buletin - hum.usm.my · pdf file3 jamuan mesra aidilfitri ppik 2012 kelab kebajikan dan sosial...

16
BULETIN KANDUNGAN Pengenalan ANTARA Edisi 5 Dari Sebalik Lensa Jamuan Mesra Aidilfitri 2012 Tetamu ANTARA Edisi 5 Jiran Seblok PPIK Jiran Setaman Info Sihat Info Penjimatan Celik Bahasa Karya Warga PPIK Personaliti Sukan PPIKPetua Hari Jadi Warga PPIK Selamat Betugas Sekalung Penghargaan Anak Cucu Warga PPIK Resipi Pilihan PPIK Pemakluman - Edisi 6 Untuk edaran dalaman sahaja Bil 005: Julai/September 2012 EDISI 5 [JULAI - SEPTEMBER 2012] KEK&SOS PENGENALAN ANTARA EDISI 5 MUTIARA KATA "Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Buletin ANTARA yang disediakan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM [Kelab KEK&SOS] ini telah memasuki edisi kelima. Pihak editor berharap agar Buletin yang diterbitkan setiap tiga bulan ini menjadi jambatan silaturahim ANTARA kita staf PPIK baik staf akademik mahupun staf pentadbiran dan ANTARA kita dengan warga USM khususnya dan masyarakat luar amnya. Sepanjang bulan Julai September 2012, beberapa peristiwa penting berlaku. Antaranya sambutan kemerdekaan Negara, hari raya Aidilfitri dan bermulanya pengajian Semester 1, Sidang 2012/2013 di USM. Buletin ANTARA kali ini menyajikan beberapa pengisian yang menarik; antaranya laporan bergambar jamuan mesra Aidilfitri PPIK 2012, temu bual dengan tetamu ANTARA kali ini iaitu Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar, Profesor Madya Hajar Abdul Rahim, berkenalan dengan sebahagian daripada staf akademik yang berada di Blok C12 yang sebahagiannya lagi akan diterbitkan dalam Buletin ANTARA Edisi 6 nanti. Jiran setaman kali ini cuba menjenguk rakan staf yang tinggal di sekitar Seberang Jaya, Permatang Pauh termasuk Kubang Semang, Seberang Perai. Info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK, petua, ulang tahun kelahiran warga PPIK dan anak warga PPIK adalah ruangan tetap yang turut mengisi slot edisi kali ini. Istimewanya dalam edisi kelima ini, kita berkenalan dengan personaliti sukan PPIK iaitu Profesor Chan Ngai Weng yang sempat berkongsi tentang pengalaman kecemerlangan beliau dalam sukan squash. Selain itu, untuk ruangan baharu ‘Di Sebalik Lensa’, pihak editor memaparkan hasil fotografi yang disumbangkan oleh rakan sekampung Tok ANTARA, Dr. Esmar Hj. Hamid, Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah. Tok ANTARA yang mewakili sidang editor Buletin ANTARA Edisi 5 berharap agar pengisian Buletin kali ini sedikit sebanyak memberikan informasi tentang rakan sejawat dan info am yang dapat dikongsi bersama. Management is doing things right; leadership is doing right things. ” [Drucker, P.] Tok ANTARA

Upload: lelien

Post on 13-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

BULETIN

KANDUNGAN

Pengenalan ANTARA Edisi 5

Dari Sebalik Lensa

Jamuan Mesra Aidilfitri 2012

Tetamu ANTARA Edisi 5

Jiran Seblok PPIK

Jiran Setaman

Info Sihat

Info Penjimatan

Celik Bahasa

Karya Warga PPIK

Personaliti Sukan PPIKPetua

Hari Jadi Warga PPIK

Selamat Betugas

Sekalung Penghargaan

Anak Cucu Warga PPIK

Resipi Pilihan PPIK

Pemakluman - Edisi 6

Untuk edaran dalaman sahaja

Bil 005: Julai/September 2012

EDISI 5 [JULAI - SEPTEMBER 2012]

KEK&SOS

PENGENALAN ANTARA EDISI 5

MUTIARA KATA

"Jika kejahatan dibalas

kejahatan, maka itu adalah

dendam. Jika kebaikan dibalas

kebaikan itu adalah perkara

biasa. Jika kebaikan dibalas

kejahatan, itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas

kebaikan, itu adalah mulia dan

terpuji." ~ La Roche

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Buletin ANTARA yang disediakan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat

Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM [Kelab KEK&SOS] ini telah memasuki edisi kelima.

Pihak editor berharap agar Buletin yang diterbitkan setiap tiga bulan ini menjadi

jambatan silaturahim ANTARA kita staf PPIK baik staf akademik mahupun staf

pentadbiran dan ANTARA kita dengan warga USM khususnya dan masyarakat luar

amnya.

Sepanjang bulan Julai – September 2012, beberapa peristiwa penting berlaku. Antaranya

sambutan kemerdekaan Negara, hari raya Aidilfitri dan bermulanya pengajian Semester 1,

Sidang 2012/2013 di USM. Buletin ANTARA kali ini menyajikan beberapa pengisian yang

menarik; antaranya laporan bergambar jamuan mesra Aidilfitri PPIK 2012, temu bual

dengan tetamu ANTARA kali ini iaitu Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan

Pelajar, Profesor Madya Hajar Abdul Rahim, berkenalan dengan sebahagian daripada staf

akademik yang berada di Blok C12 yang sebahagiannya lagi akan diterbitkan dalam

Buletin ANTARA Edisi 6 nanti. Jiran setaman kali ini cuba menjenguk rakan staf yang

tinggal di sekitar Seberang Jaya, Permatang Pauh termasuk Kubang Semang, Seberang

Perai. Info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK, petua, ulang tahun

kelahiran warga PPIK dan anak warga PPIK adalah ruangan tetap yang turut mengisi slot

edisi kali ini. Istimewanya dalam edisi kelima ini, kita berkenalan dengan personaliti

sukan PPIK iaitu Profesor Chan Ngai Weng yang sempat berkongsi tentang pengalaman

kecemerlangan beliau dalam sukan squash. Selain itu, untuk ruangan baharu ‘Di Sebalik

Lensa’, pihak editor memaparkan hasil fotografi yang disumbangkan oleh rakan

sekampung Tok ANTARA, Dr. Esmar Hj. Hamid, Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah.

Tok ANTARA yang mewakili sidang editor Buletin ANTARA Edisi 5 berharap agar

pengisian Buletin kali ini sedikit sebanyak memberikan informasi tentang rakan sejawat

dan info am yang dapat dikongsi bersama.

“Management is doing things right; leadership is doing right things.” [Drucker, P.]

Tok ANTARA

Page 2: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

2

DI SEBALIK LENSA

Disumbangkan oleh :

Dr. Esmar bin Hj. Hamid

Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah.

Penaung

Prof. Dato’ Abu Talib

Ahmad

Penasihat

Dr. Jabil Mapjabil

Editor

Dr. Shohana Hussin

Dr. Jabil Mapjabil

Dr. Goh Sang Seong

Dr. Idris Mansor

Dr. Roshimah Shamsudin

Penyumbang Bahan / Karya

Dr. Esmar Hj. Hamid

Dr. Halimah Mohamed Ali

Dr. Goh Sang Seong

Juru Foto

En. Mohamed Khalid

Awang

Susun Atur

Cik Julia Jaafar

En. Meor Ahmad Shukri

Page 3: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

3

JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012

Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

raya Aidilfitri bertemakan ‘Jamuan Mesra Aidilfitri’. Program ini berlangsung pada 14 September 2012 bersamaan

29 Syawal 1433H bertempat di Bilik Rehat Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Majlis yang berlangsung secara sederhana

tetapi meriah ini telah dihadiri hampir semua kakitangan PPIK. Antara yang turut hadir ialah beberapa bekas kakitangan

PPIK dan hampir kesemua kakitangan dari Pusat Kajian Kelestarian yang berjiran dengan PPIK.

Selain dari jamuan tengah hari yang disediakan, pelbagai juadah telah disumbangkan oleh setiap ahli kelab. Bermula dari

jam 11.00 pagi, juadah telah mula dihidangkan secara bergotong-royong oleh ahli kelab. Jamuan berlangsung selama

hampir 4 jam iaitu bermula jam 11.30 pagi sehingga 3 petang. Suasana ramah mesra dimeriahkan dengan sesi bergambar

dan bersalam-salaman antara ahli yang hadir. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang.

Page 4: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

4

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

TETAMU ANTARA EDISI 5

TEMU BUAL DENGAN

PROFESOR MADYA HAJAR ABDUL RAHIM

Timbalan Dekan [Akademik & Pembangunan Pelajar]

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Buletin ANTARA Edisi 5 kali ini berkesempatan untuk

menemu bual Profesor Madya Dr. Hajar Abdul Rahim iaitu

Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar Pusat

Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Sidang editor amat berbesar

hati dapat menemu bual beliau dan seterusnya berkongsi

pengalaman beliau sebagai timbalan dekan di PPIK.

Sudah berapa lama Dr. Hajar berkhidmat sebagai Timbalan

Dekan Akademik di PPIK?

Bermula dari Februari 2007, dan tamat pada tahun 2009.

Kemudian disambung semula pada Januari 2010 sehingga

hujung tahun ini, Insyaallah.

Apakah agenda terbaru bahagian pentadbiran akademik

yang boleh Dr. Hajar kongsikan untuk makluman warga

PPIK?

Agenda terbaru pada tahun ini terutamanya bagi Pusat

Pengajian ialah kecemerlangan akademik. Pada ketika ini,

pihak Universiti telah menubuhkan Unit Kecemerlangan

Akademik bawah Prof. Karim. Peranan unit ini adalah

untuk membantu Universiti dan pusat-pusat pengajian

meningkatkan tahap kecekapan pengajaran dan

pembelajaran. Kita diberi peruntukan untuk menjalankan

bengkel dan aktiviti yang dapat membantu pensyarah untuk

meningkatkan tahap kecekapan pengajaran dan

pembelajaran.

Walaupun USM ialah universiti penyelidikan dan APEX,

terasnya masih lagi pengajaran. Bagi saya jika kerja

pengajaran dilakukan dengan baik, kesan pembelajaran yang

positif sudah pasti terjamin. Oleh itu, kita akan dapat

mencapai matlamat Universiti untuk melahirkan pelajar

yang berilmu di samping mempunyai kemahiran intelektual

dan mampu berfikir di luar kotak. Jadi, pengajaran itu

sangat penting. Begitu juga dengan komitmen pengajaran.

Kita juga diberi peruntukan untuk menjemput sarjana, pakar

dan penyelidik untuk memberikan latihan kepada para

pensyarah. Sebagai contoh, pada 27 Ogos 2012 yang lalu,

kita telah berjaya mengadakan Bengkel Kecemerlangan

Akademik. Insyaallah, selepas ini akan ada lagi program

yang menyusul. Semua program ini adalah untuk

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Program ini sebenarnya ada kaitan dengan kurikulum

baharu bawah MQA. Jadi perkara yang penting ialah kualiti.

Jadi apakah cabaran yang dihadapi oleh Dr. selama

menyandang jawatan Timbalan Dekan Akademik?

Sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan

Pembangunan Pelajar, skop kerja sangat luas. Bahagian

HEAPP ini mempunyai skop kerja yang pelbagai. Antara

tugas tersebut adalah merancang

buku panduan, peperiksaan,

penjadualan, penyemakan kertas

-kertas soalan dan sebagainya.

Persatuan Pelajar PPIK juga di

bawah kendalian HEAPP. Jadi

sebarang permasalahan yang

membabitkan pelajar pra-

siswazah, pihak HEAPP yang

akan mengendalikannya.

Kami difahamkan bahawa sebagai Timbalan Dekan

Akademik, Dr. juga terlibat secara langsung dengan

pelaksanaan modul lestari di PPIK. Bolehkah Dr. kongsikan

pengalaman dalam pelaksanaan modul ini?

Baik! Asal Modul itu sebenarnya daripada cadangan yang

dikemukakan dalam perbincangan Majlis PPIK semasa

penyemakan semula kurikulum pada tahun 2008. Pada

ketika itu, kita diberitahu bahawa semua universiti perlu

membuat penyemakan semula kurikulum berdasarkan garis

panduan MQA. Oleh itu, kami melihat hal ini sebagai

peluang untuk memperbaiki struktur kurikulum di PPIK.

Pihak PPIK mengambil kira keperluan Universiti sebagai

universiti APEX dan juga keperluan MQA. Perkara-perkara

yang penting ialah kemahiran insaniah dan kemahiran-

kemahiran yang diperlukan pada peringkat universiti.

Selepas mencapai kata sepakat dalam Majlis, PPIK bersetuju

untuk mengubah sedikit kurikulum iaitu, pada semester

pertama pelajar didedahkan dengan kursus-kursus yang

dapat membantu pelatihan kemahiran pembelajaran pelajar.

Semester kedua kemudiannya, barulah pelajar mula

mengikuti subjek pengantar atau major.

Apakah harapan atau dan kata-kata motivasi yang Dr.

boleh berikan kepada seluruh warga USM umumnya dan

juga warga PPIK khususnya.

Bagi saya, yang penting ialah kita bekerja dengan

keikhlasan dan kejujuran. Apa-apa sahaja yang dilakukan

mestilah jujur. Tanamkan persepsi dalam diri kita bahawa

setiap kerja itu dilaksanakan atas dasar membantu dan

keikhlasan. Jadi laksanakanlah setiap tugas yang

diamanahkan dengan rasa ikhlas, jujur supaya kerja yang

dilakukan tepat, cepat dan baik.

Disediakan oleh:

Dr. Shohana Hussin

Page 5: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada

empat blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk

Buletin ANTARA edisi kelima kali ini, pihak editor ingin

berkongsi informasi dengan memperkenalkan kakitangan

akademik yang berada di blok C24. Sebahagian lagi akan

dipaparkan dalam Edisi 6 nanti.

5

JIRAN SEBLOK PPIK

STAF PPIK BLOK C12

BIL NAMA STAF PPIK NO. BILIK

1 Aiza Maslan @ Baharuddin, Dr C24/230

2 Anisah Lee Abdullah, Prof. Madya C24/203

3 Aziz Abdul Majid, Encik C24/213

4 Azmi Arifin, Dr C24/222

5 Goh Sang Seong, Dr. C24/223

6 Hasanah Abd. Khafidz, Dr C24/229

7 Haslina Haroon, Dr. C24/202

8 Hassan Naziri Khalid, Prof. Madya C24/216

9 Lelany Ayob, Dr. C24/204

10 Mohamad Khairul Anwar Osman,

Dr. C24/207

11 Mohd. Asri Zainul Abidin, Prof.

Madya C24/219

12 Mohd. Farid Mohd Sharif, Dr. C24/210

13 Narimah Samat, Prof. Madya C24/234

14 Nazarudin Zainun, Dr C24/225

15 Nik Haslinda Nik Hussain, Dr. C24/205

Dr. Aiza Maslan

@ Baharuddin

Prof. Madya

Anisah Lee

Abdullah

En. Aziz Abdul

Majid

Dr. Azmi Ariffin Dr. Goh Sang

Seong

Dr. Hasanah Abd

Khafidz

Dr. Haslina

Haroon

Prof. Madya

Hassan Naziri

Khalid

Dr. Leelany Ayob

Prof. Madya

Narimah Samat

Dr. Nazarudin

Zainun

Dr. Nik Haslinda

Nik Hussain

Dr. Mohamad

Khairul Anwar

Osman

Prof. Madya

Mohd Asri Zainul

Abidin

Dr. Mohd Farid

Mohd Sharif

Page 6: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

6

JIRAN SETAMAN

Buletin ANTARA Edisi 5 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menetap di

Pulau Pinang iaitu di Seberang Jaya dan Permatang Pauh (+ Kubang Semang). Warga PPIK yang menetap di kawasan

tersebut adalah seperti berikut:

Seberang Jaya

Dr. Syed Zainal

Ariff Syed

Jamaluddin

Dr. Raja Rozina

Raja Suleiman

Prof. Madya

Norizan Md Nor

Prof. Madya

Munir Shuib

En. Mohd Khalid

Awang

Kubang Semang Permatang Pauh

UCAPAN

Page 7: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

INFO SIHAT

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya

ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang

dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggung-

jawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan

lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan

glukosa dalam hati.

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Primer

Jenis I (IDDM)

Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah

dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10%

daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis

ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.

Jenis II (NIDDM)

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis

tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku

dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini

biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan

dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas

yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.

Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan

mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui

pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala

Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

Kerap membuang air kencing

Sentiasa berasa dahaga

Selera makan meningkat

Letih

Hilang berat badan

Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan

Luka yang lambat sembuh

Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis

ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi.

Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit.

Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Kencing Manis

7

Page 8: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

INFO SIHAT

Pemakanan

Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes.

Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman

yang manis sahaja.

Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa

yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti

jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan

sayur-sayuran harus diambil.

Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula

yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkat-

kan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.

Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam

makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh

badan.

Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.

Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras

glukosa darah.

Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh

seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak

perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain

itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang

disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet

seorang pesakit kencing manis.

Senaman

Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi.

Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin

untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal

bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang

gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program

senaman.

Insulin

Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun

1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini,

terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis

dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut.

Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program

rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:

Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah).

Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.

Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Sumber: http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm

8

Page 9: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

INFO PENJIMATAN

Pada pandangan saya "WANG" dalam era ini adalah sebagai "Keperluan terbaik yang

melanda kehidupan harian". Kehidupan lebih cenderung kepada mustahil atau sukar

diteruskan tanpa wang. Wang adalah penting untuk meneruskan kehidupan. Pernah

saya terdengar seseorang berkata "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Saya terfikir

juga "Kenapa ulat yang perlu disamakan dengan manusia yang mempunyai aqal dan

fikiran ?" Adakah Allah sengaja memilih kita sebagai khalifah dimuka bumi yang luas

ini ? Baiklah saudara-saudari pembaca, bukan topik ulat dalam batu yang saya ingin

kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah garis panduan yang berkesan untuk

asas menyimpan wang.

Pengurusan kewangan jarang dianggap penting oleh kebanyakan orang. Ramai di

antara kita hari ini harus dinasihati agar perlu berhati-hati ketika melakukan

perbelanjaan. Ini adalah kerana harga pasaran sekarang melambung tinggi dengan

kos kehidupan yang membebankan dan pendapatan yang diperolehi pula adalah terhad. Tetapi jika kita bertekad dan sentiasa berfikir 'di

mana ada kemahuan, di situ ada jalan' pasti ia satu permulaan yang positif. Jika anda bertekad untuk menyimpan wang yang perolehi,

sepatutnya anda perlu menukar diri anda kepada individu yang bijak berbelanja.

Teknik yang paling penting untuk lebih penjimatan adalah menyediakan anggaran bulanan ataupun bajet anda. Ini akan membantu anda

dalam mengurus perbelanjaan anda di sepanjang bulan. Tetapi jika hanya semata-mata merancang bajet sahaja pun ia tidak memadai. Ada

beberapa perkara-perkara asas yang perlu dipatuhi. Jadi, cuba fokus dan berdisiplin untuk berpegang kepada bajet anda.

1. Membeli-belah daripada kupon disifatkan sebagai satu daripada cara yang efektif penjimatan wang. Kupon adalah baucer hadiah yang

kebiasaannya diiklankan dalam akhbar harian, majalah, di kedai-kedai dan juga internet. Mereka menyediakan pelbagai tawaran

lumayan sebagai contoh 40% penjimatan makan malam di sebuah restoran pada tarikh tertentu dan seumpama dengannya. Melalui

cara ini anda boleh menyimpan wang yang telah dijimatkan melalui perbelanjaan cara ini.

2. Berjimat cermat dalam menggunakan kad kredit anda. Walaupun kad kredit bertindak sebagai bank dalam poket anda, ia datang

dengan kadar faedah yang agak besar. Inilah kelemahan yang paling ketara menggunakan kad kredit tanpa memikirkan kesan daripada

penggunaannya.

3. Cuba membeli-belah semasa musim jualan. Ia adalah masa yang terbaik apabila anda boleh mendapatkan barangan bernilai RM100

hanya pada harga RM80 ataupun RM50. Jadi, jangan lepaskan peluang merebut manfaat musim jualan.

4. Elakkan membeli-belah secara berulang. Ini sebenarnya bukanlah cara bijak untuk membeli-belah secara berulang kerana setiap kali anda

pergi ke pasar, anda akan membelanjakan wang untuk perjalanan seperti minyak, tambang teksi dan lain-lain. Selain itu juga harus

diingat bahawa harga pasaran akan terus naik. Barang berharga yang bernilai RM45 hari ini mungkin menjadi RM50 menjelang akhir

bulan ini. Oleh itu, apabila anda membeli-belah, terutamanya barangan seperti bahan makanan di kedai-kedai atau hyper market,

perlulah membeli seberapa banyak yang diperlukan. Lakukan pembelian barangan yang lebih sedikit daripada yang diperlukan. Ini juga

boleh menjimatkan wang anda daripada perkara-perkara pembaziran yang lain.

5. Jangan membiasakan diri makan makanan ringan di luar. Ini bukan sahaja akan mengosongkan poket anda tetapi boleh juga

membahayakan kesihatan anda.

6. Dapatkan insurans perubatan. Ia akan memudahkan anda mendapat rawatan dalam jumlah yang diperlukan disaat menghadapi

masalah kesihatan yang tidak diingini.

7. Jualan gudang akhir tahun juga boleh menjadi satu idea yang baik untuk membuat penjimatan dari perkara-perkara yang tidak diingini

di dalam rumah anda.

8. Satu lagi cara yang baik untuk menjimatkan wang anda adalah membuat pelaburan. Lakukan pelaburan jangka panjang seperti melabur

untuk harta, tanah, saham, amanah dan sebagainya.

9. Jimatkan bil elektrik dan bil telefon anda. Jangan sediakan bilik anak-anak anda dengan TV serta sambungan telefon secara berasingan

kepada mereka. Pastikan hanya satu set televisyen dan sambungan telefon di ruang tamu anda. Ini membolehkan anda untuk sentiasa

memeriksa jumlah penggunaan kepada alat-alat tersebut. Anda boleh memperuntukkan penjimatan ini dengan melakukan sesuatu

perkara yang lain.

Selain daripada itu mungkin terdapat banyak cara lain untuk mengurus serta menjimatkan alliran tunai anda. Apa yang anda perlu lakukan

adalah untuk terus berhati-hati, berpandangan jauh serta selamatkan hak kewangan anda.

Sumber: http://infowang.blogspot.com/2011/10/asas-penjimatan-wang.html

9

Page 10: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

10

CELIK BAHASA

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

JENIS I: Kata Ganti Nama Diri Pertama [saya, aku, kita, kami dll.]

JENIS II: Kata Ganti Nama Diri Kedua [awak, kamu, engkau, anda, kalian dll.]

JENIS III: Kata Ganti Nama Diri Ketiga [dia, beliau, mereka dll.] & Kata Nama

Sumber rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004)

Disediakan oleh: Dr. Goh Sang Seong

Ayat Aktif Ayat Pasif

Saya mengajarkan kursus Pengantar Sejarah. Kursus Pengantar Sejarah saya ajarkan. (Betul)

Kursus Pengantar Sejarah diajarkan oleh saya. (Salah)

Kami menganjurkan bengkel penulisan ilmiah. Bengkel penulisan ilmiah kami anjurkan. (Betul)

Bengkel penulisan ilmiah dianjurkan oleh kami. (Salah)

Ayat Aktif Ayat Pasif

Anda perlu menghasilkan makalah berwasit. Makalah berwasit perlu anda hasilkan. (Betul)

Makalah berwasit perlu dihasilkan oleh anda. (Salah)

Kamu mesti menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini mesti kamu siapkan. (Betul)

Tugasan ini mesti disiapkan oleh kamu. (Salah)

Ayat Aktif Ayat Pasif

Mereka membuat laporan MQA. Laporan MQA dibuat oleh mereka. (Betul)

Laporan MQA mereka buat. (Salah)

Pensyarah itu memenangi anugerah buku terbaik. Anugerah buku terbaik dimenangi oleh pensyarah itu.

(Betul)

Anugerah buku terbaik pensyarah itu menangi. (Salah)

Page 11: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

KARYA WARGA PPIK

11

The Longest Journey

The longest journey is the journey of the soul

Looking, searching for truth and clarity

The body moves from one phase to another

But sometimes the soul remains stagnant

Lucky and blessed are those whose souls travel with them

As their body ages their souls become wise

These are the sages, the wise men of society

Wiser than any other on earth

It is His blessings that lead us

To find and search for our lost souls

Some of us lost it along the way

To other creatures of nature

How do we find it if we ever do

Only one thing can help us regain our soul

A true heart and truer prayers

For the beauty of a pure heart immersed in prayers

Brings out the Gentleness in Him

Thus He bestows upon us a clean soul

Washed perhaps by the tears of our grief

In our search to regain the loss

In our quest for eternal truth.

Halimah Mohamed Ali

15 April 2003

Bangi

Page 12: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

PERSONALITI SUKAN PPIK: PROFESOR CHAN NGAI WENG

12

by Dr. Idris Mansor

Please tell us more about yourself and your service as a Professor at USM.

I am a professor of Physical Geography in the School of Humanities, Universiti Sains

Malaysia. My areas of expertise are Physical Geography, Hydrology, Weather &

Climate, and Water Resources & Hazards Management. I am an advisor to

Government agencies, private companies and NGOs in the field of Hydrology,

Climate, Environment & Water Resources Studies. Past and current attachments

include: Visiting Academic of Middlesex University (UK), Executive Director of the

International Water Resources Association (IWRA), Member of the International

Association of Hydrological Sciences (IAHS), and Director of The International

Emergency Management Society (TIEMS). I was awarded the Fulbright Scholar

Programme to conduct research and teaching at the University of Memphis, Tennessee,

USA from October 2000 to March 2001. I was also awarded the Malaysian Exchange

Researcher For FY 2002 JSPS-VCC Cooperative Program (Environmental Science,

Engineering & Ethics) by the Malaysian and Japanese Governments via the Institute of

Research Management and Consultancy University of Malaya from 1-10 November

2002. I was also awarded the “Pingat Kelakuan Terpuji” (Medal For Outstanding

Service) by The Penang State Government on 14 July 2005. Then from 1st May 2006 to

30 April 2007 I was awarded a Post-Doctoral Research Fellowship (as Visiting

Professor) under the CIDA-AIT Partnership, SEA-UEM Project, Asian Institute of

Technology. I have been a recipient of the Sijil Perkhidmatan Cemerlang in USM 3 times - in 1995, 2000 and 2011.

Most recently I was the winner of the Asia Water Management Excellence Awards 2010 Individual Category (National).

This was awarded by the Asian Water Magazine and the Asiawater Organising Committee (which includes the

International Water Association, The Malaysian Water Association, Ministry of Energy, Green Technology and Water,

Malaysia and MAMB Exhibitions) at the Asia Water 2010 Conference & Exhibition, 6-8 April 2010, Kuala Lumpur

Convention Centre. This is Asia's most prestigious water industry awards and is held in conjunction with the Asia Water

Expo & Forum. The award is given to water professionals who have contributed significantly to the field of water

science in terms of development, innovation and conservation towards the sustainability of water resources.

What are some of the sporting activities in which you have participated throughout your time at USM? How did you

get involved?

I have been active in sports ever since my school days. I represented my school in football, badminton and athletics

(cross country running). However, when I was in university, I took up squash and have been in love with the game ever

since. When I joined USM in 1986, I took up squash seriously and trained hard to represent Penang State in the years

1998 to 2000. I was appointed by the Unit Sukan to be USM’s squash coach from 1986 to 1992. Then I went to

Middlesex University (UK) for my PhD studies from 1992 to 1995. I represented Middlesex University in squash from

1992 to 1995, and was also their squash coach. Middlesex University won the South East England Inter-University

Squash Team title in 1994. After I returned to USM in 1995, I resumed as USM squash coach and have coached Lianne

David and Cheryl David, the two elder sisters of Nicol David, current world number 1 in squash.

Are you still active in squash? What was your most recent

involvement in squash tournaments?

I still play squash on a social basis with colleagues in USM.

However, I have stopped coaching since 2005 when squash was no

longer included as a team sport in the inter-university/IPT games.

I have not taken up any new sports.

Page 13: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

PERSONALITI SUKAN PPIK: PROFESOR CHAN NGAI WENG

13

What are some of the highlights of your achievements in squash?

I won the Malaysian Avis Regional Novices Championship 3rd Place (Bronze) in 1983. I was USM Staff Squash Champion

many years, too many for me to remember - from 1986 to 1999. I also won the Inter-University Staff Squash Individual

Title twice: in 2002 when we played at UIA and in UM in 2004. When I was on sabbatical at the Asian Institute of

Technology (AIT) in 2007, I won the AIT Open Squash Championship beating all the staff and students in the

process. In USM, I have been awarded the Sijil Penghargaan Kategori Sukan – Hari Warga Staf 2003 (Award for

Distinguished Service in Sports). This certificate was awarded by Universiti Sains Malaysia in 2003. I also received the

Outstanding Coach award (for USM Squash Team) on USM Sports Award Night 2003/2004. This again was awarded

by Universiti Sains Malaysia, on 13 February 2004.

What hopes and aspirations do you have for this sport?

My number 1 dream is to see USM build a fully-equipped Squash Centre,

much like what UKM has at the moment. USM’s squash facilities are

currently in a poor state.

Secondly I would like to train and produce a future squash champion like

Nicol David. I intend to keep myself fit and train children in squash when I

retire. Hopefully, my two adopted kids Alexa (now 5) and Arthur (now 4)

will take up the sport. Who knows? They may be the future Nicol David.

Do you have any words of advice or encouragement for the staff of PPIK?

My advice to all PPIK colleagues is to be humble and be respectful to each other, especially to our seniors. Be hard

working, volunteer for work rather than being forced to do work (by our superiors), and do not only take on work

that awards KPI. Voluntary work gives one a sense of personal satisfaction even though it has little KPI. The good news

is that USM is now beginning to recognise the value of voluntary/social work. It is also important to learn from the

seniors for they can certainly teach you a thing or two. I benefited tremendously from the teachings and advice of my

seniors. Learn from their experience (and mistakes) so that you will not commit the same errors. Do not be too

calculating when it comes to work. If you help someone today, they will reciprocate another day. Even if they don’t,

we would still feel good to have helped someone. Keep doing research, write and publish. You will get to the top one

day.

Page 14: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

14

ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK

Page 15: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

15

ANAK CUCU WARGA PPIK

SELAMAT BERTUGAS DI PPIK 2012

SEKALUNG PENGHARGAAN

Nama: Faridah Bharum

Jawatan: Penolong Pendaftar

Tarikh mula bertugas di PPIK: 1 Ogos 2012

Tempat bertugas sebelum ini: Unit Kemasukan

Nama: Noraida Mad Naser

Jawatan: Penolong Pendaftar

Tarikh mula bertugas di PPIK: 2008

Tempat bertugas sekarang: Unit SENAT

Page 16: BULETIN - hum.usm.my · PDF file3 JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012 Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari

16

RESEPI PILIHAN

PEMAKLUMAN

Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin

ANTARA bagi edisi yang akan datang.

Buletin ANTARA Edisi 6 [Oktober - Disember 2012] akan diterbitkan pada awal Januari 2013. Pihak editor

mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.

Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]

Sekian, terima kasih.

Disesuaikan dari: http://www.tiffinbiru.com/search/label/Pencuci%20Mulut

BAHAN-BAHAN (A)

5 gram agar2 serbuk

60 gram gula melaka, potong kecil*

3 camca besar gula

1 helai daun pandan, disimpul

650 ml air

Sedikit pewarna coklat

Gula (extra)

BAHAN-BAHAN (B)

5 gram agar2 serbuk

250 ml pati santan

400 ml air

1 camca besar gula

1 helai daun pandan, disimpul

Garam secukup rasa

BAHAN LAIN

Cendol secukupnya.

CARA MEMBUATNYA:

1. UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air, masak

hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga

mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan

dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran

7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.

2. UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak

hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan

biar suam.

3. UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu,

kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya

hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong

dan hidangkan sejuk..

AGAR-AGAR CENDOL