkan tanggungjawab sosial pihak koperasi dan anggota-anggotanya terhadap komuniti di kawasan operasi.

KELEBIHAN KOPERASI

Page 13: Presentation

CIRI-CIRI KOPERASI SYARIKAT SWASTA

TUJUAN Membaiki taraf hidup dengan mengutamakan kebajikan ahli.

Mengutamakan keuntungan kepada pelabur dan pemegang saham.

ANGGOTA Terbuka dan milik saham seseorang ahli dihadkan.

Ahli yang menyumbangkan modal.

PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Keuntungan, kerugian dan tanggungjawab dibahagi sama rata.

Keuntungan, kerugian dan tanggungjawab dihagi mengikut jumlah saham ahli.

KEPENTINGAN Ahli dan pelanggan. Pemegang saham.

LIABILITI Terhad. Tidak terhad.

PERBANDINGAN

Page 14: Presentation

KELEMAHAN KOPERASI

Page 15: Presentation

• Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

• Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.

• Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.

• Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.• Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang

bertauliah.• Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh

menggugat sistem pengurusan koperasi.• Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak di senaraikan oleh

Bursa Saham Malaysia.

~KELEMAHAN KOPERASI~

Page 16: Presentation

PERNIAGAAN KOPERASI YANG DIPILIH

Page 17: Presentation

ANGKASA

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD

Page 18: Presentation

Sejarah Penubuhan ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA : Koperasi apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan

atasan di seluruh negara. Diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi

Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971.

Ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. Ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam kegiatan

perniagaan seperti koperasi-koperasi lain. Sebagai koperasi apex ianya memperjuangkan cita-cita serta hak

kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.

SEJARAH & OBJEKTIF PENUBUHAN

Page 19: Presentation

Objektif Penubuhan ANGKASA

Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memperjuangkan hak dan kepentingan pergerakan koperasi.

Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Melaksanakan program pendidikan koperasi dan mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang termampu oleh ANGKASA bagi membantu perjalanan dan pentadbiran koperasi-koperasi ahli.

SEJARAH & OBJEKTIF PENUBUHAN

Page 20: Presentation

KEAHLIAN ANGKASA

Keahlian ANGKASA adalah secara sukarela dan terbuka kepada semua koperasi di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Tiap-tiap koperasi yang memohon untuk menjadi ahli ANGKASA hendaklah membayar yuran masuk sebanyak:

• RM 30.00 bagi koperasi sekolah• RM 100.00 bagi koperasi asas• RM 200.00 bagi koperasi menengah• RM 300.00 bagi koperasi atasan

KEAHLIAN ANGKASA

Page 21: Presentation

Carta jumlah ahli sah ANGKASA

ANGKASA

Page 22: Presentation

Organisasi ANGKASA ANGKASA mengadakan Persidangan Kebangsaannya

ataupun Mesyuarat Agung tahunan setahun sekali. Amalan demokrasi dalam menentukan kepimpinan

diamalkan di ANGKASA. Pemilihan jawatan tertinggi seperti jawatan Presiden,

Timbalan Presiden dan tiga jawatan Naib Presiden dijalankan secara membuang undi.

Selain pemilihan, persidangan akan membentangkan semua laporan am dan laporan kewangan ANGKASA disamping membincangkan isu-isu berbangkit secara rasmi

ANGKASA

Page 23: Presentation

STRUKTUR ORGANISASI ANGKASA

ANGKASA

Page 24: Presentation

STRUKTUR BAHAGIAN PENTADBIRAN

Page 25: Presentation

STRUKTUR BAHAGIAN PENGURUSAN

Page 26: Presentation

ADA SEBARANG PERTANYAAN ?

SEKIAN