ppik 2-tharma

12
Tajuk PPIK 2 :Keapungan, timbul dan tenggelam. Aktiviti 1 : Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair. Hasil pembelajaran : Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam. Bahan : Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), dua telur dan air paip. Mengenal pasti masalah : Mengapakah telur terapung atau tenggelam dalam air dan larutan saline? Hipotesis : Apabila larutan lebih tumpat, jasad akan terapung. Prosedur aktiviti : 1. Dua silinder penyukat diisikan penuh dengan air, satu dengan air paip dan satu lagi dengan larutan saline. 2. Satu telur diletakkan ke dalam setiap satu silinder penyukat dan diperhatikan. 3. Pemerhatian direkodkan dengan inferens. Telu r Air paip Silinder penyukat Telu r Larutan saline Silinder penyukat

Upload: tharmanthiran

Post on 20-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ppik 2 utk fizik dalam konteks

TRANSCRIPT

Tajuk PPIK 2 :Keapungan, timbul dan tenggelam.Aktiviti 1 : Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.

Hasil pembelajaran :Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.Bahan :Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), dua telur dan air paip.Mengenal pasti masalah :Mengapakah telur terapung atau tenggelam dalam air dan larutan saline?Hipotesis :Apabila larutan lebih tumpat, jasad akan terapung.Prosedur aktiviti :1. Dua silinder penyukat diisikan penuh dengan air, satu dengan air paip dan satu lagi dengan larutan saline.2. Satu telur diletakkan ke dalam setiap satu silinder penyukat dan diperhatikan.3. Pemerhatian direkodkan dengan inferens.

Telur Air paip

Larutan salineSilinder penyukat

Silinder penyukatTelur

Rajah 1 : Silinder penyukat ARajah 2 : Silinder penyukat B

Langkah berjaga-jaga :1. Berhati-hati semasa meletakkan telur dalam larutan supaya telur tidak pecah.2. Larutan diisikan dalam silinder penyukat supaya tidak terpercik.Pemerhatian :

Larutan salineAir paipRajah 3 : Menunjukkan keadaan telur dalam air paip danlarutan saline.

Keputusan :Silinder penyukatPemerhatianInferens

A(Air paip + telur)Telur tenggelam dalam air.Air paip kurang tumpat daripada telur. Oleh itu, telur tenggelam dalam air paip.

B(Larutan saline + telur)Telur terapung pada permukaan larutan saline.Larutan saline lebih tumpat daripada telur. Oleh itu, telur terapung di atas larutan saline.

Perbincangan :1. Berdasarkan keputusan, kita dapat melihat bahawa telur dapat timbul di atas larutan saline tetapi tenggelam dalam air paip.2. Ini kerana, larutan saline mempunyai garam dengan kuantiti yang banyak yang terlarut di dalamnya. Oleh itu, larutan saline lebih tumpat berbanding dengan telur. Ini menyebabkan telur untuk terapung.3. Untuk air paip, telur telah tenggelam. Dalam air paip, tidak banyak mineral yang terlarut dan ketumpatannya rendah. Oleh itu, telur tenggelam ke dalam air paip.Kesimpulan :Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan sesuatu objek. Hipotesis diterima.

Tajuk aktiviti 2 : Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.Hasil pembelajaran :Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.Bahan :Bekas berbentuk panjang dan tiga bola plastisin (setiap 50g).Mengenal pasti masalah :Mengkaji mengapa plastisin bentuk bola dan bot sisi yang rendah serta bot sisi yang tinggi, terapung atau tenggelam dalam air?Hipotesis :Bot akan terapung atas air manakala bola plastisin akan tenggelam.Prosedur aktiviti :1. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentukkan menjadi bentuk bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi dengan sisi yang tinggi.2. Bola 50g dan dua bot diletakkan di bekas yang diisi air penuh.3. Pemerhatian direkodkan dengan inferens.

Bentuk bot bersisi tinggiBentuk bolaBentuk bot bersisi rendahRajah 4 : Menunjukkan aturan bahan.

Langkah berjaga-jaga :1. Kita perlu memastikan bot yang sisi rendah dan sisi tinggi tidak mempunyai lubang supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi dengan air.2. Pastikan ketiga-tiga bola plastisin mempunyai berat yang sama iaitu 50g.Pemerhatian :

Bentuk bot bersisi rendahBentuk bolaBentuk bot bersisi tinggiRajah 5 : Menunjukkan keadaan bentuk bola, bot bersisi rendah dan bot bersisi tinggi dalam air.Keputusan:Bentuk plastisinPemerhatianInferens

Bentuk bolaTenggelam dalam airJumlah air yang disesarkan adalah kurang.

Bentuk bot bersisi rendahTerapung atas permukaannyaJumlah air yang disesarkan adalah banyak.

Bentuk bot bersisi tinggiTerapung atas permukaannya.Jumlah air yang disesarkan adalah banyak.

Perbincangan :1. Daripada aktiviti ini, saya mendapati bahawa terdafat beberapa faktor yang menyebabkan sesuatu jasad untuk terapung di atas air.1. Apabile saya memasukkan bola plastisin yang berjisim 50g ke dalam air, bole tersebut telah tenggelam ke dalam air. Apabile saya meletakkan bot sisi rendah dan bot sisi tinggi di atas air, bot tersebut dapat timbul di atas air yang sama.1. Ini berlaku kerana, apabila saya meletakkan bot sisi rendah dan bot sisi tinggi di atas air, berat air yang disesarkan bertindak sebagai daya apungan ke atas objek tersebut.1. Apabila isipadu air yang disesarkan adalah tinggi, sudah tentu berat air yang disesarkan pun akan tinggi. Mengikut prinsip Archiedes, jika berat air yang disesarkan adalah tinggi, daya apungan yang dikenakan di atas objek tersebut juga tinggi. Oleh itu objek tersebut dapat timbul di atas air.1. Jika berat air yang digantikkan lebih berat daripada berat bot, bot yang berkenaan akan terapung. 1. Daya keapungan di dalam bendalir adalah disebabkan oleh perbezaan di antara tekanan di permukaan bawah dengan permukaan atas.1. Tujah ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap suatu jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair.

Kesimpulan :Jasad yang mempunyai luas permukaan yang besar dan sesarkan air dengan berat yang tinggi akan timbul di atas air.

Tajuk aktiviti 3 : Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.Hasil pembelajaran :Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.Bahan :Bekas, bot plastisin sisi rendah, bot plastisin sisi tinggi dan dua bola plastisin 50g.Mengenal pasti masalah :Mengkaji mengapa bot sisi rendah bersama dengan bola plastisin serta bot sisi tinggi bersama dengan bola plastisin terapung atau tenggelam dalam air?Hipotesis :Bot yang bersisi tinggi boleh menampung bola plastisin yang berjisim 50g dan terapung atas permukaan air.Prosedur aktiviti :1. Dua bola 50g diambil dan setiap satu bola diletakkan di bahagian tengah setiap bot secara perlahan-lahan.2. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Bentuk bot bersisi tinggi + bentuk bolaBentuk bot bersisi rendah + bentuk bolaRajah 6 : Menunjukkan aturan bahan.

Langkah berjaga-jaga :1. Pastikan bot membentuk sisi rendah dan sisi tinggi dengan tidak berlubang supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi dengan air.2. Pastikan kedua-dua bola plastisin mempunyai berat 50g.3. Meletakkan setiap satu bola di bahagian tengah bot secara perlahan-lahan untuk mendapatkan keputusan yang tepat.Pemerhatian :

Bentuk bot bersisi rendah + bentuk bolaBentuk bot bersisi tinggi + bentuk bolaRajah 7 : Menunjukkan keadaan bot bersisi rendah dengan bola plastisin dan bot bersisi tinggi dengan bola plastisin dalam air.Keputusan :Bentuk plastisinPemerhatianInferens

Bentuk bot bersisi rendah + plastisin bentuk bolaTenggelam dalam airJumlah air yang disesarkan adalah banyak. Air yang disesarkan telah melebihi sisi bot tersebut.

Bentuk bot bersisi tinggi + plastisin bentuk bolaTerapung pada permukaannya.Jumlah air yang disesarkan adalah banyak. Air yang disesarkan tidak melebihi sisi bot.

Perbincangan :1. Apabila saya meletakkan bola plastisin dalam bot sisi rendah, bot tersebut dimasuki air dan terus tenggelam. 2. Ini kerana, berat yang ditambah akan menyebabkan air untuk disesarkan lagi untuk menampung beratnya. Apabila sisi bot tersebut rendah, air yang disesarkan akan memasuki bot tersebut. Untuk menampung berat air yang masuk, bot akan sesarkan lagi air dan akhirnya bot akan tenggelam.3. Apabile meletakkan bola plastisin ke atas bot sisi tinggi, air telah disesarkan untuk menampung beratnya. Tetapi, oleh kerana sisinya tinggi, air yang disesarkan tidak dapat sampai ke ketinggian tersebut. Air tidak dapat memasuki bot tersebut dan bot tersebut masih timbul.4. Daya keapungan telah membantu bot sisi tinggi dan bot sisi rendah untuk timbul. Tetapi ciri-ciri bot sisi rendah telah menyebabkan bot tersebut untuk tenggelam.5. Keadaan yang sama juga digunakan untuk membuat kapal. Kapal akan mempunyai sisi yang tinggi dan isipadunya adalah besar. Kapal juga mengandungi ruang di dalamnya yang dipenuhi dengan udara. Oleh itu, kapal merupakan satu contoh yang sesuai.Kesimpulan :Jasad yang dapat sesarkan air yang beratnya lebih daripada berat jasad tersebut dapat timbul di atas air.

Soalan :1. Mengapakah objek timbul atau tenggelam dalam cecair?Apabila sesuatu objek lebih tumpat daripada cecair, maka objek tersebut akan tenggelam.2. Bolehkah satu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air? Terangkan.Boleh. Contoh yang boleh diambil adalah iceberg. Ianya berada dalam keadaan pepejal dan ketumpatanya lebih dari air. Tetapi, ia boleh teraping ke atas air. Ini kerana isipadu air yang disesarkan adalah besar berbanding dengan beratnya. Oleh itu, iceberg itu dapat terapung ke atas air.3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keapungan objek.Antara faktor yang boleh mempengaruhi keapungan sesuatu objek ialah, ketumpatan. Jika sesuatu bahan mempunyai ketumpatan yang rendah berbanding dengan sesuatu cecair, bahan tersebut akan terapung. Selain itu, kita juga boleh mengambil prinsip Archimedes di mana, kalau berat air yang disesarkan sama dengan berat jasad, ia boleh terapung di atas air.

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran :1. Apakah yang anda telah pelajari dari aktiviti-aktiviti tersebut?Saya mempelajari bahawa setiap bahan akan mempunyai ketumpatan yang tersendiri. Bahan yang lebih tumpat akan berada di bawah objek yang kurang tumpat. Sebagai contoh, kita boleh mengambil air dan minyak. Minyak mempunyai ketumpatan yang kurang berbanding dengan air. Oleh itu, minyak akan terapung ke atas air. Selain itu, saya juga mendapat tahu tentang cara lain untuk membuat sesuatu jasad untuk apung di atas air. Jika isipadu ataupun berat air yang disesarkan adalah sama dengan berat objek, maka objek itu dapat terapung. Sebagai contoh, kita dapat melihat pada bot yang diperbuat daripada plastisin. Apabile bole plastisin diletakkan, ia terus tenggelam. Apabile bot plastisin yang sama jisimnya telah diletakkan, ia terapung. Ini kerana bot plastisin tersebut telah sesarkan isipadu air yang lebih berbanding dengan bola plastisin.

2. Bahagian kurikulum sains yang manakah mangajar topik ini?Tahap 1, Tema mengenai Mempelajari dunia sekeliling kita dalam topik mengenal pasti bahan yang timbul dan tenggelam.

3. Bincangakan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.Aktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan pada beberapa fasa yang berlainan. Guru boleh menggunakan aktiviti pertama untuk mengetahui tentang pengalaman sedia ada pelajar. Guru boleh meminta pelajar untuk membuat andaian sebelum meletakkan ketiga-tiga bentuk tersebut. dengan ini, guru dapat mengetahu tentang pengalaman sedia ada dalam pelajar tersebut. selain itu, guru juga boleh menggunakan aktiviti ini semasa mengajar pelajar dalam fasa penstrukturan semula idea. Guru boleh mendemonstrasi eksperimen ini untuk pelajar supaya mereka akan lebih faham tentang konsep ini. apabila pelajar melihat dengan sendiri apa yang berlaku, mereka akan mengingatinya untuk masa yang lama. Selain itu, guru juga boleh meminta pelajar untuk membuat eksperimen ini. Pelajar akan membuat sendiri eksperimen ini dan ini akan membantu mereka untuk mengingati konsep ini kerana mereka sendiri yang membuat aktiviti ini dan membuat analisis.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti tersebut? Dalam aktiviti ini, guru boleh bertindak sebagai seorang fasilitator. Guru perlu membentuk satu persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran pelajar mereka. dengan ini, proses pembelajaran pelajar akan berlaku dengan lebih efektif. Guru juga boleh menjadi sebagai pemerhati di mana, guru hanya akan memerhati apa yang dilakukan oleh pelajar mereka. guru akan membantu sedikit jika perlu dan seluruh eksperimen itu boleh meminta pelajar untuk buat.