ebook “panduan kumpul list” - emelmatik.com...

15
EBook “Panduan Kumpul List” Ebook ini diedarkan percuma di www.panduankumpullist.my

Upload: doandieu

Post on 07-May-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

EBook “Panduan Kumpul List”

Ebook ini diedarkan percuma di www.panduankumpullist.my

Page 2: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

Pendahuluan

Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan

Kumpul List' Ini hanyalah laporan ringkas bagaimana

seorang usahawan berjaya meraih 1,000 sehari, untuk

konsisten memperolehi 1,000 list SETIAP hari -

banyak usaha perlu digiatkan dan anda perlu

konsisten melakukannya.

Apa itu list?

List = senarai emel=DUIT!

Sebagaimana yang kita tahu, email list ini sangat

penting kerana kita boleh melakukan promosi secara

berulang dan bila- masa sahaja boleh hantar, selagi

mana anda mengamalkan konsep 'pemasaran email

beretika'.

Laporan ini tidak akan menceritakan panduan teknikal,

tetapi lebih kepada idea dan strategi bagaimana

mencapai jumlah list yang diperlukan. Bagi mereka

yang sudah tahu apa perisian atau servis yang

diperlukan untuk mengamalkan 'pemasaran email

beretika', maka anda memerlukan software sehebat

www.Aweber.com, www.Getresponse.com

www.TrafficWave.net dengan yuran bulanan tertentu.

Tiada jalan singkat untuk berjaya.

Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat penting

yang anda perlu tahu. Saya ringkaskan dan padatkan

supaya anda terus dapat 'sedut' maklumat. :)

Saya akan dedahkan kepada anda 3 cara yang beliau

lakukan untuk mengumpul banyak list. Ada masa

boleh mendapat 600 list satu-satu kempen harian, dan

ada kala mencecah sehingga 1,000 list sehari.

Konsisten dengan jumlah yang sama setiap hari

adalah misi sukar dan anda perlu tahu strateginya.

Saya boleh katakan ketiga-tiga strategi ini telah

digunakan oleh usahawan ini, dan hasilnya

memuaskan. Rahsia ini diperolehi secara peribadi

harap anda tidak menyebarkan laporan ini kepada

sesiapa kerana ia sangat bernilai.

Page 3: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

Langkah Pertama : Membina Laman Squeeze Anda

1. Sebelum menggunakan salah satu daripada

strategi di bawah yang saya akan ceritakan,

anda perlu mempunyai laman web sendiri.

Laman web boleh didaftarkan di

www.SempoiHosting.com atau di

www.JomHosting.com atau boleh juga di

www.HostGator.com.

2. Laman web ini tujuannya satu sahaja, iaitu

sebagai landing page untuk bakal subscriber.

Dalam bahasa saintifik dan inggerisnya, ia diberi

nama laman web squeeze. Untuk tujuan

mengumpul list, anda akan memberikan tawaran

produk untuk dimuat turun (download) secara

percuma seperti produk digital (virtual) yang

anda janjikan seperti Panduan Memasak,

Panduan Beriklan di Facebook dan sebagainya.

Dan mereka yang berminat perlulahdaftar

dengan anda. Ini adalah asas timbal balik, di

mana anda perlu memberi jika anda mahu

menerima. Asas bagi borang pendaftaran anda

ini hendaklah hanya mempunyai ruang untuk

diisi Nama dan Email sahaja. Jangan minta lebih

daripada itu, kelak ia hanya akan merimaskan

prospek dan mereka akan rasa malas untuk

daftar jika langkahnya sukar. Untuk

mendapatkan borang nama dan email, anda

perlukan software mailing list, sekaligus ia akan

menyimpan database email list anda. Contohnya

seperti www.Aweber.com,

www.Getresponse.com atau www.emelmaik.com.

Ini adalah rupa contoh borang pendaftaran (opt

in form atau signup form):

Page 4: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

Sekali lagi, dalam konteks ini, anda akan

gunakan salah satu strategi saya akan sebutkan

nanti untuk mempromosi laman web squeeze

anda ini. Anda hanya perlu setkan link download

dalam email autoresponder tersebut yang

pertama anda (biasanya saya akan 'set'kan

sebagai “immediately”). Email pertama ini akan

diperolehi secara automatik dan dihantar secara

automatik kepada mereka yang daftar sebaik

sahaja pendaftaran selesai. Ya, ianya automatik.

Dan 'host'kan fail tu di server percuma seperti

MediaFire.com, DropBox (keduanya boleh guna

cara percuma) dan sebagainya. Boleh juga guna

hosting berbayar seperti yang saya telah

sebutkan sebelum ini.

3. Pastikan laman web utama anda ini mempunyai

ciri-ciri berikut:

Page 5: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

a. Menyenaraikan 3-4 point utama tentang

kelebihan produk percuma anda. Anda perlu

ceritakan dengan baik dan dalam satu ayat bagi

setiap point. Jangan kita sangkat, kalau percuma

je, pasti orang nak - ia pemikiran yang salah!

Pastikan point anda menyebut (a) apa isi

kandungan ebook, (b) part mana yang anda

paling sukai dalam laporan tersebut beserta

muka suratnya, (c) testimoni orang ramai

terhadap ebook percuma itu dan (d) berapa

orang yang telah download. Susunan sebegini

lebih memudahkan anda faham.

b. Maklumkan ia terhad sehingga tarikh tertentu

sahaja. Ini bagi mewujudkan 'sense of urgency'

di mana mereka perlu bertindak secepat

mungkin sebelum tamat tempoh tawaran. Dan

anda perlu mematuhi apa yang anda tetapkan

kerana anda adalah usahawan yang jujur. Untuk

membuka semula kelak, buatlah ia sebagai

'tawaran kini dibuka semula' dan sebagainya.

c. Letakkan headline di bahagian paling atas.

Pastikan headline anda menceritakan kelebihan

produk anda dan juga sebutkan perkataan

percuma. Contohnya : "Ketahui Bagaimana

Bermain Gitar Dalam 7 Hari Sahaja Tanpa Perlu

Bayar Ribuan Ringgit."

Ini adalah format yang cukup berkesan. Saya

letakkan bagaimana format ayat headline

tersebut:

"Ketahui Bagaimana ___(faedah)___ Dalam

Masa _____ TANPA _______"

d. Pastikan ada borang pendaftaran yang

mempunyai ruang nama dan email, yang anda

Page 6: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

perolehi dalam sistem/software autoresponder

yang anda telah daftar tersebut.

e. Ada gambar ebook cover bagi ebook percuma

tersebut. Sebaiknya upah designer yang

menghasilkan grafik berkualiti. Atau buat

screenshot sebahagian kecil dari keseluruhan isi

kandungan, terutama di bahagian bab pertama.

Atau bab paling best bagi anda, dengan

menunjukkan sebahagian sahaja dan ia

membuatkan prospek tertanya-tanya serta ingin

tahu isi kandungannya.

4. Anda juga perlu 'set'kan supaya selepas mereka

daftar di laman web anda, mereka akan dibawa

ke laman web anda yang ke-2, iaitu produk

berbayar. Untuk produk berbayar ini hanyalah

pilihan dan perlulah sebagai laman web ke-2,

bukannya utama. Letakkan harga sekitar RM15 -

RM30, saya yakin ia akan menghasilkan jualan

yang memberangsangkan. Dengan strategi

sebegini, anda mendapat dua faedah. Faedah

pertama, anda dapat email prospek anda.

Page 7: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

Faedah kedua, anda dapat untung wang tunai

(cash) jika mereka membeli produk anda.

5. Pastikan tawaran anda berkaitan dengan apa

yang anda tawarkan percuma. Dalam konteks

yang biasa, saya biasanya menawarkan ebook

percuma, dan selepas mereka daftar, mereka

akan dibawa ke laman web kedua yang menjual

ebook versi berbayar yang lebih banyak

maklumat dan lebih banyak maklumat berkualiti.

Saya berikan contoh :

a. Produk PERCUMA : '7 Resipi

Memasak'.?Manakala produk BERBAYAR

adalah : '101 Resipi Memasak'.

b. Produk PERCUMA : Ebook Panduan

Pemasaran Facebook.Manakala produk

BERBAYAR lebih advance iaitu 'Ebook Panduan

FB Ads Pada Kos $0.01'.

c. Atau jika anda jual produk fizikal seperti

minyak wangi, anda boleh buat seperti berikut :

Produk PERCUMA : '7 Cara Elakkan Bau Busuk

Ketika Bertemu Si Dia'.

Produk BERBAYAR : adalah produk fizikal

utama anda iaitu minyak wangi.

Laporan saya tidak akan fokus kepada bagaimana

membina hubungan dan interaksi dengan mereka

yang telah berdaftar ke dalam list saya, tetapi

sebagaimana tajuk ini, ia fokus kepada proses dan

strategi mengumpul sebagai teras utama laporan ini.

Strategi-strategi yang saya maksudkan ada TIGA

(3).

Cara 1 - Bekerjasama Dengan Otai atau Usahawan

Besar

1. Apa yang beliau lakukan adalah bekerjasama

dengan otai atau sifu yang telah mempunyai list

yang besar, seperti 10,000 - 30,000 mailing list.

Ini bukan email database yang beliau simpan

Page 8: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

dalam fail .xls atau excel, tetapi ia adalah jumlah

individu yang telah berdaftar dengan mereka

secara sedar dan dengan rela. Jika anda masih

belum memahami konsep asas 'pemasaran

email' dan masih baru dalam bidang ini, saya

cadangkan anda rujuk sumber yang ada

diinternet terlbih dahulu.

2. Sesetengah daripada mereka menyediakan

bayaran tertentu seperti RM 700 - RM 1,000

untuk membolehkan anda tumpang promosi.

Anda berikan teks iklan dan link laman web yang

anda promosi, dan beliau akan promosikan

kepada list beliau. Inilah adalah kos yang tak

boleh anda elakkan. Bukan senang sesiapa yang

sudah berjaya dan mempunyai list prospek yang

ramai untuk mempromosi secara percuma bagi

pihak anda. Lebih si sifu ni promosi sendiri dan

buat duit sendiri. Kan?

Petua tambahan : Jika anda mahu sifu atau otai

tersebut mempromosi produk anda dengan

mudah atau dengan kos lebih, anda perlu

melakukan beberapa perkara sehingga beliau

mengganggap anda sebagai kawan. Pertama,

bina hubungan dengan sifu itu dengan

berhubung melalui Facebook serta hadir ke

salah satu seminar atau program yang beliau

anjurkan.

Jangan sedih labur sedikit wang, tetapi impaknya

anda akan nampak apabila anda berhubung.

Kemudian, promosi program affiliate yang sifu

tersebut anjurkan. Buktikan kepada beliau

betapa bersungguh anda dalam membantu

beliau. Kelak, apabila tiba masa anda ingin

menyampaikan hajat anda kepada sifu itu, beliau

akan bantu anda sebagai rakan. Kemudian

setelah itu baru anda sampaikan hajat anda.

Sediakan satu email panjang yang sopan dan

lengkap tentang apa yang anda ingin beliau

promosi.

3. Setelah sifu bersetuju, beliau akan meminta dua

perkara penting, iaitu teks email anda, dan yang

kedua adalah alamat URL laman web squeeze

anda. Untuk teks email yang akan digunakan

oleh sifu anda, bab paling penting adalah tajuk

Page 9: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

email yang 'mengancam' dan membuatkan ramai

sangat terdesak mahu membuka email tersebut.

4. Ciri-ciri tajuk email yang power adalah :

a. tajuk email yang membuatkan timbul rasa

misteri dan ingin tahu, seperti ... 'Saya Pernah

Buat Duit Cara Ni'

b. tajuk email yang menawarkan unsur percuma,

seperti ... 'PERCUMA 7 Cara Kurus dalam 7

Hari'

c. Sebaiknya tajuk email tidak melebihi 7 patah

perkataan.

d. tajuk email anda menggunakan idea dari

dada-dada akhbar tempatan seperti Harian

Metro. Ia berkesan dan pandai sesuaikan

dengan apa anda tawarkan, seperti

berikut ...tajuk : 'Ibu Syaitan Tipu Duit Saya'

isi kandungan : ... dalam berniaga, kita tidak

boleh meniru seperti laporan akhbar hari ini yang

mendedahkan ada seorang ibu sanggup menipu

duit anaknya sendiri. tetapi hendaklah kita

berusaha sendiri. Tajuk ini saya berikan dengan

sedemikian kerana saya rasa kesal dengan apa

yang si ibu itu lakukan ...

e. tajuk email yang memberikan faedah

maksimum dan seperti mereka perlu relaks atau

goyang kaki sahaja. Contoh ... 'Anda Relaks,

Biar Saya Kuruskan Berat Anda' atau contoh :

'Tiru Strategi Bisnes Saya (TANPA Kos)'

f. tajuk email yang menggunakan unsur dialog

dan berkata-kata terus dengan pelanggan anda,

di samping banyak guna huruf kecil pada semua

tempat kecuali awal ayat. Lebih kepada bentuk

soalan. Contoh: 'Anda bila lagi nak download

ni?'?atau : ''Bisnes Fesbuk ni susah ke?' - unsur

pertanyaan

g. tajuk email power juga jika menggunakan

unsur 'cemas' dan 'perlu bertindak segera'.

Antaranya dengan cara:

i. Menyatakan kuantiti. Contoh ; 'Tinggal 7 Unit

PERCUMA Sahaja'.

ii. Memberitahu perlu buat sekarang atau

sebelum waktu tertentu. Contoh : 'Download

percuma sebelum 11 malam ini!'.

Page 10: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

5. Untuk isi kandungan email anda itu, saya

sarankan setiap baris ada 4-6 patah perkataan

sahaja, dan menceritakan dalam bentuk point 1,2,

3 dan seterusnya secara tersusun supaya

mereka boleh baca dengan baik. Legakan mata

dan penglihatan pembaca dengan membuatkan

selang / langkau satu atau dua baris bagi setiap

perenggan.

6. Cuba usahakan supaya mendapat lebih daripada

sekali untuk servis blast atau hantar email yang

disediakan oleh sifu itu.

7. Minta sifu promosi pada hari minggu iaitu dari

Isnin hingga Khamis sahaja. Waktu cuti,

peratusan yang membuka email adalah lebih

kecil. Pukul 9-10 pagi, pukul 4-6 petang dan

pukul 8-10 malam adalah waktu-waktu terbaik

untuk menghantar email promosi ke laman web

squeeze anda.

8. Usahakan supaya kos pemasaran yang anda

bayar kepada sifu tersebut, dapat di'cover'

dengan jumlah jualan di laman kedua (yang

menawarkan produk ebook berbayar tersebut).

Jika tidak sampai, saya sarankan anda mohon

sekali atau dua kali lagi dari belas sifu supaya

boleh sampai cover kos. Kadangkala untung kita

akan melebihi kos!

9. Catat berapa kos dan keuntungan balik untuk

rujukan akan datang dan supaya anda tahu

siapakah yang lebih berkesan memberikan lebih

banyak kelebihan kepada usaha anda

mengumpul list.

Cara 2 - Menganjurkan Program Pay Per Lead (PPL)

1. Dengan penganjuran ini, anda akan membayar

setiap agen affiliate yang berjaya mempromosi

program anda. Apa yang anda perlu sediakan

adalah perkara yang sama, iaitu sistem

autoresponder, laman web squeeze dan laman

web kedua (produk berbayar). Yang berbezanya

adalah anda perlu pasang dengan 'Sistem PPL'.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Sistem PPL'?

Ianya mudah. Katakan contohnya anda

membayar 50 sen bagi setiap orang (lead) yang

Page 11: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

mana-mana agen berjaya pujuk untuk daftar dan

download produk percuma anda. Sebagai

contoh : Jika ada agen A berjaya mempromosi

dan mendapatkan 100 orang untuk daftar dan

download produk percuma anda, maka anda

akan membayar beliau 50 sen X 100 orang

bersamaan RM50. Oleh itu, sistem PPL ini akan

merekodkan sejumlah komisen RM50 bagi agen

A. Untuk pemasangan sistem PPL ini, anda

boleh upah orang lain yang pandai

memasangnya dan memiliki skrip sistem PPL

tersebut. Upah sekitar RM50 sahaja untuk sekali

pemasangan di laman web anda.

2. Dengan cara ini, ramai orang akan berpusu-pusu

mempromosi laman web squeeze anda. Ini

kerana dengan hanya mendapatkan lead untuk

download percuma ebook anda, mereka sudah

mendapat komisen. Mendapatkan orang daftar +

download percuma adalah lebih mudah

berbanding mendapatkan pembeli yang

mengeluarkan wang dari dompet mereka.

3. Anda perlu tetapkan berapa had maksimum

jumlah orang download yang anda sanggup

bayar. Sebagai contoh, anda tetapkan bahawa

anda akan bayar hanya untuk pendaftaran 2,000

orang terawal sahaja. Jadi dengan komisen 50

sen, anda telah mengehadkan kos anda kepada

RM1,000 sahaja. Anda juga boleh meletakkan

jumlah minimum lead yang anda akan bayar.

Contoh, agen akan dibayar setiap bulan, dan

kepada agen yang mempunyai komisen

minimum RM5 ke atas. Bagi mereka yang tidak

mencapai syarat komisen RM5, anda boleh

berikan hadiah lain seperti ebook, software atau

sebagainya. Dengan cara ini, anda mampu

menjimatkan kos sehingga 20% - 30%.

4. Anda perlu memeriksa dalam sistem PPL

tersebut mereka yang melakukan penipuan atau

fraud. Sistem ini akan mengesan IP mereka yang

daftar. Jika IP yang sama berulang 20 kali, maka

sudah pasti ia adalah penipuan. Ambil gambar

screenshot rekod tersebut, kemudian baru

hapuskan (delete), supaya ia menjadi rujukan

Page 12: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

pada masa akan datang jika ada yang

mempertikaikan komisen mereka (sedangkan

mereka menipu). Kalau berulang setakat 2-3 kali

sahaja IP tersebut, jangan labelkan agen itu

sebagai penipu, tetapi padamkan sahaja rekod

bertindih tersebut. Kadangkala ada orang tersilap

daftar dua kali kerana internet lembap atau

kerana tersilap.

5. Untuk mendapatkan agen yang sudi promosi,

hebahkan di Facebook dan mana-mana forum

online berkaitan. Maklumkan syarat program

anda dan masukkan mereka ke dalam satu

group khas di Facebook. Dalam group ini,

mereka boleh tanya apa sahaja dan anda beri

bantuan kepada para agen affiliate ini agar

mereka senang untuk mempromosi program

anda. Bukan itu sahaja, anda perlu selalu update

dan kemaskini perkembangan program anda,

statistik carta top agen dari segi jumlah

pendaftaran (lead) dan juga mungkin boleh

menawarkan hadiah kepada tiga tempat teratas

mengikut bajet kemampuan anda.

6. Jangan pening dengan masalah kos. Jika laman

web ke-2 dibuat dengan baik, mereka yang

daftar akan membeli produk anda dan akan

menampung sedikit sebanyak kos program PPL

yang anda anjurkan ini. Malah, dengan adanya

list, anda masih boleh promosi pada masa akan

datang, dari semasa ke semasa. List email

prospek anda adalah 'aset' paling bernilai untuk

menjadi seorang jaguh perniagaan internet. :)

7. Pastikan anda bayar komisen para agen dan

jangan lambat. Kelak ia akan membuatkan

mereka gembira untuk mempromosi program

anda akan datang jika ada lagi.

8. Saya cadangkan anda umumkan program Pay

per Lead (PPL) anda untuk cabaran agen dalam

tempoh 3-4 minggu sebelum pelancaran. Malah

anda boleh mendapat list tambahan dengan

mensyaratkan para agen affiliate yang ingin

mempromosi agar daftar dengan anda terlebih

dahulu melalui sistem autoresponder anda. Oleh

itu, buat lagi satu laman web squeeze yang

dikhaskan untuk para agen affiliate anda

Page 13: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

berdaftar, dan dengan ini anda sudah

mempunyai satu list di kalangan para agen

promosi. Hebat kan? :)

9. Dalam kebanyakan kes, anda akan mencapai

jumlah sasaran list anda mahu kumpul, dan

selalunya akan melebihi daripada apa yang anda

sasarkan. Jangan bimbang, kerana anda sudah

mengawal kos anda jika anda mengikut cara

yang saya telah sebutkan sebelum ini

sebagaimana di atas.

10. Lebih baik jika anda berjaya memujuk dan

menjemput para sifu untuk mempromosi program

PPL anda. Oh, ya! Sebelum melancarkan

program ini, pastikan anda minta para agen anda

cuba terlebih dahulu sama ada sistem PPL itu

berfungsi atau tidak. Ini bagi mengelakkan

masalah ketika pelancaran kelak. Sebaik-baik

masa pelancaran adalah pada akhir bulan, iaitu

waktu ramai orang mendapat gaji bulanan

mereka. Sekitar 25 hb - 31hb.

Cara 3 - Menawarkan Produk Percuma Kepada

Penjual Produk

1. Cara ini agak menarik, kerana anda akan

tawarkan kepada mana-mana penjual produk

dengan tawaran menarik. Bagi meningkatkan

jualan produk penjual tersebut, anda tawarkan

produk anda sebagai bonus percuma kepada

pelanggan beliau. Tetapi dengan syarat, mereka

perlu daftar dengan borang autoresponder anda.

2. Berikan sahaja kod borang autoresponder dalam

format HTML atau Javascript yang anda boleh

perolehi dalam sistem autoresponder anda. Jika

saya, saya ambil kod dari akaun Emelmatik.

Penjual tersebut akan letakkan kod borang

tersebut pada laman download produk beliau.

3. Atau sesetengah penjual akan letakkan link ke

laman web squeeze anda. Jangan lupa kekalkan

laman web utama dan laman web ke-2 anda.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja mudah

mendapat list, malah anda juga mendapat list di

kalangan pembeli, kerana pembeli yang

download produk penjual itu sahaja yang akan

Page 14: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

mengakses laman web squeeze anda. Dan list di

kalangan pembeli jauh lebih baik daripada list di

kalangan mereka yang masih belum tentu akan

membeli. Konsepnya, 'Sekali seseorang itu

pernah membeli, orang itu pasti akan membeli

dan membeli lagi pada masa akan datang.'

4. Untuk meletakkan tawaran percuma anda di

laman download mana-mana penjual, anda perlu

memujuk atau berunding dengan baik. Pastikan

design ebook cover anda lebih menyerlah, cantik

dan professional serta isi kandungan ebook anda

memang mantap - supaya ia tidak menjejaskan

kredibiliti penjual tersebut.

5. Bayangkan jika 30 orang penjual lain telah

bersetuju meletakkan tawaran produk percuma

anda di laman download mereka, maka sebagai

contoh purata setiap penjual mendapat 40 orang

pelanggan sehari. Maka 30 laman download X

40 pelanggan sehari = 1,200 list sehari!

Walaupun saya jarang menggunakan strategi,

tetapi ia sangat berkesan.

Selesai! Jika anda belum daftar mana-mana akaun

autoresponder, boleh daftar di:

http://getresponse.com

http://aweber.com

http://emelmatik.com << PERCUMA!

Cara Alternatif Dapatkan List Anda!

Saya taniah jika anda telah baca sampai bahagian ini,

ada telah menutup ebook ini sebab telah tersangkut

cara setup squeeze page, opt-in form, autoresponder

dan sebagainya.

Ya, ia amat sukar bagi seorang newbies jika masih

kosong dalam bad ini. Adakah cara “short-cut” untuk

kumpul list tanpa melalui bad teknikal?

Jawapan = ADA!

PanduanKumpulList.my telah menyediakan satu

platform mudah untuk anda kumpul list tanpa setup

semua perkara yang dinyatakan diatas. Anda boleh

Page 15: EBook “Panduan Kumpul List” - Emelmatik.com ...emelmatik.com/member/dl/PanduanKumpulList.pdfPendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan ‘Panduan Kumpul List' Ini hanyalah

mula promosi dan kumpul list segera. Malah platform

ini juga membolehkan anda buat duit segera melalui

list yang anda dapat melalui sistem auto-followup

(autoresponder) yang telahpun disediakan oleh kami.

Dalam kata lain, anda Cuma perlu daftar sebagai agen,

promosikan link affiliate anda dan tunggu komisyen

masuk sahaja. Anda tidak perlu buat apa lagi Cuma

perlu promosi link affiliate anda sahaja.

Adakah ini penyelesaian TERBAIK?

Sila daftar dan aktifkan akaun anda serta merta

sebelum program ini ditamatkan bila-bila masa.

>> http://www.panduankumpullist.my/affiliates.php

Sekian,

Boon Lee

Pengasas Emelmatik.com