politik dan sukan

10
Kebaikan dan keburukan politik dan sukan

Upload: peisi-ong

Post on 16-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kebaikan dan keburukan politik dan sukan

TRANSCRIPT

  • Kebaikan dan keburukan politik dan sukan

  • Politik mempunyai pengaruh yang kuat dalam sukan di negara kita. Kita sering mendengar berita mengenai campur tangan politik dalam sukan tanah air.Campur tangan termasuklah program pembangunan sukan, menyelesaikan konflik dalam persatuan sukan, pemilihan peserta, hal-hal elaun dan gaji atlet serta lain-lain lagi.

  • Kebaikan Dari sudut positif, kita melihat kepada perkembangan sukan di kampung, daerah dan juga peringkat negeri.Jika kita dapat lihat , kebanyakan program sukan memerlukan sumbangan kewangan untuk menjayakan program tersebut.Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana ianya realiti dan berlaku pada masa sekarang. Begitu juga di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian. Semenangnya dana diperuntukkan untuk menjayakan satu-satu program.Namun begitu, sumbangan daripada pihak luar amat ditagih terutamanya bagi institusi pengajian. Jadi, ahli-ahli politik dicari untuk membantu dalam melancarkan program yang dirancangkan .

  • Sebilangan besar badan-badan sukan di Malaysia, diketuai dan dimpimpin oleh orang berpengaruh dalam politik atau korporat. Badan sukan tersebut memperoleh kelebihan menganjurkan sesuatu kejohanan atau pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Mereka juga berupaya menambah sumber kewangan dan memajukan badan sukan tersebut. Cara ini juga dapat memudahkan laluan dalam hal berkaitan birokrasi, mencari penaja dan sekaligus menjadikan badan sukan itu disegani.Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan penglibatan golongan ini, namun pada hakikatnya ia lebih banyak menguntungkan badan-badan sukan itu sendiri.

  • Membantu melancarkan program sukanMembantu meningkatkan kecekapan atlet (ISN)Memberi kemudahan lengkap kepada atlet untuk berlatih

  • Keburukan Dari sudut negatif pula, apabila terdapat perbezaan fahaman politik, sukan dan atlet-atlet akan menjadi mangsa keadaan.Perkara inilah yang akan merencatkan perkembangan sesuatu sukan. Isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun juga berlaku di luar negara. Jika kita lihat di Malaysia isu mengenai kedatangan pasukan bola sepak Chelsea menjadi isu apabila terdapat warga Israel dalam pasukan tersebut. Perkara ini menjadi negatif apabila peluang pasukan bola sepak Malaysia untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada kelab terkemuka dunia terbantut.Isu ini sebenarnya tidak perlu timbul kerana mereka datang ke sesuatu tempat untuk mengembangkan perancangan sukan yang telah diatur dan bukannya untuk menimbukan masalah.

  • Politik dalam sukan juga wujud apabila berlakunya perebutan kuasa antara ahli untuk memimpin sesebuah pertubuhan atau persatuan sukan. Hal ini menyebabkan wujudnya keadaan berpuak-puak, bertentangan pendapat dalam pentadbiran badan sukan tersebut. Sekiranya seseorang itu berjaya menjawat penting dalam sesebuah badan sukan, dia akan menaikkan nama dan populariti pemimpin persatuan tersebut di samping berjaya memperoleh habuan yang istimewa jika pasukan di bawah naungannya berjaya.Ada juga pihak yang sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk wang, lobi-melobi dan mencari publisiti murahan untuk memenangi jawatan tersebut.

  • Berita pertelingkahan atau perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai dalam sesuatu badan sukan sering dipaparkan dalam akhbar.

  • http://www.roketkini.com/2011/11/25/sukan-vs-politik-%E2%80%93-sukan-sering-menjadi-mangsa-oleh-fairuz-azhan/http://www.slideshare.net/AmoreLily/pjm-3112-isu2-dalam-sukanhttp://www.slideshare.net/RamlifazilaRazi/pendidikan-jasmani-11514591

  • Rumusan Politik dan sukan merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan terutama di Malaysia.Penglibatan politik dalam sukan sememangnya perlu.Tetapi politik yang melampau mampu memusnahkan bidang sukan tersebut.Konklusinya, politik adalah penting di dalam sukan tetapi sukan tidak perlu dipolitikkan.

    Perlukan duit yg byk dalam sukan: tempat, peralatan, sumber, publisiti..*Perdana menteri dan menteri belia dan sukan *Rakyat msia tersekat utk ke luar ngr mendpt ilmu *Beza pendapat: pilih aset, prestasi atlet yg merosot, pelantikan jurulatih, disipin atlet, elaun atlet *