prakata dan isi kandungan uc01702

5
i UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif PRAKATA Tahniah kepada pelajar kerana berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus Pemikiran dan Penulisan kreatif yang ditawarkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) ini dicipta dan dibentuk bagi membantu pelajar memahami konsep-konsep asas berkenaan pemikiran dan penulisan kreatif. Melalui kursus ini pelajar-pelajar akan diperkenalkan dengan cara berfikir kreatif dan menulis kreatif. Walaupun secara dasarnya kursus ini lebih kepada pengaktifan keupayaan pelajar untuk menulis karya kreatif namun secara tidak langsung sebelum seseorang itu mula menulis, ia seharusnya digalakkan untuk berfikir secara kreatif. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada fungsi sastera dalam masyarakat dan fungsi seorang seniman atau penulis karya. Pelbagai bentuk genre penulisan akan diperkenalkan namun pengkhususan terhadap penulisan cerpen dan puisi akan lebih diutamakan. Pada akhir kursus, pelajar akan diminta untuk membuat persembahan daripada skrip yang dihasilkan sendiri oleh pelajar. Melalui persembahan tersebut, kemahiran berfikir, menulis karya, mengekspresikan apa yang difikirkan dalam bentuk persembahan akan dinilai. Persembahan ini dilakukan secara berkumpulan dan kerjasama antara semua ahli sangat diharapkan untuk hasil yang optimum. Semoga pengalaman anda semua mengikuti kursus ini dapat dimanfaatkan dalam dunia sebenar. Sekian, terima kasih. Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat

Upload: fready-fook-liew

Post on 18-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

prakata

TRANSCRIPT

Page 1: Prakata Dan Isi Kandungan UC01702

i UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

PRAKATA

Tahniah kepada pelajar kerana berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Kursus Pemikiran dan Penulisan kreatif yang ditawarkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

ini dicipta dan dibentuk bagi membantu pelajar memahami konsep-konsep asas berkenaan pemikiran

dan penulisan kreatif.

Melalui kursus ini pelajar-pelajar akan diperkenalkan dengan cara berfikir kreatif dan menulis kreatif.

Walaupun secara dasarnya kursus ini lebih kepada pengaktifan keupayaan pelajar untuk menulis

karya kreatif namun secara tidak langsung sebelum seseorang itu mula menulis, ia seharusnya

digalakkan untuk berfikir secara kreatif.

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada fungsi sastera dalam masyarakat dan fungsi seorang

seniman atau penulis karya. Pelbagai bentuk genre penulisan akan diperkenalkan namun

pengkhususan terhadap penulisan cerpen dan puisi akan lebih diutamakan.

Pada akhir kursus, pelajar akan diminta untuk membuat persembahan daripada skrip yang dihasilkan

sendiri oleh pelajar. Melalui persembahan tersebut, kemahiran berfikir, menulis karya,

mengekspresikan apa yang difikirkan dalam bentuk persembahan akan dinilai. Persembahan ini

dilakukan secara berkumpulan dan kerjasama antara semua ahli sangat diharapkan untuk hasil yang

optimum.

Semoga pengalaman anda semua mengikuti kursus ini dapat dimanfaatkan dalam dunia sebenar.

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat

Page 2: Prakata Dan Isi Kandungan UC01702

ii UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

ISI KANDUNGAN

Prakata i

Isi Kandungan ii

Pengenalan Kursus iii

Unit 1 Pemikiran Kreatif 1

Unit 2 Penulisan Kreatif 6

Unit 3 Fungsi Kesusasteraan dan Genre 11

Unit 4 Penulisan Kreatif dan Estetika 17

Unit 5 Cabaran dan Masalah yang Dihadapi oleh Penulis 21

Unit 6 Pengenalan kepada Penulisan Puisi 23

Unit 7 Puisi dan Bentuknya 29

Unit 8 Makna dan Sistem Bahasa 44

Unit 9 Pengenalan Kepada Penulisan Cerpen 52

Unit 10 Pengenalan kepada Penulisan Skrip Drama 60

Unit 11 Artistik Pencahayaan dalam Pementasan Drama/Teater 69

Page 3: Prakata Dan Isi Kandungan UC01702

iii UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA

PENGENALAN KURSUS

Nama Kursus : Pemikiran Dan Penulisan Kreatif Kod Kursus : UC 01702 Jumlah jam kredit : 2 Jam Kredit Prasyarat : Tidak ada. Hasil Pembelajaran: 1. Menghubungkaitkan teori dengan teknik berfikir 2. Mengasah bakat Pelajar mampu berfikir kreatif 3. Mengasah bakat dan minat pelajar untuk menghasilkan karya kreatif. 4. Melatih pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan menghasilkan karya secara bersama.

Sinopsis: Kursus ini dibina untuk membantu pelajar mengenalpasti kemahiran dan bakat yang ada pada diri mereka. Kursus ini juga memperkenalkan tata cara dan melatih mereka untuk lebih kreatif dalam berfikir dan menulis. Mereka akan diajar asas mengeluarkan idea, asas penulisan dan pembacaan. Lebih daripada itu mereka juga akan dilatih untuk melaksanakan persembahan secara berkumpulan bagi melihat kerjasama dalam kumpulan. Kursus ini diharapkan dapat memberi galakan kepada pelajar untuk sentiasa menjadikan amalan berfikir dan menulis sebagai satu proses berterusan. Mereka akan ditugaskan untuk menghasilkan karya yang akan dibaca dan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga semester berakhir. Apa kaitan penulisan kreatif dalam dunia akademik atau dalam hidup seseorang? Kemana hala tuju penulisan yang telah terhasil ? Apakah nilai penulisan kreatif yang dihasilkan memberi impak kepada diri, kepada masyarakat atau sebagainya. Semua persoalan tersebut akan terjawab apabila pelajar telah mendalami proses pembelajaran tersebut.

Page 4: Prakata Dan Isi Kandungan UC01702

iv UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

Aktiviti pengajaran dan latihan: Kuliah : Kuliah selama dua jam seminggu. Kertas kerja : Kertas kerja dalam kursus ini ialah penulisan cerpen atau puisi

bagi seorang pelajar Pembentangan : Pembahagian kumpulan akan dilakukan dan kumpulan akan

membuat pembentangan berupa persembahan berkumpulan pada akhir semester.

Peperiksaan akhir : akan dilaksanakan pada akhir semester meliputi segala topik yang

telah diajar Kandungan:

Pemikiran Kreatif Penulisan Kreatif Fungsi Kesusasteraan dan Genre Cabaran dan Isu Pengenalan kepada Penulisan Puisi Puisi dan Bentuknya

Makna dan Sistem Bahasa Pengenalan Kepada Penulisan Cerpen Pengenalan kepada penulisan skrip drama Artistik pencahayaan dalam Pementasan Drama/Teater

Penilaian:

Komponen Pemberat

Karya Persendirian 30%

Persembahan kumpulan 40%

Peperiksaan 30%

Rujukan: Ainon Mohd & Abdullah Hasan. 2006. Belajar Berfikir. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Snd.

Bhd.

AOK Hadimadja. 1981. Seni Mengarang. Jakarta: Pustaka Jaya.

Craft, A. 2005. Creativity in Schools: Tensions and Dilemmas. Routledge.

De Bono, E. 2001. Pemikiran Praktikal: Membincangkan Cara-Cara Praktikal bagi Pemikiran Yang Betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Faiz Manshur. 2012. Isi Buku Genius Menulis. Jakarta: Nuansa Cendekia.

Page 5: Prakata Dan Isi Kandungan UC01702

v UC01702 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

Jeffery, G. 2005. The Creative College: Building a Successful Learning Culture in the Arts. Trentham Books.

Jejak Kreatif Arenawati. 1996. KL:DBP.

Othman Puteh. 1991. Persediaan Menulis Cerpen. KL: DBP.

Paul, R. & Elder, L. (2005). The Nature and Functions of Critical and Creative Thinking. Foundation for Critical Thinking

Pink, D.H. (2005). A Whole New Mind: Moving from the Information Age into the Conceptual Age. Allen & Unwin.

Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim. 2003. Jenis-jenis Pemikiran. Psikologi Pendidikan. Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd.

Maimunah Osman. 2005. Pemikiran Kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran

Mohd. Michael Abdullah. 1995. Pemikiran Kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Shafei dan nisah Haron. (Penyusun). 2011. Bagaimana saya menulis. Proses Penciptaan Cerpen. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Rahman Shaari. 1990. Persediaan Menulis Sajak. Kuala Lumpur: DBP.

Roland Barthes.(terj. Laurent Metzger). 1988. Penulisan Pada Tahap Kosong. KL:DBP.

Vaughn, L. (2008). The Power of Critical Thinking. 2nd Edition. Oxford University Press.