politeknik kuala terengganu kumpul sumbangan bantu ... · pdf filepoliteknik kuala terengganu...

3
Politeknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu golongan memerlukan Oleh : Nooraini Che Aziz KUALA TERENGGANU - Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Jabatan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) telah menganjurkan satu program amal yang diberi nama “Sekampit Beras Sekilo Gula”. Program ini merupakan satu platform untuk warga PKT dan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir dan miskin yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu. Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Sekampit Beras Sekilo Gula yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Rusmi Bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kuala Terengganu bertempat di Perpustakaan PKT. Turut hadir pada majlis ini ialah para pensyarah, staf dan juga pelajar. Menurut En.Mohd Rusmi dalam ucapannya, program amal ini julung-julung kali diadakan di PKT sejak penubuhannya pada 1999. Beliau juga turut menggalakkan pensyarah dan staf untuk mengambil peluang ini untuk menderma dan bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam ucapannya juga beliau mengharapkan agar amalan ini tidak hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja malah ianya perlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Program Sekampit Beras Sekilo Gula ini akan berlangsung sehingga 22 Jun 2017. Sehubungan dengan itu, pihak PKT mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menjayakan program ini. Sumbangan boleh dihulurkan dalam bentuk wang tunai dan juga keperluan dapur. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke talian 013-9305577 (En.Azhar bin Mahmud) atau boleh inbox ke Facebook Politeknik Kuala Terengganu-Laman Rasmi. En.Mohd Rusmi bin Abdul Ghani (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran diperhatikan oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), En Azhar Mahmud (kiri) dan pegawai Hal Ehwal Pelajar, En. Yuaizuddin Bin Yunus (kanan)

Upload: phamdieu

Post on 22-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Politeknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu ... · PDF filePoliteknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu golongan memerlukan ... En Azhar Mahmud (k iri) dan pegawai Hal

Politeknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu golongan memerlukan

Oleh : Nooraini Che Aziz

KUALA TERENGGANU - Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Jabatan Jabatan Matematik,Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT)telah menganjurkan satu program amal yang diberi nama “Sekampit Beras Sekilo Gula”.

Program ini merupakan satu platform untuk warga PKT dan orang ramai menyalurkan sumbangankepada golongan yang memerlukan seperti fakir dan miskin yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu.

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Sekampit Beras Sekilo Gula yang telahdisempurnakan oleh En. Mohd Rusmi Bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik KualaTerengganu bertempat di Perpustakaan PKT. Turut hadir pada majlis ini ialah para pensyarah, staf danjuga pelajar.

Menurut En.Mohd Rusmi dalam ucapannya, program amal ini julung-julung kali diadakan di PKT sejakpenubuhannya pada 1999. Beliau juga turut menggalakkan pensyarah dan staf untuk mengambilpeluang ini untuk menderma dan bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam ucapannya jugabeliau mengharapkan agar amalan ini tidak hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja malah ianyaperlu diteruskan pada bulan-bulan yang lain.

Program Sekampit Beras Sekilo Gula ini akan berlangsung sehingga 22 Jun 2017. Sehubungan dengan itu,pihak PKT mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menjayakan program ini. Sumbangan bolehdihulurkan dalam bentuk wang tunai dan juga keperluan dapur.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke talian 013-9305577 (En.Azhar bin Mahmud) atau bolehinbox ke Facebook Politeknik Kuala Terengganu-Laman Rasmi.

En.Mohd Rusmi bin Abdul Ghani (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran diperhatikan oleh KetuaJabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), En Azhar Mahmud (kiri) dan pegawai Hal Ehwal Pelajar,En. Yuaizuddin Bin Yunus (kanan)

Page 2: Politeknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu ... · PDF filePoliteknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu golongan memerlukan ... En Azhar Mahmud (k iri) dan pegawai Hal

Sumbangan beras dan gula disampaikan oleh En.Mohd Rusmi bin Abdul Ghani (kanan) mewakiliPoliteknik Kuala Terengganu kepada Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), En AzharMahmud selaku Urusetia Program.

En.Mohd Rusmi Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Akademik PKT (kanan) bersama-sama denganpensyarah dan staf memasukkan wang derma ke dalam tabung yang disediakan.

Page 3: Politeknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu ... · PDF filePoliteknik Kuala Terengganu kumpul sumbangan bantu golongan memerlukan ... En Azhar Mahmud (k iri) dan pegawai Hal

Antara yang hadir pada program ini ialah pensyarah, staf dan pelajar PKT.