gmga1024 politik dan pentadbiran

Upload: anonymous-swvmcln

Post on 29-Feb-2016

156 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah mengenai politik dan pentadbiran yang telah berlaku di malaysia dan bagaimana penyelesaiannya

TRANSCRIPT

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 1024

POLITIK DAN PENTADBIRAN

TAJUK:

SISTEM DUA PARTI: SEJAUHMANAKAH AMALANNYA DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH:

ISI KANDUNGAN

1.1PENGENALAN

2

1.2DEMOKRASI

4

1.3CIRI-CIRI DEMOKRASI

6

1.4SISTEM PARTI

8

1.4.1Konsep Dua Parti

10

2.1AMALAN SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA

11

2.1.1Trend Pilihanraya Umum Ke-12

11

2.1.2Malaysia Menuju Ke Arah Sistem Dua Parti

14

2.1.3Maufakat

17

3.1MUNCUL KUASA POLITIK BARU DALAM SISTEM

POLITIK MALAYSIA

20

3.2PERBANDINGAN AMALAN SISTEM PARI DI A.S

21

3.2.1Amalan Sistem Dua Parti di A.S

21

3.2.2 Kelebihan Pilihnraya A.S Yang Bercirikan

Demokrasi

22

4.1KELEBIHAN SISTEM DUA PARTI DI A.S DALAM

PELAKSANAAN DI MALAYSIA

23

4.2PENIALAIN SISTEM DUA PARTI BERDASARKAN

KEHENDAK DAN KEMAMPUAN MEREKA

26

5.1KESIMPULAN

27RUJUKAN

30

SISTEM DUA PARTI: SEJAUHMANAKAH AMALANYA DI MALAYSIA1.1PENGENALANPolitik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem politik Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimana amalan demokrasi harus disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid syara belum sampai ke tahap matang.Setelah melalui 12 Pilihanraya Umum, Malaysia sekarang bersedia untuk menghadapi Pilihanraya yang ke 13 seolah-olah sudah wujud sistem dua parti di negara ini. Walaupun perkara ini masih kabur tetapi pertembungan diantara 2 gabungan kuasa besar akan pasti merintis satu pola baru dalam dinamika politik Malaysia. Dua gabungan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen-komponen parti politik yang mempunyai ideologi dan kepentingan tersendiri. Gabungan yang dibentuk ini adalah bertujuan menguatkan semua parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. Di Malaysia, tidak ada satu parti pun yang berani berkata bahawa ia boleh menubuhkan kerajaan tanpa ikatan dengan parti-parti komponen yang lain.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional yang mempunyai satu gabungan kuat UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti lain bertembung dengan satu daripada parti pembangkang samada DAP, PAS ataupun PKR. Pertarungan diantara kerajaan dan pembangkang di gelanggang pilihanraya seolah-olah 'pipit berperang dengan garuda'. Pembangkang tidak pernah mempunyai satu gabungan yang kukuh. Hubungan diantara parti-parti pembangkang adalah lemah dan hanya sekadar menepati strategi satu lawan satu dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi, dalam pilihanraya itu, satu tsunami politik telah mengubah corak permainan politik di negara ini. Ketiga-tiga parti pembangkang yang utama telah menzahirkan satu gabungan yang nyata dan kukuh iaitu Pakatan Rakyat. Malah gabungan ini telah berjaya menubuhkan kerajaan di 5 buah negeri selepas pilihanraya tersebut. Oleh yang demikian wujudlah sistem 2 gabungan parti-parti politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Ini adalah satu perkembagan positif dan perlu diterima secara hati terbuka oleh seluruh rakyat negara kita. Ini membuktikan negara kita sedang melalui evolusi politik yang lebih matang. "apabila politik sesebuah negara sudah matang, bilangan parti-parti politik yang banyak akan menjadi semakin kurang dan menguncup", kata Ahmad Boestamam, seorang tokoh politik yang terkemuka di negara kita. Kini, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan. Mereka bukan lagi terbelenggu dengan dogma 'Barisan Nasional harus menjadi kerajaan, yang lain menjadi pembangkang'. Rakyat sedar bahawa mereka sudah mempunyai alternatif untuk mengubah kerajaan yang memerintah. Tambahan pula, Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai pembangkang juga telah membuktikan kehandalan mereka memerintah negeri-negeri di bawah kekuasaannya. Malah rekod atau prestasi pencapaian Pakatan Rakyat adalah lebih mantap dan hebat daripada negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, German dan lain-lain lagi sudah lama mengamalkan sistem 2 parti. Rakyat hanya memilih diantara 2 parti yang bertanding. Sering kali rakyat memilih secara bergilir-gilir untuk memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk memerintah negara. Rakyat dapat membuat satu penilaian yang bijak berdasarkan polisi-polisi yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Ini mewujudkan persaingan yang hebat serta melahirkan dasar-dasar negara yang membina dan bernas untuk kepentingan rakyat jelata. Tambahan pula sistem ini berpotensi untuk mengikis amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Rakyat negara kita seharusnya membuka minda menerima sistem 2 parti ini untuk pembangunan yang lebih ketara.

Sistem ini membenarkan peralihan kuasa yang licin daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini dapat membendung pemusatan kuasa yang terlampau dan terlalu lama dipegang satu pihak yang menjadi kerajaan. Sistem 2 parti ini juga korelasi dengan falsafah yang mengingatkan kita bahawa 'power corrupts, absolute power corrupts absolutely'. Sejak tsunami pilihanraya 2008, politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk memerintah negara ini. Walaupun kewujudan sistem 2 parti masih samar-samar di negara kita, tetapi pembentukan 2 gabungan politik itu sendiri boleh dianggap sebagai kematangan politik yang licau serta berjaya melakar hala tuju negara ke tahap yang lebih cegat dan cekang ( Sivakumar, 2011).1.2DEMOKRASIDari segi etimologi, demokrasi berakar kata dari perkataan Yunani iaitu Demo dan Kratia yang membawa maksud pemerintahan oleh rakyat. Menurut Syed Ahmad (1994:96-98), demokrasi bukan sahaja mementingkan aspek keadilan dankesaksamaan di dalam perlaksanaan nya, tetapi juga menitikberatkan penyertaan rakyatdi dalam proses pemilihan kerajaan. Pada umumnya demokrasi merupakan ideal pemerintahan terunggul yang dikejar oleh kebanyakan masyarakat dunia, baik masyarakat politik ataupun sivil. Secara praktisnya demokrasi bukan sahaja telah diperkenalkan oleh negara yang berpaksikankepada sistem liberalisme seperti Amerika Syarikat dan Britain, tetapi juga oleh negara-negara yang dikategorikan sebagai autolitarian yang mengamalkan sistem monarki, komunisme dan sosialisme seperti Rusia dan China. Disebabkan ini, menurut Crick (1964) Demokrasi telah menjadi perkataan yang paling kacau dalam arena hal ehwalawam. Ia telah menjadi gundik kepada semua orang (Crick 1964: 56).Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang bersih, kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi,masyarakat sivil dan pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Ini membawa maksud, walaupun sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuran ekonomi kepada rakyat dan negara tetapi jika ia mengenepikan tonggak-tonggak di atas,maka secara tidak langsung ia membawa konotasi bahawa kerajaan tersebut bersifatautokratik.Demokrasi juga dirujuk sebagai sebuah sistem berkerajaan yang berlandaskan kehendak kepada masyarakat, dalam erti kata lain masyarakat dalam sistem demokrasi bertindak sebagai pemerintah atau raja, selaras dengan maksud literal demokrasi itusendiri iaitu pemerintahan masyarakat (demokratos). Dalam usaha untuk mencapai mengekalkan atau menambahbaik sistem demokrasi ini, maka wujud beberapa ciri atau elemen penting yang menjadi angkubah kepada darjah praktis demokrasi antaranya pilihanraya, masyarakat sivil, pembahagian kuasa, keadilan sosial, parti politik,kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang dan hak serta kebebasan asasi. Ciri-ciri ini dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai penting dalam menjamin kelangsungan masyarakat dalam sistem itu sendiri. Ini kerana dengan ciri-ciri ini, sebuah masyarakat yang demokratik boleh dibentuk sekaligus berupaya untuk bersifat kritikal kepada pemerintah dan mungkin juga boleh menawarkan alternatif, pilihan atau antidote yang sesuai untuk mengatasi atau mengubati masalah atau penyakit yang dihadapi dalam pemerintahan baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial (Shively 1997 : 114). Tanpa ciri-ciri masyarakat demokratik ini, maka segala perjalanan pemerintahan Negara akan disandarkan kepada individu-individu tertentu yang terhad dari sudut bilngan dan pemikiran sekalugus memungkinkan mereka melaksanakan dasar/polisi danmembuat keputusan melalui pertimbangan yang sempit, kurang kritikal dan tidak mengambil kira kedudukan masyarakat terbanyak. Lebih teruk lagi keadaan ini cenderung untuk membuat segelintir penguasa bukan sahaja boleh terus berkuasa, malah menguatkan lagi cengkaman mereka dalam pemerintahan sekaligus menuju atau membentuk pemerintahan yang autokratik.Walaubagaimanapun, kesemua sarjana tersebut sependapat bahawa proses pendemokrasian itu perlu sebagai syarat kepada pemerintahan negara yang lebih adil dan saksama. Melihat kepada negara Amerika Syarikat, mereka sering berusaha ke arah memantapkan sistem demokrasi yang sedia ada dengan memperbaikinya dari masa kesemasa dengan memenuhi segala ciri-ciri dan sifat demokrasi yang telah ditetapkan oleh masyarakat dunia.1.3CIRI-CIRI DEMOKRASITerdapat banyak elemen yang menunjukan ciri-ciri demokrasi ini kerana demokrasi itu sendiri terlalu luas untuk diperbincangkan. Hakikatnya satu ciri terpenting demokratik adalah terdapat semangat undang-undang (spirit of the low) iaitu pengubalan undang-undang itu sendiri yang mengikat kehidupan individu dalam masyarakat dan bukan dari institusi yang diwujudkan. Ini bermakna semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi aturan undang-undang. Dalam pada itu, penekanan demokrasi yang meningkatkan kedaulatan rakyat ialah mesti wujud pergerakan atau partisipasi dalam aktiviti sosial dan politik. Ini dilihat dengan rakyat melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat. Perspektif partisipasi ini perlu dipraktikkan semaksima mungkin oleh masyarakat kerana ianya dapat mengimbangi kelemahan kerajaan, kerana ia akan menjadi mata ketiga dalam melihat perjalanan pentadbiran oleh kerajaan yang dipilih. Selain itu, masyarakat homogen juga ciri yang terdapat dalam demokrasi yang subur. Dalam erti kata lain masyarakat homogen adalah masyarakat yang lebih mudahdan bersedia untuk persetujuan politik (political consensus) dan ini dapat menentukan persoalan keabsahan politik (political legitimacy). Institusi kerajaan yang disokong oleh rakyat seharus mempunyai institusi demokratik dan perlembagaan di mana perkara- perkara yang berkaitan dengan hal mengundi untuk semua, penubuhan dewan-dewan perundangan melalui proses pilihanraya, pelantikan ketua eksekutif oleh rakyat dan mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan. Perlembagaan perlu juga memperuntukan kewujudan satu badan kehakiman yang benar-benar bebas bagi mempertahankan hak-hak asasi warganegara agar tidak dicabuli.Demokrasi juga berpegang kepada prinsip-prinsip persaingan, pilihan dancampurtangan kerajaan yang minima walaupun ia mendorong kepada demokrasi liberal.Sistem demokrasi juga lebih berjaya apabila pengagihan kekayaan negara yang adil dalam masyarakat. Dengan memiliki status ekonomi lebih baik juga merupakan ciridemokrasi dimana orang ramai lebih bersedia untuk mempertingkatkan ilmu pengatahuan. Tahap literasi yang tinggi menyebabkan warganegara lebih bersedia untuk mendokong demokrasi. Rakyat yang berpendidikan dan berpengatahuan akanmengetahui hak-hak mereka dan tanggungjawab sivik1.4SISTEM PARTI

Terdapat dua sebab mengapa, dalam pengkelasan sistem parti adalah penting.

i. Sistem parti secara umum membincangkan bagaimana anda tahu mengenai pertandingan serta kerjasama antara pihak-pihak yang berbeza dalam sistem tersebut.

ii. Satu usaha pengkelasan sistem parti adalah penting dan kerna system membantu menyediakan pemahaman berguna kepada seoseorang bagaimana ia berfungsi. Dalam hal ini ia merupakan satu perjalanan atau kaedah dalam mengenal pasti sesuatu identiti mengenai sesebuah partiDua perkara yang ini penting mengapa mengklasifikasikan sistem parti dianggap sebagai langkah yang penting untuk membandingkan pelbagai sistem dalam parti (Ware, 1996:147). Kerana melaluinya masyarakat boleh menentukan dasar atau konsep yang dibawa dalam demokrasi liberal dalam sesebuah sistem politik, yang boleh menentukan arah tujuan mereka dan kemampuannya dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.Pada pandangan sarjana seperti Carl J. Friedrich, parti politik adalah sekelompok manusia berorganisasi secara stabil dengan tujuan merenut atau mempertahankan penguasaan terhadap pemerintahan bagi pimpinannya partinya dan berdasarkan penguasaan ini memberi manfaat kepada anggota partinya yang bersifat adil ataumaterial.Dalam sistem demokrasi, parti adalah elemen utama untuk menjalankan proses pilihanraya. Sistem parti boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sistem satu parti, sistem parti dominan, sistem dua parti dan sistem banyak parti. Sistem satu parti kebanyakan terdapat di negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian. Dalam negara totalitarian kiri iaitu komunis cuma satu parti sahaja wujud dan dibenarkan di negara tersebut. Sebagai contoh, di Republik China, Korea Utara dan Cuba.Selain itu, sistem parti dominan merupakan situasi terdapat sistem banyak partitetapi Cuma satu parti sahaja yang menang atau sentiasa memenangi pilihanraya danmemerintah negara. Di antara negara-negara yang terdapat satu parti dominan ialah Malaysia, India (parti dominannya ialah Parti Kongres), Mexico (InstitutionalRevolutionary Party) dan lain-lain lagi.Sistem banyak parti merupakan situasi dimana terdapat banyak parti yang berjayamenghantar wakilnya sehingga memenangi pilihanraya dan tidak terdapat parti yangmemenangi majoriti serta berjaya membentuk kerajaan. Atas faktor ini, seringdiwujudkan kerajaan campuran bagi negara seperti ini. Sebagai contoh, negara yang mengamalkan sistem ini seperti Denmark, Holland, Itali, Brazil dan Belgium. Sistem dua parti merupakan kerelevanan kewujudan parti tersebut disamping adanya parti-parti lain. Ini bermakna hanya dua parti sahaja yang memenangi pilihanraya dan berjaya membentuk kerajaan. Di antara negara yang terdapat sistem dua parti ialah Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand. Di Britain, dua parti yang sering bertukar ganti memerintah negara tersebut ialah Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di AmerikaSyarikat pula, dua parti utama ialah Parti Republikan dan Parti Demokrat yang menjadi parti yang mendominasi setiap kali pilihanraya diadakan.1.4.1Konsep Dua PartiSatu sistem dua parti adalah satu sistem di mana dua parti politik utama menguasai mengundi di hampir semua pilihan raya di setiap peringkat kerajaan dan, hasilnya, semua atau hampir semua pejabat dipilih adalah ahli salah satu daripada kedua-dua pihak utama. Di bawah sistem dua parti, salah satu daripada kedua-dua pihak biasanya memegang majoriti dalam badan perundangan dan biasanya dirujuk sebagai parti majoriti manakala yang lain adalah parti minoriti. Walaupun istilah sistem dua parti adalah agak tidak tepat dan telah digunakan di negara-negara yang berbeza bermakna perkara yang berbeza, terdapat persetujuan besar bahawa sistem dianggap bersifat dua parti apabila keputusan pilihan raya menunjukkan konsisten bahawa semua atau hampir semua yang dipilih pegawai hanya tergolong kepada salah satu daripada kedua-dua pihak utama, seperti di Amerika Syarikat. Ini boleh membawa kepada langkah-langkah nondemocratic yang mengurangkan akses undi bagi pihak lain. Dalam kes ini, peluang untuk calon-calon pihak ketiga yang memenangi pilihanraya untuk apa-apa jawatan adalah jauh, walaupun ia adalah mungkin untuk kumpulan dalam parti yang lebih besar, atau dalam pembangkang kepada satu atau kedua-duanya, untuk mengenakan pengaruh ke atas kedua-dua pihak utama.Terdapat dua pihak bersaing untuk berkuasa. Dalam hal ini pihak yang menang akan memerintah, dan pihak yang kalah akan menjadi pembangkang yang setia. Keadaan ini boleh dilihat dalam proses piliharanya ke 12. Di mana parti-parti kerajaan dan pembangkang telah bergabung atas satu perjuangan dan wujud perlawanan dua penjuru iaitu parti pemerintah atau Barisan Nasional dan parti pembangkang yang dikenali Pakatan Rakyat yang begitu banyak. Jika PRU sebelumnya wujud perlawanan 3 penjuru terutama membabitkan parti lawan kini menjadi trend perlawanan hanya membabitkan 2 penjuru iaitu pemerintah dan pembangkang.2.1AMALAN SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA KINI

2.1.1Trend Pilihanraya Umum Ke-12Perubahan keputusan pilihan raya ke 12 (2008) ini dapat dilihat dengan jelas dari segi keputusan parlimen dimana Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi dan BN mendapat 140 kerusi (semua kerusi parlimen berjumlah 222). Peningkatan yang besar dicapai oleh PKR iaitu daripada 1 kerusi 2004 kepada 31 kerusi dan PAS daripada 7 kerusi dalam pilihan raya 2004 kepada 23 kerusi. Parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC merosot pencapaiannya, iaitu UMNO 79 kerusi (daripada Perubahan keputusan pilihan raya ke 12 (2008) ini dapat dilihat dengan jelas dari segi keputusan parlimen dimana Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi dan BN mendapat 140 kerusi (semua kerusi parlimen berjumlah 222). Peningkatan yang besar dicapai oleh PKR iaitu daripada 1 kerusi 2004 kepada 31 kerusi dan PAS daripada 7 kerusi dalam pilihan raya 2004 kepada 23 kerusi. Parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC merosot pencapaiannya, iaitu UMNO 79 kerusi (daripada Daripada perkembangan ini dapat dilihat telah wujud dua parti politik/gabungan parti politik yang dapat dilihat sebagai asas kepada pembentukan dua parti. Dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini tidak wujud pakatan yang jelas di antara parti-parti politik pembangkang seperti yang berlaku dalam pilihanraya 2008 (Mohd Noor Yazid). .

Jadual 1Apakah yang sedang berlaku dalam politik dan keputusan pilihan raya Malaysia kini dilihat

oleh penulis sebagai satu proses awal kepada pembentukan sistem politik dua parti seperti yang diamalkan di ating-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sama ada perkembangan ini menjadi ating atau tidak ianya sedang menuju kepada pembentukan dua parti adalah mempunyai hubungan atau bergantung kepada ating-faktor seperti berikut: Pertamanya, adakah keputusan pilihan raya ke-12, 8 Mac 2008 yang lalu akan terus kekal dalam pilihan rayapilihan raya akan ating; Pengekalan keputusan pilihan raya seperti yang berlaku pada 8 Mac itu dilihat penting ating pembentukan sistem dua parti. Kedudukan pembangkang: kerajaan pada kedudukan 82:140 adalah suatu yang penting sebagai asas permulaan. Ini dilihat bahawa pihak kerajaan tidaklah begitu kuat kedudukannya, manakala pihak pembangkang juga tidak pula dilihat sebagai satu kedudukan yang sangat lemah. Keadaan akan lebih baik jika jurang perbezaan pembangkang: kerajaan itu menjadi lebih kecil sedikit (misalnya 20, iaitu pada kedudukan 102:129). Pembentukan sistem dua parti akan terbantut jika keputusan pilihan raya akan ating pihak pembangkang tidak dapat mengekalkan apa yang dicapai sekarang iaitu 82 ahli parlimen. Jadi disini kita harus meneliti bahawa pencapaian pembangkang sekarang berasaskan satu sebab-sebab semasa tertentu atau memang pengundi Malaysia telah mencapai satu tahap kematangan tertentu dalam proses awal mewujudkan sistem dua parti.

Jadual 2Kedua, kekuatan gabungan dan pakatan rakyat, sama ada akan terus kuat atau berpecah/ menghadapi masalah dalam masa yang terdekat; Komponen parti-parti Pakatan Rakyat (iaitu PKR, PAS, DAP) adalah terdiri daripada parti-parti politik yang mempunyai asas dan latarbelakang yang berbeza. Misalnya di antara PAS dan DAP mempunyai asas falsafah yang berbeza. PAS berasaskan kepada Islam dan bercita-cita membentuk Negara Islam dalam jangkapanjang. Falsafah PAS ini sangat berbeza dengan dasar perjuangan DAP. PKR juga dalam beberapa aspek berbeza dengan PAS kerana ianya berasakan kepada keadilan untuk semua yang tidak berasaskan kepada bangsa dan agama tertentu yang jelas. Persoalan ini penting kerana jika pakatan ini berpecah maka kekuatan Pakatan Rakyat akan hilang dan pakatan yang kuat serta berupaya bagi menandingi Barisan Nasional akan hilang. Misalnya pihak PAS tidak akan menyokong pembentukan sebuah kerajaan yang terdiri daripada ramai anggota yang bukan-Islam dan tidak melindungi kepentingan hak-hak kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Jadi faktor atau falsafah umum yang dapat diterima oleh semua anggota Pakatan Rakyat yang dapat merapatkan hubungan adalah penting (Mohd Noor Yazid, 2008).

Jika trend dan struktur keputusan dalam pilihan raya akan datang tidak banyak berubah, kemungkinan sistem dua parti itu akan terbentuk, tetapi jika perubahan mendadak berlaku dan trenda asal keputusan pilihan raya sebelum ini kembali semula (Barisan Nasional menang besar, Pakatan Rakyat kalah teruk semula) maka sistem dua parti tidak mungkin terbentuk dalam masa terdekat ini. Sebaliknya jika PR terus diterima pengundi maka sistem dua parti akan lebih mungkin terbentuk. Mahu tidak mahu kalau kita benar-benar impikan tahap Negara maju, maka sistem dua parti adalah salah satu unsur yang mungkin berlaku kerana ianya adalah sebahagian daripada apa yang berlaku/ ciri-ciri Negara maju. Kebangkitan pihak pembangkang bukan dilihat kerana adanya kelemahan pihak kerajaan, tetapi bagi pembentukan sebuah kerajaan yang lebih baik.2.1.2Malaysia Menuju ke Arah Sistem Dua Parti

Jika kita berpeluang mengkaji sistem politik bagi negara dunia pertama, maka kita akan mendapati majoritinya mengamalkan sistem dua parti di mana kedua-kedua parti politik mempunyai peluang seimbang untuk memenangi pilihanraya. Sekiranya kita ingin mengambil contoh, maka dilihat Amerika Syarikat merupakan misal terbaik dalam mengamalkan sistem dua parti ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi Parti Democrat dan Parti Republican untuk bergilir-gilir menerajui tampuk pemerintahan Amerika kerana faktor keseimbangan peluang sebagaimana yang disebutkan tadi.

Penulis berpendapat sistem dua parti dapat membawa kebaikan kepada rakyat kerana ianya akan mewujudkan check and balance di dalam pentadbiran kerajaan kerana kebiasaannya parti yang memenangi pilihanraya hanya akan menang dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, maka ia akan menjadikan parti yang kalah dapat bertindak sebagai pembangkang yang kuat bagi mengawal kerajaan agar telus di dalam pentadbiran serta tidak boleh meminda perlembagaan negara dengan sesuka hati tanpa memperolehi persetujuan dari parti pembangkang. Dengan kata lain, pembangkang dapat memberikan peranan yang begitu besar dan bermakna di dalam sistem tersebut.

Di samping itu, dengan kewujudan pentadbiran kerajaan yang telus membawa kepada impak yang tidak sedikit kepada ekonomi negara pengamal sistem dua parti seperti peluang untuk menghasilkan pelaburan terus dari luar negara yang besar kerana pelabur mengambil berat status bersih rasuah sesebuah negara itu sebelum melabur.Dalam konteks Malaysia, sistem dua parti boleh dilihat sebagai jalan terbaik untuk meneruskan pembangunan politik yag telah dilalui oleh negara ini. Sistem ini dapat menawarkan kebebasan memilih yang paling tinggi kepada warganegara dan seterusnya mengelakkan negara dari dikuasai secara mutlak oleh mana- mana pihak. Penulis mendapati antara halangan ke arah kelahiran sistem ini ialah sifat perkauman yang masih menebal, kefahaman agama yang sempit dan kedaerahan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu toleran terhadap perbezaan di antara mereka di mana cara terbaik adalah melalui pembudayaan dialog-dialog dalam bentuk intra dan inter parti, agama, budaya, dan bahasa. Di sini isu hangat yang melanda masyarakat sekarang seperti konsep Negara Islam boleh diperbincangkan dan diperdebatkan untuk difahami secara jelas dan mendalam akan kebaikannya oleh segenap lapisan masyarakat.

Dalam menjayakan sistem dua parti ini,di pihak Barisan Nasional (BN), mereka sebagai parti pemerintah perlu membuka ruang demokrasi dengan lebih luas seperti antara lain merujuk kepada Suruhanraja Pilihanraya yang telus dan bebas yang dipertanggungjawabkan terus di bawah Parlimen, proses pilihanraya yang adil dan bebas, sistem kehakiman yang juga bebas dan adil, pegawai perkhidmatan awam yang tidak memihak dan media massa yang bebas. Seterusnya sebagai parti pemerintah yang sudah lama berkuasa, mereka wajar menunjukkan sikap matang dan terbuka untuk menerima budaya bahawa pengundi mempunyai kuasa mutlak di dalam menentukan parti mana yang akan dipilih tanpa mengenakan sebarang ugutan kepada mereka (Abu Mujahed, 2001). Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula perlu membuktikan tanggapan umum sekarang bahawa pakatan mereka hanyalah bersifat a marriage of convenience itu tidak tepat dengan melalui bukti secara praktikal. Pertelingkahan terbuka sesama pemimpin di dalam Pakatan Rakyat perlulah dihentikan di mana ia sewajarnya diselesaikan di meja rundingan sebagaimana yang diamalkan oleh BN. Manifesto Bersama Pakatan Rakyat dirasakan mampu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan terbaru negara. Kerjasama Pakatan Rakyat juga mesti dimantapkan sehingga ke peringkat akar umbi di mana ahli- ahli di bawah dapat bekerjasama dalam mengadakan pelbagai program untuk rakyat. Seterusnya, kewujudan satu simbol sahaja yang mewakili Pakatan Rakyat khususnya di dalam setiap pilihanraya dirasakan boleh meningkatkan semangat perpaduan sesama parti komponen di mana Pakatan Rakyat diutamakan dahulu berbanding partinya sendiri. Rakyat Malaysia sedang menyaksikan, malah terlibat sama dalam satu perubahan politik tanah air kita. Buat pertama kalinya, sejak 2008, rakyat Malaysia mula mencatatkan perubahan politik negara. Rakyat Malaysia buat pertama kalinya, memberitahu kepada dunia tentang bagaimana negara ini ditadbir. Rakyat juga dengan jumlah yang besar telah bersetuju untuk memilih atau mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di mana Barisan Nasional telah kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ini adalah hak rakyat. Perubahan politik ini secara langsung akan membawa negara kita ke satu sistem politik tanahair yang baru iaitu sistem 2 parti atau 2 party system. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kerajaan monopoli ini sudah lama berakhir, lihat sajalah negara-negara demokrasi seperti England, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Mereka semunya mempunyai sistem 2 parti. Dan kita tidak perlu melihat negara yang jauh.

Kita lihat sajalah negara-negara jiran kita Thailand, Indonesia dan Philippine, mereka juga mengamalkan sistem 2 parti. Sistem 2 parti adalah baik kerana ia menggalakkan persaingan antara parti dari segi dasar-dasar dan perlaksanannnya. Ia boleh mewujudkan check dan balance. Ia adalah baik untuk rakyat. Ia adalah seperti juga persaingan antara syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna.2.1.3Maufakat BN yang bermula sebagai Parti Perikatan ditubuhkan menerusi permuafakatan antara parti-parti komponen yang beroperasi atas asas perkauman. Permuafakatan atau konsosionalime adalah pendekatan gagasan Lijphart yang mengkaji kewujudan kerajaan campuran di Malaysia yang berpandukan kepada amalan di Belgium (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Di Malaysia, BN berupaya menyatukan kesemua parti-parti yang mewakili kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di dalam satu entiti politik. Oleh yang demikian, permuafakatan BN bukan sekadar perkongsian kuasa politik, ia memberi impak sebenar dalam masyarakat majmuk Malaysia. Ia melahirkan hubungan memampas (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002) antara kaum yang berkesan khususnya antara Melayu dan Cina. Kuasa politik milik Melayu melalui instrumen paksaan negara yang sah seperti polis dan tentera membekalkan kestabilan politik dan ia dipampas oleh pembangunan ekonomi yang didominasi oleh kaum Cina (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Selain politik (perkongsian kuasa), amalan permuafakatan BN diterjemahkan dalam konteks (perkongsian) ekonomi. Menerusi BN dan dasar DEB, peluang-peluang ekonomi dan sosial dapat dikongsi bersama oleh semua kaum yang membentuk masyarakat Malaysia. Di sebalik gagasan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra, kaum bukan bumiputra tidak dihalang untuk maju. Permuafakatan BN dikenalpasti menguntungkan setiap kaum walaupun setiap parti komponen beroperasi atas asas perkauman. Oleh itu, kejayaan selama 51 tahun adalah berikutan asas penubuhan BN yang selari dengan asas politik Malaysia, iaitu perkauman. Hal ini selari dengan kontrak sosial yang didapati mempunyai asas prinsip pampasan (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002).yang mendasari perlembagaan Malaysia (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002). Dengan itu, asas perkauman yang mempunyai ciri persaingan ditumpul dan dikendurkan oleh permuafakatan yang dicirikan oleh perkongsian kuasa dan hubungan yang memampas antara parti komponen. Senario ini menyumbang kepada kestabilan politik dan kerjasama yang berterusan dalam BN. Ia dilihat sebagai satu sebab wujudnya pembentukan sistem dua parti di Malaysia.

Justeru, sifat permuafakatan BN ini memberikan kelebihan besar baginya dalam menghadapi persaingan dengan parti-parti lain di Malaysia. Wujud kesedaran tentang keperluan bermuafakat oleh parti-parti pesaing sepertimana ditunjukkan menerusi Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif (BA). Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) pada Mac 2008, muncul pula Pakatan Rakyat (PR) yang berupaya menafikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat dan menguasai lima pemerintahan negeri. Menggunakan formula BN, iaitu permuafakatan dan perkongsian kuasa, PR adalah gabungan parti pesaing yang terkuat pernah muncul dalam sejarah politik Malaysia. Namun, PR terlepas pandang tentang keperluan bermuafakat dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak sebelum PRU12. Kegagalan gagasan September 16 oleh PR menjelaskan kekuatan dan kelangsungan BN adalah kerana ciri permuafakatannya yang menyeluruh. Permuafakatan BN juga adalah kerjasama yang rapat. BN adalah entiti yang telah diperbadankan yang mempunyai struktur organisasi yang teratur. Sesuai dengan komposisi kaum, UMNO adalah parti terbesar dalam BN. Oleh itu, UMNO adalah ketua dalam BN. Presiden UMNO adalah juga Pengerusi BN. Hal ini diperakui oleh parti-parti komponen lain. Selain itu, sebagai sebuah entiti, kesemua parti menggunakan lambang yang sama ketika bersaing dalam pilihan raya. Oleh itu, BN bukan kerjasama longgar antara parti politik. la adalah entiti kukuh yang mempunyai tradisi, amalan dan hala tuju yang jelas. Di sebalik pelbagai isu yang muncul selepas PRU12 seperti lompat parti, undi tidak percaya, dan krisis kepimpinan, BN terus kukuh sebagai pemerintah dalam hal ini menuju kea rah membentuk parti pemerintah.3.1MUNCUL KUASA POLITIK BARU DALAM SISTEM POLITIK MALAYSIAPemimpin adalah manusia. Mereka mempunyai nafsu yang menghalang cita-cita mereka untuk melakukan kebaikan. Walaupun dasar dan perancangan parti amat baik, tetapi penyelewengan tetap berlaku disebabkan ada dikalangan mereka tidak dapat mengawal nafsu apabila memiliki kekuasaan dan kekayaan terbuka luas. Justeru itu kita sebagai rakyat perlu mempunyai kekuatan untuk mengawal mereka. Di samping kita memilih pemimpin yang dilihat jujur serta amanah, kita juga perlu mewujudkan sistem kawalan politik dan perundangan yang kukuh agar dapat mengawal mereka. Negara maju seperti Amerika, Jepun, Korea dan lainnya bukannya mempunyai pemimpin yang benar-benar jujur, tetapi di negara mereka wujud mekanisme politik dan perundangan yang kukuh sehingga para pemimpinnya dapat dikawal dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Negara tersebut memiliki rakyat yang matang dan akan bertindak menegur atau menghukum mereka dalam pilihanraya jika berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Sudah sampai masanya Malaysia menuju kepada politik baru dengan kita mendukung kewujudan dua sistem parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) demi kesuburan demokrasi dan kebaikan rakyat. Dengan adanya sistem dua parti ini, akan berlakunya keseimbangan dan kawalan kuasa antara kedua-dua pihak apabila mereka diberi amanah untuk memerintah. Maka merujuk kepada permuafakatan dan perjanjian ini, tiada sebab lagi bagi rakyat Malaysia terutama orang Melayu bimbang untuk membuat perubahan atau pergiliran mana-mana gagasan parti sebagai kerajaan. Cumanya, rakyat kini perlu menjadi watchdog' dan lebih peka dalam menilai prestasi antara dua gagasan ini untuk diserahkan amanah mentadbir negara dalam pilihanraya akan datang. Wacana, debat,diolag antara dua pihak yang bertanding serta kebebasan media massa perlu dihidupkan agar sistem demokrasi benar-benar subur.

Pemimpin akan terkawal apabila rakyat menggunakan hak mereka secara bijaksana tanpa dipengaruhi sentimen emosi kepartian yang melampau. Dalam masa yang sama, ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) amatlah diperlukan bagi menjamin keberkesanan kuasa rakyat dan memastikan hak tersebut terus terpelihara.3.2PERBANDINGAN AMALAN SISTEM DUA PARTI DI AMERIKA SYARIKAT

Sistem kepartian di Amerika Syarikat bersifat decentralized, di mana calon-calon mengumpul dana sendiri. Serta calon berkempen juga untuk diri sendiri. Calon perlu berusaha untuk mendekati pengundi secara sendiri atau melalui media massa dan elektronik dari bandar ke bandar. Parti bersifat tidak aktif dan adakalanya tidak berperanan kerana calon harus berusaha sendiri mendekati pengundi untuk memenangi pilihanraya.

3.2.1Amalan Sistem Dua Parti Di Amerika

Sistem ini diamalkan di Amerika Syarikat, namun bukanlah bermakna tiada wujudnya parti lain namun ia lebih menjurus kepada pengaruh dan kerelevenan parti tersebut didalam corak demokrasi Amerika. Dua parti tersebut ialah Parti Republikan (1854) dan Parti demokrat(192). Namun parti-parti lain yang ada di Amerika ialah seperti Parti Libertarian (1971), Cinstitution Party(1992) dan Green Party (1996). Akan tetapi parti- parti ini tidak pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya.Terdapat perbezaan yang ketara antara antara Parti Demokrat dengan Parti Republikan.

Antara ciri-ciri parti Republikan ialah terdiri dari kelas pertengahan yangkebanyakannya mempunyai harta yang banyak dan kaya. Parti ini juga mendapatsokongan dari golongan orang kulit putih, orang yang tinggal di luar bandar, orang kaya,kebanyakannya yang berusia, orang berpendidikan dan golongan professional serta hali perniagaaan. Parti Republikan lebih bercirikan konservatif. Manakala bagi Parti Demokrat kebanyakan mereka terdiri dari kelas pekerja.Mendapat sokongan dari golongan pekerja, orang Yahudi dan spanish, orang muda, pekerja yang berpendapatan rendah dan orang yang tinggal di bandar. Parti ini lebih bersifat liberal.3.2.2Kelebihan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan DemokrasiTerlalu banyak elemen demokrasi yang saling berkaitan merangkumi antara satu sama lain dalam memperjelaskan kelebihan pilhanraya di Amerika Syarikat yang di lihat demokrasinya begitu subur. Sebagai sebuah negara yang kaya, sememangnya tidak menjadi masalah yang besar untuk Amerika menjalankan sistem demokrasi. Ini kerana mengikut kebanyakan pandangan sarjana demokrasi dapat berjalan dengan baik apabila ekonomi negara tersebut baik Amerika juga merupakan negara maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat berkembang di buktikan dengan tertubuh banyaknya institusi pendidikan yang masyur seantero dunia. Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan mempunyai ilmu pengetahuan dan ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika itu mempunyai kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan mereka. Berpaksikan kepada kesedaran sivik inilah yang menyebabkan mereka cenderung melibatkan diri dalam hal-hal negara, ekonomi, budaya, politik dan lain-lain dengan kata lain berpartisipasi. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang sangat aktif dalam memperjuangkan hak-hak mereka seperti kumpulan berkepentingan (interestgroup), kumpulan pendesak, dan pandangan umum (public opinion).

Dalam sebuah negara demokrasi masyarakat sivilnya mestilah berperanan dalam menyuburkan amalan demokratik. Dalam First Amendment telah memberi jaminan akan kebebasan hak beragama, bersuara, berkumpul dan menjalankan petition. Ini merupakan kelebihan yang ada dalam pilihanraya di Amerika di mana interest group bukan sahaja menjaga kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama menyertai secara tidak langsung dalam pilihanraya dengan membantu calon yang mereka sukai untuk memenangi pilhanraya. Bantuan tersebut termasuklah dengan menyalurkan kewangan, tenaga sokongan dan berkempen atau melobi untuk calon tertentu. Antara contoh interestgroup ialah economic policy, National Peanut Council (1941) dan equality Policy (National Organization for Women (1966).Berpaksikan pada kelebihan yang nyata dalam pilihanraya Amerika, pada kebiasaannya hasil polls akan disiarkan oleh pihak media yang sentiasa member kerjasama kerana media adalah public property atau berkhidmat untuk kepentingan dankeperluan orang awam. Oleh itu maklumat sentiasa akan sampai dengan masyarakat umum dengan jelas. Media juga memberi peluang untuk calon pilihanraya berkempen secara adil dan samarata. Dimana calon memperjelaskan agenda, sumbang bakti dan kelebihan bagi kewajaran rakyat mengundi beliau, calon juga dibenarkan berdiskusi antara pihak lawan seperti diskusi yang diadakan antara calon demokrat Barrack Obama dengan calon republikan John Mc Cain. Media di Amerika sangat adil dan ini merupakan kelebihan yang jarang ada dalam negara pengamal demokrasi yang lain.4.1KELEBIHAN SISTEM DUA PARTI DI AMERIKAN DALAM KONTEKS PELAKSANAAN DI MALAYSIABerpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi..

Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah merekayang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuanahli parti memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem iniSistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti fakta dengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbanding Parti Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana parti walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat terbuka.Sebagai dua parti yang relevan, mereka saling lengkap melengkapi dan bertindak apabila berlakunya sesuatu yang dilakukan oleh pihak lawan yang akan merbahayakan negara. Dalam erti kata lain, sistem dua parti telah memenuhi syarat yang wujudnya check and balance kawal seimbang yang dilakukan oleh pembangkang di negara pengamal demokrasi yang lain. Selain itu sistem ini juga dapat menggalakkan pembentukan majoriti dan mengurangkan fahaman yang berkepentingan sendiri serta menggalakkan lagi perpaduan sosial di kalangan rakyat.Seterusnya menjamin hak-hak berikut:

Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.

Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa Melayu (perkara152) adalah untuk berlaku adil kepada pendudukperibumi Negara ini.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPAdan raja-raja Melayu. Walau pun mereka mempunyaibidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3,Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu.

Menjamin keamanan dan kestabilan Negara

Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yangmengasasi pergerakan setiap warganegara (Bahagian 2,Perkara 10).4.2PENILAIAN SISTEM DUA PARTI BERDASARKAN KEHENDAK DAN KEMAMPUAN KITAPenganjur sistem dwi-parti mendakwa sistem ini baik, kerana apabila kerajaan buat silap, parti pembangkang boleh mengkritik dan membetulkannya. Dengan perkataan lain, sistem ini boleh mengimbangi dan menyekat yang lain. Dengan itu, menghalang dasar dan tindakan kerajaan yang boleh membawa keburukan kepada rakyat.

Hujah ini memang ada benarnya. Namun demikian, hujah ini menafikan kemungkinan pembetulan dibuat dari dalam. Manusia itu makhluk yang berakal. Ia boleh dididik. Apabila koreksi dan pembaikan dibuat dari dalam, maka tenaga masyarakat itu sepenuhnya dapat digunakan, dan dengan itu, menolak pembaziran tenaga.

Dalam sejarah pemerintahan negara, kita melihat sistem yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita yang kedua, Tun Abd. Razak menuju kepada sistem yang lebih baik ini. Sistem ini bukan saja mengelak daripada pembaziran tenaga; ia juga boleh manfaatkan semua aliran fikiran yang ada dalam masyarakat.

Sebaliknya, kita melihat bahawa sistem dwi-parti gagal menghalang kemunculan kolonialisme dan imperialisme dalam sejarah, dan gagal menghalang kezaliman dengan penubuhan negara cauvinis kolonial Israel. Juga pada akhirnya, ia menyebabkan kerajaan menjadi lemah kerana ia terpaksa bergabung dengan parti-parti kecil.

Kalau kita mengkaji perkara ini dengan kritis dan teliti, kita akan dapati bahawa ia lebih bersifat mitos daripada realiti. Kita semua tahu Eropah sebagai pusat penjajahan yang telah menjajah negara-negera Dunia Ketiga: India, Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika. Mengapa sistem sekatan ini tidak menyekat sistem penjajahan Eropah. Amerika Syarikat sendiri sebuah republik (Eropah tanpa feudalisme) baru-baru ini telah menjajah Afghanistan, Iraq dan Libya. Nyatlah konsep sekatan ini metos!

Di Eropah sendiri, tempat lahirnya sistem ini, kita sedang melihat kerajaan-kerajaan mereka mendirikan gabungan dengan pelbagai parti berlainan ideologi untuk membolehkan mereka memerintah. Dengan demikian, mereka lemah. Apa lagi sekarang sistem yang dipanggil Liberalisme ini sedang runtuh, kerana kebangkrapan ideologi ini. Jangan lupa ideologi Komunisme, yang berasal dari Barat Kristian, juga sudah runtuh.

Sudah sampai masanya kita di Malaysia mengkaji semula sistem ini, serta menggantikannya dengan sebuah sistem pemerintahan yang lebih baik. Semua parti dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai suku kaum dan ideologi, boleh wujud, tetapi mereka mesti wujud dalam uatu permuafakatan yang besar (Kassim Ahmad, 2012). Tuhan memerintahkan kita dalam Quran supaya mengendalikan urusan kita melalui musyawarah atau perundingan. Dia juga memerintahkan kita supaya memerintah dengan adil. Bolehkah kita panggil ini demokrasi? Abraham Lincoln mentakfrikan demokrasi sebagai "sebuah pemerintahan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat".

5.1KESIMPULAN

Apa yang dimaksudakan dengan dua parti adalah sistem di mana dua parti adalah cukup kuat untuk dipilih oleh rakyat supaya menjadi parti pemerintah. Kebanyakan negara-negara maju mempuynyai sistem ini, iaitu seperti Parti Demokratik dan Republikan di Amerika Syarikat, dan Parti Buruh dan Konservatif di Britain. Sistem dua parti bagus bagi Amerika Syarikat kerana ia dapat memberikanalternatif kepada rakyat untuk memilih parti atau calon yang disukai. Di samping itu,mewujudkan kawalan dalam kerajaan dimana perwakilan yang ada bukanlah untuk mengubah polisi kerajaan tetapi untuk mengawal pergerakan kerajaan. Perbazaan kedua-dua parti adalah sedikait sahaja dan secara umumnya adalah samaSelain itu, partisipasi masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya. Ini keran wakil rakyat yang dipilih dapat menjagakebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokongmemenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan ataualternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi dan ia dapat menunjukkan sistem pilihanraya Amerika Syarikat memenuhi syarat demokrasi. Berpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapatmenjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yangmenguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yangterdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan.Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi. Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah merekayang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuan ahli parti memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem ini. Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti faktadengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbandingParti Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana parti walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat terbuka.RujukanAbu Mujahed Abdullah Azzam. (2001). Malaysia Menuju ke Arah Sistem Dua Parti?. Atas talian 12 Febuaru 2013, dari http://www.tranungkite.net/lama/julai/mujahed3.htm

Kassim Ahmad. (2012). Sistem dwi-parti sesuai tuntutan Islam?. Atas talian 13 Febuari 2013, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121102/re_03/Sistem-dwi-parti-sesuai-tuntutan-Islam

Mohd Noor Yazid. (2008). Keputusan Pilihan Raya Umum 2008; Mungkinkah Terbentuknya Sistem Dua Parti Dl Malaysia?. Shah Alam: Penerbit UITMV. Sivakumar. (2011). PRU13: Melahirkan kematangan politik sistem 2 parti. Atas talian 12 Febuari 2013, dari http://dapmalaysia.org/english/2011/sep11/bul/bul4693.htm

Ware. A. (1996). Political Parties and Party Systems. Oxford: Oxford University Press2