pra 3105

39
PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak) 1 TUGASAN 1

Upload: norazurah-tongpang

Post on 06-Jul-2016

115 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

1

TUGASAN 1

Page 2: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak

sebelum memasuki sekolah. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan awal

dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia

merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit

cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah terhadap kanak-kanak.

Program pendidikan awal kanak-kanak memberi pendedahan pengetahuan,

kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal

serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar.

Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif

dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang

menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Perkembangan kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek

dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak

belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses

memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur mental

kanak-kanak. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikian, penaakulan, penyelesaian

masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi berbagai-bagai cara

memikir bagi menyelesaikan masalah, adalah salah satu cara yang boleh kita gunakan

bagi mengukur perkembangan intelek mereka.

Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan

menggunakan pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang

mudah didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, batu dan

daun. Kanak-kanak memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran

sebenar dan manipulasi yang berulang-ulang.

2

Page 3: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses yang penting, iaitu: adaptasi

dan organisasi.

Proses adaptasi atau penyesuaian melibatkan aktiviti penyerapan (akomodasi)

dan pengubahsuaian (asimilasi). Proses asimilasi akan berlaku apabila seseorang itu

menerima rangsangan daripada mentafsir dan memproses mengikut pengalaman sedia

ada. Manakala proses akomodasi berlaku apabila skema yang sedia ada tidak dapat

menjelaskan persekitaran sepenuhnya. Kanak-kanak menggunakan kedua-dua proses

ini bagi mentafsirkan maklumat yang didapati dari persekitaran mereka. Kedua-dua

proses ini sentiasa berlaku dalam diri manusia dan akan menimbulkan suatu situasi yang

memerlukan penyelesaian.

Dalam proses pembinaan konsep, skema kanak-kanak juga mengalami proses

perubahan kedua iaitu organisasi. Organisasi adalah sesuatu kecenderungan manusia

menyusun konsep supaya ia menjadi lebih teratur, sistematik dan dapat digunakan

semula. Organisasi ini berlaku secara dalaman.

Perkembangan kognitif berbeza antara seorang kanak-kanak dengan kanak-

kanak yang lain. Menurut Piaget (1952), perkembangan kognitif itu berlaku secara

berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah peringkat yang penting dan

kritikal berbanding peringkat berikutnya.

3

Perkembangan kognitif

OrganisasiAdaptasi

Akomodasi Asimilasi

Page 4: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Kemahiran kognitif terdiri daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang, konsep

nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling

asas bagi perkembangan kognitif iaitu mengenal pasti sesuatu ciri objek tersebut

mengikut cirri yang sudah dikenalpasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid menyusun

sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan. Bagi memahami konsep nombor pula,

murid perlu menguasai kemahiran seriasi dan padanan satu dengan satu secara logik.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak ada menerapkan pendidikan awal sains dan

awal matematik di dalam kandungan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak untuk

membentuk kemahiran kognitif mereka. Pendidikan awal sains menyediakan peluang

pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk

diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan

menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuatperkaitan antara satu sebab

dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui

pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya

merupakan asas untuk membantu kanak-kanak memahami konsep matematik yang lebih

tinggi. Pembelajaran awal matematik yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan

bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat kanak-kanak

untuk mempelajari matematik.

Konsep pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan

Ruang perlu di ajar bersesuaiandengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan

merupakan komponen penting dalam pengajaran awal matematik di peringkat

prasekolah.

Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik awal di peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik

bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang

mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat

bergambar (pictorial) dan simbolik.

4

Page 5: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Pengertian Sains

Sains adalah semua yang wujud di sekitar kita, tidak kira di mana kita berada. Pada

kanak-kanak, sains adalah perkara yang mereka hairan, rasa takjub, serta rasa ingin

tahu dan terokai. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains

adalah suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan

dan kesan atau kejadian dan peristiwa.

Mengikut Abruscato (1982) sains adalah proses yang melibatkan kemahiran

intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi.

Pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengalaman sains dapat membantu kanak-

kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.

Menurut Gene Holt (1979) sains adalah pemikiran dan perbuatan untuk

menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan kanak-kanak untuk meneroka. Menurut

Brewer (1995) sains merupakan suatu proses memerhati, berfikir dan membuat

perkaitan antara satu tindakan dan kesan kejadian serta peristiwa.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah satu pembelajaran

yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains,

menggalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati,

menjalankan ujikaji dan membuat inferens. Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti

pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara tidak langsung mereka akan

terlibat dalam proses berfikir dan mendapatkan maklumat secara saintifik.

Sebagai contoh, satu pemerhatian sesuatu proses seperti roti membuat kek.

Kanak-kanak perlu memerhatikan bagaimana sebiji kek terhasil dan melihat adunan

yang dilakukan perlulah tepat. Jika adunan tidak tepat maka kemungkinan sebiji kek

yang baik tidak akan terhasil.

Melalui sains, kanak-kanak boleh merasa, memegang, mengkaji dan dapat

melihat sendiri bagaimana sesuatu bahan atau ujikaji yang dijalankan.

5

Page 6: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Pengertian Matematik

Perkataan Matematik berasal dari Yunani “ Mathema” yang bermaksud mempelajari,

menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan

lebih teknikal bermaksud “bidang matematik”. Ia juga didefinisikan sebagai

pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan

kata lain, kajian mengenai nombor dan gambarajah.

Matematik juga adalah satu sistem logik yang menetukan rumusan-rumusan yang

terdiri daripada bahasa Matematik yang tersendiri daripada simbol, hukum dan

operasinya. Ia juga satu bidang yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan

bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pembelajaran

matematik melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif

menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.

Menurut Nora’aini binti Tahir dalam bukunya, ‘Pembelajaran Kognitif dan

Pembelajaran Kanak-kanak’, matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda

supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang

bermakna dan mencabar pemikiran.

Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman

kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan

kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi

nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik

yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memrlukan pengalaman, interaksi

sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

Sebagai contoh, melalui awal matematik, kanak-kanak akan dapat membezakan

panjang dan pendek, tinggi dan rendah, berat dan ringan.

6

Page 7: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Kepentingan Awal Sains

Dalam konteks negara kita Malaysia, banyak pihak mula menyedari kepentingan

memulakan pengajaran sains dari peringkat awal lagi. Ini kerana kerajaan bermatlamat

supaya pelajar aliran sains ditingkatkan demi memenuhi keperluan Negara menjadi

Negara maju.

Salah satu faktor yang menyebabkan kekurangan pelajar yang mengambil jurusan

sains adalah anggapan bahawa subjek ini rumit. Anggapan ini mungkin berlaku kerana

sains diperkenalkan agak lewat dalam pembelajaran peringkat sekolah rendah, iaitu di

darjah empat ketika mereka berumur 10 tahun. Umur ini lewat memandangkan minat

dan sikap ingin tahu kanak-kanak di peringkat lima tahun pertama amat tinggi. Menurut

Piaget, seorang tokoh perkembangan kanak-kanak yang jurusan Biologi dan Fizik,

kanak-kanak mula mengenali dunia memalui deria mereka pada peringkat kanak-kanak.

Melalui ujikaji yang dilakukan secara menghidu, merasa, memegang, mengetuk,

menolak dan melihat kesan tindakannya keatas sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari

cirri-ciri objek yang timbul tenggelam di dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai

apabila jatuh dan sebagainya.

Menurut Eliason & Jenkins (1990), sifat ingin tahu menjurus kanak-kanak

mencuba dan melakukan ujikaji. Sebagai contoh kanak-kanak akan cuba bahan-bahan

yang larut dan tidak larut di dalam air di rumah selepas guru membuat eksperimen di

sekolah.

Pendidikan awal sains dapat menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-

kanak yang sudah diakui sekian lama (Harlan,1992). Sains melibatkan proses

menyelidik, mengetahui perkara yang belum diketahui oleh kanak-kanak, mencuba dan

eksperimen, memerhati, mengelas dan meramal benda yang baru.

Awal sains juga dapat meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan

sesuatu benda. Ia juga dappat mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa

7

Page 8: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

menerang dan merekodkan di samping meningkatkan kosa kata dan perbendaharaan

kanak-kanak.

Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan benda baru dan

penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kanak-kanak dapat

belajar dengan mudah dan berkesan pada perkara yang disukai dan menyeronokkan.

Pendidikan awal sains dapat mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di

mana proses sains dapat menggalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan

meningkatkan keyakinan diri mereka. Semasa aktiviti eksperimen dijalankan sekurang-

kurangnya terdapat dua orang dalam satu kumpulan. Ini secara tidak langsung dapat

memupuk sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

Selain itu, pendidikan awal sains ini dapat mendedahkan kanak-kanak sikap

berhati-hati dan aspek bahaya sesuatu objek. Hasilnya sains dapat mengurangkan rasa

takut kanak-kanak kepada sesuatu benda atau perkara.

8

Page 9: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Kepentingan Awal Matematik

Matematik akan melatih seseorang individu itu menaakul secara logik dan rasional.

Matematik adalah contoh pemikiran logik atau pengetahuan. Pengetahuan matematik

berbeza daripada pengetahuan fizikal. Sebagai contoh jika kanak-kanak ada 3 batang

pembaris kayu. Daripada aspek fizikal pembaris tersebut dibuat daripada kayu, tetapi

idea matematik sebenarnya pembaris tersebut lebih daripada satu batang.

Pengetahuan berkaitan nombor perlu melalui aktiviti yang dikaitkan dengan

persekitaran fizikal dan koordinasi reaksi keatas objek kepada proses yang

menggambarkan pemikiran yang logik.

Pendidikan awal matematik ini sebenarnya memerlukan kanak-kanak memahami

dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik.

Kanak-kank mula faham dan guna bahasa matematik melalui pemahaman asas seperti

tinggi dan rendah, penuh dan kosong, dekat dan jauh, mula dan akhir, tamabah dan

tolak.

Pendidikan awal matematik juga memberi peluang mengembangkan kemahiran

mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.

Sebelum kanak-kanak boleh mengelaskan, mereka ada konsep awal seperti pasangan,

serupa dan kepunyaan bersama. Konsep ini akan dapat membantu kanak-kanak

melabel identiti, kegunaan dan kedudukan. Membanding adalah satu proses kanak-

kanak mengaitkan antara dua benda dengan menggunakan dua ciri-ciri tertentu sebagai

asas perbandingan.

Pendidikan awal matematik dapat memberi pelbagai peluang kepada kanak-

kanak memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea

matematik. Sebagai contoh kanak-kanak dikehendaki mengelaskan bentuk daun yang

sama. Di sini kanak-kanak boleh memegang dan melihat bentuk daun yang digunakan.

Oleh itu kanak-kanak dapat pengalaman dalam mengenal pelbagai jenis bentuk daun-

daun.

9

Page 10: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Selain itu, pendidikan awal matematik dapat meningkatkan perasaan ingin tahu

kanak-kanak dan sekaligus dapat menanam sikap ingin menyiasat tentang sesuatu

perkara tersebut.

10

Page 11: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

11

TUGASAN 2

Page 12: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Rancangan Pengajaran Slot

Nama Kelas : Prasekolah Hikmah

Tarikh : 27 Ogos 2012 (Isnin)

Masa : 11.10 – 11.50 pagi (40minit)

Bil Pelajar : 25 orang

Modul : Bertema

Tunjang Utama : Sains dan Teknologi (Awal Sains)

Standard Kandungan : ST4.1 (Meneroka sifat umum bahan)

Standard Pembelajaran : ST4.1.1 (Memerhati dan menggumpulkan objek yang tenggelam timbul)

Kesepaduan Tunjang : BM2.2.7 (Menjawab soalan dengan ayat yang mudah)

KTI1.1 (Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni)

Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:Mengenal pasti objek-objek yang boleh tenggelam

dan timbul)

Pengetahuan sedia ada : Murid mengenali beberapa jenis objek seperti paku, bola, guli, duit syiling, daun.

Kemahiran berfikir (KBKK) : Mengelaskan

Penerapan nilai : Berhati-hati, Memberi perhatian, yakin, berani

Bahan bantu mengajar : Bekas air, bola, gunting, paku, klip kertas, duit syiling, daun, botol mineral, pisau, guli, lembaran kerja, jarum, alatulis.

Kecerdasan pelbagai (MI) : Linguistik, naturalis, interpersonal.

Kosa kata : tenggelam, timbul, bahan, sifat.

12

Page 13: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set induksi(5 minit)

Bersoal jawabContoh soalan:

1. Apa maksud timbul?2. Apa maksud bahan?

Contoh jawapan:

1. Naik atas2. Benda

Guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud beberapa perkataan.

1. Timbul2. Tenggelam3. Bahan

Murid menjawab soalan yang guru berikan berkaitan tajuk yang di pelajari.

Fokus MI :

BeraniYakin

Perkembangan P&P

Langkah 1(10 minit)

Meneka dan mengeja beberapa nama bahan:

1. Bola2. Guli3. Jarum4. Duit5. Daun6. Paku

Guru mengarahkan murid meneka bahan yang terdapat di hadapan kelas dan mengeja beberapa bahan tersebut mengikut suku kata bersama-sama:

1. Bola2. Guli3. Jarum4. Duit

Bahan:

1. Bola2. Guli3. Jarum4. Duit5. Daun6. Paku

13

Page 14: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

5. Daun6. Paku

Fokus MI:InterpersonalLinguistikNaturalis

Langkah 2

(10 minit)

Membuat eksperimen tenggelam

timbul.

Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat eksperimen di hadapan kelas.

Murid akan meneka bahan tersebut sama ada timbul atau tenggelam.

Nilai:Berani,Berhati-hatiMemberi perhatian

Bahan:Lembaran kerjaAlatulis

KBKK:Mengelas

Bahan:

1. Bola2. Guli3. Jarum4. Duit5. Daun6. Paku7. Bekas air8. Gunting9. Klip kertas

14

Page 15: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

10.Botol mineral11.Pisau

Langkah 3(10 minit)

Mewarna dan menanda jawapan Guru meminta murid membuat kerja dan mewarna serta menandakan jawapan yang betul berdasarkan eksperimen yang murid lihat.

Bahan:Lembaran kerjaAlatulis

Nilai:Berhati-hatiMemberi perhatian

KBKK:Mengelas

Penutup(5 minit)

Mengimbas kembaliGuru mengimbass kembali bersama-sama murid berkenaan eksperimen yang telah dilakukan dan murid memberitahu bahan yang boleh tenggelam dan timbul di dalam air.

Nilai: Yakin

Refleksi guru : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengelaskan bahan yang boleh tenggelam

dan timbul.

15

Page 16: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Set induksi

2. Meneka dan mengeja

16

Page 17: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

3. Membuat eksperimen

17

Page 18: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

4. Menanda dan mewarna

18

Page 19: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Lembaran Kerja 1

19

Page 20: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Lembaran Kerja 2

20

Page 21: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

21

TUGASAN 3

Page 22: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

LAPORAN REFLEKSI

1. Pelaksanaan Tugasan

Rancangan Pengajaran Slot (RPS) sangat penting dalam membantu seseorang guru

prasekolah bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung dalam bilik darjah. Secara tidak langsung ia juga dapat memastikan

penglibatan aktif murid-murid terhadap pembelajaran dan turut membantu guru

dalam memastikan akan keberkesanan pengajarannya. Melalui RPS ini guru dapat

mengesan segala kekurangan-kekurangan yang wujud dalam pengajarannya

supaya dapat menghasilkan suatu pengajaran yang lebih berkesan dalam diri murid-

murid pada masa akan datang.

Melalui tugasan PRA 3105 – Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

memerlukan saya merancang suatu rancangan pengajaran slot (RPS) berkaitan

dengan tunjang Sains dan Teknologi. Setelah penjelasan lanjut mengenai

perlaksanaan tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing, saya telah

duduk bersama-sama dalam kumpulan bagi memilih tema dan standard kandungan

dalam RPS ini. Saya membuat keputusan untuk memilih tema alam bahan – air

dengan standard kandungannya ialah ST 4.1 (Memerhati dan menggumpulkan

objek yang tenggelam timbul).

Saya memilih untuk menjalankan pengajaran berkaitan alam bahan –

tenggelam dan timbul. Perkara utama yang sangat penting dalam merencana RPS

ini ialah slot set induksi. Set induksi dapat difahami sebagai permulaan atau

22

Page 23: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

mukadimah sesuatu pengajaran. Set induksi sangat penting kerana melaluinya

dapat memastikan tahap keaktifan murid melibatkan diri dalam pembelajaran pada

peringkat yang seterusnya.

Namun, terdapat beberapa kekurangan yang telah dikenal pasti dalam set

induksi pertama saya. Walaubagaimana pun, melalui kekurangan ini saya telah

memperolehi ilmu baru contohnya saya telah memahami bahawa set induksi

perlulah menyeronokkan dan menarik serta kaya dengan unsur kejutan dan dapat

menimbulkan banyak persoalan dalam diri murid-murid. Set induksi juga perlulah

dikukuhkan lagi dengan menggunakan bahan-bahan konkrit atau maujud.

Setelah segala kekurangan dalam RPS telah dikenal pasti, saya memperbaiki

segala kekurangan-kekurangan dalam RPS. Alhamdulillah, untuk kali kedua ini

RPS yang saya rangka dapat dilaksanakan pada peringkat seterusnya iaitu slot

pengajaran di dalam kelas prasekolah. Untuk memastikan keberkesanan slot

pengajaran, saya akan membawa murid ke makmal sains untuk merasai sendiri

alam sains. Tambahn lagi, di makmal sains terdapat banyak kemudahan yang boleh

diperolehi.

2. Kekuatan dan kelemahan

Syukur ke hadrat Illahi kerana slot pengajaran telah dijalankan. Namun,

setelah slot pengajaran dijalankan dan berdasarkan pemerhatian tindakbalas murid-

murid terhadap isi pengajaran kami dapat mengenal pasti beberapa kekuatan dan

kelemahan dalam slot pengajaran kami ini.

Kekuatan yang terdapat dalam set induksi ialah ia menarik dan

menyeronokkan. Memandangkan keadaan murid-murid yang aktif untuk menjawab

soalan-soalan yang diberikan dan sikap berani murid-murid untuk ke hadapan kelas

23

Page 24: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

melakukan eksperimen. Tambahan pula, suasana untuk belajar berlainan kerana

eksperimen telah dilakukan di dalam makmal sains sekolah. Namun, kelemahannya

adalah suasana di sekitar makmal sains sedikit bising kerana ada kerja-kerja

membaik pulih sekolah. Ini sedikit sebanyak menganggu fokus murid terhadap

pembelajaran.

Selesai slot set induksi, slot pengajaran dimulakan murid-murid meneka

bahan yang ada dengan guru. Saya menunjukkan beberapa bahan atau objek

kepada murid-murid dan murid meneka dan memberitahu nama objek tersebut.

Kemudian murid-murid akan mengeja suku kata dan menyebut beberapa nama

bahan atau objek yang telah ditunjukkan kepada murid. Ada bahan atau objek yang

murid tidak dapat menjawab nama bahan tersebut. Ini kerana murid jarang

didedahkan dengan bahan tersebut. Bahan tersebut ialah klip kertas. Kemudian

murid-murid akan mengeja bahan tersebut bersama-sama. Apa yang saya dapati,

ada beberapa orang murid yang masih tidak dapat mengeja nama bahan dengan

betul seperti jarum dan duit. Maka, pengulangan mengeja dilakukan untuk

mengatasi masalah ini.

Langkah pengajaran seterusnya ialah murid-murid melakukan sendiri

eksperimen dengan bimbingan saya. Murid-murid begitu amat berminat untuk

mencuba eksperimen tersebut. Beberapa orang murid dipanggil untuk melakukan

aktiviti ini. Ada murid yang agak takut untuk melakukan eksperimen ini pada

mulanya, tetapi selepas melakukan aktiviti ini, murid tersebut berasa lebih

berkeyakinan. Melalui eksperimen ini, murid-murid akan menjawab di dalam

lembaran kerja yang diberikan. Murid-murid akan mewarnakan gambar mengikut

sifat bahan tersebut sama ada tenggelam ataupun timbul.

Melalui eksperimen ini, murid-murid lebih jelas dengan sifat bahan yang

mereka kaji. Ini sekaligus murid-murid dapat pengalaman baru mengenai alam

bahan yang mereka pelajari. Di sini saya menerangkan mengapa ada bahan yang

24

Page 25: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

akan tenggelam dan timbul apabila diletakkan di dalam bekas air. Secara tidak

langsung murid-murid lebih memahami sifat bahan tersebut.

Selepas murid menanda jawapan di dalam lembaran kerja, murid-murid akan

bergerak ke kelas untuk melakukan aktiviti pengukuhan iaitu mewarna dan menanda

jawapan. Di dalam kelas murid-murid boleh berbincang dengan rakan-rakan mereka

semasa aktiviti ini di jalankan. Semasa aktiviti ini dijalankan, saya akan

membimbing murid-murid.

Walaubagaimanapun, tetap terdapat kelemahan kecil pada bahagian ini iaitu

arahan yang saya berikan tidak berulang, jadi ada murid-murid yang tidak jelas

semasa melakukan aktiviti mewarna dan menjawab soalan di lembaran kerja.

Setelah di bimbing, barulah murid dapat membuat aktiviti dengan betul dan tepat.

Selain itu, kekuatan juga dapat dilihat melalui kemahiran dan kaedah yang

digunakan ketika mengajar murid-murid prasekolah. Guru peka dengan keadaan

murid-muridnya. Tindakan guru untuk memastikan murid-muridnya terlibat secara

aktif terhadap pengajarannya adalah seperti menggunakan nada suara yang

pelbagai ketika mengajar, sentiasa bersoal jawab dengan murid-muridnya dan

sentiasa mendorong murid untuk menyebut setiap nama bahan dan meneka bahan

tersebut tenggelam ataupun timbul apabila diletakkan di dalam bekas air.

Malah, guru sentiasa mendorong murid-muridnya untuk tampil ke hadapan

dan mendorong murid-murid berdaya saing dengan berlumba mengangkat tangan

apabila diarahkan oleh guru untuk melakukan sendiri eksperimen di hadapan kelas.

Dengan ini murid-murid dapat memegang, meras, melihat dengan sekaligus

membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini bertujuan bukan

hanya hendak memastikan murid-murid dapat menerima isi pengajaran yang

25

Page 26: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

hendak disampaikan malah guru hendak melatih murid-muridnya dalam membentuk

keterampilan diri dan peribadi mereka supaya mereka berani untuk tampil

kehadapan.

Kesimpulannya, melalui tugasan ini, telah mengingatkan saya kepada zaman

saya praktikum dahulu denagan menyediakan rancangan pengajaran slot (RPS),

yang memerlukan perancangan yang begitu teliti dan teratur. Walaupun saya telah

menjadi guru, ada banyak perkara yang boleh saya perbaiki untuk memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan. Ini

sekaligus dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari sians dan teknologi

yang banyak memberi kebaikan di dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu,

setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pensyarah pembimbing, Pn. Haslinda

binti Md. Ali serta pensyarah-pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM)

yang turut terlibat dalam membantu saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa

kepada guru-guru sekolah SK Seri Bandar yang banyak membantu saya dalam

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran ini. Akhir sekali buat keluarga

tercinta dan ibu bapa yang banyak membantu dan mendorong kami menjayakan

tugasan ini.

26

Page 27: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Rujukan

BUKU

Abruscato, J. (1982), Teaching children science, Englewood Cliffs, NJ:Prentice Hall

Brewer, J.A. (1995). Introduction to Early Childhood Education: Preschool Through

Primary Grades (2nd Ed.) Boston: Allyn and Bacon

Eliason, J. and Jenkins, L. (1990). A practical Guide to Early Childhood Curriculum.

(4th Ed.) London:Merill

Harlan, J. (1992). Science Experience for Early Childhood Years (5th Ed.) New York:

Mc Millan Pub.Co.

Holt, B.G. (1979). Science with Young Children. Washington: National Ass. For

Education of Young Children

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2010) Perlaksanaan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan , Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna,

BPK.

Nani menon, Prof Madya Dr. Rohani Abdullah. (2003), Panduan Mengembangkan

Daya Fikir Kanak-Kanak Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Piaget, J. (1952). The Origin of Intelligence In children. New York: International

Universities Press.

27

Page 28: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

Prof. Madya Dr. Zurida Ismail, Dr. Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali.

(2003). Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Spodek, B.S., Saracho, O.N. dan Davis, M. (1987). Foundation of Early Childhood

Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc.

LAMAN WEB

http://www.learningandteaching.info/learning/dissonance.htm

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm

http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html

28

Page 29: Pra 3105

PRA3105 (Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak)

29

LAMPIRAN