rahsia kumpul database

Click here to load reader

Post on 29-Nov-2014

918 views

Category:

Business

11 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan.

TRANSCRIPT

  • 1. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 1 Hak Terpelihara oleh IdeaBiznet Ebook ini adalah percuma dan bukan untuk dijual. Anda mempunyai hak untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja dengan syarat tidak mengubah sebarang isi kandungan asalnya.
  • 2. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 2 Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS memasarkan produk mereka dengan pemasaran emel. Apabila mereka ada produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam emel. Secara tidak langsung, maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap. Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu individu yang minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka sebaga pembeli tegar produk yang anda cadangkan dari semasa ke semasa. Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan menawarkan ilmu mengenai perniagaan ebay. Dari sini anda akan mendidik mereka untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan dalam masa yang sama jika mereka ingin lebih tahu mengenai ebay mereka perlu membeli produk yang anda cadangkan. Menariknya, niche ebay mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi, anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai emel. Ia sangat menguntungkan. Kelebihan-kelebihan Pemasaran Emel 1. Prospek yang disasarkan tepat. Tawaran yang anda lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap maklumat yang anda miliki. Ini dilakukan dengan mengumpul alamat emel prospek yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda dengan kaedah tertentu secara yang sah. 2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain method pemasaran terus (direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah. 3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional seperti surat-menyurat, mengambil masa yang panjang. Anda perlu menunggu beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada penerima.
  • 3. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 3 Dalam permit atau pemasaran emel opt-in, promosi dapat dilakukan setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda. 4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel opt-in membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan pengiklanan online. Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke pangkuan prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai penyedia maklumat yang mereka ingini. Bahan-bahan yang boleh dimuaturun seperti eBook boleh diakses dengan seberapa segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook yang mengandungi maklumat yang berguna, prospek hanya perlu melayari laman web anda, klik link ke landing page anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan kemudian eBook yang disediakan itu sudah boleh dimuaturun oleh mereka. 5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara auto-pilot bagi menghantar mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda. Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan. Dua perkara yang harus anda ingat. Pertama, bilangan pengguna Internet di Malaysia makin bertambah setiap hari. Peningkatan pada setiap tahun amat-amat ketara. Perkara penting kedua, hari ini kebanyakan orang mempunyai akaun emel masing-masing dan setiap hari mereka akan meluangkan masa untuk menyemak akaun emel mereka. Ini telah membuka peluang promosi kepada para pemilik bisnes seperti anda.
  • 4. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 4 Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh anda sebagai pengusaha ialah menghantar emel promosi produk atau servis anda kepada para pelanggan seperti ini dengan menggunakan strategi Pemasaran emel yang disasarkan atau Targeted Email Marketing! Formula dalam Pemasaran Emel Untuk menjayakan pemasaran email tool ini diperlukan: - Autoresponder - Domain - Hosting Anda Cuma perlukan 5 step sahaja: 1. Cari Produk 2. Buat Minisite 3. Daftar Autoresponder 4. Set Follow up Email 5. Traffik Jom Follow step by step: Step 1 Cari Produk: Cari produk yang banyak permintaan saya akan senaraikan 3 produk/niche yang memang hot di pasaran: Niche Kerjaya: - Panduan Temuduga - Panduan Lulus peperiksaan Niche Pelaburan: - Panduan Forex - Panduan Saham - Panduan Silver Niche marketing/buat duit: Ketiga-tiga niche yang saya nyatakan, demand di pasaran sangat tinggi jadi buat pilihan niche dan fokus: Step 2: Buat minisite bertujuan mengumpul list. Rahsia utama mengapa si pelawat berminat nak masukan nama & email mereka adalah disebabkan tajuk yang menarik perhatian mereka untuk mengetahui lebih lanjut seperti contoh gambar di bawah. Buat headline yang menunjukan masalah dan penyelasaian apabila mereka masukan nama dan email. Step 3 Daftar Autoresponder: Autoresponder adalah software di mana kita akan mengumpul senarai nama yang bermasalah dan akan diselesaikan dengan bantuan follow up.
  • 5. Rahsia Kumpul Database pemasaranemel.ideabiznet.com Page 5 Autoresponder adalah WAJIB jika anda ingin berjaya dengan pemasaran email. Step 4: Set Followup Email: Dari kajian saya sendiri si pembeli akan melakukan pembelian jika panduan yang mereka baca dapat membantu menyelasaikan masalah yang dihadapi. Untuk follow up pula banyakkan share info-info berguna kepada pembaca anda Dalam masa yang sama anda boleh letakkan link affiliate untuk rujukan mereka jika mereka berminat si pelawat mesti beli. Step 5: Traffik Saya yakin anda sudah tahu apa tu minisite, Sentiasa hantar pelawat ke landing page/minisite anda bukannya sales page. Antara lubuk traffik yang anda boleh gunakan adalah: - Group Related - Forum Related - Pengiklanan Berbayar - Solo Ads Buat iklan yang menunjukan rasa ingin tahu supaya mereka klik link minisite anda Contoh seperti: Bagaimana Kalau Saya Kongsikan 5 Step Jana Pendapatan Di Facebook >>Link Mini site anda