ppik 2

7
7/14/2019 PPIK 2 http://slidepdf.com/reader/full/ppik-2-562533381fdb3 1/7 PISMP SEM 5 SCE 3109 1  Ahli Kumpulan: Noor Fatinah Mohd Rusli, Rosalina Zafirah Rozali, Tan Hui Er Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 2 Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor Haba  Anda dibekalkan dengan 1 kg  – blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar. 1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik. EKSPERIMEN: TEORI: Penebat ialah bahan yang sukar untuk mengalirkan tenaga seperti haba, elektrik, cahaya dan bunyi untuk melalui bahan tersebut. Antara contoh penebat yang baik seperti kayu, pasir, air, getah, kapas, kertas, plastik, kaca dan udara. Oleh itu, pemegang senduk atau sudip diperbuat daripada plastik kerana plastik tidak mudah mengalirkan haba. Jadi ia digunakan untuk mengacau makanan yang panas tanpa merasa panas dan melecur. Konduktor ialah bahan yang mudah mengalirkan tenaga. Jadi tenaga boleh mengalir dengan mudah melalui konduktor. Antara contoh konduktor yang baik seperti logam, tembaga, aluminium, perak dan besi. Oleh itu, aluminium digunakan untuk membuat periuk kerana boleh mengalirkan haba dengan baik. MASALAH: Untuk mengenalpasti konduktor dan penebat yang baik? TUJUAN: Menyiasat kebolehan aluminium sebagai konduktor haba yang baik manakala air sebagai penebat haba yang baik.

Upload: fatinah-r

Post on 19-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

PISMP SEM 5

PISMP SEM 5SCE 3109

Ahli Kumpulan: Noor Fatinah Mohd Rusli, Rosalina Zafirah Rozali, Tan Hui ErPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 2Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor HabaAnda dibekalkan dengan 1 kg blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar.1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik.EKSPERIMEN:TEORI:Penebat ialah bahan yang sukar untuk mengalirkan tenaga seperti haba, elektrik, cahaya dan bunyi untuk melalui bahan tersebut. Antara contoh penebat yang baik seperti kayu, pasir, air, getah, kapas, kertas, plastik, kaca dan udara. Oleh itu, pemegang senduk atau sudip diperbuat daripada plastik kerana plastik tidak mudah mengalirkan haba. Jadi ia digunakan untuk mengacau makanan yang panas tanpa merasa panas dan melecur.Konduktor ialah bahan yang mudah mengalirkan tenaga. Jadi tenaga boleh mengalir dengan mudah melalui konduktor. Antara contoh konduktor yang baik seperti logam, tembaga, aluminium, perak dan besi. Oleh itu, aluminium digunakan untuk membuat periuk kerana boleh mengalirkan haba dengan baik.MASALAH:Untuk mengenalpasti konduktor dan penebat yang baik?TUJUAN:Menyiasat kebolehan aluminium sebagai konduktor haba yang baik manakala air sebagai penebat haba yang baik.

HIPOTESIS:Aluminium adalah konduktor yang baik manakala air adalah penebat yang baik.BAHAN:a) 1 kg bongkah aluminiumb) 1 kg air dalam bikarRADAS: a) Pemanas air 60 Wattb) Kaki retortc) Termometerd) Jam randikPROSEDUR: 1. Aira) 1kg air yang diisi ke dalam bikar dan suhunya diukur menggunakan termometer.b) Pemanas air disokong oleh kaki retort dan suis dihidupkan.c) Selepas pemanas air mulai panas, ia dimasukkan ke dalam bikar berisi air dan masa dicatatkan menggunakan jam randik. d) Selepas 10 minit suis ditutup, air dikacau dan suhu diukur menggunakan termometer.e) Pemanas air dibiarkan sejuk.

2. Aluminiuma) Termometer dimasukkan di dalam lubang kecil pada bongkah aluminiumb) Pemanas air disokong oleh kaki retort dan suis dihidupkan.c) Selepas pemanas air mulai panas, termometer dimasukkan ke dalam lubang kecil pada blok aluminium dan masa dicatatkan menggunakan jam randik. d) Selepas 10 minit suis ditutup dan suhu diukur.

KEPUTUSAN :CatatanBahanMaterialsSuhu awal (C)Suhu akhir ( selepas10 minit)(C)Perbezaan Suhu(C)

1kg blok aluminium

1 kg air

KESIMPULAN:Hasil daripada keputusan eksperimen di atas, dapat dibuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba manakala air bertindak sebagai penebat haba yang baik.

Apakah bahan yang mempunyai muatan haba yang lebih tinggi? Bincangkan . Air mempunyai kapasiti yang lebih tinggi. Hal ini kerana air boleh menyimpan lebih banyak haba berbanding aluminium. Ini dapat dibuktikan melalui kadar masa pemanasan air dan aluminium iaitu peningkatan suhu air lebih lambat dibandingkan dengan aluminium. Air mempunyai muatan haba tentu yang lebih tinggi berbanding aluminium kerana air mempunyai ikatan hidrogen antara molekul yang kuat.Bongkah aluminium mestilah dibalut dengan kapas untuk mengurangkan haba ke sekeliling. Selain itu, sedikit minyak dimasukkan ke dalam lubang supaya berlaku sentuhan terma antara bongkah dengan termometer. Terdapat lubang kecil pada bongkah aluminium untuk membenarkan aluminium mengembang apabila dipanaskan.Bikar dimasukkan ke dalam bekas polisterin untuk mengurangkan kehilangan haba ke sekeliling. Air dikacau setiap masa supaya suhu sentiasa seragam pada semua bahagian.Jadi air mempunyai muatan haba yang lebih tinggi berbanding aluminium. Aluminium mempunyai muatan haba tentu yang kecil yang membolehkannya mudah menyerap dan membebaskan haba dengan mudah. Air pula boleh menyerap tenaga haba dalam kuantiti yang besar tanpa mengalami peningkatan.

Di akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut:1) Apakah yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti ini?Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari dan mengenal pasti bahan konduktor dan penebat dari segi pengaliran haba. Kedua-dua bahan ini mempunyai perbezaan dari segi muatan haba. Air yang menunjukkan peningkatan haba yang rendah merupakan penebat haba yang baik. Manakala aluminium yang menunjukkan peningkatan haba yang cepat merupakan konduktor haba yang baik. Selain itu, saya mendapati dan mempelajari bahawa tiada kaitan antara pengaliran haba dan muatan haba tentu. Ini kerana pengetahuan dan skema saya sebelum ini menganggap bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang tinggi boleh mengalirkan haba dengan baik namun konsep tersebut adalah salah. Ini menimbulkan perasaan ingin tahu jadi saya menambahkan bahan bacaan dan mengesahkan bahawa tiada perkaitan antara pengaliran haba dengan muatan haba tentu.2) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang melibatkan tajuk ini?Tahun: 4Tema: Menyiasat BahanTopik: Ciri-ciri BahanObjektif Pembelajaran: Memahami ciri-ciri bahan.Hasil Pembelajaran: Murid dapat mengenal pasti bahan yang boleh mengalirkan haba. Murid dapat menyatakan apa itu konduktor. Murid dapat menyatakan apa itu penebat. Murid dapat membuat generalisasi konduktor haba yang baik juga merupakan konduktor elektrik yang baik.3) Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mencadangkan murid menjalankan eksperimen untuk mengetahui konduktor dan penebat haba untuk menjalankan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menyediakan bahan. Guru juga dapat menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan di mana murid-murid akan berbincang mengenai konduktor dan penebat dan seterusnya guru akan membetulkan pengetahuan sedia ada murid yang silap jika sekiranya ada. Guru juga dapat membuat aktiviti mengumpulkan maklumat daripada sumber buku atau internet tentang konduktor dan penebat haba ini. Aktiviti ini membolehkan pelajar untuk memahami konsep konduktor dan penebat haba. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kerja berkumpulan semasa menjalankan eksperimen dan perbincangan. Aktiviti menghasilkan pelbagai idea dan pendapat turut memotivasikan pelajar supaya berfikir secara kreatif.

4) Apakah peranan anda sebagai guru bagi aktiviti ini?Guru akan bertindak sebagai fasilitator aktiviti ini di mana guru akan merangsang pemikiran murid untuk mengenal pasti konduktor dan penebat haba yang baik. Guru juga akan bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan semua murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Guru juga menjadi seorang yang memberi penerangan kepada murid-murid apabila idea yang diberikan oleh murid adalah salah daripada teori yang sepatutnya. Semasa menjalankan aktiviti ini, guru berperanan sebagai penasihat atau penyampai ilmu dan pembimbing, iaitu mengajar pelajar tentang sesuatu proses dan membimbing mereka sepanjang menjalankan sesuatu aktiviti. Guru juga berperanan sebagai pemantau yang memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada murid semasa mereka mengalami sesuatu masalah dalam pelajaran.Selain itu, guru juga berperanan sebagai pendorong. Guru harus selalu memotivasikan murid dan menggalakkan mereka supaya mereka selalu bersemangat dan berasa yakin dalam mempelajari sesuatu dan menimba ilmu pengetahuan baharu. Semasa menjalankan aktiviti, guru juga memainkan peranan sebagai penyedia bahan dengan menyediakan bahan-bahan dan menjelaskan langkah-langkah tugasan kepada murid supaya mereka faham dan dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan sempurna.

Rujukan:Tanpa pengarang (2014). Pengembangan Pepejal. http://physics.stackexchange.com/questions/12599/will-a-hole-cut-into-a-metal-disk-expand-or-shrink-when-the-disc-is-heated Dilayari pada 7 Januari 2014.Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat. http://jomcariilmu.blogspot.com/2011_06_01_archive.html Dilayari pada 7 Januari 2014.Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat. http://lets-explore-science.blogspot.com/2012/11/bahan-konduktor-dan-bahan-penebat.html. Dilayari pada 7 Januari 2014.Tanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat. http://sainstahunempat.blogspot.com/2013/05/konduktor-atau-penebat.html. Dilayari pada 7 JanuariTanpa pengarang (2014). Konduktor dan Penebat. http://prezi.com/pgsqid56vvxk/konduktor-haba-dan-penebat-haba/. Dilayari pada 7 Januari 2014.

2