pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2

8
POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK Kajian ini bertajuk Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Masalah Bercerita Dalam Matematik yang telah dijalankan oleh Andy Peter dari Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong di Kuching. Saya mendapati tajuk kajian ini melalui jurnal kajian tindakan dari laman web http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_andy.pdf Limitasi kajian adalah murid Tahap I iaitu Tahun Tiga Wira sahaja seramai 35 orang sebagai sampel kajian dan tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita. Murid-murid diuji secara bertulis dengan menggunakan satu set soalan masalah bercerita yang mengandungi 12 soalan. Saya mendapati penyataan masalah yang ingin dicungkil dalam kajian ini adalah mengenai kelemahan murid-murid untuk memahami konsep dan kemahiran matematik yang perlu dikenalpasti dan mengambil alternatif pemulihan terbaik bagi mengatasi kelemahan tersebut. Seterusnya tindakan ini mampu memupuk minat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Sekiranya tindakan perlaksanaan untuk mengatasi permasalahan ini dipandang enteng, maka murid-murid gagal menggunakan kepintaran kognitif pada tahap maksimum dan kemahiran lain untuk menguasai mata pelajaran ini. Relevan kajian tindakan yang dijalankan oleh Andy Peter adalah mengenal pasti pola kesilapan dan faktor-faktor yang menyebabkan murid- murid sukar untuk menyelesaikan masalah bercerita dalam subjek matematik. Kesilapan yang dimaksudkan adalah kesukaran menganalisis soalan tersebut yang merupakan soalan dalam bentuk empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Sepanjang pengamatan saya terhadap kajian ini, pengkaji cuba mengenalpasti penekanan terhadap tahap matriks penyelesaian masalah bercerita seperti berikut: i) Item masalah tidak langsung. ii) Item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu.

Upload: kpm

Post on 30-Jun-2015

3.365 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN

MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK

Kajian ini bertajuk Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Masalah

Bercerita Dalam Matematik yang telah dijalankan oleh Andy Peter dari Sekolah

Kebangsaan Rakyat Tupong di Kuching. Saya mendapati tajuk kajian ini

melalui jurnal kajian tindakan dari laman web

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_andy.

pdf Limitasi kajian adalah murid Tahap I iaitu Tahun Tiga Wira sahaja

seramai 35 orang sebagai sampel kajian dan tidak mengambil kira faktor

emosi, latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai

kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita. Murid-murid diuji

secara bertulis dengan menggunakan satu set soalan masalah bercerita

yang mengandungi 12 soalan.

Saya mendapati penyataan masalah yang ingin dicungkil dalam kajian

ini adalah mengenai kelemahan murid-murid untuk memahami konsep dan

kemahiran matematik yang perlu dikenalpasti dan mengambil alternatif

pemulihan terbaik bagi mengatasi kelemahan tersebut. Seterusnya tindakan

ini mampu memupuk minat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran

matematik. Sekiranya tindakan perlaksanaan untuk mengatasi

permasalahan ini dipandang enteng, maka murid-murid gagal menggunakan

kepintaran kognitif pada tahap maksimum dan kemahiran lain untuk menguasai mata pelajaran

ini.

Relevan kajian tindakan yang dijalankan oleh Andy Peter adalah

mengenal pasti pola kesilapan dan faktor-faktor yang menyebabkan murid-

murid sukar untuk menyelesaikan masalah bercerita dalam subjek

matematik. Kesilapan yang dimaksudkan adalah kesukaran menganalisis

soalan tersebut yang merupakan soalan dalam bentuk empat operasi asas

matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Page 2: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Sepanjang pengamatan saya terhadap kajian ini, pengkaji cuba mengenalpasti penekanan

terhadap tahap matriks penyelesaian masalah bercerita seperti berikut:

i) Item masalah tidak langsung.

ii) Item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu.

iii) Item masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian.

Pengkaji tertarik untuk menggunakan Prosedur Temu Duga Newman yang

mana ia dapat mengintrepretasikan strategi berkesan untuk mengenal pasti

pola kesilapan yang dilakukan oleh murid. Menurut Newman (1977, 1983)

penggunaan hieraki sesuai digunakan apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita.

Maka Andy Peter cuba mengaplikasikan Prosedur Analisis Kesilapan Newman

yang merupakan platform terbaik dalam Prosedur Temu Duga Newman.

Sekiranya berlaku sebarang kegagalan pada mana-mana tahap hieraki

pastinya akan mengganggu proses penyelesaian masalah. Berikut

merupakan bentuk hieraki Prosedur Analisis Kesilapan Newman:

Rajah 1.1: Prosedur Analisis Kesilapan Newman

Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis

Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan (komputasi)

Membuat transformasi pemikiran

Memahami apa yang dibaca

Membaca masalah

Page 3: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Selepas penelitian saya terhadap pemilihan model analisis yang dipilih

oleh pengkaji, temuduga akan dijalankan secara individu hanya selepas

murid gagal menjawab soalan yang sama dalam ujian kedua berdasarkan

model analisis yang telah diubahsuai. Terdapat dua kemungkinan jawapan

yang akan diberikan oleh murid semasa temuduga dijalankan iaitu:

a) Sekiranya jawapan kedua bagi soalan yang sama itu tepat, maka ia

diklasifikasikan sebagai faktor kecuaian berlaku semasa ujian

pertama.

b) Namun sekiranya jawapan salah, Prosedur Analisis Kesilapan

Newman diaplikasikan seperti berikut:

i) membaca semula soalan

ii) menerangkan kehendak soalan

iii) mengintrepretasikan masalah bercerita kepada ayat

matematik

iv) membina operasi

v) akhirnya menemui jawapan yang dituliskan di atas sehelai

kertas

Andy Peter menggunakan instrumen pensel dan satu set kertas soalan

yang mengandungi 12 soalan subjektif dalam ujian pertama dan ujian kedua

serta temu duga secara individu berdasarkan model analisis yang telah

diubahsuai. Ujian secara kumpulan dijalankan untuk menentukan tahap

pemahaman murid. Masa yang diperuntukkan adalah 40 minit. Penyediaan

set soalan mengikut item adalah seperti berikut:

A) Soalan Ujian Masalah Bercerita

Soalan ujian mengandungi 12 soalan

subjektif

Soalan telah diubahsuai mengikut aras

pengetahuan murid

Terdapat 3 soalan bagi setiap operasi asas

B) Temu Duga

Individu

Berdasarkan

Prosedur Analisis

Kesilapan Newman

Meninjau punca

Page 4: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

matematik iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi

Data dianalisis secara deskritif

i) Pernyataan Langsung, Tidak ada

Maklumat Pengganggu dan Memerlukan

Satu Langkah Penyelesaian sahaja.

Soalan : Ali ada 3 buah buku. Dia membeli 6 buah

buku lagi. Berapa jumlah buku Ali ?

ii) Pernyataan Tidak Langsung.

Soalan : Abu ada 12 biji epal, selepas dia memberi

3 biji epal kepada adiknya. Berapa biji epal yang

Abu ada pada mulanya ?

iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu.

Soalan : Di kedai Pak Defi, satu bungkus kacang

berharga 30 sen, satu batang pensel ialah 35 sen

dan satu kotak mancis ialah 20 sen. Berapakah

harga sebatang pensel dan sebungkus kacang ?

iv) Masalah Memerlukan dua Langkah

Penyelesaian.

Soalan : Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada

lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Berapa

jumlah kambing yang budak-budak itu ada ?

kesilapan murid

adalah daripada:

i) kecuaian,

ii) motivasi,

iii) kebolehbacaan,

iv) kefahaman,

v)keupayaan untuk

membuat

transformasi

(menukarkan

masalah kepada

ayat matematik),

vi) kemahiran proses

(komputasi) atau

vii) membuat

pengkodan

(menulis jawapan

yang betul).

Rajah 1.2 : Instrumen Kajian

Page 5: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Rajah 1.3 : Model Kajian Tindakan Kemmis

Saya cuba mengaitkan kajian ini dengan pengaplikasian model kajian

tindakan Kemmis seperti dalam Rajah 1.3 yang telah diperkenalkan olehnya

untuk memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam

pendidikan. Elemen-elemen yang disentuhkan dalam model ini adalah

seperti berikut:

i) Merancang

Pengkaji cuba mengenal pasti permasalahan murid dalam

menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah

bercerita dalam matematik.

Ujian pertama yang menggunakan 12 soalan subjektif

disediakan.

ii) Bertindak dan memerhati

Page 6: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Ujian pertama dilaksanakan dalam masa 40 minit.

Pengkaji memantau secara keseluruhan.

iii) Reflek

Pengkaji mendapati murid gagal menjawab soalan dalam

ujian pertama.

iv) Semak semula perancangan

Perlaksanaan ujian kedua dijalankan dengan menggunakan

set soalan yang sama seperti dalam ujian pertama.

Selepas pengkaji menyemak semula perancangan yang telah

dilaksanakan, beliau mendapati gelungan berurutan perlu dijalankan semula

bagi mencapai objektif kajian. Sekiranya murid masih melakukan kesilapan

yang sama dalam ujian kedua, pengkaji mengaplikasikan pendekatan

Prosedur Analisis Kesilapan Newman melalui temuduga seperti turutan di

bawah:

i. membaca semula soalan

ii. menerangkan kehendak soalan

iii. mengintrepretasikan masalah bercerita kepada ayat

matematik

iv. membina operasi

v. akhirnya menemui jawapan yang dituliskan di atas sehelai

kertas

Ringkasan analisis data yang dicapai dalam kajian adalah seperti di bawah:

1. Ujian pertama adalah melalui ujian diagnostik iaitu berdasarkan betul

atau salah.

Page 7: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

2. Ujian kedua dianalisis dari sesi temuduga yang dijalankan bagi

mengenal pasti punca kegagalan murid semasa menjawab soalan.

Pada akhir kajian, pengkaji mengenal pasti punca kelemahan murid adalah

seperti berikut:

1. Kegagalan Membuat Transformasi

Punca utama kesilapan murid-murid.

Murid gagal mengintrepretasikan soalan bercerita kepada ayat

matematik.

Murid keliru dalam operasi tambah untuk menyelesaikan

masalah operasi darab dan menggunakan operasi tolak untuk

menyelesaikan masalah bahagi.

2. Kecuaian Ketika Menjawab Soalan

Faktor kedua terbanyak.

Soalan bercerita mengandungi item maklumat pengganggu.

Murid lebih peka menjawab soalan secara individu berbanding

menjawab soalan dalam kumpulan.

3. Tidak Memahami Soalan

Murid-murid lemah dalam memahami konsep-konsep asas yang

terdapat dalam soalan seperti konsep “lebih daripada”, “kurang

daripada” dan juga “lebih 2 kali”.

Murid juga tidak dapat memikirkan angka yang terdapat dalam

soalan seterusnya mengabaikan frasa kata yang terdapat pada

sebelum sesuatu angka.

Murid hanya membaca dengan baik tetapi tidak dapat

memahami apa kehendak soalan.

4. Kurang Motivasi

Page 8: Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2

Murid-murid lebih fokus ketika menjawab semula soalan dalam

sesi temuduga.

Murid-murid perlu diberi sokongan untuk peningkatan tahap

pemikirannya.

5. Melakukan Kesilapan Komputasi

Hanya 10 daripada 35 (28.57%) kesilapan yang ditunjukkan oleh

sampel kajian berpunca daripada kesilapan ketika melakukan

komputasi.

Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan kesilapan dalam

pendaraban nombor 1 digit dengan 3 digit dan pembahagian 3

digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan komputasi

mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan

pencapaian masalah bercerita murid.

Kesilapan komputasi hanya berlaku dalam operasi bahagi dan

operasi darab sahaja

Konklusi keseluruhan bagi kajian ini menunjukkan pengkaji berpuas

hati dengan pencapaian yang telah dicapai oleh murid dan penglibatan

sangat memberangsangkan kerana keseluruhan murid menyertai aktiviti ini

dari pelbagai tahap pencapaian. Selain itu, pengkaji masih tidak berpuas hati

kerana masih terdapat segelintir murid yang keliru dalam operasi darab dan

bahagi. Kekurangan masa juga merupakan kelemahan kajian ini yang mana

fokus untuk membimbing secara terperinci bagi murid yang lemah agak

terhad.